You are on page 1of 16

PERANAN BAHASA MELAYU

1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan

masyarakat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara. 2) Lambang jati diri Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa

pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. 3) Bahasa perpaduan Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum. 4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuan

Bahsa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat. 5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak

tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang dipinjam semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa. 6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan. 7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan

sebgagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti, berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan enutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang, meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ali politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahsa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya. 8) Menggambarkan bangsa yang berkuasa Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju. Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa. Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usha penerbitan bahan bacaan.

Bahasa Jiwa Bangsa. Cintailah Bahasa Kita


Peranan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi utama dalam urusan rasmi dan tidak rasmi di negara ini sedang dicabar hebat ekoran arus globalisasi. Perkembangan terkini dalam sektor-sektor penting, misalnya pentadbiran dan pendidikan amat ketara sekali mencabar peranan bahasa Melayu, yakni bukan sekadar merosakkan kemurnian bahasa Melayu akibat campur aduk bahasa dalam komunikasi, tetapi penurunan nilai ekonominya apabila penggunaannnya dalam bidang sains dan teknologi digantikan dengan bahasa Inggeris. Timbul kebimbangan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan Malaysia semakin hari semakin terpinggir peranannya yang seterusnya bakal mengundang masalah dalam pelestarian jati diri negara yang berteraskan masyarakat, budaya dan bahasa Melayu. Globalisasi dalam setiap aspek kehidupan sebenarnya tidak dapat dielak. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa tidak harus ditolak, sebaliknya dimantapkan. Pada masa yang sama peranan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama dalam semua sektor perlu dipertahankan. Persoalan besar yang timbul ialah apakah strategi mendepani cabaran yang datang bersama-sama arus globalisasi ini supaya jati diri masyarakat dan negara terpelihara? Sudah tentulah tanggungjawab kita sebagai warganegara adalah memperkasa jati diri yang telah dipupuk sejak merdeka serta mempertahankan kerelevanannya.

Atas kesedaran inilah Jabatan Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Terengganu, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, dan Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia bergabung tenaga untuk menganjurkan Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu dalam Komunikasi Era Globalisasi. Masa yang dipilih ialah ketika warganegara dan pencinta bahasa Melayu perlu meluahkan hasrat mereka tentang masa depan yang bakal menentukan maruah dan kedudukan bahasa Melayu di negara ini. Gandingan tenaga untuk menganjurkan seminar antarabangsa ini diilhamkan daripada penubuhan Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia pada tahun 2005 yang gigih berusaha agar setiap pihak, khususnya warga pendidik mempertahankan peranan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa pengantar utama pendidikan. Dengan kejayaannya menganjurkan secara bersama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara seminar kebangsaan dan serantau pendidikan bahasa Melayu (7-8 Februari 2003, 23-25 Mei 2004, 16-18 September 2005, dan 10-1 September 2006), Jabatan Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Terengganu meneruskan kesinambungan dalam rangka sinergi dan kerjasama ini untuk memperjuangkan hasrat memperkasa peranan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di Malaysia, terutama ketika negara sedang mendepani globalisasi. Hasrat murni ini perlu diperjuangkan melalui penyertaan dan komitmen setiap pihak yang prihatin dan berkepentingan, iaitu daripada individu mahu pun kumpulan dalam kalangan pelajar, pendidik, ahli akademik, pentadbir, ahli politik atau sesiapa sahaja yang cintakan bahasa Melayu.

Pengertian tamadun jika dilihat dari sudut pandangan dunia menjurus kepada kejayaan sesebuah bangsa atau negara itu. Kejayaan yang dimaksudkan ialah dari segi ekonominya, sosialnya dan pemerintahannya. Pembangunan sesebuah tamadun itu lebih terkait dengan pembudayaan budaya ilmu dalam kehidupan pemerintahan mahupun rakyatnya. Tamadun bangsa yang paling awal wujud ialah tamadun Rom. Suatu ketika dahulu Rom dianggap sebagai sebuah bangsa yang bertamadun iaitu ia berjaya mewujudkan satu sistem pemerintahan yang sistematik dan komprehensif. Jika dilihat dari segi keadaan sosialnya, Rom jauh lebih kehadapan berbanding bangsa-bangsa lain yang wujud ketika itu. Kejayaan yang dikecapi oleh Rom ini sedikit sebanyak membawa kepada perasaan iri hati oleh bangsa lain terutama kaum biadab yang terdiri daripada suku bangsa Jerman yang pada suatu ketika dipimpin oleh Attila. Kaum ini telah berjaya mengganas dan menakluk Imperaturia Rom sebelum abad ke 6 Masihi. Tetapi apa yang berlaku selepas itu, bangsa ini telah kalah dan terpaksa menerima kembali sistem pentadbiran

Rom. Ini telah diakui sendiri oleh Ibn Khaldun di mana sesebuah bangsa atau kaum yang hanya ditunjangi oleh kekuatan semata-mata tidak mampu bertahan lama. Antara contoh lain yang boleh dikemukakan ialah apabila bangsa Mongolia yang dipimpin oleh Genghis Khan yang berjaya menakluk China dan sebahagian negara Islam telah tertewas dengan sistem dan budaya negara atau bangsa yang ditakluki. Sebagai contoh bangsa Mongolia yang berjaya menawan negara China terpaksa mengguna pakai sistem dan budaya hidup negara yang ditawan. Ini menunjukkan kelemahan sesuatu bangsa yang hanya mampu untuk menakluk dengan kekuataan tetapi tidak mampu mentadbir negara tersebut dengan acuan sendiri. Disebabkan itu, Professor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud menggariskan bahawa untuk sesuatu bangsa itu berjaya menjadi sebuah bangsa yang bertamadun, bangsa itu harus menguasai budaya ilmu. Tanpa penguasaan ilmu sesuatu bangsa tersebut tidak mampu berdiri sendiri dan berjaya. Bangsa Melayu Bangsa Melayu suatu ketika dahulu terkenal

sebagai salah satu kuasa besar dunia (sebelum kejatuhan kerajaan Melaka pada 1511) di mana ketika zaman kegemilangan Melaka pedagangpedagang dari barat dan timur mengakui Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pedagang. Tetapi zaman kegemilangan bangsa Melayu hanya berakhir di situ, penjajahan oleh pihak Portugis dan perebutan kuasa di kalangan pembesar Melayu membantutkan pembinaan tamadun Melayu. Ya, jika pembinaan tamadun Melayu menjadi realiti, kawasan Asia Tenggara yang terkenal dengan kawasan Malay Archipelago ini mampu menjadi suatu kuasa besar dunia. Penjajah yang datang menjajah Tanah Melayu telah berjaya merubah pemikiran orang Melayu dari menjadi bangsa yang bercita-cita tinggi kepada rakyat yang hanya menjadi petani. Sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah. Kaum Cina diberikan tempat-tempat di kawasan bandar, kaum India bekerja di ladang-ladang dan kaum Melayu bekerja sebagai petani. Walaupun negara kita telah Merdeka lebih 50 tahun, kaum

Melayu masih gagal menguasai ekonomi negara ini. Tambahan desakan-desakan yang dilakukan oleh kaum lain dengan pelbagai permintaan menyebabkan kaum Melayu tersepit di negara sendiri. Kita mengambil contoh Republik Singapura iaitu jiran terdekat kita, masyarakat Melayunya sudah dipinggirkan hampir 40 tahun selepas kemerdekaan. Perkara ini berlaku sebelum zaman kemerdekaan Singapura lagi dan ia berlanjutan hingga ke zaman sekarang. Masyarakat Melayu Singapura telah dipinggirkan dari segi sosioekonomi, pelajaran dan politik. Jurang ekonomi di Singapura semakin ketara iaitu pada tahun 1957 sebanyak 2.3 % yang meningkat kepada 4.1 % pada 1970 dan 9.6 % pada tahun 1980. Pada tahun 1980-an, masyarakat Cina terus menikmati mobiliti pekerjaan yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Ini sekaligus menunjukkan ketidakstabilan antara kaum yang wujud di Singapura. Kita lihat pula senario politik yang berlaku di negara lain seperti Thailand di mana masyarakat Melayu Islam di selatan negara tersebut dituduh pengganas oleh pihak kerajaan. Tindakan ganas

dan zalim sering dikenakan terhadap masyarakat Islam di selatan Thai. Perkara yang sama turut berlaku terhadap masyarakat Melayu Islam di Mindanao. Ini jelas memperlihatkan bangsa Melayu ditekan dan terus ditekan oleh bangsa lain dari semua aspek. Bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun Bahasa Melayu dikenali sebagai Lingua Franca di peringkat dunia. Malangnya di negara sendiri bahasa Melayu seolah-olah dipinggirkan. Perlu diketahui bahawa Bahasa Melayu ini adalah bahasa pengantar utama di dalam negara kita dan ia juga memainkan peranan sebagai alat perpaduan antara semua kaum . Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan Malaysia. Jelas menunjukkan Bahasa Melayu adalah asas penting kepada keperibadian atau jatidiri kebangsaan Malaysia. Keadaan yang berlaku hari ini jauh menyimpang dari tujuan asal pengwujudan sistem pendidikan negara yang berasaskan Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib. Perkara yang menjadi kerisauan pejuang bahasa pada tahun 1995

dahulu mengenai kemungkinan wujudnya dua aliran pendidikan diperingkat tinggi iaitu aliran Melayu dan aliran Inggeris telah pun berlaku pada hari ini dimana kebanyakkan universiti awam di negara ini telah mengambil pendekatan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajian jurusan sains. Saban hari, Bahasa Melayu dilihat semakin terancam. Sektor-sektor swasta di negara ini juga lebih menitikberatkan penguasaan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu. Kononnya Bahasa Melayu ini tidak kompetitif dalam menjadikan Malaysia maju pada masa mendatang. Ini adalah mentaliti orang tidak ada pendirian dan cepat berputus asa dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kita mengambil contoh negara Jepun yang bangga dengan bahasanya sendiri dan menggunkan bahasanya untuk menjadi bangsa yang maju. Korea adalah salah satu contoh yang sama perihalnya dengan Jepun. Kita teliti pula negara-negara yang menggunakan bahasa selain bahasa ibundanya, Filipina contohnya, tidak berjaya untuk menjadi negara maju walaupun bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris. Perkara yang sama turut berlaku di India, walaupun India

sekarang menjadi gerbang teknologi maklumat tetapi teknologi yang digunakan adalah teknologi yang dibawa dari Amerika Syarikat. Tindakan kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan serantau telah mengakibatkan Bahasa Melayu dipinggirkan dan kemungkinan besar dalam tempoh 10-15 tahun lagi Bahasa Melayu akan menjadi sepertimana Bahasa Jawi dahulu. Peranan mahasiswa Apabila bercakap mengenai pembinaan tamadun, masyarakat akan memandang mahasiswa sebagai organ utama dalam merealisasikan tamadun sesebuah bangsa itu. Untuk merealisasikan pembinaan tamadun Melayu ini, mahasiswa harus memainkan peranan dalam memperjuangkan soal kebangkitan bahasa ibunda iaitu kebangkitan Bahasa Melayu. Mengapa kita sebagai mahasiswa perlu mengambil peranan dalam memperjuangkan isu bahasa ini? Antara faktor-faktor mahasiswa harus melaksanakan tanggungjawab ini ialah: Pembinaan jatidiri sesuatu bangsa itu harus dimulai dengan mencintai bahasa ibundanya

Kemajuan sesuatu bangsa itu bukannya bergantung kepada bahasa asing. Masyarakat akan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya negatif yang datang dari barat. Harus melihat kembali bagaimana kejayaan empayar Islam suatu ketika dahulu yang telah menjadi tamadun yang gemilang melangkaui tamadun sedia ada dan sebelumnya. Kebimbangan penggunaan Bahasa Melayu ini akan terhakis sedikit demi sedikit hingga kepada pemansuhan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti yang berlaku kepada bahasa jawi. Tanggungjawab mahasiswa: Memupuk kesedaran di kalangan mahasiswa tentang peri pentingnya mencintai dan menghargai bahasa ibunda. Mendesak pihak kerajaan untuk menukar kembali penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik kepada bahasa Melayu. Mengadakan perbincangan yang secara ulang tetap di antara tenaga pengajar, pelajar dan pentadbir universisti serta pihak swasta.

Mendesak penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dengan tegas. Meningkatkan penulisan dan penterjemahan buku-buku, makalah-makalah ilmiah. Mendidik diri untuk menjadi professional serta pejuang bahasa.

You might also like