You are on page 1of 75

PERKAITAN ANTARA DATA UJIAN PENUSUKAN PIAWAI DENGAN

KEKUATAN TANAH

AHMADUL HADI BIN MOHAMMAD

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam


Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2005
EMPIRICAL CORRELATION FOR STRENGTH PARAMETER BASED ON
STANDARD PENETRATION TEST

AHMADUL HADI BIN MOHAMMAD

A thesis submitted in fulfillment of the requirement for the award of the Bachelor
Degree in Civil Engineering

Faculty of Civil Engineering


Universiti Teknologi Malaysia

MARCH 2005
iii

Teristimewa untuk mama, papa dan adik-beradikku kak long, Shikin, Ijam, Ain.
Terima kasih atas sokongan penuh kalian.

Buat sahabatku Mohd Badri, terima kasih kerana bantuan dan dorongan yang
diberikan.
iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, selawat
dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah kerana dengan
izin dan petunjukNya saya telah berjaya menyiapkan kajian dan laporan ini.

Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Nurly Gofar selaku penyelia
Projek Sarjana Muda saya. Idea, bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan
telah banyak membantu di sepanjang tempoh pelaksanaan projek tahun akhir ini.

Seribu penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah yang telah


banyak membantu, staf pejabat akademik dan pusat sumber Fakulti Kejuruteraan
Awam yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan tesis saya.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada ahli-ahli keluarga saya iaitu mama
Zainun Salleh, papa Mohammad Abdul Rahman, kakak-kakak, dan adik-adik
tersayang. Tanpa sokongan mereka, tidak mungkin saya akan berada di tahap yang
dicapai sekarang. Penghargaan juga ditujukan untuk sahabat saya, Mohd Badri Bin
Mohd Ali kerana telah banyak memberikan dorongan, bantuan, nasihat dan
memahami situasi saya sepanjang menyiapkan projek akhir ini.

Ribuan terima kasih tak terhingga kepada pihak IKRAM Selatan khasnya
kepada Pengurus IKRAM (Penyiasatan Tapak) iaitu Hj. Sazali Yaacob dan
Eksuklutif Kanan Makmal iaitu Puan Maimunah Binti Hj Zainal Abidin kerana sedia
memberi kerjasama dalam menyiapkan projek ini.

Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan Hafifi, Aishah, Ayu,


Hisham, Redzuan, Fairuz dan Zamry yang banyak membantu .

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat. Terima kasih
semua.
v

ABSTRAK

Di dalam bidang kejuruteraan awam, penyiasatan tapak adalah satu tahap


yang amat penting sekali dalam merekabentuk struktur bangunan. Penyiasatan tapak
adalah aktiviti yang terawal yang dilakukan untuk mendapatkan gambaran keadaan
tempat yang dicadangkan untuk pembinaan. Salah satu masalah dalam penyiasatan
tapak ialah untuk mendapatkan sampel yang tidak terganggu sepenuhnya. Sampel
yang terganggu akan memberi kesan pada keputusan ujian makmal.

Ujian Penusukan Piawai (SPT) merupakan salah daripada kaedah


penyiasatan tapak yang popular di Malaysia dan dilakukan di dalam lubang jara.
Keputusan daripada SPT ini ditunjukkan melalui nilai N untuk bilangan hentaman
untuk penusukan sedalam 300 mm. Nilai N ini akan dihubungkaitkan dengan
kekuatan riceh yang diperolehi daripada ujian makmal.

Perkaitan antara nilai N-SPT dan kekuatan riceh yang digunakan sekarang
adalah berdasarkan tanah daripada negara lain yang berbeza dari segi geografi. Di
dalam projek sarjana muda ini, satu perkaitan dihasilkan antara nilai N-SPT dan
kekuatan riceh tanah berdasarkan data yang diperolehi daripada beberapa tempat di
Johor. Perkaitan yang dihasilkan ini dibandingkan dengan perkaitan yang telah
wujud iaitu perkaitan daripada Sowers (1979) dan Schmertmann (1976). Perkaitan
ini ditunjukkan melalui graf dan persamaan. Daripada perkaitan ini, menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan antara perkaitan yang dihasilkan dengan perkaitan yang
telah wujud disebabkan perbezaan keadaan setempat. Melalui perkaitan ini, jurutera
dapat menjimatkan masa dan kos dalam merekabentuk penapak kerana dapat
mengganggar nilai kekuatan riceh tanah.
vi

ABSTRACT

In civil engineering field, soil investigation is the most important stage in the
design of any structure. The soil investigation is the earliest activity done to estimate
the soil condition on the construction site. One of the problems in soil investigation is
to obtain a completely undisturbed sample. Sample disturbance may affect the
laboratory test results. In situ test is a part of soil investigation to obtain soil
parameter directly from the site.

One of the most popular methods of in situ test soil investigation in Malaysia
is Standard Penetration Test (SPT). SPT is conducted inside a borehole. The result of
SPT is presented as N value or the number of blows required for 300 mm penetrate
into the soil. The value of N can be correlated to the shear strength. Parameter of the
soil normally obtained by laboratory tests on undisturbed sample.

Correlation between SPT and shear strength using now are based on soil from
other country with different geography. The purpose of this research is to find
correlation between SPT and the shear strength of soil based on data collected in
Johor area and compare the propose correlation with correlation by Sowers (1979)
and Schmertmann (1976). The correlation is presented in graph and equation mode.
Based on the comparison, the correlation propose is different from the existing
correlation due the different local condition. From this correlation, the engineers can
assume the value of the shear strength based on the SPT data. Thus, it is hope that the
correlation will save time, cost and manpower.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Objektif Kajian 2
1.3 Kepentingan Kajian 2
1.4 Skop Kajian 3

2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 4
2.2 Ujian Tapak 6
2.2.1 Ujian Penusukan Piawai 6
2.2.1.1 Pengenalan 6
viii

2.2.1.2 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi 8


Keputusan Nilai SPT
2.2.2 Ujian Proba JKR 13
2.2.2.1 Pengenalan 13
2.2.2.2 Hubungan Keupayaan Galas Dengan 14
Rintangan Proba JKR
2.2.2.3 Kelebihan Dan Kelemahan Proba JKR 15
2.3 Ujian Makmal 16
2.3.1 Ujian Penentuan Ciri-Ciri Indeks Tanah 16
2.3.1.1 Ujian Agihan Saiz Zarah 16
2.3.1.2 Ujian Kandungan Lembapan 17
2.3.1.3 Ujian Had Atterberg 17
2.3.1.4 Ujian Graviti Tentu 17
2.3.1.5 Ujian Ketumpatan Kering 17
2.3.2 Ujian Penentuan Parameter Geoteknik 18
2.3.2.1 Ujian Ricih Terus 18
2.3.2.2 Ujian Mampatan Tak Terkurung 18
2.3.2.3 Ujian Tiga Paksi 19
2.3.2.4 Ujian Pengukuhan 22
2.3.2.5 Ujian Kebolehtelapan 23
2.4 Masalah Dengan Sampel Ujian Makmal 23
2.5 Hubungkait Hasil Penusukan SPT Dengan 24
Parameter-Parameter Geoteknik Tanah.
2.5.1 Hubungkait Nilai N-SPT dengan Ketumpatan 25
Nisbi
2.5.2 Hubungkait Nilai N-SPT dengan Kekuatan 25
Mampatan Tak Terkurung
2.5.3 Hubungkait antara Rintangan Penusukan 26
Piawai Dengan Tegasan Normal Berkesan
2.5.4 Hubungkait Antara Rintangan Penusukan 27
Piawai dengan Kekuatan Riceh
ix

2.5.5 Hubungkait antara Rintangan Penusukan Piawai 29


Dengan Pekali Kebolehmampatan Isipadu

3 METHODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Pengumpulan Data Penyiasatan Tapak 30
3.3 Pengambilan dan Pemilihan Data 31
3.3.1 Pengiraan Nilai SPT 32
3.3.2 Klasifikasi Tanah 32
3.3.3 Pengiraan Kekuatan Riceh 33
3.4 Analisis Data 34

4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN


4.1 Pengenalan 35
4.2 Kajian Kes 35
4.3 Analisis Data 38
4.3.1 Pembentukan Perkaitan 40
4.3.2 Perbandingan Perkaitan 42
4.4 Perbincangan 44

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.1 Kesimpulan 45
5.2 Cadangan 46
x

RUJUKAN 47

LAMPIRAN

Lampiran A 49
Lampiran B 51
Lampiran C 53
xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Faktor Pembetulan Panjang Rod Dan 10


Diamter Lubang Jara

2.2 Ketumpatan Nisbi Pasir 11

2.3 Perhubungan Ketumpatan Nisbi Dan 25


Nilai N Bagi Pasir

4.1 Nama Projek-Projek Yang Terlibat dalam Kajian 35

4.2 Contoh Data Yang Diperolehi Daripada IKRAM 35

4.3 Contoh Data Yang Telah Siap Dikira Nilai 36


Kekuatan Riceh

4.4 Data-Data Yang Telah Dikira Kekuatan Riceh 37


xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Pensample Pisah 7

2.2 Contoh-Contoh Tukul Yang Digunakan Dalam SPT 8

2.3 Pembetulan Nilai-Nilai Rintangan Penusukan Piawai 12

2.4 Susunan Proba JKR, Penunjuk Proba JKR Dan 14


Penunjuk Proba Mackintosh.

2.5 Peralatan Ujian Ricih Terus 18

2.6 Radas Ujian Mampatan Tak Terkurung 19

2.7 Radas Ujian Tiga Paksi 20

2.8 Sistem Tegasan Dalam Ujian Tiga Paksi 20

2.9 Radas Ujian Pengukuhan 22

2.10 Hubungan Rintangan Rintangan Penusukan Dengan 26


Kekuatan Mampatan Tak Terkurung

2.11 Hubungan Rintangan Penusukan Piawai Dengan 27


Tegasan Normal Berkesan

2.12 Hubungan Rintangan Penusukan Piawai Dengan 28


Kekuatan Ricih (Sowers, 1979)
xiii

2.13 Hubungan Rintangan Penusukan Piawai Dengan 29


Kekuatan Ricih (Schmertmann, 1976)

3.1 Carta Aliran Proses Yang Dibuat Untuk Kajian 31

3.2 Unit Berat Dalam Tanah 33

4.1 Perkaitan Antara Nilai SPT Dan Kekuatan Riceh 39


Daripada Data Yang Diperolehi

4.2 Perkaitan Daripada Data Yang Diperolehi Berdasarkan 40


Klasifikasi Tanah CH

4.3 Perbandingan Perkaitan Yang Diperolehi Dengan 41


Yang Dikeluarkan Oleh Schmertmann (1976)

4.4 Perbandingan Perkaitan Yang Diperolehi Dengan 42


Yang Dikeluarkan Oleh Sowers (1979)
xiv

SENARAI SIMBOL

c - Parameter Kekuatan
CN - Faktor Pembetulan
Cob - Faktor Pembetulan Diameter Lubang Jara
Cr - Faktor Pembetulan Panjang Rod
Dr - Ketumpatan Relatif
Em - Kecekapan Tukul
e - Nisbah Lompang
h - Kedalaman Purata
h1 - Kedalaman daripada aras tanah hingga ke aras permukaan air bumi.
h2 - Kedalaman Tertentu.
LL - Had Cecair
mv - Pekali Kebolehmampatan Isipadu
N - Nilai SPT
N’ - Nilai Pembetulan SPT
N60 - Nilai N-SPT pada 60 peratus nisbah tenaga rod piawai
PI - Indek Plastik
PL - Had Plastik
qu - Kekuatan Mampatan Tak Terkurung
SG - Berat Tentu
u - Tekanan Air Liang
τ - Kekuatan Riceh Tanah
σ - Tegasan Normal
γ - Ketumpatan Bandingan
γtepu - Berat Unit Tepu
γw - Berat Unit Air
φ - Sudut Geseran Dalam
xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Data-data penyiasatan tapak daripada 49


IKRAM

B Data-Data Yang Telah Dikira Nilai 51


Kekuatan Riceh Dan Tinggi Purata

C Contoh Log Lubang Jara Dan Keputusan 53


Makmal
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penyiasatan tapak adalah memainkan peranan yang penting dalam


perancangan pembinaan. Ia adalah salah satu cara untuk memberi garisan panduan
dalam menilai kesesuaian dan ciri-ciri tapak untuk kerja-kerja yang dicadangkan.
Daripada penyiasatan tapak, kita akan dapat merumuskan strata tanah dan sub
permukaan di tapak tersebut, sifat-sifat dan juga kekuatan tanah di situ. Berpandukan
maklumat yang diperolehi daripada penyiasatan tapak ini, jurutera akan dapat
menyediakan rekabentuk yang sesuai, ekonomik, kaedah pembinaan (method
statement) yang baik dan ciri-ciri keselamatan yang perlu ditimbangkan. Daripada
maklumat penyiasatan tapak juga akan menyediakan jurutera tersebut untuk
menghadapi masalah-masalah semasa pembinaan.

Secara umumnya, kerja penyiasatan tapak dibahagikan kepada 2 bahagian


iaitu ujian di makmal dan ujian di tapak. Ujian di tapak dijalankan di tapak manakala
ujian makmal pula, sampel daripada tapak akan dibawa ke makmal untuk diuji.
Kedua-dua ujian mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing dan amatlah
penting untuk menentukan jenis ujian yang perlu dijalankan di tapak berkenaan
untuk memastikan maklumat yang sewajarnya diperolehi dengan kos yang
ekonomik.
2

Perkaitan parameter tanah di Malaysia masih kurang diberi perhatian dan


kebanyakan jurutera merekabentuk asas menggunakan perkaitan yang dibuat oleh
negara-negara barat. Perkaitan parameter tanah yang dikeluarkan oleh negara-negara
barat ini adalah berdasarkan jenis tanah di negara tersebut. Oleh itu amatlah penting
untuk mengetahui samada perkaitan parameter tanah yang terdapat di Malaysia
berbeza atau tidak daripada perkaitan parameter yang dikeluarkan oleh negara-negara
barat supaya tidak menimbulkan masalah dalam merekabentuk penapak.

1.2 Objektif kajian

Kajian ini akan bertumpu kepada membentuk perkaitan melalui ujian tapak
dan ujian makmal. Objektif kajian ini adalah:

1) Untuk mengetahui ujian-ujian penyiasatan tapak yang digunakan di


Malaysia
2) Untuk mengetahui perkaitan-perkaitan bagi ujian penusukan piawai (SPT)
yang telah digunakan secara meluas
3) Untuk membentuk perkaitan antara ujian penusukan piawai (SPT) dan
kekuatan riceh daripada sampel tanah di sekitar Johor dan dibandingkan
dengan perkaitan yang telah ada.

1.3 Kepentingan kajian

Kajian ini akan membantu jurutera mengetahui maklumat parameter tanah


daripada perkaitan yang dibentuk daripada SPT dan kekuatan riceh yang diperolehi
daripada ujian tiga paksi. Daripada kajian ini dapat diketahui samada perkaitan yang
sedia ada sesuai digunakan untuk jenis tanah di Malaysia atau tidak sesuai. Perkaitan
yang dibentuk berdasarkan tanah di Malaysia ini akan memberikan keyakinan
kepada jurutera untuk merekabentuk asas yang selamat, menjimatkan masa dan
ekonomik.
3

1.4 Skop kajian

Skop kajian akan merangkumi perkara-perkara berikut:

1) Penerangan mengenai beberapa kaedah ujian tapak dan ujian makmal


untuk mendapatkan kekuatan tanah.
2) Membentuk perkaitan daripada sampel tanah di sekitar Johor.
3) Perkaitan tertumpu kepada kekuatan tanah.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Setiap tapak yang dicadangkan bagi membina sesebuah struktur adalah


berbeza antara satu sama lain disebabkan kemungkinan wujud perbezaan sifat-sifat
kandungan tanah dan subpermukaannya. Perbezaan tetap wujud walaupun
mempunyai beberapa persamaan dalam lain-lain aspek. Oleh itu penyiasatan tapak
perlu dijalankan untuk mendapatkan data-data geoteknik yang tepat.

Penyiasatan tapak bagi projek kejuruteraan adalah meliputi kerja-kerja


pemeriksaan tapak, lubang jaraan, ujian-ujian di situ dan pengambilan sampel bagi
tujuan ujikaji makmal mekanik tanah. Objektif penyiasatan tapak adalah:

a) Penilaian Umum Kesesuaian Tapak


Maklumat-maklumat tanah dan persekitaran yang lengkap dapat menentukan
kesesuaian sesuatu projek itu dibina di atas tapak yang dirancang.

b) Membantu menyediakan reka bentuk yang lengkap, ekonomi dan selamat


Berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi di tapak, daripada ujian di
situ dan ujian-ujian di makmal, tegasan galas tanah dapat ditentukan. Melalui
nilai tegasan galas ini, rekabentuk penapak dan cerucuk yang bersesuaian
jenisnya dapat dipilih berdasarkan kepada jumlah beban struktur yang bakal
ditanggung oleh tapak itu.
5

c) Membantu pembinaan berjalan lancar.


Ini bertujuan bagi mengatasi masalah yang mungkin berlaku akibat daripada
tanah atau keadaan persekitaran ketika pembinaan sedang dijalankan.
Langkah-langkah berjaga dapat diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada penyiasatan tapak ini akan


digunakan untuk menilai keupayaan galas tanah di mana nilai ini akan digunakan
untuk merekabentuk tapak dan jenis cerucuk yang sesuai digunakan. Selain itu,
maklumat-maklumat ini juga akan digunakan untuk penyediaan anggaran kos
pembinaan, penyediaan tender dokumen supaya pihak pelanggan dapat membuat
keputusan yang tepat dalam aspek pembinaan dan penyenggaraan. Penyiasatan tapak
juga bertujuan mengelakkan sebarang kesulitan semasa kerja-kerja pembinaan.

Penyiasatan tapak dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pra-


penyiasatan dan penyiasatan lanjutan sepenuhnya. Pra-penyiasatan adalah
penyiasatan yang dijalankan pada permukaan tanah dan merupakan satu penilaian
tapak secara umum. Di antara maklumat yang akan diperhatikan ialah maklumat-
maklumat geologi permukaan kawasan tapak seperti sistem saliran, topografi,
kawasan hutan ataupun kawasan paya. Maklumat-maklumat ini dapat diperolehi
daripada peta topografi dan pengalaman setempat seperti aras banjir dan sebagainya.

Manakala penyiasatan lanjutan pula melibatkan kerja-kerja lubang jaraan,


pengambilan sampel tanah atau batuan samada terganggu atau tidak terganggu bagi
tujuan ujian di makmal dan ujian di situ.

Ujian di situ adalah ujian yang dijalankan terus di tapak bina untuk
mendapatkan maklumat goeteknik di situ. Ujian ini mempunyai pelbagai alat yang
mengikut parameter geoteknik yang ingin diperolehi. Diantara ujian di situ yang
digunakan di Malaysia ialah Ujian Penusukan Piawai (SPT), Ujian Penusukan Kon
(CPT), Ujian Ricih Bilah, Ujian Plat Galas dan Ujian Proba JKR.
6

Ujian makmal pula adalah ujian yang dijalankan di makmal dengan


menggunakan sampel yang diperolehi daripada tapak melalui pensampelan. Ujian
makmal yang sering digunakan di Malaysia ialah ujian tiga paksi, ujian ricih terus,
ujian terkukuh tak tersalir dan ujian ricih bilah.

2.2 Ujian Tapak

Ujian tapak adalah ujian penyiasatan tapak yang dijalankan di tapak. Ujian
tapak boleh digunakan untuk menentukan parameter kekuatan tanah. Data yang
diperolehi melalui ujian ini adalah lebih tepat kerana tanah diuji terus di tempat
tersebut. Faktor-faktor yang mempengaruhi kaedah ujian tapak termasuklah:

a. Ciri-ciri tapak dan tanah


b. Bekalan peralatan
c. Kos

Antara ujian-ujian tapak yang lazim dijalankan di Malaysia ialah ujian penusukan
piawai (SPT), ujian ricih bilah, ujian penusukan kon (CPT), proba Mackintosh, ujian
galas plat dan dilatometer (DMT). Namun demikian ujian tapak yang akan disentuh
di sini ialah ujian penusukan piawai dan proba Mackintosh.

2.2.1 Ujian Penusukan Piawai (SPT)

2.2.1.1 Pengenalan

Ujian yang biasa digunakan mengukur rintangan penusukan pensample


piawai dalam lubang jara. Ia adalah satu cara yang cepat untuk mendapatkan
maklumat parameter tanah. Ujian Penusukan Piawai (SPT) digunakan secara meluas
kerana;
7

a) Peralatannya mudah diselenggarakan.


b) Prosidur penggunaannya senang dijalankan dan boleh menjalankan ujian
berulang kali
c) Sesuai untuk semua jenis tanah dan batuan lemah
d) Sesuai digunakan bagi lapisan atas dan lapisan di bawah aras air bumi.

Menurut piawaian BS 1377: 1990: Part 9, Ujian Penusukan Piawai


menggunakan pensampel pisah berukuran 50 mm diameter luar dan berukuran 35
mm diameter dalam dan 650 mm panjang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1
akan disambung dengan penghujung rod pengerudi. Pensample pisah akan dipacu
masuk ke dalam tanah dengan menggunakan tukul seberat 65 kg dan akan dijatuh
bebas pada ketinggian 0.76 m ke atas rod pengerudi. Rajah 2.2 menunjukkan contoh-
contoh tukulyang digunakan dalam SPT. Bilangan hentaman dikira untuk setiap 0.15
m sehingga mencapai 0.45 m. Penusukan akan dihentikan sekiranya bilangan
hentaman melebihi 50 kali untuk keseluruhan jarak 0.15 m dan direkodkan baki jarak
yang masih belum menusuk masuk ke dalam tanah.

Rajah 2.1: Pensample Pisah (Split-barrel sampler)


8

Rajah 2.2: Contoh-contoh tukul yang digunakan dalam SPT

2.2.1.2 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Keputusan Nilai N

Dalam penggunaan ujian penusukan piawai, terdapat beberapa faktor yang akan
mempengaruhi nilai N yang diperolehi. Oleh itu, pembetulan hendaklah dibuat
supaya penilaian sebenar tanah dapat diketahui. Faktor-faktor yang mempengaruhi
nilai N-SPT ialah:

(a) Faktor Rendaman

Kedudukan aras air dalam pasir halus adalah kritikal bagi tujuan rekabentuk,
oleh itu nilai N yang diperolehi perlu dibetulkan untuk pasir yang halus atau
berkelodak. Terzaghi dan Peck (1948) mencadangkan bagi pasir longgar, sangat
halus atau berkelodak yang terendam, tekanan air positif mungkin dihasilkan dalam
9

tanah semasa Ujian Penusukan Piawai (SPT) sedang dijalankan disebabkan oleh
beban dinamik dan ketelapan rendah dalam tanah itu. Tekanan air liang positif ini
boleh mengurangkan rintangan ricih tanah tersebut dan ini akan mengurangkan nilai
N.

Manakala untuk pasir yang padat, sangat halus atau berkelodak dan terendam,
Ujian Penusukan Piawai (SPT) mungkin akan menghasilkan tekanan air liang negatif
yang akan meninggikan rintangan penembusan dan seterusnya meninggikan nilai N.
Untuk mengatasinya, air perlulah ditambah ke dalam lubang jara untuk mengekalkan
aras air dan seterusnya mengimbang lebihan tekanan air liang negatif. Sekiranya,
nilai hentaman N yang diukur lebih besar daripada 15, untuk pasir yang sangat halus
atau pasir berkelodak, haruslah dibetulkan untuk rintangan bertambah disebabkan
oleh lebihan tekanan air liang negatif yang berlaku semasa pemacuan dan tidak
berupaya melesap serta merta; nilai pembetulan diberi dengan

N’ = 15 + ½ (N-15) untuk nilai N > 15

dengan N ialah nilai di tapak


N’ ialah nilai pembetulan

Untuk nilai N yang kurang daripada 15, tidak perlu melakukan pembetulan di atas.

(b) Faktor cara ujian dijalankan

Skempton telah merumuskan bukti terhadap kesan cara ujian ke atas nilai
rintangan penusukan piawai. Nilai N hendaklah dibetulkan untuk mengambil kira
kaedah yang berlainan dalam melepaskan tukul, jenis anvil dan panjang sebenar rod
penggerudi. Tenaga yang dihantar kepada pensampel sahaja yang diambilkira dan
nisbah tenaga ini dirujuk sebagai nisbah tenaga rod. Terdapat perbezaan nisbah
tenaga rod mengikut beberapa negara di antara 45 peratus hingga 78 peratus. Telah
disyorkan supaya 60 peratus diambil sebagai nisbah tenaga rod piawai dan kesemua
10

nilai N yang diperolehi di tapak di normalkan dengan menggunakan kadar mudah


daripada nisbah tenaga kepada piawaian ini untuk rod penggerudi yang berukuran
lebih 10 meter panjang. Sekiranya rod penggerudi mempunyai ukuran kurang
daripada 10 m panjang, dicadangkan 0.75 diambil sebagai faktor pembetulan. Garis
pusat lubang jara juga berpengaruh bagi nilai N yang didapati di mana nilai N yang
didapati adalah lebih rendah bagi lubang jara yang berukuran 150 mm diameter dan
200 mm diameter berbanding dengan lubang jara yang berdiameter lebih kecil seperti
155 mm diameter. Faktor pembetulan adalah 1.05 untuk ukuran 150 mm diameter
dan 1.15 untuk 200 mm diameter.

N60 = 1.67 EmCbCrN

Em = kecekapan tukul ( 0.6 untuk “safety hammer” dan 0.45 untuk “doughnut
hammer”)
Cob = faktor pembetulan diameter lubang jara
Cr = faktor pembetulan panjang rod
N = nilai Ujian Penusukan Piawai (SPT) di tapak

Jadual 2.1 : Faktor pembetulan panjang rod dan diameter lubang jara

Faktor Pembetulan
Panjang Rod (m) >10 1.0
6-10 0.95
4-6 0.85
3-4 0.75

Diameter lubang jara (mm) 65-115 1.0


150 1.05
200 1.15
11

(c) Faktor Ketumpatan Nisbi Pasir

Terzaghi dan Peck telah menyatakan terdapat hubungan antara ketumpatan


nisbi pasir dan rintangan penusukan piawai. Kajian tersebut disambung oleh Gibbs
dan Holtz untuk ketumpatan relatif dan nilai bilangan hentaman. Rintangan
penusukan piawai tidak hanya bergantung kepada ketumpatan nisbi tetapi juga
kepada tegasan-tegasan berkesan pada kedalaman di tempat pengukuran. Oleh itu,
pasir yang mempunyai ketumpatan nisbi yang sama memberikan nilai N yang
berlainan pada kedalaman yang berbeza. Untuk itu, Gibbs dan Holtz (1957) telah
memperkenalkan hubungan antara nilai N yang diukur dan faktor CN sebagai:

N1 = CN N

Dimana nilai N yang dibetulkan adalah N1 dari Rajah 2.3 menunjukkan


hubungan antara faktor pembetulan, CN dan tekanan tanggungan atas berkesan

Jadual 2.2 : Ketumpatan nisbi pasir

Nilai N Pengelasan Dr (%) (N1)60

0-4 Sangat Longgar 0-15 0-3


4-10 Longgar 15-35 3-8
10-30 Sederhana tumpat 35-65 8-25
30-50 Tumpat 65-85 42-58
>50 Sangat tumpat 85-100 42-58
12

Rajah 2.3: Pembetulan nilai-nilai rintangan penusukan piawai

(d) Faktor Penggredan Dan Bentuk Zarah-Zarah

Rintangan penusukan piawai juga dipengaruhi oleh penggredan dan bentuk


zarah-zarah, darjah pengukuhan dan masa dimana pasir telah menjalani pengukuhan
yang merujuk kepada kesan umur. Nilai N ini akan bertambah dengan bertambahnya
saiz zarah, nisbah pengukuhan dan umur.
13

2.2.2 Ujian Proba JKR

2.2.2.1 Pengenalan

Proba Mackintosh atau proba JKR adalah satu kaedah yang telah
diperkenalkan untuk penyiasatan tanah di peringkat awal. Ianya adalah satu kaedah
yang paling murah dan sering digunapakai untuk tujuan penyiasatan tapak. Pada
amnya ia adalah sejenis alat jangka kun dinamik ringan. Sebelum tahun 1972 ianya
digunakan sebagai alat siasatan untuk kerja perlombongan tetapi telah diubahsuai
oleh jurutera-jurutera untuk digunakan sebagai proba pemeruman.

Proba JKR direkabentuk sebagaimana yang disyorkan untuk ujian statik dan
dinamik penetrometer oleh European Group Subcommitte (1968). Proba JKR juga
direkabentuk agar ianya dapat dikilangkan secara tempatan. Bagi sesuatu projek
pembinaan bangunan, proba JKR atau proba Mackintosh biasanya dilakukan terlebih
dahulu. Walaupun penggunaannya agak terbatas, seperti dari segi tenaga
hentakannya yang terhad, namun ianya masih dapat memberikan maklumat secara
cepat, mudah, dan kosnya yang jauh lebih murah daripada ujian-ujian tapak yang
lain. Dari segi keputusan yang akan diperolehi dari ujian proba JKR ini, keupayaan
galas tanah dapat diketahui untuk merekabentuk asas cetek sahaja.

Proba JKR dan proba mempunyai perbezaan dari segi penunjuk yang
digunakan, iaitu proba JKR menggunakan penunjuk kon yang mempunyai sudut
bukaan 30 darjah, manakala Proba Mackintosh mempunyai penunjuk kon bersudut
bukaan 60 darjah. Penunjuk tersebut adalah ‘cased harden steel pointer’ bergaris
pusat 25 mm. ianya berskru di bahagian bawah di hujung batang besi. Batang-batang
besi yang digunakan ini bergaris pusat 22 mm.

Semasa ujian, satu tukul seberat 5.0 kg akan dilepas jatuh bebas dari
ketinggian 280 mm mengikut sepanjang rod besi, dimana rod besi ini dijadikan garis
panduan untuk tukul dijatuhkan. Bilangan hentakkan yang diperlukan untuk
menembusi kedalaman 300 mm dicatatkan dan digunakan sebagai petanda
kekonsistenan tanah jelekit dan kepadatan tanah berbutir. Ujian proba ini akan
14

diteruskan sehingga mencapai 400 hentakkan per 300 mm atau kesemua 15 m rod
besi telah digunakan. Rajah 2.4, menunjukkan susunan proba JKR dan proba
Mackintosh.

Rajah 2.4: Susunan umum proba JKR (a), penunjuk proba JKR (b) dan penunjuk
proba Mackintosh (c).

2.2.2.2 Hubungan Keupayaan Galas Dengan Rintangan Proba JKR

Secara umumnya, keupayaan galas sesuatu tanah sepenuhnya boleh


menanggung tekanan sebanyak 100 kN/m2 jika keputusan ujian ini menunjukkan
melebihi 40 hentakkan untuk 300 mm tempatan. Anggaran keupayaan galas tanah
boleh dibuat melalui keputusan yang ditunjukkan oleh ujian tersebut.
15

2.2.2.3 Kelebihan Dan Kelemahan Proba JKR

Alat proba JKR adalah ringan dan senang dikendalikan oleh sekumpulan
orang yang terdiri daripada seorang juruteknik dan dua orang buruh yang tidak
memerlukan kemahiran. Kos pengendalian dan peralatannya juga adalah rendah.

Kelemahan proba JKR ini ialah tenaga hentamannya yang terhad. Oleh itu ia
tidak berkemampuan untuk menembusi lapisan-lapisan keras yang tebalnya melebihi
300 mm dan lebih merumitkan lagi jika di bawah terdapat lapisan lembut.

Apabila proba dipacu ke dalam tanah, dinding lubang yang terbentuk akan
gagal dan jatuh akibat geseran-geseran batang besi akan dikira sekali dengan geseran
hujung dan ini akan memberikan bacaan yang tidak betul melainkan jika ianya
ditafsirkan oleh jutera yang berpengalaman.
16

2.3 Ujian Makmal

Ujian makmal adalah ujian yang dijalankan di dalam makmal. Sampel dari
tapak akan dibawa ke makmal untuk diuji. Secara umumnya, ujian makmal ke atas
sampel tanah boleh dikategorikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama
akan memberikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan ciri-ciri indeks tanah.
Manakala kumpulan kedua pula merangkumi ujian-ujian yang memberikan
maklumat tentang parameter geoteknik yang sangat penting di dalam analisis dan
rekabentuk struktur geoteknik.

Ujian penentuan ciri-ciri indeks tanah akan memberikan maklumat mengenai


kandungan dan jenis tanah yang dikaji. Di antara ujian-ujian pengelasan makmal
ialah ujian kandungan lembapan, ujian had cecair dan had plastik, ujian pemadatan
serta analisis agihan saiz zarah, ujian graviti tentu dan ketumpatan kering.

Ujian penentuan parameter geoteknik tanah dibuat untuk mendapatkan nilai


parameter tanah seperti kekuatan ricih mampatan, ricih terus, pengukuhan dan
kebolehtelapan. Ujian yang sering dijalankan di Malaysia ialah ujian mampatan tiga
paksi, ujian kotak ricih, ujian ricih bilah, ujian pengukuhan tiga paksi dan ujian
pekali kebolehtelapan.

2.3.1 Ujian Penentuan Ciri-Ciri Indeks Tanah

2.3.1.1 Ujian Agihan Saiz Zarah

Ujian ini dijalankan untuk mengetahui saiz zarah tanah melalui kaedah
ayakan berdasarkan piawaian BS 1377: 1975 (Methods of Test for Soils for Civil
Engineering Purpose).
17

2.3.1.2 Ujian Kandungan Lembapan

Ujian ini dijalankan untuk mengetahui kandungan lembapan tanah


berdasarkan piawaian BS 1377: 1990: Part 2 (Classification Test). Ujian ini penting
kerana melalui ujian ini, tingkah laku tanah akan dapat diramalkan. Pertambahan
kandungan lembapan di dalam tanah biasanya akan melemahkan ikatan di antara
struktur partikelnya.

2.3.1.3 Ujian Had Atterberg

Ujian ini dijalankan untuk mengetahui empat keadaan tanah iaitu pepejal,
separa pepejal, cacair dan plastik berdasarkan piawaian BS 1377: 1990: Part 2
(Classification Test).

2.3.1.4 Ujian Graviti Tentu

Ujian ini perlu dijalankan untuk menentukan nisbah lompang dan juga
menganalisis keputusan agihan saiz zarah kelodak dan tanah liat berdasarkan
piawaian BS 1377: 1990: Part2 (Classification Test)

2.3.1.5 Ujian Ketumpatan Kering

Ujian ini dijalankan untuk mengetahui ketumpatan kering tanah yang akan
digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah kejuruteraan seperti penentuan
berat tanah berdasarkan piawaian BS 1377: 1990: Part2 (Classification Test)
18

2.3.2 Ujian Penentuan Parameter Geoteknik

2.3.2.1 Ujian Ricih Terus

Ujian riceh terus dijalankan untuk mendapatkan nilai kekuatan riceh


berdasarkan piawaian BS 1377: 1990: Part 7 (Shear Strength Tests). Di dalam kotak
ricih terus, tanah akan dipaksa untuk mericih di sepanjang satah ricih yang telah
ditentukan dan kawalan pengaliran adalah sedikit. Jika sampel diricihkan dengan
perlahan, ia akan membenarkan penyaliran dan parameter kekuatan berkesan c’ dan
φ’ boleh diperolehi. Ujian ini berguna ke atas tanah berbutiran dan boleh dilakukan
ke atas sampel terganggu ataupun sampel tak terganggu.

Keburukan ujian ini ialah keadaan penyaliran yang tidak boleh dikawal
menyebabkan tekanan tidak dapat diukur.

Rajah 2.5: Peralatan Ujian Ricih Terus

2.3.2.2 Ujian Mampatan Tak Terkurung

Ujian ini juga sesuai dijalankan ke atas sampel tanah liat tepu yang diperolehi
di tapak tetapi ianya tidak boleh digunakan untuk menganalisis keadaan terkurung
tanah. Ujian ini dijalankan berdasarkan piawaian BS 1377: 1990: Part 7.
19

Rajah 2.6: Radas untuk ujian Mampatan Tak Terkurung

2.3.2.3 Ujian Tiga Paksi

Ujian ini merupakan ujian kekuatan ricih yang luas penggunaanya dan sesuai
untuk semua jenis tanah. Kelebihan ujian ini ialah keadaan penyalirannya boleh
dikawal dan membolehkan tanah tepu dengan pekali kebolehtelapan rendah
dikukuhkan jika diperlukan sebagai sebahagian langkah ujian, ukuran tekanan air
liang boleh dibuat. Ujian ini dibuat berdasarkan piawaian BS 1377: 1990: Part 8.
20

Rajah 2.7: Radas Ujian Tiga Paksi

Sampel akan dibentuk dengan bentuk selinder dan mempunyai nisbah


panjang kepada garis pusat 2:1 dan dikenakan tegasan di bawah keadaan simetri
paksian seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.8

Rajah 2.8: Sistem tegasan di dalam ujian tiga paksi (Craig, 1993)
21

Di dalam ujian tiga paksi ini, pengukuhan berlaku di bawah penambahan


tegasan normal jumlah ke hujung dan permukaan ukurlilit yang sama kepada sampel.
Di dalam keadaan ini, terikan sisi semasa pengukuhan di dalam sampel bukanlah
sifar. Pelepasan tekanan air liang lebihan berlaku disebabkan penyaliran melalui
cakera poros di bawah atau di atas sampel. Penyaliran yang berlaku di dalam aliran
air yang dikumpul di dalam buret membolehkan isipadu air yang keluar daripada
sampel diukur.

Datum bagi tekanan air liang lebihan ialah tekanan atmosfera dengan
menganggap aras air di dalam buret searas dengan titik tengah sampel. Saluran kertas
turas yang bersentuh dengan bahagian hujung cakera poros kadang -kala diletakkan
di sekeliling ukurlilit sampel.

2.3.2.3.1 Jenis-Jenis Ujian Tiga Paksi

Terdapat 3 jenis ujian yang sama yang menggunakan radas tiga paksi. Tiga
jenis ujian tersebut ialah :

a. Tak Terkukuh- Tak Tersalir (UU)


Di dalam ujikaji ini, contoh dikenakan tekanan sel tertentu dan kemudian
perbezaan tekanan utama dikenakan secepat mungkin tanpa penyaliran
pada sebarang peringkat ujian tersebut.

b. Terkukuh – Tak Tersalir (CU)


Penyaliran di dalam sampel dibenarkan di bawah tekanan sel tertentu
sehingga mencapai pengukuhan sempurna, kemudian perbezaan tekanan
utama dikenakan tanpa membenarkan penyaliran. Pengukuran tekanan air
liang boleh dibuat semasa peringkat tak bersalir ujian itu.

c. Bersalir (CD)
Penyaliran di dalam sampel dibenarkan di bawah tekanan sel tertentu
sehingga pengukuhan sempurna, penyaliran masih dibenarkan semasa
22

perbezaan tekanan utama dikenakan dengan tekanan yang cukup perlahan


untuk memastikan tekanan air liang lebihan dikekalkan pada nilai sifar.

2.3.2.4 Ujian Pengukuhan

Di dalam ujian ini, perubahan isipadu tanah diukur sebagai beban


statik yang menyebabkan air mengalir keluar daripada sampel. Sejarah
tegasan serta anggapan ringkas perlu diambilkira di dalam ujian ini.
Penyaliran yang berlaku di dalam ujian ini adalah dari atas ke bawah. Ujian
ini dilakukan berdasarkan piawaian BS 1377: 1990: Part8 (Shear Strength
Tests).

Rajah 2.9 : Radas Ujian Pengukuhan


23

2.3.2.5 Ujian Kebolehtelapan

Kebolehtelapan adalah penting di dalam menentukan alahan akuifer


keupayaan air, di samping menubuhkan penyaliran air yang berpotensi masuk
ke dalam pengorekan dan cofferdams serta masalah yang melibatkan
penurunan aras air bumi. Dua jenis ujian boleh dilakukan bagi menentukan
kadar kebolehtelapan iaitu ujian turus tetap dan ujian turus menurun. Ujian
turus menurun sesuai untuk menguji tanah yang mempunyai kebolehtelapan
rendah manakala ujian turus tetap pula boleh digunakan untuk menguji tanah
yang mempunyai kadar kebolehtelapan tinggi. Ujian ini dijalankan
berdasarkan piawaian BS 1377: 1990: Part 4 (Compressibility, Permeability
and Durability Tests)

2.4 Masalah Dengan Sampel Ujian Makmal

Sampel tanah untuk ujian makmal terbahagi kepada 2 iaitu yang terganggu
dan yang tidak terganggu. Sampel tak terganggu diperlukan untuk mengetahui
kekuatan ricih dan pengukuhan melalui ujian makmal. Sampel tak terganggu
diperolehi melalui lubang jara. Tiub sampel akan ditolak masuk ke dalam tanah dan
dikeluarkan dari tanah kemudian ditutup bahagian hujungnya dengan lapisan lilin
setebal 25 mm. Ini bertujuan untuk mengelakkan terdedah daripada udara, air dan
cahaya matahari.

Sampel terganggu pula ialah sampel yang mempunyai agihan saiz zarah-
zarah yang sama seperti tanah di situ tetapi struktur tanah telah rosak atau telah
musnah sama sekali. Sampel ini digunakan untuk ujian pengelasan tanah, pengelasan
pandang dan ujian pemadatan. Sampel ini diperolehi melalui tiub sampel yang
dipasang di dalam lubang jara dan gerimit. Beberapa contoh jenis tiub pensampel
adalah seperti Pensampel Pacuan Terbuka, Pensampel Berdinding nipis, Pensampel
Tong Pisah dan Pensampel Omboh Pegun.
24

Ujian makmal mungkin merupakan pilihan yang baik kerana ia dapat


memberikan maklumat yang mendalam mengenai ciri-ciri tanah jika dibandingkan
dengan ujian di tapak. Namun begitu terdapat masalah di dalam mendapatkan sampel
tak terganggu sepenuhnya. Menurut kajian Brand & Brenner (1981), untuk
mendapatkan sampel tak terganggu sepenuhnya adalah sesuatu yang mustahil,
namun begitu sampel yang berkualiti tinggi boleh diperolehi melalui beberapa teknik
yang dapat meminimumkan gangguan pada sampel tak terganggu.

Pelbagai faktor telah dikenal pasti yang akan memberikan gangguan kepada
sampel tak terganggu. Menurut Hvorslev (1949) faktor-faktor yang mengganggu
sampel sewaktu proses persampelan dan ujian di makmal ialah perubahan dalam
tekanan, perubahan dalam kandungan air dan nisbah lompang, gangguan terhadap
struktur tanah, perubahan kimia, dan penggabungan dan pengasingan juzuk-juzuk
tanah.

Dengan itu, agak sukar mendapatkan sampel yang serupa seperti di tapak.
Masalah untuk mendapatkan maklumat ciri-ciri tanah berdasarkan sampel tak
terganggu ini boleh diatasi sekiranya ujian tersebut ditukarkan kepada ujian tapak.
Sekiranya ujian tapak dijalankan, sampel tanah yang digunakan adalah seperti
keadaan sebenar di tapak kerana ujian tapak akan menguji tanah secara terus di
tapak. Ujian secara terus ini dapat mengelakkan sebarang perubahan pada sampel
tanah. Salah satu kaedah ujian tapak adalah ujian penusukan piawai atau SPT.
Melalui ujian ini, kita dapat mengetahui ciri-ciri tanah berdasarkan perkaitan yang
telah wujud.

2.5 Hubungkait Hasil Penusukan SPT Dengan Parameter-Parameter


Geoteknik Tanah.

Melalui Ujian Penusukan Piawai (SPT), parameter-parameter tanah yang


sebenar seperti kekuatan tanah, ketumpatan tanah, ketekalan tanah dapat diketahui
dan boleh dikelaskan ke dalam beberapa kategori dari sangat longgar sehingga ke
25

sangat padat bagi tanah tidak berjelekit dan sangat lembut sehingga ke keras bagi
tanah berjelekit.

2.5.1 Hubungkait Nilai N dengan Ketumpatan Nisbi

Jadual 2.3 menunjukkan hubungkait antara nilai N dengan ketumpatan nisbi,


DR oleh Gibbs dan Holtz (1957).

Jadual 2.3 : Perhubungan ketumpatan nisbi dan nilai N bagi pasir. Menurut Gibbs
dan Holtz (1957)

Kepadatan Ketumpatan nisbi S.P.T (N)


Sangat longgar < 0.15 <4
Longgar 0.15-0.35 4-10
Sederhana padat 0.35-0.65 10-30
Padat 0.65-0.85 30-50
Sangat padat 0.85-1.0 > 50

2.5.2 Hubungkait Nilai N dengan Kekuatan Mampatan Tak Terkurung

Hubungan ini dikeluarkan oleh Sowers dengan mengkaitkan perkaitan antara


nilai SPT dan kekuatan mampatan tak terkurung berdasarkan pengelasan tanah.
Sowers juga membandingkan perkaitan ini dengan perkaitan yang diperolehi oleh
Terzaghi dan Peck.
26

Rajah 2.10 : Hubungan rintangan penusukan dengan kekuatan mampatan tak


terkurung

2.5.3 Hubungkait Antara Rintangan Penusukan Piawai Dengan Tegasan


Normal Berkesan ( Gibbs And Holtz, 1957)

Hubungkait ini dikeluarkan oleh Gibbs dan Holtz pada tahun 1957. Perkaitan
ini adalah antara nilai N SPT dan tegasan normal berkesan dan ketumpatan nisbi Dr.
Hubungkait adalah seperti di sebelah.
27

Rajah 2.11 : Hubungan rintangan penusukan piawai dengan tegasan normal


berkesan yang dikeluarkan oleh Gibbs dan Holtz pada tahun 1957.

2.5.4 Hubungkait antara Rintangan Penusukan Piawai dengan Kekuatan


Ricih.

(a) Persamaan Oleh Stroud & Butler

Nilai kekuatan ricih dapat diketahui melalui persamaan yang dikeluarkan oleh
Stroud & Butler pada tahun 1975 :Persamaan ini melibatkan nilai N SPT dan peratus
keplastikan. Persamaan tersebut ialah:

f1
Su = xN (kN/m2)
100
28

Dengan N = bilangan hentaman SPT

Untuk IP = 25%, f1 = 484


IP = 9%, f1 = 878.6

(b) Perkaitan Nilai SPT dan Kekuatan Riceh Oleh Sowers (1979)

Perkaitan ini dikeluarkan oleh Sowers pada tahun1979 dengan digabungkan


dengan perkaitan oleh Terzaghi dan Peck. Perkaitan ini menggunakan klasifikasi
tanah Unified Soil Classification System (USCS). Perkaitan tersebut ditunjukkan
dalam Rajah 2.12.

Rajah 2.12 : Hubungan rintangan penusukan piawai dengan kekuatan ricih (after
Terzaghi and Peak, 1967 and Sowers,1979)
29

(c) Perkaitan Antara Nilai SPT Dan Kekuatan Riceh Oleh Schmertmann.

Perkaitan ini dikeluarkan oleh Schmertmann pada tahun1976. Di dalam


perkaitan ini, turut digabungkan perkaitan untuk tanah jenis Chicago Clay dan
Houston Clays. Perkaitan ini membahagikan jenis tanah mengikut keplastikannya.

Rajah 2.13 : Hubungan rintangan penusukan piawai dengan kekuatan ricih (after
Schmertmann, 1976)

2.5.5 Hubungkait Antara Rintangan Penusukan Piawai Dengan Pekali


Kebolehmampatan Isipadu

Hubungkait ini dapat ditunjukkan melalui persamaan yang dikeluarkan oleh


Schmertmann pada tahun 1970:

1
mv = (cm2/kg)
7.6 xN
BAB 3

METHODOLOGI

3.1 Pengenalan

Sebelum kajian ini dapat dijalankan, pengumpulan maklumat telah dilakukan


untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian. Maklumat yang diperolehi adalah
melalui buku teks, tesis dan jurnal kajian lepas dan temubual dengan mereka yang
terlibat di dalam bidang penyiasatan tapak seperti IKRAM, syarikat Soil &
Foundations Sdn. Bhd dan syarikat Perunding ZMS Sdn. Bhd. Keseluruhan proses
yang digunakan untuk menjalankan kajian ini telah diringkaskan melalui carta aliran
yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

3.2 Pengumpulan Data Penyiasatan Tapak

Mengumpulkan data daripada ujian tapak dan ujian makmal melalui ujian
yang telah dilakukan oleh syarikat yang menjalankan kerja penyiasatan tapak. Data
diperolehi daripada syarikat IKRAM Selatan berdasarkan beberapa projek yang
dijalankan di sekitar Johor. Data yang dikumpulkan adalah nilai SPT dan ujian tiga
paksi untuk kelas-kelas tanah tersebut.
31

Mula

Kajian Literatur Pengumpulan Data

Nilai SPT Klasifikasi Kekuatan Riceh

Mendapatkan Perkaitan Membina Perkaitan


Yang Telah Wujud

Analisis dan
Perbincangan

Keputusan

Tamat

Rajah 3.1 Carta aliran proses yang dibuat untuk kajian

3.3 Pengambilan dan Pemilihan Data

Untuk kajian ini, data yang diperlukan ialah nilai SPT dan keputusan ujian
tiga paksi yang bertujuan untuk mendapatkan nilai riceh tanah tersebut. Selain
daripada itu, data had cecair, had plastik, indek plastik dan keputusan ayakan
diperlukan untuk mengelaskan tanah tersebut. Data yang diperolehi akan disemak
32

dan kesemua data tersebut hendaklah mengandungi maklumat-maklumat seperti


yang dinyatakan.

3.3.1 Pengiraan Nilai SPT

Ketika sampel tidak terganggu diambil, ujian SPT tidak dijalankan oleh itu
tiada nilai SPT untuk kedalaman pada sampel tidak terganggu tersebut. Nilai SPT
dipuratakan berdasarkan nilai SPT pada kedalaman sebelum dan pada kedalaman
selepasnya bagi mengganggarkan nilai SPT untuk sampel tidak terganggu.
Contohnya:

Kedalaman (m) Nilai SPT Jenis sampel


6.00-6.45 8 Terganggu
6.50-7.20 - Tak terganggu
7.50-7.95 11 Terganggu

Nilai anggaran SPT untuk kedalaman 6.50-7.20 ialah:

(8 + 11) / 2 = 9.5 ambil nilai SPT sebagai 10 /300mm.

3.3.2 Klasifikasi Tanah

Data yang diperolehi daripada penyiasatan tapak akan dikelaskan mengikut


Sistem Pengelasan Tanah Seragam (Unified Soil Classification System) atau USCS
yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat. Tanah dikelaskan menggunakan sistem ini
kerana hubungkait kajian tanah yang akan dibandingkan iaitu perkaitan pada Rajah
2.12 dan Rajah 2.13 menggunakan sistem ini. Untuk pengelasan tanah menggunakan
sistem ini, maklumat seperti peratus ayakan, had cecair, had plastik dan indek
keplastikan diperlukan.
33

3.3.3 Pengiraan Kekuatan Riceh

Untuk mendapatkan nilai kekuatan riceh τ, nilai parameter kekuatan riceh c


dan φ daripada ujian tiga paksi diperlukan berdasarkan formula Coulomb berikut:

τ = c + σ’ tan φ

di mana : σ’ = tegasan normal berkesan

Tegasan normal berkesan σ’, berdasarkan gambarajah di bawah:

Permukaan atas tanah


h1
γ
Aras air tanah
γtepu h2

Rajah 3.2 : Unit berat dalam tanah

σ’ = γh1 + (γtepu - γw) h2

di mana : γ = ketumpatan bandingan


γtepu = berat unit tepu
γw = berat unit air = 9.8 kN/m3
h1 = kedalaman daripada aras tanah hingga ke aras
permukaan air bumi.
h2 = kedalaman daripada permukaan aras air bumi hingga
ke kedalaman tertentu.
34

Berat tentu γ, diperoleh daripada persamaan :

Gs(1 + w)
γ = × γw
(1 + e)

di mana:
Gs - berat tentu
w - kandungan air
e - nisbah lompang
γw - berat unit air, iaitu 9.8 kN/m3

nilai untuk berat tentu Gs, kandungan air w, dan nisbah lompang e, diperolehi
daripada laporan penyiasatan tapak.

3.4 Analisis Data

Maklumat yang diperolehi daripada laporan penyiasatan tapak akan diambil


dan pengiraan akan dibuat. Terlebih dahulu kedalaman purata h, dikira untuk
mendapatkan nilai tegasan normal σ. Setelah itu, barulah kekuatan riceh τ, dikira
berdasarkan rumus yang telah ditunjukkan sebelum ini. Segala maklumat yang
diperlukan akan dimasukkan ke dalam jadual untuk memudahkan maklumat
disemak. Jadual telah dibina menggunakan perisian Microsoft Excel. Jadual ini dapat
dilihat pada bahagian Lampiran.

Selepas itu, klasifikasi tanah akan dibuat mengikut sistem pengelasan USCS.
Setelah selesai klasifikasi tanah dibuat, data-data tersebut akan dipecahkan megikut
klasifikasi tanah yang sama. Hanya klasifikasi tanah seperti yang terdapat dalam
Rajah 2.12 dan Rajah 2.13 yang dipilih untuk dianalisis. Graf SPT melawan kekuatan
riceh akan dibina menggunakan Microsoft Excel berdasarkan klasifikasi tanah yang
sama.

Melalui graf yang telah dibina ini, ia akan dibandingkan dengan graf pada
Rajah 2.12 dan Rajah 2.13. Perbincangan dibuat berdasarkan graf tersebut.
BAB 4

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini akan dinyatakan hasil keputusan yang diperolehi ditunjukkan
melalui graf. Keputusan ini juga akan dibandingkan dengan perkaitan kajian yang
terdahulu. Terdapat 2 perkaitan yang digunakan untuk menganalisis data iaitu
perkaitan SPT dan kekuatan riceh yang dibuat oleh Sower (1979) pada Rajah 2.12
dan Schertmann (1976) pada Rajah 2.13. Perkaitan-perkaitan ini diambil kerana
klasifikasi tanah yang dikaji adalah sama dengan perkaitan tersebut. Kedua-dua
perkaitan ini juga menunjukkan perkaitan yang diperolehi oleh Terzaghi dan Peck.

4.2 Kajian Kes

Jadual 4.1 menunujukkan nama projek-projek yang diambil untuk


mendapatkan data yang diperlukan. Data yang digunakan di dalam kajian ini
diperolehi daripada syarikat IKRAM Selatan, contoh data ditunjukkan dalam Jadual
4.2. Jadual 4.3 menunjukkan data yang telah siap dikira nilai purata SPT dan juga
nilai kekuatan riceh tanah. Keseluruhan data dapat dilihat pada bahagian Lampiran A
dan Lampiran B. Dapat diketahui bahawa dalam kajian ini, hanya melibatkan tanah
yang dikelaskan sebagai tanah liat tak organik dengan keplastikan tinggi (CH) dan
kelodak tak organik dengan keplastikan tinggi (MH).
36

Jadual 4.1 : Nama projek yang terlibat dalam kajian

Kes Nama Projek Klasifikasi Tanah


A Cadangan Membina 2 Blok Enam Belas Unit Rumah Guru Kelas F Berkaitan Di Sekolah Kebangsaan FELCRA CH dan MH
Sg. Ara, Kota Tinggi, Johor.
B Cadangan Membina Kompleks Pengkalan Marin Kastam Sg. Pulai, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor. CH dan MH
C Cadangan Membina Jalan Dan Jambatan Dari Tanjung Sedili Ke Sedili Besar, Daerah Kota Tinggi, Johor. CH dan MH
D Cadangan Membina Rumah Keluarga Pelbagai Kelas Dan Berkaitan Untuk Pegawai Dan Anggota Tentera Darat MH sahaja
Di Kem PULADA, Kota Tinggi, Johor.

Jadual 4.2 : Contoh data yang diperolehi daripada IKRAM

Triaxial
Nama No. No. Kedalaman Purata LL PL PI SG MC e gravel sand silt clay
(UU)
Projek Borehole Sampel (meter) No. SPT
c φ % % % % % % % %
A BH1 UD2 6.50-7.20 8 16 2 69 41 41 2.65 40 0.86 14 20 63
A BH2 UD2 6.50-7.20 7 23 2 62 42 20 2.65 44 0.87 0 29 71
A BH3 UD2 11.00-11.70 6 20 2 57 41 16 2.65 39 0.92 1 35 64
A BH4 UD1 3.50-4.20 8 21 3 60 39 21 2.65 27 0.92 24 29 47
37

Jadual 4.3 : Contoh data yang telah dikira nilai kekuatan riceh

Kedalaman Triaxial
Nama No. No. Kedalaman Purata
(UU) γ σ τ
Purata USCS
Projek Borehole Sampel (meter) SPT(N) (kN/mm3) (kN/m2) (kN/m2)
(meter) c φ
A BH1 UD2 6.50-7.20 6.85 8 16 2 CH 19.547 133.90 20.68
A BH2 UD2 6.50-7.20 6.85 7 23 2 MH 19.998 136.99 27.79
A BH3 UD2 11.00-11.70 11.35 6 20 2 MH 18.801 213.39 27.46
A BH4 UD1 3.50-4.20 3.85 8 21 3 MH 17.178 66.14 24.47
38

4.3 Analisis Data


.

Seperti diterangkan dalam Bab 3, data yang diperolehi daripada setiap projek
akan dipilih berdasarkan kedalaman sampel dan jenis tanah. Data yang diperolehi
daripada SPT akan digandingkan dengan kekuatan riceh pada setiap kedalaman yang
sama dan dimasukkan ke dalam jadual seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.4.

Jadual 4.4 : Data-data yang telah dikira kekuatan riceh

Kedalaman Purata
Kes No. No. Klasifikasi τ
Purata No. SPT
Projek Borehole Sampel (USCS) (kN/m2)
(meter) (N)
A BH1 UD2 6.85 CH 8 20.68
A BH2 UD2 6.85 MH 7 27.79
A BH3 UD2 11.35 MH 6 27.46
A BH4 UD1 3.85 MH 8 24.47
B BH2 UD1 3.38 MH 29 10.67
B BH2 UD2 9.38 CH 6 50.79
B BH3 UD1 2.38 CH 2 11.45
B BH3 UD2 6.38 CH 0 11.19
B BH4 UD1 2.38 MH 2 8.75
B BH4 UD2 10.88 CH 4 49.83
B BH5 UD1 2.38 MH 2 12.19
B BH5 UD2 9.38 MH 0 12.41
C BH2 UD1 4.75 CH 8 12.18
C BH2 UD2 9.25 CH 5 14.32
C BH2 UD3 13.75 CH 6 24.52
C BH3 UD1 4.75 MH 7 13.90
C BH3 UD2 7.75 CH 0 15.02
C BH3 UD3 10.75 CH 0 14.77
C BH5 UD1 3.25 MH 5 8.76
C BH5 UD2 6.25 MH 7 13.60
C BH5 UD3 9.25 CH 7 13.93
39

Jadual 4.4 : Data-data yang telah dikira kekuatan riceh (sambung)

C BH6 UD1 3.25 MH 6 7.77


C BH6 UD2 6.25 MH 7 14.59
C BH6 UD3 9.25 MH 8 14.21
C BH7 UD1 6.25 CH 8 11.61
C BH7 UD2 9.25 MH 8 12.21
C BH8 UD1 3.25 MH 8 11.67
C BH9 UD1 3.25 CH 6 9.85
C BH10 UD1 3.25 MH 6 14.71
C BH12 UD1 3.25 CH 3 13.72
C BH14 UD1 3.75 MH 3 12.83
D BH2 MZ1 12.50 MH 14 31.98
D BH3 MZ1 9.50 MH 16 19.34
D BH4 MZ1 9.50 MH 22 22.10
D BH6 MZ1 11.00 MH 17 17.18
D BH7 MZ1 14.00 MH 19 26.52
D BH8 MZ1 14.00 MH 15 23.65
40

4.3.1 Pembentukan Perkaitan

Perkaitan daripada klasifikasi untuk kedua-dua tanah jenis MH dan CH


ditunjukkan melalui graf seperti di dalam Rajah 4.1. Daripada rajah ini, dapat
diketahui bahawa perkaitan antara nilai kekuatan riceh dan N-SPT adalah :

SPT = 0.35 Cu

Atau

Cu = 2.86 SPT

30

25
SPT (hentaman/300 mm)

20

15
Cu = 2.86 SPT

10

0
0 10 20 30 40 50
Kekuatan Riceh (kN/m2)

Rajah 4.1 : Perkaitan antara nilai SPT dan kekuatan riceh daripada data yang
diperolehi
41

Satu lagi perkaitan telah bentuk berdasarkan tanah untuk jenis tanah liat tak
organik keplastikan tinggi, CH sahaja. Hasil daripada perkaitan ini dapat dilihat pada
Rajah 4.2. Perkaitan yang diperolehi ialah :

Cu = 3.22 SPT
Atau
SPT = 0.31 Cu

60

50
Kekuatan Riceh (kN/m )
2

40
Cu = 3.22 SPT
30

20

10

0
0 2 4 6 8 10
SPT (hentaman/300mm)

Rajah 4.2 : Perkaitan daripada data yang diperolehi berdasarkan klasifikasi tanah CH
sahaja
42

4.3.2 Perbandingan Perkaitan

Perkaitan yang telah diterbitkan iaitu Cu = 2.86 SPT untuk tanah jenis CH
dan MH dan Cu = 3.22 SPT untuk tanah jenis CH sahaja, dibandingkan dengan
perkaitan yang telah ada iaitu perkaitan oleh Schmertmann (1976) dan Sowers
(1979). Kedua-dua bandingan ini dapat dilihat pada Rajah 4.3 dan Rajah 4.4.

Klasifikasi CH dan MH Klasifikasi CH

30

T
Cu = 3.57 SPT
SP
Cu = 2.86 SPT
SPT-N value (hentaman/300 mm)

22
25
3.
=

Cu = 6.25 SPT
Cu

20
Cu = 7.14 SPT
15
Cu = 12.5 SPT
10

0
0 25 50 75 100 125 150
2
Kekuatan Riceh, Cu (kN/m )

Rajah 4.3 : Perbandingan perkaitan yang diperolehi dengan yang dikeluarkan


oleh Schmertmann (1976)
43

CH sahaja MH dan CH
500

8N
N
Kekuatan Riceh, Cu(kN/m ) 9.8

.1
=
2

17
400 Cu

=
Cu
300 CH
N
4.41
Cu =
200 CL 3.22N
Cu =
3N
SC-ML Cu = 2.4
100

0
0 10 20 30 40 50 60
SPT-N value (Hentaman/300mm)

Rajah 4.4 : Perbandingan perkaitan yang diperolehi dengan yang dikeluarkan oleh
Sower (1979)

Perkaitan yang dibandingkan dengan perkaitan Schmertmann (1976) pada


Rajah 4.3 menunjukkan bahawa kedua-dua perkaitan tersebut terkeluar daripada
sempadan kawasan untuk tanah dan perkaitan tersebut berada pada kedudukan tanah
liat dengan keplastikan rendah.

Perkaitan yang dibandingkan dengan perkaitan oleh Sowers (1979) seperti


pada Rajah 4.4 menunjukkan bahawa kedua-dua perkaitan yang dibentuk tersebut
berada dalam kawasan tanah jenis pasir bertanah liat (SC) dan pasir halus berkelodak
dengan keplastikan rendah (ML).
44

4.4 Perbincangan

Berdasarkan Rajah 4.1 dapat diketahui bahawa hubungan persamaan antara


nilai SPT dan kekuatan riceh untuk sampel yang dikaji untuk jenis tanah tanah liat
dan kelodak yang mempunyai keplastikan tinggi ialah Cu = 2.86 SPT. Manakala
melalui pemerhatian pada Rajah 4.2 dapat diketahui bahawa hubungan persamaan
antara nilai SPT dan kekuatan riceh bagi tanah jenis klasifikasi CH sahaja ialah Cu =
3.22 SPT.

Daripada perbandingan yang dibuat, menunjukkan kedua-dua perkaitan tidak


berada pada kawasan yang sepatutnya. Berdasarkan perkaitan oleh Schmertmann,
menunjukkan kedua-dua perkaitan tersebut berada dalam pada kedudukan tanah liat
dengan keplastikan rendah. Sepatutnya kedua-dua perkaitan ini berada pada tanah
liat dengan keplastikan tinggi iaitu pada Cu = 12.5 SPT

Manakala apabila dibandingkan dengan perkaitan oleh Sowers (1979), kedua-


dua perkaitan tersebut berada pada kawasan tanah jenis pasir bertanah liat (SC) dan
pasir halus berkelodak dengan keplastikan rendah (ML). Sepatutnya kedua-dua
perkaitan ini berada dalam kawasan tanah liat dengan keplastikan tinggi (CH) iaitu di
antara Cu = 17.18 SPT dan Cu = 9.80 SPT.

Beberapa kemungkinan yang mungkin menyebabkan hubungan persamaan


antara sampel yang dikaji dan hubungan yang dikeluarkan oleh Schmertmann (1976)
dan Sowers (1979) tidak sama ialah disebabkan jenis tanah yang terdapat di negara
tersebut tidak sama dengan jenis tanah yang terdapat di negara Malaysia dari segi
lokasi geografi dan komposisi kimia. Keadaan iklim dan suhu kedua-dua negara ini
juga tidak sama. Selain itu, taburan data sampel yang digunakan tidak meluas. Nilai
SPT untuk sampel kajian hanya di antara 1 hingga 25 hentaman/300mm manakala
untuk nilai kekuatan riceh pula, adalah di antara 10 kN/m2 dan 50 kN/m2. Boleh juga
dikatakan bahawa sensitiviti tanah yang terjadi kesan daripada gangguan dalam
sampel akan turut memberi kesan kepada ujian makmal.
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan

Daripada kajian yang dijalankan, dapat dibuat kesimpulan bahawa:

1. Adanya perkaitan di antara nilai N SPT dengan nilai kekuatan riceh untuk
tanah liat dengan keplastikan tinggi (CH) dan kelodak dengan keplastikan
tinggi (MH). Hubungan ini ditunjukkan melalui persamaan Cu = 2.85 SPT.

2. Adanya perkaitan antara nilai N-SPT dengan nilai kekuatan riceh bagi tanah
liat dengan keplastikan tinggi (CH) dan boleh ditunjukkan melalui persamaan
Cu = 3.22 SPT.

3. Hubungan di antara nilai N-SPT dan kekuatan riceh adalah berkadar linear.
Nilai kekuatan riceh tanah akan bertambah apabila nilai N-SPT bertambah.

4. Terdapat perbezaan antara tanah yang terdapat di Malaysia dan tanah yang
terdapat pada negara lain disebabkan oleh faktor kedudukan geografi,
komposisi kimia, iklim dan suhu setempat.
46

5.2 Cadangan

Di bawah ini telah diberikan beberapa cadangan yang boleh dibuat sebagai
rujukan dan kajian di masa hadapan.

1. Mendapatkan lebih banyak data untuk kajian.

2. Melakukan perkaitan dengan klasifikasi tanah jenis lain.

3. Perkaitan SPT dihubungkan dengan perkaitan lain seperti perkaitan SPT


dengan kekuatan tidak terkukuh.

4. Mendapatkan sampel tanah yang mempunyai taburan nilai SPT dan kekuatan
riceh yang lebih luas.

5. Data didapati daripada berbagai tempat dan negeri di Malaysia.


47

SENARAI RUJUKAN

American Standard Testing and Material (1992). Standard Test Method For
Consolidated-Undrained Triaxial Compression Test On Cohesive Soils.
America, D4767-88.
American Standard Testing and Material (1992). Standard Method for Penetration
Test And Split-Barrel Sampling of Soils. America, D1586-84.
American Standard Testing and Material (1992). Standard Test Method For Field
Vane Shear Test in Cohesive Soil. America, D 2573-72.
American Standard Testing and Material (1992). Standard Test Method For
Unconsolidated, Undrained Compressive Strength of Cohesive Soils in
Triaxial Compression. America, D 2850-82.
Anagnostopoulos, A., Koukis, G., Sabatakakis, N., and Tsiambaos, G.(2003).
Empirical Correlation of Soil Parameter Based On Cone Penetration Test for
Greek Soil. Journal of Geotechnical and Geological Engineering. 21: 377-
387.
Bouckovalas, G., Kalteziotis, N., Sabatakakis, N. and Zervogiannis, H. (1989). Shear
Wave Velocity In A Very Soft Clay-Measurement And Correlation, Proc. Of
The Twelfth International Conference on Soil Mechanics and Foundation
Engineering, August 13-18, 1989, Rio de Janeiro.
British Standards Institution (1990). Method of Test for Soils for Civil Engineering
Purpose, BS1377.
Craig, R.F. (1993). Soil Mechanics, 4th ed, London : Chapman and Hall.
Limin, Z. M., Wilson H. Tang, H.M., Lulu Zhang, and Jianguo Zheng. (2004).
Reducing Uncertainty of Prediction from Empirical Correlation. Journal of
Geotechnical and Geoenvironmental Engineering. 130(5): 526-534.
Mandal, J.N & Divshikar, D.G. (1993). Soil Testing In Civil Engineering, Bombay:
A.A. Balkema Publishers.
McCarthy, D. F. (2002). Essentials of Soil Mechanics and Foundations: Basic
Geotechnics, 6th ed, New Jersey: Prentice Hall.
48

Robert W. Day (2000). Geotechnical Engineering’s Portable Handbook, London :


Mc Graw Hill.
Robert W. Day (1999). Geotechnical And Foundation Engineering Design And
Construction, London: Mc Graw Hill.
Roy E. Hunt (1984). Geotechnical Engineering Investigation Manual, London:
Mc Graw Hill.
Tan, Y. C., Gue S. S., Lee, P. T. & Ng H. B., (2004), "Some Geotechnical Properties
of Klang Clay", Malaysian Geotechnical Conference, March 16-18, 2004,
Sheraton Subang, Petaling Jaya.

Tan, Y.C., Gue, S.S., Ng, H.B. & Lee, P.T. (2003), “Design Parameters of Klang
Clay, Malaysia”, 12th Asian Regional Conference on Soil Mechanics and
Geotechnical Engineering, August 4-8, 2003, Singapore.

William Powrie (1997). Soil Mechanics Concepts and Applications, London: E & FN
Spon.
Yu, H. S., Schnaid, F., and Collins, I. F.(1996). Analysis of Cone Pressuremeter
Tests in Sands. Journal of Geotechnical Engineering. 122(8): 623-632.
LAMPIRAN A

(Data-data penyiasatan tapak daripada


IKRAM)
Purata Triaxial
Nama No. No. Kedalaman Kedalaman LL PL PI SG MC gravel sand silt clay
No. (UU) e
Projek Borehole Sampel (meter) purata % % % % % % % %
SPT C φ
A BH1 UD2 6.50-7.20 6.85 8 16 2 69 41 41 2.65 40 0.86 14 20 63
A BH2 UD2 6.50-7.20 6.85 7 23 2 62 42 20 2.65 44 0.87 0 29 71
A BH3 UD2 11.00-11.70 11.35 6 20 2 57 41 16 2.65 39 0.92 1 35 64
A BH4 UD1 3.50-4.20 3.85 8 21 3 60 39 21 2.65 27 0.92 24 29 47
B BH2 UD1 3.00-3.75 3.38 29 9 2 97 51 46 2.63 71 2.11 1 7 70 22
B BH2 UD2 9.00-9.75 9.38 6 45 2 64 24 40 2.66 24 0.83 0 8 69 23
B BH3 UD1 2.00-2.75 2.38 2 9 4 88 36 52 2.62 73 2.02 1 8 66 25
B BH3 UD2 6.00-6.75 6.38 0 10 1 169 35 135 2.58 116 4.12 18 22 51 9
B BH4 UD1 2.00-2.75 2.38 2 7 3 86 44 42 2.61 83 2.34 0 2 73 25
B BH4 UD2 10.50-11.25 10.88 4 43 2 57 28 29 2.67 27 0.85 0 6 54 40
B BH5 UD1 2.00-2.75 2.38 2 11 2 72 40 32 2.62 69 2.03 0 2 68 30
B BH5 UD2 9.00-9.75 9.38 0 10 1 77 35 42 2.63 71 1.99 0 2 75 23
C BH2 UD1 4.50-5.00 4.75 8 11 1 87 37 50 2.56 79 2.16 3 17 61 19
C BH2 UD2 9.00-9.50 9.25 5 12 1 90 33 57 2.55 71 1.98 3 11 62 24
C BH2 UD3 13.50-14.00 13.75 6 20 1 79 28 51 2.65 32 0.82 1 13 64 22
C BH3 UD1 4.50-5.00 4.75 7 10 3 88 41 47 2.6 75 1.85 5 16 64 15
C BH3 UD2 7.50-8.00 7.75 0 13 1 78 31 47 2.6 65 1.81 0 6 67 27
C BH3 UD3 10.50-11.00 10.75 0 12 1 92 36 56 2.6 71 1.95 0 11 68 21
C BH5 UD1 3.00-3.50 3.25 5 8 1 113 63 50 2.54 99 2.7 3 21 68 8
C BH5 UD2 6.00-6.50 6.25 7 12 1 90 51 39 2.57 66 1.85 4 33 49 14
C BH5 UD3 9.00-9.50 9.25 7 9 2 81 34 47 2.58 67 1.77 3 40 44 13
C BH6 UD1 3.00-3.50 3.25 6 7 1 116 41 75 2.53 99 2.62 1 13 66 20
C BH6 UD2 6.00-6.50 6.25 7 13 1 84 46 38 2.58 60 1.77 7 50 40 3
C BH6 UD3 9.00-9.50 9.25 8 12 1 93 48 45 2.56 89 2.46 0 8 52 40
C BH7 UD1 6.00-6.50 6.25 8 10 1 73 28 45 2.59 61 1.77 2 39 49 10
C BH7 UD2 9.00-9.50 9.25 8 10 1 61 35 26 2.6 49 1.77 10 54 33 3
C BH8 UD1 3.00-3.50 3.25 8 10 2 81 44 37 2.59 70 1.93 4 42 50 4
C BH9 UD1 3.00-3.50 3.25 6 9 1 88 36 52 2.58 73 1.92 2 24 56 18
C BH10 UD1 3.00-3.50 3.25 6 13 2 82 44 38 2.58 64 1.75 4 51 43 2
C BH12 UD1 3.00-3.50 3.25 3 12 2 94 39 55 2.57 73 1.87 5 16 64 15
C BH14 UD1 3.50-4.00 3.75 3 11 2 85 46 39 2.58 75 2.16 4 32 53 11
D BH2 MZ1 12.00-13.00 12.50 14 30 1 73 51 22 2.6 52 3.27 2 31 42 25
D BH3 MZ1 9.00-10.00 9.50 16 16 1 66 46 20 2.6 35 0.71 23 28 39 10
D BH4 MZ1 9.00-10.00 9.50 22 19 1 64 43 21 2.6 35 0.84 11 35 40 14
D BH6 MZ1 10.50-11.50 11.00 17 10 2 61 41 20 2.59 34 0.82 15 29 50 6
D BH7 MZ1 13.50-14.50 14.00 19 22 1 62 41 21 2.56 34 0.82 19 33 40 8
D BH8 MZ1 13.50-14.50 14.00 15 20 1 73 50 23 2.55 28 1.14 42 15 38 5
LAMPIRAN B

(Data-Data Daripada IKRAM Yang Telah


Dikira Nilai Kekuatan Riceh dan Tinggi
Purata)
Nama No. No. Kedalaman Kedalaman Purata USCS γ σ τ
Projek Borehole Sampel (meter) purata No. SPT kN/mm3 kN/m2 kN/m2
A BH1 UD2 6.50-7.20 6.85 8 CH 19.547 133.90 20.68
A BH2 UD2 6.50-7.20 6.85 7 MH 19.998 136.99 27.79
A BH3 UD2 11.00-11.70 11.35 6 MH 18.801 213.39 27.46
A BH4 UD1 3.50-4.20 3.85 8 MH 17.178 66.14 24.47
B BH2 UD1 3.00-3.75 3.38 29 MH 14.172 47.90 10.67
B BH2 UD2 9.00-9.75 9.38 6 CH 17.664 165.68 50.79
B BH3 UD1 2.00-2.75 2.38 2 CH 14.708 35.01 11.45
B BH3 UD2 6.00-6.75 6.38 0 CH 10.667 68.05 11.19
B BH4 UD1 2.00-2.75 2.38 2 MH 14.014 33.35 8.75
B BH4 UD2 10.50-11.25 10.88 4 CH 17.963 195.43 49.83
B BH5 UD1 2.00-2.75 2.38 2 MH 14.321 34.08 12.19
B BH5 UD2 9.00-9.75 9.38 0 MH 14.740 138.26 12.41
C BH2 UD1 4.50-5.00 4.75 8 CH 14.211 67.50 12.18
C BH2 UD2 9.00-9.50 9.25 5 CH 14.340 132.64 14.32
C BH2 UD3 13.50-14.00 13.75 6 CH 18.835 258.99 24.52
C BH3 UD1 4.50-5.00 4.75 7 MH 15.646 74.32 13.90
C BH3 UD2 7.50-8.00 7.75 0 CH 14.962 115.95 15.02
C BH3 UD3 10.50-11.00 10.75 0 CH 14.770 158.77 14.77
C BH5 UD1 3.00-3.50 3.25 5 MH 13.388 43.51 8.76
C BH5 UD2 6.00-6.50 6.25 7 MH 14.670 91.69 13.60
C BH5 UD3 9.00-9.50 9.25 7 CH 15.243 141.00 13.93
C BH6 UD1 3.00-3.50 3.25 6 MH 13.630 44.30 7.77
C BH6 UD2 6.00-6.50 6.25 7 MH 14.604 91.28 14.59
C BH6 UD3 9.00-9.50 9.25 8 MH 13.704 126.76 14.21
C BH7 UD1 6.00-6.50 6.25 8 CH 14.753 92.20 11.61
C BH7 UD2 9.00-9.50 9.25 8 MH 13.706 126.78 12.21
C BH8 UD1 3.00-3.50 3.25 8 MH 14.727 47.86 11.67
C BH9 UD1 3.00-3.50 3.25 6 CH 14.980 48.68 9.85
C BH10 UD1 3.00-3.50 3.25 6 MH 15.078 49.00 14.71
C BH12 UD1 3.00-3.50 3.25 3 CH 15.182 49.34 13.72
C BH14 UD1 3.50-4.00 3.75 3 MH 14.002 52.51 12.83
D BH2 MZ1 12.00-13.00 12.50 14 MH 9.070 113.38 31.98
D BH3 MZ1 9.00-10.00 9.50 16 MH 20.116 191.10 19.34
D BH4 MZ1 9.00-10.00 9.50 22 MH 18.695 177.60 22.10
D BH6 MZ1 10.50-11.50 11.00 17 MH 18.688 205.57 17.18
D BH7 MZ1 13.50-14.50 14.00 19 MH 18.471 258.60 26.52
D BH8 MZ1 13.50-14.50 14.00 15 MH 14.947 209.26 23.65
LAMPIRAN C

(Contoh Log Lubang Jara Dan Keputusan


Makmal)

You might also like