You are on page 1of 8

TAJUK 2

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Definisi
• Pluraliti bermaksud kemajmukan ataupun kepelbagaian
• Masyarakat Plural dari J.S.Furnivall (1948):
– Di Burma , seperti juga di Jawa, barangkali perkara yang awal menarik hati
seorang pelawat ialah campuran kumpulan manusia – orang Eropah, Cina, India
dan bumiputera. Dalam ertikata yang lebih tepat, mereka bergaul tetapi tidak
bersatupadu. Setiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, bahasa, pemikiran
dan cara hidup masing-masing. Sebagai individu mereka bergaul tetapi hanya di
pasar iaitu semasa berjual beli. Wujudnya satu masyarakat majmuk yang terdiri
daripada kumpulan manusia yang hidup berdampingan tetapi berasingan dalam
setiap unit politik yang sama. Malahan dalam bidnag ekonomi wujud pembahagian
tugas mengikut garis perkauman
• Ciri dari segi politik Masyarakat plural pula ialah terbentuk akibat penjajhan dan
tiada azam sosial bersama

Prulraliti di Alam Melayu


• Masyarakat Asia Tenggara secara semula jadinya hidup dlm kepluralitian , tanpa
paksaan oleh mana2 pihak / kuasa
• Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama
dunia
• Ciri pluraliti ini (yg fleksibel sifatnya) kemudian musnah dgn kedatangan kuasa
kolonial dan imperial Eropah
• Mereka bongkar-musnah, dan perkenalkan sistem2 kerajaan mereka serta
pecah/bahagikan wilayah ini kpd satu komuniti masyarakat plural.

• Pembentukan masyarakat berubah kpd bercirikan pemaksaan dan perbezaan.


• Masyarakat Plural memperkenalkan masyarakat migran yg dipaksa datang dan
dipaksa bergaul dgn masyarakat & sistem yg sedia ada dlm masyarakat peribumi.
• Masyarakat migran itu pula dtg dr pelbagai tamadun (China & India) yg dibawa
masuk utk jadi buruh

• Masyarakat Plural juga perkenalkan:


– Ilmu,Konstruk social,Perbendaharaan kata, Idiom
– Institusi spt peta, banci, muzium & kategori etnik, ekonomi kapitalis dan birokrasi
politik (yg tidak diketahui oleh masyarakat peribumi pd masa itu)
• Wujud “METODOLOGIKAL NASIONALISME”
– Iaitu satu cara membina dan menggunakan ilmu berasaskan kewilayahan negara-
bangsa.
- Metod ini ketepikan konsep yg mengatakan kehidupan sosial adalah bersifat
sejagat dan tanpa sempadan
– Hasilnya: wujudlah Kajian Malaysia, Kajian Indonesia dll

PLURALITI – MASYARAKAT PLURAL


• bukan semata2 satu ilmu yg menjadi titik permulaan, tetapi juga satu konstruk
(gagasan) sosial yg sebenar yg direstui dan dilengkapi dgn gugusan:
• Idea-idea, Perbendaharaan kata, Idiom2 yg wujud di kalangan kehidupan seharian
masyarakat Asia Tenggara

HURAIAN : Pluraliti
Mereka datang berdagang secara sukarela utk cari kehidupan dan kekayaan
mereka dtg bersama ahli keluarga, kadangkala mereka bersepakat utk tinggal
terus/menetap- keputusan scr bersama ini menyebabkan hidup mereka tenang
KESANNYA: wujud interaksi yg harmoni dgn penduduk, alam sekitar dan sistem
sosial-politik-agama di tempat baru itu
mereka sanggup juga berkahwin dgn masyarakat tempatan (asimilasi) – seperti
masyarakat Cina baba
amalan dan adat resam yg diamalkan oleh pendatang juga diterima pakai oleh
penduduk tempatan seperti adat bersanding, maggar, bunga telor. Hasil asimilasi
dgn pendtg India

Huraian: masyarakat Plural


• Pendatang asing dari China dan India di bawa masuk demi kepentingan ekonomi-
politik Inggeris
• Mereka didatangkan khas utk kerja sbg buruh
• Buruh2 Cina: di lombong2 bijih timah dan emas
• Buruh India: diladang getah
• Mereka dtg tanpa keluarga bersama
• KESANNYA: hasrat utk pulang ke negara asal tidak pernah padam dr jiwa mereka,
gagal berasimilasi dgn penduduk tempatan, alam sekitar sistem politik-sosial-
agama. 
• Tapi niat nak kembali tidak tercapai, akhirnya mereka wujudkan kelompok
masyarakat dgn sistem sosio-politik-agama mereka sendiri. 
• Akibatnya, wujud kelompok2 masyarakat yg hidup dgn dunia mrk sendiri- terasing
dr kelompok yg lain walau di tempat yg sama
PLURALITI BUDAYA DI ALAM MELAYU
A) Hubungan dgn China dan India
– Hubungan telah lama wujud melalui perdagangan dan alam Melayu jd tempat
persinggahan pedagang drpd 2 negara ini.
– Tanpa sedar sebenarnya wujud sebuah institusi pengajian tinggi agama di alam
melayu (Sri Vijaya) yg menjd tumpuan cerdik pandai agama, khususnya Hinduisme
utk dalami pengajian mereka. Ia wujud abd ke 7M, ada 1000 penuntut
B) Zaman hinduisme dan Buddhisme
• Hinduisme & Buddhisme sebenarnya tidak memberi kesan besar dlm kehidupan
rakyat biasa di alam Melayu
• Sbb itu jarang terdapat nama2 yg bercorak hindu dan buddha di kalangan anak2
rakyat biasa.
• Ini berbeza dgn Islam, hampir kesemua nama2 diberikan berdasarkan nama2
Islam
• Juga tidak ada kitab2 besar spt falsafah, ketuhanan, fizik dsbgnya berasaskan
Hindu & Buddha di alam Melayu kecuali kitab2 keseniaan
• Hindu & Buddha diterima baik di kalngan pemerintah alam melayu sebelum
kedatangan Islam.
• Ia ada impak politik kerana mitos hinduisme mengatakan raja adalah anak tuhan
yg diutus ke bumi, rakyat perlu taat dan patuh
• Kebesaran raja2 ini digambarkan melalui candi2
C) Penjelmaan dari segi material dan non-material
• Perubahan bersifat EPISTEMOLOGI (asal mula sesuatu ilmu pengetahuan)
• Iaitu perubahan dr segi ilmu pengetahuan yg melibatkan cara berfikir dan cara kita
melihat sesuatu, seterusnya perubahan cara kita memahami sesuatu
• Sebelum kedtgn Inggeris, ilmu pengetahuan di alam melayu lebih byk berasaskan
epistemologi yg bercorak metafizik (org Melayu memahaminya sbg ilmu yg
bersumberkan alam ghaib).
• Alam ghaib ialah alam non-material yg wujud di luar pengalaman pancaindera
manusia (con: amalan perubatan dukun/bomoh yg menggunakan jampi serapah
dlm berinteraksi utk ubati penyakit)
• Selepas kdtgn Inggeris: BERUBAH dr epistemologi metafizik yg bersifat non-
material kepada epistemologi Fizikal yg bersifat rasional saintifik.

• Asas ilmu epistemologi fizikal ialah pembuktian sesuatu material menerusi


pancaindera & kemudian diperkukuhkan dgn alat2 saintifik spt mikroskop
• Epistemologi inilah yg kemudiannya memperkenalkan ilmu, kontrak sosial,
perbendaharaan kata, & institusi yg tidak diketahui oleh msrkt peribumi spt peta,
banci, muzium, ekonomi kapitalis, birokrasi politik dll
• Semua ini kemudiannya dikenali ‘ILMU KOLONIAL’.

KEMUNCAK PLURALITI = ZAMAN KESULTANAN MELAKA

PEMERINTAHAN
Kehebatan Empayar Melaka (yg menjadi pusat pertemuan pedagang seluruh dunia)
diakui sehingga digelar “The Venice of the East’
Pegawai istananya terdiri dr pelbagai bangsa (dtg berdagang & menetap).
Perlembagaan melaka berdasarkan ajaran Islam – Hukum Kanun Melaka &
Undang-undang Laut Melaka.Tidak wujud unsur2 terorisme dlm pemerintahan
kerajaan Melaka

2) PERDAGANGAN
Hasil pentadbiran yg cekap dan pemerintahan terbuka, perdagangan dapat berjalan
dgn lancar dan maju
Keselamatan laut drpd ancaman perompak dan lanun dpt dikawal, ini menjamin
sussana yg aman dan selamat kpd pedagang
Kepulauan Melayu terkenal dgn rempah ratus yg dianggap mewah ketika itu
Sbb itulah pedagang seluruh pelusok dunia dtg ke Melaka utk mendapatkannya.

3) KEPENDUDUKAN
Zaman pluraliti – proses penghijrahan berlaku secara alamiah, bukan paksaan
Tidak perlu pasport & visa utk masuk sesuatu kawasan
Mereka berasimilasi dgn penduduk tempatan
Wujud masyarakat Baba, mamak
Interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum 

4) KEBUDAYAAN
• Keterbukaan pemerintah empayar Melaka (terima pedagang luar), Melaka maju
sbg pelabuhan utama dunia, hasil rempah ratus sebagai daya tarikan, keselamatan
Selat Melaka 

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAISTIK OLEH PENJAJAHAN EROPAH


• Titik pemisah antara pluraliti dan masyarakat plural ialah dgn ketibaan penjajah
Inggeris ke Asia Tenggara (khususnya Tanah Melayu)
• Kedatangan kuasa Eropah spt Portugis, Belanda dan Sepanyol berbeza dgn
kedatangan Inggeris
• Eropah :lebih menekankan imperialisme dlm misi kedatangan mereka
• Inggeris: serampang dua mata iaitu imperialisme dan kolonialisme. Ertinya,
menjajah fizikal (kaut segala sumber alam yg ada spt bijih, getah utk kepentingan
ekonomi mereka hingga terpaksa bawa masuk buruh Cina dan India) dan mental
(perkenalkan sistem sosio-politik-agama mereka kpd penduduk tempatan).
Hasilnya…..
• Mereka berjaya kawal masyarakat peribumi yg ramai sedangkan mereka sedikit shj
• Begitu juga di India, 120,000 org Inggeris berjaya memerintah 600 juta org India
Bukan shj membentuk…. Pluraliti sosial… tetapi juga Pluraliti Alam Sekitar
• Tidak ramai yg sedar bhw pohon2 yg tumbuh di sekeliling kita sebenarnya byk di
bawa masuk drpd pelbagai kawasan lain di dunia
• Bunga Raya (Bunga Kebangsaan):dr Kepulauan Pasifik
• Getah: drpd Brazil
• Ini menunjukkan bukan manusia shj yg membentuk sistem sosial di Asia Tenggara
bahkan muka bumi dan alam sekitar juga mudah berinteraksi dgn tumbuhan drpd
kawasan lain di dunia.
Penjajahan British: Prinsip, sistem, struktur dan dasar
• Penjajahan British – Asas kpd pembentukan masyarakat plural
• Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu di waktu mereka telah maju dgn ilmu
pengetahuan mereka terutama dlm bidang sosial, kemanusiaan dan sains tulen
• Mereka telah memisahkan antara agama dan sains moden.

KAEDAH DAN PRINSIP PENTADBIRAN PENJAJAH


• Pemisahan negara dr Agama (Pecah Perintah) 
• Agihan Kuasa 
(kehakiman, eksekutif, perundangan) 
• Federalisme
Sambungan…
• Akibat pertelingkahan antara gol. agama dan saintis di Eropah semenjak abad ke
16 -18M, ilmu pengetahuan akhirnya terpisah kpd agama dan sains moden
• Ia dinamakan sbg ‘Rocks of The Ages: Science and religion in the fullness of life’
oleh Stephen J.Gould
• Masyarakat juga terpisah dua iaitu yg menyokong agama & yg menyokong sains
moden

• Ilmu yg berasaskan sains moden akhirnya mendpt sokongan majoriti


• Agama kemudiannya dijadikan anutan individu shj
• Ilmu sains moden dijadikan ilmu asas utk memerintah negara
• Dasar ini diteruskan oleh Inggeris di neg jajahannya termasuk Tanah Melayu
• Oleh itu, bila mereka dtg, dasar yg diterapkan ialah pentadbiran negara dikawal
oleh mereka manakala hal ehwal agama (Islam) dan adat istiadat Melayu diletakkan
di bawah pengawasan sultan-sultan

• Inggeris turut perkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan agihan kuasa iaitu:


• KEHAKIMAN
• EKSEKUTIF
• PERUNDANGAN
• Ketiga2nya tidak boleh bercampur aduk- ada bidang kuasa masing2
• Ini berbeza dgn sebelum zmn Inggeris di mana tiada agihan kuasa berlaku kerana
raja dan sultan ada kuasa mutlak
SISTEM DAN STRUKTUR
• EKONOMI KAPITALIS
• PEMERINTAHAN MODEN
• PENDIDIKAN
PEMERINTAHAN MODEN
• Hasil pemisahan antara negara dan agama, terbentuklah sistem pemerintahan
moden berasaskan ilmu saintifik moden.
• Sebelum kedatangan Inggeris, sistem kerajaan yg ada di alam Melayu ialah
kerajaan yg mencantumkan kedua2 aspek agama dan negara
• Raja akan merujuk kpd penasihat agama utk buat sesuau keputusan penting
• Golongan agama dan raja saling berperanan dlm sistem kerajaan
Sambungan…
• EKONOMI: daripada hanya berasaskan pertanian sara diri kpd sistem ekonomi
perindustrian dan perdagangan yg mana kedua-duanya sangat bergantung kpd
keaktifan pasaran
• Kecairan modal merupakan faktor penting bg menentukan pasang surut pasaran.
• Ertinya, ekonomi ditentukan oleh modal (ini merupakan sistem ekonomi kapitalis)
• PENDIDIKAN: diwujudkan dlm bentuk dwi-sistem iaitu pendidikan agama dan
pendidikan sekular.

MASYARAKAT PLURALSITIK SELEPAS MERDEKA


Masyarakat Malaysia sekali lagi alami perubahan setelah merdeka & penjajahan
berakhir iaitu kewujudan:

PLURALITI BARU dalam MASYARAKAT PLURAL 

1. Federalisme Berlapis: Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia


• Aspek penting dlm masyarakat pluraliti baru ialah Federalisme Berlapis
• Iaitu wujudnya 2 jenis persekutuan dlm masa yg sama iaitu Persekutuan Tanah
Melayu dan Persekutuan Malaysia
• Anggota bg kedua2 persekutuan ini telah mengalami perubahan dr segi bilangan
anggota semenjak kemerdekaan 31 Pgos 1957
Sambungan…
• Anggota Persekutuan Tanah Melayu yg merdeka pd 31/8/1957 hanyalah negeri2 yg
ada di Tanah Melayu shj.
• Persekutuan Malaysia hanya terbentuk pd 16 September 1963 dgn anggotanya
terdiri daripada :
• Persekutuan Tanah Melayu
• Singapura
• Sabah dan Sarawak
• (Brunei pada mulanya ingin menyertai tapi kemudiannya menarik diri)
• Jadi, kemerdekaan 31/8/1957 hanyalah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
bukannya kemerdekaan Malaysia.

2. Perlembagaan & pembangunan politik


Kontrak sosial sbg satu kesepakatan yg telah dirunding
Pembentukan parti2 politik etnik sbg model permuafakatan politik (spt Parti
Perikatan, Barisan sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif)
Sambungan..
•Walaupun terdpt federalisme berlapis tetapi Perlembagaan Persekutuan Malaysia
merupakan undang2 tertinggi negara dan rujukan kpd segala undang2 yg akan
dibuat dan dilaksanakan selepasnya
Perlembagaan jd panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini

• Terdapat 2 peringkat kontrak sosial di Alam Melayu


PERTAMA: berlaku pd zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati
antara rakyat dan raja. Ia diistilahkan sbg wa’ad.
Perkara ini berlaku antara Demang Lebar Daun yg mewakili rakyat dan Sang
Sapurba yg mewakili raja/pemerintah
Oleh itu, kita boleh memahami dgn mudah mengapa org melayu sangat taat setia
kpd pemerintah mereka dari kalangan sultan dan raja

KEDUA: berlaku di zaman masyarakat plural hasil drpd syarat yg dikenakan oleh
Inggeris utk memberikan kemerdekaan kpd Malaysia
Setiap etnik mestilah mempunyai wakil mereka dlm bentuk parti politik dan setiap
mereka mestilah mencapai persetujuan tuk hidup bersama secara aman damai
1948, terbentuk Communities Liason Committee (CLC)
Setiap kaum yg terbesar di T/Melayu iaitu Melayu, Cina & India hantar wakil
masing2 utk bincang kontrak sosial yg hendak dipersetujui
Sambungan..
CLC merupakan acuan/model kpd penggabungan parti2 politik seterusnya sama ada
yg mewakili pemerintah @ pembangkang
Jadi, scr naturalnya kelansungan hidup parti2 politik di Malaysia ialah secara
pakatan dgn parti2 lain
Ini bererti parti2 politik di Malaysia tidak mampu hidup secara individu

You might also like