You are on page 1of 8

Karangan 1 Menuju puncak kemerdekaan ialah sesuatu yang tidak mudah bagi kita untuk mengecapinya.

Oleh hal demikian,kita memerlukan perpaduan antara kaum yang kukuh melalui penubuhan jawatankuasa antara kaum.langkah untuk menuju puncak

kemerdekaan telah diusahakan oleh Parti Perikatan setelah berjaya dalam pilihan raya pada tahun 1955.Rombongan Merdeka ke London telah berjaya mendapatkan tarikh kemerdekaan dan membentuk sebuah suruhanjaya bebas untuk menyediakan

Perlembagaan Merdeka.Pengisytiharan kemerdekaan menandakan kebebasan politik yang mutlak bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Perpaduan antara kaum adalah salah satu faktor untuk menuju puncak kemerdekaan.Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu telah dimulakan sejak tahun 1949 melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum. Pada peringkat awalnya, Jawatankuasa Hubungan antara Kaum (CLC) ini hanya dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina. Orang Melayu yang diwakili oleh UMNO diketuai oleh Dato Onn Jaafar. Manakala orang Cina yang diwakili Malayan Chinese Association (MCA) diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock. Mulai bulan ogos 1949, CLC turut dianggotai oleh seorang wakil iaitu daripada kaum India. Pengerusi CLC ialah Dato E.E.C Thuraisingam. Kesemua parti tersebut telah berusaha untuk mewujudkan perpaduan kaum demi kemerdekaan Tanah Melayu. Usaha untuk mewujud puncak kemerdekaan Negara telah dibuat oleh Parti Perikatan pada awal tahun 1956. Tunku Abdul Rahman, sebagai Ketua Menteri telah berunding dengan raja-raja Melayu dan British untuk mendapatkan kemerdekaan. Mereka bersetuju untuk mengadakan mesyuarat rasmi dengan kerajaan British. Satu rombongan yang dinamakan Rombongan Merdeka telah dibentuk. Rombongan ini terdiri

daripada empat orang raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan. Tunku Abdul Rahman telah mengetuai Rombongan Merdeka ke London. Rundingan di London telah dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British. Rundingan itu telah berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Dalam rundingan tersebut, kedua-dua pihak telah bersetuju menandatangani satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian London. Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika menghadiri mesyuarat bagi merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu di London pada tahun 1956. Di dalam rundingan itulah tarikh kemerdekaan diputuskan iaitu pada 31 Ogos 1957. Perjanjian London telah ditandatangani oleh delegasi Rombongan Merdeka pada akhir Rundingan London. Permasyuran kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 merupakan detik yang amat penting kepada kita. Dengan permasyuran itu bererti Persekutuan Tanah Melayu telahpun dibebaskan daripada penjajah British untuk selama-lamanya. Peristiwa pemasyuran kemerdekaan disaksikan oleh ribuan rakyat. Mereka memenuhi setiap tempat duduk di Stadium Merdeka. Raja-raja Melayu yang berseri-seri dengan pakaian songket yang berkilauan dan dipayungi dengan payung diraja, duduk berbaris bersemayam di atas pentas khas. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington, bersedia dengan dokumen penyerahan kuasa. Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama Malaysia, telah membaca pengisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang sekali. Tunku kemudian seruan MERDEKA! sebanyak tujuh kali, kemudian disambut dengan laungan MERDEKA! oleh para hadirin. Laungan merdeka bergema memenuhi Stadium Merdeka tersebut.

Kemerdekaan yang dicapai adalah satu amanah yang mesti dijaga oleh generasi hari ini. Kerjasama kaum merupakan asas penting bagi perpaduan negara. Oleh sebab itu, sewajarnya semangat perpaduan didukung oleh setiap warganegara yang mencintai kedamaian di bumi bertuah ini. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, tentulah kita tidak mahu negara kita dijajah kembali, maka bersama-samalah kita menjaga kemerdekaan dan kedaulatan Negara kita yang telah berada di puncak kemerdekaan sehingga kini.

Karangan 2 Malaysia megah dengan terdirinya Menara Berkembar Petronas dan kecangihan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, bangunan bersejarah ini tetap dipelihara dengan baik. Generasi kini akan menghargai sejarah silam dengan wujudnya bangunan bersejarah. Selain itu, kita juga perlu mengenang jasa Tunku Abdul Rahman kerana beliau telah menjadikan negara kita aman dan makmur daripada ancaman musuh dahulu kala. Jika tidak Negara kita masih lagi dalam peperangan dan mungkin segelintirnya telah mati dibunuh oleh musuh kita. Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad di Kula Lumpur. Di situlah, Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Malaysia yang pertama melaungkan kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos 1957. Dengan adanya bangunan tersebut , sekurang-kurangnya masyarakat tahu pada suatu ketika perjuang tanah air berkumpul untuk meraikan kemerdekaan. Kemanisan kemerdekaan perlu kita balas dengan kesungguhan belajar meraih kejayaan. Manakala Bangunan Kota A Famosa yang terdapat di Bandar Hilir, Melaka

merupakan bukti negara pernah melalui tamadun yang agung ketika Kesultanan Melaka. Malah dikatakan Pelabuhan Melaka ketika itu merupakan pelabuhan yang keempat sibuk di dunia. Kita patut menghargai jasa-jasa Perdana Menteri dan orang yang telah berjasa kepada negara kita. Kesimpulannya, kita harus mengekalkan sejarah yang ada di Negara kita.

Karangan 3

Tun Dr Mahathir Muhammad adalah perdana menteri Malaysia yang ke-4. Beliau dilahirkan pada 20september 1925 di Lorong Kilang ais, Seberang Perak ,Alor

Setar,Kedah diatas pasangan Encik Muhammad bin Iskandar dan wan tempayan binti wan hanafi. Tun mempunyai 9 orang adik- beradik . Tun adalah anak yang bongsu . Tempoh jawatan Tun Dr Mathathir ialah antara 16 julai sehingga 31 oktober 2003. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan seterusnya ke Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya , Singapura sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS) pada tahun 1953 .Beliau pernah berkhidmat sebagai doktor di kawasan kawasan seperti ,Alor Setar,Jitra dan Langkawi. Beliau berkahwin dengan Dr. Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 ogos 1958 dan telah dikurniakan dengan 7 orang cahayamata. Pada tahun 1957 . Beliau berhenti dari perkhimatan kerajaan dan kemudiannya membuka klinik sendiri . perindustrian pemerintahan beliau sebagai perdana menteri adalah yang paling lama di Asia Tenggara. Anugerah Tun telah dikurniakan kepada nya pada Jun 2005 iaitu pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia beliau terlibat dalam politik bermula dari tahun 1945 semasa Kempen Menentang Malayan Union dan apabila UMNO ditubuhkan pada 1946. Beliau telah dipilih sebagai ahli parlimen Kota Setar dalam pilihan raya Semasa beliau memerintah , terdapat beberapa dasar yang telah menjadi pegangan yang teras kepada kita . Antara yang sangat terkenal ialah bersih , cekap dan amanah. Turut menjadi lambang kemegahan semasa Tun memerintah dan lahirnya

banyak petanda yang menunjukkan kejayaan Negara seperti Menara Berkembar Petronas , Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan lain lain lagi . Ekonomi Negara telah menjadi antara yang terbaik di rantau ini dan dunia semasa Tun memerintah . Kerana kebijaksanaan , Malaysia semakin berkembang maju. Tun Mahathir akan terus terpahat sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia .Dengan jasanya Malaysia mampu bangkit sebuah Negara yang moden dan makmur.

Karangan 4

Malaysia amat megah dimata dunia walaupun Malaysia Negara yang kecil,namun Malaysia tetap boleh maju di antara Negara negara yang lain . Kejayaan ini tercipta apabila Malaysia merdeka Malaysia pada tahun 1957 Malaysia merdeka juga karana ada orang yang memerdekakan Malaysia . Orang itu ialah Tunku Abdul Rahman. Beliau ialah bapa kemerdekaan bagi Malaysia . Dahulu Malaysia hanya menyerah diri kepada orang yang menjajah Malaysia . TunkuAbdul Rahman lah yang tidak mudah menyerah . Beliau ialah orang yang amat berjasa pada Negara Malaysia. Kini Malaysia sudah menjadi maju dan selesa bagi semua rakyatnya semasa Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri ,banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau . Beliau juga seorang yang tidak mudah mengalah dan orang yang suka berusaha. Beliau juga seorang yang suka membuat perubahan yang maju kepada Negara. Beliau jugamerasmikan kemerdekaan bagi Malaysia . Beliau juga melaungkan perkataan MERDEKA sebanyak 7 kali laungan .Beliau mengegarkan Stadium Merdeka. Ketika itu semua rakyat Malaysia amat gembira ketika mendengar laungan itu. Sebab kerana kemerdekaan ialah itulah Hari Kemerdekaan amat penting Malaysia . Kerana lambang kebebasan. Jajahan dari Negara lain.

MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA.

BAPA KEMERDEKAAN Tun abdul razak seorang permimpin yang terkenal dengan gelaran bapa pembagunan Malaysia atas jasa beliau yang membangunkan serta memajukan Negara dan membasmi kemiskinan. Beliau telah dilahirkan pada 11 mac 1922 di sebuah pulau Keladi Pekan Pahang. Beliau telah mendapat pendidikan yang awal di kampung jambu, langgar. Sifat kepimpinannya terselah telah dilantik sebagai ketua murid di sebuah kolej melayu kuala kangsar .Oleh disebabkan perang dunia kedua pendidikannya di Rafflas College , Singapura tergendala Selepas perang tamat , Tun Abdul Razak telah melanjutkan pengajian beliau dalam bidang undang-undang di Negara England. Atas kegigihan beliau, pengajiannya Berjaya dihabiskan dalam masa 18 bulan sahaja. Pada awal usia beliau 28 tahun, Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai pemuda UMNO Malaysia. Impiannya untuk membangunkan taraf hidup masyarakat semakin tercapai apabila beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Pahang.

You might also like