You are on page 1of 2

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MINGGU 4 TARIKH : 21 JULAI 2008 25 JULAI 2008


1. Penyataan masalah Masalah berkenaan penggunaan barangan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Mengenal pasti masalah Masalah telah dapat dikenal pasti sejak dari minggu kedua proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, saya telah mendapatkan beberapa cadangan dan bantuan daripada beberapa guru di sekolah. 3. Analisis masalah Kemudahan LCD dan skrin semasa proses pengajaran dan pembelajaran di kelas terjejas kerana saya tidak dapat menyambungkan laptop dan menggunakannya. Masa yang diambil untuk set up peralatan itu juga agak lama. Selain itu, skrin yang digunakan di makmal sains pula telah jatuh minggu lepas. (Tempat saya kerap menggunakan kemudahan LCD) Disebabkan beberapa tambahan kepada masalah sebelum ini, saya masih belum sempat lagi memikirkan dan melaksanakan langkah alternatif minggu lepas. 4. Tempoh masa penyelesaian Minggu ini adalah minggu kedua. Mengikut perancangan saya, saya telah dapat beberapa cadangan dan tunjuk ajar daripada guru pembimbing, guru penyeleras komputer sekolah dan rakan sebaya. 5. Rancangan tindakan susulan Rujuk kepada guru pembimbing - Pn. Syidatul Harisma Bt. Md. Bokhari

Rujuk kepada guru penyelaras komputer sekolah En. Abdul Shukor b. Abdullah Meminta bantuan rakan sebaya - En. Mohd Rofizal b. Mohd Azizan Memaklumkan kepada ketua panitia Sains - Pn. Cek Sofiah bt. Ahmad Memaklumkan kepada guru yang bertangggungjawab untuk barangan ICT - Pn. Tengku Aflas bt. Tengku Chek Menampal kertas mahjong di papan hitam sebagai skrin sementara menunggu skrin asal diperbaiki. 6. Pelaksanaan tindakan susulan Saya telah berbincang dengan guru pembimbing saya apabila skrin di makmal sains terjatuh. Seperti yang dicadangkan oleh guru pembimbing, saya telah memaklumkan kepada ketua panitia Sains. Saya juga telah memaklumkan perkara ini kepada guru barangan ICT supaya proses pembaikan dapat dilakukan dengan lebih segera. Memandangkan proses, pembaikan skrin di makmal sains akan mengambil masa, justeru saya telah memikirkan kaedah alternatif iaitu menampal kertas mahjong putih di papan hitam sebagai skrin sementara menunggu skrin yang jatuh diperbaiki. Saya juga telah memohon kerjasama semua guru yang menggunakan makmal sains tersebut agar jangan mengoyakkan skrin sementara saya. 7. Refleksi Pada minggu ini, sedikit sebanyak masalah penggunaan barangan LCD telah selesai. Walaubagaimanapun, proses pengajaran dan pembelajaran terjejas sedikit disebabkan skrin di makmal sains jatuh. Saya berharap dengan adanya skrin alternatif hasil tampalan (kertas mahjong) proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebih lancar pada minggu hadapan. Paling penting sekalai murid-murid dapat menerima ilmu yang diajar dengan berkesan dan moga-moga proses pengajaran dan pembelajaran saya menjadi lebih menarik dengan penggunaan ICT.

You might also like