You are on page 1of 3

APLIKASI PIAGAM MADINAH DI MALAYSIA Setelah melihat bagaimana masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai puak berjaya

disatukan melalui kaedah Islam oleh Nabi Muhammad SAW, kini kita melihat pula dalam konteks Malaysia, dapatkah Piagam Madinah dijadikan model dalam menyatupadukan kaum di Malaysia? Dan bagaimana menterjemahkan Piagam Madinah dalam melaksanakannya di Malaysia?

ISU PERPADUAN DI MALAYSIA Isu perpaduan sering kali menjadi fokus utama dalam kalangan pemimpin negara ini yang inginkan perpaduan dicapai antara kaum di Malaysia. Terdapat pelbagai pendapat yang diutarakan tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan sama ada dari kalangan pemerintah, pihak pembangkang, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).Pandangan-pandangan berbeza ini timbul kerana dipengaruhi keadaan realiti politik dan ekonomi dalam masyarakat. Walaupun pelbagai pendekatan dan cara telah dilakukan untuk merealisasikan perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia, namun Malaysia yang berbilang etnik dan agama belum dapat menyelesaikan perbezaan ini sekalipun sudah merdeka lebih 50 tahun, malah masih lagi mengutamakan dan memperjuangkan kepentingan dan identiti kumpulan etnik masing-masing. Mereka lebih cenderung untuk berfikir, merasa dan bertindak sebagai anggota dari kumpulan etnik yang tertentu. Hal ini kerana kaum Melayu, Cina dan India mempunyai perbezaan dari segi pendidikan, nilai, budaya, keturunan dan sebagainya. Perbezaan inilah yang kadangkala mencetuskan konflik antara kaum. Permasalahan hubungan antara kaum ini sebenarnya berpunca daripada pihak penjajah iaitu British yang mengamalkan konsep pecah dan perintah. Kesan penjajah yang memisahkan ras-ras utama dengan cara penaklukan, pemerintahan dan pembentukan sempadan menyebabkan masyarakat pelbagai kaum terasing antara satu sama lain dan masing-masing dengan identiti mereka sendiri. Keadaan ini yang menyebabkan masyarakat berbilang kaum cenderung dengan pengaruh etnik masing-masing. Kolonialisme dalam polisi pecah dan perintah ini menyerapkan prinsip consciousness of kind iaitu memastikan survival setiap orang dan etnik itu berjuang berdasarkan ruang kepentingan etnik masing-masing. Dalam ertikata lain setiap etnik bergelut dalam lingkungan kehidupan perkauman yang sempit (Zakir 2008). Tolenrasi pemimpin dari kalangan elit menjadi sentimen kaum di Malaysia reda. Namun begitu, ia tidak bermakna masalah perkauman di negara ini telah selesai, sentimen perkauman di negara ini masih ada, cuma ia tidaklah mencetuskan sentimen perkauman yang membawa kepada pergaduhan, pembunuhan dan sengketa. Sentimen perkauman di Malaysia lebih nampak ketara

apabila berlakunya musim Pilihan Raya Umum. Kenyataan ini ada benarnya apabila kita melihat kejadian yang berlaku semasa berlansungnya Pilihan Raya Umum 10Mei 1969, isu-isu perkauman sering dimainkan dalam kempen Pilihan Raya misalnya berkenaan isu-isu bahasa dan isu hak-hak keistimewaan orang Melayu. Keadaan inilah yang membawa kepada rusuhan kaum 13 Mei 1969. Namun begitu kita memperakui terdapat perkara-perkara yang tidak boleh dipertikaikan seperti agama rasmi Islam, keistimewaan orang Melayu dan Bahasa Melayu yang termaktub dalam perlembagaan dalam perkara 3.

KERAJAAN ISLAM DI MALAYSIA Piagam Madinah telah menggariskan beberapa asas dan prinsip utama dalam pemerintahan negara Islam Madinah sebagai sebuah dokumen perlembagaan yang dihasilkan untuk masyarakat dan negara Madinah. Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW berdasarkan wahyu Allah SWT dan adalah kita sebagai umat Baginda harus mengikuti apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW serta menjadikan Baginda sebagai contoh, bukannya menjadikan barat sebagai contoh untuk mentadbir negara ini. Di dalam kerajaan Islam, kerjasama antara kaum di Malaysia tidak bertentangan dengan Islam, selama mana kerjasama ini tidak menjejaskan kesucian ajaran Islam dan tidak menzalimi bukan Islam. Berpegang pada firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 11: Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki)mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana)harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.

Di dalam firman Allah SWT dalam Surah al-Mumtahanah ayat ke 8-9, pula: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu orang lain untuk mengusir kamu. Dan ingatlah sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

You might also like