You are on page 1of 7

LAPORAN AJK PROTOKOL Pada 30 Julai 2011 yang lalu, kumpulan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP)

bagi opsyen Pengajian Agama (A) telah menjalani program BIna Insan Guru (BIG) fasa dua dengan menganjurkan program khidmat masyarakat yang bertemakan Khidmat Bakti Lestari Guru Berkualiti. Program khidmat masyarakat ini telah di anjurkan bertempat di Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah AdDiniah, Arau Perlis. Pogram khidmat masyarakat yang diadakan ialah ceramah dan pemeriksaan kesihatan yang melibatkan murid di sekolah tersebut. Program khidmat masyarakat ini di anjurkan bertujuan untuk memberi peluang dan pengalaman kepada guru-guru pelatih merasai sendiri situasi menguruskan program, membuka minda guruguru pelatih dalam mengatasi masalah dengan bijak dalam menguruskan agenda, membina keyakinan dan meningkatkan kemahiran diri dalam menjalankan

tanggungjawab sebagai guru pelatih, menerapkan semangat ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Taklimat mengenai perlaksanaan BIG fasa dua ini telah di sampaikan oleh Puan Zety Akmar Aziz pada 30 Jun 2011. Rentetan daripada taklimat itu, semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP) bagi opsyen Pengajian Agama (A) telah mengadakan mesyuarat bagi melantik ahli jawatankuasa program. Berdasarkan keputusan mesyuarat, saya Abdul Munir Bin Abdul Nain dan saudara Amirul Muneer Bin Zulkifly telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa protokol. Setelah selesai mesyuarat lantikan ahli jawatankuasa, AJK protokol telah mengadakan perbincangan bagi mengagihkan tugasan kepada ahli. Setelah itu perjumpaan demi perjumpaan diadakan bagi memastikan perlaksanaan tugasan berjalan dengan lancar.

Tugas AJK protokol yang pertama ialah meguruskan majlis iaitu melantik pengerusi majlis, penyediaan teks pengerusi, bacaan doa, penyediaan teks ucapan untuk kegunaan tetamu VIP yang hadir, majlis ceramah, pemeriksaan kesihatan dan majlis perasmian penutup program. Program berjalan dengan lancar selari dengan catatan tentatif program yang telah dinyatakan di dalam buku program. Majlis bermula pada jam 7 pagi hingga jam 1 tengah hari bagi sesi pertama. Pada sesi pertama ini

telah diadakan ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan. Setrusnya majlis diteruskan lagi pada jam 2 setengah petang hingga 5 petang bagi sesi ke dua. Pada sesi ini telah diadakan ceramah kesihatan dan majlis perasmian penutup program. Pengacara majlis yang telah dilantik untuk mengendalikan majlis ialah saudara Abdul Munir Bin Abdul Nain. Manakala bacaan doa telah dipimpin oleh saudara Ahmad Zahid hamidi Bin Badrulsham.

Selain itu, Biro Protokol juga bertanggungjawab menyediakan tag nama bagi setiap urusetia yang terlibat,mentor,dan pegawai Hal Ehwal Pelajar. Tag nama ini mesti dipakai sepanjang berlangsungnya Program Bina Insan Guru Fasa 2 ini. Pemakaian tag nama khas ini dapat memudahkan peserta kepada program yang dianjurkan iaitu para pelajar dari SMA Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah Arau,Perlis mengenali setiap urusetia yang mengendalikan program tersebut. Kos membuat tag nama ini ialah sebanyak RM 8. Tugasan lain yang dikendalikan oleh Biro Protokol dalam Program Bina Insan Guru Fasa 2 ini ialah bertugas untuk menyambut tetamu kehormat iaitu mentor, pegawai Hal Ehwal Pelajar, Pengetua SMA Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah Arau serta penceramah jemputan dan petugas kesihatan yang hadir semasa program dijalankan. Sebagai penyambut tetamu kehormat, Biro Protokol harus memastikan terlebih dahulu persiapan tempat yang disediakan khas untuk tetamu kehormat dan perkara-perkara lain seperti penyediaan makanan dan cenderahati kepada tetamu kehormat sebelum mereka datang ke tempat program berlangsung. Oleh yang demikian, komunikasi dan kerjasama dengan biro-biro lain seperti Biro Makanan dan Biro Tugas Khas amat penting bagi memastikan tiada sebarang cacat cela yang timbul ketika tetamu kehormat yang dijemput tiba ke tempat program tersebut. Namun, kami akui terdapat masih banyak kelemahan kami dalam menjalankan tugas sebagai Ahli Jawankuasa Protokol bagi Program Bina Insan Guru Fasa 2 2011 ini. Akhir kata dari kami, selaku peserta yang bertanggungjawab melaksanakan tugas protocol, kami telah berusaha melakukan yang terbaik dan kami akui pengalaman yang kami dapat peroleh merupakan ilmu yang sangat bernilai.

Sekian Terima Kasih. Disediakan oleh,

.. (ABDUL MUNIR BIN ABDUL NAIN) Ketua Ahli Jawatankuasa Protokol, Program Bina Insan Guru Fasa 2, PISMP Ambilan Januari 2011.

REFLEKSI BINA INSAN GURU ABDUL MUNIR BIN ABDUL NAIN

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya telah selesai melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 dengan sempurna dan jayanya. BIG pada kali ini, semua guru pelatih

diwajibkan untuk menganjur satu program khidmat masyarakat. Khidmat masayarakat yang telah dianjurkan ialah program ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan bertempat di Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah, Arau

Perlis. Dalam perlaksanaan program ini saya telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa protokol program. Sepanjang melaksanakan program khidmat masyarakat dan tugasan saya sebagai ahli jawatankuasa protokol program ini, isu yang timbul ialah masalah kekangan masa memandangkan program khidmat masyarakat ini mesti di adakan sebelum masuk bulan puasa. Oleh hal yang demikian, masa yang diperuntukkan hanyalah sebulan. Namun begitu, Alhamdulillah kerana kekangan ini dapat diatasi. Saya juga amat berterima kasih dengan Pua Zety Akmar Aziz selaku penyelaras BIG Fasa 2 atas segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau kepada saya dab rakan-rakan dalam melaksanakan tugas masing-masing bagi menjayakan program khidmat masyarakat ini. Selain itu, masalah peruntukan kewangan juga mendatangkan masalah kepada kelancaran perlaksanaan program. Hal ini berikutan daripada, pruntukan kewangan dari pihak Institut hanya akan diperolehi selepas terlaksananya program ini. Namun begitu masalah ini dapat diatasi dengan kutipan sumbangan dari ahli jawatan kuasa program dan pihak Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah AdDiniah, Arau Perlis. Antara aktiviti yang dijalan nkan sepanjang program khidfmat masyarakat ini adalah ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan. Program bermula pada jam 7 pagi hingga jam 1 tengah hari bagi sesi pertama. Pada sesi pertama telah diadakan ceramah kesihtan yang telah disampaikan oleh En Muhammad Nazri Bin Mustafa Pegawai Kesihatan, Klinik Kesihatan Arau dan pemeriksaan kesihatan yang telah

dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Arau. Seterusnya majlis diteruskan laagi pada jam 2 setengah petang hingga jam 5 petang bagi sesi ke dua. Pada sesi ini telah diadakan ceramah kesihatan yang di sampaikaan oleh En Roslin Bin Khalid, Penolong Pegawai Perubatan, Pejabat Kesihatan Daerah Kangar dan majlis perasmian penutup yang di hadiri oleh Ustazah Sodah Binti haji Ahamad selaku penasihat program dan Ustaz Mokhtar Bin Kasim selaku Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah, Arau Perlis. Majlis penutup telah dirasmikan oleh tuan pengetua. Perkara yang menarik bagi saya semasa melaksanakan kerja kursus projek ini adalah saya saya berpeluang mendengar ceramah kesihatan mengenai talesimia dan bantuan kecemasan serta membuat pemeriksaan kesihatan. Perkara ini menarik kerana sebelum ini saya belum pernah menghadiri ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan dan ini adalah peluang untuk saya memeriksa tahap kesihatan saya serta mendapatkan ilmu tentang kesihatan. Seterusnya sepanjang melaksanakan tugasan ini saya telah tempuhi pelbagai pengalaman pahit dan manis yang mana antaranya adalah saya terpaksa berkejaran kerana faktor kekangan masa dalam perlaksaanaan program ini dan juga masalah kewangan. Sepanjang melaksanakan program khidmat masyarakat ini, pelbagai ilmu baru telah saya pelajari yang berfokuskan kepada tatacara perlaksanaan program khususnya dalam bidang tugas sebagai ahli jawatankuasa protokol . Selain itu, saya juga turut mendapat ilmu tentang kesihatan iaitu talesimia dan pertolongan cemas. Setelah berjaya melaksanakan program ini, saya berasa amat gembira, bangga dan berpuas hati kerana pada jangkaan awal saya menyangka bahawa tugas

melaksanakan program ini agak sukar memandangkan berlaku beberapa kekangan. Namun, Alhamdulillah segala telah terlaksana dengan sempurna selain berasa teruja dengan ilmu yang saya perolehi. Segala pengalaman yang saya lalui adalah menepati dengan apa yang saya jangkakan sebelum memulakan tugasan melaksanakan program ini. Apa yang saya jangkakan adalah mengenai kekangan masa dan pengurusan majlis. Namun masalah

yang dihadapi banyak membantu saya dalam meningkatkan kualiti diri sebagai persediaan untuk menjadi guru kelak. Oleh itu, banyak ilmu yang telah saya pelajari berdasarkan apa yang saya telah kaji dan segala apa yang telah saya pelajari samaada ilmu berkaitan pengurusan program dan ilmu mengenai kesihatan yang akan saya aplikasikan apabila bergelar guru nanti. Namun begitu sepanjang saya melaksanakan tugasa ini, isu yang ingin saya timbulkan sebenarnya adalah mengenai masalah kekangan masa. Sehubungan itu, tindakan saya pada masa hadapan bagi menyelesaikan isu ini adalah merancang perlaksanaan program lebih awal supaya perlaksanaan program dapat dijalankan denagn sempurna. Dalam pada itu juga, banyak pengajaran yang telah saya perolehi semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah saya sedari bahawa tugas sebagai seorang guru bukanlah hanya sekadar berada di dalam sekolah tetapi seseorang guru itu perlu member khidmat kepada masyarakat sekeliling. Dalam pada itu, guru juga mestilah memiliki ilmu-ilmu lain seperti ilmu pengurusan program dan ilmu kesihatan sebagai persediaan untuk bergelar guru kelak. Jika saya diberi peluang untuk melaksanakan tugasan ini sekali lagi, saya akan melakukan beberapa penambah baikan iaitu dengan meningkatkan lagi mutu kerja dalam perlaksanaan program. Di samping itu, perkara yang boleh dikongsi dalam proses menyiapkan tugasan ini ialah perancangan awal dlam melaksanakan sesuatu program itu amat penting bagi memastikan program dapat berjalan dengan lancar. Kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur atas keberhasilan saya dan rakanrakan dalam menjayakan program khidmat masyarakat ini dengan sempurna. Selain itu, saya juga bersyukur keana melalui pelaksanaan program ini saya telah dapat menimba pelbagai ilmu dan pengalaman baru yang amat berguna. Saya juga berasa gembira kerana segala perkara positif yang saya perolehi daripada program ini ini akan saya manfaatkan dan segala yang negatif akan saya jadikan sempadan..

You might also like