You are on page 1of 1

Saudara Fadly Hj Hasbi disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching setibanya dari misi ke Gaza anjuran Aqsa Syarif.

Turut kelihatan YDP IKRAM, Ustaz Salleh Hamden serta ahli jawatankuasa IKRAM.

SELASA 15 Januari 2013 3 Rabiulawal 1434H

ETINGGI-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Misi Kecemasan Aqsa ke Gaza (A2G12-ER) berjaya memasuki Gaza. Misi A2G12-ER anjuran Aqsa Syarif ini merupakan bantuan ketiga, semenjak Gaza diserang pada 14 November 2012. Misi konvoi ini disertai 26 sukarelawan yang mengiringi 35 lori berkapasiti purata 10 tan setiap sebuah, membawa masuk bantuan kecemasan bernilai RM2.56 juta. Misi diketuai oleh Hj. Ahmad Shafiai Uda Jaafar, ahli Lembaga Pemegang Amanah (BoT) Aqsa Syarif. Sukarelawan terdiri daripada 17 sukarelawan di Malaysia, tiga aktivis Aqsa Syarif dari Australia, 1 aktivis Aqsa Syarif United Kingdom (mewakili Israa Institution) dan sembilan pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di Mesir. Konvoi pertama dari luar negara ini membawa bahan binaan melalui pintu Rafah selepas serangan terbaru rejim Israel. Melalui kerjasama organisasi kemanusiaan di Mesir dan Gaza, Aqsa Syarif berjaya membeli barangan makanan, bahan binaan untuk membaiki rumah yang rosak, selimut dan pakaian bagi menghadapi musim sejuk, ubat-ubatan, pa-

HUBUNGI: Sulhie Salleh (014-6947032) Awang Zuanidi (0198464879) Fuad Adenan (013-8009060) Fitri Zainal (0198360080), Haslinda Azmi (019-8872529) www.gamatemas.com.my

Rakaman foto di Gaza Konvoi disertai 26

sukarelawan mengiringi 35 lori berkapasiti purata 10 tan setiap sebuah, membawa masuk bantuan kecemasan bernilai RM2.56 juta.

A2G12-ER berjaya masuki Gaza


kaian dan peralatan persekolahan. Viva Palestina Malaysia turut serta menyampaikan lampu solar melalui konvoi ini. Berikut ialah pecahan bantuan yang dihantar ke Palestin kali ini; kos binaan semula rumah yang rosak RM1 juta, makanan RM430,000, bahan binaan RM350,000, selimut/ pakaian musim sejuk RM350,000, ubatubatan RM300,000, keperluan sekolah RM60,000, peralatan pelajar sekolah (beg sekolah, buku & alat tulis) RM35,000 dan lampu solar RM35,000. Di Palestin, misi A2G12-ER berjaya melaksanakan beberapa aktiviti khusus antaranya; mengadakan program latihan psikososial kepada pegawai perubatan di Gaza yang dikendalikan oleh Profesor Dr. Muhammad Hatta Shaharom, pakar psikiatri Kolej University Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS). Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia. Kandungan latihan melibatkan pengendalian kes trauma akibat peperangan terutama yang melibatkan kanak-kanak. Selain itu, turut diadakan sesi latihan dan kaunseling berkaitan penyusuan ibu kendalian Dr. Zaharah Sulaiman. Beliau merupakan pakar perunding laktasi (penyusuan ibu) dan mengetuai delegasi Aqsa Syarif cawangan Australia yang terdiri daripada tiga sukarelawan. Program lain ialah lawatan dan perbincangan peserta yang bertugas di Kemen-terian Pelajaran Malaysia dan jabatan Pelajaran Johor dengan sebuah sekolah di Gaza iaitu Sekolah Tariq bin Zyiad. Sumbangan RM60,000 dihulurkan dan satu sesi khas Skype Conference antara pelajar Gaza dengan pelajar di Malaysia turut diadakan. Selain itu, diadakan lawatan dan perbincangan dengan pentadbir Universiti Islam Gaza dan melawat progress pembinaan bangunan universiti yang diserang rejim Israel ketika serangan 2008/09. Lawatan dan serahan beg sekolah dan peralatan belajar kepada sebuah tadika, hasil sumbangan Kolej Uniti Negeri Sembilan dan BondaMama Kids Centers, satu Rangkaian Pendidikan UNITI yang terdapat di seluruh Malaysia, bernilai RM15,000. Saudara Fadly Hj Hasbi merupakan salah seorang peserta konvoi yang tiba di tanah air disambut oleh Aqsa Syarif Sarawak pada 11 Januari 2013 di Lapangan Terbang Anatarabangsa Kuching. Fadly menceritakan kejayaan misi bantuan kali ini dan mengongsikan pengalamannya semasa di Palestin melalui siri program perkongsian AQSA2GAZA12-ER yang disampaikan di beberapa masjid terpilih di Kuching, Serian dan Sri Aman bermula 12 Januari lepas (lihat jadual kuliah). Ustaz Azman Zen, Pengerusi Aqsa Syarif Sarawak berharap perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat dalam membantu Aqsa Syarif bagi tujuan penyaluran bantuan kemanusiaan secara konsisten. Aqsa Syarif Sarawak juga mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada penyumbang sepanjang program ini berlangsung, Aqsa Syarif Sarawak memohon rakyat Malaysia meneruskan sumbangan. Sumbangan tersebut menjadi sinar kebahagiaan kepada penduduk Gaza. Tabung A2G-ER masih dibuka dan rakyat Malaysia boleh terus menyumbang me-

Aqsa Syarif Malaysia hantar bantuan kecemasan RM2.56 juta

DILANCARKAN

Jadual ceramah Khabar Dari Gaza yang diadakan di Kuching, Serian dan Sri Aman.
lalui akaun Maybank Islamic (551575004299) atau Bank Islam (12092010034904). Sebarang pertanyaan dan makluman e-mel: aqsasyarifsarawak@yahoo.com atau layari aqsasyarifsarawak.webnode.com. Teks dan foto: IKRAM Sarawak

...di depan kilang roti usahasama rakyat Malaysia dan penduduk Palestin...

Saudara Fadly menceritakan pengalamannya semasa di Gaza ketika menyampaikan ceramah di Masjid Darul Ibadah, Samariang, Kuching.

Masjid Darul Ibadah Samariang melalui Pengerusinya Awang Hambali Hj Awang Hamdan (kiri), menghulurkan sumbangan kepada Aqsa Syarif diwakili oleh Abdul Rahman Hassan (kanan) dan disaksikan oleh saudara Fadly Hj Hasbi.

Hadirin di Masjid at-Taqwa Gita, Kuching.

You might also like