You are on page 1of 11

AIN THAEVA THINA FIZAH FIRDAUS

DEFINISI
Merupakan harga per unit mata wang asing yang dinyatakan dalam mata wang tempatan.

US$1=RM3.50 Bermaksud satu Dolar Amerika Syarikat bersamaan RM3.50

DEFINISI
Merupakan harga atau nilai mata wang sesebuah negara yg dinyatakan dlm mata wang asing. US$1= RM3.5 RM1= 1 = US$0.29 3.50 Bermaksud satu Ringgit Malaysia bersamaan US$0.29

Perubahan kadar pertukaran asing menunjukkan perubahan nilai mata wang


Kadar pertukaran asing asal ialah US$1= RM3.50 Kadar pertukaran asing baru ialah US$1= RM 3.75 Perubahan kadar pertukaran asing tersebut menunjukkan nilai RM menurun (atau nilai US$ meningkat) Nilai RM menurun kerana lebih banyak Ringgit Malaysia diperlukan utk mmbeli satu Dolar Amerika Syarikat

KESAN PERUBAHAN PERTUKARAN ASING TRHADAP IMPORT DAN EKSPORT MALAYSIA

Apabila kadar pertukaran asing bertambah baik maka = Harga eksport mnjadi lebih mahal dan eksport berkurang jika permintaan eksport anjal harga atau sebailiknya. =Harga import menjadi lebih murah dan import bertambah jika permintaan import anjal harga atau sebaliknya

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI
Perubahan Tingkat Harga Umum
dagangnya mengalami kenaikan kadar tingkat harga umum yang lebih tinggi daripada negara itu, - harga barang eksport negara dagangnya akan menjadi mahal, - berlaku pengurangan dalam import negara itu. Keadaan ini menyebabkan DD mata wang asing berkurang. - Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah baik.
- jika negara

Perubahan Kadar Bunga dan Kadar Pulangan Pelaburan


- penurunan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan dalam negara akan menggalakkan pemindahan modal negara itu ke negara lain dan menambahkan DD mata wang asing. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah buruk. - kenaikan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan dalam negara akan menggalakkan pemindahan modal dari negara lain ke dalam negara dan menambahkan SS mata wang asing. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah baik.

Perubahan Cita Rasa Rakyat


- Rakyat tempatan suka guna barang import, DD mata wang asing bertambah, kesannya, kadar pertukaran asing negara itu akan bertambah buruk. - rakyat tempatan suka guna barang tempatan, DD mata wang asing berkurang, kesannya, kadar pertukaran asing negara itu akan bertambah baik. - rakyat asing suka guna barang eksport negara itu, SS mata wang asing bertambah, kesannya, kadar pertukaran asing negara itu akan bertambah baik. - rakyat asing suka guna barang negara sendiri, SS mata wang asing berkurang, kesannya, kadar pertukaran asing negara itu akan bertambah buruk.

Pertumbuhan Ekonomi
- pertumbuhan ekonomi dalam negara akan meninggikan pendapatan dan kemampuan rakyat negara itu membeli barang import. Keadaan ini menyebabkan DD mata wang asing akan bertambah. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah buruk. - pertumbuhan ekonomi dalam negara lain akan meninggikan pendapatan dan kemampuan rakyat negara tersebut membeli barang eksport. Keadaan ini menyebabkan SS mata wang asing akan bertambah. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah baik.

Perubahan Harga Barang Eksport dan Import


- jika harga eksport negara itu naik, harga barang eksport negara itu menjadi mahal, dan negara lain kurang mengimport barang negara itu, keadaan ini menyebabkan berlaku pengurangan SS mata wang asing. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah buruk. - jika harga import negara itu naik, harga barang import negara itu menjadi mahal, dan negara itu kurang mengimport barang negara lain, keadaan ini menyebabkan berlaku pengurangan DD mata wang asing. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah baik.

You might also like