You are on page 1of 1

TOKOH-TOKOH FALSAFAH ISLAM

AL-KINDI ( 801-873)
Nama sebenar : Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al- Khindi.
Kelahiran : Dilahirkan di Khufah, pusat pengajian dunia pada masa itu.
Meninggal dunia : Meninggal dunia pada tahun 873 di Baghdad Iraq.
Karya: Kitab Al-Kindi ila Al-Mu’tashim Billah fi al-Falsafah al-Ula (tentang
filsafat pertama), Kitab fi Annahu la Tanalu al-Falsafah illa bi ‘ilm al-
Riyadhiyyah (tentang filsafat tidak dapat dicapai kecuali dengan ilmu
pengetahuan dan matematika).
Bidang ilmu : Beliau merupakan pakar dalam muzik, falsafah, astronomi,
perubatan, geografi, dan matematik.
Sumbangan :
Ahli kimia pertama yang menentukan dan menggunakan dos ubat yang betul.
Beliau menghasilkan 241 buah buku dalam pelbagai bidang.
Dalam ilmu matematik banyak menyumbang dalam asas hisab moden.

AL-FARABI (870-950)
Nama sebenar : Abu Nasir Muhammad bin al-Farakh al-Farabi.
Kelahiran : Lahir di Wasij, di Turkistan.
Meninggal dunia : Meninggal dunia semasa pemerintahan Abu al-Qasim al-
Muti’llah pada tahun 950 di Damsyik.
Karya : Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang
sosiologi), Fusus al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai
bidang termasuk etika, metafizik, dan perubatan.
Bidang ilmu : Beliau pakar dalam bidang falsafah, perubatan, sains,
matematik, dan sejarah.
Sumbangan:
Beliau telah membahagikan pengajian logik kepada dua kategori iatu
Takhayyul ( idea )dan Thubut (bukti).
Beliau telah menghasil sebanyak 117 buah buku (43 naskah mengenai logik, 11
mengenai metafizik, 7 mengenai etika, 7 mengenai sains politik, dan 17
mengenai perubatan dan muzik) .

IBNU SINA (980-1037)


Nama sebenar: Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina.
Kelahiran : Kampung Afshana – Bukhara, Turkistan.
Meninggal dunia : Meninggal dunia pada tahun 1037 di Hamadan, Persia
(Iran).
Karya : Beliau menghasilkan “Al-Qanun Fi Al-Tibb” (Peraturan Perubatan)
yang terdiri daripada 14 jilid.
Bidang ilmu : Beliau seorang ahli perubatan, saintis dan falsafah.
Sumbangan :
Beliau menghasilkan lebih kurang 456 buah buku sepanjang hayat beliau
dalam pelbagai judul, khasnya bidang perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies
for The Heart . Buku itu menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan
cara untuk mengubatinya.

AL-GHAZALI (1058-1111)
Nama sebenar: Abu Hamid Muhammad ibni Muhammad al-Ghazali.
Kelahiran: Lahir di Tusia, Khorasan, Iran pada 1058.
Meninggal dunia : Meninggal dunia pada tahun 1111 di Tusia Iran.
Karya: Al-munqiz min al-Dhalal ( Terlepas dari kesesatan), Miezan ul
‘Amal (neraca amal).
Bidang ilmu : Beliau terkenal sebagai ahli falsafah, ahli teologi dan ahli
juri yang amat disegani.
Sumbangan :
Beliau menghasilkan lebih daripada 400 buah karya dalam pelbagai
bidang seperti teologi, falsafah, sains dan ilmu Sufi :
Tahafut al-Falasifa ( Penolakan falsafah Barat).
Ihya'ul Ulumuddin ( Penghidupan Pengetahuan).
Maqasid al falasifa - ( Tujuan falsafah).

IBNU RUSYD ( 1126-1198)


Nama sebenar: Abu Walid Muhammad Ibn Ahmad.
Kelahiran: Lahir di Cordova yang terletak di Tanah Andalusia atau
Sepanyol .
Meninggal dunia : Meninggal dunia pada tahun 1198 di Maghribi.
Karya : Kulliyah fit-Thibb-yang mengandungi 16 jilidmengenai
perubatan , Mabadil Falsafah(Pengantar Ilmu Falsafah).
Bidang ilmu: Ahli falsafah, perubatan, matematik, teologi.
Sumbangan:
Beliau telah ditugaskan untuk mengaji dan menyaringkan hasil
pemikiran Aristotle, Yunani Tua.
Perbicaraan falsafahnya tertumpu kepada persoalan-persoalan
berhubung dengan metafizik, khususnya mengenai dengan ketuhanan.

Nur Atiqah Bt.Alizan (824714)

You might also like