You are on page 1of 13

SEJARAH LABU SAYUNG

Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk
Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan
Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang
intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung
Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil
pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk
Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk
kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu
hingga ke hari ini
Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu
Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan
istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan
dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari
istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang
digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram
Tradisi tembikar ini diusahakan oleh penduduk tempatan di pendalaman
seperti para penduduk di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak Darul
Ridzuan. Labu sayong biasanya dibuat dalam dua warna iaitu hitam dan coklat.
Bentukya ialah leper seperti labu bocong, labu tela, labu pucung dan labu panai.
Hiasan yang kebanyakannya digunakan ialah pecah empat, bunga api, bunga
lawang, bunga cakar ayam, bunga tanjung, bunga cengkih dan pucuk rebung.
Salah satu keunikan labu ini ialah ianya diilhamkan daripada bentuk buah labu
itu sendiri dan corak yang digunakan lebih bersifat semulajadi atau nature, ini
mungkin kerana ianya biasanya dihasilkan oleh kaum wanita maka, secara tidak
langsung, jiwa mereka yang lebih sensitif turut dipaparkan melalui corak yang
dihasilkan. Teknik yang biasanya digunakan ialah teknik lingkaran dan picit bagi
proses pembentukkan labu sayong.  

Biasanya tanah liat yang digunakan namun, bagi penduduk Kampung


Sayong, mereka menggunakan sejenis tanah yang terdapat di daerah Sayong.
Namun, mengikut para penghasil labu sayong yang lain, tanah yang sesuai
digunakan ialah tanah yang didapati satu kaki daripada aras permukaan bumi.
Tanah liat yang digunakan untuk penghasilannya ialah tanah liat yang berwarna
kelabu dan tanah liat yang berwarna kemerah-merahan. Alatan yang digunakan
ialah batu sungai, pengukir, perepek, span, pinggan, papan rata atau papan
gelak, gergaji kecil, pengguris dan roda pembentuk tembikar.
Teknik
yang

digunakan bagi proses pembuatan Labu Sayong.

Teknik Picit

Teknik yang biasa digunakan kerana mudah dilakukan oleh penduduk


di Kampung Sayong kerana ianya mudah dipraktikkan. Ia hanya memerlukan
kecekapan kedua-dua belah tangan. Cara membuatnya hanya dengan mengepal
tanah liat dan membentuk lubang ditengah-tengahnya, kemudiannya teknik
memicit dilakukan dengan ibu jari.

Teknik Kepingan

Tanah liat yang diproses akan digelek sehingga menjadi kepingan dengan
menggunakan penggelek tanah liat. Kepingan tersebut kemudiannya akan
dibentuk mengikut acuan yang telah disediakan.  

Teknik Tuangan 

Dilakukan dengan menggunakan sejenis tanah liat yang cair yang telah diproses
terlebih dahulu dikenali sebagai slap. Ianya kemudian akan dituangkan ke dalam
acuan yang diperbuat daripada Plaster Paris.

Teknik Lingkaran

Teknik yang menggunakan roda pemutar atau piring sebagai pelapik. Roda
tersebut akan dipusingkan dalam proses membuat labu sayong.
Pembentukan Labu Sayong

Pembentukan labu bermula di bahagian kemudian barulah diikuti bahagian


lehernya. Garis pusatnya berukuran 12.5 sm. Tanah liat diuli memanjang supaya
mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu. Kerja ini dibuat
secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Tujuannya untuk membiarkan
bahagian yang dibuat kering sebelum disambung dengan kerja yang baru.
Permukaannya ditekan dari luar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan
menggunakan tangan. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan
tembikar dengan mengikis bahagian yang tidak rata. Bahagian badan dan
kepalanya perlu disiapkan terlebih dahulu. Labu-labu yang telah disiapkan
diletakkan ditempat redup untuk menggelakkannya retak. Labu ini dibiarkan
selama lima belas (15) hari.  

Corak

Teknik membuat ragam hias ini menggunakan alat-alat seperti pelapik kayu
berukir, pengukir besi dan kayu, pengguris dawai, kikiran bunga pecah lapan dan
ukiran bunga separuh bulat. Terdapat berbagai-bagai jenis rupa bentuk seni
tembikar, rupa bentuk yang paling terawal dicipta ialah periuk, belanga dan
kukusan. Gaya bentuk atau motif corak yang digunakan ialah bebas ataupun
bercorak semulajadi

Proses Pembuatan Labu Sayong


Aliran kerja membentuk sebiji labu dibuat dengan cara berperingkat-
peringkat iaitu menyediakan tanah. Kerja-kerja membuat labu bermula dengan
pemilihan tanah. Tanah liat yang lembut diambil daripada tebing-tebing sungai,
perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering,
membentuk, menghias dan akhirnya membakar

1.Menyediakan Tanah

Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki.


Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-ketul
batu yang ada.

Setelah nyata bersih, tanah itu diuli supaya ia menjadi padat. Proses ini
memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas
daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder
untuk memudahkan proses berikutnya

a.. Mengambil Tanah


- mengambil tanah yang sesuai iaitu tanah biasa,tanah pasir dan tanah liat.
b.. Menjemurkan tanah
-tujuan mengeringkan tanah-tanah liat yang digunakan. Tanah-tanah liat itu
dijemur di bawah cahaya matahari selama dua atau tiga hari.

c. Menumbuk
-tanah yang telah kering ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki.

d. Mengayak
-proses ini bertujuan untuk mengasingkan sampah dan bahan yang tidak
hancur. .Proses ini juga untuk menjadi tanah liat tadi berbentuk tepung

e. Membancuh
-proses ini mencampurkan tanah dengan air. Bahan yang dibancuh mesti tidak
terlalu lembik..Bahan ini boleh diadun di dalam baldi atau besen.

2. Menguli
Tujuan untuk menjadikan ketulan tanah yang padat dari mengandungi
angin. Menguli tanah boleh dikerjakan dengan tekanan tangan dan pusingan
tanah.

3. Membentuk
Membentuk adalah tersangat penting dalam menghasilkan labu hitam
kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu.Ibu jari
telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang
masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu
bulatan dan diletakkan di atas pinggan.

Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini


dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan
muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya
kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk memampatkan badan
labu.Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantum
bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian
tapak labu.

4. Menghias
Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan
batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif
dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali
lagi dibiarkan kering untuk dibakar.

5. Membakar
Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai,
membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan
bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang dibakar.

Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun
pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian
bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan
memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.

Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk


mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah
atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada
meresapkeluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.
  Bahan untuk pembakaran ialah sabut kelapa, kayu kering, buluh kering,
daun pisang kering dan rumput kering.   Proses pembakaran terbahagi kepada
dua peringkat iaitu menyalai dan membakar. Proses menyalai tembikar dilakukan
di atas para dengan bahan-bahan pembakaran selama lebih kurang enam (6)
jam sehingga warna nya menjadi kelabu tua dan kemerah-merahan. Selepas
disalai barulah dilakukan proses pembakaran secara terbuka dengan menutupi
bahan-bahan pembakaran di atas tembikar atau labu tersebut.

Suhu kepanasan pembakaran ialah antara 700-900 celcius dan proses


ini mengambil masa lebih kurang dua (2) jam sehingga bahan pembakaran
hangus menjadi abu. Labu yang telah dibakar akan dibiarkan sejuk sebelum
dikeluarkan dari tempat pembakaran. Labu Sayong yang telah siap dibakar akan
diambil kemudian, damar digunakan untuk menyapu bahagian bawah labu
sayong bagi memastikan bahagian bawahnya tidak mengalami sebarang
kerosakkan serta tahan lebih lama dan tidak mengalami sebarang kebocoran
semasa mengisi air simpanan.

\
Kegunaan dalam Kehidupan Harian

Labu Sayong bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut
berfungsi sebagai bahan penting dalam upacara keagamaan, senibina, bahan perhiasan
dan juga cenderahati, malahan air yang disimpan di dalam labu tersebut bukan sahaja
segar untuk diminum, bahkan, dapat dijadikan penawar kepada beberapa penyakit
contohnya deman panas.

Bahagian Bawah Labu Sayong yang


menyerupai buah labu

You might also like