You are on page 1of 12

CADA GA PEMBI AA BA GU A TAMBAHA MAAHAD TAHFIZ AL-QURA WAL-QIRAAT ADDI -6 (IBRAHIM DA FATIMAH) CAWA GA PADA G RE GAS, PERAK

1.

TUJUA Tujuan kertas kerja ini ialah untuk mendapatkan sumbangan bagi membiayai kos pembinaan bangunan tambahan Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN-6 [MTQ ADDIN-6] (Ibrahim dan Fatimah), Cawangan Padang Rengas, Perak.

2.

LATAR BELAKA G

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN [MTQ ADDIN] adalah sebuah institusi pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh yang berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz al-Quran sebagai subjek teras. (Sila lihat Lampiran 1.)

MTQ ADDIN ditubuhkan pada 17 Disember 1993 dan kini dikendalikan di bawah Yayasan ADDIN yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato Syeikh Mohd Nor bin Mansor al Hafiz, Imam Besar Masjid Negeri, Perak.

Cawangan ke enam MTQ ADDIN, iaitu MTQ ADDIN-6 untuk pelajar-pelajar perempuan sahaja, telah mula beroperasi di Padang Rengas pada Januari 2007 di rumah dan tanah yang telah diwakafkan oleh Dato Ibrahim bin Abdullah dan Datin Fatimah binti Abu Bakar. (Sila lihat Lampiran 2.)

3.

CADA GA

Setelah beroperasi selama lebih setahun, ruang rumah yang sedia ada telah dipergunakan sepenuhnya. Untuk menampung pengambilan pelajar Januari 2009, bangunan tambahan adalah diperlukan untuk dijadikan asrama, dewan makan, dewan solat dan bilik darjah. Bangunan ini akan didirikan di atas tanah di belakang rumah yang sedia ada, yang diwakafkan oleh besan Dato Ibrahim dan Datin Fatimah iaitu Haji Ishak bin Marzuki dan Hajjah Aishah binti Abu Taif. (Sila lihat Lampiran 3.)

Kos pembinaan keseluruhan akan memerlukan dana berikut: Asrama, dewan makan dan dewan solat Bilik darjah Peralatan Jumlah RM 850,000.00 RM 550,000.00 RM 300,000.00 RM1,700,000.00

Pembinaan Asrama, dewan makan dan dewan solat perlu dimulakan pada bulan Ogos 2008. Apabila siap sepenuhnya, MTQ ADDIN-6 akan mampu menempatkan 180 pelajar perempuan. (Sila lihat Lampiran 4.)

4.

PE GHARGAA Sumbangan boleh dibuat atas nama MAAHAD TAHFIZ AL-QURA ADDI yang akan mengeluarkan resit yang boleh digunakan untuk pengecualian dari cukai pendapatan. Sumbangan juga boleh dibuat terus ke akaun MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT di CIMB dengan nombor akaun 08140003709053. Pihak MTQ ADDIN dan MTQ ADDIN-6 mengucapkan terima kasih di atas sebarang sumbangan yang diberikan dan semoga Allah memberkati segala usaha dan pengorbanan kita, insyaAllah.

Abd Latif bin Ishak (019-2389794), Pengerusi Jemaah Pengurusan Pembangunan, Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN-6 (Ibrahim dan Fatimah).

LAMPIRA

LAMPIRA 1 MAAHAD TAHFIZ AL-QURA WAL-QIRAAT ADDI

1.

OBJEKTIF

Melahirkan huffaz al-Quran. Membentuk peribadi Muslim yang bijaksana, serta mampu menghadapi cabaran semasa. Melahirkan cendekiawan mengikut bidang ilmu yang hafaz al-Quran. Melahirkan para daie berhemah tinggi.

2.

LATAR BELAKA G

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (MTQ ADDIN) adalah sebuah institusi pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh yang berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz al-Quran sebagai subjek teras. Maahad ini ditubuhkan pada 17 Disember 1993 dan dibina di atas sebidang tanah seluas 9 ekar di Kpg Tualang Sekah, Malim Nawar. Maahad ini pada mulanya dikelolakan oleh Persatuan Ulama Malaysia cawangan Perak yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato Syeikh Mohd Nor bin Mansor al-Hafiz. Kini MTQ ADDIN dikendalikan di bawah Yayasan ADDIN yang juga dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato Syeikh Mohd Nor bin Mansor al-Hafiz. Maahad ini didaftarkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak dengan Nombor Pendaftarannya JAPk/SAR/68/93 kemudian ditukar kepada JABk/SMAR/BG.01/97.

Kini MTQ ADDIN telah berkembang pesat bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat dan telah menubuhkan enam cawangannya di seluruh negeri Perak. Pada sesi 2007 jumlah pelajar di semua cawangan adalah 412 pelajar.

3.

SE ARAI CAWA GA

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN, Kpg. Tualang Sekah, 31700 Malim Nawar, Perak. MTQ ADDIN-1 HUTAN MELINTANG, Kpg. Sg. Keli, 36400 Hutan Melintang, Perak MTQ ADDIN-2 PARIT, Bt. 7 Jalan Siputeh, 32800 Parit, Perak MTQ ADDIN-3 KUALA KANGSAR, Kpg. Ketior, 33000 Kuala Kangsar, Perak MTQ ADDIN-4 TAPAH, Kpg. Lubuk Katak, 35000 Tapah, Perak MTQ ADDIN-5 PENGKALAN HULU, Jalan Felda Nenering, 33100 Pengkalan Hulu, Perak MTQ ADDIN-6 PADANG RENGAS, Batu 17, Jln Taiping, Padang Rengas, 33000 Kuala Kangsar, Perak

4.

PE GIKTIRAFA Alhamdulillah setakat ini MTQ ADDIN telah berjaya mendapat pengiktirafan dari beberapa institusi pendidikan terkemuka dunia, antaranya:

Kolej Tinggi Al-Quran Republik Yaman Universiti Al-Quran Republik Sudan

Universiti Abun Nur, Syria

5.

SUMBER KEWA GA

Bantuan perkapita daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Skim galakan menghafaz al-Quran untuk pelajar cemerlang daripada Yayasan Perak. Bayaran Yuran daripada ibubapa/penjaga. Sumbangan dari masyarakat.

6.

MAKLUMAT LA JUT

Sila lihat laman web maahadtahfizaddin.edu.my untuk mendapat maklumat lanjut mengenai MTQ ADDIN.

LAMPIRA 2 MTQ ADDI -6 PDG RE GAS (IBRAHIM DA FATIMAH)

Hasrat untuk mewakafkan rumah di Batu 17, Padang Rengas sebagai sekolah tahfiz telah dibuat seawal pembelian tanah dari pemilik asalnya iaitu Haji Shahiduddin bin Kassim pada tahun 1972. Begitulah besar harapan Hajjah Fatimah dan di atas harapan itulah maka Haji Shahiduddin sanggup menjualkan tanah itu walaupun berasa amat keberatan kerana tanah itu terletak di jalan besar dan beliau mempunyai rancangannya tersendiri.

Haji Ibrahim dan Hajjah Fatimah telah membina sebuah rumah di atas tanah ini dan tinggal dengan anak-anak. Sekitar tahun 1998, setelah anak-anak mendirikan rumahtangga masing-masing dan tidak lagi tinggal di sini dan mereka pun sering berkunjung ke rumah anak-anak, Hajjah Fatimah telah berusaha untuk menjadikan sebahagian rumahnya untuk maahad tahfiz. Tetapi ustaz menasihatinya bahawa tidak sesuai untuk hanya sebahagian dijadikan tahfiz dan sebahagian untuk mereka tinggal. Apabila Dato Ibrahim dan Datin Fatimah telah kembali ke rahmatullah, anak-anak mereka telah menghubungi Dato Syeikh Mohd Nor bin Mansor al-Hafiz untuk menjadikan rumah tersebut sebagai maahad tahfiz. Apabila pihak MTQ ADDIN bersetuju, anak-anak dan pihak MTQ ADDIN telah berusaha untuk menyiapkan rumah tersebut untuk digunakan sebagai maahad tahfiz.

Maka dengan izin Allah dan berkat usaha berbagai pihak, pada Januari 2007 bermulalah operasi Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN Padang Rengas (Ibrahim dan Fatimah).

LAMPIRA 3 TA AH DIWAKAF OLEH HAJI ISHAK DA HAJJAH AISHAH

Sambil berusaha untuk menyiapkan rumah untuk operasi maahad tahfiz, anak-anak cuba mendapatkan tanah tambahan supaya maahad tahfiz boleh berkembang dan pelajar-pelajar dapat menikmati pembelajaran dalam keadaan yang lebih selesa. Perundingan telah diadakan dengan Haji Shahiduddin untuk mendapatkan baki tanahnya supaya maahad tahfiz boleh dapat kawasan lebih luas.

Kebetulan juga, seorang menantu Dato Ibrahim iaitu Abd Latif bin Ishak mempunyai sebidang tanah di kawasan berhampiran yang telah diberi kepadanya oleh ibubapanya Haji Ishak dan Hajjah Aishah iaitu besan kepada Dato Ibrahim dan Datin Fatimah. Tanah tersebut di atas nama beliau dan abangnya Abdul Manaf bin Ishak. Mereka telah berunding dengan Haji Shahiduddin yang bersetuju untuk mengambil tanah yang berhampiran sebagai ganti supaya tanah di belakang rumah maahad tahfiz dapat diwakafkan untuk rancangan mengembangkan maahad tahfiz hingga mendapat tanah satu ekar.

MTQ-6 merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Haji Shahiduddin bin Kassim dan Abdul Manaf bin Ishak kerana bersetuju dengan rancangan ini.

LAMPIRA 4 CADA GA PEMBI AA BA GU A TAMBAHA

1.

Bangunan tambahan terdiri dari dua blok, iaitu Blok Asrama, dewan solat serta dewan makan dan Blok Bilik Darjah.

2.

Blok Asrama 2 tingkat akan mengandungi 4 bilik asrama setiap tingkat menjadikan jumlah 8 bilik asrama. Tiap-tiap bilik asrama boleh menempatkan 24 pelajar dan jumlah pelajar yang boleh tinggal dalam 8 bilik asrama ialah 180 pelajar dan 2 ustazah. Sebuah bilik solat akan disediakan di tingkat atas Blok Asrama dengan

ruang yang cukup untuk semua pelajar solat berjemaah. Sebuah bilik makan juga di tempatkan di tingkat bawah Blok Asrama iaitu di bawah bilik solat. Bilik mandi dan tandas yang mencukupi disediakan di tiap-tiap tingkat Blok Asrama.

3.

Blok Bilik Darjah setinggi 2 tingkat akan mengandungi 3 bilik darjah setiap tingkat menjadikan jumlah 6 bilik darjah. Tiap-tiap bilik darjah boleh menempatkan 36 pelajar. Satu bilik darjah akan digunakan untuk setiap tingkatan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan satu bilik darjah akan dijadikan bilik serbaguna. Jumlah pelajar yang boleh belajar di blok ini ialah 180 pelajar.

4.

Gambar 1 di mukasurat seterusnya menunjukkan kawasan belakang rumah di mana bangunan tambahan akan didirikan.

5.

Pelan, pandangan hadapan dan belakang Blok Asrama disertakan.

6.

Pelan, pandangan hadapan dan belakang Blok Bilik Darjah juga disertakan.

GAMBAR 1 Kawasan belakang rumah untuk bangunan tambahan.

You might also like