You are on page 1of 3

Nama : Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina Gelaran : Bapa Sejarah Sains Lahir : Sekitar 980

Masihi

Wafat: 1037 Masihi


Mazhab : Ismaili Etnik : Tajik Rantau : Parsi Bidang : Perubatan , Astronomi , Etika , Logik , Matematik , Falsafah , Fizik , Sains , Teologi Karya : Alqanun fi Altibb , Kitab al-Shifa , Al Najat Diilhami : Aristotle , Al-Farabi

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG


1. Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. 2. Pengajian awal bermula di BUKHARA dalam bidang bahasa dan sastera. 3. Beliau juga mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sain, fiqah, dan perubatan. 4. Beliau amat menonjol di dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor mahupun mahaguru ilmu. 5. Beliau mula menjadi terkenal apabila berjaya menyembuhkan penyakit Putera Naub al-Samani yang gagal diubati oleh doktor lain. 6. Beliau juga digelarkan al-Syeikh al-Rais ( Mahaguru Pertama)

SUMBANGAN
a) Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul al-Adwiyat al-Qalbiyyah ("The Remedies of the Heart") yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja, tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Ini dapat diperhatikan dalam sebuah lagi kitab agung beliau berjudul Kitab al-Syifa yang memuatkan penulisan berkaitan sains dan falsafah. Bukunya Al-Qanun fi al-Tibb ("Kanun") telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine.

b)

c)

You might also like