You are on page 1of 2

Mohd Nazirul bin Ahmad

PETANI BERJAYA

Pak Abu merupakan seorang petani yang tinggal di pinggir kampung


bersama dengan isteri dan seorang anaknya.Beliau juga merupakan
seorang yang berkaliber walaupun beliau seorang yang miskin. Mereka
sekeluarga hidup dalam serba kekurangan dan kemiskinan. Kehidupan
mereka ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Namun
begitu, keadaan tersebut tidak melunturkan semangat Pak Abu untuk
Berjaya dalam bidang pertanian bagi mengubah nasibnya sekeluarga.
PakAbu sering dihujani dengan pelbagai tohmahan oleh masyarakat
sekeliling. Keadaan tersebut sedikit pun tidak melemahkan semangat
beliau bahkan menjadikanbeliau lebih gigih berusaha untukberjaya.

Pada suatu hari, seorang rakan karib Pak Abu yang sudah berjaya
dalam kehidupannya berjumpa dengan Pak Abu bagi membantu Pak Abu
menjadi seorang petani yang berjaya dan bermatlamat dalam kehidupan.
Rakannya berpesan kepada Pak Abu sekiranya ingin menjadi seorang
petani yang berjaya, sikap berdaya saing haruslah disemai dalam dirinya.
Ini akan menjadikan Pak Abu seorang yang berwawasan dan memiliki
semangat untuk terus maju. Pak Abu membuat pijaman daripada pihak
kerajaan bagi memudahkannya menjayakan impiannya.

Dengan berkat kesabaran,Pak Abu telah Berjaya menjadi seorang


petani yang Berjaya.Beliau menjalankan pertanian ladang seperti
penanaman cili,kacang panjang, terung dan sebagainya. Pak abu
mendapatkan permohonan bagi subsidi baja dengan pihak kerajaan bagi
meringankan bebannya.PakAbu menjalankan penanaman secara berganti-
ganti bagi menjimatkan masa.

Di samping itu,Beliau juga menjalankan aktiviti ternakan binatang.


Beliau menternak lembu susu bagi memperoleh susu yang segar.Beliau
mendapatkan baka Lembu Susunya daripada luar Negara iaitu New
Zealand di mana baka tersebut merupakan baka yang berkualiti. Pak Abu
menggunakan idea kreatifnya dengan mengacukkan lembu tersebut
dengan lembu tempatan. Maka susu lembu yang dihasilkan menjadi lebih
berkualiti dan jauh lebihelok berbanding yang asal.

Kini, Pak Abu menjadi seorang petani yang Berjaya dan memiliki
beberapa buah ladang dan kebun di beberapa buah tempat. Namun
demikian, beliau tidak lupa akan asal usulnya yang dahulunya merupakan
seorang petani yang miskin dan susah. Beliau juga gemar membantu
penduduk kampungnya yang susah dan miskin.

You might also like