You are on page 1of 25

Penderaan Kanak-kanak

............Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

............Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

............Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.

............Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anakanak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

............Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anakanak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

............Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen Keluarga Bahagia bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.

............Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

............Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi. ............Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.

Amalan Gaya hidup Sihat


Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. . . ..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini. . ..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang. . ..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. . ..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan

mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat. . ..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat. . ..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini. . ..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak. . ..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. ....

Semangat kejiranan
................(ubah suai supaya sesuai dengan SPM) Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya. .............Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya. .............Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran. .............Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini. .............Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini. .............Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita. .............Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional. ............Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

5. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF: i. Satu kata adjektif hanya boleh ada satu kata penguat sahaja. (gunakan salah satu sahaja) Salah: -Sungai yang paling panjang sekali di sini ialah Sungai Pahang. -Hadiah yang terlalu bernilai sungguh bagi saya ialah kereta. (suka Honda? Klik) Betul: -Sungai yang paling panjang di sini ialah Sungai Pahang. -Sungai yang panjang sekali di sini ialah Sungai Pahang -Hadiah yang terlalu bernilai bagi saya ialah kereta. -Hadiah yang bernilai sungguh bagi saya ialah kereta. ii. (kekecualian) Kata penguat bebas sahaja boleh digunakan dua untuk satu kata adjektif. (iaitu sangat, amat dan sungguh di hadapan; serta sekali di belakang) Betul: -Makanan itu sungguh murah sekali harganya. -Kereta itu amat mahal sekali harganya. -Guru itu sangat rajin sekali membantu kami iii. Kata adjektif berimbuhan ter. tidak boleh diletakkan kata penguat. (kecuali untuk perkataan terkenal) Salah: -Rumah yang terbesar sekali ialah rumah Abu Bakar. -Kejayaan itu adalah sangat terbesar kepada saya. Betul: -Rumah yang terbesar ialah rumah Abu Bakar. -Rumah yang besar sekali ialah rumah Abu Bakar. -Kejayaan itu adalah terbesar kepada saya. -Kejayaan itu adalah sangat besar kepada saya. iv. Kata adjektif emosi yang tidak berimbuhan, mesti diikuti dengan kata hubung atau kata sendi jika hendak dipanjangkan. (akan, kepada, dengan dan lain-lain) Salah: -Ali sangat rindu ibunya di desa. -Kami terlalu marah sikap pemalunya itu. Betul: -Ali sangat rindu akan ibunya di desa. -Kami terlalu marah dengan sikap pemalunya itu. v. Kata adjektif emosi tidak boleh berakhiran dengan kan. Salah: -Dia amat marahkan anaknya yang nakal itu. -Siti begitu sayangkan kakak sulungnya. Betul: -Dia amat marah akan anaknya yang nakal itu. -Siti begitu sayang akan kakak sulungnya. . vi. Jika kata adjektif sudah digandakan, kata penguat tidak boleh digunakan. Salah: -Rumah di situ besar-besar sekali. -Pokok kelapa itu sangat tinggi-tinggi. Betul: -Rumah di situ besar-besar. -Rumah di situ besar sekali. -Pokok kelapa itu tinggi-tinggi. -Pokok kelapa itu sangat tinggi. vii. Jika kata adjektif sudah digandakan, kata nama yang bersangkutan dengan kata adjektif itu tidak boleh digandakan juga. (pilih salah satu sahaja digandakan)

Salah: -Anak-anak Encik Rajoo pandai-pandai semuanya. -Ikan-ikan yang dijual itu murah-murah harganya. Betul: -Anak Encik Rajoo pandai-pandai semuanya. -Anak-anak Encik Rajoo pandai semuanya. -Ikan yang dijual itu murah-murah harganya. -Ikan-ikan yang dijual itu murah harganya. viii. Kata adjektif yang berimbuhan ter tidak boleh dijadikan pradikat tunggal atau pradikat yang pertama. (tambahkan lah yang atau gunakan kata penguat) Salah: -Pelajar itu terpandai. -Pelajar itu terpandai di tingkatan tiga. Betul: -Pelajar itulah yang terpandai. -Pelajar itu paling pandai. -Pelajar itulah yang terpandai di tingkatan tiga. -Pelajar itu paling pandai di tingkatan tiga.

3. JENIS KATA KERJA: A.KATA KERJA TRANSITIF (KTT) a. KTT ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri. Kata kerja ini memerlukan objek di hadapannya sebagai pelengkap. Contoh : Ayah saya menjalankan tugas. (tugas ialah pelengkap) b. Apakah imbuhan kata kerja tak transifit? -perkataan yang berimbuhan meN.kan : menjalankan, menceritakan -perkataan yang berimbuhan meN.i : menjalani, mengubati -perkataan yang berimbuhan memper.kan : memperjuangkan, memperkayakan -perkataan yang berimbuhan memper.i : memperingati, memperbaiki -perkataan yang berimbuhan ber.kan : bertemankan, bersuamikan -imbuhan meN yang diikuti kata nama : menyanyi lagu, menyapu sampah c. Kesalahan penggunaan kata kerja transitif. i. Kata kerja transitif tidak boleh hadir di hujung ayat. (mesti ada objek pelengkap) Salah: -Bapa saya sedang menjalankan. -Dia tidur dengan berbantalkan. Betul: -Bapa saya sedang menjalankan tugas. -Dia tidur dengan berbantalkan lengan. ii. Selepas kata kerja transitif, jangan letak kata sendi atau kata hubung. (contohnya akan, tentang, mengenai, dengan, di, ke, dan lain-lain) Salah: -Dia menceritakan tentang pengalamannya di luar negara. -Ibu sedang merindui akan anaknya. -Dia bersuamikan dengan seorang doktor. Betul: -Dia menceritakan pengalamannya di luar negara. -Ibu sedang merindui anaknya. -Dia bersuamikan seorang doktor.

iii. Kata kerja transitif mesti diikuti dengan objek dan bukan perkataan lain. Salah: -Dia menghadapi banyak masalah. -Kakak menarik dengan kuat tangan adik. -Kami menendang dengan deras bola itu. Betul: -Dia banyak menghadapi masalah. -Kakak menarik tangan adik dengan kuat. -Kami menendang bola itu dengan deras.

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA: i. di mesti dijarakkan jika diikuti dengan tempat, benda atau arah. (di yang dirapatkan bermaksud imbuhan di. dan bukan kata sendi) Salah: -Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah) -Pos itu terletak diantara tol dengan pejabat. (tempat) -Anda sentiasa dihati saya. (benda) Betul: -Dia tinggal di belakang rumah saya. -Pos itu terletak di antara tol dengan pejabat. -Anda sentiasa di hati saya. ii. ke mesti dijarakkan jika diikuti dengan tempat, benda, arah atau masa. (ke yang dirapatkan bermaksud imbuhan ke. dan bukan kata sendi) Salah: -Dia pergi kebandar itu semalam. (tempat) -Kami berlari kepokok itu. (benda) -Dia merantau ketimur Semenanjung. (arah) -Ahmad belajar dari pagi kemalam hari. (masa) Betul: -Dia pergi ke bandar itu semalam. -Kami berlari ke pokok itu. -Dia merantau ke timur Semenanjung. -Ahmad belajar dari pagi ke malam hari. iii. di tidak boleh diikuti dengan masa/ waktu/ zaman/ tahun. (gunakan pada) Salah: -Dia sampai ke Melaka di waktu malam. -Di zaman dahulu ada raja yang zalim. Betul: -Dia sampai ke Melaka pada waktu malam. -Pada zaman dahulu ada raja yang zalim. iv. ke untuk perkara belum berlaku. di untuk perkara sudah berlaku. Salah: -Saya akan sampai di sana sebentar lagi. (belum berlaku) -Dia telah sampai ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku) Betul: -Saya akan sampai ke sana sebentar lagi. -Dia telah sampai di sana pada petang tadi. v. dari hanya untuk masa, arah dan tempat. (selain itu gunakan daripada) Salah: -Saya sampai di sini sejak daripada petang tadi lagi. (masa) -Pemandu itu datang daripada selatan tanah air. (arah) -Pemuda bermisai tebal itu berasal daripada Melaka. (tempat) -Kucing itu berlari daripada pokok kelapa itu. (benda)

Betul: -Saya sampai di sini sejak dari petang tadi lagi. (masa) -Pemandu itu datang dari selatan tanah air. (arah) -Pemuda bermisai tebal itu berasal dari Melaka. (tempat) -Kucing itu berlari dari pokok kelapa itu. (benda) vi. daripada hanya untuk manusia, asal kejadian, sumber dan ahli. Salah: -Hadiah itu dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia) -Tayar kereta itu diperbuat dari getah asli. (asal kejadian) -Syair ini saya ambil dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber) -Peserta itu adalah dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli) Betul: -Hadiah itu daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia) -Tayar kereta itu diperbuat daripada getah asli. (asal kejadian) -Syair ini saya ambil daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber) -Peserta itu adalah daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli) vii. pada untuk masa, benda, tampat, dan perkara. Salah: -Saya berlatih badminton di pukul lima petang. (masa) -Dia mengikat kambingnya di pokok besar itu. (benda) -Di mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara) Betul: -Saya berlatih badminton pada pukul lima petang. (masa) -Dia mengikat kambingnya pada pokok besar itu. (benda) -Pada/ Dalam mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara) viii. Jika ayat mempunyai perkataan ada hanya pada boleh digunakan walaupun untuk manusia. Salah: -Buku itu ada kepada Cikgu Saleha. Betul: -Buku itu ada pada Cikgu Saleha. ix. kepada digunakan untuk manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian. Salah: -Beri surat ini pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia) -Chong Seng memberikan susu pada anak kucingnya. (binatang) -Harga minyak telah meningkat pada USD50setong. (naik/ turun) -Cikgu Samad membahagikan pelajar itu pada tiga kumpulan. (pembahagian) Betul: -Beri surat ini kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia) -Chong Seng memberikan susu kepada anak kucingnya. (binatang) -Harga minyak telah meningkat kepada USD50 setong. (naik/ turun) -Cikgu Samad membahagikan pelajar itu kepada tiga kumpulan. (pembahagian) x. demi dan untuk tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja) Salah: -Saya pergi ke sekolah demi untuk menuntut ilmu pengetahuan. Betul: -Saya pergi ke sekolah demi menuntut ilmu pengetahuan. -Saya pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan. xi. Pengulangan dari untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir. Salah: -Dari masa ke semasa dia sedar juga. -Dari sehari ke hari dia membesar. -daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha. Betul: -Dari semasa ke semasa dia sedar juga.

-Dari sehari ke sehari dia membesar. -dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha. -dari masa ke masa dia terus tekun berusaha. -dari hari ke hari dia membesar. xi. di antara' mesti diikuti perkataan dengan. Salah: -Sungai itu terletak di antara Melaka dan Johor. -Bandingkanlah di antara anda dan saya. -Di antara makan dan minum, dia lebih suka minum. Betul: -Sungai itu terletak di antara Melaka dengan Johor. -Bandingkanlah di antara anda dengan saya. -Di antara makan dengan minum, dia lebih suka minum.

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG: a. Jangan gunakan dua kali perkataan dan untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan serta) Salah: -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam. Betul: -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam. b. Gunakan atau jika bermaksud membuat pilihan. Salah: -Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. -Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan. Betul: -Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. -Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan. c. Jika atau digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis. Salah: -Awak datang dari Melaka atau Johor. -Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik. -Pelajar itu menghisap rokok atau dadah. Betul: -Awak datang dari Melaka atau dari Johor. -Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik. -Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah. d. hingga/ sehingga tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ke. (pilih salah satu sahaja) Salah:

-Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari. -Ibu menghantar saya dari rumah sehingga ke tepi jalan. Betul: -Dia belajar dari pagi hingga petang hari. -Dia belajar dari pagi ke petang hari. -Ibu menghantar saya dari rumah sehingga tepi jalan. -Ibu menghantar saya dari rumah ke tepi jalan. e. antara perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan pilihan atau menunjukkan had serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan antara : Antara faktor tersebut ialah .) Salah: -Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis. -Rumahnya terletak antara kedai dengan pejabat pos. Betul: -Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis. -Rumahnya terletak di antara kedai dengan pejabat pos. f. Jika di antara digunakan untuk pilihan atau had, gunakan dengan sahaja. (Jangan gunakan dan ) Salah: -Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan. -Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai. Betul: -Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan. -Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai. g. Tidak ada kata hubung oleh kerana dalam bahasa Malaysia. Salah: -Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu. Betul: -Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu. h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan tetapi. Salah: -Dia kaya dan dia kedekut. -Dia malas membuat ulang kaji dan lulus dengan cemerlang. Betul: -Dia kaya tetapi dia kedekut. -Dia malas membuat ulang kaji tetapi lulus dengan cemerlang.

i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan maka. Salah: -Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan. -Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah. Betul: -Dia malas membuat ulang kaji maka dia gagal dalam peperiksaan. -Dia terjatuh dari atas pokok maka kaki kanannya patah. j. kerana tidak boleh diletak di depan ayat. Sebab tidak boleh diletak di tengah ayat. oleh sebab tidak boleh diletak di tengan ayat. Salah: -Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus. -Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan. -Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan. Betul: -Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus. -Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan. -Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan.

4. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BILANGAN : a. Ada kata bilangan yang tidak boleh digandakan. (salah jika digandakan) Salah: -pelbagai-pelbagai hadiah diberi. -para-para pelajar yang hadir. Betul: -pelbagai hadiah diberi. -berbagai-bagai hadiah diberi. -para pelajar yang hadir b. Ada kata bilangan yang tidak boleh disingkatkan/ ditunggalkan. Salah: -Dia ke sekolah pada tiap pagi. -Berbagai cabaran telah ditempuh. Betul: -Dia ke sekolah pada tiap-tiap pagi. -Dia ke sekolah pada setiap pagi. -Berbagai-bagai cabaran telah ditempuh. -Pelbagai cabaran telah ditempuh. c. Kata bilangan berimbuhan ber. Mesti digandakan.

Salah: -Lori itu membawa berguni beras ke kilang. -Sudah bertahun lamanya kami merantau. -Dia minum bercawan air sejuk. Betul: -Lori itu membawa berguni-guni beras ke kilang. -Sudah bertahun-tahun lamanya kami merantau. -Dia minum bercawan-cawan air sejuk. d. Jika kata bilangan sudah jamak, kata nama yang mengikutinya tidak boleh digandakan. Salah: -Banyak buku-buku yang disediakan di perpustakaan. -Sekawan burung-burung hinggap di atas pokok. -Beberapa ekor ikan-ikan berjaya dipancing. Betul: -Banyak buku yang disediakan di perpustakaan. -Sekawan burung hinggap di atas pokok. -Beberapa ekor ikan berjaya dipancing. e. Jika kata bilangan berakhiran dengan .an, kata nama juga tidak boleh digandakan. Salah: -Barisan pelakon-pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu. -Sinaran bintang-bintang kelihatan di dada langit. -Puluhan peserta-peserta mengambil bahagian pada malam ini. Betul: -Barisan pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu. -Sinaran bintang kelihatan di dada langit. -Puluhan peserta mengambil bahagian pada malam ini. f. Kata bilangan jamak, tidak boleh disertai dengan penjodoh bilangan. (kecuali : 'beberapa' dan kata bilangan tentu seperti 'tiga, empat, lima' dan sebagainya) Salah: -Semua ekor ikan yang dibelinya itu sudah busuk. -Kebanyakan orang pengakap yang hadir turut memberi sumbangan. Betul: -Semua ikan yang dibelinya itu sudah busuk. -Kebanyakan pengakap yang hadir turut memberi sumbangan. Betul: - Beberapa ekor ikan, enam buah rumah dan sebagainya. g. Jika kata bilangan jamak digunakan, kata adjektif bagi kata nama tidak boleh digandakan. Salah:

-Banyak ikan yang besar-besar di kawasan hulu sungai itu. -Semua pegawai di situ garang-garang dan sukar untuk ditemui. Betul: -Banyak ikan yang besar di kawasan hulu sungai itu. -Semua pegawai di situ garang dan sukar untuk ditemui. h. Kata bilangan jamak boleh digunakan untuk kata nama yang memang berganda. Salah: -Di kawasan sungai itu banyak kura. -Ramai mata bertugas di tempat ini. Betul: -Di kawasan sungai itu banyak kura-kura. -Ramai mata-mata bertugas di tempat ini. i. Kata bilangan berimbuhan ke. yang menunjukkan jumlah mestilah digandakan. Salah: -Polis berjaya membarkas kelima perompak itu. -Kedua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun. Betul: -Polis berjaya membarkas kelima-lima perompak itu. -Kedua-dua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun. j. Kata bilangan tentu (satu, dua, dan sebagainya) tidak boleh rapat dengan kata bilangan pecahan ('suku, separuh, setengah). (letak objek antara kata bilangan ini) Salah: -Kami mengambil masa dua setengah hari untuk sampai di sini. -Anda hanya diberi tempoh tiga suku jam untuk menyiapkan tugas ini. -Masukkan satu suku sudu garam ke dalam masakan itu. Betul: -Kami mengambil masa dua hari setengah untuk sampai di sini. -Anda hanya diberi tempoh tiga jam suku untuk menyiapkan tugas ini. -Masukkan satu sudu suku garam ke dalam masakan itu.

c. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah: Contohnya: model linera garis pusat lelefon dail terus lesung sendi kanta tangan mata pelajaran pita suara darah panas kertas kerja batu kapur d. Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa: Contohnya: kaki ayam buah hati makan angin pilih kasih

anak emas bulan madu manis mulut tumbuk rusuk berat tangan e. Bentuk kata majmuk yang telah mantap: Terdapat sebilangan kecil bentuk kata yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang sedemikian tetap dieja sebagai satu perkataan/ dirapatkan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah: apahal apabila antarabangsa apakata apalagi bagaimana barangkali beritahu bumiputera darihal daripada dukacita jawatankuasa kakitangan kepada pilihanraya kerjasama manakala manalagi olahraga padahal pesuruhjaya sediakala setiausaha sukacita sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara matahari f. Penggandaan kata majmuk: Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya: alat-alat tulis balai-balai raya suku-suku kata jirim-jirim organik Menteri-Menteri Besar Penolong-Penolong Pendaftar gambar-gambar rajah kapal-kapal terbang garis-garis pusat model-model linear Naib-Naib Censelor Ketua-Ketua Menteri g. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasadan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya: anak emas-anak emas ayam tambatan-ayam tambatan kaki bangku-kaki bangku buah hati-buah hati buah tangan-buah tangan ibu bapa ibu bapa pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara tandatangan-tandatangan jawatankuasa-jawatankuasa setiausaha-setiausaha h. Pengimbuhan kata majmuk : Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu: i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja (1 imbuhan), ejaannya tetap terpisah. Contohnya: campur aduk bercampur aduk litar selari berlitar selari ambil alih mengambil alih temu bual ditemu bual daya serap daya serapan senarai hitam -- disenarai hitam baik pulih -- membaik pulih ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan (2 imbuhan), ejaannya menjadi bercantum. Contohnya: campur aduk mencampuradukkan daya serap kedayaserapan garis pusat mengarispusatkan satu padu menyatupadukan tunjuk ajar menunjukajarkan senarai hitam -- disenaraihitamkan baik pilih -- membaikpulihkan

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TANYA: a. Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan kata tanya tetapi mestilah ada tanda tanya ( ? ). Betul: -Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja? -Nama bapa saudara awak ialah Haji Kamaruddin bin Ishak? b. Penegas kah tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya. (letak di hadapan atau tengah) Salah: -Semalam awak tidak hadir, mengapakah? -Awak akan melancong ke sana, bilakah? Betul: -Semalam awak tidak hadir, mengapa? -Mengapakah awak tidak hadir semalam? -Awak akan melancong ke sana, bila? -Bilakah awak akan melancong ke sana? c. Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat anya. (tukar dengan menyebut fungsinya) Salah: -Saya terkejut bila melihat lelaki itu menumbuk muka awak. -Pelanggan itu ingin mengetahui berapa harga ikan tersebut. -Kami ingin mengetahui di mana anda tinggal sekarang. -Kami tidak tahu bagaimana anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu. Betul: -Saya terkejut apabila melihat lelaki itu menumbuk muka awak. -Pelanggan itu ingin mengetahui harga ikan tersebut. -Kami ingin mengetahui tempat anda tinggal sekarang. -Kami tidak tahu punca anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu. d. apa tidak boleh digunakan untuk manusia. siapa tidak boleh digunakan untuk binatang. Salah: -Apakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu? -Siapakah nama kucing awak yang comel sungguh itu? Betul: -Siapakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu? -Apakah nama kucing awak yang comel sungguh itu? e. Kata tanya boleh digunakan dalam ayat yang bukan ayat tanya dengan syarat telah digandakan. Salah: -Awak boleh bertanya apa soalan kepada saya sebelum saya balik. -Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila masa pun. -Mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman. Betul: -Awak boleh bertanya apa-apa soalan kepada saya sebelum saya balik. -Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila-bila masa pun. -Mana-mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman. f. Mengapakah dan bagaimanakah lebih tepat penggunaannya daripada kenapakah dan macamanakah. Betul: -Mengapakah awak tidak hadir? (ini lebih tepat) -Bagaimanakah awak sampai ke sini? (ini lebih tepat) -Mengapa/ Kenapakah/ kenapa awak tidak hadir? (ikut susunan mana yang lebih tepat)

-Bagaimana/ Macamanakah/ macamana awak sampai ke sini? (ikut susunan mana yang lebih tepat) g. Jika kata tanya diletak di hadapan ayat, partikal kah mesti diletak. Salah: -Mengapa awak tidur di lantai? -Bila awak tiba di sini? Betul: -Mengapakah awak tidur di lantai? -Bilakah awak tiba di sini? KATA PEMERI 1. JENIS KATA PEMERI: i. ialah : digunakan jika di depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja. ii. adalah : di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi sahaja. 2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI: i. ialah hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja. Salah: -Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang. -Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan. Betul: -Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang. -Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan. ii. adalah hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi Salah: -Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik. -Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang. -Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia. Betul: -Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik. -Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang. -Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia. iii. kata nafi iaitu tidak dan bukan hanya boleh digandingkan dengan adalah. ( kata pemeri adalah boleh ditiadakan untuk kata nafi) Salah: -Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali. -Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya. -Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini. Betul: -Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali. -Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali. -Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya. -Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya. -Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini. -Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.

2. JENIS KATA NAFI: Tidak : Untuk kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja Bukan : Untuk kata/ frasa nama dan kata/frasa sendi dan hubung 3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI: a. tidak hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja. Salah: i-Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar. (adjektif) ii-Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat. (adjektif) iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki bukan tidur. (kerja) Betul: i-Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar. (adjektif) ii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat. (adjektif) iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki tidak tidur. (kerja) b. bukan hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa nama dan kata/ frasa sendi & hubung. Salah: i-Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton. (nama) ii-Pelajar perempuan yang baru datang itu tidak Hayati. (nama) iii-Peniaga berbangsa Melayu itu tidak dari Kuala Lumpur. (sendi) iv-Dia melawat ke negara barat itu tidak dengan saya. (hubung) Betul: i-Kereta yang dipandunya itu bukan kereta Proton. (nama) ii-Pelajar perempuan yang baru datang itu bukan Hayati. (nama) iii-Peniaga berbangsa Melayu itu bukan dari Kuala Lumpur. (sendi) iv-Dia melawat ke negara barat itu bukan dengan saya. (hubung) c. Jika sesuatu ayat itu ada perkataan tetapi, hanya bukan yang boleh digunakan tanpa mengira jenis kata di depannya. (jangan gunakan tidak) Salah: i-Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton tetapi kereta Mazda. ii-Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar tetapiberbadan kurus. iii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat tetapi sederhana sahaja. Betul: i-Kereta yang dipandunya itu bukan kereta Proton tetapi kereta Mazda. ii-Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar tetapiberbadan kurus. iii-Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat tetapi sederhana sahaja. d. Kata pemeri adalah sahaja yang boleh digunakan bersama-sama dengan kata nafi. (jangan gunakan ialah) / Lebih tepat jika 'adalah tidak' atau 'adalah bukan' digantikan dengan 'tidak' atau 'bukan' sahaja. Salah: i-Merokok ialah tidak menyalahi undang-undang di negara kita. ii-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali. iii-Orang kaya itu ialah bukan keturunan raja Melayu Melaka. iv-Peniaga berbadan gempal itu ialah bukan dari Johor Bahru. Betul: i-Merokok adalah tidak menyalahi undang-undang di negara kita. (lebih tepat: tidak menyalahi) ii-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali. (lebih tepat: tidak benar) iii-Orang kaya itu adalah bukan keturunan raja Melayu Melaka. (lebih tepat:bukan keturunan) iv-Peniaga berbadan gempal itu adalah bukan dari Johor Bahru. (lebih tepat:bukan dari) (Pelajar disaran supaya menggunakan 'tidak' atau 'bukan' tanpa menyertakan 'adalah')

Hukum DM
FRASA DM DAN HUKUM DM: 1. MAKSUD: a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris. b. D bermaksud dibuat atau benda/ perkara/objek. M pula bermaksud membuat atau sifat benda itu. c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana benda mendahului sifatnya. 2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM : Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat') Contoh: -Rumah saya -Kereta baru -Bebola ikan -Lampu kereta -Buku teks -Kereta Proton -Idea baru Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia. Contoh: -Saya rumah (my house) -Baru kereta (new car) -Ikan bebola (fish ball) -Kereta lampu (car lamp) -Teks buku (text books) -Proton kereta (proton cars) -Baru idea (new idea)

3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM: i. Kesalahan kerana meletakkan sifat di hadapan manakala benda di belakang. Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris) - dia menaiki mini bas. -makan di Aisyah Restoran. -makan Maggie mee. -naik Mara Ekspress -bercicahkan cili sos. -membeli goreng pisang. -di Ah Kong kedai basikal. -berbincang lain hal. Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia) -dia menaiki bas mini. -makan di Restoran Aisyah. -makan mi Maggie. -naik Ekspress Mara. -bercicahkan sos cili. -membeli pisang goreng. -di kedai basikal Ah Kong. -berbincang hal lain. ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan benda di hadapan dan benda yang digandakan.

Contoh: Salah: (salah kerana sifat digandakan) -hal lain-lain -perkara lain-lain -peristiwa lain-lain -buku lain-lain-buku bacaan lain-lain Contoh: Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan) -lain-lain hal -lain-lain perkara -lain-lain peristiwa -lain-lain buku -lain-lain buku bacaan Contoh: Betul: (betul kerana benda di depan dan benda digandakan) -hal-hal lain -perkara-perkara lain -peristiwa-peristiwa lain -buku-buku lain -buku-buku bacaan lain. 4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah: i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengan goreng pisang yang masih panas. ii. Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut. iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.

4. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BILANGAN : a. Ada kata bilangan yang tidak boleh digandakan. (salah jika digandakan) Salah: -pelbagai-pelbagai hadiah diberi. -para-para pelajar yang hadir, Betul: -pelbagai hadiah diberi. -berbagai-bagai hadiah diberi. -para pelajar yang hadir b. Ada kata bilangan yang tidak boleh disingkatkan/ ditunggalkan. Salah: -Dia ke sekolah pada tiap pagi. -Berbagai cabaran telah ditempuh. Betul: -Dia ke sekolah pada tiap-tiap pagi. -Dia ke sekolah pada setiap pagi. -Berbagai-bagai cabaran telah ditempuh. -Pelbagai cabaran telah ditempuh. c. Kata bilangan berimbuhan ber. Mesti digandakan.

Salah: -Lori itu membawa berguni beras ke kilang. -Sudah bertahun lamanya kami merantau. -Dia minum bercawan air sejuk. Betul: -Lori itu membawa berguni-guni beras ke kilang. -Sudah bertahun-tahun lamanya kami merantau. -Dia minum bercawan-cawan air sejuk. d. Jika kata bilangan sudah jamak, kata nama yang mengikutinya tidak boleh digandakan. Salah: -Banyak buku-buku yang disediakan di perpustakaan. -Sekawan burung-burung hinggap di atas pokok. -Beberapa ekor ikan-ikan berjaya dipancing. Betul: -Banyak buku yang disediakan di perpustakaan. -Sekawan burung hinggap di atas pokok. -Beberapa ekor ikan berjaya dipancing. e. Jika kata bilangan berakhiran dengan .an, kata nama juga tidak boleh digandakan. Salah: -Barisan pelakon-pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu. -Sinaran bintang-bintang kelihatan di dada langit. -Puluhan peserta-peserta mengambil bahagian pada malam ini. Betul: -Barisan pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu. -Sinaran bintang kelihatan di dada langit. -Puluhan peserta mengambil bahagian pada malam ini. f. Kata bilangan jamak, tidak boleh disertai dengan penjodoh bilangan. (kecuali : beberapa dan kata bilangan tentu seperti tiga, empat, lima dan sebagainya) Salah: -Semua ekor ikan yang dibelinya itu sudah busuk. -Kebanyakan orang pengakap yang hadir turut memberi sumbangan. Betul: -Semua ikan yang dibelinya itu sudah busuk. -Kebanyakan pengakap yang hadir turut memberi sumbangan. g. Jika kata bilangan jamak digunakan, kata adjektif bagi kata nama tidak boleh digandakan. Salah: -Banyak ikan yang besar-besar di kawasan hulu sungai itu. -Semua pegawai di situ garang-garang dan sukar untuk ditemui. Betul: -Banyak ikan yang besar di kawasan hulu sungai itu. -Semua pegawai di situ garang dan sukar untuk ditemui. h. Kata bilangan jamak boleh digunakan untuk kata nama yang memang berganda. Salah: -Di kawasan sungai itu banyak kura. -Ramai mata bertugas di tempat ini. Betul: -Di kawasan sungai itu banyak kura-kura. -Ramai mata-mata bertugas di tempat ini. i. Kata bilangan berimbuhan ke. yang menunjukkan jumlah mestilah digandakan. Salah: -Polis berjaya membarkas kelima perompak itu. -Kedua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun. Betul: -Polis berjaya membarkas kelima-lima perompak itu.

-Kedua-dua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun. j. Kata bilangan tentu (satu, dua, dan sebagainya) tidak boleh rapat dengan kata bilangan pecahan. (letak objek di antara kata bilangan ini) Salah: -Kami mengambil masa dua setengah hari untuk sampai di sini. -Anda hanya diberi tempoh tiga suku jam untuk menyiapkan tugas ini. -Masukkan satu suku sudu garam ke dalam masakan itu. Betul: -Kami mengambil masa dua hari setengah untuk sampai di sini. -Anda hanya diberi tempoh tiga jam suku untuk menyiapkan tugas ini. -Masukkan satu sudu suku garam ke dalam masakan itu. Contoh ayat bagi perkataan hampir sama bunyi. 1. hemat - Pada hemat saya, mesyuarat hari ini amat perlu ditangguhkan dahulu. ....hemah - pelajar itu memiliki hemah yang terpuji. 2. kerangka - Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu. ....rangka - Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu. 3. perap - "Jangan perap daging ayam itu terlalu lama", kata ibu kepadaku. ....perah - "Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur", kata emak kepada kakak. 4. melarik - Saya melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas. ....melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh. 5. mentaksir - Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun. ....mentafsir - Saya cuba mentafsir kata-kata yang diucapkan kepada saya tadi. 6. menjurus - Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan. ....menjirus - Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas. 7. mengubah - Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas. ....menggubah - Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang tersayang. 8. menghembuskan - Yow Weng Fei menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam. ....menghemburkan - Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat kepada pemandu bas. 9. menatap - Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu. ....meratap - Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal dunia. 10. meraung - Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu. ......melaung - Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama Jibon. 11. menyumpah - Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu. ......menyampah - Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas. 12. rencam - Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari. ......rencah - Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini. 13. diharap - Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton. ......digarap - Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif. 14. laksana - Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang. ......laksamana - Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar. 15. sering - Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber. ......seiring - Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari Johor itu.

16. menghidap - Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas. ......menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau. 17. secocok - Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok. ......secucuk - Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak Mat. 18. sasaran - Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran. ......sesaran - Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan bumi. 19. tergolong - Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang membangun. ......tergulung - Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan rapi. 20. sepadan - Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan. ......sempadan - Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan Melaka. 21. persatuan - "Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang ini", katanya. ......penyatuan - Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada sikap menghormati. 22. menembuk - Cik Mat menembuk kertas itu dengan menggunakan jarum. ......menembok - Pihak sekolah akan menembok kawasan tepi sekolah dengan tembok batu. 23. sembang - "Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja", kata Encik Kulasingam. ......sumbang - "Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali", kata pengadil itu. 24. menyeluruh - Kemajuan di kampung ini akan dilaksanakan secara menyeluruh. ......menyeloroh - Sikapnya yang suka menyeloroh membuat kami tidak kering gusi. 25. belot - "Kami telah menangkap mereka yang belot itu", kata ketua tentera itu. ......belut - Pak Kasim berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai tersebut. 26. mengindahkan - Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar bagi menarik pelancong. ......mengendahkan - Yow Meng Thoi tidak mengendahkan nasihat yang diberi oleh ibunya. 27. menyerap - Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas Karbon Dioksida. ......mencerap - Pengetua sedang mencerap pelajar di kelas 5 Sains 2. 28. mengabaikan - Kita tidak boleh mengabaikan pelajaran kita. ......mengaibkan - Perbuatan buruknya itu telah mengaibkan keluarganya sendiri. 29. tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan. ......tepak - Encik Gundu memberi tiga biji tepak berisi sireh kepada tetamunya. 30. menyuraikan - Encik Chew telah menyuraikan pelajar yang berkumpul di kantin. ......menyuarakan - Dia menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat hadir semalam. 31. bertitah - Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana. ......bertatah - Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata. 32. gumpal - Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu. ......gempal - Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-putihan. 33. mencolek - Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya. ......menculik - Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan. 34. memerah - Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya. ......memeras - "Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah", kata Encik Chew. 35. melencong - Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain. ......melancong - Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok.

36. bertelur - Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai. ......bertelor - Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan. 37. berkenan - Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu. ......berkenaan - Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah. 38. menempa - Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate. ......menempah - Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu. 39. menyurut - Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam. ......menyorot - Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu. 40. melagakan - Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh. ......melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering. 41. melayukan - Cuaca panas itu melayukan sayur-sayuran yang ditanamnya. ......melayurkan - Ibu melayurkan ulam-ulaman itu ke dalam air yang sedang mendidih. 42. mengibas - Chong Jun Nam mengibas habuk di badannya dengan menggunakan tuala. ......mengimbas - Hilmi mengimbas kembali kenangan manisnya ketika bersama Hayati. 43. pedalaman - Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya. ......pendalaman - Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang amat tinggi. 44. merimaskan - Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar. ......meramaskan - beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu digunakan sebagai air mandian. 45. benteng - Pasukan Chalsi membina benteng untuk menyekat kemaraan penyerang pasukan Mancister. ......beting - Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak besar. 46. menuntun - Ibu menuntun tangan adik ketika melintas jalan. ......menonton - Setiap malam, dia akan menonton rancangan berita di televisyen. 47. pujuk - Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk. ......pojok - Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja lama. 48. beradat - Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain. ......beradab - Hong Wei seorang pelajar yang tidak beradab dan sombong. 49. hempas - Gelas itu saya hempas ke lantai sehingga pecah. ......hampas - Semua hampas kelapa itu boleh dijadikan makanan ternakan. 50. lengan - Lengan Foo Siow Wooi luka kerana terkena kaca. ......lengang - Pada Hari raya, jalan raya di bandar raya itu amat lengang. 51. tabik - Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya. ......tabib - Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya. 52. resmi - Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila banyak duit. ......rasmi - Majlis hari ini ialah majlis yang rasmi dan kita mesti berpakaian kemas. 53. padan - Baju yang dipakainya itu amat padan dengan bentuk tubuhnya. ......pandan - Mereka menggunakan pandan supaya makanan itu bertambah harum.

A. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA: 1. Jenis kata ganti nama: a. Ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba, patik, kami, kita, beta b. Ganti nama diri kedua : awak, engkau, kau, mu, kalian, kamu, saudara/i, tuan/puan, cik, encik c. Ganti nama diri ketiga : dia, mereka, baginda, Tuhan, orang itu, pelajar itu, ia 2. Jenis kesalahan kata ganti nama: i. ia tidak boleh digunakan untuk binatang atau benda. (ia - untuk manusia sahaja) Salah: - Ayam itu berkokok. Ia berkokok dengan kuat. - Kereta itu rosak. Ia rosak semalam. Betul: -Ayam itu berkokok. Ayam itu berkokok dengan kuat. -Ayam itu berkokok dengan kuat. -Kereta itu rosak semalam ii. ia tidak boleh disambung dengan nya. Salah: -Ia dimarahi guru kerana ianya jahat. Betul: -Ia dimarahi guru kerana ia jahat. iii. Kata ganti nama tidak boleh digandakan. (kecuali tuan/ puan, saudara/i, encik) Salah: -Mereka-mereka semua sedang tidur. -Kamu-kamu semua perlu sedar. Betul: -Mereka semua sedang tidur. -Kamu semua perlu sedar. iv. Singkatan mu dan ku mesti dicantumkan dengan objek. Salah: -Saya akan pergi ke rumah mu. -Sudah ku baca buku itu. Betul: -Saya akan pergi ke rumahmu. -Sudah kubaca buku itu. v. Gelaran kata nama khas mesti dengan huruf besar. Salah: -Nama guru saya encik Manaf. -Kucing jantan itu ialah si Tompok. Betul: -Nama guru saya Encik Manaf. -Kucing jantan itu ialah Si Tompok. vi. Tuhan mesti dieja dengan huruf besar. Nya untuk Tuhan mesti ada tanda sengkang dan berhuruf besar. Salah: -Semoga tuhan memberi rahmatnya kepada kita. Betul: -Semoga Tuhan memberi rahmat-Nya kepada kita.

vii. Jawatan yang bilangannya sedikit atau 'khas' mesti dengan huruf besar. Salah: -Perdana menteri akan ke Singapura. -Beliau datang dengan menteri pertanian. Betul: -Perdana Menteri akan ke Singapura. -Beliau datang dengan Menteri Pertanian. viii. ia dan dia tidak boleh untuk orang dihormati atau yang lebih tua. (gunakan beliau) Salah: -Pegawai itu tidak hadir kerana ia sakit. -Perdana Menteri demam kerana dia terkena hujan. Betul: -Pegawai itu tidak hadir kerana beliau sakit. -Perdana Menteri demam kerana beliau terkena hujan. ix. beliau tidak boleh untuk orang jahat atau kanak-kanak. Salah: -Beliau ditangkap kerana merompak. -Beliau masih bayi lagi, cikgu. Betul: -Dia/ ia ditangkap kerana merompak. -Dia/ ia masih bayi lagi, cikgu.

You might also like