You are on page 1of 14

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN KINABALU EDISI:01/2009

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatu
Sidang Redaksi
dan Salam Sejahtera.
Penaung
En Lasimin Kumbas
Pengerusi, Pertama Sekali saya ingin
Ahli Jemaah Pengarah mengambil kesempatan untuk
PPK Kinabalu
mengucapkan tahniah kepada semua anggota
Pengurusan
Ketua Pengarang Pertubuhan Peladang Kawasan
En. Sairin Hj. Dusin
Kinabalu yang terlibat secara langsung dalam
menghasilkan Buletin Peladang ini untuk edaran
Penyunting/Fotografi
En Wasidi Bin wasli
kepada ahli Pertubuhan Peladang.
Pengarang
En Muhd. Irwan
Maruji
Buletin Peladang ini merupakan satu lagi
En. Paimin Wasimin
Transformasi
En. Shamdhi Hamzah baru bagi pihak pengurusan
Hj. Ibrahim
dalam Mukhsin
usaha menyampaikan informasi terkini
Jurutaip
Puan kepada
Masnih Jainpara ahli-ahlinya. Saya berharap
kepada
Puan Cory semua ahli peladang agar dapat
Nurulhuda
Jamirin
mendapat menafaat sepenuhnya Daripada
penerbitan buletin ini, agar matlamat untuk
melahirkankan masyarakat peladang yang
berpengetahuan dan peka terhadap
perkembangan semasa di Pertubuhan Peladang
akan tercapai, insyaAllah.

Disamping itu pencapaian Pekhidmatan


dan perniagaan PPK Kinabalu akan dapat
ditingkatkan dengan lebih baik dan lebih
berkesan, semua ini hanya akan tercapai

1
Diterbitkan oleh:
Pertubuhan Peladang Kawasan
“ LAHIR PELADANG PROGRESIF “ Kinabalu,
P/s 400,89308 Ranau,
Sabah
dengan usaha semua phak termasuk ahli
Dari MejaPeladang.
Pertubuhan Pengarang

01

LATAR BELAKANG PPK KINABALU

i). Sehingga Mac 2009, Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabalu


mempunyai 10 kakitangan lantikan Lembaga Pertubuhan
Peladang manakala seorang pekerja lantikan peringkat PPK.
ii). PPK Kinabalu kini di bawah pimpinan En Sairin Hj Dusin selaku
Pengurus besar. Beliau telah memimpin PPK Kinabalu sejak
tahun 2006.
iii) PPK Kinabalu mempunyai 10 bahagian pengurusan iaitu
Bahagian Hal Ehwal Korporat, Projek,Input Pertanian,
SBPKP,Skim Pemilikan Projek, Simpanan Dan Kredit,
Pemasaran, Pentadbiran, Akaun dan Kontrak.
iv) Sehingga kini PPK Kinabalu mempunyai hampir 3,300 orang
ahli dan jumlah unit sebanyak 61unit.
v) Pada masa ini juga Seramai 7 orang ahli Jemaah Pengarah
telah dilantik oleh para perwakilan untuk bertanggungjawab

2
“ LAHIR PELADANG PROGRESIF “
dalam memimpin PPK Pertubuhan Peladang Kinabalu yang
mana ianya telah dipengerusikan oleh En. Lasiman Kumbas
dan 6 ahli Jemaah Pengarah.
vi) Dari segi Akitviti atau Perkhidmatan, PPK Kinabalu telah
melakukan beberapa aktiviti perniagaan untuk Kepentingan
ahli antaranya Projek, Input Pertanian, Pengangkutan, Latihan,
dan Kursus. Aktiviti ini dapat memudahkan semua ahli
menjalankan aktiviti dengan lebih berkesan, disamping
membantu ahli untuk memulakan sesebuah projek.
vii) PPk Kinabalu mempunyai misi dan wawasan selari dengan
wawasan LPP iaitu menjadi penaraju membangunkan unit
peladang yang unggul dan cemerlang dengan memberi
perkhidmatan yang berkesan ke arah melahirkan peladang
yang komersial.

(Gambar Kenangan)
Wakil Pengarah LPP Bersama
Pegawai Daerah Ranau,
Pengerusi AJP, dan Pengurus
Besar PPK Kinabalu

3
“ LAHIR PELADANG PROGRESIF “
SUDUT TEKNOLOGI
PANDUAN PENANAMAN CILI
Ingin menanam cili tetapi tidak tahu bagaimana! Ikuti cara berikut
bagi menghasilkan tanaman cili yang bermutu dan kualiti yang
tinggi.

Penyediaan Kawasan :

• Meletakkan Sungkupan
• Penyemaian dan Penyediaan Anak Benih
• Pengubahtanaman
• Penyiraman
• Pembajaan
• Pengawalan Rumpai, Perosak Tanaman dan Penyakit
• Pungutan Hasil
Penyediaan kawasan :
• Pengapuran – dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum
pengubahtanaman. Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran
pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat
rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha
setahun.
• Penyuburan tanah – tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir
& tanah liat
• Pembajakkan – tanah dibajak dan digembur sedalam 15-20sm
untuk meningkatkan sistem pengairan dan pengudaraan tanah serta
untuk mencampuradukkan bahan organik.
Batas
• penanaman satu baris sebatas : lebar batas 50, tinggi 30 sm
• penanaman dua baris sebatas : lebar batas 120 - 150 sm
4
“ LAHIR PELADANG PROGRESIF “
• jarak antara batas : 60 –100 sm
• antara batas : perlu diselangi parit seluas 75 sm untuk mengatasi
air bertakung dan banjir
Meletakkan sungkupan
• Untuk mengawal rumpai, penyakit & serangga
• Mengekalkan kelembapan tanah & mencegah hakisan
• Bahan sungkupan : plastik `silvershine’, lalang kering atau jerami
padi.
Penyemaian dan penyediaan anak benih :
Biji benih
• 200 hingga 300 gm/ha (bergantung pada peratus percambahan)
• Direndam atau dilembabkan semalaman sebelum disemai
(campuran vitamin-hormon pada air boleh meningkatkan peratus
percambahan).
Kaedah penyemaian
• Boleh dilakukan di dalam dulang semaian (60 x 30 x 10 sm) yang
boleh menampung 100 anak benih atau di dalam beg-beg plastik
• diletakkan di bawah kawasan teduh berjaring> halus untuk
mengurangkan pancaran terik matahari dan mengelakkan serangga
perosak
• Baja NPKMg (12:12:17:2:TE) dicampurkan dengan kadar 7 gm/liter
tanah. ‘Seed-raiser’ boleh menambahkan peratus percambahan.
• Selepas 2 minggu, anak cambahan dipindahkan ke dalam polibeg
bersaiz 15 x15 sm yang mengandungi campuran tanah, najis
haiwan dan pasir dengan nisbah 3:2:1
• Teduhan pada anak-anak pokok dibuang secara berperingkat.
• Penyemaian juga boleh dilakukan terus di ladang dengan memberi
teduhan.
Pengubahtanaman
• Anak-anak pokok berumur 5 hingga 7 minggu diubahtanam atas
paras daun pertama dalam tanah bagi mengelak pokok tumbang.
• Jarak tanaman boleh dijarangkan (75 x 100 sm atau 50 x 60 sm)
atau dirapatkan (15 x 15 sm @ 40,000 –45,000 pokok/ha) mengikut
varieti.
• Bagi Cilibangi -4 yang berpokok kecil dan berhasil kurang setiap
pokok, jarak tanaman >yang rapat disyorkan untuk mendapatkan
hasil yang tinggi per hektar.
• Pengubahtanaman perlu dilakukan pada waktu redup atau petang
diikuti dengan penyiraman air untuk mengelakkan kejutan.
• Selepas seminggu, pokok yang berpenyakit dicabut, dibakar dan
disulam dengan pokok sihat.
Penyiraman :

5
“ LAHIR PELADANG PROGRESIF “
Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan
petang
Pembajaan
• Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang
diperlukan secukupnya
• Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15)
digunakan untuk pembajaan asas.
• Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair
(18:18:21) untuk pembajaan pokok dewasa.
• Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin
kesihatan pokok.
• Jumlah baja NPK dan NPKMg yang digunakan adalah 1.8 – 2.5
tan/ha dan dibahagikan kepada 4 kali pembajaan.
• Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika
pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan
permukaan.
• Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu.
Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja
cecair 15:30:15 disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap
7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga
disembur pada kadar yang sama.
Pengawalan rumpai, perosak tanaman dan penyakit
• Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan
untuk mengawal rumpai
• Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu
daun dan hamama serta vektor afid yang membawa penyakit virus.
• Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa
pembuahan.
• Varieti-varieti Cilibangi rintang kepada penyakit kerekot daun
(virus CVMV) dan antraknos buah. Racun kulat digunakan untuk
penyakit kulat yang lain.
Pungutan hasil :
Hasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu. Purata
hasil 16-20 tan/ha.

PROFIL BAHAGIAN PROJEK DAN SKIM PEMILIKAN


JENTERA

6
“ LAHIR PELADANG PROGRESIF “
Aktiviti Projek di PPK Kinabalu adalah salah satu
perkhidmatan yang sangat penting kepada ahli-ahli di PPK
Kinabalu bagi meningkatkan taraf hidup ahli-ahli peladang
melalui pendapatan projek yang dihasilkan. Perkhidmatan
projek yang disalurkan kepada ahli-ahli Peladang di PPK
Kinabalu mempunyai beberapa kategori iaitu Projek
Pembangunan Unit ( FDU ), Pembangunan Usahawan
Peladang ( PUP ), Pembangunan Manusia Asas Komiditi
( PMAK ) dan Projek Mempelbagaikan Pendapatan Petani,
Penternak dan Nelayan ( MPPN ).

Skim Pemilikan Jentera adalah satu lagi perkhidmatan


dibawah dasar jaminan bekalan makanan negara ( Khidmat
Sokongan mekanisasi Ladang ) yang disalurkan kepada ahli-
ahli peladang untuk mengurangkan beban kos pembelian
peralatan kecil peladang. Pembiayaan Skim ini adalah secara
’ Matching grant ’ iaitu 50% pembiayaan ditanggung oleh
kerajaan melalui LPP dan 50% ditanggung oleh ahli peladang.

PERIHAL PROJEK PPK KINABALU


• Sehingga Mac 2009 sebanyak 13 projek telah diluluskan
di PPK Kinabalu iaitu Projek Pembangunan Unit ( FDU )
sebanyak 1 projek, Pembangunan Usahawan Peladang
( PUP ) sebanyak 10 projek dan Projek dibawah
Pengeluaran Ladang sebanyak 2 projek.

7
“ LAHIR PELADANG PROGRESIF “
• Projek-projek di PPK Kinabalu masih bejalan dengan
aktif.
• Peruntukan projek ini adalah dalam bentuk pinjaman
dan peserta projek akan membayar balik mengikut
jadual pembayaran seperti yang ditetapkan dalam surat
perjanjian.

PRESTASI PENDAPATAN,PERBELANJAAN DAN UNTUNG RUGI TAHUN 2007 -2008


PROJEK PEMBANGUNAN USAHAWAN PELADANG ( PUP )

PENDAPATAN PERBELANJAAN UNTUNG/( RUGI)


BIL NAMA JENIS PROJEK 2007 2008 2007 2008 2007 2008
Ternakan Ikan 63,383.0 105,670. 44,090. 49,354.0 19,293. 56,316.0
1 Ignatius Bin Peter Air Tawar 0 00 00 0 00 0
Sayuran tanah 47,436.0 54,666.0 18,222. 24,252.0 29,214.
2 Jamit Salim tinggi 0 0 00 0 00 30,414.00
Sayuran tanah 13,050.0 5,400.0 7,650.0
3 Julbbie Sani tinggi 0 8,232.20 0 3,870.00 0 4,362.20
1,200.0 7,200.0
4 Leef Anwar Malandi Lembu Tenusu 1,800.00 0 0 -600.00 -7,490.00
26,838.0 56,875.5 6,529.0 54,110.4 20,309.
5 Jasry madani Fertigasi 0 0 0 0 00 32,937.10
Sayuran tanah 11,105.0 1,977.0
6 Julirin Majimin tinggi 2,490.00 0 513.00 1,489.00 0 9,616.00
Sayuran tanah 21,655.0
7 Nadzmie Omar tinggi - 0 - 8,158.00 - 13,497.00
Tanaman
8 Sindeh Taliban Cendawan - - - - - -
Tanaman
9 Razipin Gutuk Cendawan - - - - - -
Sayuran tanah
10 Muhassan Lamid tinggi - - - - - -
JUMLAH
KESELURUHAN 154,997.00 258,203.70 75,954.00 148,433.40 77,843.00 139,652.30

Rajah diatas menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan para peserta projek PUP

8
“ LAHIR PELADANG PROGRESIF “
PROFIL PELADANG JAYA

NAMA : En. Ignatius Bin Peter


NO.K/PENGENALAN : 511018-12-5325
PEKERJAAN : Usahawan
TEMPAT LAHIR : Kg. Kilimu, Ranau
NAMA ISTERI :
PEKERJAAN ISTERI : Suri Rumah
BIL. ANAK :
AKEDIMIK : SPM

9
“ LAHIR PELADANG PROGRESIF “
PEKERJAAN SEKARANG : Penternakan Ikan Air
Tawar
LUAS KEBUN : 5 ekar
UMUR TANAMAN :
PEMASARAN : Borong
PENDAPATAN : RM 8,000.00 sebulan

BERITA BERGAMBAR

Gambar Projek En. Ignatius Peter


Penternakan Ikan Air Tawar,
Kg. Kilimu Ranau

10
“ LAHIR PELADANG PROGRESIF “
Gambar Projek Fertigasi En.
Jasry Madani
Kg. Desa Aman Kundasang
Ranau

Gambar Projek En. Jamit Salim


Projek tanaman sayuran kalis
hujan
Kg. Kauluan, Ranau

Gambar Projek En. Julbie Sanni


Projek tanaman sayuran kalis
hujan
Kg. Mesilou, Ranau

11
“ LAHIR PELADANG PROGRESIF “
Gambar Projek En. Julirin
Majimin
Projek tanaman sayuran kalis
hujan

Gambar Projek En. Leef Anwar


malandi
Projek Ternakan Lembu Tenusu
Kg. Kauluan, Ranau

12
“ LAHIR PELADANG PROGRESIF “
Gambar Projek En. Nadzmie
Omar
Projek Tanaman sayuaran kalis
hujan

Gambar Projek En.Sindeh


Taliban
Projek Tanaman Cendawan
Kg. Miau Teburi

Gambar Projek En.Muhassan


Lamid
Tanaman Sayuran kalis hujan
Kg. Himbaan, Ranau

Gambar Projek En.Razipin


Gutuk
Tanaman Cendawan
Kg. Marakau, Ranau

13
“ LAHIR PELADANG PROGRESIF “
14
“ LAHIR PELADANG PROGRESIF “

You might also like