You are on page 1of 6

SEJARAH KAYAK & KANU

Definisi Kanu

Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya serta digerakan
dengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam. Kayak pula merupakan
pecahan daripada keluarga kanu.

Perbedzaan kayak dan kanu


Kayak

Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup,menggunakan dua bilah mata dayung
dan di dayung secara duduk berlunjur.Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh
orang Eskimo.
Kanu

Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka,menggunakan satu bilah
mata dayung dan di dayung secara berlulut.Contoh kanu ialah sampan yang digunakan oleh kaum
Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita.

Perkembangan Kayak Dunia

Aktiviti kanu dan kayak sebenarnya telah lama berkembang di dunia.John MacGregor adalah
seorang pelaut British yang berbangsa Scott telah mencipta kayak moden pada tahun 1865
member nafas baru dalam aktiviti kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan dan diperluaskan
dalam bidang sukan.Pada tahun 1887 Persatuan kanu British di tubuhkan dan memperkenalkan
aktiviti berkayak diseluruh England dan dunia.Selepas perang dunia kedua namanya telah diubah
menjadi Persekutuan kanu British (BCU ).

Perkembangan Kayak di Malaysia

Sejarah kayak moden mula diperkenal pada tahun 1960 oleh pelaut British berpengkalan di
Woodland,Singapura dan aktiviti berkayak dipraktikan dimaktab-maktab Perguruan diseluruh
Negara.pada tahun 1988 aktiviti berkayak tercatat dalam lembaran sejarah Negara buat pertama
kalinya dua anak Malaysia telah Berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayak
solo sejauh 1846 km selama 63 hari.Kejayaan ekspedisi ini telah menjana perkembangan aktiviti
kayak Negara.
JENIS-JENIS KAYAK
a) Kayak Creek Boat

Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang kayak dan
kanu.ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untuk
kendalikan.

b) Kayak Polo

Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam.kayak ini hampir sama
dengan kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper dan memudahkannya
memotong air semasa berpusing.Kayak ini juga digunakan oleh untuk sukan Polo kayak.

c) Kayak Inflattable

Kayak jenis ini diperbuatdaripada gabungan getah dan gentian kaca.kayak ini menpunyai
daya apungan yang tinggi.kayak jenis ini juga perlu di pam angin sebelum digunakan.
d) Kayak Squirt

Kayak ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan catwhell,ini
adalah kerana ia berbentuk tipis dan ruang didalamnya hanya boleh memuatkan kaki
pendayung sahaja.Saiz kayak hanya 2.5 meter oleh hal yang demikian ia mampu menyelam.

e) Kayak Sprint

Kayak ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan,ini adalah kerana kayak ini
berbentuk panjang,kecil dan tirus.Ianya sangat laju dan pendayungnya memilik
keseimbangan yang sangat baik.

f) Kayak Slalom

Kayak Slalom digunakan dalam keadaan selok belok.kayak ini bersaiz pendek dihadapan dan
panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang kayak ialah 6 meter dan di
bentuk tajam dibahagian hadapan dan memilik kelajuan dan kesetabilan yang tinggi.
g) Kayak Downriver

Kayak ini berukuran panjang sekitar 4 meter,direka bentuk dan dibina dengan deck leper,
bahagian depannya lancip dan memudahkan pendayung untuk masuk celah pagar.

h) Kayak Sea

Kayak ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut.Kayak ini berkuasa mengharungi lautan dan
dibekalkan dengan kompasuntik navigasi,selain itu ia menpuyai ruang bebas air bagi menyimpan
barangan semasa melakukan aktiviti,di belakang kayak ini terdapat alat kemudi.

i) Kayak Sit on op

Kayak ini lambat bergerak dan juga sukar di kemudi serta sukar untuk melakukan kemahiran atau
teknik berguling ( Eskimo Roll ).Kelebihan kayak ini ialah air tak akan bertakung.
ANATOMI KAYAK .
Haluan & Buritan ( BOW & STREN )

Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung kayak yang berfunsi sebagai arah
tujuan dan juga sebagai alat memecah ombak.Stren atau buritan ialah bahagian
belakang,kedudukan Bow dan Stren adakalanya akan mengelirukan anda yang baru
berjinak-jinak denagn aktiviti berkayak.Tip untuk mengenali di antara Bow dengan Stren
ialah melihat arah tempat duduk pendayung.

Gunwale Line/Painter Line

Gunwale Line ialah bahagian tepi atau sisi kayak yang berfunsi sebagai penyeimbang bagi
pendayung dan disebelah sisi kanan disebut starboard dan sisi kiri disebut portside.

Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak.Bentuknya berbeza bergantung kepada jenis kayak
tersebut apa digunakan.

Deck ( Geladak )
Deck ialah bahagian atas hadapan kayak untuk melindungi kaki untuk memudahkan
melakukan teknik Eskimo Roll.Deck bahagian depan ia dikenali sebagai “foredeck” dan
dibelakangnya pula dikenali sebagai “afterdeck”.

Cockpit
Cockpit ruang yang di bentuk untuk pendayung kayak dan kedudukan cockpit berbeza
mengikut rekabentuk dan penggunaan kayak tersebut.

Seat
Tempat duduk terletak didalam cockpit, dan tempat duduk terbahagi beberapa jenis iaitu
Standar(bentuk dan ukuran tetap) tempat duduk sederhana(biasa untuk kayak rekreasi)
tempat duduk ketat

Toggle
Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat kayak,letaknya bahagian depan dan belakang

Coaming
Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengeliling cockpit,ianya berfunsi sebagai
penahan air untuk masuk kedalam kayak dan juga untuk mengikat spray cover.

Knee Brace
Letaknya dibawah Coaming yang berfunsi sebagai penahan lulut dan menberikan
sanggahan ke kaki supaya kaki pendayung lebih kuat terhadap kayak.
Towline/DecklineTowline ialah tali yang di ikat di hujung kayak berfunsi sebagai tali
penyelamat,menarik atau tunda kayak.

Keel
Keel terletak dibawah geladak belakang dan berfunsi sebagai kemudi

Buoyancy
Buoyancy adalah bahan apungan yang terletak dibawah deck bagian depan dan belakang
yang berfunsi sebagai penyimpang apabila kayak terbalik dan tidak mudah tenggelam.

You might also like