You are on page 1of 30

Ucapan YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad di Majlis Anjuran Prihatin Malaysia, Ogos 15, 2007

Bismillahirrahmanirrahim, Assalam’alaikum Warahmatullahiwabarakatuh Saudara pengerusi


majlis, tuan-tuan,puan-puan hadirin sekalian, Terlebih dahulu saya ucap berbanyak terima kasih
kepada PRIMA. Pada mulanya saya ingat ini syarikat jual susu tapi rupa-rupanya dianya adalah
Prihatin Malaysia (Prima). Saya ucap terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk
bercakap sedikit pada pagi ini. Dan saya lihat bahawa yang hadir ini terdiri daripada pelbagai
kumpulan termasuk juga ahli parti lawan dan mereka yang sudah tentu tidak bersetuju dengan
saya. Saya percaya bahawa mereka berada di sini kerana sebab-sebab tertentu, certain reasons.
Saya bukanlah pakar dalam tulisan Shakespeare tetapi saya nak sebut satu ungkapan yang
digunakan oleh Shakespeare dalam Hamlet yang berbunyi; “There is something rotten in the
State of Denmark” Dan mungkin kehadiran kita pada pagi ini ialah kerana there is something
rotten in the State of Malaysia.

Bau busuknya demikian sehingga untuk mencari jalan untuk mengurangkan kebusukan ini kita
terpaksa berbincang usul asal busuk ini.

2
Apakah benar keadaan dalam negara kita ini rotten? Itu terpulanglah kepada penilaian yang
dibuat oleh kita. Kalau kita mengikut media arus perdana, tentulah keadaannya cukup baik,
baunya cukup wangi di dalam negara kita baik daripada segi politik, daripada segi ekonomi
ataupun daripada segi sosial. Tetapi media arus perdana juga tidak dapat menghapuskan semua
berita yang memberi gambaran yang lebih tepat berkenaan dengan keadaan yang lebih tepat
dalam negara kita ini. Umpamanya media perdana juga melaporkan tentang jenayah yang
berlaku dalam negara kita. Mungkin jenayah ini di zaman Perdana Menteri lama pun banyak,
tetapi ini perception sahaja. Kita tidak buat perhitungan. we have not done a study to count the
number of cases during 1981-2003 compared to post period. But impression kita, perception kita
ialah jenayah semakin banyak, sehingga ada orang yang takut keluar dari rumah. Kalau keluar
dari rumah mungkin mereka disamun dengan cara yang kasar sehinga ada yang mati kerana beg
tangannya diragut oleh penjenayah. Saya baru dengar bahawa, seorang yang terkenal juga,
semalam saya dengar...orang dewasa, apabila berjalan seorang diri di satu jalan maka dianya
melihat sebuah motosikal dengan dua orang dan kemudian percubaan dibuat untuk
menyamunnya. Jelas sekali jalanraya kita tidak menjadi selamat lagi. Ramai yang hidup dalam
ketakutan. Kalau ada duit banyak pun takut juga, kalau rupa cantik pun takut juga, yang tak
cantik pun takut juga kerana mereka ini tidak begitu memilih. Kita dengar berapa ramai yang
terbunuh, dibunuh, kanak-kanak dibunuh dan macammacam jenayah yang berlaku.

3
Saya fikir jumlah jenayah yang berlaku sekarang ini lebih daripada dahulu dan satu perkara yang
terpaksa kita sebut ialah penjenayah jarang sekali didapati bersalah. Kita dapati orang yang
bunuh didapati tidak ada kes. Orang yang menyogok wang, tidak mengaku dia menyogok,
dengan itu tidak ada kes juga. Jadi kalau kita bunuh orang dan kita mengaku kita tidak bunuh
maka tidak ada kes lah! Ini cara-cara baru dan kita...saya terbaca satu rencana yang ditulis oleh
seorang yang mempunyai kredibiliti, iaitu bekas IGP (Ketua Polis Negara) Tun Hanif Omar. Saya
diberitahu saya tidak harus menyebut perkara ini kerana dia melibatkan polis. Tetapi ini bukan
saya kata. Yang kata ini ialah Tun Hanif dalam rencananya yang membuat satu tuduhan yang
amat serious. Dia berkata polis terbahagi dua, satu dipimpin oleh IGP, satu lagi dipimpin oleh
seorang director polis bersama-sama dengan Timbalan Menteri. Ini ditulis dengan terang.
Demikian juga kegagalan AG (Peguam Negara) umpamanya membawa kes ke mahkamah,
mendapat kemenangan dalam mahkamah juga disebut, dan kredibiliti AG juga dipersoalkan. Dan
dia juga berkata bahawa sukar untuk mempercayai apa yang dilaporkan, atau apa yang
disebutkan oleh mereka-mereka ini. Banyak lagilah yang ditulis dalam rencana ini yang memberi
gambaran bahawa keadaan sosial dalam negara kita ini tidak begitu baik, bahkan Malaysia boleh
dikatakan tidak lagi selamat kerana jenayah berlaku di mana-mana sahaja dan apabila jenayah
berlaku penjenayah kalaupun ditangkap tidak kena hukum walaupun kita nampak terang bahawa
yang membunuh ialah sipolan-sipolan tetapi akhirnya didapati oleh mahkamah, evidence, bukti,
yang didakwa oleh pihak prosecutor (pendakwaraya) tidak mencukupi. Dengan itu banyaklah
pembunuh yang terlepas, tidak dikena apa-apa hukuman. Apabila kita lihat penjenayah yang kita
tahu memangpun penjenayah terlepas begitu sahaja, dianya menjadi satu galakan kepada
penjenayah yang lain.

4
Mereka boleh buat apa sahaja akhirnya mereka akan bebas dan tidak akan dihukum, jauh sekali
dihukum dengan hukuman yang berat seperti di gantung sampai mati. Sebab itu jenayah
semakin berleluasa di dalam negara kita. Mungkin ada pendapat yang berkata bahawa ini tidak
benar. Saya ni serba salah. Apabila saya buat teguran sedikit maka mereka kata “Awak dulu
samalah. Malah lebih dahsyat lagi - You are an even worse dictator.” Jadi sukarlah bagi saya nak
pertahankan diri saya kerana saya pun tidak ada bukti yang jelas bahawa keadaan sekarang ini
lebih buruk dari dahulu. Dalam bidang ekonomi kalau kita baca dalam akhbar mainstream media
ini ekonomi baik, akan tumbuh 6 peratus tetap. Tidak ada masalah yang berlaku ke atas Wall
Street. Tidak akan menyebabkan apa-apa kesan kepada Malaysia. Ini disebut oleh pegawai
tertentu walaupun pada esok hari dilapor bahawa Bursa Malaysia telah jatuh beberapa mata.
Jadi yang nyata pun kita boleh nafi sekarang ini kalau kita ikut apa yang dilaporkan oleh media
arus perdana, kita akan dapati segala-galanya cukup baik dalam ekonomi negara kita, tumbuh
dengan pesat, apatah lagi rancangan-rancangan yang akan diadakan. Koridor sudah banyak
koridor sekarang ini dan kita belum tahu sama ada koridor ini sebahagian daripada Rancangan
Malaysia ke-9 atau pun tambahan kepada RMK9. Tetapi kita tahu bahawa setelah diumumkan
koridor-koridor ini dan gambar-gambar berkenaan apa yang akan dilaksanakan, on the ground
nothing is happening. So I do not know whether this is a fact or not but that is the impression I get
but mega project yang dilakukan dahulu adalah satu kesalahan besar tetapi mega projek dulu
cuma dua bilion atau tiga bilion tetapi sekarang ini berbelas bilion. Jadi sekarang lebih mega lagi
daripada dulu. Tetapi tak mengapa kerana kita buat tak salah tapi orang lain buat yang itu
memanglah salah kalau buat benda yang sama. Ekonomi negara dikatakan baik tetapi ramai
daripada peniaga-peniaga, kontraktor-kontraktor mengeluh. Mereka tidak dapat projek,

5
tidak dapat perniagaan, perniagaan tidak begitu baik, tetapi mereka enggan menyuarakan
pendapat mereka secara terbuka. Kalau jumpa mereka memang bisik sesuatu dan ada yang
minta supaya saya lakukan sesuatu. Apa sesuatu saya tak tahulah apa yang saya nak lakukan ni,
tetapi ada yang berkata demikian juga. Jadi dalam bidang ekonomi pun tidak ada ketelusan
seperti yang dijanjikan. There is no transparency. Kita tak tahu bagaimana projek itu diberikan
kepada badan tertentu. Ya memang diberi kepada GLC (Government link Company – Syarikat
berkaitan Kerajaan). GLC adalah, sebahagian sekurang-kurangnya milik Kerajaan. Dan kalau
Kerajaan beri pada badan milik Kerajaan tak mengapalah. Tetapi badan milik Kerajaan ini tidak
ada keupayaan untuk melaksanakan projek. Tak boleh nak buat jambatan, tak boleh nak buat
jalan, tak boleh nak bangun apa-apa badan-badan GLC ini. Tentulah terpaksa nak memberi
kontrak kepada sesiapa. Apakah kontrak itu diberi secara terbuka, dengan telus, dengan
transparent ataupun diberi secara tertutup, dirahsiakan kepada syarikat-syarikat tertentu yang
kita tidak kenali kadang-kadang dan ada juga yang kita kenali tetapi kita tak tahu siapa
pemegang sahamnya, siapa beneficiaries-nya. Kalau dianya terlibat dengan keluarga pemimpin
tertentu, yang memberi (kontrak) bukan Kerajaan, (tetapi) yang memberi ialah GLC. Ini salah
GLC. Jadi ini adalah cara mengelak daripada dituduh menyalah guna kuasa untuk
memperkayakan keluarga sendiri. Satu perbuatan yang dianggap tidak baik dahulu, mungkin
sekarang dianggap sebagai baik. Ini berlaku dalam bidang ekonomi dan projek-projek yang lama
sudahpun dibatalkan kerana ditentang oleh negara jiran. Tetapi ada juga orang terutamanya
Bloggers yang membuat tuduhan tak baik dengan niat jahat iaitu sebabnya yang projek ini dibatal
ialah kerana tidak dapat jual pasir.

6
Fikir tengoklah nak jual pasir satu tahun 50juta cubic meter, 20 tahun, satu bilion cubic metre,
tentulah penjual, ataupun yang dapat konsesi mendapat duit yang banyak. Kalau satu satu ringgit
satu cubic metre pun dah satu bilion ringgit. Tetapi kerana tentangan yang dibuat oleh orang
Johor yang tidak ada pengetahuan, orang Johor ini memanglah dia tidak tahu apa pun tapi dia
tentang tak boleh jual pasir, dan kerana tentangan itu maka dideranya orang Johor ini dengan
tidak mengadakan jambatan sama sekali walaupun di sebelah wilayah kita. Ternampak seolah-
olah di dalam negara kita pun kita perlu minta keizinan daripada jiran kerana nak jaga hati jiran.
Ini penting, kita mesti jaga hati jiran. Kita tak hendak bermusuh dengan jiran, jadi kalau nak buat
apa-apa pun kita mesti tanya kepada jiran bahkan kalau boleh kita lantik menteri-menteri jiran
untuk menentukan pembangunan dalam negara kita. Dahulu kita tak mungkin bangun negara kita
kalau tak tanya jiran, sebab itu kita tak dapat bangun Putrajaya ini kerana kita tidak ada
jawatankuasa Menteri jiran. Kita tak dapat bangun Langkawi, kita tak dapat bangun mana-mana
tempat di Malaysia ini. Yang terjadi, jadilah tapi tengok Putrajaya tak elok sama sekali kerana kita
tak minta nasihat daripada Menteri jiran jadi kita sekarang ni tak boleh. Dulu ada satu orang tu
dia cipta slogan “Malaysia Boleh”. Sekarang ni ada orang kata lebih baik kita panggil Malaysia tak
boleh kerana semuanya mesti tanya orang. Kalau orang lain kata boleh baru kita boleh,
kononnya tambak Johor ini kita tak boleh tempuh barang satu ketul batu pun tanpa mendapat izin
daripada jiran. Tapi kalau jiran nak tempuh tambak ini ataupun nak rosakkan tambak ini ataupun
nak buat apa, mereka tak pula berkata mereka perlu mendapat izin daripada kita. Jadi nampak
keizinan ini menguntungkan sebelah pihak sahaja. Itu persepsi sayalah. Mungkin saya salah
tetapi inilah yang ternampak dan saya yakin bahawa Koridor Utara dan Koridor Timur tidak dapat
dilakukan kerana tidak mendapat nasihat daripada negara asing.

7
Kita perlu mungkin, minta Menteri Thai ataupun minta Menteri dari negara lain untuk nasihat kita
bagaimana nak bangunkan koridor-koridor kita. Koridor ini cukup susah nak dibangunkan. Jadi
inilah keadaan dalam bidang ekonomi. Apabila kita batalkan jambatan yang kita telah mula
bangunkan maka kita dapati bahawa CIQ (Custom, Immigration and Quarantine - Kompleks
Kastam, Imigresen dan Kuarantin) yang telah dibina itu tak dapat digunakan kerana Kerajaan
yang lama dahulu begitu bodoh membangunkan CIQ ini lebih daripada satu kilometer daripada
Tambak Johor. Untuk kereta-kereta yang pergi dan balik daripada CIQ ini perlulah ada satu jalan
yang tinggi - Overhead Road. Tetapi nak buat overhead road ini sudah timbul masalah teknikal -
bagaimana ianya akan turun ke atas tambak, di mana tambak bertemu dengan daratan. Kalau
dia turun terlalu curam, lori semua akan terbalik. Tetapi tak apa. Di Malaysia lori terbalik adalah
perkara biasa. Kalau di Tambak Johor kita buat jalan yang menjunam dengan mendadak untuk
sampai ke Tambak Johor, itu akan sebabkan banyak kemalangan, itu tak apa. Bila CIQ ini tak
diguna apakah kita rugi? Saya fikirlah, secara bodoh, kalau kita belanja satu bilion ringgit untuk
sesuatu yang kita tak akan guna tentulah kita rugi. Ini RM1.4 bilion telah dibelanjakan untuk CIQ
dan sehingga sekarang tidak dapat digunakan kerana tidak dapat disambung dengan tambak
Johor. Kalau disambung melalui daratan ataupun jalan biasa akan menyebabkan kesesakan
lalulintas di Johor. Sebab utama kita hendak dirikan jambatan dahulu ialah kerana kesesakan
lalulintas di Johor Baru. Jadi kalau kita sambungkan CIQ ini melalui jalan biasa ianya akan
meyebabkan lebih banyak kesesakan lalulintas di Johor Baru. Tetapi itupun tak mengapa juga
kerana kesesakan merupakan satu perkara semulajadi yang patut kita terima.

8
Kita rugi mungkin satu bilion ringgit kerana tidak menggunakan bangunan CIQ yang telah kita
bina tetapi ini tak mengapa. Sama juga dengan apabila kita beli MV Agusta dengan harga hampir
RM500 juta, lepas itu kita jual dengan harga RM4. Itu menjadi keuntungan yang besar! Itu
perkiraanlah. Saya yang bodoh ini anggap kita rugi. Tak tahulah. Itu perhitungan saya yang tak
begitu bijak. Tetapi katanya tak mengapa. Saya rujuk kepada Securities Commission (SC -
Suruhanjaya Sekuriti) kerana apabila sebuah syarikat menyebabkan kerugian yang tak patut ada,
maka dia merugikan minority shareholders dan SC adalah badan yang ditugaskan untuk menjaga
supaya syarikat-syarikat berjalan dengan baik. Tetapi kalau mereka dengan sengaja menjual
sesuatu yang dibeli dengan harga RM500 juta hanya dengan harga RM4 dan SC berpendapat
bahawa ini tidak mengapa kerana RM500 juta tak banyak memandang bahawa Proton itu
asetnya lebih RM10 bilion, jadi tak apalah hilang RM500 juta. Tak banyak, only 1/20th of its asset.
Tapi tak tahulah aset Proton sekarang ini banyak mana. Kalau betul aset Proton RM10 bilion,
saya fikir Volkswagen dah beli dah. Tapi saya dengar cerita. Ini cerita orang mulut tak baik lah tu.
Kerana mereka cerita kononnya VW nak beli dengan harga RM1 untuk 51% saham dalam
Proton. Sebab itu tak dapat dijual. Dulu boleh jual MV Agusta dengan harga RM4 sahaja jadi
wajarlah VW minta beli Proton 51% at RM1, not RM1 per share, but RM1. Ini cerita orang, saya
mengaku saya tak boleh confirm.

Jadi kalau tuduh saya salahlah. Tapi yang betul yang saya dengar ialah penjualan MV Agusta ini.
Penjualan MV Agusta dengan harga RM4 untuk menyelamatkan Proton daripada kerugian. Jadi
bila jual benda yang kita beli dengan harga RM500 juta kita jual dengan harga RM4, kita elak
daripada kerugian! Yang itu tak tahulah saya dulu belajar mathematics, arithmetic pun belajar
juga. Tapi pada sayalah, ini merugikan. Tapi mereka kata tak rugi. Jadi saya baru-baru ini dengar
orang yang beli MV Agusta ini dengan harga satu Euro, lebih kurang RM4, sudah jual sebahagian
sahaja daripada MV Agusta, iaitu Husqvarna, sebuah syarikat Swedish dahulu yang dibeli oleh
MV Agusta yang mengeluarkan motosikal off-road.

9
Husqvarna baru-baru ini telah dijual kepada BMW. Tentulah orang yang (beli) dengan harga RM4
ini akan untung kalau dia jual dengan harga RM5! Tapi yang saya tahu dia jual dengan harga
lebih RM400 juta. Atau 93 juta Euro. Yang sebut tu Tengku Mahaleel. Dia dulu kerja dengan
Proton. But he claims to know something about Proton. Dia tahulah harga berapa. Jadi untung
berapa? Kalau beli dengan harga RM4, kita jual dengan harga RM400 juta, saya rasa untung
juga kan? So somebody made a profit. Somebody who sold Husqvarna pada BMW made a profit.
Quite a good amount of profit. Kenapakah dahulu Proton tidak tunggu dan terima tawaran
daripada syarikat-syarikat seperti BMW sebelum menjual dengan harga RM4 kepada siapa?
Gevi... Saya cuba cari siapa dia syarikat Gevi ini. Tidak ada dalam senarai, dalam bursa di Itali,
kononnya ini syarikat Itali. Yang ada adalah syarikat lain yang namanya sama tetapi tidak ada
dalam perniagaan itu, tak beli MV Agusta. Jadi ini misteri. Not only is the smell bad but there is
also there is a lot of mystery about this smell. Bau busuklah jugak yang ini. Tapi kita tak boleh
soal yang ini. We should not ask. Ini kerana pengurusannya memang baik. Memang orang yang
mempunyai semangat kebangsaan yang cukup kukuh. Sebab itu mereka rela menyelamatkan
Proton daripada rugi dengan menjual dengan harga RM4! Tapi apa kira...kalau banyak itu kita
sanggup rugi apa salahnya kita rugi lebih sikit? RM300 (juta) ka RM400 juta...is nothing to
us...kita boleh buat CIQ dengan harga RM800 million tiba-tiba naik jadi RM1.4 bilion. Tak
mengapa, tak guna lepas buat...kita tak rugi. Kita dulu dikatakan tak ada duit nak buat apa pun.
Semua duit Kerajaan dahulu sudah habiskan sebelum dia berenti dia balas (habiskan) semua.
Sebab itu tak ada duit. Tapi tiba-tiba la ni ada duit banyak pula. Gaji pegawai Kerajaan pun sudah
naik cukup tinggi.

10
Jadi kita tak tahu sebenarnya what is the economic situation of this country. Is it as good? Kita
dengar kata ada banyak pelaburan asing yang masuk. Betulkah masuk ataupun ada enquiry?
Ataupun ada proposal? Proposal does not mean that anything is happening on the ground. Duit
belum masuk lagi kita dah kira. Saya teringat dengan satu orang, belum pun telur menetas dia
dah kira anak ayam yang dia nak jual esok. Jadi, ini kita dengar banyak cerita berkenaan dengan
pembangunan negara kita. Tetapi how many of you have seen the results? Saya percaya ada
juga jalan-jalan kecil yang dibina oleh syarikat tertentu yang kita tak dapat kenalpasti ataupun
syarikat yang mempunyai modal RM2 tiba-tiba dapat kontrak berjuta ringgit. Jadi kerana dia
syarikat RM2 sahaja maka dia terpaksalah jual kontrak itu kepada orang yang boleh. Jadi dapat
lah sikit. Jadi kalau ada nak guna untuk parti apa salahnya. Kita dapat duit free kita gunalah sikit
untuk bahagian. Terutama kalau kita Ketua Bahagian Umno. Kadang-kadang ini berlaku juga.
There is something rotten in the economy of this country. Despite what the media says, the
mainstream media says. And then there is politics of course. I do not want to talk much about
politics because I think you know very well that today politics is not something we can discuss
because the people who are in charge of politics know everything already. So don’t ever suggest
that anything is wrong with Malaysian politics. Sebab itu kita tidak perlu ada laporan-laporan,
teguran-teguran daripada orang tertentu seperti bekas pemimpin dulu. Tapi walaupun dikatakan,
mengikut Saidina Abu Bakar, yang berkata bahawa kalau saya bersalah, tegurlah saya. Rupanya
tegur itu adalah kalau kita berjumpa dengan dia tegurlah. Itu yang maknanya tegur. Bila kita
jumpa dengan satu orang kita tegur; “Hei Lah! You pi mana?” Ha! Itu tegurlah.

11
But don’t go beyond that, you will get into trouble. Politik begitu sekali bebas dalam negara kita ini
sehingga kita tak benar ada perhimpunan untuk mendengar syarahansyarahan daripada orang
tertentu. Orang tertentu itu tentulah orang Komunis barangkali...jahat. Tapi entah kadang-kadang
dia biasa jadi pemimpin parti sendiri, biasa jadi Presiden parti pun. Orang macam ini pun tak
boleh percaya. Jadi politik sekarang ini tertutup kerana semuanya sudah baik, semuanya beres.
Tak ada perlu perbaiki apa-apa. Tetapi kalau nak tegur boleh tegur. Bila jumpa tegur. Orang kata
janganlah sampai tak tegur siapa. Ini adat Melayu. Terutamanya kita mesti tegur. Inilah keadaan
politik dalam negara kita sekarang ini. Mungkin “observation” ini datang daripada satu orang yang
frustrated (kecewa) pasal dia tak berkuasa lagi, tak boleh buat apa-apa sebab itu semuanya tidak
betul. Kalau nak berbuat baik dengan negara tertentu sampai nak minta kebenaran daripada
negara tertentu kalau nak buat apa-apa dalam negara sendiri, ini perkara biasa dan patut kita
terima. Inilah politik sebuah negara yang merdeka. Dan kita tahu negara kita ini merdeka. Kalau
tak percaya tengoklah bendera yang akan dipasang. Ini menunjuk kemerdekaan kita....setakat
pasang benderalah. Kalau kita pasang bendera di Tambak Johor mungkin itu salah kerana tak
boleh tempuh batu di situ sebelum mendapat kebenaran daripada jiran kita. Soal air umpamanya
kita tak perlu runding. Tiga sen untuk 1,000 gelen air mentah adalah satu harga yang berpatutan.
Kalau nak beli nasi lemak dengan tiga sen mungkin kita dapat tiga biji nasi. Tapi untuk nak jual
1,000 gelen air mentah kepada orang dengan harga tiga sen, that is fair price. Don’t dispute it!
Kita tak hendak dah. Kita marah pasal kita tak boleh buat jambatan, kita marah sehingga kita
sekarang ini tidak akan berunding lagi berkenaan dengan masalah-masalah dengan Singapura.
Itu marahlah.

12
Jadi bila tak runding Singapura bayarlah dengan tiga sen 1,000 gelen. Jadi bila kita benar
mereka bayar tiga sen harga tahun 1927, tidak ada inflasi. Dalam barang-barang lain semua ada
inflasi. Naik harga bukan main. Harga minyak pun naik juga sikit, harga rokok pun naik, tapi
harga air? Tiga sen pada tahun 1927, tiga sen jugaklah sekarang ini. Kerana “the ability to control
inflation is so good that the price of water cannot go up! So we should congratulate ourselves for
containing inflation. Dan kita tak perlu runding berkenaan dengan Central Provident Fund (CPF),
duit rakyat kita disimpan di Singapura dengan selamatnya kenapa kita nak minta duit? Biarlah dia
simpan. Kalau dia (Singapura) dapat sedikit sebanyak interest itu masalah dia lah. Berkenaan
dengan Pulau Batu Putih...itu ada dispute sikit. Mungkin kita akan rundinglah. Kononnya dah ada
dah bawak kes ke World Court. Tapi tak tahulah, belum ada result lagi. Demikian juga dengan
masalah Keretapi Tanah Melayu dan lain-lain lagi. Kita tak mahu runding lagi dengan Singapura.
Jahat betul jiran kita ini. Sebab itu kita bagi kepada dia seberapa banyak yang kita boleh dan kita
dapat tiga sen daripada Singapura. Inilah kebijaksanaan politik antarabangsa kita. Kawan-kawan
kita Howard, Bush, Blair... Mrs Blair pun kawan juga pasal mereka ini adalah kawan kita,
menyokong kita, menolong kita. Sebaliknya apa gunanya kita berkawan dengan negara-negara
kecil yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada kita. Jadi kita tukar dasar-dasar luar
negara yang lama untuk dasar yang lebih moden, yang lebih sesuai dengan zaman. Kita
membuat teguran sikit berkenaan dengan masalah pengeluaran AP, dan dianya masih diteruskan
kerana sesiapa yang diberi perlindungan akan terselamat. Kita dapati bahawa negara kita ini
sudah merosot moralnya. Dan ini yang saya khuatir sangat. Kerana kita sedar sejak merdeka lagi
ada rasuah dalam negara kita. Ini kita semua tahu. Rasuah adalah sesuatu yang cukup susah
untuk dihapuskan. Rasuah berada di mana-

13
mana sahaja. Tetapi kita dapati di sesetengah negara rasuah menjadi amalan negara, diterima
rakyat dan apabila hendak dibuat seuatu mestilah menghulur sedikit wang bantuan, pelicin.
Tetapi di Malaysia di waktu kita mencapai kemerdekaan tak adalah rasuah yang ketara seperti
itu. Sebabnya di zaman British dahulu mereka tidak memberi kuasa kepada pegawai kita. Apabila
kita merdeka maka ternampak kemungkinan rasuah berlaku maka Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah menubuhkan sebuah badan untuk
mencegah rasuah iaitu Badan Pencegah Rasuah (BPR). Dan sejak itu kita cuba untuk
menghalang rasuah daripada berlaku. Tetapi dia memang juga berlaku. Cara yang kita
gunakanlah di zaman dulu ialah untuk memendekkan proses kelulusan oleh pegawai kerajaan
supaya tidak diberi peluang sangat kepada mereka untuk menerima rasuah. Kalau proses itu
dapat dipendekkan maka kuranglah kemungkinan rasuah berlaku. Untuk membangunkan sebuah
hotel umpamanya kita perlu lebih daripada seratus approval. Tiap satu approval itu mungkin akan
menyebabkan rasuah berlaku. Demikian juga untuk mebangunkan sesebuah bangunan di Kuala
Lumpur umpamanya, tak dapat dibangunkan kerana semua application hilang! Kalau tak
hilangpun terdapat kesilapan dan dengan itu tidak dapat diluluskan. Sebab itu buat masa tertentu
Kuala Lumpur tidak melihat pembangunan yang pesat. Apabila kita pendekkan proses kelulusan
untuk membangunkan bangunan barulah kita dapat lihat Kuala Lumpur tumbuh dengan pesat.
Kita dapat lihat kren dimana-mana sahaja dan bangunan pencakar langit pun bertambah dengan
begitu pesat. Sebabnya bukan kerana kita berjaya menghapuskan rasuah melalui undang-
undang, tetapi kita berjaya memendekkan proses approval sehingga peluang untuk terlibat
dengan rasuah berkurangan.

14
Sebab itulah kita dapat bangunkan negara kita. Tetapi kita tak dapatlah tangkap banyak orang
yang terlibat dengan rasuah. Sebabnya ialah kalau kita tangkap orang yang terlibat dengan
rasuah, kalau mereka itu adalah orang pembesar atau orang yang kaya, mereka dapat service
daripada lawyer yang cekap dan walaupun dibicara setahun, dua tahun atau lima tahun kita tak
mungkin dapat satu keputusan bahawa mereka bersalah. Kalau kita semak, tak banyak orang
yang telah dibicarakan di mahkamah kerana rasuah yang didapati bersalah. Kerana sukar untuk
mendapat guilt verdict inilah pendekatan yang digunakan ialah cara administration iaitu kalau
yang bersalah itu diberhentikan atau dipindah ke jawatan-jawatan di mana mereka tidak boleh
berpeluang mendapat rasuah ataupun kita pendekkan proses seperti yang saya sebutkan tadi
supaya peluang itu berkurangan. Ini dapat kita lakukan.Tetapi sekarang ini kita dapati bahawa
rasuah berleluasa. Saya telah buat ucapan di Universiti Tedknologi Petronas baru-baru ini dan
saya telah cerita tentang bahayanya rasuah. Apabila kita dapati masyarakat telah terima rasuah
sebagai amalan biasa maka lamakelamaan negara akan hancur. Kita boleh tunjuk contoh-contoh
yang tentu kita semua tahu. Negara dimana rasuah adalah perkara biasa dan walaupun kaya
tidak dapat dibangunkan. Tetapi kita dapati sekarang ini ada galakan oleh Kerajaan dan parti
Kerajaan supaya rasuah diamalkan. Apabila dinafi bahawa rasuah berlaku kita tidak dapat bukti
bahawa penafian itu tidak berasas. Tetapi apabila dianya berlaku kepada diri sendiri dan pihak
tertentu berkata bahawa dianya tidak berlaku maka diri sendiri tentulah tahu rasuah sudah
berlaku. Khususnya dalam tahun sudah, waktu saya dicalonkan untuk jadi wakil G7, orang yang
bernasib baik boleh mewakili Bahagian ke Perhimpunan Agong Umno. Saya dicalonkan dan
saya, bukanlah saya nak jadi sangat wakil, tetapi nak tengok apa akan jadi. Dan saya dicalonkan
dan saya kalah dan saya tahu saya kalah kerana disogok RM200 kepada tiap-tiap ahli supaya
tidak mengundi saya.

15
Ini berlaku dan secara jelas, secara terang orang yang menerima duit ini pun membuat
pengakuan. Dia dapat RM200. For RM200 many people are prepared to sell their votes. They are
not just selling their votes...Dia jual maruah dia! For RM200 sahaja. Jadi saya tak dapatlah
kemenangan. Jadi ini saya tahu walaupun disangkal, walaupun pihak jawatankuasa disiplin
Umno berkata pemilihan di Kubang Pasu itu cukup bersih, very clean, Ketua Bahagiannya pun
bersih betul-betul, tapi saya tahu dia tak bersih. Jadi kalau yang itu dapat dinafikan secara
terbuka, benda yang kita nampak dikatanya tidak ada, tentulah yang lain-lain juga benar apabila
tuduhan dibuat bahawa rasuah dilakukan oleh Parti Kerajaan. Kita tahu ini berlaku di Ijok, kita
tahu juga ini berlaku di Batu Talam dan kalau inilah caranya kita mengundi dalam pilihanraya
maka calon yang kita pilih adalah calon yang tetap terlibat dalam rasuah. Kalau di Ijok dan Batu
Talam rasuah diguna untuk mendapat sokongan apa akan jadi dalam pilihanraya? Orang kita
begitu lemah sekali. RM200 saja, tak banyak. Apa sangatlah...kita bagi vote kita sahaja...bukan
perkara besar but that vote is going to determine who is going to rule this country. Kita kata kita
sahaja tapi orang lain pun kata dia sahaja (yang terima dan jual undi). Semua orang lain kata dia
sahaja maka yang memberi kemenangan ialah undi yang dibeli. Kalau kita jual undi kita dengan
begitu murah, begitu mudah, maka sudah tentulah calon-calon yang kaya akan menggunakan
wang dalam pilihanraya yang akan datang ini. So what will happen? What will happen to this
country? Kalau Kerajaan dan parti Kerajaan tidak mengamalkan dan parti lawan amalkan kita
masih boleh kawal keadaan ini. Tetapi apabila parti Kerajaan sendiri mengamalkan wang untuk
mendapat sokongan

16
maka orang lain sudah tentu akan menggunakan wang untuk mendapat sokongan dan juga
untuk urusan-urusan lain. Kita tahu bahawa kita punya status daripada senarai korupsi sudah
jatuh walaupun dijanji untuk mengurangkan corruption in this country, actually it has worsened...in
the view of other people lah...in the view of the Government it has become better. Ini oleh kerana
kita dapati corruption berlaku di tahap yang tinggi. Apabila dia berlaku di kalangan pemimpin
maka orang bawahan tentulah menganggap ini tidak mengapa. Mereka akan menggunakan
rasuah ataupun mencari manfaat daripada rasuah. Sekarang ini kalau ahli-ahli ataupun kalau
pengundi-pengundi di Malaysia sudah sanggup jual undinya dengan RM200, ini berlaku di
kawasan saya di mana kononnya orang-orang ini adalah penyokong kuat saya, bukan main setia,
mereka ini dulu cium tangan saya sampai haus, tinggal tulang saja, dah habis kulit semua kerana
kena cium sangat. Ini very dangerous thing..please don’t kiss the hand so much. Apart from being
smelly, my hands were very smelly, but they kissed. Now they don’t kiss anymore. Sebab itu dia
(kulit) tumbuh balik. Jadi kalau orang yang begitu setia kepada saya sanggup jual undi dengan
RM200, murah sangatlah undi kita....dan sudah tentu dalam pilihanraya yang datang ini wang
yang banyak akan diguna untuk membeli undi dan kita tahu orang kita akan memberi undi kerana
bagi mereka “apa salahnya RM200 saya dapat berapa pinggan mee saya boleh makan.” Tak
pedulilah, tak tahan lama RM200 tapi dapat juga. Ada orang lain yang besar sikit dapat lebih sikit.
Ketua Bahagian dapat sampai RM2,000. Itu Bahagian sayalah. Saya kata terang-terang kerana
ini saya tahu. Dia nak kata tidak dia boleh kata tidak dan AG akan kata tidak ada kes kerana dia
tidak mengaku tapi saya tahu rasuah berlaku dan apabila kita ajar rakyat kita supaya terima
rasuah maka negara kita ini bermula, beransur-ansur jatuh ke tahap yang akan merosakkan
negara kita. Percayalah kalau amalan ini dibuat oleh pihak parti Kerajaan, dalam pilihanraya yang
akan datang dan mereka dapat kemenangan kita akan ditadbir oleh Kerajaan yang secara
terang-terang terlibat dengan rasuah.

17
Sekarang ini tak teranglah, gelap lagi tapi ada juga unsur-unsur itu yang kita nampak tapi tak
boleh nak katalah pasal not open. Tak boleh buat above the table, its done below the table.

Tapi bila negara kita sudah terima amalan rasuah sebagai perkara biasa negara kita ini akan
hancur akhirnya. Inilah yang menakutkan saya. Walaupun bila saya cakap macam ini orang akan
kata; “Oh! Zaman awak dulu pun samalah”. Saya nak kata tak berlaku. Ada rasuah tapi tak
berlaku. Bukan saya yang galakkan kalau ada pun. Tapi bukanlah seperti apa yang berlaku
seperti di Ijok, di Batu Talam dan sebagainya. Di sini RM1,000 dan mesin jahit bagi juga. Mesin
jahit pasal sekarang ini nak kena jahit baju banyak barangkali. Jadi inilah cara mendapat undi
mendapat kemenangan. Akan rosaklah negara kita. Saya tak begitu yakin akan ketahanan,
terutamanya pengundi Melayu. Mereka mudah sangat, hanya RM200 sahaja dapat membeli undi
mereka. Dalam pilihanraya akan datang berbilion ringgit akan diguna. Sekarang inipun saya
diberitahu proses mengumpul wang yang banyak untuk disogok inipun sedang berjalan. Of
course they will deny. Kalau deny, tentulah betul denial mereka. Mengikut AG if you say you don’t
of course there is nothing. So this is the state of affairs in Malaysia. Di negara kita ini tak boleh
tegur judiciary (kehakiman). Saya tak tegur judiciary. Saya cuma tegur prinsip perundangan. Satu
daripada prinsip yang kita guna ialah seseorang itu mestilah diberi peluang untuk
mempertahankan dirinya sebelum dianya dihukum. Ini prinsip yang amat penting. If there is going
to be any punishment meted out to you, you must be given a chance to defend yourself.

18
Tetapi baru-baru ini kita lihat dikatakan ada orang didapati bersalah walaupun mereka tidak
terlibat dalam kes itu, tetapi didapati bersalah, kerana pengaruh mereka yang menyebabkan
jenayah ini berlaku. Saya menagku saya berasa takut apabila keputusan ini dibuat bahawa orang
ini bersalah kerana merekalah yang menyebabkan, memberi sokongan ataupun mempengaruhi
keadaan sehingga jenayah ini berlaku. Saya 22 tahun jadi Perdana Menteri banyak betul
kesalahan-kesalahan yang berlaku selama 22 tahun itu dan antaranya tentulah ada orang yang
kenal dengan saya. Jadi kerana dia kenal dengan saya dan dia bersalah mungkin saya dituduh
sebagai orang yang mempengaruhi, orang yang memberi perlindungan kepada penjenayah ini,
dan saya mungkin dihukum tanpa dibicarakan. Ini mungkin dibuat kalau prinsip asal iaitu kita
tidak boleh menjatuhkan hukum ke atas sesiapa melainkan dianya diberi peluang untuk
mempertahankan dirinya, kalau prinsip ini sudah diketepikan dan boleh buat keputusan tanpa
mendengar pembelaan oleh seseorang maka mungkin akan ada banyak kes terhadap diri saya
kerana 22 tahun banyak jenayah berlaku dan mungkin juga dituduh jenayah ini berlaku kerana
saya. Dan saya boleh dihukum. Jadi bila ada decision on this allegation, bahawa orang ini tak
bersalah barulah saya lega sedikit. Tapi entahlah kerana sekarang ini ada orang yang membuat
keputusan-keputusan yang tidak ada asas perundangan sama sekali. Jadi tuan-tuan dan puan-
puan saya sudah bercakap agak panjang, kita ada masa sikit sahaja untuk soal jawab.

19
QnA Q: Saya nak minta komen Yabhg Tun, pada hari Ahad baru-baru ini dalam laman kolum
Sunday Star Joceline Tan ada quote political insider yang samakan Khairy Jamaluddin sebagai
the younger Dr Mahathir and more of a political son than Mukhriz A: Ya memang tepat kerana
saya seorang dictator. Ingat tak? Saya yang mengadakan satu pemerintahan yang keras, yang
kejam, yang tangkap orang masuk dalam tahanan ISA sepanjang masa, yang belanja duit buat
mega project sehingga bankrap negara. Itulah Doktor Mahathir dan itulah Khairy. Its a
compliment to him not to me. Q: Dua soalan. Pertama mengenai LID, kami bloggers dapat
maklumat yang Tun pergi ke situ kerana dapat projek untuk anak Tun, Datuk Paduka Marina.
Yang kedua paparan akhbar adakah sandiwara atau kenyataan di mana Tun begitu mesra
dengan Dato Seri Najib dan YAB PM. Gambar berkenaan bimbangkan pembangkang yang
harapkan Tun berada di sebelah pembangkang dan apakah pengamatan Tun selama tiga tahun
Pak Lah menjadi PM secara umum. A: Berkenaan dengan sama ada anak saya dapat projek
atau tidak di Langkawi, tanya dia lah, dia dok ada di sini. Kalau kita baik dengan orang kita dapat.
Ini dok membangkang sebab itu kita tak dapat. Sebab itu kebanyakan yang orang kata “nak
makan, cari makan, tak apalah...cari makan” . Baik lah dengan orang. Berkenaan dengan
dakwaan bahawa saya menyebelahi pembangkang. Saya tidak menyebelahi pembangkang!
Saya menyebelahi Negara saya, Bangsa saya, Agama saya dan Parti saya. Bila saya kata saya
menyebelahi parti saya tidak bermakna yang saya menyebelahi pemimpin parti.

20
Dulu saya biasa menentang Tunku Abdul Rahman. Bukan kerana saya tak sayang kepada
Umno. Kerana saya sayang nak selamatkan Umno sebab itu saya menegur Tunku Abdul
Rahman. Dan akhirnya dia undurlah kerana dia dengar juga. Kalau ada orang yang tak dengar itu
bukan masalah saya lah. Saya bersetuju dengan sokongan kepada parti Umno. Kita mesti
sokong parti Umno kerana parti Umno tak salah. Parti Umno tak salah. Pemimpin Umno yang
salah. Jangan sokong pemimpin. Tapi bila kita sokong parti orang anggap kita sokong pemimpin.
Katalah dalam pilihanraya akan datang kita beri kemenangan 90 peratus kepada Umno. Apa
dakwaan yang akan dibuat? “Lihatlah bagaimana pemimpin ini begitu sekali disokong oleh
rakyat.” Jadi kalau kita bagi 100 percent support untuk Umno it is because it is our Umno. (Tapi)
dia punya terjemahan jadi lain. Sekarang ini dia adalah satu dilema lagi. Saya selalu bercakap
pasal dilema. Pasal kata orang Melayu; “Telan mati emak, luah mati bapak”. Inilah masalah kita
hadapi. Kalau kita tak sokong Umno parti lawan menang. Kita tak mahu parti lawan menang, kita
nak parti kita menang. Tapi bila kita menang orang tu kata dia menang. Jadi masalah pulak. Kita
tak hendak kata dia menang. Kita nak kata Parti menang. Tapi dia nak claim kata dia menang.
Jadi apa dia pilihan bagi orang Umno? Terutama bagi Umno Johor. Umno Johor ni 100 per cent
selalu menang. 100 per cent of all the seats dia menang. Apakah dia sanggup nak bagi parti
lawan menang? Tak sangguplah. Jadi kalau tak sanggup orang ini akan claim “Ah! Tengok orang
Johor semua sokong kami.” So that is the dilemma. How they are going to solve it don’t ask me.
Saya cuma nak terangkan tentang kesalahan. Kesalahan saya fikir kalau kita tidak air the truth
maka dia akan diteruskan. Kesalahannya banyak. Kalau kita nak buat senarai kesalahan there is
plenty. That is where we need bloggers. Saya telah bercakap dengan satu kumpulan orang Umno
juga yang sokong Kerajaan dan saya terang tentang masalah rasuah, masalah kesalahan yang
dilakukan, mereka semua mengaku. Tetapi bila ditanya apa yang boleh buat, “Aaa...tak bolehlah.
Kita tak bolehlah buat apaapa. Kita nak cari makan. Nak hidup. Kalau tidak tak dapat kontrak.
Kalau tidak tak dapat jadi Ketua Bahagian.” Jadi, I want to say here that Umno has now become
completely paralysed. Tak boleh nak buat apa dah.

21
Cuma yang kita harap bloggers lah. Kalau bloggers ini masih berani, tak tahulah sampai bila nak
berani. Kerana bloggers pun ada macam-macam bloggers. Bukan semua bloggers tu bloggers.
Ada yang masuk dalam web ini maki, guna perkataan yang kesat terhadap orang-orang tertentu
dalam Kerajaan untuk menunjuk yang bloggers ini memang biadap. Jadi jangan percaya dengan
semua bloggers. Jadi bila ada orang yang guna perkataan yang kotor, lucah, personal attack,
monkey, monyet lah apa semua... jadi orang kata inilah bloggers, useless people don’t read.
Read the main media. The Straits Times tells you the truth. No, bukan the Straits Times, the New
Straits Times. Pasal Straits Times (Singapura) kadang-kadang dia lapor jugalah. Pasal dia
terselamat. New Straits Times not so selamat. I am waiting for what is going to happen to the
editor of the Star for allowing the article by former IGP to be published. I am quite sure somebody
is going to get blasted for allowing that article to come out. My article of course will never come
out because I do not know how to write. My English is very bad, my Malay is worse. Q:
Berkenaan WPI. A: Saya ucap tahniah kepada Prowaris. Saya memang hari ini membuat satu
speech yang dianggap cynical. Saya berasa orang Melayu ini terlangsung penakut! Bacul! Sebab
itu kita dijajah 450 tahun. Kenapa kita dijajah 450 tahun? Kerana kita tidak menentang Raja-Raja
kita kerana Melayu tidak akan menderhaka kepada Rajanya. Sekarang transfer perkataan Raja
kepada Presiden Parti. Ataupun Perdana Menteri. Tak menderhaka. Sebab itulah kita tidak
menentang kalau nak serah Singapura kepada British serahlah, kalau nak bagi Pulau Pinang
bagilah. Kita tak pernah menentang sehinggalah apabila dicadangkan Malayan Union. Pada
ketika itu barulah orang Melayu berani sedikit bangkit. Itupun ramai yang kata ini semua karut.
Mereka tak boleh menentang. Ini kuasa besar. British dan Raja sudah pun tanda tangan. Kita tak
boleh buat apa. Tapi sekarang ini saya nampak orang Melayu amat lemah sama sekali. Saya
berucap berkenaan bahayanya rasuah apabila dianya berleluasa sehingga rakyat biasa sanggup,
pengundi sanggup jual undi dengan harga cuma RM200. Bahaya.

22
Apabila tamat maka diadakan soal jawab, tak ada satupun yang menyentuh tentang bahaya ini.
Semuanya bercakap pasal lain. Pasal masalah diri etc. Jadi seolah-olah kita tak peduli apa jadi
pada negara kita. Ada lah beberapa kerat yang ambil berat tapi majoriti Melayu nak jaga
kepentingan diri sendiri. Masing-masing nak tentukan dia akan terus jadi Ketua Bahagian, Ketua
cawangan, jadi Menteri, jadi Timbalan Menteri, jadi Menteri Besar. Menteri Besar yang kita
anggap begitu kuat sekalipun sekarang ini tunduk. Saya pun tunduk juga. Saya hormat. Tapi
hormat setakat jawatan sahaja. Tidak berkenaan dengan dasar dan pemikiran pimpinan yang ada
sekarang ini. Bilakah orang Melayu yang ada hendak bangun dan menentang? Cuma bloggers
sahaja. Bloggers berapa banyak? Berapa banyak yang baca atau mempunyai komputer untuk
akses kepada website? Tak banyak. Yang lain semua cuba tanya. Saya dah bercakap dengan
Menteri. “Yes sir I agree with you, but...” Selalu But! Benda yang betul betul salah. Hari ni kata; “
Kita akan bina jambatan ini walau apapun dikatakan oleh Singapura”. Esok Perdana Menteri
kata; “Kita tak akan bina jambatan ini” dan Menteri yang sama pun berkata; “Kita tak akan bina
jambatan ini”. Itu jenis manusia yang ada sekarang ini. Tak berani bercakap. Saya seorang
bercakap tapi saya dihalang. Tak boleh jumpa orang itu, tak boleh jumpa orang ini. Menteri tak
jumpa saya. Cuma adalah dua tiga kerat yang datang pasal sebab-sebab lain. Saya waktu saya
letak jawatan saya nak kata di sini terang-terang saya fikir masa saya bersara saya akan
berjumpa berbual-bual, ada social gathering, berjumpa dengan kawan-kawan saya, colleague
saya dalam Kabinet. Berhenti saja tak dak dah! Tak boleh siapa pun jumpa. Saya diharamkan! Ini
tak ada Menteri yang protest. Adalah satu dua, I won’t say that tak ada langsung. Tu tak betul
juga. Adalah satu dua. Tapi nak duduk dalam Kabinet jadi janganlah kuat sangat kalau nak
menentang pun. Dan apabila menentang Perdana Menteri kata datang jumpa saya. Lepas tu tak
jumpa pun. Tapi dengan (kata-kata) “Datang jumpa saya” cukup dah, tamat dah masalah tu. Ini
yang sedang berlaku. Sebab itu I’m a bit cynical. I

23
am disappointed. When I talk to young people in the University they are not interested. Tey are
not interested in what is happening. They are interested in Akta Kolej dan Universiti Kolej.
Kononnya kerana Akta itulah maka mereka tidak boleh bergerak. Itu semua bohong. Zaman
British dulu saya juga tak dibenar terlibat dalam politik walaupun dalam universiti ataupun
sebagai pegawai Kerajaan. Tapi ada cara kita boleh get around such regulations and rules. If you
want. If you love your country you will take the risk. But this one tak ada pun. Minimal risk. Just to
say out loud pun tak berani. Kalau nak cakap...bisik...”tengoklah macam ni, Pak Lah ni...”. That’s
as far as you will go. I am so sorry to say this because I am disappointed in my own race! Selama
ini saya cuba nak tukar pemikiran orang Melayu. I failed and I am still failing. Okay, ada Prowaris
but you have to gather force. You have to talk to people even if you are arrested you go and talk.
Ini kita dengar ada orang kena panggil. Sepuluh jam kena query. Yang lain semua dah senyap
dah. Tak berani. Sat lagi kena interrogate for 10 hours. Die-lah like that. Saya sakit jantung pulak.
Kena macam ni teruklah saya. But if you have only one person doing that it is not good enough. If
you want to have something happen that is positive, you must get everybody. As many people as
possible and do it openly. And say it loud and clear! I congratulate Prowaris for making a very
sane study of this so-called Wilayah Iskandar. Sebenarnya I am not anti-Chinese or anything like
that. But the fact of life is that where you have a Chinese majority you cannot put a Malay
candidate there. That is a fact of life. Its not that I am against. If you want to put a Chinese
candidate in Kelantan, go ahead. But you are not going to win. So what will happen? I tell you
what will happen to WPI. Singapura akan melabur. Buat bangunan pencakar langit. Buat rumah
mewah. Siapa yang nak duduk di situ? Orang Melayu? Orang Melayu saya tahu daripada saya
kecil lagi saya tengok di Alor Setar. Tak ada orang Melayu di Alor Setar. Ada Pekan Melayu tetapi
tak ada kedai Melayu. Kenapa? Apabila ditawar harga tanah yang begitu tinggi mereka tak tahan
hati mereka jual, pindah dari bandar. Bandar membesar tiba-tiba harga tanah itu naik, ada orang
tawar harga yang tinggi sekali lagi dia jual dan dia pindah luar daripada kawasan yang sudah
luas ini. Akhirnya dia masuk ke dalam hutan. Apa akan jadi di WPI ini adalah sama iaitu apabila
orang Melayu yang tinggal di

24
kawasan itu ditawar harga tanah 10 kali ganda daripada harga biasa, tak tahan hati dia. Kalau dia
tahan dinaik (harga) 20 kali ganda. Dijual. Bila dijual di mana dia pergi? Luar daripada wilayah.
Siapa yang akan tinggal di situ? Tentulah orang yang membangunkan wilayah itu. Dan apabila
kita beri kemasukan yang bebas kepada orang asing siapa yang masuk kalau pelabur tu datang
dari Singapura? Apakah orang Melayu Singapura yang akan masuk ke situ? Tak ada. Orang
Melayu Singapura tidak ramai. Tetapi sudah tentulah orang lain. Singapura berhajat untuk
menambah penduduknya seramai 10 juta. Kebanyakannya akan dibawa daripada tanah besar
China. Di manakah nak ditempatkan orang ini jika tidak di WPI ini? Dan mereka berkemampuan.
Bangunan pencakar langit, bangunan mewah akan diisi dengan mereka. Akhirnya apa yang kita
akan lihat ialah Wilayah ini walaupun secara legal dimiliki oleh Malaysia tetapi penduduknya
ternampak seolah-olah dia dimiliki Singapura. Kenapakah Singapura tidak dijadikan sebahagian
daripada Malaysia? Bukan daripada segi amalan ataupun tradisi. Sebabnya Singapura tidak
menjadi sebahagian daripada Malaysia kerana penduduknya terlalu ramai terdiri daripada orang
Cina Singapura. Sebab itu Tunku berjanji dengan (Lee) Kwan Yew supaya PAP (People’s Action
Party) jangan terlibat dalam politik di Semenanjung. Tetapi PAP terlibat. Sebab itu Tunku
singkirkan Singapura. Jadi kalau tak boleh nak hidup bersama Singapura dia asingkan diri
daripada Singapura. Esok apabila WPI ini dipenuhi seratus peratus dengan 3 million Chinese
from the Chinese mainland do you think you can administer it? And when they are there they will
have to make demands. Eventually dia minta jadi rakyat apa kita nak kata? Dia duduk situ dan
beranak di situ. Tidak berlaku setahun, dua tahun, lima tahun, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun lagi
kita akan kehilangan wilayah ini. Kita akan jadi minoriti dalam negara kita. Orang Melayu akan
menjadi minoriti dalam negara sendiri. Sekarang inipun kalau kita tambah 3 juta orang Singapura
kita sudah jadi minoriti. Kita orang Melayu bukan ramai. Sebab itu WPI ini tidak harus
dibangunkan sedemikian. Boleh dibangunkan tapi ada cara-cara. Dan kita bukanlah bodoh
sangat. Tak boleh dirikan, bangunkan negara kita sendiri. Nak minta tolong daripada Singapura.
Pelabur ada di Malaysia. Yang Cina ada, yang Melayu ada, yang India ada daripada Malaysia
yang boleh bangunkan. Mungkin tidak sepesat Singapura tapi kita boleh buat. Kita telah buktikan
pembangunan yang kita lakukan dalam negara kita. Kenapa kita harus tunduk kepada
Singapura? Sebab itu saya berasa, saya tidak dapat menggerakkan hati majoriti orang Melayu
berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh mereka. Kerana RM200

25
mereka sanggup jual undi. Bangsa yang semacam ini tidak tahan lama. Yalah, saya tidak ada
disinilah bila kita semua hilang kuasa tapi dia akan berlaku kalau kita sanggup dengan kerana
RM200 jual undi tak payah WPI lagilah, habis negara ini akan dimiliki oleh orang. Sebab itu 450
tahun kita dijajah oleh orang kerana orang Melayu tidak berani bangun dan menentang apa yang
salah. Yang ada cuma beberapa bloggers sahaja dan di antara bloggers pun ada juga yang
sama-sama jadi bloggers untuk nak menidakkan kesan daripada apa yang dimasukkan ke dalam
laman web oleh bloggers. Sebab itu sudah ada pun satu badan khusus untuk melawan bloggers
yang ada ini. Dan mereka ini akan menggunakan perkataan yang jijik, yang kotor terhadap
pemimpin supaya menujuk bahawa bloggers ini adalah satu block-head yang tak guna, jangan
sesiapa ikut mereka, mereka adalah pembohong belaka. Itulah yang sedang berlaku. Saya harap
Prowaris akan dapat perbesarkan kumpulan mereka dan begitu juga Prima. Penulis-penulis di
Malaysia mestilah jujur kepada diri sendiri dan bercakap secara terus terang. Jangan takut. Kalau
Tun Hanif berani bercakap saya fikir orang lain pun patut berani bercakap juga. Yalah nak buat
apa, saya pun terdedah juga. Saya harap semua pihak akan memberi sokongan kepada usaha
untuk mendedahkan apa sebenarnya perjanjian (Akta WPI) yang dibuat yang mana kuasa penuh
diberi kepada Menteri sehingga dapat membelakangkan Parlimen sama sekali. Demikian juga
kepentingan orang Melayu akan diketepikan kerana kita sudah cukup kuat sekarang ini dan tak
guna kita lebih kuat daripada sekarang ini. Lapan belas peratus bukan main punya besar
bahagian kita sekarang ini dan kita tidak perlu usaha lebih lagi. Minta maaf if I sound cynical but I
hope those people who really love this country, who care for this country, prihatin, wake up and
do something. Don’t just have small seminars secara tertutup. Q: Ada lagi pemimpin berkaliber
yang boleh memimpin dan membantu selamatkan rakyat Malaysia? A: Sukar bagi saya menujuk
siapa yang lebih layak kerana tiap kali saya pilih gagal. Saya sokong orang ini dia lawan dengan
saya, saya sokong orang itu bagi dia naik sampai dah nak jadi Perdana Menteri pun cuba buat
macam itu dan kita angkat satu orang sampai bagi jadi Perdana Menteri pun jadi masalah juga.
Saya bagi nama lain

26
apa gerentinya saya tak bagi nama yang salah? Tapi yang penting...yang penting ialah menunjuk
kepada masyarakat di Malaysia apabila seorang pemimpin melakukan kesalahan dia akan ditarik
turun daripada tempatnya. Dengan itu mana juga pemimpin yang akan ambil alih akan tahu
bahawa dia harus telus kepada rakyat dan melakukan pemerintahan yang menguntungkan rakyat
dan bukan dirinya, bukan keluarganya, bukan menantunya, bukan sesiapa, tetapi untuk Rakyat,
untuk Bangsa, Agama dan Negara. Q: Selamat Pagi dan terima kasih kepada Tun kerana macam
biasa telah membuat banyak teguran kepada Kerajaan yang bagi kita sudah rosak. Tun, I wish to
thank you. Today I come as a blogger, I wish to thank you for all the criticism that you make
against the Government whenever they make mistakes. I think you have the right to do so
although some people have been very cynical to you saying that during your 22 years you had
not been able to do it and therefore you must shut up. We disagree with that. We actually
appreciate for what you have been doing. We want to say that whenever we say the same thing
like you, we do not carry that much weight. Therefore I hope you can continue to do so. We have
been critical about you, in fact we disagree with you sometimes we even confronted you, but what
you are doing now is very important because you have just said it. There are too few people out
there who dare to say, dare to write about the truth. So because you have taken the lead and I
personally feel that the bloggers in Malaysia are getting more courageous and today again you
gave encouragement to the bloggers. I thank you for that. A: During my time the pain in the neck
was Malaysiakini.com. I must admit that I was very annoyed with them simply because I find that
what they said about me was not right, was not true at all. Of course everybody assumed I was
corrupt and everything but even if I say I am not corrupt, in those days if you say you are not
corrupt people do not believe you. But nowadays if you say you did not bribe, people believe you.
So there is a difference. But today the number of bloggers is so very many that it must be
because something is really wrong. Otherwise it would be Malayskini.com only and I met
Malaysiakini.com and I explained why I did all those things before. I don’t know whether they
believe me or not but as far as I am concerned I may have committed sins, I don’t think anybody
has not committed any sins inside this hall. We all commit some sins at

27
some stage or other. But if because we have committed some sins therefore we feel shy about
saying anything then of course others will continue with saying the wrong things. Q: I was hoping
that you would make the clarion call for Bangsa Malaysia to save the country and not Malays or
Chinese or Indians alone. A: Yes I agree with you its not a question of the Malays alone paying
the price. The Chinese and the Indians too will have to pay the price. Even now. Saya tahu
banyak peniaga-peniaga Cina yang kecewa kerana sekarang ini ekonomi tak berjalan dengan
baik dan yang untung adalah orang-orang tertentu sahaja daripada kalangan mereka. Yang lain
terpaksa pergi ke luar negeri untuk berniaga. Mereka juga tidak puas hati dengan keadaan
sekarang ini dan saya biasa bercakap dengan mereka dengan secara not too open and they feel
that they need to do something. What they want to do I will not be able to say but Chinese
mentality and Malay mentality is different. Orang Melayu setia. Dia undi Umno tanpa soal. Kalau
bubuh tongkol kayu di situ dia undi Umno juga. Kerana itu tongkol kayu Umno kita mesti undi.
Kita tak soal lagi tapi orang Cina dia membuat penilaian. Walaupun ahli MCA tak semestinya dia
akan undi MCA walaupun ahli DAP tak semestinya dia undi DAP. Sebab itu di Pulau Pinang ada
kalanya MCA menang, ada kalanya Gerakan menang, ada kalanya DAP menang. Ada kalanya
DAP kalah teruk. Jadi orang Cina dia buat penilaian sebelum membuat undi. Saya menjadi
mangsa sebab itu saya faham. Tahun 1969 saya bertanding di Kota Setar Selatan. Kawasan
saya sejak 1964. 1964 saya menang 4,000 undi lebih. Jadi saya yakin saya akan menang pada
tahun 1969 kerana kelebihan undi saya itu begitu besar lebih besar daripada pengundi Cina,
India dan Thai yang ada di kawasan itu, tiga ribu sahaja. Jadi saya kata kalau ambil 3,000 pun
saya masih boleh menang 1,000 undi. Tapi saya kalah 900 undi. Sebab? Orang Cina nak
tentukan bukan Perikatan kalah, nak tentukan Perikatan menang tetapi saya kalah. Di dalam
kawasan saya, saya kalah sebab saya dikenali sebagai Malay ultra. Jadi saya mesti dikalahkan.
Bagaimana untuk mengalahkan saya. Mereka bukan sahaja tidak memberi 3,000 undi kepada
saya tetapi memberi 3,000 undi itu kepada parti PAS yang mereka benci hanya kerana nak
kalahkan saya. Tetapi mereka tahu di kawasan-kawasan lain Perikatan akan menang. Jadi
kemenangan bagi Perinkatan masih tercapai sebaliknya orang ultra ini dapat disingkirkan. Itu
menunjukkan bahawa mereka membuat strategi, membuat perhitungan untuk mengundi. Tapi
kalau orang Melayu dia undi parti dia. Very loyal. Kalau dia PAS

28
dia undi PAS. Kalau PAS kata apa pun tak apa, kata nak pi syurga apa semua, tak kata nak pi
syurga pun dia undi tak payahlah orang PAS gaduh sangat. Dia undi 100 per cent. Dia tak boleh
nak undi Umno dan orang Umno tak boleh nak undi PAS. Dia akan undi Umno. Jadi they do not
think about the country, about the quality of the candidates or about anything. The only thing the
can think about is that; Melayu tidak akan derhaka kepada Umno. Tukarlah Umno itu daripada
Raja. Dahulu Raja, sekarang ini Umno. Sekarang ini Melayu tak akan derhaka kepada Pak Lah.
Dia Presiden kita. Tak bolehlah. That is all they can think of. That is why saya sound cynical.
When I talk to them they are not willing to do anything. “Biarlah, tak apalah. You pi bercakap
dengan dialah”. Saya dah bercakap dah. Ada yang pujuk saya suruh berdamai. Ini bukan soal
saya dengan dia berdamai. Ini soal polisi negara, pentadbiran negara. Kalau damai pun kalau
perkara ini tetap berlaku tak berguna. Bukan soal damai. Nak bersalam boleh. Saya boleh
bersalam. Saya cium tangan tak lah. Tapi salam, saya salam. Saya tunjuk hormat, dia masuk
dalam bilik saya berdiri. Saya hormat. Bila nak berjalan saya suruh dia jalan dulu kerana dia
Perdana Menteri, saya bekas Perdana Menteri, mantan Perdana Menteri. Jadi status dah turun
sedikit. But the thing is kita dapati orang Melayu tak mahu strategise. Whether they win or not
does not matter. If you strategise you have to plan so that when you act you will win in the end.
Orang Melayu dia undi Umno bukan kerana strategi. Dia ahli Umno mesti undi Umno. Tunggu
pilihanraya akan datang ini. Kalau bagi seratus ringgit, dua ratus, seribu, we will vote for Umno.
Does not matter if we sell bangsa, jual bangsa, jual negara kita dapat RM200. That is the feeling
that I have. I feel I have tried for 22 years to change the minds of the Malays I have failed.
Otherwise they would succeed. To succeed is very easy. All you have to do is to work hard. Study
hard. Strive, struggle. Dia tak nak. Kalau boleh dapat AP, jual AP cukuplah. That is all that they
want. Q: Tiga soalan; berkenaan penguasaan parti keatas Kerajaan, tuduhan orang yang Tun
salah lantik Pak Lah dan kuasa perlantikan Hakim A: Yang pertama parti kuasai Kerajaan.
Sebenarnya ini tidak berlaku secara khusus. Adalah pengaruh parti terhadap dasar Kerajaan.
Tetapi kadangkala parti kalau kita

29
maksud dengan parti itu ialah Umno, kadangkala kepentingan parti terpaksa juga dicairkan
kerana kepentingan rakan lain. Tetapi yang jadi masalah sekarang ini bukanlah parti kuasai
Kerajaan tetapi parti dikuasai oleh seorang pemimpin sehingga mereka menganggap presiden itu
adalah satu institusi yang tidak boleh ditegur sama sekali. Apabila seseorang itu tidak boleh
ditegur tetap dia akan melakukan kesalahan kerana ini bermakna Umno tidak demokratik lagi.
Ianya sudah menjadi otokratik yang mana hanya Presiden sahaja yang boleh tentukan
keputusan. Saya tahu bila ahli-ahli Majlis Tertinggi tidak setuju mereka tidak putuskan sebaliknya
Presiden dengan dibantu Timbalan Presiden akan putuskan dan putus mengikut budi bicara
mereka bermakna Majlis Tertinggi hanya sebagai satu badan yang tidak ada kuasa sama sekali.
Inilah yang berlaku sekarang dalam Umno dan ini diizinkan oleh ahli Umno kerana apabila kita
ada mesyuarat Agong Umno tidak ada sesiapa pun yang berani tegur apa pun. Dan ada satu
orang tu dia tegur dan dia kena belasah betul-betul kerana dia buat teguran. Bukanlah teguran
apa, dia kata tak ada apa pun dalam ucapan Presiden itu. Itu salah besar. Kawan tu bercakap
sampai sejam lepas tu dia kata tak ada apa. Mana boleh tak ada apa? Ada apa lah! Jadi
sekarang ini tak boleh tegur Presiden. Itu parti Umno sekarang dan ini bukanlah parti demokratik
lagi. Dan walaupun jadi demokratik saya kurang yakin yang ahli-ahli Majlis Tertinggi akan
membuat apa-apa teguran kerana masing-masing ada kelemahan mereka. Berkenaan dengan
orang menuduh saya yang salah melantik Pak Lah. Saya salah. Saya lantik Musa, Musa lawan
dengan saya, Saya lantik Anwar, Anwar lawan dengan saya. Saya selalu salah. Tak pernah betul
bila saya lantik orang. Kerana orang tak pernah bagi tahu saya apa ada dalam hati orang-orang
ini. Sebaliknya Mr Clean. This is Mr Clean. Bersihnya. Basuh dengan Fab selalu. Jadi manalah
saya nak tahu. You pun tak bagi tahu kat saya janganlah angkat orang ini. Dia walaupun Clean
tapi tak Clean. Tak ada sesiapa kata. Jadi saya ingat ada umur sikit, dewasa sikit, bagilah
peluang dekat dia satu term lepas tu orang lain pulak ganti. Tetapi itu perhitungan saya dan saya
mengaku salah. Kalau nak marah kepada saya, marahlah kepada saya. Jangan marah kepada
Perdana Menteri. Itulah caranya nak selamatkan orang Melayu. Pasal marah

30
kepada saya bukannya saya boleh tarik kontrak, tak boleh tahan AP etc. Marah kepada saya
senang. Marah pada orang itu...kena. Jadi jangan marah kepada Pak Lah, jangan marah kepada
orang lain. Marah kepada Dr Mahathir...”Awak buat salah”. Itu nak lari daripada tanggungjawab.
Berkenaan dengan pemilihan hakim, semasa saya dahulu, masa tu (Tun) Eusoff Chin, dan saya
bagi tahu Eusoff Chin ini orang yang perlu dilantik atas nasihat daripada ketua hakim, Lord
President, dan pihak Agong diberitahu dan dianya tidak ada bantahan. Tetapi ada seorang Raja
lain yang membantah dan cuba menukar dan kita tidak tukar. Eusoff Chin dipanggil mengadap,
tetapi orang itu jugak. Kerana kuasa itu ada kepada Perdana Menteri. Bukan ada kepada Agong
pun. Agong mesti ikut apa nasihat yang diberi oleh Perdana Menteri. Tetapi bila kita dapati
Perdana Menteri tak berani nak pegang kepada asas ini maka berlakulah keadaan yang mana
begitu sukar sekali untuk lantik seorang hakim.

****ENDS****

31

You might also like