Teks Ucapan Pengerusi Majlis Pelan Strategik 2012

You might also like

You are on page 1of 2

Bismillah Salam dan salam sejahtera Doa Yang Berbahagia, En.

Zakaria Hussin, Pengarah IPGKSM Yang Berusaha, En kamarudin b Hashim, Timbalan Pengarah IPGKSM Yang DiHormati, Tn Hj Mazlan b Mohd Noor, Ketua Jabatan Sains merangkap SU JK Kerja Pelan Strategik IPGKSM 2012 Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, PEK , para pensyarah dan staf pelaksana yang dikasihi. Alhamdullilah, Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan izinnya dapat kita bersama-sama pada pagi ini bagi menyempurnakan majlis Taklimat dan Pelantikan Penyelaras atau Owner IKRA( Bidang Keberhasilan Utama Institut ) Perancangan Strategik IPG KSM tahun 2012. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Majlis yang kita adakan ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan tanggungjawab kita bersama untuk melaksana dan merealisasikan perancangan strategik IPGKSM tahun 2012. Beberapa orang yang menganggotai JK Kerja Perancangan Strategik yang diketuai oleh Tn Hj,Mazlan Mohd Nor telah berjaya menyiapkan Buku Perancangan Strategik IPGKSM bagi tahun 2012.Sebentar lagi, tuan-tuan dan puan-puan akan menerima buku ini sebagai asas bermulanya kerja buat kita dalam merealisasikannya demi IPGKSM yang kita sayangi. Tuan-tuan dan Puan-Puan. Bagi memulakan atur cara majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tn Hj Syakirin Abd. Ghani untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.. Majlis merakam ribuan terima kasih kepadaTn Hj. Syakirin di atas bacaan doa tadi. Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Haji Mazlan b Mohd Nor, KJ Sains merangkap SU JK Perancangan Strategik IPGKSM 2012 untuk memberi taklimat Perancangan Strategik . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Demikian tadi , taklimat Perancangan Strategik IPGKSM yang telah disampaikan oleh Tn Hj Mazlan b Mohd Nor. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Tuan-tuan dan Puan-puan. Atur cara seterusnya ialah ucapan pengarah IPGKSM. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan En Zakaria b Hussin, Pengarah IPGKSM untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan.. Demikian tadi ucapan yang telah disampaikan oleh En Zakaria b Hussin, Pengarah IPGKSM. Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih tua

Seterusnya ialah upacara penyampaian surat perlantikan dan Buku Scorecard Perancangan Strategik. Untuk menyempurnkan upacara ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Kamarudin b Hashim ,Pengarah IPGKSM dan Tn Hj Mazlan Mohd Nor untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En Zakaria b Hussin, Pengarah IPG KSM bagi penyampaian surat perlantikan dan Buku Scorecard Pelan Strategik. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia pengarah kerana sudi menyempurnakan penyampaian surat pelantikan dan Buku Scorecard Perancangan Strategik. Tuan-tuan dan puan-puan Dengan penerimaan pelantikan penyelaras IKRA Perancangan Strategik dan Buku Scorecard ini akan memberi makna dan impak kepada kita dalam meneruskan dan melaksanakan apa jua yang telah dirancang dan termaktub dalam buku perancangan strategik bagi tahun 2012. Insyaalah

Bagi mengakhiri majlis kita ini marilah kita sama-sama membaca tasbih kifarah dan surah al as. Sekian. Wabillah hitafik.

You might also like