You are on page 1of 29

BAB SATU

KERAJAAN MELAYU
TRADISIONAL
BAB 1
KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL
Pengenalan
 Tanah Melayu (TM) menjadi tempat perdagangan kerana
kedudukannya di tengah perjalanan pedagang Cina, Arab dan
India.
 Terdapat pelabuhan-pelabuhan awal yang terdapat di TM dan
negeri-negeri Borneo adalah Kuala Selingsing (Perak), Sungai
Emas (Kedah), Pengkalan Bujang (Kedah), Jenderam Hilir
(Selangor) dan Santubong (Sarawak)
 Hasil bumi yang popular ialah damar, rotan, dan galian seperti
emas dan timah.
 Pedagang India gelar TM sebagai Suvarnabumi (bumi emas)
 Ptolemy (ahli geografi bangsa Yunani) panggil TM sebagai
Golden Chersones (Semenanjung Emas)
Latarbelakang Awal Zaman PraSejarah
 Bukti-bukti arkeologi menunjukkan bahawa TM telah didiami oleh
manusia sejak beribu-ribu tahun yg lalu.
 Terdapat 4 zaman awal di Tanah Melayu :

a) Zaman Paleolitik (35,000 tahun)


b) Zaman Mesolitik (11,000 tahun)
c) Zaman Neolitik (5,000 tahun)
d) Zaman Logam (2500 tahun)
Kerajaan Awal Melayu
 Beberapa kerajaan yang agung telah didirikan di
Semenanjung TM dan juga di sekitar kepulauan Melayu
sejak kurun pertama lagi.
 Ini membuktikan bahawa di rantau ini telah wujud beberapa
buah kerajaan sejak lama dahulu.
 Kerajaan-kerajaan ini merupakan kerajaan agung yang
mempunyai tanah jajahan dan berperanan penting dalam
membentuk tamadun Melayu.
 Dengan demikian, kawasan nusantara bukanlah sebuah
kawasan baru yang dikatakan ditemui dan diterokai oleh
penjajah barat.
Kerajaan Lokasi Tahun Nota/catatan
Kedah Tua Lembah Bujang Kurun ke-5 Sistem Pemerintahan
beraja
Kedudukan strategik
Pelabuhan entrepot
Pengaruh oleh Hindu
dan Buddha
Chih-Tu Tanah Merah, Kurun ke-16 Pengaruh agam
Kelantan Buddha
Hbgn persahatan

dengan China
Tan Tan Terengganu Kurun ke-6 Pemerintah
dipengaruhi sistem
pemerintahan oleh
kebudayaan China
Gangga Beruas Perak. Kurun ke-5  Pelabuhan dan
Negara pusat perdagangan.
Langkasuka Pattani, Negara Kurun ke-5 Pelabuhan dan pusat
Thai perdagangan

Lo-Yueh Johor Kerajaan di selatan


tanah Melayu
 Kawasan nusantara atau kepulauan Melayu ini telah
didiami oleh orang-orang Melayu sejak dahulu lagi, yg
merupakan sebahagian dari keseluruhan penduduk
nusantara.
 Nusantara ini merupakan sebuah entiti sosial, budaya dan
fizikal yang mengalami pengaruh-pengaruh Hindhu,
Buddha, Islam dan Kristian.
 Kesan daripada kedatangan penjajah-penjajah barat,
kawasan nusantara ini dipecah mengikut kehendak
mereka.
 Ekoran itu, wujud entiti geopolitik yang berbeza-beza
disebabkan oleh pengaruh penjajah yang berbeza-beza.
Sistem/ struktur politik masyarakat Melayu Melaka
 Sejak abad ke-15 masyarakat Melayu telah mempunyai
sistem pemerintahannya sendiri, melalui penubuhan
Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi asas kepada
pemerintahan beraja di negara kita. Dan sistem pemerintahan
ini telah di warisi oleh negeri-negeri lain seperti Perak, Johor
& Kedah.
 Dalam sistem politik ini terdapat dua faktor yang perlu
difahami iaitu:
i) Sistem Politik
ii) Masyarakat Melayu Tradisional
 Sistem politik – umumnya bermaksud satu susunan dan
peraturan yang dilakukan oleh individu atau organisasi yang
berkuasa dalam sesebuah negara, khusunya tentang perkara-
perkara yang berkaitan dengan pemerintahan sesebuah negara
atau hubungannya dengan negara lain.
 Dalam konteks ini masyarakat Melayu tradisional, sistem
politik dapat dikatakan sebagai segala sesuatu yang
berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran masyarakat
Melayu khususnya merujuk kepada zaman Kesultanan
Melayu Melaka sebelum kemasukan penjajah barat.
 Masyarakat Melayu Tradisional – kumpulan manusia yang
hidup bersama dan melakukan adat resam turun temurun.
Kebanyakkannya hidup di persekitaran sungai dan kampung-
kampung.
 mereka ini mempunyai saiz populasi yang kecil dan tiada
struktur pemerintahan yang teratur pada masa tersebut.
 Ketua mereka adalah terdiri daripada ahli yan paling tua, ini
kerana golongan tua sangat dihormati dan berpengalaman
dengan pelbgai adat dan kepercayaan serta tahu bagaimana
proses keselamatan.
 Daripada pembangunan unit-masyarakat yang kecil,
masyarakat Melayu kemudiannya bergabung menjadi
masyarakat yang lebih besar di bawah pemerintahan
seorang ketua, pembesar, orang kaya atau raja.
Sistem Politik
Dalam sistem politik ini terdapat beberapa aspek yang perlu
ditekankan, antaranya;
A. Sistem yang bercorak feudal-
 membahagikan rakyat mengikut susun lapis yang berbentuk piramid,
iaitu terdiri daripada 2 golongan:
 Golongan Pemerintah
 Golongan Diperintah.
 Golongan yang paling berkuasa adalah golongan pemerintah
kerana mereka mempunyai kuasa politik dan ekonomi serta
pahlawan-pahlawan mereka sendiri. Melalui kekuatan dan kuasa
tersebut maka mudah bagi golongan ini mengumpul cukai dan
hadiah daripada rakyat. Seterusnya melalui pertambahan
kekayaan tersebut maka mereka boleh mengembangkan kuasa
ketenteraan dan kawasan taklukan mereka. Akhirnya daripada
golongan ini menjadi pemimpin yang berkuasa.
 Manakala dalam konteks hubungan antara dua golongan ini
adalah bersifat timbal-balik- saling berkait antara satu sama lain,
ini bagi membolehkan institusi raja terus wujud dalam masyarakat
Melayu.
Unit-Unit Politik
 Dalam sistem politik tersebut terdapat 3 unsur politik:
 Negeri- adalah unit yang terbesar, sama dengan negara pada
masa sekarang.
 Jajahan/ Daerah
 Kampung.
Sistem Beraja
 Sistem beraja ini adalah berdasarkan kepada;
 Konsep Raja
 Konsep Daulat dan Derhaka
 Konsep Raja.
 i. Semasa di bawah pengaruh Hindu-Budha
 Pemerintah/ pemimpin kerajaan dikenali sebagai raja
 raja di anggap berketurunan dewa atau tuhan yang disebut
Devaraj.
 Devaraja adalah satu kepercayaan bahawa raja yang
memerintah dianggap luhur dan suci.
 ii. Semasa kedatangan Islam
 kedudukan raja ini telah mengalami sedikit perubahan dan
menguatkan kedudukan raja
 Gelaran raja telah ditukar dengan gelaran Sultan setelah
mereka memeluk Islam.
 Nilai-nilai Islam telah dikompromi dengan nilai-nilai tradisi yang
telah sedia ada.
 Sultan dipercayai berasal dari keturunan pahlawan Islam,
Iskandar Zulkarnain “Alexander The Great”, berdasarkan
kepada Sejarah Melayu Sultan. Undang-undang Melaka
dan Adat-Raja-raja menganggap raja-raja Melaka sebagai
Khalifah Allah di dunia.
 Raja merupakan subjek yang yang sangat mulia dan
hampir tidak ada cacat celanya. Sekiranya terdapat
kekurangan dari segi tingakah laku atau kewibawaannya
sebagai pemerintah, namun mereka tidak boleh diertikai
apatah lagi dicela. Perintah raja merupakan sesuatu yang
wajib dilaksanankan walaupun bercanggah dengan hukum
kemanusiaan dan hukum agama.
 Sesuai dengan taraf, keturunan dan bidanga kuasa
politiknya, maka raja berada ditingkat paling atas sekali
dalam hierarki politik masyarakat Melayu tradisional.
Sultan

Pembesar Empat

Pembesar Lapan

Pembesar Enam Belas

Pembesar Tiga Puluh Dua


Bangsawan
 Lapisan kedua tinggi yang terdiri drpd anak-anak raja, kaum kerabat
di raja dan para pembesar berketurunan raja
 Memegang jawatan utama seperti Bendahara dan Temenggung.

Pembesar
 Lapisan ketiga – para pembesar negeri dan aderah lain yang bukan
keturunan raja
 Soal pentadbiran tertakluk kpd kekuasaan masing2. Mereka
mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat. Cth Tok
Penghulu
Rakyat biasa
 Terdapat dua kelas iaitu rakyat biasa yg merdeka dan golongan
hamba.
 Mereka bertumpu di kawasan pesisir pantai dan sungai. Aktiviti
pertanian.
Hamba
 Terdapat dua kategori iaitu hamba abdi dan hamba berhutang.
KESULTANAN MELAYU MELAKA
Penubuhan Kerajaan Melaka
 Kesultanan Melayu Melaka merupakan kesultanan Melayu yg tertua
dalam sejarah Malaysia. Pada zaman pra-Islam telah wujud spt
kerajaan Kedah Tua da Perak.
 Pada 1391, kerajaan Srivijaya telah diserang oleh kerajaan
Majapahit . Putera raja Palembang bernama Parameswara telah
melarikan diri dan mengundurkan diri hingga ke Temasik (Temagi).
Beliau terus melarikan diri ke Muar kemudian Bertam dan akhirnya
ke Melaka sekitar tahun 1400.
 Melaka telah pun wujud sebagai perkampungan nelayan.
Parameswara telah menamakan kawasan ini sebagai Melaka
(nama pokok).
KERAJAAN MELAYU MELAKA
 Kerajaan Melayu Melaka telah didirikan oleh Parameswara pada
awal kurun ke-15. Kerajaan yang agung pada zamannya.
Kemakmuran Kerajaan Melaka dapat dilihat dari segi
kedudukannya sebagai pusat perdagangan dan pusat
penyebaran agama Islam.
Faktor-faktor Perkembangan dan Keagungan:
 Faktor Geografi
 kedudukan strategik – ditengah-tengah jalan perdagangan
antara timur dan barat
 pelabuhan terlindung dari tiupan angin monsun Barat Daya dan
Timur Laut
 pelabuhan semulajadi
 Faktor Ekonomi
 pusat perdagangan terkenal di kepulauan Melayu
 tedapat sumber asli – rempah-ratus, lada hitam, cengkih
 sistem pungutan cukai rendah dan teratur oleh Syahbandar
 penggunaan sistem matawang
 terdapat kemudahan asas - gudang
 Faktor Politik dan Pentadbiran.
 menjalin diplomatik dengan negara China
 sistem pentadbiran cekap
 wujud sistem undang-undang adil dan saksama – hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
 pusat penyebaran agama Islam
 Dasar perluasan kuasa (Empayar Kerajaan Melayu
Melaka) – Siak, Kampar, Jambi, Terengganu, Selangor,
Perak Johot.
 Bahasa Melayu – lingua franca (bahasa perantaraan)
Faktor-faktor Kemerosotan
 Kerajaan Melayu Melaka dikatakan mencapai puncak
kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah
(1459-1477). Namun selepas itu kerajaan Melayu Melaka mula
melalui zaman keruntuhannya sehingga ke tahun 1511 apabila
Melaka ditawan oleh Portugis.
Faktor Dalaman:
 Ketiadaan kepimpinan yang cekap
 Pemerintahan yang lemah
 Rakyat berpecah-belah dan tidak bersatu padu.
Faktor Luaran:
 Penemuan perjalanana laut melalui Tanjung Harapan di Selatan
Afrika oleh Bartholomew Diaz pada tahun 1488.
 Pedagang-pedagang mula mengalihkan pusat perdagangannya ke
tempat lain.  
Sistem Pemerintahan Kerajaan Melaka
 Melaka mempunyai pentadbiran yang tersusun dan
sistematik. Raja/sultan dibantu oleh sebuah organisasi yang
tersusun denagn hierarki dan fungsi masing2. Sistem ini
dipanggil “sistem Pembesar Empat Lipatan”.
 Sistem pentadbiran kerajaan Melaka berkaitan dengan peranan
oleh empat orang pembesar utama iaitu :
1. Bendahara
-sbg penasihat raja
-pemangku raja semasa ketiadaan raja
-bertindak sbg Ketua Hakim
-Pemilih dan pelantik raja
2. Penghulu Bendahari
- bendahari yg mengawal perbendaharaan negara
- memungut cukai dan hasil negeri
- simpan daftar hamba raja dan ketua kpd Syahbandar
3 Temenggung
- Pelaksana atau ketua undang2 peraturan negeri dan
keselamatan
- Ketua Polis Negara
- pendakwa raya sekiranya berlaku kesalahan individu tertentu
- ketua protokol dalam adat-istiadat
4. Laksamana
- merupakan hulubalang dalam peperangan terutama di laut.
- bertanggung-jawab memikul pedang kerajaan dalam upacara
rasmi serta menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan.

Selain itu terdapat pentadbir seperti Syahbandar berfungsi sbg :


1. Pegawai pelabuhan
2. Menjaga kebajikan pedagang asing
3. Menyediakan gudang tempat penyimpanan barang
4. Mengutip cukai pelabuhan
Kerajaan Johor
Pengenalan
 Kerajaan Johor diasaskan oleh warisan kesultanan Melaka
 Pentadbiran diperingkat pusat dipegang oleh sultan. Beliau
dibantu oleh pembesar-pembesar utama Bendahara,
Temenggung, Raja Indera Bongsu (Penghulu Bendahari),
Laksamana dan Syahbandar.
 Antara tahuin 1722-1819, Riau menjadi pusat pentadbiran
kerajaan Johor. Selepas tahun 1819, satu perubahan besar telah
berlaku di dalam politiok Johor apabila Tengku Husin ditabalkan
sebagai sultan Singapura pada 16 Feb 1819.
 Johor terlibat dengan peperangan tiga segi dengan kerajaan Aceh
dan Portugis di Melaka.
Faktor-faktor pelabuhan maju :
a) Kedudukan strategik
b) Sungai Lebar
c) Kemudahan gudang dan pasaran
d) Barang Dagangan luar
e) Peranan orang laut
f) Persahabatan dgn Belanda
g) Pelabuhan Entrepot
h) Peranan Syahbandar

Kerajaan Perak
 Sejarah petempatan di Perak wujud seawal zaman pra sejarah
dan penemuan kawasan purba di kota Tampan.
 Wujud kerajaan tua di Perak iaitu Beruas dan Dinding.
 Pengasas kesultanan Perak berkait rapat dengan kesultanan
Melaka. Sultaan Muzaffar syah berasal dari keturunan dari
sultan Mahmud Syah dari Melaka.
Kerajaan Pahang
 Sejarah petempatan awal di Pahang terdapat di Sg.lembing,
Tembeling da Tresang.
 Pengasas kesultanan Pahang pada abad ke-15 berkait rapat
dgn kesultanan Melaka.
 Mengikut catatan pengembara Arab, Eropah dan Cina,
Pahang ditulis:
Pahang

Pam Paam Paon Phaan Pahan Pan-Han


Kerajaan Negeri Sembilan
 N9 terhasil daripd gabungan 9 kawasan :
Sg Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Ulu Muar, Inas,
Gg. Pasir, Terachi, Jempol.
 Pemerintahan N9 berkait-rapat dengan kerajaan Minangkabau.
 Raja Melewar dilantik takhta pada 1773 dgn gelaran Yamtuan
Negeri di Seri Menanti.
Kerajaan Kedah
 Merupakan negeri yg tertua penempatannya di T Melayu. Bertapak
di sekitar Gg Jerai, lembah sg. Merbok dan sg. Muda.
 Penulis Arab Kilah
Qalha
 Sanskrit Kataha @ Kadara
 Tamil Kadaram Kalagam
 Kedah pernah dijajah oleh Siam dan di bawah kekuasaan British
melalui Perjanjian Bangkok 1909.
Kesimpulan
 Kewujudan Kerajaan Melayu Tradisional membuktikan bahawa
tamadun Melayu setanding dengan tamadun lain di dunia.
 Kerajaan Melayu yg terkenal – kerajaan Melayu Melaka
 Masyarakat Melayu mempunyai sistem politik, ekonomi dan sosial
yang tersendiri.

You might also like