You are on page 1of 3

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Reka corak didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi

i keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Mencipta reka corak melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Reka corak terdapat dalam seni bina, hiasan dalaman, lanskap, kraf dan sebagainya. CETAKAN Cetakan kayu mula dihasilkan di negeri China. Redza Piyadasa, Juhari Muhammad Said, Chew Teng Beng dikenali sebagai artis seni cetak di Malaysia. Cetakan timbulan, cetakan stensil, cetakan lithografi dan cetakan intaglio adalah jenis cetakan yang biasa dihasilkan oleh artis. Kaedah dalam cetakan terdiri daripada kaedah turisan, gurisan asid, akuantin dan mesotin. RESIS Reka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang berkait rapat dengan penggunaan media berasaskan air dan minyak. Reka corak resis boleh menghasilkan corak terancang dan corak tidak terancang. Reka corak resis memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Mencipta reka corak resis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Teknik mencanting dalam batik adalah satu kaedah membuat corak resis.

IKATAN DAN CELUP Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan. Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil. Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi. Haji Che Su b. Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia. Garam digunakan sebagai bahan penyerapan. Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain kapas, sutera dan organza. LUKISAN Lukisan merupakan bentuk seni halus tertua sekali. Manusia melukis sebelum menulis. Terdapat tiga asas teknik melukis iaitu teknik lorekan ton, melakar garisan, titikan dan gosokan. Corak dalam lukisan berkait dengan minda, emosi dan perwatakan. Leonardo da Vinci adalah pelukis terkenal zaman Renaissance di Itali. Teknik lukisan memberi kesan terhadap lukisan yang dihasilkan. ANYAMAN Anyaman adalah kraf tradisional bermotif yang bersumberkan bahan tumbuhan. Anyaman kontemporari boleh dihasilkan daripada pelbagai bahan alternatif dengan motif yang lebih bebas. Pilih, layur, jangka, lurut dan rendam adalah proses penyediaan bahan dalam anyaman berasaskan pandan / mengkuang. Terdapat dua bentuk anyaman iaitu 2D dalam bentuk hamparan dan 3D dalam bentuk bongkah. PUALAMAN Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono di mana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit. Ia merupakan sejenis catan yang tidak bersatu antara air dan minyak. Bahan yang berasaskan minyak akan terapung di atas permukaan dalam semua arah mengikut aliran bahan tersebut. Corak pualaman menarik sebagai kulit buku.

CATAN Catan adalah suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual. Lukisan Mesir purba adalah catan yang mempunyai corak tersendiri tentang kepercayaan dan agama. Corak dalam catan boleh terbentuk secara terancang dan tidak terancang. Corak dalam catan terbentuk kesan daripada kemahiran artis menggunakan media dan teknik. MOZEK Rekaan mozek adalah satu bentuk kreativiti artistik yang dapat menghasilkan corak yang menarik. Reka corak mozek boleh diaplikasikan sebagai hiasan dalaman dan lanskap. Mencipta reka corak mozek melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. RENJISAN DAN PERCIKAN Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

You might also like