You are on page 1of 10

Pengajian Am - Dasar-dasar Ekonomi Kerajaan (1956 2020) Ekonomi Negara dalam keadaan tidak memuaskan selepas mencapai kemerdekaan.

. Pelbagai dasar ekonomi diwujudkan untuk memperbaiki keadaan tersebut Dasar ekonomi yang diwujudkan adalah seperti berikut; i. Pra-Dasar Ekonomi Baru (1956-1970) ii. RRJKP1: DEB (1971-1990) iii. RRJKP2: Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) iv. RRJKP3: Dasar Wawasan Negara (2001-2010) 2. 3. PRA-DASAR EKONOMI BARU (1956-1970) Pra-dasar Ekonomi Baru (1956-1970) ini meliputi; Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) Objektif utama Pra-Dasar Ekonomi Baru itu ialah Meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar Bandar Memberi peluang pekerjaan dengan cara meningkatkan pengeluaran sektor pertanian, dan meneroka peluang perusahaan. Memperbaiki dan meningkatkan kemudahan sosial Bagi mencapai matlamat di atas kerajaan terlah; Menubuhkan RIDA untuk membangunkan soio-ekon dan infrastruktur luar Bandar, FELDA pembukaan tanah pertanian seperti getah dan kelapa sawit. FELCRA melaksanakan pemulihan dan pembangunan tanah pertanian. MARDI meningkatkan penyelidikan sektor pertanian. MARA membangunkan sektor perkilangan dan perdagangan. RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA: DEB (1971-1990) RRJKP1: DEB ini meliputi; Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) Rancangan Malaysia kelima (1986-1990) Objektif utama rancangan-rancangan ini ialah; Mengembangkan ekonomi Mengujudkan perpaduan pelbagai kaum (menyusun semula masyarakat). Membasmi kemiskinan. Selain meneruskan strategi RM1, stretegi berikut digunakan seperti; Terkandung beberapa dasar dalam DEB iaitu; i. Dasar Pertanian Negara Terdapat 3 dasar digubal:i)Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991) yang memberi penekanan untuk membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan ekspot.ii) Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1997) yang memberi penekanankepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan.iii) Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan dayasaing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa. 1

Penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Malaysia (BPM)(1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971),Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga KemajuanPertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu(KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapaagensi yang lain. Bertujuan membantu dari segi kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit,dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagipembangunan sektor pertanian. ii. iii. iv. v. vi. vii. 4. Dasar Perindustrian Negara Dasar Persyarikatan Malaysia Dasar Perswastaan Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara Dasar pengurangan Beban Perbelanjaan Awam Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia

Bagi mencapai matlamat tersebut dilakukan; Penubuhan DARA, KEJORA, dan KETENGAH bagi memajukan kawasan mundur secara pembukaan tanah bersepadu. Penubuhan RISDA dan LPP bagi bantuan nasihat serta kewangan pekebun getah. Penubuhan UDA, PERNAS, Bank Pembangunan, dan Bank Bumiputera bagi menggalakkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi. Penubuhan PERWAJA dan HICOM untuk mengembangkan industri berat, besi dan keluli. RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KEDUA: DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL(1991-2000) Dilancarkan oleh Dr Mahathir Mohamad pada Jun 1991. RRJP2 merangkumi; Rancangan Malaysia keenam (1991-1995) Rancangan Malaysia ketujuh (1996-2000) Terdapat dasar baru dalam DPN iaitu; Dasar Sains dan Teknologi Dasar telekomunikasi Negara Koridor Raya Multimedia (MSC) Strategi yang digunakan ialah; Meningkatkan kualiti sumber manusia Meningkatkan sektor pertanian, perlombongan, industri (kecil dan sederhana) dan pelancongan. Meningkatkan R&D, penggunaan sains dan teknologi serta penggunaan ICT . Meningkatkan daya tabungan, modal serta mengukuhkan sistem kewangan. Meningkatkan eksport dan daya saing dengan Negara luar. Objektif pelaksanaan DPN ialah; Mencapai pembangunan ekonomi yang mantap dan seimbang (mampan) Mewujudkan masyarakat bersatu padu, saksama dan progresif. Mencapai matlamat negara maju

5. -

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA: DASAR WAWASAN NEGARA (2001-2010) Merupakan frasa kedua bagi merealisasikan Wawasan 2020 RRJP3 merangkumi; RMK8 (2001-2005) RMK9 (2006-2010) Strategi pelaksanaannya ialah berteraskan; Bangsa berdaya tahan, masyarakat yang saksama. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan ekonomi berasaskan pengetahuan, Meningkatkan daya saing Pembangunan alam sekitar yang mampan Oleh itu objektifnya; Sebuah Negara maju Pertumbuhan yang seimbang dalam menghadapi cabaran globlisasi menjelang 2020. Rancangan Malaysia 1-9 Rancangan Malaysia merupakan tempoh pelaksanaan program/projek pembangunan Kerajaan Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Rancangan lima tahun ini adalah kesan peninggalan daripada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu dari tahun 1956 hingga 1960 dan diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini dikenali sebagai Rancangan Malaysia di mana Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan untuk pembangunan di bawah Rancangan Malaysia meliputi negeri-negeri Sabah dan Sarawak selain dari negeri-negeri Semenanjung Malayisa sebagaimana sebelumnya. Rancangan Malaya Pertama: 1956 1960 Matlamat Rancangan Malaysia Pertama ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan pendapatan per kapita dan taraf hidup rakyat. Penekanan lebih diberikan kepada masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah seperti menyedia dan memperbaiki kemudahan asas di kawasan luar bandar di samping mempelbagaikan keluaran pertanian. Selaras dengan ini kerajaan telah merangka rancangan Buku Merah (RED Book) iaitu singkatan daripada Rural Economic Development. Buku Merah bertujuan mengumpul dan menyelenggarakan maklumat untuk perancangan projek-projek pembangunan infrastruktur dan sosial di daerah dan diletakkan dalam Bilik Gerakan di setiap daerah. Buku Merah juga digunakan untuk memantau pelaksanaan program/projek dan kemajuan pelaksanaan projek dikemaskinikan secara manual. Rancangan Malaya Kedua: 1961 1965

Matlamat Rancangan Malaya Kedua ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup rakyat menerusi kepelbagaian ekonomi dan pembangunan produk selain getah Rancangan Malaysia Pertama: 1966 1970 Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan pembangunan yang meliputi negerinegeri Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk memupuk integrasi di kalangan penduduk semua negeri di Malaysia serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat. Rancangan Malaysia Kedua: 1971 1975 Dasar Ekonomi Baru Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan semasa pembentangan usul meluluskan Rancangan Malaysia Kedua pada 12 Julai 1971. DEB adalah satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan jangka panjang negara untuk tempoh 1971 hingga 1990. Dasar ini memberi keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan pengagihan yang lebih saksama (growth with equity). DEB menggariskan dasar dan strategi untuk mempercepatkan lagi proses pembangunan sosio-ekonomi dan penyusunan semula struktur ekonomi Malaysia. Berdasarkan model Bilik Gerakan, Kerajaan melalui Arahan No. 1,1971 Majlis Tindakan Negara telah menubuhkan Majlis Tindakan Negara dan jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat negeri dan daerah sebagai mekanisma bagi mengawasi pelaksanaan DEB. Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 1980 Selepas pelancaran DEB, kerajaan telah merangka pelbagai program dan projek yang lebih besar dan melibatkan peruntukan yang lebih banyak. Jumlah peruntukan dan bilangan projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga telah meningkat dua kali ganda dari Rancangan Malaysia Kedua. Bentuk projek yang diluluskan adalah semakin kompleks serta melibatkan berbagai agensi pelaksana. Bagi menguruskan maklumat yang lebih rumit ini, Sistem Pengesanan Projek (SPP) menggunakan teknologi komputer diperkenalkan dan Pusat Komputer Negara ditubuhkan dalam tahun 1978. Rancangan Malaysia Keempat: 1981 - 1985 Inflasi pada awal 1980-an telah menjejaskan perkembangan ekonomi keseluruhannya. Peranan sektor swasta diberi penekanan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990

Kerajaan mengamalkan strategi pembangunan yang stabil. Sektor swasta memangkin pembangunan ekonomi, terutamanya dalam pembangunan sektor industri berat dan industri berasaskan sumber. Sistem pemantauan projek pembangunan diperkemaskan lagi dan sistem SETIA dibangunkan menggantikan sistem SPP. SETIA merupakan satu sistem bersepadu yang mengintegrasikan maklumat agensi-agensi pusat mengenai peruntukan, perbelanjaan, pembayaran dan prestasi pelaksanaan projek. Rancangan Malaysia Keenam: 1991 - 1995 Setelah berakhirnya tempoh DEB, Kerajaan melancarkan Dasar Pembangunan Nasional serentak dengan Rancangan Malaysia Keenam. Arahan No. 1, 1971 Majlis Tindakan Negara dipinda bagi menyesuaikan kerangka jentera penyelarasan dengan senario pembangunan tahun 1990an. Arahan ini digantikan dengan Arahan No. 1, 1991 Dasar Pembangunan Nasional. Fokus Rancangan Malaysia Keenam ialah penekanan kepada strategi makro-ekonomi untuk mengukuhkan kapasiti pengeluaran dan daya saing di peringkat antarabangsa. Bagi memantapkan pemantauan pelaksanaana projek, sistem SIAP dibangunkan pada tahun 1995 bagi melengkapkan sistem SETIA untuk memantau kemajuan pelaksanaan fizikal projek secara lebih berkesan. Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 2000 Teras utama Rancangan adalah perubahan daripada pembangunan berasaskan input kepada pembangunan berasaskan produktiviti bagi meningkatkan pengeluaran, struktur transformasi yang lebih padu dan pembangunan yang seimbang. Selaras dengan ini, Arahan No. 1, 1991 dipinda dan digantikan dengan Arahan No. 1, 1996 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional. Di bawah Arahan ini, jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat kementerian dikenali sebagai Jawatankuasa Pembangunan Peringkat Kementerian diwujudkan. Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pemantauan projek, sistem SETIA dan SIAP diintegrasikan dan dikenali sebagai Sistem Maklumat Bersepadu SETIA dan SIAP atau ringkasnya SMBSS. Sistem ini menggabungkan maklumat kewangan dan fizikal projek-projek yang dilaksanakan. Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005 Pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga bermula dengan Rancangan Malaysia Kelapan dengan memberi penekanan kepada pembangunan negara maju dan berkualiti menjelang tahun 2020. Tiga teras utama Rancangan Malaysia Kelapan adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi berasaskan input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran, mempercepatkan perubahan struktur sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan serta

memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi menerusi pengagihan pendapatan dan kekayaan negara secara saksama. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah melancarkan Dasar Wawasan Nasional. Selaras dengan ini, Arahan No. 1,1996 dipinda dalam tahun 2001 dimana peranan jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan diperkemaskan ke arah mencapai matlamat dasar kerajaan. Di bawah Arahan No. 1, 2001 Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Wawasan Negara, Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) digunakan sebagai alat untuk memantau pelaksanaan projek oleh semua kementerian. Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 - 2010 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Misi Nasional telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006. Misi Nasional dilaksanakan sebagai rangka dasar pembangunan yang terdiri daripada lima teras utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. RMK-9 pula merangkumi strategi, program dan peruntukan yang diperlukan bagi tujuan merealisasikan Misi Nasional dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dari aspek ekonomi, pembangunan sosial yang seimbang, warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. RMK-9 adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) (2011-2015) Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan [Economic Tranformation Programme (ETP), Goverment Tranformation Programme (GTP)] dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Rancangan ini merencanakan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang dengan matlamat untuk menyampaikan hasil yang dihasratkan untuk semua rakyat. Rancangan ini menyediakan pentas bagi transformasi struktur utama yang diperlukan oleh ekonomi berpendapatan tinggi serta hala tuju dasar, strategi dan program baharu yang membolehkan negara tampil sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi..." Perdana Menteri, Malaysia

Malaysia telah sampai ke saat penentuan dalam landasan pembangunannya. Wawasan 2020 tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan. Untuk mengerakkan negara ke hadapan, kerajaan telah merumuskan satu rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong perubahan iaitu 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan untuk menyatukan semua rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang mendatang dan Program Transformasi Kerajaan (PTK) untuk memantapkan perkhidmatan awam dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas, NKRA). Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Sementara itu, Rancangan Malaysia ke-10 pula akan menggembelengkan usaha untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. 2.0 LATAR BELAKANG RMKe-10 Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Pakej transformasi sosioekonomi RMKe-10 yang mengandungi 6 hala tuju strategik dirangka berteraskan Misi Nasional. Hala tuju strategik ini akan memastikan negara kembali kepada trajektori Wawasan 2020 dan menyediakan landasan yang kukuh lagi mampan bagi kesinambungan rancangan pembangunan seterusnya. Hala tuju strategik RMKe-10 adalah seperti berikut: i. Mempergiatkan sektor swasta yang berdaya saing sebagai peneraju pertumbuhan; ii. Meningkatkan produktiviti dan inovasi melalui peralihan pantas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi); iii. Menyediakan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran abad ke-21; iv. Mengaplikasi pendekatan inklusif bagi menangani jurang pembangunan; v. Mempertingkatkan kualiti hidup setaraf dengan negara maju; dan vi. Meningkatkan peranan kerajaan sebagai pemudah cara yang efektif dan berintegriti. Perancangan dan pelaksanaan RMKe-10 akan diasaskan kepada pendekatan berasaskan Outcome sebagai kesinambungan usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 bersandarkan teras utama Misi Nasional dan konsep 1Malaysia.

Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya. Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Pengenalan Mengurangkan jenayah Membanteras rasuah Mempertingkatkan pencapaian pelajar Mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar

Model Baru Ekonomi Ia terbahagi kepada 2 fasa . Fasa 1 bermula pada 30 Mac 2010. Sementara Fasa 2 selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Model Ekonomi Baru (MEB) bertujuan melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan. Model Ekonomi Baru telah dibentangkan di Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur pada 30 Mac 2010. Tiga prinsip yang ditekankan ialah berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman (inclusive). Dengan prinsip-prinsip ini ianya dapat memacu ekonomi Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya, meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantaau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti hidup secara menyeluruh. Berikut ialah ringkasan / intipati Model Ekonomi Baru (MEB) / Summary of New Economy Model (NEM) yang dibentangkan pada 30 Mac 2010 di Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur:

Meningkatkan pendapatan tahunan per kapita sebanyak USD7,000 (RM22,806) kepada USD15,000 (RM48,870) dalam tempoh 10 tahun. Ianya dapat dilakukan dengan membangunkan sektor sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi Pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi. Di samping itu, pekerja kolar biru akan menerima upah berdasarkan kompetensi yang mereka miliki dan prestasi diukur berdasarkan penigkatan antarabangsa. So lagi banyak kemahiran, tanggungjawab pun lagi besar dan buat kerja pun lagi baik dan berpendapatan tinggi Pengurangan kebergantungan terhadap buruh asing yang tidak berkemahiran dan lebih focus kepada pekerja pelbagai kemahiran (multi-tasking worker) yang mana boleh meningkatkan produktiviti Mengambilkira kesan pembangunan ekonomi terhadap persekitaran dan sumber asli.

Semua pihak / rakyat akan menikmati hasi kemakmuraan negara yang semakin meningkat. Oleh sebab itu, tidak ada seoraang pun akan terpinggir dalam menyumbang dan mengecapi hasil penjanaan kekayaan Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik: 1. Menyuburkan kembali sekto swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi 2. Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing 3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing 4. Memperkukuhkan sektor awam 5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran 6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan 7. Meningkatkan sumber pertumbuhan 8. Memastikan pertumbuhan yang mapan

Program Transformasi Ekonomi: Hala Tuju untuk Malaysia telah dilancarkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, pada 25 Oktober 2010. Penerbitan ini adalah hasil daripada acara bengkel 1,000 orang dan makmal Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (National Key Economic Areas atau NKEA) yang dikendalikan oleh PEMANDU. Kandungan Pelan Hala tuju ini merangkumi 12 NKEA dan menyatakan secara terperinci butiran yang berkaitan dengan 131 projek permulaan (Entry Point Projects atau EPP) dan 60 Peluang Perniagaan (Business Opportunities atau BO). Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Kerajaan pada bulan Oktober 2010 telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009 kepada AS$15,000 (RM48,000) pada tahun 2020. Peningkatan ini akan dicapai melalui pertumbuhan pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak 6% setahun sehingga 2020. ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utara Negara (NKEA) iaitu: 1. Minyak, Gas dan Tenaga 2. Minyak Sawit 3. Perkhidmatan Kewangan 4. Pelancongan 5. Perkhidmatan Perniagaan 6. Elektronik dan Elektrikal 7. Borong dan Runcit 8. Pendidikan 9. Kesihatan 10. Teknologi Maklumat dan Komunikasi 11. Pertanian 12. Greater Kuala Lumpur 9

Dibawah ETP, NKEA tersebut talah dikenalpasti sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang mempunyai potensi untuk memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebanyak 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) dan 60 peluang perniagaan (BO) telah dikenalpasti untuk menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara kasar (GNI).

10

You might also like