Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
JXEA 1104PANTUN KASIH SAYANG( KARYA TRADISIONAL )
 NAMA: DEVINA SHARONICA BINTI SISIH LINSAPU NO. MATRIX : JEA080012 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
 SEMESTER SATU SESI 2008/2009AKADEMI PENGAJIAN MELAYUUNIVERSITI MALAYA
 
 
 
PANTUN KASIH SAYANG
1.Menyatakan Kasih Sayang1) Layang-layang terbang melayang,Jatuh ke laut disambar jerung,Siapa kata abang tak sayang,Jikalau bunga rasa nak gendong.2) Ada satu anak gelanggang,Sehari-hari turun ke pantai,Jika sehari tak ku pandang,Sebagai bunga layu di tangkai.3) Bunga melur di atas titi,Mari dibungkus di dalam kertas,Dalam telur lagi dinanti,Inikan pula sudah menetas.4) Anak beruk di kayu rendang,Turun mandi di dalam paya,Hodoh buruk di mata orang,Cantik manis di mata saya.5) Lama sudah tidak ke ladang,Padi sudah dililit kangkung,Selama tuan tidak kupandang,Putus hati pengarang jantung.
 
Pantun merupakan hasil Sastera Melayu yang tertua. Pantun Melayu ialah pengucapankemelayuan dan berbentuk non-naratif. Karya-karya pantun yang dicipta mempamerkannilai-nilai jati diri dan corak pemikiran masyarakat lama. Dalam pantun turut terkandung pelbagai unsur keindahan antaranya ialah pantun mempunyai dua bahagian utama iaitu pembayang dan maksud. Rima akhirnya pula ialah a , b , a , b atau a , a , a , a dan darisegi suku katanya pula ialah antara lapan hingga 12 suku kata. Gaya bahasa yangdigunakan juga adalah gramatis atau indah-indah belaka dan mereka menggunakan unsur alam dalam mencipta pantun seperti pokok, daun, bunga dan sebagainya. Selain itu, pantun juga mempunyai daya ciptaan masyarakat melayu lama yang tinggi nilainya, bernilai seni dan asli. Pantun ini digunakan oleh masyarakat zaman dahulu bagimenyatakan hasrat mereka. Masyarakat zaman dahulu mahir dalam mencipta pantun danturut dilakukan secara spontan.Berdasarkan keseluruhan pantun kasih sayang di atas , ajaran yang cubadisampaikan oleh pengkarya ialah mengenai kasih sayang. Kasih sayang merupakan satu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada seseorang. Dalam kasih sayang bolehdibahagikan kepada tiga cabang iaitu cinta antara manusia dengan manusia, manusiadengan Tuhan dan manusia dengan alam. Perasaan sayang selalunya akan disampaikanmelalui pantun oleh masyarakat lama dalam menyampaikan hasrat mereka, hal ini telahmemperlihatkan bahawa masyarakat lama sangat mementingkan sopan santunterutamanya dalam berkasih sayang. Perasaan kasih sayang merupakan hukum alamyang tidak dapat dihalang oleh manusia daripada terus belaku kerana ianya sudahditakdirkan oleh Ilahi.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more