You are on page 1of 21

Tajuk

Sejauhmana Tabir Korporat disingkap di bawah


Undang-undang Syarikat di Malaysia ?

Universiti Kebangsaan Malaysia


Fakulti Undang-undang
Program PHD Undang-undang
P58462
Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
MBL ( UKM )

1
Nota Penulis

Penulis sedang menyiapkan PHD undang-undang dalam


bidang korporat .
Pandangan penulis di lembaran scribd ini agak ringkas dan
pembaca perlulah merujuk kepada lain-lain bahan yang lebih
terperinci bagi memperolehi kebaikannya secara optima dan
semuga ianya menjadi amalan yang ikhlas di dunia yang
membawa kebaikan di akhirat.
Musbri Mohamed
Disember 2010

2
Tujuan kertas ini adalah untuk mengkaji secara ringkas
sejauh manakah pihak Mahkamah di Malaysia bersedia
menyingkap tabir korporat atau prinsip entiti undang-
undang yang berasingan.

3
Kes yang telah mengiktirafkan prinsip entiti
undang-undang yang berasingan ini ialah
Salomon v. Salomon Co. Ltd. Dalam kes
ini House of Lords telah memutuskan
bahawa pemerbadanan sesebuah syarikat itu
sebenarnya akan mewujudkan seorang baru
(mempunyai personaliti tersendiri),
walaupun tidak bernyawa tetapi mempunyai
hak-hak dan tertakluk kepada kewajipan-
kewajipan tertentu. Ini bermakna walaupun
syarikat diurus sepenuhnya oleh Solomon,
tetapi syarikat dan Salomon adalah dua
entiti yang berasingan.

4
Kes Solomon ini telah juga digunapakai oleh Mahkamah di Malaysia
dalam kes-kes di bawah :-

Di dalam kes Goh Hooi Yin v Lim Teong Ghee , di mana


Arulanandom J held that it was incumbent for Malaysian courts to
comply with the doctrine as enunciated by the English courts unless
there are compelling reasons not to do so.

Manakala di dalam kes Abdul Aziz bin Atan & Ors v Ladang
Rengo Malay Estate Sdn Bhd , it was held that transfer of
ownership of the shareholders does not entail a change in the entity
of the company.

Dan di dalam kes Perman Sdn Bhd & Ors v European


Commodities Sdn Bhd & Anor , Gopal Sri Ram JCA held that a
company is a separate person from the shareholders. The
shareholders have no interest, legal or beneficial over the property of
the company.

5
Kegagalan memahami konsep entiti undang-undang yang
berasingan akan menyukarkan seseorang itu untuk
memahami isu-isu konsep yang lain yang terdapat di dalam
undang-undang syarikat.

Keujudan entiti undang-undang yang berasingan adalah


merupakan jantung kepada undang-undang syarikat dan
ianya saling berkait rapat dengan isu-isu lain dalam syarikat
antaranya rukun dalam kes Foss v Harbottle mengenai hak
minoriti yang merupakan rujukan untuk kes entiti undang-
undang yang berasingan ; dan kes Multinational Gas &
Petrochemical Co. v Multinational Gas & Petrochemical
Services Ltd mengenai syarikat multinasional adalah
merupakan lanjutan kepada isu entiti undang-undang yang
berasingan.

6
Ringkasnya, Seksyen 16(5) ini menghuraikan kesan pemerbadanan seperti
berikut:

i. syarikat mempunyai kuasa untuk berfungsi sebagai sebuah syarikat yang


diperbadankan.
ii. syarikat bolah mendakwa dan didakwa di atas namanya sendiri Foss v.
Harbottle
iii. syarikat mempunyai perwarisan kekal. Re Noel Tedman Holdings
Pty Ltd
iv. syarikat boleh memiliki tanah atas namanya; Re Application by Yee
Yut Ee ; dan
v. tanggungan ahli-ahli boleh dihadkan.

7
Sifat-sifat di atas akan mewujudkan keperibadian korporat yang
tersendiri dan berasingan dari ahli-ahli sesebuah syarikat itu. Prinsip
ini sebenarnya meletakkan satu tabir di hadapan orang-orang sebenar
yang mengawal syarikat itu dan biasanya undang-undang keberatan
untuk menyingkap tabir tersebut.

Terdapat pihak-pihak yang tertentu yang berselindung di sebalik


prinsip ini untuk menjalankan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang
menyalahi undang-undang, tetapi menggunakan nama syarikat.
Mereka beranggapan apabila aktiviti mereka dikesan dan dihadapkan
ke Mahkamah, mereka tidak akan di pertanggungjawabkan atas nama
mereka, sebaliknya syarikat yang akan menjadi mangsa atau kambing
hitam.

8
Prinsip menyingkap tabir korporat wujud akibat daripada kelemahan
dalam prinsip entiti undang-undang barasingan ini.

Prinsip ini merupakan pengecualian kepada ciri-ciri istimewa


sesebuah syarikat iaitu ianya mempunyai keperibadian yang
tersendiri atau berasingan daripada ahli-ahli syarikat tersebut. Dalam
keadaan ini undang-undang akan menganggap syarikat dan ahli-
ahli syarikat sebagai satu entiti yang sama. Tujuannya adalah supaya
tidak ada pihak-pihak yang akan mengambil kesempatan ke atas
pemerbadanan syarikat untuk tujuan tujuan yang menyalahi undang-
undang.

9
Keadaan di mana prinsip menyingkap tabir korporat
terpakai boleh diklasifikasikan kepada dua
kekecualian iaitu:

1. Kekecualian statut; dan

2. Kekecualian kehakiman

10
Kekecualian Statut

Oleh kerana syarikat di tubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965,


maka Akta ini jugalah yang berhak untuk menentukan keadaan di
bawah statut yang membolehkan tabir korporat disingkap.
Mahkamah akan mengenepikan personaliti undang-undang
berasingan dalam keadaan-keadaan berikut:

Seksyen 36 Akta Syarikat, 1965 memperuntukan:

Jika pada bila-bila masa ahli bagi ahli-ahli sebuah syarikat (selain daripada
syarikat yang mana semua syer-syer terbitan adalah dipegang oleh syarikat
induk) dikurangkan ke bawah dari dua dan ia menjalankan perniagaan lebih
dari enam bulan tatkala ahli dikurangkan sedemikian itu, seseorang yang
menjadi ahli syarikat dalam masa ia menjalankan perniagaan dengan kurang
daripada dua ahli, adalah bertanggungjawab bagi pembayaran perniagaan
selepas tempoh enam bulan itu dan boleh didakwa terhadapnya, dan bahawa
syarikat dan ahli itu adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini jika
syarikat menjalankan perniagaan sedemikian selepas enam bulan ini.

11
Kekecualian statut yang kedua ialah berkenaan dengan penyiaran nama
syarikat. Seksyen 121 memperuntukan bahawa jika seseorang pegawai
syarikat yang menandatangani, mengeluar atau memberi kuasa untuk
mengeluarkan atau menandatangani bagi pihak syarikat sebarang
instrumen boleh niaga, surat janji hutang atau pesanan atau pengesahan
atasnya di mana nama syarikat tidak tercatit, maka beliau adalah
bertanggungan kepada pemegang dokumen atau pesanan tersebut untuk
jumlah yang kena dibayar baginya melainkan telah dibayar oleh syarikat.

Seksyen 304(1) pula menyentuh tentang tanggungan untuk perdagangan


frod. Jika sesebuah syarikat menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk
menipu pemiutang syarikat, atau pemiutang mana-mana orang lain atau
untuk tujuan frod yang lain, maka Mahkamah boleh mengistiharkan
bahawa sesiapa yang diketahui terlibat menjalankan perniagaan cara
sedemikian, bertanggungjawab secara persendirian untuk hutang-hutang
atau tanggungan syarikat tersebut tanpa had.

12
Kekecualian seterusnya ialah di bawah s. 365(2) berkenaan dengan
pembayaran dividen. Menurut s. 365(l), tiada dividen boleh dibayar kepada
pemegang-pemegang syer mana-mana syarikat kecuali dari keuntungan
syarikat atau menurut s. 60. Setiap pengarah atau pengurus syarikat yang
sengaja membayar atau membenarkan supaya dibayar dividen dan sesuatu
yang diketahuinya bukan keuntungan, hendaklah bertanggungan kepada
pemiutang pemiutang syarikat untuk amaun yang belum dibayar oleh syarikat
kepada mereka setakat dengan mana dividen yang dibayar melebihi dari
keuntungan syarikat.

Di bawah kekecualian statut, pendirian Mahkamah adalah jelas. Mahkamah


biasanya bersedia untuk menyingkap tabir korporat dalam keadaan yang
menyentuh tentang peruntukan tanggungan hutang oleh syarikat yang mana jika
prinsip personaliti undang-undang berasingan diaplikasikan secara ketat, mereka
yang terlibat ini tidak akan bertanggungan terhadap pemiutang-pemiutang
syarikat secara persendirian.

13
Kekecualian Kehakiman

Tiada Mahkamah yang sanggup membantu suatu rancangan yang bertujuan


untuk menipu. Jika sesebuah syarikat itu diperbadankan hanya sebagai satu
helah untuk mengelak tanggungan kontrak seseorang itu, maka Mahkamah
tidak akan membutakan dirinya dari melihat kenyataan. Prinsip ini telah
dipakai dalam kes Gilford Motor Co. Ltd v Horne yang mana telah diulang
dalam kes Jones v. Lipman . Dalam kes kedua ini defendan yang pada
mulanya telah bersetuju untuk menjual tanahnya kepada plaintif, telah
kemudiannya menubuhkan syarikatnya sendiri lalu memindahkan tanah itu
kepada syarikat tersebut. Walaupun defendan kemudiannya menawarkan
gantirugi kerana mungkir kontrak, tetapi plaintif menuntut perlaksaan
spesifik. Russell J mengatakan bahawa "the company was the creature of
the defendant, a device and a sham, a mask which he holds before his
face in an attempt to avoid the eye of equity".Dengan ini Mahkamah
mengarahkan defendan dan syarikat tersebut melaksanakan kontrak untuk
penjualan tanah tersebut.

14
Mahkamah juga bersedia menyingkap tabir korporat bilamana
syarikat bertindak sebagai ejen kepada seseorang di mana
syarikat ini digunakan untuk melindungi ego pihak atau orang
yang sebenarnya mengawal syarikat. Dalam keadaan ini
prinsipal akan bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah
dilakukan oleh ejennya sepertimana prinsip ejensi yang biasa.
Keadaan ini boleh di jelaskan dalam kes Cheong Kim Ko v
Kim Bin Realty (Pte) Ltd. & Cheong Kim Ko v. Kim Bin
Realty (Pte) .

15
Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai perkaitan antara satu
sama lain pula, undang-undang akan menganggap setiap
syarikat di dalam sesuatu kumpulan itu sebagai suatu entiti
yang berasingan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun,
dalam situasi-situasi tertentu Mahkamah di England dan juga
di Malaysia bersedia untuk menyingkap tabir korporat dan
menganggap kumpulan syarikat tersebut sebagai satu entiti
yang sama. Kes DHN Food Distributors Ltd. v Tower
Hamlets London Borough Council adalah berkenaan dengan
sekumpulan syarikat yang menjalankan perniagaan runcit.

16
Mahkamah-Mahkamah di Malaysia pula nampaknya lebih
bersedia untuk menyingkap tabir korporat dalam kes-kes yang
melibatkan kumpulan syarikat yang mempunyai perkaitan antara
satu sama lain jika dibandingkan daripada Mahkamah-Mahkamah
di Australia dan New Zealand.

Ini dapat dilihat di dalam kes Hotel Jaya Puri Bhd. v National
Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers di mana Mahkamah
Tinggi Malaysia memutuskan bahawa Jaya Puri Chinese Garden
Restaurant Sdn. Bhd. iaitu subsidiari kepada Hotel Jayapuri Bhd,
secara teknikalnya adalah entiti yang berbeza dan berasingan
daripada Hotel tersebut, namun begitu Mahkamah menganggap
bahawa pekerja-pekerja restoran tersebut sebagai pekerja yang
bekerja dengan Hotel tersebut.

17
Sekiranya sesebuah syarikat ditubuhkan hanya sebagai suatu muslihat
untuk menyembunyikan keadaan atau fakta sebenar, Mahkamah juga
tidak keberatan untuk menyingkap tabir korporat.

Dalam kes Re FG (Films) Ltd. isu yang dipertikaikan ialah samada


filem yang berjudul "Monsoon" boleh didaftarkan sebagai filem
keluaran British di bawah Cinematograph Films Act sedangkan
pegangan saham dan individu yang memainkan peranan di dalam
syarikat ini ialah orang Amerika? Mahkamah menegakkan keputusan
yang dibuat oleh Lembaga Pendaftaran Filem British yang enggan
mendaftar filem tersebut. Mahkamah berpendapat syarikat itu
ditubuhkan hanya untuk menyembunyikan perkara yang sebenarnya
sedangkan pada kenyataannya syarikat tersebut dikawal oleh orang
Amerika tersebut. Oleh itu filem ini tidak layak untuk didaftarkan
sebagai filem keluaran British.

18
Sejauh manakah Mahkamah bersedia untuk menyingkap tabir
korporat? Prinsip keperibadian korporat yang tersendiri dan
berasingan dari ahli-ahli syarikat adalah ciri-ciri istimewa sesebuah
syarikat.

Walter Woon di dalam bukunya "Company Law" menyebut, "the


situations in which the veil may be lifted are exceptional. In
general, the Courts will respect the company's modesty and decline
to lift the veil" .

Walau bagaimanapun Mahkamah boleh di dalam keadaan-keadaan


kekecualian menyingkap tabir korporat. Di sini, kaedah dan
pendekatan yang digunakan oleh Mahkamah untuk menegak
keadilan adalah tidak terhad mahupun seragam.

19
Di dalam kes Aspatra Sdn Bhd & Ors
v Bank Bumiputra Malaysia Bhd &
Anor

Mohd Azmi SCJ menyatakan :-

“The generality of the judicial power


already vested in the Superior Courts
by the supreme law of the land is
unlimited, and for the purpose of
achieving justice, the power of the
courts to do what is just under any law
requires no special legislation.”

20
Dalam membicarakan tentang kekecualian statut mengatakan
bahawa persoalan yang perlu dijawab ialah samada peruntukan
berkenaan di dalam Akta Syarikat bermaksud untuk
menganggap syarikat sebagai tersendiri dan berasingan dari
ahli-ahli syarikat tersebut. Jika Mahkamah berpendapat
peruntukan berkenaan tidak bermaksud demikian, maka
syarikat dan ahli boleh dianggap sebagai satu entiti yang sama.

Mahkamah juga menggunakan pendekatan yang lebih


pragmatik di bawah kekecualian kehakiman. Mahkamah lebih
mengutamakan keadilan dari cuba untuk mengembangkan satu
doktrin yang seragam dan menyeluruh dalam menyingkap tabir
korporat.

Terima kasih.

Musbri Mohamed

21

You might also like