You are on page 1of 5

Sistem Ejaan Rumi Huruf atau aksara Rumi juga disebut sebagai huruf Latin.

Aksara Latin merupakan sistem tulisan yang paling meluas digunakan di dunia pada hari ini. Istilah Rumi berasal daripada perkataan Romawi yang digunakan dalam bahasa Arab, yang merujuk kepada empayar Rom pada zaman dahulu. Istilah Rumi yang digunakan itu bermaksud abjad atau huruf yang digunakan oleh empayar Rom yang merupakan pelopor bagi bahasa Latin. Pada asasnya, abjad Rumi mengandungi 26 huruf yang bermula daripada huruf A hingga Z. Huruf-huruf ini digunakan dengan sedikit sebanyak pengubahsuaian oleh kebanyakan bahasa di dunia seperti Eropah, Amerika, Afrika, Kepulauan Pasifik dan Kepulauan Melayu. Setiap konsonan dalam abjad Rumi disebut sama seperti konsonan dalam bahasa Latin. Pada abad ke-17, semasa penjajahan dan pencerobohan British dan Belanda bagitu meluas, sebutan dalam Rumi telah diambil alih daripada bahasa Arab ke bahasa Latin. Sejarah sistem ejaan Rumi baharu di Malaysia bermula apabila terdapatnya usaha untuk menyelesaikan permasalahan bahasa Melayu selepas merdeka. Melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956, satu sistem ejaan Rumi Melayu telah dipersetujui bersama yang dinamakan Sistem Ejaan Kongres. Dalam perbahasan itu, telah dirumuskan empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi, iaitu: 1. Ejaan di Malaysia dan Indonesia hendaklah diseragamkan.

2. Peraturan ejaan hendaklah mudah dengan cara sistem fonologi diberikan keutamaan dan fonem hendaklah digambarkan dengan satu huruf sahaja. 3. Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang sama dan seragam. 4. Kata-kata daripada bahasa asing hendaklah dieja mengikut hukum dan sistem fonologi Melayu. Pada tahun 1959, satu mesyuarat untuk menstandardkan sistem ejaan Rumi telah dijalankan. Hasilnya, diumumkan Sistem Ejaan Malindo, iaitu singkatan Malaysia - Indonesia. Namun demikian, sistem ini tidak dihebahkan kepada masyarakat. Pada tahun 1967, rundingan antara Malaysia dengan Indonesia untuk kali kedua mengenai sistem ejaan Rumi bagi kedua-dua buah negara telah melahirkan Sistem Ejaan Bersama Malaysia - Indonesia yang

disebut Ejaan Baru. Antara perkara yang dipersetujui itu adalah seperti yang berikut:

Sistem penulisan vokal dalam suku kata akhir tertutup (vokal i, e, u dan o). titik belek tikus belok putih boleh puntung bohong

Contoh:

Penulisan awalan dan akhiran mempunyai satu cara sahaja, iaitu digandingkan atau ditulis serangkai dengan kata dasar. Contoh: memukul berbaju tertinggi

Penulisan partikel dan kata sendi nama ditulis berasingan daripada perkataan lain. Contoh:

siapa kah dia lah apa tah ke pasar di kedai Ejaan Baru ini telah mengadakan grafem baharu, iaitu: sy menggantikan sh c menggantikan ch

Contoh pada perkataan ialah: syarikat - sebelumnya sharikat. cantik - sebelumnya chantik.

Walau bagaimanapun, Ejaan Baru ini mempunyai beberapa masalah, iaitu: 1. 2. 3. Menimbulkan kesukaran masyarakat pada peringkat awal berikutan penambahan grafem sy dan c tersebut. Pemisahan partikel dan kata sendi nama kah, lah, tah, di danke daripada perkataan lain tidak menghasilkan tipologi yang baik. Tidak menjelaskan penulisan vokal dalam kata pinjaman.

Ejaan Baru ini juga tidak ada pelaksanaannya secara rasmi. Malah, dalam tempoh menunggu perasmiannya, timbul pula Ejaan Cadangan yang telah membuat beberapa perubahan pada Ejaan Baru tadi. Ejaan Cadangan telah mempertahankan penggunaan sh dan c, dan menggandingkan partikel dan kata sendi nama kah, lah, tah, di dan ke dengan perkataan lain. Dalam suasana ketidaktentuan pengejaan dalam bahasa Melayu, muncul pula Ejaan Universiti Malaya. Sistem Ejaan Baru Universiti Malaya disusun berdasarkan sistem ejaan yang diguna pakai pada masa itu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan seperti yang berikut:

Penggunaan huruf dan grafem tertentu Pengejaan kata-kata tertentu lain tanpa

Penulisan di dan ke dipisahkan daripada perkataan menggunakan sempang. Contohnya di rumah dan ke rumah.

Untuk kata majmuk, angka dua boleh digunakan jika seluruh perkataan diulang. Contoh: kanak2 atau kanak-kanak rumah2 atau rumah-rumah

Menggunakan tanda sempang jika sebahagian perkataan sahaja diulang. bermain-main berkasih-kasihan sekali-kali.

Contohnya,

Cita-cita bagi penyatuan ejaan Rumi di Malaysia dan Indonesia sebagaimana yang dicadangkan dalam Kongres Ketiga (1956) terlaksana juga apabila kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan pemerintah Republik Indonesia mengadakan perjanjian persahabatan pada 17 April 1959. Ekoran perjanjian tersebut, diadakan pertemuan antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu - Bahasa Indonesia yang dipimpin oleh Slametmuljana di Jakarta pada tahun 1959. Pertemuan itu telah menghasilkan gagasan sistem ejaan bersama yang dikenal dengan nama Ejaan Malindo. Sistem Ejaan Malindo mengandungi maklumat tentang fonem vokal, diftong dan konsonan serta perlambangannya, kaedah penulisan dan penyebutan abjad, penggunaan tanda sempang, penulisan kata ulang dan penggunaan angka dua, penggunaan huruf besar, penulisan kata depan, penulisan kata ganti singkat, penulisan partikel dan penggunaan tanda baca. Ejaan Malindo tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan tidak praktis dan ekonomik. Salah satu sebab terjadi demikian adalah disebabkan pengenalan grafem <> bagi <ny> dan <> bagi <ng> akan melibatkan penukaran mesin cetak. Hal ini akan melibatkan belanja yang besar. Persetujuan hanyalah di atas kertas dan tidak pernah dapat direalisasikan dalam amalah seharian. Selepas konfrontasi, berlakulah krisis ejaan Rumi. Timbul berbagai-bagai jenis sistem ejaan seperti Ejaan Universiti Malaya dan Ejaan Cadangan yang terus diamalkan, di samping Ejaan Universiti Kebangsaan, Ejaan Universiti Pertanian Malaysia dan Ejaan Sekolah. Akhirnya, pada tahun 1972, diadakan pertemuan antara Menteri Pendidikan Malaysia dengan Indonesia bagi membincangkan masalah bahasa di kedua-dua buah negara. Ekoran pertemuan tersebut lahirlah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) di Malaysia dan Pedoman Ejaan Baru Indonesia Yang Disempurnakan bagi negara Indonesia. Sistem ejaan ini ialah hasil perancangan bahasa pada peringkat supranasional dalam bidang sistem ejaan. Sistem ejaan tersebut telah diisytiharkan penggunaannya di kedua-dua buah negara pada 16 Ogos 1972 secara serentak. SERBBM mengandungi maklumat tentang abjad Rumi, perlambangan vokal, perlambangan konsonan, penggunaan huruf, penyukuan kata, perlambangan diftong, penulisan awal, penulisan kata depan, penulisan partikel, penulisan kata ganti singkat, penulisan kata majmuk dan penulisan kata ulang. Pada tahun 1975, Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MABIM) telah berjaya

menyusun Pedoman Ejaan yang mengandungi maklumat tambahan dan kaedah ejaan yang lebih lengkap. Versi bahasa Malaysia dinamakan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia. Kedua-dua Pedoman Ejaan ini telah diisytiharkan penggunaannya oleh kedua-dua buah negara pada 31 Ogos 1975 secara serentak. Senarai lengkap ejaan bagi bahasa Malaysia dengan nama Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia Edisi Pertama telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981, diikuti dengan Edisi Kedua pada tahun 1988. Kesimpulannya, sistem ejaan Rumi yang kita gunakan sepenuhnya pada hari ini merupakan hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia yang telah diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Walau bagaimanapun, beberapa pembaikan telah dilakukan bagi memantapkan sistem ejaan baharu tersebut. Hasil pembaikan tersebutlah, maka kita dapat menggunakan sistem ejaan Rumi hari ini dengan lebih sistematik, seragam dan tanpa kekeliruan. Justeru, perbincangan selanjutnya tentang tajuk Sistem Ejaan Rumi dalam buku ini adalah seperti yang terdapat dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Malaysia terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1985.

You might also like