You are on page 1of 13

HBLS1103

KANDUNGAN 1.0 SOALAN 1 2.0 SOALAN 2 3.0 RUJUKAN 4.0 LAMPIRAN

MUKA SURAT 2 9 13 14

HBLS1103

SOALAN 1 KAEDAH PENGAJARAN Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, kaedah ditakrifkan sebagai cara membuat sesuatu manakala pengajaran berkaitan dengan perihal mengajar iaitu seperti cara mengajar dan juga aspek-aspek yang berkaitan dengannya. Kaedah selalunya disamakan dengan dua perkataan yang lain iaitu pendekatan dan teknik. Mook Soon Sang (1992) menyatakan bahawa pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Sang 1992). Teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. MEMILIH KAEDAH PENGAJARAN Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan, dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada murid-murid dengan cara yang berkesan. Perkembangan pendidikan dari masa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Tujuan memilih berbagai-bagai kaedah mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu kaedah pengajaran yang dipilih haruslah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Misalnya menurut kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, kaedah mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu konsep ialah bercerita dan 2

HBLS1103

permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Sesuatu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Dalam satu pendekatan pengajaran, boleh digunakan pelbagai kaedah. Contoh dalam pendekatan induktif (iaitu pengajaran yang bermula daripada yang spesifik kepada yang umum), pelbagai kaedah boleh digunakan seperti kaedah projek, kaedah inkuiri dan kaedah penyelesaian masalah. KEPELBAGAIAN KAEDAH PENGAJARAN Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh dipilih oleh guru untuk memastikan objektif pengajaran pada hari tersebut tercapai. Antara kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti: 1. Kaedah syarahan/ kuliah 2. Kaedah amali/ bengkel 3. Kaedah tunjuk cara/ demonstrasi 4. Kaedah projek 5. Kaedah simulasi 6. Kaedah interaktif yang merangkumi perbincangan, brainstorming dan buzz 7. Kaedah lawatan KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AMALI Di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup terdapat aspek teori dan amali yang perlu disampaikan kepada murid. Oleh itu, guru perlu menguasai kaedah pengajaran dan pembelajaran amali kerana di dalam mata pelajaran ini terdapat pelbagai amali dan projek yang perlu dilakukan oleh murid. Ini adalah untuk memastikan murid mendapat pengalaman sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil. Jika seorang guru tidak menguasai kaedah pengajaran ini, murid akan mengalami kebosanan kerana jika sesuatu topik tersebut mempunyai projek yang perlu dilaksanakan sudah tentu guru tidak akan membuatnya dengan alasan tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan projek tersebut.

HBLS1103

Kaedah pengajaran amali adalah didefinisikan sebagai setiap murid atau sepasang atau sekumpulan kecil murid dibekalkan dengan alatan untuk menjalankan amali. Tujuan kaedah ini adalah untuk membentuk sikap dan pemikiran kreatif murid supaya mereka mengalami secara terus sesuatu kerja amali. Dalam kaedah ini, guru bertindak sebagai fasilitator. Murid akan melaksanakan kerja-kerja amali manakala guru hanya menjadi pemerhati dan pembimbing. Walau bagaimanapun, kaedah pengajaran ini juga mempunyai masalah-masalahnya yang tersendiri seperti kekurangan alatan, ruang bengkel dan kesuntukan masa menyebabkan kaedah amali yang dijalankan tidak sempurna. Sesuatu kaedah pengajaran mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Kaedah pengajaran amali juga mempunyai kelebihan atau kebaikkannya serta kelemahan dalam penggunaannya. Kelebihan dalam penggunaan kaedah pengajaran amali adalah seperti berikut: 1. mengesahkan sesuatu teori atau konsep yang dipelajari Melalui kaedah pengajaran amali, murid dikehendaki membuat sendiri sesuatu projek atau kerja bengkel. Sebelum itu, murid telah didedahkan dengan teori oleh guru semasa di dalam kelas. Dengan melaksanakan amali, murid dapat mengesahkan teori/konsep yang telah disampaikan oleh guru di dalam kelas. 2. melatih murid menguasai penggunaan alatan bengkel Di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, pelbagai projek perlu dibuat oleh murid yang memerlukan murid menggunakan pelbagai jenis alatan yang disediakan di dalam bengkel. Mungkin sesetengah murid tidak pernah menggunakan alatan tersebut di rumah. Oleh sebab itu, pelaksanaan amali membolehkan murid menggunakan serta menguasai penggunaan alatan tersebut. 3. memupuk kerjasama murid Pelaksanaan sesuatu amali atau projek kebiasaannya dibuat di dalam kumpulan kecil. Oleh itu, setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dan melontar idea untuk menyiapkan amali tersebut. Interaksi sesama ahli kumpulan meningkatkan kemahiran komunikasi murid tersebut. 4. melatih murid mematuhi peraturan yang betul 4

HBLS1103

Setiap amali yang dijalankan perlu mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan serta peraturan keselamatan sedia ada. Murid yang menjalankan amali perlu mematuhi langkah-langkah tersebut supaya amali/projek mereka berjaya dan dapat disiapkan. Peraturan keselamatan juga perlu dipatuhi oleh murid supaya tidak berlaku kecederaan dan tidak membahayakan murid lain.

5. pembelajaran melalui pengalaman Kaedah pengajaran amali membolehkan murid merasai sendiri pengalaman melakukan amali dan projek. Penggunaan bahan yang sebenar membolehkan murid mengetahui tentang alatan, cara penggunaannya serta cara melaksanakannya. Sekurang-kurangnya, murid mungkin boleh melakukan projek ringkas yang boleh digunakan di rumah. Kelemahan dalam kaedah pengajaran amali pula adalah seperti berikut: 1. Pelaksanaan amali memerlukan perbelanjaan yang banyak Setiap projek yang dijalankan memerlukan bahan dan alatan yang lengkap sebelum boleh dilaksanakan. Guru perlu memastikan kesemua bahan dan alatan lengkap di dalam bengkel. Jika tidak lengkap, guru perlu memberitahu ketua panitia supaya membuat pesanan untuk bahan tersebut. Murid yang melaksanakan amali pula bukanlah sedikit. Oleh kerana itu, bahan yang dipesan perlulah banyak dan memerlukan perbelanjaan yang besar. 2. Kaedah amali tidak berkesan jika amali tertangguh/gagal Kaedah pengajaran amali hanya dianggap berjaya jika amali tersebut berjaya disiapkan sepenuhnya tanpa gagal. Kadang kala amali atau projek yang dijalankan memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. Apabila keadaan itu berlaku, guru kadang kala menghentikan amali/projek kerana banyak topik lain yang perlu diajar. 3. pembaziran masa jika murid tidak mahir Kebanyakan murid biasanya tidak mahir menggunakan alatan di bengkel serta tidak mempunyai kemahiran pertukangan seperti menggergaji kayu. Guru perlu mengajar murid dahulu bagaimana untuk menggunakan alatan serta kemahiran yang diperlukan. Maka, pembaziran masa berlaku kerana amali tidak dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. 5

HBLS1103

4. tiada jaminan murid berfikiran kreatif pelaksanaan kerja amali tidak memberi jaminan bahawa murid akan berfikiran kreatif semasa menjalankan amali atau projek. Ini kerana tiada indikator yang diberikan untuk mengukur tahap kreatif murid. ASPEK KESELAMATAN BENGKEL SEMASA MEMBUAT PROJEK / AMALI Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa. Hal ini akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin daripada aspek keselamatannya. Aspek keselamatan bengkel perlu dititik beratkan semasa menjalankan amali atau projek. Oleh itu, beberapa projek telah dipilih untuk dibincangkan aspek keselamatan semasa melakukan amali atau projek tersebut. Projek yang dipilih adalah penanaman sayur-sayuran. 1. Penanaman sayur-sayuran Di dalam projek penanaman sayur-sayuran, aspek keselamatan perlu diambil kira dari segi diri murid, tempat projek dilaksanakan serta alatan dan bahan yang digunakan. Aspek keselamatan diri murid menyentuh tentang penampilan murid itu sendiri. Rambut murid perlulah kemas dan pendek. Pakaian yang digunakan untuk menanam sayur perlulah sesuai. Jika memakai baju berlengan panjang, perlulah dilipat lengan baju tersebut. Murid juga perlu memakai kasut getah semasa berada di penanaman. Penggunaan selipar atau lain-lain kasut adalah tidak dibenarkan. Selain itu, pemakaian barang hiasan perlu dielakkan supaya tidak berlaku kecederaan yang berpunca daripada barang perhiasan tersebut.Murid juga 6 perlu memakai sarung tangan dalam

HBLS1103

mengendalikan alatan atau bahan yang perlu digunakan dalam projek penanaman sayur ini. Selain itu, murid juga perlu berdisiplin serta mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guru semasa sesi amali atau projek berjalan. Ini kerana sesuatu kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa melaksanakan amali dan projek adalah daripada kecuaian murid itu sendiri. Kadang kala murid bermain di tempat amali serta tidak mendengar arahan yang diberikan oleh guru. Oleh sebab itu, kecuaian murid adalah penyebab kepada berlakunya kemalangan semasa amali dan bukannya semua kesalahan diletakkan kepada kerosakan atau alatan yang tidak berada dalam keadaan baik. Keadaan tempat melakukan projek perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik dan sesuai untuk melaksanakan amali / projek. Bagi projek penanaman sayur, ia dilakukan di luar bengkel dan kawasan lapang yang cukup untuk membuat batas-batas sayur. Kawasan ini perlu dipastikan tidak mempunyai benda-benda tajam seperti paku atau kaca yang mungkin akan mencederakan murid yang akan melakukan penanaman di situ. Selain itu, jika terdapat semak samun di temapt projek perlulah dibersihkan oleh tukang kebun sekolah. Ini untuk mengelakkan terdapatnya haiwan berbisa seperti ular yang akan memberi ancaman kepada murid. Selain itu, penggunaan alatan dan bahan untuk penanaman sayur juga perlu dipastikan daripada aspek keselamatan. Alatan yang perlu digunakan oleh murid seperti cangkul dan serampang tangan perlu dipastikan berada di dalam keadaan yang baik sebelum digunakan. Semasa murid mengambil alatan tersebut, murid perlu melihat dahulu keadaannya. Jika alatan itu rosak dan tidak berada di dalam keadaan yang baik, murid tersebut perlu mengambil alatan yang lain dan memaklumkan kepada guru tentang alatan yang rosak. Ini membolehkan guru mengambil tindakan mengasingkan alatan yang tidak boleh digunakan dengan alatan yang masih baik. Selain itu, guru bertanggungjawab untuk menunjukkan cara penggunaan alatan yang betul seperti cangkul. Ini kerana tidak semua murid pernah melihat cangkul atau menggunakannya. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku terhadap diri murid atau rakan yang lain. Guru perlu memantau penggunaan alatan oleh murid semasa membuat batas atau kerjakerja yang lain. Murid-murid yang tidak menggunakan alatan perlulah berada agak jauh daripada murid yang menggunakan alatan cangkul dan sebagainya. Ini untuk

HBLS1103

mengelakkan sebarang kemungkinan kemalangan yang boleh berlaku. Alatan yang telah selesai digunakan perlulah dibersihkan dan disimpan terus ke dalam stor. Terdapat bahan yang digunakan semasa projek penanaman sayur seperti baja dan racun serangga. Guru perlu memberi penerangan bagaimana menggunakannya dan murid perlu menggunakan sarung tangan semasa mengendalikannya. Apabila penggunaan bahan ini selesai, ia perlu disimpan terus ke dalam stor kerana bahan ini dikategorikan sebagai bahan kimia yang berbahaya jika terminum dan sebagainya. Murid juga perlu didedahkan dengan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil jika berlaku sesuatu ketika mengendalikan bahan tersebut.

HBLS1103

SOALAN 2 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Kelas Hari / Tarikh Masa Tajuk : 4 Cerdik : Khamis / 3 Mei 2012 : 11.20 12.20 ( 60 minit ) : Elektrik dan Elektronik - litar siri dan litar selari Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran ini, murid dapat: 1. menyatakan secara lisan maksud litar siri dan litar selari 2. membuat pemasangan litar 2 mentol dalam litar siri dan litar selari. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah membuat penyambungan litar elektrik menggunakan 1 mentol dalam pembelajaran lalu. Bahan Bantu Mengajar : Slaid persembahan MS Power Point, lembaran kerja, nota, set komponen elektrik, alatan tangan

Bilangan Murid : 32 orang

HBLS1103

Langkah Orientasi ( 3 minit )

Isi Kandungan Pengenalan litar siri dan litar selari

Aktiviti P & P 1. Guru menunjukkan litar elektrik satu mentol yang telah dibuat oleh murid pada pembelajaran yang lalu a) Apakah nama litar yang cikgu tunjukkan ini? 2. Guru menunjukkan litar elektrik dua mentol dan bertanyakan perbezaan dengan litar yang pertama. 3. Guru mengaitkan jawapan yang diberi dengan isi pelajaran hari ini.

Catatan Sesi soal jawab

Pencetusan Idea ( 10 minit )

Litar siri ialah litar yang membolehkan arus elektrik sahaja. Litar selari ialah litar elekrik melalui daripada laluan. yang mengalir lebih satu membolehkan arus mengalir melalui satu laluan

1. Penerangan guru dengan menggunakan slaid powerpoint. 2. Soal jawab secara lisan untuk mengukuhkan pemahaman murid.

Pembelajaran berpusatkan guru Sesi jawab Slaid persembahan MS Point Power soal

Penstrukturan Membuat

1. Guru membahagikan 10

Pembelajaran

HBLS1103

Semula idea ( 30 minit )

pemasangan litar siri dan litar selari.

murid-murid kepada 5 kumpulan. 2. Guru memberikan dua set litar elektrik kepada setiap kumpulan. 3. Murid-murid diminta melihat buku teks di muka surat 56 59 dan lukisan bergambar bagi memudahkan pemasangan komponen. 4. Nota diberikan kepada setiap kumpulan

Kooperatif Nota Set komponen Elektrik Alatan tangan

Aplikasi Idea Pengujian projek ( 10 minit ) litar elektrik Menguji litar adalah penting untuk menentukan semua komponen dipasang dengan betul dan Refleksi ( 7 minit ) berfungsi. Rumusan tentang hari ini. murid pelajaran

1. Guru mengarahkan murid untuk menunjukkan hasil kerja kumpulan. 2. Setiap kumpulan diminta membuat pengujian projek

Pembelajaran Kooperatif

1. Guru meminta murid membuat rumusan tentang pelajaran yang telah mereka pelajari pada hari ini. 2. Mengedarkan lembaran kerja sebagai kerja rumah. 3. Mengarahkan murid 11

Lembaran Kerja Bengkel dikemaskan

HBLS1103

mengemas bengkel.

Bahan bantu mengajar seperti slaid persembahan MS Power Point, nota dan lembaran kerja telah disediakan di bahagian LAMPIRAN. Fail asal untuk slaid persembahan MS Power Point juga disediakan di dalam CD yang dilampirkan.

RUJUKAN

12

HBLS1103

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1998). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur:DBP Mok Soon Sang. (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Zulkifli Ariffin. et al. (2011). HBLS1103 Pengenalan Kemahiran Hidup. Kuala Lumpur: OUM

RUJUKAN INTERNET http://www.scribd.com/doc/57422274/prosedur-kerja-dan-peraturan-keselamatan-dibengkel-kemahiran-hidup http://khskcyberjaya.blogspot.com/2011/11/contoh-rph-kh-tahun-4.html http://leelenghwee.blogspot.com/2011/12/litar-sesiri-dan-litar-selari.html

13

You might also like