You are on page 1of 3

FATIN NURZAILA RAJAIE PISMP BM KUMPULAN 1

SOALAN :

Buat analisis perkataan berikut berdasarkan morfologi.

konsep / definisi

1. Kepenggunaan 2. Ketawa 3. Kedayaserapan 4. Kecantikan 5. Kepala angin

Jawapan : Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Imbuhan adalah unit atau unsur tertentu (morfem terikat) yang ditambah atau dilekatkan pada unsur atau bentuk lain, sama ada bentuk dasar atau bentuk akar kata untuk mewujudkan satu kata lain yang berfungsi dalam ujaran serta mengakibatkan perubahan makna ketatabahasaan kata baharu yang terhasil itu. Jenis imbuhan dapat diasaskan kepada tiga kriteria, iaitu posisi, keproduktifan, dan asal. Berasaskan posisi, imbuhan dapat dibahagikan kepada lima, iaitu awalan, akhiran, sisipan, apitan, dan gabungan. Apitan ialah imbuhan yang terdiri daripada gabungan serentak awalan dan akhiran untuk mengiringi kata akar atau kata dasar (pengimbuhan serentak) untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran.

FATIN NURZAILA RAJAIE PISMP BM KUMPULAN 1

Dari sudut morfologi, perkataan kepenggunaan dapat dilihat dengan jelas jika dianalisis daripada bahagian imbuhan. Ayat yang telah diimbuhankan, dengan imbuhan apitan ke- -an, jika di gugurkan morfem awalan ke- dan akhiran an ayat tersebut menjadi pengguna. Struktur ayat kepenggunaan ialah KV+KVKK+KVKV+VK iaitu

kepenggunaan, manakala struktur ayat dasar pula KV+KV iaitu guna. Ketawa merupakan kata kerja tak transitif. Kata akar bagi ketawa adalah tawa. Kemudian ditambah dengan awalan ke-... Kata ketawa terhasil daripada proses pengimbuhan pada kata dasar. Terdapat empat jenis imbuhan yang boleh digabungkan dengan kata dasar bagi menghasilkan kata nama terbitan. Imbuhan yang saya gunakan adalah imbuhan awalan. Kata akar ini boleh menerima imbuhan untuk membentuk kata nama terbitan. Kata ini juga berbentuk morfem terikat. Manakala bagi struktur kata bagi ketawa adalah KVKVKV. Bagi perkataan kedayaserapan, dari segi bentuknya, saya menganalisis daripada proses pemajmukan. Perkataan dasar bagi kedayaserapan adalah daya serap tetapi dalam proses pemajmukan bagi perkataan ini adalah sudah mantap. Misalnya, kata dasar pertama adalah daya dan kata dasar kedua adalah serap. Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi ia dieja atau ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan, contohnya kata majmuk adalah daya serap, apitannya ke...an, ejaannya menjadi kedayaserapan. Dari segi struktur kata, perkataan cantik polanya KVK+KVK manakala kecantikan pula KV+KVK+KVK+VK. Golongan kata yang saya gunakan pula dalam analisis perkataan ini adalah kata adjektif. Cantik ini tergolong dalam kata adjektif sifat. Berdasarkan perkataan cantik, telah berlaku proses pengimbuhan. Pengimbuhannya adalah kata terbitan berapitan. Apitan wujud dalam kata adjektif untuk perkataan ini, contohnya apitan adalah ke...an ditambah cantik menjadi kecantikan.

FATIN NURZAILA RAJAIE PISMP BM KUMPULAN 1

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok. Bagi perkataan yang saya analisis adalah golongan kata majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa. Kepala angin merupakan kata kiasan atau dikenali sebagai simpulan bahasa dan membawa maksud tertentu. Dalam kata kiasan, perkataan kepala dan angin membawa maksud yang baru iaitu perangai yang tidak menentu. Secara keseluruhannya, bidang morfologi ini mengandungi aspek-aspek penting dalam pengkajian tentang proses pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan morfem atau unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata sebagai prosesnya. Proses-proses ini akan menghasilkan pembentukan perkataan yang bermakna sebagai hasil yang dicapai dalam proses yang dilalui tersebut.

You might also like