You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-LAPAN (KE-8) SESI 2010/2011 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JELUTONG

Tarikh Hari Masa Tempat Pengerusi Perasmi

: 07 Mac 2010 (Ahad) : Ahad : 9.00 pagi : Dewan Seroja SK Bukit Jelutong : Tuan Haji Ahmad Zamri b. Kamaruddin : Encik Shamsul Azha (Timbalan Daerah Petaling Perdana)

1.0 Ucapan Guru Besar 1.1 Puan Hajah Normah bt Othman (Guru Besar) mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis serta kepada Ustaz Muhammad Zuhair b. Zainal atas bacaan doa. 1.2 Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung PIBG ke-8. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan usul dan cadangan yang bernas. 1.3 Memohon maaf di atas pindaan Mesyuarat PIBG yang sepatutnya diadakan pada 6 Februari 2010 telah ditangguhkan ke 20 Februari 2010. Telah digantikan pada 7 Mac 2010 kerana pada tarikh tersebut adalah hari ganti untuk persekolahan bagi perayaan Tahun Baru Cina. 1.4 1.5 Membuat pengumumam tentang pelancaran Website SK Bukit Jelutong Puan Guru Besar seterusnya memaklumkan tentang enrolmen murid SK Bukit Jelutong. Jumlah murid keseluruhannya ialah seramai 2225 orang. Guru adalah seramai 102 orang. Tahun 6 - 8 kelas Tahun 5 - 9 kelas Tahun 4 9 kelas Tahun 3 9 kelas Tahun 2 - 9 kelas Tahun 1 - 10 kelas 1.6 1.7 Memaklumkan juga pembinaan 2 buah kabin untuk menampung penambahan murid yang sedia ada. Guru dan murid diminta mengamalkan 5 faktor kecemerlangan iaitu Disiplin, Kebersihan, Keselamatan, Berfikiran Positif, Seronok Belajar dan Seronok Bekerja. 1.8 Transformasi dalam pendidikan 4 NKRA Linus Penambahbaikan KIA 2M

(bukan sahaja boleh membaca tetapi boleh memahami) Murid yang akan dipilih hanya seramai 50 orang sahaja. Mereka akan disaring pada bulan Jun dan September. Hasil daripada ujian pertama, 50 orang murid berada dalam Program Linus. KSPK Kurikulum Standard bagi prasekolah. Untuk memperkasakan prasekolah dalam bentuk Fun Learning. SBT Sekolah yang menuju kepada sekolah berprestasi tinggi NEW DEAL Imbuhan yang diterima oleh Guru Besar dan semua guru hasil dari kecemerlangan (SBT). Sekolah telah diminta mengadakan NKRA sendiri. NKRA untuk SK adalah untuk mempertingkatkan kemenjadian murid dalam aspek sahsiah. Contohnya mereka dimestikan memberikan salam kepada guru, ibu bapa dan juga kepada pelawat yang mereka jumpa. Pihak sekolah akan berbincang dengan AJK PIBG yang baru untuk mengadakan aktiviti/program bagi mencapai hasrat ini. Begitu juga dengan saranan supaya tahun hadapan 1 murid 1 sukan. Juga cadangan ibu bapa agar murid sekolah ini didedahkan dengan aktiviti yang boleh merangsangkan kemahiran dan kebolehan supaya mereka lebih kreatif dan inovatif akan diberi tumpuan sewajarnya. 1.9 Guru Besar memaklumkan bahawa Kementerian telah membuat ranking untuk setiap sekolah di Malaysia. Ranking tersebut dibuat berdasarkan pengiraan berikut: GPS (Gred Purata Sekolah) 1. SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia) 2. UPSR - 30%. - 70%

Keputusan UPSR murid SKBJ seramai 81 orang telah mendapat 5A, 81 orang 4A1B dan 92.94% murid lulus di dalam UPSR tahun lepas. SKBJ berada di tempat yang ke 91 daripada 7617 buah sekolah di Malaysia. 1.10 Keselamatan murid ketika di sekolah juga dititikberatkan. Pihak sekolah juga akan dari semasa ke semasa mengkaji tentang keselamatan murid dan siaran tentang peraturan akan diberi kepada murid melalui website sekolah. 1.11 Memaklumkan tentang Ujian Bulanan 1 dan Hari Semakan yang akan diadakan. Ia adalah bertujuan untuk ibubapa hadir dan memperbetulkan markah sekiranya terdapat kesilapan. 1.12 Pihak sekolah juga akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan. 1.13 Pihak sekolah telah dipelawa untuk mengambil bahagian dalam pertunjukkan tarian Children Festival of Folk Dance in Kazan Republic of Tatarstan, Rusia. Segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak penganjur namun perbelanjaan perjalanan akan ditanggung oleh individu. Oleh itu diharapkan 2

pihak PIBG dan Ibu bapa dapat menaja pelajar-pelajar pasukan SKBJ yang terdiri daripada seorang guru dan empat orang murid. Guru Besar memaklumkan juga bahawa seorang ustaz telah terpilih untuk mengendalikan rancangan J-QAF di TV9( dengan izin KPM). Peserta adalah murid-murid SKBJ. 1.14 Guru Besar juga telah memaklumkan bahawa salah satu usul ialah tentang tandas.Antara usul yang diberikan iaitu tandas yang bocor dan kotor. SKBJ telah cuba mengatasi tetapi menghadapi masalah dari segi murid yang terlalu ramai. Pihak sekolah dan PIBG akan cuba mencari jalan penyelesaian. 1.15 Terima kasih kepada AJK PIBG 2009/2010 dan tahniah kepada AJK PIBG 2010/2011 yang bakal dilantik. 1.16 Guru Besar berharap dan memohon agar semua pihak memahami fungsi sebenar PIBG. Usul dan cadangan yang diberikan adalah untuk membina bukan menuding jari mencari kesalahan tetapi lebih kepada memantapkan akademik, aktiviti dan kebajikan guru di SKBJ. Pihak sekolah mengalu-alukan idea yang bernas daripada ibubapa. Pihak sekolah akan membaiki segala kelemahan. 1.17 Tahniah kepada guru-guru SKBJ.

2.0 Ucapan YDP PIBG 2.1 Tn. Haji Ahmad Zamri b. Kamaruddin (YDP) mengalu-alukan semua hadirin terutamanya kepada Encik Shamsul Azha yang hadir bagi pihak PPD dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Terima kasih juga kepada Tuan Hj Rohyzam, guru-guru dan ahli-ahli PIBG yang hadir. 2.2 Bacaan AL-Fatihah kepada Allahyarhamah Puan Haimi yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 bulan Disember 2009. 2.3 PIBG adalah penyambung amanah kepada anak-anak SKBJ. Dapat beri semangat baru kepada SKBJ atas perlantikan ahli-ahli AJK PIBG yang baru. Dengan perlantikan AJK baru diharap member semangat baru kepada SKBJ. 2.4 Membincangkan beberapa perkara Bangunan sekolah Bilik-bilik darjah yang bocor. Pihak PIBG telah membantu tetapi tidak mampu untuk menampung jika melibatkan kos yang tinggi. Sukan murid-murid tidak dapat bersukan dengan selesa kerana padang yang becak dan tiada saliran untuk laluan air yang bertakung. Tandas Kapasiti murid yang ramai tidak mampu untuk menampung tandas-tandas yang sedia ada. Keselamatan Pengawal yang dahulu telah ditukar dan ditambah kepada pengawal yang baru. Terdapat 2 orang pengawal sekarang. Semua ibubapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan

sekolah tanpa mendapatkan pas dari pengawal sekolah. Masalah kawasan yang gelap di bahagian belakang sekolah mengundang bahaya kepada pihak sekolah. YDP memuji kerana PA System berfungsi dengan baik sekali pada hari ini. Masalah kekurangan guru. Mencadangkan pihak sekolah mendapatkan guru ganti atau guru sementara. Sepatutnya telah mempunyai jururawat sementara. Boleh merawat murid yang mengalami kecederaan atau sakit ketika di sekolah. 2.5 Warden Trafik juga telah sepatutnya mula diadakan.

Sekolah ganti pada hari Sabtu. Masalah bas sekolah tiada malah murid mempunyai kelas tuisyen di luar.

2.6 2.7 2.8

Cadangan agar pihak PPD hadir sekali ketika mesyuarat PIBG diadakan. Jurulatih sukan diperlukan untuk melatih murid-murid agar aktif dalam bidang sukan. Cadangan kepada PPD agar membuat cara bagaimana untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan kepada pihak penguasa contohnya Bomba dan MBSA.

2.9

PIBG menyokong usaha murni yang dianjurkan sekolah iaitu 3S (Senyum, Sapa dan Salam).

2.10 Cadangan pada hari Jumaat murid-murid islam memakai baju melayu lengkap dan berbaju kurung. 2.11 Beberapa aktiviti dicadangkan iaitu penubuhan kelab sayangi haiwan, kelab warisan Islam, Bridget Waja Diri, Sahabat Simfoni Muda dan Program Perkembangan Minda. 2.12 Terima kasih kepada NST kerana menaja 200 naskah surat khabar Sunday dan NST. 2.13 Harapan kepada ibubapa agar berfikiran positif apabila diminta menyumbangkan sedikit sumbangan kepada sekolah. 2.14 Memohon maaf di atas segala kekurangan dan keterlanjuran kata.

3.0 Ucapan Encik Shamsul Azha b. Md Yusuf (Timbalan PPD Petaling Perdana). 3.1 Encik Shamsul mengalu-alukan kehadiran semua ahli-ahli PIBG SK Bukit Jelutong. Menyampaikan salam Puan Foziah kerana tidak dapat hadir. Beliau berharap agar matlamat dan sasaran tercapai. 3.2 Tidak dapat dinafikan kerjasama sangat penting. Kehidupan pada masa sekarang sangat rumit kepada anak-anak. SKBJ telah menyediakan pelbagai maklumat kepada murid malah maklumat yang ingin disampaikan haruslah tepat. 3.3 3.4 Tahniah dan syabas kerana banyak perkara yang telah dilakukan oleh pihak PIBG terhadap SKBJ. Tahniah juga keran sekolah telah berjaya dalam UPSR. Antara yang terbaik dalam daerah Petaling Perdana. 3.5 Kokurikulum juga membanggakan. Ia boleh dipertingkatkan dengan program-program yang diadakan. 4

3.6 3.7

PPD berharap SKBJ akan mendapat antara 20 sekolah terbaik. Kriteria Sekolah Cemerlang. (elemen yang diambil kira) Pentadbiran Kemenjadian murid Pengurusan Sumber Pengurusan Kewangan Pengurusan Disiplin Hubungan diperingkat antarabangsa Program Twinning International

3.8

Target dalam PPD Petaling Perdana agar SKBJ akan menjadi High Performance School Banyak ganjaran akan diperolehi antaranya kenaikan pangkat dan ganjaran kewangan.

3.9

Peruntukan kewangan yang dikeluarkan hanya untuk keutamaan sahaja.

3.10 Guru ganti terdapat ramai guru yang bersalin di setiap sekolah. Sekolah perlu membuat permohonan awal untuk mendapatkan guru ganti. 3.11 Sekolah SKBJ telah berada di landasan yang baik walaupun terdapat kekurangan. PIBG dicadangkan agar mencari dana-dana tambahan. 3.12 Laman Web merupakan 1 landasan yang terbaik dalam menghubungkan Ibu bapa dan pihak sekolah. Keputusan peperiksaan boleh dilihat di laman web sekolah. 3.13 Sudah ada permuafakatan antara Guru Besar di Daerah Petaling Perdana. Contohnya perbincangan mengenai cuti-cuti perayaan dan sekolah ganti pada hari Sabtu. 3.14 Maklumbalas kepada YDP PIBG mengakui bahawa kebanyakan sekolah tiada alatan pemadam api yang mencukupi kerana peruntukan yang tidak mencukupi. 3.15 Pujian kepada semua yang terlibat dalam meningkatkan prestasi sekolah. 3.16 Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2010/2011 dan melancarkan Laman Web Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong.

4.0 Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada AJK PIBG Sesi 2009/2010. 4.1 Puan Guru Besar telah menyampaikan sijil dan cenderamata 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Tn. Haji Ahmad Zamri Bin Kamaruddin Tn. Haji Rohyzam Merican Bin Haji Naina Merican Pn. Izan Salfina Bt Mukin Pn. Shuhaila Bt Osman Tn. Haji Rohyzam Merican Bin Haji Naina Merican Tn. Haji Isa Bin Omar Lt. Kol. (B) Dr. Mohd. Salleh Bin Haji Nordin Prof. Madya Haji Kamran Bin S. Ali Prof. Dr. Zainab Bt Mohd Noor (Yang Dipertua) (Naib Yang Dipertua) (Setiausaha) (Bendahari) (AJK) (AJK) (AJK) (AJK) (AJK) 5

10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 4.2 4.3 4.4 4.5

Pn. Safura Bt Atan En. Hakimi Bin Mohamad En. Khairul Azwar Bin Ab. Razak En. Mohd Hussairy Bin Daud Cik Nurul Huda Bt Zubair En. Wan Hisyamuddin Bin Wan Kar Pn. Zurina Bt Musa Encik Ahmad Fahmy b. Sallehudin Pn. Nurul Fatmie bt Mohamad Nafi

(AJK) (AJK) (AJK) (AJK) (AJK) (AJK) (AJK) (Juru Audit) (Juru Audit)

Tn YDP menyampaikan cenderamata kepada Guru Besar dan semua GPK Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada Tn. YDP. Cenderamata sumbangan kepada Encik Shamsul Azhar Sesi Pengambaran AJK PIBG Sesi 2009/2010.

5.0 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-7 5.1 5.2 5.3 Dibentangkan oleh YDP PIBG Tn. Haji Ahmad Zamri bin Kamarudin Encik Kumaresan mencadangkan minit mesyuarat PIBG ke-7 disahkan Pn. Kamarul Azlin bt Ibrahim menyokong

6.0 Membentang dan mengesahkan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2009/2010 (Rujuk mukasurat 39 44) 6.1 6.2 6.3 Dibentangkan oleh Pn. Izan Encik Mohd Zuhair b. Zainal mencadangkan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2009/2010 disahkan Encik Kumaresan menyokong

7.0 Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2009/2010 berakhir Disember 2009. (Rujuk mukasurat 25 38) 7.1 Dibentangkan oleh Cik Nurul Huda. Baki penyata kewangan ialah sebanyak RM51550.83 dibawa ke hadapan 7.2 Guru Besar menjawab pertanyaan tentang akaun Tumpangan. Guru Besar mengucapkan terima kasih atas komitmen ibubapa. 7.3 Tn. YDP menjelaskan yuran PIBG tersebut ialah minima yang perlu dibayar oleh ibubapa. Ibubapa dialu-alukan menambah sumbangan kepada PIBG. 7.4 Encik Akmal Hisham b. Abdullah memberikan cadangan supaya perbanyakkan aktiviti supaya wang yang dibawa dari tahun ke tahun tidak terlalu banyak. 7.5 Tn. YDP menjelaskan bahawa perbelanjaan tersebut hingga Disember 2009. Tn. YOP setuju agar di[erbanyakkan aktiviti. 6

7.6

Pn. Kamarul Azlin bt. Ibrahim mencadangkan agar Penyata Kewangan PIBG Sesi 2009/2010 disahkan.

7.7

Pn. Norhah bt Marzuki menyokong.

8.0 Penetapan bayaran Tambahan 8.1 YDP memaklumkan bayaran tahunan terbahagi kepada 2 iaitu Bayaran Tambahan RM41 dan PIBG RM50. Bayaran bagi Tahun 6 ialah sebanyak RM100.00

9.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2009/2010 dan Perlantikan Pengerusi Sementara 9.1 9.2 9.3 Tn YDP memaklumkan kepada semua ahli PIBG bahawa AJK PIBG Sesi 2009/2010 dibubarkan. Encik Rohyzam Merican mencadangkan agar Encik Hakimi dilantik sebagai Pengerusi Sementara, Encik Kumaresan menyokong.

10.0

Pemilihan AJK PIBG SK Bukit Jelutong Sesi 2010/2011. 10.1 Pengerusi sementara menjemput semua AJK PIBG 2010 (Pihak Guru) hadir ke hadapan. (Sila rujuk mukasurat 98) 10.2 Melantik YDP PIBG Encik Mohd Yusoff mencadangkan agar kepimpinan PIBG yang lama dikekalkan. Encik Mohd Zuhair menyokong. Pn. Norhah mencadangkan mengekalkan YDP dan Naib YDP. Manakala AJK diundi semula. Pn. Kamarul Azlin menyokong. Tn. Haji Ahmad Zamri dikekalkan sebagai YDP PIBG Sesi 2010/2011. Encik Rohyzam Merican b. Hj. Naina Merican dikekalkan sebagai Naib YDP PIBG SKBJ Sesi 10.3 2010/2011.

Melantik AJK PIBG SKBJ Sesi 2010/2011.

Pn. Norhah mencadangkan Encik Akmal Hisham Encik Rohyzam menyokong

(72 undi)

Pn. Intan Syuhada mencadangkan Kamarul Azlin Pn. Norhah menyokong

(69 undi)

Pn. Rashidah Abd Rahim mencadangkan Pn. Nita bt Arifin

(67 undi) 7

Pn. Anna menyokong

Encik Mohd Radzi mencadangkan Pn. Zainab bt. Mohd Noor. Pn. Rosni menyokong

(99 undi)

Cik Nurul Huda mencadangkan Dr Kamran Encik Kumaresan menyokong

(66 undi)

Pn. Jaya mencadangkan Encik Kumaresan Pn. Norlaily menyokong

(33 undi)

Pn. Khairani mencadangkan Encik Mohd Yusof Encik Khairy menyokong

(61 undi)

Pn. Norhah mencadangkan Dr Salleh Encik Rohyzam menyokong Pn. Norazlinda mencadangkan Datin Laila Encik Kumaresan menyokong

(98 undi)

(37 undi)

Encik Salleh Nordin mencadangkan Pn. Norhah Pn. Sapura menyokong

(28 undi)

Pn. Haslina menyokong 10 cadangan tersebut

10.4 10.5

Undian telah dibuat. Hanya 6 orang wakil dari pihak ibubapa sahaja dipilih. Encik Rahyzam telah mencadangkan Tn. Haji Isa b. Omar dilantik sebagai Juru Audit dalaman PIBG SKBJ Sesi 2010/2011. Encik Kamran menyokong

10.6

Senarai AJK PIBG Sesi 2010/2011

JAWATAN YDP Naib YDP Setiausaha Bendahari AJK (IB) AJK (IB) AJK (IB) AJK (IB) AJK (IB) AJK (IB) AJK (Guru) AJK (Guru) AJK (Guru) AJK (Guru) AJK (Guru) Juru Audit (IB) Juru Audit (Guru)

NAMA Tn Haji Ahmad Zamri b Kamaruddin En. Rohyzam Merican b. Haji Naina Merican Cik Zaidelinda bt. Zainal Abidin Pn. Nurul Fatmie bt Mohamad Nafi Encik Akmal Hisham Pn. Anita Ariffin Dr Zainab Mohd Yusof Dr Kamran S. Ali Dr Salleh Hj Nordin Pn Kamarul Azlim Encik Hairul Anwar b. Mohd Idris Pn Masri bt. Ariffin Pn. Jamaayah bt Abdul Rahman Encik Shaharonnizam b. Hashim Pn. Amelia bt. Shaadan Tn Hj Isa b. Omar Encik Amir Assokan b. Abdullah

CATITAN Dikekalkan Dikekalkan Lantikan Sekolah Lantikan Sekolah Dilantik Dilantik Dilantik Dilantik Dilantik Dilantik Lantikan Sekolah Lantikan Sekolah Lantikan Sekolah Lantikan Sekolah Lantikan Sekolah Dilantikan Lantikan Sekolah

10.7

PIBG dan pihak sekolah telah bersetuju untuk melantik bendahari baru iaitu Pn. Nurul Fatmie bt Mohamad Nafi menggantikan Pn. Shuhaila bt Othman sebagai bendahari lama..

11.0

Pembentangan Usul 11.1 11.2 Antara usul-usul yang diterima dan dibentangkan oleh YDP ada di mukasurat 64 Encik Mohd Yusof memberikan pujian ke atas buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang tebal dan padat 11.3 11.4 11.5 11.6 Encik Rohyzam berminat mengambil Encik Mohd Yusuff sebagai AJK Keselamatan Pn Fatimah Ishak ingin menumbang dari segi kepakaran mengajar Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas kerjasama Ibubapa dan guru-guru. NYDP meminta mandat daripada ibubapa tentang projek penambahbaikkan bangunan dewan dan peruntukkan CCTV (sebutharga RM20,000 RM30,000)

11.7 11.8

Guru Besar meminta diadakan interkom di setiap kelas. Segala usul dan cadangan akan diberikan kepada AJK PIBG yang baru untuk dibincangkan pada mesyuarat yang akan diadakan kelak.

11.9

Antara aktiviti yang dicadangkan untuk mengutip dana PIBG di SKBJ: 1. Talent Day 2. Malam Amal 3. Bacathon 4. Aerobicthon 5. Hari Kantin 6. Golf Tournament 7. Karnival SKBJ 8. Jogathon

12.0

Ucapan Penangguhan 12.1 Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas perbincangan yang berjalan dengan lancar dan harmoni 12.2 YDP mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama semua ahli-ahli PIBG yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2010/2011. Beliau mengharap agar kerjasama dapat diteruskan demi kecemerlangan SKBJ.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang

Disediakan oleh

---------------------------(CIK ZAIDELINDA BT ZAINAL ABIDIN) Setiausaha Kehormat PIBG SK BUKIT JELUTONG Sesi 2010/2011 Disahkan oleh

------------------------------(TN HJ. AHMAD ZAMRI B KAMARUDDIN) Yang Dipertua PIBG SK BUKIT JELUTONG Sesi 2010/2011 10

You might also like