You are on page 1of 20

GEJALA GANGSTERISME DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH PENGENALAN Sejak akhir ini terdapat suara-suara yang mula mempersoalkan tentang

penglibatan generasi muda dalam aktiviti-aktiviti sosial yang boleh merosakkan keutuhan struktur masyarakat di negara ini. 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin , Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial , Buli gugat semangat belajar dan Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini semakin serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan. Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. Fenomena ini telah menunjukkan bertambah kejadian membakar bilik guru, vandalisme, memeras ugut dan penagihan dadah. Gengsterisme adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih berterusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gengsterisme ini. Peningkatannya kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara. Penularan gengsterisme semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah seluruh negara dari masa ke semasa. Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gengsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini berpotensi untuk mewujudkan kumpulan. Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka. Thrasher (1961) juga mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri -ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan. Taylor

(1993), ia merujuk kepada empat kriteria yang berbeza mengenai gang daripada aspek fungsi remaja dan lain-lain jenis kumpulan remaja. Kriteria itu adalah termasuk: a) Struktur organisasi yang formal (bukan sendikit) b) Kepimpinan c) Mengenal pasti kawasan jajahan d) Interaksi semula e) Perkara yang melekakan atau tingkah laku ganas Masalah pelanggaran disiplin di sekolah tidak pernah selesai semenjak dahulu sehinggalah sekarang. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan semua pihak yang terlibat di dalam bidang pendidikan sama ada para pendidik, ibubapa serta pihak kerajaan. Laporan-laporan tentang salahlaku para pelajar sentiasa mendapat tempat didalam akhbar di negara kita. Semua pihak mahukan sekolah sebagai sebuah tempat yang selamat untuk proses pengajaran dan pembelajaran. DEFINISI Gengsterisme bermaksud kumpulan yang dianggotai oleh ahli-ahli yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku dan penubuhannya melibatkan upacara ritual. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan dan undang-undang yang ketat dan kumpulan ini umumnya bergerak secara sulit serta mempunyai seorang ketua yang mengetuai perancangan dan pelaksanaan program dan aktivitinya. Sementara itu kumpulan samseng merupakan kumpulan seminat yang dianggotai oleh samseng-samseng yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang longgar. (Dr.Amir Mohd Selleh, 1999). Gengsterisme di sekolah bermaksud kewujudan kumpulan gengster yang melibatkan para pelajar sekolah sebagai ahlinya sama ada sebagai ahli aktif atau penyokong sesuatu kumpulan dalam melakukan salah laku dan pelanggaran disiplin dan undang-undang. (Dr.Amir Mohd Selleh, 1999). Kumpulan pelajar yang terlibat dalam kumpulan gengster dan samseng terdiri daripada pelbagai jantina, etnik, peringkat umur, peringkat persekolahan dan jenis tempat kediaman mereka.

PERSOALAN Persoalan yang dapat dikaitkan dengan isu gengsterisme di sekolah amat banyak dan perlu kepada kajian untuk menyelesaikannya. Antaranya seperti berikut :-

a. Sejauhmanakah tahap kegiatan gengsterisme wujud di sekolah-sekolah


di Malaysia ? Adakah ianya merupakan gimit atau sememangnya realiti yang sedang dihadapi oleh sekolah-sekolah di Malaysia ?

b. Siapakah kumpulan pelajar yang sering terlibat dengan kegiatan


gengstrerisme ? Apakah latar belakang mereka ?.

c. Apakah

faktor-faktor

yang

mempengaruhi

kewujudan

gejala

gengstrerisme di sekolah ?

d. Apakah kesan-kesan melalui


sekolah ?

kewujudan kumpulan gengstrerisme di

e.

Bagaimanakah cara atau langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah gejala gengsterisme di sekolah ?

PENYATAAN MASALAH Kewujudan kumpulan gengster di sekolah akan memberi kesan yang buruk kepada para pelajar khususnya dan amnya kepada pihak sekolah kerana ahli-ahli gengster sentiasa melakukan salah laku yang boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Gaustad, 1991). Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana sentiasa diganggu oleh pelajar yang terlibat dengan kumpulan gengster termasuklah aspek gangguan terhadap pengajaran guru. Mereka ini juga tidak berminat untuk belajar. Pihak sekolah terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini. Keprihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan tanda -tanda awal perlakuan gengsterisme adalah amat penting bagi menangani masalah perlakuan gengsterisme di sekolah. Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebarang ancaman serta rasa tidak selamat di kalangan pelajar akibat masalah perlakuan gengsterisme ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu kajian ini akan mengkaji tentang faktor-

faktor yang paling mempengaruhi gejala gengsterisme di sekolah dari aspek rakan sebaya, keluarga, media massa dan individu itu sendiri. Kajian ini dapat mengkaji apakah persepsi pelajar dan guru tentang perlakuan gengsterisme di sekolah. Kajian ini juga akan mengkaji dan meneliti kekerapan perlakuan dan ciri-ciri gengsterisme serta aktiviti -aktiviti yang dilakukan oleh gengsterisme di sekolah. Di samping itu kajian ini boleh mengkaji hubungan yang signifikan dengan prestasi akademik dan pendapatan keluarga pelajar yang terlibat dengan gengsterisme. OBJEKTIF KAJIAN Objektif umum kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kewujudan perlakuan gengsterisme di kalangan pelajar sekolah daripada perspektif pelajar dan guru. Objektif khusus kajian ini adalah: 1) Mengenal pasti faktor-faktor yang paling mempengaruhi gejala gengsterisme di sekolah dari aspek rakan sebaya, individu, keluarga, sekolah dan media massa. 2) Mengenal pasti kekerapan perlakuan gengsterisme di kalangan pelajar sekolah. 3) Mengenal pasti ciri-ciri ahli kumpulan gengsterisme utama di kalangan pelajar sekolah dari aspek simbol, pakaian dan gaya 4) Mengenal pasti aktiviti-aktiviti gengterisme yang utama terdapat di sekolah dari aspek peras ugut, menconteng dinding, melawan guru, mencemuh dan mencaci serta ponteng sekolah. 5) Untuk mengenal pasti sama ada terdapat perhubungan yang signifikan antara aktiviti-aktiviti gengsterisme yang terdapat di sekolah dengan pendapatan keluarga. 6) Untuk mengenal pasti terdapat sama ada terdapat perhubungan yang signifikan antara aktiviti-aktiviti gengsterisme yang terdapat di sekolah dengan prestasi akademik pelajar.

STATISTIK DAN LAPORAN Majalah Sementara itu bilangan kes pelajar yang terlibat dengan perlakuan gengster dan membakar premis sekolah dari tahun 1987 hingga 1999 menurut sumber Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Majalah Massa (Ogos 2000) adalah seperti jadual berikut: Jadual Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengsterisme dan Membakar Premis Sekolah Jenis Kes Kes Samseng Membakar Premis Sekoalah Sumber : Majalah Massa (Ogos 2000) Akhbar Akhbar-akhbar tempatan juga sering melaporkan tentang kejadian jenayah dan gengsterisme di kalangan pelajar sekolah. Berita Harian pada 13 Julai 2000 mengutarakan isu gengsterisme berlaku berpunca kejahilan agama di kalangan remaja dan pelajar sekolah. Hal ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran yang banyak mendorong kepada keruntuhan moral dan kemusnahan jati diri dan akhlak. Sebagai contoh: 1997 107 6 1998 77 19 1999 85 10

i.

PUTRAJAYA 22 April 2004- Pelajar Alam Shah dicedera senior Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Alam Shah di sini cedera pada dahi akibat terkena pisau dalam kejadian peras ugut melibatkan pelajar senior di sekolah berasrama penuh itu.

ii.

KUALA LUMPUR 22 April 2004 - Pelajar ganggu rakan tertidur dalam kelas cedera ditoreh Akibat mengganggu seorang rakan yang tertidur dalam kelas, seorang pelajar berusia 13 tahun menerima lima jahitan selepas ditoreh di belakang badannya dengan pisau di sebuah sekolah di Bandar Sri Permaisuri di sini..

iii.

SEREMBAN 18 April 2004 - Pelajar nakal punca gaduh Pergaduhan yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Dua kelmarin, berpunca daripada kenakalan pelajar sekolah itu dan bukan masalah perkauman. Manraj a/l Karpal

Singh, 13, yang dipukul di luar kelas mengalami calar dan lebam di tangan kanan dan kaki kirinya. iv. Pada 28 Mac 2004, seorang pelajar SMA Klana Petra Maamor, Muhammad Farid Ibrahim, 16, mati setelah dipukul oleh sekumpulan pelajar sekolah berkenaan. v. Pada 30 Mac 2000, Kementerian Pendidikan, dengan kerjasama polis, mengenal pasti pelajar di 459 sekolah menengah di seluruh negara sebagai berisiko tinggi terdedah kepada masalah gengsterisme. Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 77 sekolah menghadapi masalah itu, diikuti Perak (60), Johor (51), Pulau Pinang (49), Kelantan (37), Sabah (37), Wilayah Persekutuan (37), Pahang (35), Kedah (32), Negeri Sembilan (14), Melaka (10), Terengganu (8), Sarawak (6) dan Perlis(6).

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GENGSTERISME Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi seseorang remaja dan kanak -kanak terlibat gengsterisme. Faktor-faktor ini termasuklah faktor rakan sebaya, keluarga, media massa, sekolah dan individu itu sendiri. A) Rakan sebaya Menurut Artwater (1998), rakan sebaya didefinisikan sebagai rakan seumur dan dikategorikan rakan sepermainan, seperjalanan, sebantal atau rakan seperjuangan. Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi disiplin para pelajar merosot. Ada pelajar yang masih berkawan dengan rakan yang tidak bersekolah. Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin kerana keciciran dalam pelajaran ataupun sudah menamatkan alam persekolahan akan berlagak dewasa dengan menghisap rokok, berpakaian tidak senonoh, dan melakukan sesuatu tindakan untuk menarik perhatian. Rakan sebaya lebih cenderung untuk mendorong mempengaruhi rakan-rakan yang lain untuk melakukan sesuatu perkara. B) Keluarga Keluarga menurut takrif antrapologi adalah satu unit (kumpulan) yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Antara sebabnya, ibu bapa sering berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Sesetengah ibu bapa pula menyerahkan soal disiplin

sepenuhnya kepada pihak sekolah, sedangkan pada hakikatnya pembentukan moraliti seseorang itu bermula di rumah. Didikan agama yang tidak dititik beratkan oleh ibu bapa juga mendorong pelajar terlibat dalam masalah disiplin dan gangsterisme. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk lagi bagi pelajar miskin. Kedua-dua ibu bapa sibuk mencari nafkah, si anak akan terbiar dan memilih haluan sendiri. Pelajar ini mempunyai perasaan rendah diri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti. C) Media Massa Media ialah satu proses komunikasi berasaskan usaha mengatur persefahaman antara manusia yang pada mulanya menerusi bahasa diucapkan. Perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain tanpa memerlukan ruang dan masa. Punca utama gejala gengsterisme ini menular ialah pengaruh media massa. Filem, suratkhabar, majalah, dan televisyen yang menonjolkan budaya kuning amat mudah mempengaruhi dan diikuti oleh para pelajar. Babak ganas akan menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana usia mereka yang rata-rata berusia antara 7 hingga 20 tahun masih dianggap mentah. Dalam usia inilah, pelajar mudah terpengaruh untuk melakukan sesuatu yang dianggap baru atau luar biasa.

D) Sekolah Sesetengah pelajar pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan segala masalah. Namun, keadaan di sekolah bukanlah seperti yang diimpikan oleh ibu bapa. Guru memang ingin membantu masalah yang dihadapi oleh pelajarnya, tetapi jumlah pelajar yang ramai di dalam sebuah kelas menyebabkan kesempatan guru terbatas. Hukuman atau denda yang dikenakan kepada seseorang pelajar juga merupakan faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi semakin liar. Pihak sekolah perlu menggunakan pendekatan psikologi apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. Namun begitu, ini juga tidak menyelesaikan masalah kerana para pelajar tidak akan takut jika sesuatu kesalahan dihukum dengan nasihat sahaja. Maka, usaha dan kerjasama dari pelbagai pihak perlu untuk menangani masalah gengsterisme ini daripada terus berleluasa. E) Individu Mengikut kamus ensiklopedia (1997), mendefinisikan individu sebagai seseorang remaja bermula akil baligh, cukup umur, orang yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 21 tahun. Jangka masa di antara zaman kanak ke zaman dewasa. Individu yang kurang munasabah diri dan kurang pengetahuan mudah untuk dipengaruhi oleh gejala gengsterisme. Individu tersebut perlulah mempunyai kesedaran mengenai keburukan atau kesan negatif gejala gengsterisme ini. Individu yang tidak mempunyai hala tuju dan arah tujuan akan mudah dipengaruhi degan gejala-gejala yang tidak sihat.

KESAN GEJALA GENGSTERISME 1) Individu Impak yang mendalam terhadap gejala gengsterisme ialah kepada individu tersebut. Individu tersebut akan dipandang serong oleh agama, bangsa dan negara. Masa depan individu tersebut juga akan bertambah gelap kerana hasil kajian mendapati individuindividu yang terlibat dengan gejala gengsterisme menghadapi kemerosotan dalam pencapaian akademik. Tambahan lagi,individu tersebut akan menghadapi kesukaran untuk bergaul dengan masyarakat kerana mesyarakat memandang individu yang terlibat dengan gengsterisme adalah tidak berakhlak dan ganas. 2) Sekolah Perleluasa gejala gengsterisme ini akan menyebabkan sistem pembelajaran dan pengajaran di sekolah akan terganggu kerana pelajar-pelajar berada dalam suasana yang tidak selesa ketika belajar. Masalah displin akan meningkat dan sistem pendidikan tidak dapat berlaku dengan sempurna. Malah, nama baik sekolah akan tercemar sekiranya gejala gengsterisme di sekolah tersebar luas. Guru-guru di sekolah tersebut akan di pandang rendah kerana tidak dapat mengawal disiplin pelajar. Tambahan lagi, ibu bapa akan merasa takut dan resah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. 3) Masyarakat Masyarakat dan penduduk setempat akan berada dalam keresahan dan tidak tenteram sekiranya gejala gengsterisme ini semakin menular. Masyarakat akan bertambah mundur pada masa akan datang sekiranya generasi muda kita terlibat dengan gejalagejala negatif seperti gengsterisme ini. Negara akan menghadapi masalah pada masa kelak kerana generasi sekarang yang akan memimpim negara suatu hari nanti. Proses integrasi kaum akan terbatas sekiranya gejala gengsterisme berleluasa. Masyarakat akan saling bermusuhan sekiranya melibatkan pertengkaran dua kaum yang berbeza.

Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah: a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka. c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam. d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit. Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.

10

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI Hasil kajian mengenai gejala gengsterisme di sekolah harian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dari Disember 1998 hingga Oktober 2004 , mendapati bilangan kumpulam samseng ala gengster dan pelajar gengster meningkat di sekolah harian pinggir bandar dan sekolah yang mempunyai bilangan pelajar melebihi 1500 orang. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kementerian. Oleh itu kita perlulah mengambil tindakan yang drastik dalam membantu mengatasi gejala gangsterisme di kalangan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi gejala gengsterisme ini ialah :

1. WUJUDKAN SATU PASUKAN KHAS Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan pasukan petugas khas bagi memantau serta membantu mengatasi masalah buli dan gangsterisme di kalangan pelajar sekolah, yang semakin meruncing. Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Hussein, beliau berkata satu talian terus atau hotline juga akan diwujudkan di pejabat beliau bagi menerima laporan atau sebarang aduan mengenai kegiatan itu di sekolah. Pihak kementerian juga akan menggunakan segala pendekatan perlu, sama ada dari segi pembabitan dalam kegiatan kokurikulum, psikologi atau hukuman lebih berat. Semua pendekatan ini bertujuan memastikan setiap pelajar melihat gejala berkenaan sebagai satu kesalahan serius yang perlu difikirkan kesannya. 2. PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI Punca sebenar berlakunya gejala sosial di kalangan remaja hari ini terutamanya remaja berketurunan melayu adalah kerana kurangnya didikan agama yang diberikan kepada mereka. Gejala gangsterisme yang semakin kronik dan berleluasa membuktikan bahawa sistem pendidikan negara perlu dikaji semula. Kementerian Pelajaran perlulah melakukan satu perubahan yang besar untuk mengubah kurikulum sekolah dengan menerapkan pembentukan nilai-nilai murni dalam kurikulum. Pada pendapat kami, sistem Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang ada pada hari ini tidak mampu untuk melahirkan seorang remaja yang betul-betul memahami dan menghayati agama masing-masing sebagai cara hidup. Pelajaran yang diberikan hanyalah sebagai syarat

11

untuk menghabiskan sukatan yang diwajibkan sedangkan ia sebenarnya tidak mampu membentuk generasi muda yang unggul dan berakhlak mulia. (rujuk perenggan ke-9 Resolusi Persidangan Kongres Profesional Muda Melayu (KPMM) 2000 pada 26-27 Februari 2000 yang berbunyi "Dengan kepercayaan bahawa agama wajib disuburkan dari buaian, maka kita mendesak semua pihak yang berwajib mengolah kurikulum, merombak strategi pengajaran ilmu Islam dan mempraktiskan dasar-dasar kesyumulan Islam daripada peringkat rendah institusi pendidikan".

3. KESEDARAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT Tidak kira di mana sahaja berada, ibu bapa pasti menginginkan suasana yang selamat dan terkawal untuk anak-anak mereka di sekolah yang berperanan mengangkat kualiti pendidikan. Dengan suasana komuniti berhadapan dengan gejala dadah dan gengsterisme secara berleluasa, ia mengancam dan membebankan prinsip-prinsip yang kita dukung selama ini. Sesiapa yang merasakan diri mereka tidak terancam dengan suasana begini, sebenarnya mereka golongan yang naif. Kenyataan yang disuarakan oleh Micheal Durso, Pengetua Sekolah Tinggi Springbook dalam majalah Washingtonian bertarikh September 1997, memperlihatkan gambaran situasi mencabar yang mengganggu-gugat sistem pendidikan di Amerika Syarikat. Apa yang disuarakan oleh beliau bukannya masalah dalaman mereka sendirian kerana Malaysia dan negaranegara lain turut berhadapan dengan gejala yang sedang tumbuh menjadi budaya. Soalnya hari ini bukan siapa hendak dipersalahkan tetapi mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah yang membantutkan proses perkembangan minda dan tamadun manusia. Institusi-institusi pendidikan seperti sekolah telah dicabar oleh ahliahlinya sendiri, iaitu para pelajarnya dengan tindakan-tindakan melampau yang membawa kepada mudarat dan bahaya. Kerjasama mengembangkan fungsi sekolah sebagai pusat perkembangan nilai-nilai murni pelajar sentiasa dititik beratkan oleh warga pendidik. Semua agama meletakkan elemen kerjasama dan muafakat dalam apa jua tindakan. Maka, konsep ini perlu ditekankan dan diperluaskan kefahaman dan gerak kerja yang perlu disesuaikan. Konsep muhasabah dalam setiap tindakan perlu juga di ambil kira. Kita perlu menyedari kewujudan sebilangan kecil golongan pendidik menjadi medium pengantara yang membawa budaya buli dan pukul memukul. Berfikir dalam bertindak, menilai dan kritis sebelum melakukan sebarang tindakan adalah perkara-

12

perkara penting untuk menjadikan konsep muhasabah diri berkesan terhadap diri. Menjaga kualiti peribadi adalah salah satu perkara yang perlu dipertahankan oleh guruguru hari ini. Cabaran pasti akan datang, dengan sikap murid yang pelbagai dan kadang kala menyakitkan hati tetapi jangan sampai ia melemahkan daya juang dan kesabaran untuk mendidik.

4. HUKUMAN ROTAN Berdirinya seorang pelajar di hadapan khayalak pelajar-pelajar lain semasa

perhimpunan. Mukanya memandang ke arah si pengetua yang menghampirinya dengan sebatang rotan. Dia faham akan perbuatannya membuli pelajar lain di dalam kawasan sekolah itu telahpun melanggar undang-undang sekolah. Dia kesal akan perbuatannya itu. Namun begitu, nasi sudahpun menjadi bubur. Pengetua mengangkat tangan kanannya yang memegang rotan itu dan lantas menyebat punggungnya. Pelajar tesebut merasai deria kesakitan yang mengalir ke setiap penjuru tubuhnya. Badannya menggeletar. Sensasi itu akan kekal dalam ingatannya sampai bila-bila. Dia tidak mahu mengulangi kesalahannya lagi. Begitulah senario hukuman rotan yang dilaksanakan di sekolah. Amalan ini sudahpun menkadi resmi di kebanyakan institusi persekolahan di negara kita sejak zaman ibu bapa kita lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan hukuman rotan di sekolah jelas menunjukkan kebaikannya dari segi mendisiplinkan pelajar. Apatah lagi, pada zaman ini, budaya murni masyarakat Malaysia terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran daripada budaya hedonisme. Anak-anak muda hari ini makin hari makin berani melanggar hukuman sekolah. Andai kata langkah sekadar menasihati pelajar hanya diambil oleh pihak disiplin sekolah, pelajar tidak akan mengubah sikapnya kerana nasihat itu diendahkan bagaikan mencurah air ke daun keladi. Realitinya, hanya dengan pelaksanaan hukuman kopral seperti merotan, pelajar akan akur dengan peraturan yang ditetapkan dalam perkarangan sekolah. Malahan, pelaksanaan hukuman rotan turut membawa faedahnya yang kedua. Bukan sahaja hukuman rotan ini mendisiplinkan pelajar yang nakal, tetapi juga bertindak sebagai amaran kepada pelajar-pelajar lain agar tidak mencontohi perlakuan yang salah itu.

13

5. PROGRAM SEKOLAH SELAMAT Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi

membendung masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya. Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau keperluan keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah, mencadang program/polisi sekolah selamat dan membantu dalam mengurusan sebelum dan selepas krisis berlaku. Jawatankuasa ini juga boleh bertindak sebagai jawatankuasa pemandu untuk penilaian kendiri dan perancangan. 6. MEMPERKASAKAN AKTIVITI KOKURIKULUM Seperti kita yang sedia maklum, salah satu cara untuk mengurangkan masalah gejala gangsterisme dan masalah sosial di kalangan remaja dan pelajar sekolah ialah melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Salah satunya ialah melalui penubuhan kelab pencegahan jenayah melalui kempen keselamatan yang berterusan. Kelab tersebut merupakan badan sukarela yang dilaksaanakan oleh pertubuhan bagi mengurangkan salahlaku jenayah dan meningkatkan kawalan serta keselamatan. Kelab ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peraturan dan tanggungjawab sekolah dan berusaha menukar pandangan pelajar supaya tidak lalai terhadap tanggungjawab mereka dan melaporkan situasi yang tidak menyenangkan.

14

7. PERANAN IBU BAPA Ibubapa perlu menyedari bahawa anak-anak adalah segala-galanya bagi mereka. Mereka pewaris kepada bangsa adan negara. Oleh yang demikian ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak mendapat bimbingan agama dan moral yang secukupnya agar mereka mempunyai keimanan yang mantap dan mampu membentuk keperibadian dan akhlak serta mempunyai daya tahan dalam mengharungi hidup yang penuh dengan rintangan dan cabaran. Keimanan yang mantap akan mencegah diri seseorang dari perbuatan keji dan mungkar sekali gus menghindar mereka dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti kumpulan samseng dan gengster di sekolah atau di mana sahaja. Firman Allah swt yang bermaksud bahawa sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar (al-Ankabut : 45) adalah merupakan menifestasi didikan dan bimbingan yang mantap dari rumah. Ibu bapa juga perlu sentiasa memantau dan memberi nasihat kepada anak-anak agar tidak terjebak dengan gejala-gejala negatif. 8. DIDIKAN AGAMA Faktor agama dan moral berkait rapat antara satu sama lain dalam membentuk keperibadian dan akhlak serta moral yang tinggi di kalangan remaja. Kewujudan suatu kod moral ialah sifat bagi semua agama yang utama di dunia. Dalam agama-agama seperti Islam, Kristian, Hindu, nilai-nilai agama adalah terjalin begitu kuat sehingga perbezaan di antara mereka menjadi tidak ketara dan tidak penting. Pendek kata agama dapat memainkan peranan dalam pembentukan akhlak yang baik dan mempengaruhi kelakuan akhlak seseorang individu. (W.P.Yong, 1989). Oleh yang demikian penekanan kepada pendidikan agama amat penting untuk membentuk individu yang seimbang sekali gus menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti gengsterisme. Didikan agam yang mantap dan teguh kepada pelajar membolehkan pelajar-pelajar membezakan perkara yang baik dan buruk. Malah, pelajar akan takut untuk melakukan kesalahan.

15

9. KERJASAMA ANTARA PIHAK SEKOLAH, GURU DAN IBU BAPA Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar adalah penting. Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah akan sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Oleh yang demikian pelajar yang bermasalah tidak segan untuk berbincang dengan guru mereka berkenaan masalah yang dihadapi. Keadaan ini mengelakkan pelajar daripada melepaskan masalah mereka dengan melakukan aktivitiaktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam seperti salah laku jenayah dan gengsterisme. Pihak sekolah juga perlu sentiasa memberi laporan kepada ibu bapa mengenai tindak-tanduk anal-anak mereka di sekolah dari masa ke semasa. 10. MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG DI SEKOLAH Di sekolah pula penguatkuasaan disiplin perlulah tegas dan berterusan. Usaha yang berterusan perlu dilakukan termasuk mengukuh, memperjelas dan menentukan kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan-perubahan persekitaran dan masa. Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran. Mengenakan denda yang tegas supaya pelajar tidak berani untuk melakukan kesalahan. Guru disiplin juga harus memantau semua pelajar dan memberi lebih perhatian kepada pelajar yang bermasalah.

16

PERBINCANGAN Wujudnya fenomena semasa yang menunjukkan bertambahnya perlanggaran disiplin dan gejala salah laku di kalangan pelajar telah menimbulkan pelbagai pertanyaan umum tentang kesesuaian dan keberkesanan dasar dan peraturan yang digunakan untuk pengukuhan disiplin diperingkat sekolah. Dalam konteks ini satu daripada perkara yang sering dikaitkan dengan perlanggaran disiplin dan gejala salah laku ialah kewujudan unsur gengsterisme dan aktiviti kumpulan samseng di sekolah. Hari ini pelajar terlibat dengan kegiatan jenayah dianggap sebagai fenomena biasa. Berita salah laku dan penglibatan dalam kegiatan jenayah bukan lagi bahan panas untuk diperkatakan. Apabila masyarakat telah jemu memperkatakannya isu itu akan hilang begitu sahaja seperti isu-isu lain yang dianggap kontroversi dan yang penig kepala ialah ibu bapa dan pihak sekolah. Pelbagai teori dan andaian telah dikaitkan dengan kewujudan kumpulan samseng ini antaranya pengaruh media massa, pengaruh perbandaran atau urbanisasi yang semakin cepat menular di kawasan luar bandar, pengaruh meterialisme yang semakin meningkat, fahaman kebebasan individu untuk perlu dihormati, pengaruh rakan sebaya, krisis nilai, ceteknya pengayatan agama dalam diri individu, kurangnya perhatian dan bimbingan ibu bapa terhadap anak-anak di rumah dan lain-lain lagi. Perlanggaran displin dan perbuatan salah laku di kalangan pelajar bukan sahaja berlaku secara meluas di kawasan bandar dan pinggir bandar tetapi kini menular juga di sekolah-sekolah luar bandar termasuk di kawasan-kawasan felda, felcra serta kawasan-kawasan perkampungan. Ini menunjukkan trend perlanggaran disiplin di kalangan pelajar meningkat secara mendadak dan membimbangkan walaupun bilangan pelajar yang terlibat masih terlalu kecil. Dalam masa yang sama juga kes penglibatan pelajar-pelajar perempuan semakin bertambah. Isu gengsterisme ini merupakan satu perkara yang amat mencabar kesabaran dan kecekalan pihak pengurusan sekolah, kebolehan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan pengawalan oleh guru-guru disiplin sekolah. Masalah ini merupakan suatu isu dari perspektif pendidikan yang perlu diselesaikan segera secara menyeluruh. Dalam konteks negara gejala ini merupakan suatu jenayah yang mencabar pihak polis untuk membendungnya.

17

Banyak faktor yang menjurus kepada isu gengsterisme di sekolah. Namun disebalik faktor-faktor tersebut ada satu faktor utama yang menjadi kunci kepada faktorfaktor yang lain. Faktor utama tersebut ialah kurangnya bimbingan dan asuhan agama oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka di rumah. Dalam konteks ini ia bukan sahaja terbatas kepada pelajar-pelajar muslim sahaja bahkan juga pelajar-pelajar non-muslim. Di sebabkan kekurangan asuhan dan bimbingan dari rumah maka anak-anak kurang mempunyai daya tahan dalam menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran, rakan sebaya, media massa, internet, gaya hidup yang mengejar keseronokan dan hiburan, meterialistik dan sebagainya. Keadaan ini akhirnya menjuruskan kepada pelbagai gejala jenayah dan salah laku. Di sekolah wujudnya kumpulan-kumpulan samseng atau gengster yang sering melakukan jenayah dan mengganggu ketenteraman dan mencemar iklim persekolahan. Sehingga kini gengsterisme menjadi isu hangat yang perlu ditangani segera.

18

PENUTUP Melihat kepada masalah gangsterisme yang melanda para pelajar dan remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi akan datang. Kemunculan kumpulan gengsterisme di sekolah telah membimbangkan semua pihak. Ia merupakan isu yang memerlukan penyelesaian segera. Aktiviti-aktiviti kumpulan ini telah mengeruhkan iklim sekolah dan seterusnya memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan, tindakan untuk membendung masalah ini tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi komersial. manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan

bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat malalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara.. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Ketahanan iman pada diri anak-anak ini akhirnya akan melahirkan pelajar yang bersih dari pelbagai gejala dan salah laku jenayah seterusnya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita.

19

Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.

20

You might also like