You are on page 1of 10

E1001 / UNIT 3/ 1

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

UNIT 3

PERINTANG

OBJEKTIF

Objektif am

: Mengetahui istilah am bagi rintangan serta mengetahui jenis-jenis perintang. Di samping itu memahami faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan dan juga mengetahui tentang kod warna perintang.

Objektif khusus

: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

Mentakrifkan rintangan. Menerangkan jenis-jenis perintang. Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan. Menyatakan kod warna bagi perintang.

E1001 / UNIT 3/ 2

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

PERINTANG

3.0

PENGENALAN Rintangan (R) ialah komponen ketiga yang terdapat dalam litar. Rintangan melawan pengaliran arus dalam litar dan diukur dalam ohm ( ). Satu ohm adalah sama dengan rintangan yang berada di dalam litar di mana tekanan elektrik 1 V menyebabkan arus 1 A mengalir.

Simbol bagi rintangan ialah R Unitnya adalah ohm ( ) Nilai rintangan (ohm) dikod mengikut warna di atas perintang.

3.1

TAKRIF PERINTANG Perintang ditakrifkan sebagai sesuatu komponen atau bahan yang boleh menghalang atau menghadkan aliran arus dalam litar. Ia juga menghasilkan susutan voltan dan melesapkan tenaga elektrik. Simbol bagi perintang

E1001 / UNIT 3/ 3

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) 3.2 JENIS-JENIS PERINTANG Secara umumnya, perintang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu perintang tetap dan perintang boleh ubah. 3.2.1 Perintang tetap Perintang tetap ialah dimana nilai sesuatu perintang itu boleh didapati daripada kod warna atau kod bercetak pada perintang tersebut. Nilai yang dinyatakan oleh kod warna dan kod bercetak disebut sebagai nilai namaan (nilai terkadar).Empat perkara yang penting perlu diambil kira apabila memilih perintang ialah nilai perintang, had terima, kadar kuasa dan kestabilan. Had terima ialah nilai kelegaan bagi nilai sebenar. Jika satu perintang dengan nilai namaan sebanyak 100 dan had terima 10%, perintang tersebut mempunyai nilai sebenar antara 90 dan 110 . Lebih kecil nilai had terima maka lebih tepat bacaan nilai perintang. Kadar kuasa ialah kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang tanpa mengalami kerosakan. Jika kadar kuasa dilampaui, perintang akan rosak disebabkan oleh haba yang berlebihan. Saiz fizikal sesuatu perintang biasanya berkait rapat dengan kadar kuasa. Kestabilan ialah keupayaan sesuatu perintang untuk mengekalkan nilai rintangannya walaupun suhu sekitar berubah dan umur perintang bertambah. 3.2.2 Perintang boleh ubah Perintang boleh ubah ialah perintang yang boleh diubah nilai rintangannya dengan menggerakkan sesentuh di atas elemen perintang. Perintang boleh ubah digunakan pada litar yang memerlukan perubahan arus dan voltan. Terdapat tiga jenis perintang boleh ubah iaitu perintang gelangsar, reostat dan meter upaya.

1) Perintang gelangsar mengubah rintangan dengan menggerakkan kolar gelangsar di sepanjang elemen rintangan belitan dawai. Ia digunakan pada litar yang tidak memerlukan perubahan rintangan yang kerap. 2) Reostat mempunyai dua tamatan dan disambung bersiri dengan beban yang dikawal. Ia diguna untuk mengawal arus litar.

E1001 / UNIT 3/ 4

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) Meter upaya mempunyai tiga tamatan. Rintangannya diubah dengan menggerakkan pengelap di atas elemen karbon. Meter upaya yang lebih kecil dipanggil perapi atau praset. Ia banyak digunakan pada litar bercetak yang tidak memerlukan perubahan rintangan yang kerap untuk mengawal voltan dan beza upaya seperti mengawal bunyi dan nada radio.
3)

3.3

FAKTORFAKTOR YANG MEMPENGARUHI RINTANGAN Nilai bagi rintangan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut; a) Panjang pengalir (wayar) Panjang pengalir adalah dalam unit meter (m). Rintangan adalah berkadar terus dengan panjang pengalir R L di mana semakin panjang sesuatu pengalir, maka nilai rintangan juga akan meningkat. Luas muka keratan rentas pengalir Luas keratan rentas adalah dalam bentuk meter persegi (m2). Rintangan pula berkadar songsang dengan luas keratan rentas pengalir R
1 di mana A

b)

semakin kecil luas keratan rentas pengalir, maka semakin tinggilah nilai rintangannya dan begitulah sebaliknya. c) Jenis bahan atau kerintangan adalah mewakili sifat atau jenis bahan pengalir. Kerintangan ditakrifkan sebagai rintangan di antara permukaan-permukaan yang bertentangan bagi sesuatu kiub yang berukuran 1 meter padu. R d) Suhu
L A

3.4

KOD WARNA PERINTANG

E1001 / UNIT 3/ 5

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) Kod warna perintang digunakan pada perintang bersaiz kecil. Nilai perintang didapati dengan membaca jaluran kod warna pada perintang. Jadual di bawah menunjukkan jadual kod warna perintang. Kebanyakkan perintang mempunyai empat jalur. Tiga jalur yang pertama memberikan bacaan nilai namaan perintang, manakala jalur yang keempat menunjukkan nilai had terima.

Warna Hitam Coklat Merah Jingga Kuning Hijau Biru Ungu Kelabu Putih Emas Perak Tiada

Jalur 1 No. 1 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Jalur 2 No. 2 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Jalur 3 Pendarab 1 10 100 1000 10000 100000 1000000 10000000 100000000 1000000000 0.1 0.01

Jalur 4 Had Terima 5% 10% 20%

Kod warna perintang

Contoh : Satu perintang mempunyai jaluran warna berikut : kuning, ungu, merah dan emas. Tentukan : i) Nilai namaan ii) Julat nilai sebenar rintangan

Jawapan :

E1001 / UNIT 3/ 6

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) i) Diberi

Kuning 4

Ungu 7

Merah Had terima 100 = 4700 atau 4.7 k

Oleh itu, namaan perintang ialah 4.7 k ii) Diberi : Jalur had terima ialah emas iaitu 5%. Oleh itu, had terima = 4700 0.05 = 235 Oleh itu, julat nilai rintangan = (4700 + 235 ) hingga (4700 - 235 ) = 4935 (had atas) hingga 4465 (had bawah)

AKTIVITI 3a

E1001 / UNIT 3/ 7

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

UJIKAN

KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

3.1) 3.2) 3.3) 3.4)

Berikan takrif bagi perintang. Nyatakan 4 perkara penting yang perlu di ambil semasa memilih perintang. Nyatakan 3 jenis perintang boleh ubah. Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi rintangan.

MAKLUMBALAS 3a

E1001 / UNIT 3/ 8

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

PERHATIAN Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 3a.

JAWAPAN : 3.1) Takrif bagi perintang ialah sesuatu komponen atau bahan yang boleh menghalang atau menghadkan aliran arus dalam litar. 3.2) i) ii) iii) iv) 3.3) i) ii) iii) 3.4) i) ii) iii) iv) Semasa memilih perintang, 4 perkara penting yang perlu diambil kira ialah ; Nilai perintang Had terima Kadar kuasa Kestabilan 3 jenis perintang boleh ubah ialah ; Perintang gelangsar Reostat Meter upaya 4 faktor yang mempengaruhi rintangan ialah ; Panjang pengalir (wayar). Luas muka keratan rentas pengalir. Jenis bahan. Suhu

PENILAIAN KENDIRI

E1001 / UNIT 3/ 9

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan . Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya !!! SOALAN 1) Jelaskan mengapakah faktor-faktor berikut penting semasa pemilihan sesuatu perintang? a) Kadar kuasa b) Kestabilan Jelaskan kegunaan bagi perintang-perintang boleh ubah berikut. a) Perintang gelangsar b) Reostat c) Meter upaya Satu perintang mempunyai jaluran warna berikut : jingga, biru, merah dan perak. Kirakan julat sebenar nilai perintang tersebut.

2)

3)

MAKLUMBALAS

E1001 / UNIT 3/ 10

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

Adakah anda telah mencuba dahulu ??? Jika YA , sila semak jawapan anda .

JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI 1) a) Kadar kuasa Kadar kuasa ialah kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang tanpa mengalami kerosakan. Jika kadar kuasa dilampaui, perintang akan rosak disebabkan oleh haba yang berlebihan. b) Kestabilan Kestabilan ialah keupayaan sesuatu perintang untuk mengekalkan nilai rintangannya walaupun suhu sekitar berubah dan umur perintang bertambah. 2) a) Perintang gelangsar Digunakan pada litar yang tidak memerlukan perubahan rintangan yang kerap. b) Reostat Diguna untuk mengawal arus litar. c) Meter upaya Digunakan pada litar bercetak yang tidak memerlukan perubahan rintangan yang kerap untuk mengawal voltan dan beza upaya seperti mengawal bunyi dan nada radio. 3) Diberi : Jalur pertama (Jingga)= 3 Jalur kedua (Biru) = 6 Jalur ketiga (Merah) = 100 Jalur had terima ialah perak iaitu 10%. Oleh itu, had terima = 3600 0.1 = 360 Oleh itu, julat nilai rintangan = (3600 + 360 ) hingga (3600 - 360 ) = 3960 (had atas) hingga 3240 (had bawah)

You might also like