You are on page 1of 12

TEKS PENGACARA MAJLIS KONVOKESYEN PRA SEKOLAH PERINGKAT DAERAH KERIAN 12 OKTOBER 2011 Bil Nama Teks Pengacaraan

NIZA

Mengumumkan , Ketibaan Yang Berhormat, Dato Sham bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu diiringi oleh Tuan Hj. Mat Lazim bin Idris, Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, tetamu kehormat dengan didahului oleh pembawa mohor rasmi Konvokesyen Pra Sekolah oleh Pn. Noradilah bt. Hj. Nain. Hadirin diminta berdiri.

PENYERAHAN BUKU PROGRAM OLEH DUA ORANG MURID Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, salam keilmuan, salam satu Malaysia dan salam Perak Aman Jaya.

NIZA

NIZA

Yang Berhormat, Dato Sham bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu. Yang Berusaha, Tuan Haji Mat Lazim Bin Idris, Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis. Yang Berusaha, Tn. Hj. Abdul Wahid B Ramli Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

Yang Berusaha, En Madzran Bin Raden Sukianto Penyelia Sekolah Rendah

Yang Berusaha, Pn Azizah Bt Abu Bakar Pen. Ppd Prasekolah/Permata

Para Pegawai Pelajaran Daerah, Barisan Guru Besar, Guru-guru, Dan graduan Pra Sekolah yang diraikan sekalian.

ZUE

Biji selasih boleh dimakan, Menjadi perisa sedap terperi, Selamat datang kami ucapkan, Semoga majlis bertambah seri, Hadirin dan hadirat sekalian, Hari ini, bakal menyaksikan satu lagi sejarah terukir di dalam kalendar akademik Pendidikan Pra Sekolah 2011, apabila, 385 orang graduan Pra Sekolah, bakal menerima sijil masing-masing. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t. , yang tidak putus-putus, bermurah kesempurnaan akal, menganugerahkan kesihatan jasad dan memberikan keupayaan, hingga membolehkan kita semua berhimpun, dan bertemu, dalam Majlis Konvokesyen PRA Sekolah peringkat daerah, yang julung kali diadakan pada tahun ini.

ZUE

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi, Pantun ada ucapan pun ada, Sayang tiada berdoa lagi.

Bagi memberkati majlis yang penuh syahdu ini, majlis, dengan sukacitanya, mempersilakan Al-fadhil Ustaz Ferdaus bin Ismail, untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

BACAAN DOA Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Ferdaus bin Ismail atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Hadirin hadirat yang dimuliakan, Seterusnya , marilah kita sama-sama mendengar ucapan daripada wakil murid Pra Sekolah yang akan disampaikan oleh adik Mohd. Asyraf bin Mohd Shareen. Majlis mempersilakan.

NIZA

NIZA

Terima kasih kepada adik Mohd. Asyraf bin Mohd Shareen kerana berani tampil ke hadapan memberikan ucapan.

NIZA

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Kini, Majlis mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Haji Mat Lazim Bin Idris, Pegawai Pelajaran Daerah Kerian merangkap pengerusi jawatankuasa pengelola majlis untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

ZUE

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan Haji Mat Lazim Bin Idris atas ucapan beliau sebentar tadi. Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Seterusnya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat, Dato Sham bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, untuk menyampaikan ucap utama, seterusnya merasmikan majlis, dan mengistiharkan pembukaan Majlis Konvokesyen Pra Sekolah Daerah Kerian bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

ZUE

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat, Dato Sham bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, atas ucapan beliau sebentar tadi. Berkebaya batik berwarna merah, Diserikan dengan permata berlian, Tibalah masa penyampaian anugerah Penerima teruja menunggu giliran Kini, tibalah kita ke upacara penyampaian sijil kepada graduan Pra Sekolah. Untuk itu, majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mat Lazim Bin Idris, Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, menjemput dan mengiringi Yang Berhormat, Dato Sham bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, untuk menganugerahkan sijil kepada para graduan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

NIZA

ZUE

PENYAMPAIAN SIJIL BAHAGIAN 1 Mendahului penerima sijil, dipersilakan graduan dari Integrasi Pra Sekolah, SK Bagan Serai, adik, Seterusnya dipersilakan graduan Pra Sekolah SK .............................. adik, Dipersilakan adik, ..

ZUE

MAJLIS BERHENTI REHAT Sidang hadirin sekalian, Majlis berehat untuk seketika. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat, Dato Sham bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, atas penyampaian sijil kepada para graduan. Dari Kedah ke bandar Perlis, Singgah bersantai di tepi jeti, Persembahan menyusul memeriahkan majlis, Semoga hadirin terhibur di hati. Hadirin sekalian, berikut dibacakan sinopsis Gerak Rama bertajuk Siti di Alam Fantasi yang akan dipersembahkan oleh kumpulan murid Pra sekolah SK Kuala Kurau.

NIZA

BACAAN SINOPSIS Persembahan gerak rama ini menggambarkan alam fantasi seorang gadis kampung yang mengimpikan kehidupan sebagai seorang puteri kayangan. Gerak rama ini dipersembahkan dengan kombinasi tiga lagu instrumental yang mempamerkan suasana di sebuah perkampungan kayangan bersama-sama dengan dayang-dayang yang menemani tuan puteri di sebuah taman. Gerak rama ini disusun dengan kepelbagaian gerakan yang bermakna dengan memasukkan elemen oleh tubuh yang tersendiri. Persembahan gerakan berirama ini juga, memasukkan penceritaan mimpi fantasi gadis bermain-main dan bergurau di taman beserta dengan persembahan tarian oleh dayang-dayang istana. Akhirnya, mimpi gadis itu terhenti apabila dia mengetahui bahawa alam fantasinya hanyalah khayalan dan dia tersedar daripada mimpi tersebut apabila ditinggalkan bersendirian di taman, di akhir persembahan ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

ZUE

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan murid Pra Sekolah SK Kuala Kurau atas persembahan itu tadi. Untuk makluman sidang hadirin, kumpulan itu tadi dipimpin oleh guruguru dan pembantu pengurusan murid SK Kuala Kurau.

NIZA

PENYAMPAIAN SIJIL BAHAGIAN 2 Sidang hadirin yang dihormati, Majlis Konvokesyen Pra sekolah akan diteruskan. Majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mat Lazim bin Idris Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, menjemput dan mengiringi Yang Berhormat, Dato Sham bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, bagi meneruskan penganugerahan sijil kepada para graduan Pra Sekolah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

NIZA

Mendahului penerima sijil, dipersilakan graduan dari Pra Sekolah, SK....................................................., adik, Seterusnya dipersilakan graduan Pra Sekolah SK .............................. adik, Dipersilakan adik, ..

ZUE

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat, Dato Sham bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, atas penyampaian sijil kepada para graduan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA TETAMU KEHORMAT ZUE Sidang hadirin yang dihormati sekalian. Sebagai tanda berbesar hati, Sebagai tanda keikhlasan diri, Sebagai tanda terima kasih kami, Cenderamata istimewa kami susuli. Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mat Lazim Bin Idris, Pegawai Pelajaran Daerah Kerian , untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat, Dato Sham bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mat Lazim Bin Idris, atas penyempurnaan penyampaian cenderamata itu tadi.

PENGISTIHARAAN PENANGGUHAN HARI KONVOKESYEN Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami, Kepada Dato mandat diberi, Mohon isytihar penangguhan majlis kami.

NIZA

NIZA

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Kini, majlis mempersilakan Yang Berhormat, Dato Sham bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, untuk mengistiharkan penangguhan Majlis Konvokesyen Pra Sekolah Daerah Kerian tahun 2011. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

NIZA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat, Dato Sham bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, atas pengistiharan penangguhan itu tadi.

NYANYIAN LAGU PERAK DIPUNCAK KECEMERLANGAN Sebelum mengakhiri majlis, marilah kita ber sama-sama menyanyikan lagu Perak di Puncak Kecemerlangan. Dengan segala hormatnya , hadirin diminta berdiri. NYANYIAN LAGU Terima kasih, hadirin dipersilakan duduk.

NIZA

ZUE

Pantai indah pantai berteluk, Ramai orang bermandi-manda, Majlis indah bertambah elok, Jika terkurang bukan sengaja. Sekian dahulu, Majlis Konvokesyen Pra Sekolah peringkat Daerah Kerian pada kali ini. Pihak majls merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, kepada tetamu kehormat, dan para hadirin sekalian yang telah menyerikan, dan menjayakan konvokesyen pada pagi ini. Kami menyusun jari sepuluh, dengan tulus ikhlas memohon ampun maaf andai tersilap mengatur bicara, melafazkan nama .

ZUE

Diumumkan, Perarakan keluar, pembawa mohor konvokesyen, Tetamu kehormat, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, Para Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, dan para guru besar, meninggalkan dewan untuk menikmati jamuan.

ZUE

Dengan ini, berakhirlah majlis kita pada hari ini. Akhir kalam, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like