You are on page 1of 13

21

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian merupakan susunan cara kerja dalam mencapai matlamat


dalam sesuatu kajian. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan seperti melalui
pengumpulan maklumat berdasarkan pembacaan seperti buku, jurnal, hasil kajian
yang lepas, laporan dan keratan akhbar. Disamping itu, juga boleh diperolehi
dengan mengadakan pemerhatian serta tinjauan di kawasan kajian.

Dalam prosedur pemilihan tanah, ujian makmal akan dilakukan yang


melibatkan aktiviti seperti ujian ujikaji Had Atterberg. Penggunaan Makmal Jabatan
Kerja Raya(JKR) Negeri Sabah menjadi tempat kami menjalankan ujikaji.
22

Dalam menjalankan ujikaji ini, prosedur asas dan langkah-langkah dalam


menjalankan ujikaji ini perlu dipatuhi seperti yang terdapat dalam langkah kerja
makmal. Ini adalah bagi mendapatkan keputusan yang tepat dengan peratusan ralat
menghampiri ke nilai sifar dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Pengambilan sampel dilakukan di kawasan yang telah dipilih bagi menjalankan
kedua-dua ujian tersebut.

3.2 Pemilihan Kawasan Kajian

Lawatan ke tempat kajian dan beberapa sampel tanah yang diambil akan
dibawa ke makmal dengan mengambil kira kesesuaian tanah asal dan tanah tambak
yang dimbil. Jadual menunjukkan kawasan kajian yang di ambil. Kawasan yang
dipilih selepas lawatan adalah di bawah pihak Jabatan Kerja Raya(JKR) dan
mendapat kerjasama dari pihak JKR.

Jadual 3.1: Kawasan Kajian

Kawasan Kajian

Kawasan Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Kawasan Jalan Kota Kinabalu Industrial


Park (KKIP)

3.3 Pensampelan

Pensampelan yang dibuat adalah mengikut cara biasa yang dibuat oeh pihak
Jabatan Kerja Raya (JKR). Penggunaan singkatan ayat bagi suatu tanah digunakan
23

bagi memudahkan pensampelan yang dibuat. Jadual menunjukkan pensampelan


yang dibuat.

Jadual 3.2 : Pensampelan Tanah

No. Sampel

ST 01
Tanah Tambak (TT) & Tanah Asal (TA)

ST 02
Tanah Tambak (TT) & Tanah Asal (TA)

3.4 Ujikaji Makmal

Sampel tanah yang telah dipilih diambil dan dianalisis di makmal penentuan
Had-Had Atterberg ( Casagrande ).

3.5 Menganalisi Data

Hasil yang telah diperolehi kemudian akan dianalisis bagi mengetahui jenis-
jenis kandunganya dan kemudian dikelaskan mengikut kesesuaian.

3.6 Perbincangan

Hasil daripada analisis data yang diperolehi dan pengelasan tanah,


Perbincangan untuk menentukan jenis tanah dan kesesuaian tanah untuk digunakan.
24

3.7 Aturcara Kerja Bagi Ujikaji Yang Dijalankan

3.7.1 Ujikaji 1 : Mengambil contoh sampel tanah

3.7.1.1 Tujuan

a) Mengambil contoh tanah di tapak.


b) Mengasingkan tanah asal dan tanah tambak yang akan digunakan
c) Menentukan secara visual jenis tanah yang diperolehi.

3.7.1.2 Peralatan

a) Cangkul
b) Skop
c) Bekas

3.7.1.3 Aturcara kerja

a. Aturcara kerja ditapak

i. Pemukaan tanah dibersihkan menggunakan cangkul untuk menghilangkan


rumput sehingga kebahagian akar.
ii. Tanah awalan dikeluarkan sedalam 10cm
iii. Tanah dikorek dan dimasukan kedalam bekas.
iv. Langkah i-iii diulang pada kawasan projek yang lain.
v. Tanah dilebelkan dan dibawa ke makmal.
25

Rajah 3.1 : Gambar Pengambilan Sampel Tanah

b. Penelitian sampel tanah secara visual

Sedikit sampel tanah terusik diambil dan dilihat dari segi warna,
kemudianya tanah tersebut disentuh menggunakan jari sama ada ia berbutir-
butir, licin atau sebaliknya. Sampel tanah kemudiannya digenggam samaada
ia boleh dibentuk atau peroi. Penelitian secara ‘visual’ sampel tanah hanya
dari segi luaran sahaja, jenis tanah ini akan diperolehi selepas menjalankan
ujikaji pengelasan tanah yang lebih menyeluruh.

Rajah 3.2 : Gambar Kawasan Penambakan Laut


26

3.7.2 Ujikaji 2 : Had-Had Atterberg ( Casagrande)

3.7.2.1 Tujuan

i. Ujikaji ini adalah untuk menentukan had cecair dan had plastiC bagi
sampel yang telah dikeringkan untuk pengenalan dan pengelasan jenis
tanah. Penentuan had-had ini juga digunakan untuk meramalkan
kekuatan ricih dan yang sepadan denganya.
ii. Dengan ini perbezaan jenis tanah dapat ditentukan dan dikenal pasti.

3.7.2.2 Spesifikasi Alat

Peralatan dan spesifikasi alat adalah merujuk kepada BS 1377 Part 2:1990.

i. Peralatan alat Casagrande dapat dilihat dalam rajah 4.1.


ii. Satu mangkuk logam yang tahan karat dan perkakas pengalur.
iii. Plat kaca yang rata dengan ketebalan 10mm dan luas 500mm
bertujuan sebagai pengalas dalam proses membancuh tanah yang
hendak diuji.
iv. Dua pisau palet atau spatula dan pengikis.
v. Botol air suling.
vi. Piring penyejat atau kain pengesat.
vii. Oven elektrik untuk penentuan kandungan lembapan.
viii. Bekas tin kosong.
27

3.7.2.3 Pelarasan Alat

Pelarasan terhadap alat Casagrande perlu dilakukan untuk


memastikan alat berfungsi dengan baik dan menepati syarat piawaian ujikaji.

i. Perkakas pengalur dipastikan berada dalam keadaan yang kering dan bersih
dan mempunyai ukuran telah ditetapkan mengikut BS 1377 Part 2: 1990.
Spesifikasi ukuran bagi alat casagrande dan pekakas pengalur dapat dilihat
dalam Rajah 4.2.
ii. Ketinggian hentaman mangkuk logam mestilah dilaraskan dengan ketinggian
maksimum 10mm. Penyemakan boleh dilakukan dengan meletakkan hujung
pengalur yang tebalnya 10mm di bawah mangkuk logam dan kemudian skru
pengunci diketatkan supaya mangkuk dapat diangkatkan pada ketinggian
dikehendaki.
iii. Pastikan pemutar sesondol dapat berputar dengan sempurna tanpa tersekat-
sekat.
iv. Pengalur mesti berada bersudut tepat dengan permukaan mangkuk semasa
membuat lurah pada sampel.

a. Penentuan Had Plastik

i. Tanah yang telah diasingkan dari ayakan bersaiz 0.425mm


dibahagikan kepada beberapa bahagian seberat lebih kurang 250g
ii. Kejatuhan ceper ( mangkuk Casagrande ) disemak menggunakan
blok pengkalibrasi berukuran 10mm tebal.
iii. Tanah digaul dengan air suling dalam mangkuk porcelin sehingga
sebati dengan menggunakan spatula. Bancuhan perikat (paste) terjadi
apabila kelihatan berjelekit dan warnanya seragam.
iv. Tanah yang telah sebati dijadikan bentuk bebola
28

v. Bebola tanah itu kemudianya digulungkan dengan jari di atas plat


kaca sehingga berbentuk silinder, tanah bergaris pusat 3mm. Tanah
dilipat dan digulung lagi menjadi silinder 3mm sekiranya ia belum
merekah. Langkah ini diulang sehingga silinder tanah itu merekah
dan garis pusat 3mm. Tanah disimpan dalam bekas tertutup bagi
mendapatkan kandungan lembapan. Setiap tin kandungn lembapan
diletakan 3 tanah berbentuk silinder mengikut jenis.
vi. Langkah (i-v) diulangi bagi contoh tanah yang lain.
vii. Kemudiannya ditimbang dan bacaan diambil sebelum dimasukan ke
dalam ketuhar.
viii. Sampel dibiarkan di dalam ketuhar dengar kepanasan 130º selama
24jam.
ix. Sampel dikeluarkan dari ketuhar dan data diambil.

b. Penentuan Had Cecair

i. Sampel tanah seberat 250g yang telah dikeringkan dalam ketuhar dan
diayak menggunakan saiz ayak 425 μm akan digunakan dalam ujikaji.
ii. Sampel tanah dikeluarkan dari bekas dan diletakkan di atas plat kaca rata.
Ia dibancuh dengan air suling dan digaul semula sekurang-kurangnya
10minit.
iii. Bancuhan sampel tanah tersebut diambil sedikit dan diletakkan di dalam
mangkuk logam dengan menggunakan spatula kecil. Ratakan dengan
licin menggunakan spatula supaya ketebalan tanah adalah nipis dan selari
dengan pelapik dasar alat Casagrande. Langkah berhati-hati mestilah
diambil untuk mengelakan daripada berlaku perangkap udara pada
lapisan tanah dalam mangkuk logam.
iv. Mangkuk logam dilaraskan pada pemegangnya dan dikunci.
29

v. Bahagikan sampel tanah ini dengan menarik alat pelurah sepanjang garis
pusat mangkuk tersebut,melalui pusat engsel. Alat pelurah mestilah
dipegang normal kepada permukaan mangkuk.
vi. Bacaan hentaman disetkan kepada sifar dan engkol diputarkan dengan
kadar 2 pusingan sesaat dan catatkan bilangan hentaman yang menutup
lurah tanah sepanjang 13mm. Bilangan hentaman yang diambil adalah
antara 10-50.
vii. Ulang langkah (vi)-(vii) di atas sehingga dua keputusan berturut-turut
pada bilangan hentaman yang sama diperolehi. Sebahagian contoh tanah
tersebut diambil dan ditentukan kandungan lembapannya.
viii. Air suling perlu ditambah pada tanah liat untuk meneruskan ujikaji bagi
mendapatkan bancuhan kedua dengan bilangan hentaman yang berlainan.
Proses (i)- (viii) diulangi untuk mendapatkan kandungan lembapan yang
berlainan akibat bilangan hentaman berbeza. Proses ini diulangi 5 atau 6
kali.

3.7.2.4 Pengiraan Keputusan

Dalam penentuan had cecair menggunakan alat Casagrande, data-data dan


kiraan direkodkan dalam borang C : BS 1377 Part 2 : 1990. Nilai kandungan
lembapan tanah,m , dikira sebagai nisbah jisim lembapan tanah kepada jisim tanah
pejal atau kering dalam peratus seperti persamaan di bawah:

m = w2 - w3 x 100 %
w3 - w1

di mana : W1 adalah jisim tin (g)


W2 adalah jisim tanah basah dan tin (g)
W3 adalah jisim tanah kering dan tin (g)
30

Nilai hentaman adalah nilai yang dicerap semasa uikaji dijalankan.


Hubungan lembapan dan hentaman boleh diplot dengan nilai kandungan
lembapan(%) pada paksi-y (skil arimatik) melawan bilangan lembapan pada paksi-x
(skil semilog). Titik-titik koordinat diplot dan garis lurus terbaik dipilih. Had cecair
ditentukan apabila garis plotan bersilang pada garis ke 25 hentaman. Had cecair
dinyatakan dalam angka bulat.

Rajah 3.3 : Spesifikasi Alat Casagrande


31

Rajah 3.4 : Spesifikasi Alat Pengalur

Rajah 3.5 : Spatula Dan Bekas Porselin


32

Rajah 3.6 : Alat Casagrande Dan Pengalur


33

3.8 Carta Alir Metodologi Kajian

- Penyelidikan kawasan kajian


Inventori
- Pengambilah sampel tanah

- Ujikaji tanah iaitu :


Ujikaji Makmal
 Had-had Atterberg (Casagrande)

- Data yang diperolehi dianalisis dan


Menganalisis Data dibincangkan bagi mendapatkan
keputusan yang jitu.

- Perbincangan dilakukan bagi


mendapatkan cadangan kesimpulan
Perbincangan
seterusnya mendapatkan hasil kajian
yang baik.

You might also like