You are on page 1of 26

PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan kerana memberikan kesihatan yang baik, kekuatan dan sokongan moral yang teguh

dalam menyiapkan tugasan ini. Ucapan jutaan terima kasih atas sumbangan dan sokongan kepada mereka yang telah membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini. Sokongan daripada pensyarah amat membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan tulus ikhlas ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sekelas yang banyak memberi pendapat dan paduan. Berkongsi maklumat tentang memantapkan tugasan yang diberikan. Penghargaan yang tidak terhingga buat keluarga yang tercinta kerana sokongan yang berterusan serta memahami dalam masa sukar dan senang adalah sangat bermakna buat saya. Akhir sekali, saya juga sangat bersyukur kepada majikan yang membenarkan saya untuk meneruskan pembelajaran saya dalam bidang ini.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 1

ISI KANDUNGAN

ISI PENGHARGAAN RUJUKAN

MUKA SURAT 2 23

1.0 2.0

PENGENALAN KEADAAN MASYARAKAT MALAYSIA


2.1 2.2 2.3 2.4 2.5

4 5 5 5 6 7 8 9 9 9 10 10

Masyarakat Sebelum Penjajahan Masyarakat Semasa Penjajahan Masyarakat Zaman Darurat sehingga Pembentukan Malaysia Masyarakat Majmuk Hubungan Etnik Masa Kini

3.0

PEMBINAAN JATI DIRI


3.1 3.2 3.3 3.4

Islam Sebagai Agama Persekutuan Ketuanan Melayu Ekonomi Kedudukan Bahasa Melayu

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 2

4.0

CABARAN CABARAN PRO DAN KONTRA HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


4.1

11 12 12 13 14

Cabaran Hubungan Etnik dari Sudut Sosial


i.

Pemisahan Fizikal

ii. Sistem Pendidikan Yang Berasingan iii. Poralisasi Dalam Kalangan Pelajar

4.2

Cabaran Hubungan Etnik dari Sudut Ekonomi i. Dominasi Sektor Ekonomi ii. Perbezaan Pekerjaan

15 15 16 18 20 21 21 22

4.3 4.4 4.5 4.6 5.0

Cabaran Hubungan Etnik dari Sudut Politik Cabaran Hubungan Etnik dari Sudut Agama dan Budaya Cabaran Intraetnik dan Interetnik Cabaran Globalisasi

KESIMPULAN

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 3

1.0

PENGENALAN Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang.

Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bermaksud, wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas apabila anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnik adalah berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan lain-lain suku lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan dianggap ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral. Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai etnik atau masyarakat majmuk. Kepelbagaian etnik di Malaysia wujud hasil daripada sejarah yang berlaku beratus-ratus tahun dahulu. Namun dengan adanya kepelbagaian etnik, kita berdepan dengan dengan banyak persoalan hubungan etnik dan cabarannya. Keadaan pluraliti masyarakat Malaysia yang unik ini boleh menyebabkan berlaku ketegangan. Masyrakat kini perlu memahami persoalan sejarah lampau atau latar-belakang sejarah kita yang membawa kepada perpaduan yang dicapai pada hari ini. Pemahaman mengenai hubungan etnik dan cabarannya perlu menjadi asas dalam mengekalkan keharmonian Negara. Kesepakatan tiga etnik terbesar negara ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 membolehkan rakyat menikmati kuasa politik yang sama rata dengan dasar perkongsian kuasa.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 4

Dasar pengagihan kekayaan, pembangunan masyarakat yang adil di sisi undangundang, amalan demokrasi serta kontrak sosial di antara kepelbagaian kaum menghasilkan keharmonian masyarakat Malaysia. Konsep perkongsian kuasa, pengagihan pendapatan negara secara adil, peluang pendidikan yang sama di antara kaum, kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan negara, perlindungan terhadap kaum minoriti serta dasar-dasar yang lain, telah dapat menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum dan etnik di negara kita. 2.0 2.1 KEADAAN MASYARAKAT MALAYSIA Masyarakat Sebelum Penjajahan Bangsa Melayu adalah penduduk asal di Nusantara merujuk kepada sejarah awal di Tanah Melayu . Kemunculan kerajaan-kerajaan seperti kerajaan Kedah Tua, Srivijaya dan Majapahit adalah lambang kemunculan Tamadun Melayu. Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka memperkukuhkan lagi bahawa bangsa Melayu adalah bangsa terawal dan penduduk asal di Nusantara. Kerajaan-kerajaan awal ini terkenal sebagai pusat perdagangan, bahasa Melayu sebagai lingua franca, penggunaaan tulisan Jawi dan kekuatan agama Islam di alam Melayu. 2.2 Masyarakat Semasa Penjajahan Penjajahan meninggalkan kesan mendalam terhadap hubungan etnik dan

pembangunan politik Malaysia. Di Semenanjung Malaysia, penjajahan Inggeris mewujudkan masyarakat pelbagai etnik melalui kemasukan orang Cina dan India sebagai buruh. Mereka diasingkan dengan penduduk tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem persekolahan, dan menyukarkan untuk berinteraksi sesama kaum. Penjajahan Jepun pula mengamalkan dasar pembahagian yang jelas antara kaum menyebabkan meningkatnya perasaan permusuhan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara kaum. Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik
M/S 5

Pengisytiharan James Brooke sebagai Raja Sarawak bermulanya penjajahan British ke atas Sarawak. Orang Cina mula dibawa masuk bekerja di sektor perlombongan, penanaman lada, sagu, gambir dan juga getah. Broke mengamalkan dasar mengasingkan kumpulan etnik mengikut kepentingan kepada pentadbiran British. Perhubungan antara etnik-etnik berasaskan ekonomi. Mengasingkan setiap kumpulan etnik di Sarawak mengikut petempatan dan pekerjaan yang berlainan bagi mengelakkan pertelingkahan dan pertumpahan darah yang membawa kepada pengenalan etnik berdasarkan tempat tinggal. Di Sabah, British membawa orang Cina masuk bagi memenuhi keperluan dalam sektor peladangan seperti tembakau, getah, kayu balak dan perlombongan. Hubungan etnik di Sabah dicorakkan oleh penempatan penduduk bumiputera dan bukan bumiputera serta Bumiputera bukan Islam dan Bumiputera Islam. Sistem penempatan dibentuk melalui sistem kepercayaan di kalangan penduduk; Bumiputera Islam (Bajau, Idahan, Iranun, Sulu, Bisaya, Melayu-Brunei dan Orang Sungai) dan Bumiputera bukan Islam (Dusun, Murut, Rungus). 2.3 Masyarakat Zaman Darurat sehingga Pembentukan Malaysia Persoalan hubungan etnik menjadi semakin rumit selepas darurat diisytiharkan terutama antara kaum Melayu dan Cina. Selepas tragedi 13 Mei 1969, masalah hubungan etnik dirumitkan lagi dengan penubuhan Malayan Union yang ditolak oleh Melayu dan diterima oleh kaum Cina dan India terutama berkaitan dengan isu kewarganegaraan. Apabila British memperkenalkan rancangan penempatan semula yang membataskan pergaulan kaum Melayu yang ditempatkan di Kampung Melayu dan kaum Cina di Kampung Baru persoalan hubungan etnik semakin meruncing.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 6

Isu utama politik ketika ini seperti penguasaan ekonomi oleh golongan pendatang, penglibatan kaum Cina dalam politik Tanah Melayu serta perjuangan etnik mempertahankan budaya, bahasa dan pendidikan. Dalam proses pembentukan Malaysia, penyatuan etnik dipupuk melalui dasar-dasar kerajaan berkaitan pendidikan dan ekonomi serta kerjasama politik melalui Perikatan. 2.4 Masyarakat Majmuk Masyarakat majmuk di Malaysia bermula dengan kemasukan orang Cina dan India semasa penjajahan British. Setiap kaum mengamalkan dan mengekalkan identiti, kebudayaan dan adat resam masing-masing yang boleh dilihat dari sudut ekonomi, politik dan sosial. Dari sudut sosial, orang Melayu sebagai penduduk terawal Tanah Melayu kebanyakkannya terlibat dalam bidang pertanian dan tinggal di kawasan luar Bandar, orang Cina pula menetap di bandar-bandar dan bekerja dalam perusahaan bijih timah. Manakala, orang India bekerja di estet-estet dan menetap di situ. Dalam bidang pendidikan, peringkat awal setiap kaum mempunyai sekolah aliran tersendiri dengan sukatan pelajaran yang masih lagi berdasarkan kepada sukatan yang diamalkan di negara asal. Dalam bidang politik, kepelbagaian masyarakat membawa kepada kelahiran kepelbagaian parti politik untuk seperti UMNO dan PAS mewakili orang Melayu, MCA dan DAP gerakan mewakili kaum Cina, dan MIC mewakili kaum India yang menjaga kepentingan kaum masing-masing.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 7

i. Berikut adalah faktor konflik masyarakat yang timbul:

Perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurang interaksi. Perbezaan pekerjaan dan tempat tinggal serta prasangka dan prejudis yang menebal. Keengganan anggota masyarakat untuk membuka dunia sosial kepada masyarakat lain dan kecenderungan untuk mengekalkan identiti masing-masing.

2.5

Dominasi sesuatu kaum dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan. Bilangan anggota masyarakat majoriti dan minoriti lebih kurang sama. Hubungan Etnik Masa Kini Pada hari ini, perpaduan Pelaksanaan dasar-dasar awam kerajaan berkaitan sosial,

pendidikan dan ekonomi bagi mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. Antaranya melalui Majlis Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Gagasan 1Malaysia, Rancangan-Rancangan Ekonomi dan sebagainya. Di Sarawak, perhubungan etnik semakin baik melalui perkahwinan campur, toleransi agama, kesedaran melalui pendidikan dan sebagainya. Manakala di Sabah perhubungan etnik harmoni kerana penduduk meletakkan keutamaan kebudayaan dalam urusan kehidupan bermasyarakat berbanding pembezaan keagamaan serta ikatan kekeluargaan yang lebih kuat berbanding agama.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 8

3.0

PEMBINAAN JATI DIRI Jati diri ialah ciri-ciri, gambaran atau keadaan khusus seseorang. Jati diri seseorang

merupakan identiti bangsa, keperibadian nasional, semangat kebangsaan, patriotisme dan kewarganegaraan yang semuanya menjurus kepada ketahanan dan kemurnian nilai sesuatu bangsa. Oleh itu, jati diri adalah sesuatu yang kita miliki bersama, mempunyai nilai sendiri, dihayati secara kolektif dan dominan sifatnya yang dapat mencirikan rupa dan peribadi bangsa. Samada tentang semangat, sikap,pendirian, kepercayaan, tekad dan visi bangsa. 3.1 Islam Sebagai Agama Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan Per 3 (1) memeteraikan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan kaum lain bebas menganuti agama mereka tetapi keutamaan diberikan kepada agama Islam dalam perancangan-perancangan. Namun apa yang lebih penting yang perlu dilihat juga ialah kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam beragama dan setiap manusia harus seharusnya saling kenal mengenali antara satu sama lain. 3.2 Ketuanan Melayu Hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Per 153 dibuat kerana mereka adalah kaum majority di Malaysia. Tetapi semua rakyat berhak mengundi dalam pilihanraya. Kaum Cina, India dan Kadazan, Dusun, Iban dan lain-lain lagi tidak dipinggirkan dalam pembentuk jati diri rakyat Malaysia. sebagai seorang rakyat yang merdeka, semua kaum terlibat dalam pembangunan negara.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 9

3.3

Ekonomi Seluruh rakyat Malaysia mengakui kebijaksaan kaum Cina dalam bidang ekonomi

Negara menambahkan lagi jurang ekonomi antara kaum. Hal ini tidak membantu sesebuah Negara untuk maju dan boleh menyebabkan hasad dengki dan ketidakpuasan hati antara kaum lain. Oleh itu pembinaan jati diri juga hendaklah mengambil kira faktor ini supaya kemewahan negara tidak diwarisi oleh satu-satu kaum sahaja.

3.4

Kedudukan Bahasa Melayu Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dana bahasa rasmi Malaysia di bawah

Per 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjadi medium utama mencapai keutuhan dan perpaduan antara kaum. Kebebasan untuk bertutur dan belajar bahasa ibunda tidak dilarang. Oleh itu, pembinaan jati diri penting agar tidak timbul perbalahan antara etnik

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 10

4.0

CABARAN CABARAN PRO DAN KONTRA HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Sesebuah negara yang berbilang kaum akan menghadapi pelbagai cabaran dan perlu

ditanggani secara bersama. Cabaran-cabaran seperti dalam bidang ekonomi, politik dan sosial akan sentiasa berlaku. Selain itu, cabaran yang bersifat global juga perlu ditanggani dengan berhemah supaya kita dapat mengekalkan keamanan negara kita. Cabaran-cabaran ini mempunyai pro dan kontranya dalam membentuk masyarakat majmuk yang harmoni. Kekeruhan hubungan etnik sebelum merdeka, khususnya selepas Perang Dunia Kedua, memang menonjol tetapi jarang ditonjolkan. Yang selalu ditonjolkan adalah kekeruhan hubungan etnik pasca merdeka, iaitu, peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Semenjak itu, kita berusaha untuk mencari dan mengekalkan butirbutir mutiara kejernihan yang dapat kita tangguk dari kekeruhan tersebut. Malaysia mempunyai senario hubungan etnik yang turun naik dan sejarah konflik antara kaum seperti berikut: Selepas pendudukan Jepun 1941 Bukit Mertajam, 1964 Kuala Lumpur, 1965 Pulau Pinang, 1967 Peristiwa 13 Mei 1969 Iktibar Peristiwa 13 Mei Kerosakan harta benda dan nyawa Darurat dan perintah berkurung Kedudukan orang Melayu dicabar

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 11

4.1

Cabaran Hubungan Etnik dari Sudut Sosial Kita dapat simpulkan bahawa terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi untuk

mengekalkan keharmonian Malaysia yang kita kecap selama ini. Cabaran utama yang perlu adalah dari aspek sosial yang dapat dilihat melalui empat paradigm yang berlainan dari sudut: i. Pemisahan Fizikal Pemisahan fizikal berlaku kesan daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British semasa penjajahan mereka. Kaum Melayu, Cina dan India bukan sahaja terasing dari segi tempat tinggal tetapi mereka juga mempunyai pekerjaan yang berbeza. Di Sabah dan Sarawak pula pemisahan fizikal dipengaruhi dengan faktor geografi iaitu terpisah oleh Laut China Selatan. Dasar yang diamalkan oleh British ini mempunyai lebih banyak maklum balas yang negatif daripada positif antaranya ialah : Maklum Balas Positif 1. Perubahan ekonomi dengan terbentuknya bandar seperti Kuala Lumpur
2. Aktiviti perladangan berkembang.

Maklum Balas Negatif


1. Setiap kaum tidak mengenal atau berinteraksi dengan kerap kerana mereka hanya

berjumpa di pasar atau pejabat sahaja.


2. Merenggangkan hubungan dan menyukarkan interaksi kerana setiap kaum tidak mahu

memahami agama, budaya dan adat resam kaum lain.


3. Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme yang dapat menimbulkan

masalah sekiranya bertemu dengan kaum lain.


4. Bidang pekerjaan dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja. Kaum Cina berniaga, kaum

India bekerja di estet, kaum Melayu bercucuk tanam. ii. Sistem Pendidikan Yang Berasingan

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 12

Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran, iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Setiap golongan etnik mempunyai system pendidikannya tersendiri yang di bawa dari negara asal mereka. Sistem pendidikan yang terasing ini bermaksud: Jenis Sekolah Kaum Bahasa Perantaraan Sukatan Pelajaran Sekolah Inggeris Sekolah Melayu Pelbagai Kaum Bahasa Inggeris Dari British Melayu Bahasa Melayu Berasakan Islam Sekolah Cina Cina Bahasa Cina Dari China Sekolah Tamil India Bahasa Tamil Dari India

Sistem pendidikan yang terasing yang mengikut bahasa ibunda perbezaan etnik ini menyukarkan proses memupuk integrasi dan persefahaman antara pelajar. Sekolah mengikut etnik ini ada kebaikannya dan juga keburukannya yang boleh mencetus kontroversi seperti: Kebaikan
1. Pelajar tidak mengabai dan melupakan bahasa ibunda mereka.

2. Keselesaan belajar sesama mereka tanpa memikirkan percanggahan agama dan budaya dengan kaum lain. 3. Semangat antara kaum bertambah.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 13

Keburukan
1. Pelajar-pelajar tidak berpeluang untuk bercampur gaul dengan pelajar dari

kumpulan etnik yang berlainan akan menyulitkan proses pembentukan perpaduan dan persefahaman di kalangan pelajar. 2. Semua etnik hanya mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak mahu menerima bahasa ibunda kaum lain.
3. Sukatan pembelajaran yang berlainan juga menyebabkan ketidakseragaman

dalam pendidikan dan menyukarkan setiap pelajaran untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
4. Corak pendidikan yang berbeza-beza mendatangkan impak yang tidak baik

kepada penstrukturan negara kerana mendatangkan kerumitan kepada bakal pemimpin negara mencapai kesepakatan daripada etnik yang berbeza.
iii. Poralisasi Dalam Kalangan Pelajar

Dari sudut poralisasi, masih dapat kita lihat bahawa terdapat lagi keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Jika kita lihat pada masa kini, masih terdapat ibu bapa kurang yakin untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih suka menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana berpendapat struktur pendidikan di sekolah tersebut lebih menjamin kecemerlangan akademik anak mereka.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 14

4.2

Cabaran Hubungan Etnik dari Sudut Ekonomi Melalui aspek ekonomi terdapat dua cabaran yang perlu ditekan untuk membentuk

hubungan etnik yang berjaya iaitu: i. Dominasi Sektor Ekonomi Penguasaan ekonomi memperluaskan jurang antara setiap etnik di Malaysia. Kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak menguasai sektor pertanian yang menggunakan banyak tenaga dan menggunakan teknologi yang rendah. Secara umumnya, kaum Cina menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan menggunakan teknologi moden. Dalam sektor perladangan getah dan kelapa sawit, kaum India telah lama berkecimpung dalam sektor ini. Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Ini membuktikan bahawa dengan adanya jurang pendapatan yang begitu besar dan tidak seimbang dalam ekonomi Negara Malaysia. Penguasaan ekonomi yang berbeza-beza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang boleh mengundang ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Pendapatan yang sedikit melalui sektor pertanian berteknologi rendah yang dijalankan oleh kaum Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Bagi kaum India, pendapatan akan bertambah sekiranya harga getah dan kelapa sawit meningkat di pasaran dunia. Manakala peneraju kepada hampir 80 peratus perniagaan di Malaysia iaitu etnik Cina akan terus meningkat dan hidup mewah tetapi mereka tidak berpuas hati kerana keutamaan diberikan kepada kaum Bumiputera. Mereka mempunyai hak kerana sumbangan mereka dalam membangun ekonomi Malaysia.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 15

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua dari 1971-1975 menunjuk kerajaan ingin mencapai kesaksamaan, keselesaan dan keseimbangan masyarakat berbilang kaum. DEB dilancarkan untuk memacu perpaduan negara untuk jangka masa yang panjang. Dominasi kaum tertentu dalam sektor-sektor ekonomi negara dapat mewujudkan daya saing antara kaum yang lain untuk menceburi bidang ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan mereka dan keluar dari kepompong kemiskinana jika mereka berpandangan jauh dan bersikap positif. Namun begitu, perkara ini sukar dicapai kerana persoalan hubungan etnik melibatkan banyak perkara yang perlu diteliti dan difahami oleh setiap kaum agar keharmonian tetap terjaga. ii. Perbezaan Pekerjaan Perbezaan pekerjaan di antara kaum pada zaman penjajahan dan selepas merdeka menghalang interaksi yang lebih kerap. Kaum Melayu, Cina dan India tidak tinggal di wilayah atau kawasan yang sama. Mereka tinggal di mana mereka bekerja dan oleh itu perhubungan antara kaum tidak rapat dan harmoni. Interaksi cuma berlaku di kalangan etnik yang sama sahaja. Semangat perkauman terus menebal dalam diri setiap rakyat. Walaupun, setiap kaum boleh hidup harmoni di kalangan etnik mereka, namun kaumkaum lain merasakan bahawa mereka dipinggirkan daripada menikmati kemakmuran negara yang seharusnya dikongsi bersama. Kita tidak nafikan bahawa persaingan yang sihat wujud tetapi hanya sebahagian kecil sahaja yang bersaing secara positif. Ketidak seimbangan dan persaingan negatif melahirkan ketidakstabilan dalam masyarakat.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 16

Hari ini, kita masih dapat melihat bahawa jurang pekerjaan antara kaum masih ada dan mungkin hanya berkurang sedikit sahaja berbanding dahulu. Sektor perniagaan masih didominasi oleh kaum Cina. Ramai bumiputera dan kaum India mula berkecimpung dalam perniagaan mula meningkat. Jika kita lihat pada hari ini terdapat hanya sesetengah etnik sahaja yang memegang jawatan tertentu dalam sesuatu sektor pekerjaan seperti: Golongan Profesional
Doctor

majoriti daripada kaum Cina dan India majoriti daripada kaum India majoriti daripada kaum India dan Cina

Peguam Jurutera

Penjawat Awam
Jururawat majoriti daripada kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak Tentera Guru

majoriti daripada kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak majoriti daripada kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

Terjadi juga ketidakadilan dalam pembahagian sektor pekerjaan yang produktif. Sesetengah pihak akan memilih pekerja yang terdiri daripada agama atau etnik yang sama dengan mereka. Hal ini juga akan menimbulkan ketidakpuansan hati sesetengah pihak yang benar-benar layak dan berkebolehan untuk menjawat jawatan tersebut dan seterusnya boleh menimbulkan pertelingkahan antara kaum.Perpaduan negara tidak boleh digapai seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskin dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 17

4.3

Cabaran Hubungan Etnik dari Sudut Politik Dari sudut politik pula politik perkauman yang kuat dan sempit akan menyukarkan

cabaran hubungan etnik yang sedia ada. Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing seperti UMNO dan PAS merupakan parti orang Melayu , parti kaum Cina Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan dan Kongres India Tanah Melayu (MIC) ialah parti kaum India. Setiap persatuan hanya akan menyuarakan, memperjuangkan kepentingan kumpulan dan kelangsungan etnik yang diwakilinya. Keadaan seperti ini sudah tentu gagal untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dalam segenap bidang kerana mereka sukar menerima pemimpin dari kaum lain. Selain itu, demi kepentingan kaum mereka dan juga etnik mereka maka isu-isu seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama dan lain-lain akan digunakan sebagai senjata masing-masing. Usaha kerajaan untuk memperbaiki hubungan etnik, cabaran hubungan etnik dari sudut politik diatasi melalui integrasi politik dengan penubuhan Parti Perikatan pada tahun 1945 yang terdiri daripada gabungan tiga parti iaitu UMNO, MCA dan MIC. Penggabungan tiga parti ini mencipta satu hubungan kerja padu untuk membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya pertama pada 1952. Kepimpinan UMNO dalam Parti Perikatan dapat menarik minat masyarakat Melayu yang menentang pembentukan Malayan Union. Keperluan kaum Cina disuarakan melalui hubungan baik pemimpin MCA dengan kerajaan. Manakala kaum India pada mula kurang memberikan sokongan terhadap MIC sebelum menyertai Parti Perikatan kerana pemimpinnya kurang menyuarakan kepentingan orang India.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 18

Keutuhan Perikatan adalah kerana pucuk kepimpinannya yang sanggup bekerjasama dan tidak memandang perbezaan kaum sebagai satu halangan untuk mencapai kemenangan dan perpaduan. Namun begitu, walaupun UMNO, MCA dan MIC di bawah satu komponen yang sama, namun parti-parti politik ini masih lagi berasaskan perkauman. Kejadian 13 Mei 1969 menjadi bukti bahawa kuatnya kecurigaan antara golongan etnik mengenai pendidikan dan bahasa. Kejadian ini mengukuhkan semangat perkauman yang menebal. Selepas peristiwa berdarah itu, penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dicipta untuk membina satu ideologi kebangsaan dan menyusun program sosial dan ekonomi yang baru. Jelas bahawa setiap cabaran yang kita hadapi terdapat pro dan kontra dalam persoalan hubungan etnik. Rukun Negara diisytiharkan dengan rasmi. Sekatan membincangkan isu-isu sensitif juga tersenarai dalam pindaan perlembagaan.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 19

4.4

Cabaran Hubungan Etnik dari Sudut Agama dan Budaya Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat, bahasa dan kebudayaan yang berlainan

yang mencerminkan diri mereka dan asal usul mereka. Adalah menjadi tanggungjawab seseorang untuk mengekalkan entiti diri dan mengingati asal usul mereka agar generasi seterusnya tidak lupa akan agama, adat istiadat, bahasa dan kebudayaan nenek moyang mereka. Namun begitu, jikalau setiap etnik begitu asyik dengan semangat kekita di kalangan etnik mereka sahaja boleh mengundang masalah membentuk satu masyarakat majmuk yang ulung. Antara kesan-kesan negatif yang kita boleh lihat ialah setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka dan mereka juga tidak mengendahkan apalagi mengetahui adat kebudayaan etnik yang lain. Masing-masing hanya mengutamakan etnik mereka dan menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Selain dari itu, kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing. Mudah terjadinya konflik di antara kaum. Mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan pekerjaan, memilih sahabat dan mencari teman hidup. Perkara ini sukar diubah kerana sudah menjadi amalan mereka dan mereka akan mempunyai masalah berkominukasi menggunakan bahasa yang boleh difahami semua etnik.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 20

4.5

Cabaran Intraetnik dan Interetnik Penubuhan parti-parti politik untuk bertanding dalam pilihanraya melalui sistem

demokrasi yang diamalkan Malaysia boleh mencetuskan konflik antara sama sama lain. Negara pernah dilanda oleh peristiwa genting akibat keadaan politik yang tidak stabil. Perkara-perkara buruk ini perlu dielakkan untuk mengekalkan perpaduan seperti: terlalu extremism dalam melaksanakan sesuatu bersifat chauvanism atau taksub dengan hanya menganggap kumpulannya sahaja yang betul dan orang lain tidak fanaticism atau membabi buta dalam melaksanakan sesuatu tanpa mempedulikan pendapat orang lain bahkan menolak sekeras-kerasnya pandangan orang lain. Cabaran hubungan intra etnik contohnya kewujudan pelbagai parti politik yang mewakili kelompok kaum yang sama umpamanya dalam masyarakat Melayu ada parti UMNO dan PAS akan menyebabkan berlaku ketidak sefahaman antara sesama kaum. Kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili dan didominasi oleh etnik yang sama juga sedikit sebanyak telah menimbulkan hubungan tidak baik antara etnik. 4.6 Cabaran Globalisasi Rakyat Malaysia pada masa kini perlu mengharungi arus globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat yang menjadi cabaran bagi mereka. Dari sudut positif rakyat dapat bergerak maju sejajar dengan penggunaan teknologi terkini dan pentadbiran yang lebih sistematik. Kita dapat merasai perbezaan pentadbiran yang sistematik dalam penggunaan teknologi seperti penggunaan MYKAD, melakukan urusan bank dengan perkhidmatan jalur lebar dan banyak lagi. Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik
M/S 21

Pengaruh dari luar dan bersifat kebaratan ini mewujudkan pelbagai unsur negatif dari segi budaya hedonism yang banyak memesongkan para remaja bangsa yang bakal menerajui negara. Budaya yang tidak sihat ini menjerumuskan remaja ke dalam kancah jenayah, pakaian yang tidak beretika serta pergaulan bebas. Sains dan teknologi memusnahkan ramai golongan muda dengan pornografi yang memesongkan jiwa dan pegangan agama mereka. Kehalusan dan adat ketimuran rakyat Malaysia semakin pudar kerana pengaruh negatif dari Barat. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, perhatian yang harus diutamakan adalah perpaduan kaum kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk. Perkara ini dapat menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Dari segi politik, setiap pemimpin dan bakal pemimpin negara harus mempunyai niat untuk menginstitusikan hubungan etnik. Niat ini harus dicetuskan oleh kesedaran tentang pentingnya hubungan etnik. Kemahuan akan tercetus untuk menyertai aktiviti dalam membentuk pelan tindakan yang berkesan. Dengan adanya badan induk yang menjadi faktor pemangkin kepada semua program hubungan etnik dan integrasi yang melibatkan critical mass seperti Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) dan Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN). Selain itu, dari faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan

kejayaan hubungan etnik di Malaysia. Pengajaran yang dapat kita pelajari dan ingati ialah peristiwa 13 Mei 1969. Hubungan etnik dan integrasi hanya boleh terhasil jika keperluan asas untuk meneruskan hidup dipenuhi dan suara setiap kaum didengar oleh pemimpin.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 22

Agama Islam telah memberi pengaruh yang mendalam dalam pertumbuhan dan perkembangan Tamadun Malaysia. Dengan majoriti penduduk beragama Islam, maka sewajar Islam menjadi asas hubungan etnik dan integrasi nasional kerana ia serasi dengan majoriti penduduk dan minoritinya. Sebagai agama rasmi, Islam mestilah dihormati kerasmiannya namun ia tidak menghalang kebebasan beragama. Kerajaan juga mestilah mempunyai visi yang sama tentang hala tuju dan hasil integrasi yang diingini agar hubungan etnik dapat mencapai matlamatnya. Gagasan 1Malaysia dan Wawasan 2020 harus dijadikan salah satu paksi terpenting pada keseluruhan gagasan hubungan etnik dan integrasi nasional negara ini. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 23

6.0

RUJUKAN

Abdul Latif Samian. (2005). Hubungan etnik: Reliati, harapan dan cabaran. Prosiding Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS dan Hubungan Etnik Peringkat Kebangsaan 2005. Shah Alam: UiTM. Abdul Latiff Samian. (2005). Hubungan etnik: Realiti, harapan dan cabaran. Seminar Peringkat Kebangsaan Kali ke-4, Pengajaran dan Pembelajaran TITAS di IPT, Anjuran UiTM pada 9-11 Jun 2005. Ahmad Rafizi Salleh. (2003). Islam dan masyarakat majmuk. Dlm. Hasnan Kasan, (Peny.), Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia. Selangor: Fulson Trading. Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd. Asnarulkhadi Abu Samah, & Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Fadzilah bt Abdullah. (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As Noordeen. Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik.(1995). Siri Perpaduan Negara Pendidikan ke arah Perpaduan. Petaling Jaya. Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik.(1995). Siri Perpaduan Negara Perpaduan Antara Kaum. Petaling Jaya. Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik.(1995). Siri Perpaduan Negara Perpaduan Melalui Politik. Petaling Jaya.

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 24

Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik.(1995). Siri Perpaduan Negara Perpaduan Wawasan 2020. Petaling Jaya. Frank. A. G. 1967. Sociology of Under-development and Under-development of Sociology. Catalyst (3):20-73. University of New York: Buffalo. Fauziah Shaffie, & Ruslan Zainuddin. (2000). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd. Hagen, E. H . 1962. On The Teory of social Change. (an adaptation) Feffer & Simons Inc: New York. Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin. (2007). Pengajian Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn.Bhd. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Leonard, & Barbara Andaya. (1983). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz, & Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah. (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Petaling Jaya: Pearson Prentice Hall. Means, G.P. (1976). Malaysian politics. London: Hodder and Stoughton Limited. Milne, R.S, & Auzy, D Mohamad Zaini Abu Bakar. (2005). Hubungan etnik dalam konteks masyarakat Malaysia. Prosiding Seminar Pemantapan Kurikulum

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 25

Osman Bakar.2008. "Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban" dalam Jurnal Peradaban, Kuala Lumpur. Saw Swee dan K. Kesavapany.(2006). Malaysia Recent Trends and Challenges. Singapore. Institute of Southeast Asian Studies Shamsul Amri. 1975. RMK Tujuan dan Perlaksanaanya: Satu Penilaian Teoritis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shamsul Amri Baharuddin (ed.). 2007. Modul Hubungan Etnik. UPENA: Shah Alam Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. (1991). Malaysia Kita. Malaysia. Institut Tadbiran Awam Negara. Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Wan Muhammad Ali. 1977. Islam dan Modenisma. Angkatan Belia Islam Malaysia: Kuala Lumpur. Laman Sesawang: www.penerbit.ukm.my/jademik.html . Di lawati pada 9 hb. Ogos 2007

Cabaran-Cabaran Hubungan Etnik

M/S 26

You might also like