You are on page 1of 25

AMALAN KEPIMPINAN KARISMATIK PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH TAMAN UNIVERSITI 2 JOHOR BAHRU

Tumirah Binti Jemon (nazmira06@yahoo.com) Tuan Rafingah Bt Tuan Soh(trthjb@yahoo.com.my) Shaliha Bt Shafie(shaliha9997@yahoo.com) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK Pengetua merupakan individu yang berperanan sebagai key player dalam usaha penambahbaikan sekolah serta melestarikannya (Weber, 1991;Edmonds, 1979; Mortimore, 1988; dan Shahrir, 1997). Walau bagaimanapun, Lambert (1998) berpendapat pengujudan sekolah yang berkesan juga adalah hasil daripada penyertaan yang berterusan daripada guru-guru yang kompeten. Kompeten yang dimaksudkan ialah berkemahiran dalam kerja kepimpinan, peranan dan tanggungjawab,menunjukkan penglibatan dan kerjasama, serta menjadi inquiry baseuntuk membuat keputusan sekolah serta bilik darjah dan fokus yang akhirnya membawa kepada pencapaian pelajar yang cemerlang dalam akademik, bukan akademik dan disiplin. Justeru, kajian ini bertujuan melihat amalan kepimpinan karismatik pengetua di SMK Taman Universiti 2. Kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik telah digunakan untuk mengumpulkan data kajian. Responden bagi kajian ini terdiri daripada guru-guru yang sedang berkhidmat di SMK Taman Universiti 2 Johor Bahru, Johor seramai 76 orang. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) dan dapatan dilaporkan dalam bentuk diskritif (peratusan dan min). Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan karismatik pengetua di sekolah kajian adalah tinggi. ___________________________________________________________________________ PENGENALAN Pemimpin merupakan agen perubahan dalam sesebuah organisasi (Conger & Kanungo, 1988). Selain menyatupadukan keseluruhan organisasi untuk mencapai wawasan organisasi, pemimpin turut berperanan merangka serta menjalankan pelan pembangunan. Malahan peranannya meliputi tugas menyediakan persekitaran yang mempunyai kolaborasi antara ahli-ahlinya bagi mencapai matlamat wawasan ataupun pembaharuan dalam organisasi
1

(Najjar,1999). Fungsi dan kepentingan seorang pemimpin tidak boleh diperkecilkan kerana mereka merupakan aspek penting dalam menentukan keberkesanan pengurusan organisasi (Najjar, 1999). Justeru pemimpin yang berkesan merupakan nadi dalam organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat dan wawasan organisasi. Kepemimpinan sekolah merupakan pihak yang dipertanggungjawab merealisasikan matlamat pembangunan sekolah iaitu ke arah mewujudkan sekolah yang cemerlang secara holistik. Dalam hal ini, pengetua merupakan individu yang berperanan sebagai key player dalam usaha penambahbaikan sekolah serta melestarikannya (Weber, 1991; Edmonds, 1979; Mortimore, 1989; Shahrir, 1997). Kepemimpinan Karismatik KARISMATIK - dalam Bahasa Greek bermaksud gift from the gods @ anugerah, iaitu kombinasi charm dan personal magnetism. Ia merupakan lanjutan daripada Teori Great Man dan Teori Trait kerana para pengkaji Teori Trait gagal mengaitkan keberkesanan kepimpinan. Pelopor Teori Karismatik ialah Max Weber ( 1924 1947 ). House (1971) menyatakan pemimpin karismatik mempunyai ciri-ciri seperti keyakinan diri yang tinggi, berpengaruh dan ada kesungguhan. Bennis dan Nanus(1985) mendapati pemimpin berkarisma mempunyai empat ciri penting: Berwawasan jelas dan menarik serta ada naluri perjuangan, Boleh berkomunikasi tentang wawasan mereka kepada guru-guru, Menunjukkan konsistensi dan penumpuan, Mengenali kekuatan itu sepenuhnya.

Stephan P. Robbin ( 2000 ), menyimpulkan bahawa ciri-ciri Pemimpin Karismatik adalah seperti berikut:

Yakin diri : Mereka mempunyai keyakinan diri yang sepenuhnya terhadap penilaian yang dibuat serta keupayaan diri mereka sendiri.

Satu Visi : Mereka komited kepada visi dan sanggup mengambil risiko demi mencapai visi tersebut. Ini merupakan satu objektif yang ideal yang bertujuan untuk memperbaiki keadaan di masa hadapan berbanding keadaan semasa.

Keupayaan untuk menyampai visi tersebut: Mereka boleh menjelaskan serta menyampaikan visi mereka dalam bentuk yang mudah difahami oleh orang lain. Kaedah penyampaian ini menunjukkan bahawa pemimpin tersebut sedar akan keperluan para pekerja. Ini boleh dijadikan suatu faktor motivasi.

Penegasan terhadap visi tersebut : Para pemimpin berkarisma dianggap sangat komited, sanggup menghadapi risiko diri yang tinggi, sanggup membelanjakan kos yang tinggi serta melakukan pelbagai pengorbanan untuk mencapai visi tersebut.

Gelagat luar biasa: Mereka yang berkarisma mempunyai gelagat yang dianggap oleh orang ramai sebagai sesuatu yang baru, tidak konvensional, serta menentang kebiasaan. Bila pemimpinpemimpin tersebut telah mengecapi kejayaan, kelakuan tersebut akan menimbulkan kejutan dan seterusnya dipuji oleh para pengikutnya.

Dianggap sebagai agen perubahan: Para pemimpin yang berkarisma dianggap sebagai agen perubahan radikal dan bukannya penjaga status quo semata-mata. Sensitif terhadap persekitaran: Para pemimpin ini berupaya melakukan penilian realistik berkenaan konstrain persekitaran dan sumber-sumber yang diperlukan untuk melakukan perubahan tersebut.

Menyelesaikan masalah secara luar norma ( tidak konvensional). Pemimpin Karismatik menyelesaikan masalah tidak mengikut norma tetap masih berkesan.

Latarbelakang Masalah Pengetua merupakan orang yang paling penting dan berpengaruh dalam sesebuah sekolah kerana mereka bertanggungjawab kepada segala aktiviti yang berlaku di sekolahnya. Kepimpinan Pengetua memberi kesan kepada iklim sekolah, suasana pembelajaran, tahap profesionalisme dan kepuasan kerja di kalangan guru-guru. Kawalan kehidupan seharian sekolah terletak di bahu Pengetua (Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob, 1992). Gaya kepimpinan Pengetua mempunyai kaitan yang positif dengan iklim sekolah dan iklim sekolah mempunyai kaitan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru-guru (Wan Rafaei Abdul Rahman dan Kee, 1987). Tingkah laku Pengetua yang mengambil berat tentang kepentingan staf didapati mempunyai kaitan yang positif dengan iklim sekolah (Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob, 1992). Pada peringkat awal teori kepimpinan karismatik adalah berasaskan karisma seseorang. Teori ini pada suatu masa dahulu diterima ramai kerana dilihat sebagai munasabah apabila didapati ramai pemimpin besar dunia mempunyai sifat peribadi dan kebolehan istimewa yang boleh menarik ramai pengikut mereka. Kepimpinan karismatik mempunyai kaitan positif dengan prestasi kerja iaitu semakin tinggi karisma seseorang pemimpin maka semakin tinggi prestasi kerja orang bawahannya. Ini akan menghasikan kesan-kesan yang menguntungkan baik kepada pemimpin orang bawahannya ataupun seluruh organisasi. Karisma adalah kredibiliti yang amat tinggi desebabkan sebahagian unsur yang sepadan dengan keilmuan dan kepakaran, ketelusan dan imej. Gaya kepimpinan ini sangat dipengaruhi oleh reaksi-reaksi para pengikut kepada ciri-ciri peribadi pemimpin. Contohnya pemimpin akan dihormati, dipatuhi, setia, dan dikagumi oleh pengikutnya. Objektif Kajian

Meninjau aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan pengetua dalam tingkahlaku kepimpinan di sekolah.

Meninjau sejauh mana visi pengetua difahami oleh warga sekolah. Meninjau persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen perubahan di sekolah.

Persoalan Kajian Dalam kajian ini pengkaji akan mengemukakan tiga soalan iaitu:
1

Sejauh manakah aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan pengetua dalam tingkahlaku kepimpinan di sekolah?.

Adakah visi pengetua difahami oleh warga sekolah? Sejauh manakah persepi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen perubahan di sekolah?

Rekabentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah diskriptif kuantatif kerana kaedah ini dapat memudahkan penyelidik membuat pengumpulan data statistik. Dari data statistik ia dapat melihat dan mengukur amalan kepimpinan karismatik pengetua di SMK Taman Universiti 2 yang merangkumi aspek keyakinan, perkongsian visi dan peranan pengetua sebagai ejen perubahan. Tiga faktor ini adalah pembolehubah bebas dan perkara yang diletakkan nilai untuk tujuan analisis dan tujuan penyelidikan. Nilai ini boleh berubah-ubah (Mohamad Najib 2001). Populasi Dan Sampel Kajian Mohd Najib (1999), berpendapat sampel merupakan sumber yang diambil daripada populasi yang telah ditentukan sebelumnya. Ia bertujuan untuk mendapatkan data. Penentuan populasi dalam kajian adalah penting dalam sesuatu penyelidikan pendidikan kerana populasi menentukan bidang masalah yang perlu dikaji dan juga sejauh mana atau

sebanyak mana data serta maklumat yang perlu dikumpul dan dianalisis (Mohd. Majid, 2005). Populasi kajian terdiri daripada guru-guru yang berkhidmat di SMK Taman Universiti 2, Johor Bahru. Sampel kajian akan dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak bebas kerana populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih menjadi responden. Mohd Majid (2005), mengatakan kaedah persampelan rawak ini merupakan kaedah yang paling mudah untuk memilih unit atau responden dan ia merupakan asas kepada persampelan yang lain. Jumlah populasi guru di SMK Taman Universiti 2 adalah seramai 95 orang. Mengikut jadual persampelan Krejcie dan Morgan (1970), dalam Chua Yan Piaw, (2006), untuk populasi yang bersaiz 95 orang, saiz sampel yang diperlukan adalah 76 orang. Terdapat dua faktor diperlukan bagi memastikan jumlah populasi dan sampel yang dipertimbangkan. Faktor pertama, pengkaji perlu memilih sampel kajian dengan jelas dan batasannya adalah menepati dalam populasi. Manakala yang kedua ialah mengenai pengkaji tidak memihak kepada sampel kajian tetapi memilih sampel yang mantap. Dapatan dan Perbincangan Analisis kajian ini dibuat mengikut hasil dapatan dan jawapan yang diberikan oleh responden dalam soal selidik ini. Analisis Bahagian A adalah berkaitan maklumat diri responden manakala Bahagian B adalah jawapan yang perlu dianalisis untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Data kajian adalah berbentuk deskriptif dan inferensi yang Penganalisaan data menganalisis perbezaan min setiap aspek kepimpinan pengetua.

dilakukan dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 11.0. Jumlah responden yang dikaji ialah sebanyak 76 orang yang terdiri daripada guru-guru di SMK Taman Universiti 2, daerah Johor Bahru. Kesemua data mentah yang telah dikumpul daripada responden dianalisis. Sebanyak 90 borang selidik diedarkan, borang yang diperolehi semula sebanyak 76 sahaja.

Analisis Bahagian A - Demografi Guru Analisis bahagian demografi responden yang dikaji adalah terdiri daripada jantina, bangsa, umur, kelayakan akademik tertinggi, gred jawatan dan pengalaman mengajar. Data
6

yang diperoleh di analisis dan di ringkaskan dalam bentuk jadual yang mengandungi maklumat mengenai bilangan dan peratus responden. Jantina

Berdasarkan Jadual 4.1, didapati bahawa taburan responden yang terdiri daripada populasi keseluruhan guru adalah didominasi oleh responden perempuan seramai 66 orang (87%) berbanding responden lelaki iaitu seramai 10 orang (13%). Jadual 4.1 : Statistik Responden Mengikut Jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Bilangan 10 66 76 Peratus (%) 13 87 100

Bangsa Daripada data yang ditunjukkan dalan Jadual 4.2, responden terdiri daripada 51 orang guru Melayu iaitu 67% , sementara guru bangsa Cina seramai 15 orang, mewakili 20% . Responden dari guru India 10 orang iaitu mewakili 13% orang. Jadual 4.2 : Statistik Responden Mengikut Bangsa Bangsa Melayu Cina India Jumlah Bilangan 51 15 10 76 Peratus (%) 67 20 13 100

Umur

Merujuk kepada Jadual 4.3 di bawah, seramai 83 orang (45.4%) majoriti responden berumur kurang dariada 31 tahun, diikuti dengan responden berumur 31 hingga 35 tahun seramai 30 orang iaitu 16.4%, 8 orang yang berusia antara 36 hingga 40 tahun iaitu 10.9%, 10 responden terdiri daripada guru yang berumur antara 41 hingga 45 tahun iaitu 13.1% dan 12 responden yang berusia 45 tahun ke atas atau 14.2% Jadual 4.3 : Statistik Responden Mengikut Umur Umur < 31 tahun 31 35 tahun 36 40 tahun 41 45 tahun > 45 tahun Jumlah Bilangan 34 12 8 10 12 76 Peratus (%) 45.4 16.4 10.9 13.1 14.2 100

Kelayakan Akademik Tertinggi Merujuk Jadual 4.4 maklumat mengenai kelayakan akademik responden menunjukkan 2 orang (2.5%) guru memiliki Sarjana, Ijazah Sarjana Muda seramai 70 orang (92%), STPM seramai 1 orang (1.5%) manakala pemegang SPM/MCE pula merupakan majoriti iaitu seramai 3 orang atau 4%.

Jadual 4.4 : Statistik Responden Mengikut Kelayakan Akademik Kelayakan Akademik Ijazah Sarjana Ijazah Sarjana Muda Bilangan 2 70 Peratus (%) 2.5 92
8

STPM SPM/MCE Jumlah

1 3 76

1.5 4 100

Gred Jawatan Dari segi gred jawatan pula Jadual 4.5 menunjukkan seramai 4 orang responden dalam gred DGA32 (5.5), 64 orang (84%) di dalam gred DG41, 8 orang (10.5%) dalam gred DG44. Jadual 4.5 : Statistik Responden Mengikut Gred Jawatan Gred Jawatan DGA 32 DG 41 DG 44 Jumlah Bilangan 4 64 8 76 Peratus (%) 5.5 84 10.5 100

Pengalaman Mengajar

Daripada Jadual 4.6, majoriti responden berkhidmat sebagai guru di sekolah kurang dari tujuh tahun, iaitu mencakupi 58 orang atau 76 %, 14 orang (18 %) berkhidmat selama lapan hingga limabelas tahun dan 2 orang responden (3%) berkhidmat antara 16 hingga 23 tahun. Seramai 2 orang dari responden kajian dengan 3 % mempunyai pengalaman berkhidmat di sekolah selama 24 hingga 30 tahun, tiada guru yang berkhidmat melebihi 31 tahun. Jadual 4.6 Statistik Deksriptif Mengikut Pengalaman Mengajar Tahun Mengajar <7 Bilangan 58 Peratus (%) 76
9

8 15 16 23 24 - 30 > 31 Jumlah

14 2 2 0 76

18 3 3 0 100

Analisis Bahagian B Ciri-ciri Kepimpinan Karismatik Pengetua Analisis bahagian B merupakan analisis deskriptif yang akan menjawab persoalan kajian iaitu sejauh mana ciri-ciri kepimpinan karismatik diamalkan oleh pengetua dalam tingkah laku kepimpinan di sekolah. Ciri-ciri kepimpinan pengetua dibahagikan kepada tiga aspek iaitu: i. Kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan ii. Visi pengetua yang difahami oleh warga sekolah iii. Pengetua sebagai agen perubahan

Ciri-ciri kepimpinan Pengetua dianalisis untuk mengetahui skor min dan sisihan piawai. Tahap kecenderungan yang ditentukan dalam analisis skor min merujuk kepada Jadual 3.7 iaitu Jadual Interpretasi Skor Min.

Kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan Pernyataan yang paling dominan bagi aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan adalah item Q4 yang menyatakan responden bersetuju bahawa Pengetua sering bertanya khabar atau berbual dengan guru dengan skor min 4.04. Sementara Q3 merupakan item yang mempunyai nilai skor min yang paling rendah iaitu 3.45. Ini menggambarkan tidak semua responden bersetuju bahawa Pengetua sering membantu guru menyelesaikan masalah peribadi. Walau bagaimanapun skor min yang diperolehi masih berada di tahap sederhana. Sisihan piawai bagi keseluruhan item adalah 0.877. Berdasarkan Jadual 4.7, skor min
10

keseluruhan bagi aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan adalah 3.85. tinggi iaitu sangat bersetuju pada pernyataan yang mengandungi item item tersebut. Jadual 4.7 : Skor Min Kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan Bil Q1 Q2 Q3 Q4 Q5 Q6 Q7 Item memberi layanan secara peribadi kepada guru-guru sentiasa membantu guru-guru. sering membantu guru menyelesaikan masalah peribadi bertanya khabar atau berbual dengan guru. peka terhadap kebajikan guru-guru. seorang yang mudah didekati dan mesra dengan semua guru bertanggungjawab di atas segala tindakan guru Skor Min 3.51 4.01 3.45 4.04 3.96 3.94 4.03 Sisihan Piawai 0.919 0.812 1.014 0.766 0.940 0.915 0.773 Tahap Kecenderungan Sederhana Tinggi Sederhana Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

Ini

menunjukkan aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan berada pada tahap yang

Visi pengetua yang difahami oleh warga sekolah Item yang mempunyai nilai min tertinggi bagi aspek visi pengetua yang difahami oleh warga sekolah ialah Q13 dengan nilai 4.40. Ini menunjukkan Pengetua sering mengendalikan perjumpaan guru samada mesyuarat, seminar dan kursus. Manakala item yang mempunyai skor min terendah ialah item Q9 dengan nilai skor min 4.01 di mana tidak semua responden bersetuju bahawa Pengetua sering bersama dalam aktiviti yang dianjurkan oleh guru . Sisihan piawai bagi keseluruhan item adalah 0.568. Nilai min bagi aspek visi pengetua yang difahami oleh warga sekolah secara keseluruhan ialah 4.18 iaitu berada pada tahap yang tinggi. Rujuk Jadual 4.8

Jadual 4.8 : Skor Min Visi pengetua yang difahami oleh warga sekolah Q8 memberi penjelasan sebelum melaksanakan 4.12 0.693 Tinggi
11

program sekolah. Q9 sering bersama dalam aktiviti yang dianjurkan oleh guru sering menjelaskan apa yang diharapkan daripada guru-guru memastikan guru-guru menjalankan tugas dengan penuh keupayaan melakukan pencerapan dan pemantauan P & P mengendalikan perjumpaan guru mesyuarat, seminar dan kursus Tinggi

4.01

0.788

Q10

4.09 4.28 4.17 4.40

0.754 0.692 0.613 0.564

Tinggi

Q11 Q12 Q13

Tinggi Tinggi Tinggi

Persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen perubahan sekolah

Kebanyakan responden sangat bersetuju bahawa Pengetua sangat bersedia semasa berucap dalam setiap majlis yang dianjurkan sekolah iaitu Q19. Item tersebut mempunyai min tertinggi dengan nilai 4.42. Manakala item yang mempunyai skor min terendah ialah item Q20 dengan skor min 3.71. Ini menggambarkan bahawa langkah Pengetua menetapkan peraturan yang masih dipersoalkan oleh guru . Walau bagaimanapun skor min yang diperolehi masih berada di tahap yang tinggi iaitu 4.07. Sisihan piawai bagi keseluruhan item adalah dalam lingkungan 0.613 hingga 0.880. Rujuk jadual 4.9 Jadual 4.9 : Skor Min Persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen perubahan sekolah

Q14 Q15 Q16 Q17

menjadikan guru-guru di sekolah ini bersemangat tinggi. memberikan kritikan yang membina. seorang yang mudah dihubungi apabila diperlukan sedia melakukan perubahan sekiranya

4.08 3.96 3.95 4.10

.880 .844 0.903 .792

Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

12

diperlukan. Q18 memberi tahu guru-guru idea baru yang terlintas dalam fikirannya demi kemajuan orgnanisasi amat bersedia semasa berucap dalam majlis di sekolah menetapkan peraturan yang jarang dipersoalkan oleh guru Tinggi

4.30 4.42

0.673 .648

Q19 Q20

Tinggi

3.70

0.834

Sederhana

13

Perbincangan dan Kesimpulan

Perbincangan

Bahagian ini membincangkan secara terperinci tentang keputusan yang diperoleh daripada hasil dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian tersebut. Berikut merupakan persoalan kajian yang telah dinyatakan.

(i)
(ii)

Sejauh manakah aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan pengetua dalam tingkah laku kepimpinan di sekolah? Adakah visi pengetua difahami oleh warga sekolah? Sejauh manakah persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen perubahan di sekolah?

(iii)

Kepimpinan Pengetua

Pengetua merupakan orang yang berada pada kedudukan yang paling strategik dalam pembangunan dan perubahan sekolah. Mereka merupakan tonggak dan CEO bagi sesebuah sekolah. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan peraturan-peraturan terpilih mentafsirkan Pengetua sebagai seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pelajaran yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pelajaran yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah sekolah. Oleh itu Pengetua memerlukan tahap kompetensi yang tinggi untuk mentadbir dan mengurus sekolahnya. Ishak Sin (2004) mengatakan, kompetensi memerlukan pemimpin yang berupaya melaksanakan tugas seharian dengan menepati kepiawaian yang ditetapkan, berkebolehan melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan jayanya, memiliki ciriciri peribadi dan tingkahlaku yang meliputi sikap dan nilai kendiri yang sesuai dengan jawatan yang sedang disandang, mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab serta mempunyai kemahiran menjalankan tugas secara praktik. Fawziah Kassim (2008) berpendapat, Pengetua adalah seorang pemimpin yang

14

berkeupayaan, dan berkesan.

bertanggungjawab

untuk

merancang

dan

melaksana

pengetahuan,

berkemahiran, mempunyai kepakaran dalam mentadbir dan mengurus sekolah dengan cekap Penguasaan elemen-elemen pengetahuan, kemahiran dan kepakaran membezakan tahap kecekapan seseorang Pengetua. Oleh kerana pemimpin berbeza dari segi latar belakang, nilai dan prinsip, minat dan kecenderungan, maka tingkah laku kepimpinan yang ditunjukkan dalam proses mentadbir dan memimpin juga adalah berbeza.

Kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memilih aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan Pengetua dalam tingkah laku kepimpinan di sekolah sebagai aspek ketiga dalam ciri-ciri karismatik pengetua. Skor min yang tertinggi ialah pada pernyataan Pengetua sering bertanya khabar atau berbual apabila bertemu dengan guru-guru. Ini menunjukkan Pengetua seorang yang ramah, mesra dengan pengikut dan cuba mengurangkan jurang antara pemimpin dan pengikut. Beliau mengharapkan guru-guru merasa selesa berkomunikasi seolah-olah sebagai satu keluarga. Dalam hal sebegini Pengetua lebih suka bersemuka dalam suasana tidak formal. Hubungan yang sebegini akan mewujudkan satu proses interaksi antara Pengetua dengan guru seperti memberi salam, bertegur sapa, bertanya khabar dan makan bersama. Pengetua juga akan melayan pertanyaan atau memberi maklumbalas sewaktu mesyuarat berlangsung. Dapatan ini bertentangan dengan pendapat Halpin dan Croft (1966) dan Mohd Ali Rashidi (1998) yang mengatakan tingkah laku Pengetua ialah formal dan impersonal di mana segala tindakan adalah mengikut arahan, lebih terikat kepada peraturan dan polisi daripada berbincang secara bersemuka. Ishak Bin Sin (2002) menyatakan seorang pemimpin perlulah sanggup menanggung risiko, demi menyelamatkan orang bawahannya, menjadi kepala dalam misi yang berbahaya dan sama-sama merasa kepayahan yang dialami orang-orang bawahan. Ini selari dengan Karen Otazo, (2007), yang mengatakan pemimpin yang prihatin akan melayan ahli dalam organisasi sama seperti mereka melayan keluarga, mesra, prihatin dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. Berinteraksi seberapa kerap yang boleh, memberi dan menerima maklumat, berkongsi strategi, menerima dan memberi cadangan serta maklumbalas. Melalui pertemuan yang kerap diadakan samada secara formal atau tidak, akan menjadikan pemimpin dan pengikut menjadi rapat, mesra dan tiada jurang pemisah yang besar. Apabila ini berlaku,
15

komunikasi di dalam organisasi itu menjadi baik dan berkesan. Antara elemen yang dimiliki oleh Pengetua dengan ciri-ciri karismatik ialah mempunyai kualiti dan perhubungan personal. Mereka sentiasa menggunakan. kemahiran interpersonal disamping disegani dan dihormati oleh guru-guru. Mereka selalu menunjukkan minat apa yang orang lain lakukan. Pengetua bersikap empati dan selalu mendengar walaupun sejenak apabila diperlukan. Ini menyebabkan setiap motif dan tindakannya dipercayai oleh guru-guru. Warren Bennis, Gretchen M. Spreitzer dan Thomas G. Cumming (2001) mengatakan, kepimpinan adalah perhubungan, tidak kira perhubungan dengan orang ramai atau perseorangan. Perhubungan melibatkan mereka yang berkebolehan memimpin dan mereka yang menjadi pengikut. Dalam konteks kepimpinan di sekolah, Pengetua merupakan pemimpin dan guru-guru merupakan pengikut yang saling berhubung di antara satu dengan lain. Oleh yang demikian, Pengetua perlu memiliki beberapa kualiti dan kemahiran tertentu seperti pendengar yang aktif, menggalakkan perbincangan terbuka atau perundingan, berupaya menggerakkan semangat kerja berkumpulan, bijak menguruskan mesyuarat, berkeupayaan menganalisis dan menyelesaikan masalah dan bersedia menangani perubahan. Sebagai seorang pemimpin, Pengetua hendaklah dapat meyakinkan pengikut, tenang, bersemangat positif, sentiasa bermotivasi, dapat mengawal perasaan marah atau kecewa walaupun dalam keadaan yang sangat kritikal. Salleh Lebar (2000) berpendapat, pemimpin yang mempunyai kesedaran motivasi yang tinggi akan menjadikan guru-guru di sekolah mempunyai semangat yang tinggi dalam melaksanakan tugas. Pemimpin sedemikian juga memfokuskan kepada peringkat moral dan motivasi dalaman yang tinggi dalam menjalankan sesuatu tugas. Kepimpinan jenis ini memerlukan seorang yang bersifat kemanusiaan, adil, jujur dan tidak emosional, tidak tamak dan tidak mencemburui kakitangannya. Pemimpin akan sedaya upaya menonjolkan potensi dan kehebatan organisasi di bawah pentadbirannya, menumpukan kepada kebolehan setiap individu, sentiasa memberi motivasi yang berinspirasi dan merangsang secara intelek. Pengetua menjadikan guru-guru di sekolah bersemangat tinggi. tinggi. Semangat tinggi yang dipunyai oleh guru-guru adalah berpunca dari sifat kepimpinan Pengetua yang bermotivasi Motivasi merupakan elemen kecerdasan emosi yang membantu individu dalam membina inisiatif dan kemahuan bagi memperbaiki kendiri. Meninjau sejauh mana visi difahami oleh guru

16

Mohd Zahri Jaafar & Nazni Hani Arshad (2008) menjelaskan Pengetua yang mempunyai aspirasi yang baik adalah mereka yang memiliki agenda jangka panjang. Mereka menetapkan visi yang mampu dicapai lebih daripada matlamat jangka pendek. Pengetua dalam kategori ini selalu mencari kepentingan dan peningkatan untuk berubah tetapi dalam masa yang sama menyedari bebanan yang akan ditanggung pengikutnya. Namun ini tidak menghalang mereka untuk menjadi tegas apabila perlu. Lantaran itu Pengetua berkenaan harus mempunyai kemampuan komunikasi yang berkesan untuk disampaikan kepada pimpinannya setelah mendapat gambaran untuk meningkatkan keupayaan sekolahnya. Mereka menggunakan pelbagai medium komunikasi seperti perhimpunan staf, buletin, pengumuman, pengiktirafan, penganugerahan, surat, pendekatan personel dan lawatan ke kelas-kelas. Mereka mencipta iklim sekolah dengan positif dengan ekspektasi dan kejayaan.

Steven Covey (2007) menjelaskan terdapat empat ciri peribadi seorang pemimpin iaitu sebagai role-model, disiplin (mensejajarkan), wawasan (mencari arah), dan semangat (memberi kuasa) yang dapat dikenali dengan jelas dalam sesebuah organisasi. Disiplin dalam konteks ini bermakna pemimpin menubuhkan dan menguruskan sistem dalam organisasinya untuk sentiasa menuju ke arah yang telah dikenalpasti. Dalam aspek ini Pengetua dilihat sebagai seorang yang banyak menentukan perjalanan sekolah, menentukan peraturanperaturan yang harus dipatuhi oleh seluruh warga sekolah sebagai usaha untuk menetapkan hala tuju yang dibawa

Meninjau persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen perubahan di sekolah. Mohd Zahri Jaafar & Nazni Hani Arshad. (2008), mendapati tiga pendekatan yang memperlihatkan tindakan pengetua yang cenderung kepada inovasi sebagai agen perubahan di sekolah. Pertama, Pengetua berkenaan adalah seorang yang kreatif dalam menggunakan kuasa dan perundangan dalam pengurusannya. Kedua, mereka mempamerkan ciri-ciri orang yang suka bereksperimen dan seorang yang berani mengambil risiko. Individu yang mempunyai ciri-ciri ini juga dikatakan suka kepada pembaharuan, pragmatik dan suka kepada aktiviti menyelesai masalah. Ketiga, mereka membuat keputusan dan mengaplikasi polisi serta prosedur dengan tegas, fleksibel dan konsisten.
17

Karen Otazo (2007) berpendapat, seorang pemimpin mestilah sentiasa bersedia walau dalam apa keadaan sekali pun. Dalam kontek sekolah yang dianggap sebagai sebuah organisasi yang sering mengalami ketidak tentuan keadaan, kesediaan yang dimaksudkan ialah bersedia dari segi mental dan fizikal. Ada ketikanya mendapat arahan yang datang mengejut dari stake holder, atau berlaku situasi kecemasan yang melibatkan guru atau murid, semestinya ini menuntut kesediaan minda dan kesabaran yang tinggi. Untuk menghadapi uncertain moment sedemikian, kecerdasan emosi dan ketahanan mental amat penting. Kecerdasan emosi sebenarnya membolehkan kita berfikir dengan lebih kreatif dan sekaligus memudahkan proses penyelesaian masalah manakala ketahanan mental pula kemampuan individu dalam mengawal diri, perasaan dan keinginannya sebelum melakukan sesuatu iaitu bagaimana seseorang mempunyai kemahiran daya kesabaran dan mengelakkan diri daripada konfrontasi. Pengetua mempamerkan usaha-usaha untuk menggerakkan organisasi dengan baik, sentiasa cuba untuk memotivasikan guru-guru dengan menjadikan dirinya sebagai teladan. Beliau akan memastikan setiap guru melaksanakan tugasan yang diberi. Perhubungan sosial dan kebajikan antara guru dipelihara. Pengetua mudah didekati dan berlaku komunikasi dua hala antara ahli-ahli. Guru-guru bebas melahirkan buah fikiran dalam perbincangan atau mesyuarat dan keputusan dibuat bersama. Guru-guru berpuashati dengan penghasilan kerja dan tiada rungutan yang timbul. Pengetua dalam dimensi ini meletakkan nilai yang tinggi ke atas pembelajaran guru dan pembangunan staf sama ada di dalam atau di luar sekolah. Mereka merelakan pimpinannya terlibat di dalam pembangunan profesional. Pengetua jenis ini ibarat melaburkan kewangan sekolah dengan pembelajaran profesional guru dan staf sekolah. Mereka mengalakkan, menyokong dan memperkuatkan pimpinannya untuk menjadi pelajar sepanjang hayat. Ini dapat memperkenalkan dan merangsang nilai-nilai kepimpinan kepada guru dan staf. Dengan pembelajaran ini, semua warga sekolah dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta aras keyakinan untuk menggunakan pendekatan pengajaran, pentadbiran dan juga kepimpinan. Melalui pendekatan menghormati kapasiti dan bakat orang lain, semua ekspektasi dan peluang dapat dimanipulasi dengan maksimum Item yang mendapat skor min paling tinggi dalam aspek ini ialah Pengetua amat bersedia untuk berucap di dalam majlis di sekolah. Keupayaan Pengetua semasa menyampaikan ucapan, gaya persembahan dan penampilan diri, personaliti yang menarik, kemampuan mengawal majlis melalui setiap patah perkataan yang dituturkan, kebolehan memukau audien dengan mesej yang dibawa dan ekspresi wajah dan ketrampilan diri semasa
18

menyampaikan ucapan menjadikan responden memilih elemen tersebut sebagai kekuatan Pengetua semasa menjalankan tugas. Dalam keadaan sebegini Pengetua perlulah kelihatan tenang mengawal perasaan, menguasai majlis dengan caranya dan imej atau penampilan diri yang sesuai sebagai pemimpin . Cara berpakaian dan berjalan hendaklah selangkah lebih ke hadapan berbanding guru biasa. Begitu juga pengetahuan dan kepakaran hendaklah lebih tinggi daripada subordinat. Nada suara, lenggok bahasa, gerak geri tubuh dan teknik penyampaian hendaklah sentiasa mantap dan bersemangat sejajar sebagai pemimpin pendidikan di alaf baru yang sepatutnya mempunyai ciri beriltizam iaitu keterlibatan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh dengan tanggungjawab dalam setiap perlaksanaan tugasnya sebagai agen perubahan di sekolah.

Kesimpulan Secara keseluruhannya, daripada hasil dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa Pengetua SMK Taman Universiti 2 mengamalkan ciri-ciri kepimpinan karismatik di dalam amalannya memimpin sekolah. Guru selesa dengan corak tingkah laku yang diamalkan Pengetua yang sentiasa memberi kepercayaan dan memandu mereka mencapai aspirasi sekolah. Mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh iltizam dan bermotivasi. Sikap Pengetua yang sentiasa memastikan guru-guru menjalankan tugasan dengan penuh keupayaan dan kehadiransemangatnya dalam organisasi menjadi pembakar semangat kepada guru untuk terus bekerja demi kecemerlangan organisasi. Menurut Ab. Aziz (2000), antara faktor-faktor yang menentukan kepuasan kerja ialah keadilan dalam pemberian ganjaran dan sokongan terhadap suasana pekerjaan oleh pemimpin. Peranan yang dimainkan oleh Pengetua dapat meningkatkan kepuasan kerja guru yang mana mereka akan merasakan diri mereka tidak akan terbeban dengan tanggungjawab yang diberi oleh Pengetua dan sentiasa mendapat peluang untuk menunjukkan prestasi kerja yang baik dari semasa ke semasa. Pengetua juga sanggup memuaskan pekerja supaya dapat meningkatkan produktiviti organisasi melalui berbagai strategi. Mereka juga rajin, bertoleransi dan adil dalam melakukan sesuatu pencapaian seperti membuat perancangan dan belanjawan. Guru merasa gembira kerana dapat mencapai sasaran kerja yang diberi (SKT), dan merasa seronok melaksanakan tugas bersama rakan seperjuangan walaupun penuh dengan cabaran selain penghargaan di atas hasil usaha yang telah dilakukan.

19

RUJUKAN Ab. Aziz Yusof (2000). Pengurusan dan Gelagat Organisasi di abad ke 21. Prentice Hall. 32-37. Ab Aziz Yusof (2006). Pengurusan Sumber Manusia : Konsep, Isu Dan Pelaksanaan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall. m.s.70-88. Abd. Rahim Abd. Rashid (2005). Profesionalisme Keguruan: Prospek Dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. m.s.141-164. Abdul Rahman Md. Aroff, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias (1988). Pengenalan Pentadbiran Pendidikan. Selangor: Malindo Printers Sdn. Bhd. Abdul Shukor Abdullah (2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan Cemerlang. Jurnal Pengurusan Kepimpinan Pendidikan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki. m.s.26,32 Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan .31. Universiti Kebangsaan Malaysia. Avolio, B. J., & Bass, B. M. (1991). The Full Range of Leadership Development: Basic and Advanced Manuals. Binghamton, NY: Bass, Avolio and Associates. Ayob Jantan. (2004). Pengetua Sekolah Yang Effektif. Bentong: PTS Publications & Distributers Sdn Bhd. m.s 36-39, 5, 85, 89 Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd Babbie, E. (2005). The Basics of Social Research. 3rd ed .Canada : Thomson Wadsworth. 67-73. Barbuto, J. E. and Moss, J. A. (2006). Dispositional Effects in Intra-Organizational Influence Tactics: A Meta-Analytic Review. Journal of Leadership and Organizational Studies. 12,3. Bass, B. M. (1997). Does the Transactionaltransformational Paradigm Transcend Organizational and National Boundaries? American Psychologist, 52, 130139. Bennis, Warren G., Spreitzer, Greten M. & Cummings, Thomas G.(2001). The Future of Leadership. San Francisco: Jossey Bass

20

Brayfield, A. H. dan Rothe, A. F.(1951). An Index of Job Satisfaction. Journal of Cross Cultural Psychology. 35. 307 311 Cambell, R.F. terjemahan Abd Rahman Md Aroff (1998). Pengenalan Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Pertania Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur Conger, J.A. dan Kanungo, R.N. (1998). harimastic Leadership In Organization. California: Sage Covey, Steven R (2007). Tabiat ke 8. terjemahan Mohammad Radzi Zainal. Selangor: Cresent News (KL) Davidson, E.J. (2005). Evaluation Methodology Basics. London : Sage Publications Ltd. 3, 16 Greenberg, J. dan Baron R. A. (1993). Behaviour in Organizations. 4th Ed. Boston: Allyn and Bacon. Hussein Ahmad (1993). Pendidikan dan Masyarakat: Antara Dasar, Reformasi dan Wawasan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Bahasa Halpin, A.W. & Croft D.B. (1963). The Organizational Climate of School. Chicago: Midwest Administration Center, University of Chicago.

Halpin, A.W. & Croft D.B. (1966). The Organizational Climate of School: Theory and Research in Administration. New York: Mc Millan Publishing.

Harland, L., Harrison, W., Jones, J. R. and Reiter-Palmon, R. (2005). Leadership Behaviors and Subordinate Resilience. Journal of Leadership and Organizational Studies. 2.11.

Hersey, P. and Blancahard K. H. (1982). Management of Organisation Behaviour. Utilizing Human Resources. 4th ed. Englewood Cliffs. NJ: Prentice Hall. 33-36.

21

Herzberg, F. B. (1968). Motivation to Work. New York: John Wiley and Son Inc. 3445.

Howard, E.R. (1974). School Climate Improvement Education Digest 39 (8): 333-336.

Ibrahim Mamat (1993). Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Ishak bin Sin (2002), Gaya Kepimpinan Yang Digemari: Satu Kajian Kes-Kes Hipotetikal. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan kali ke-XI, pada 17-19 Disember 2002, di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur International Airport, Sepang.

Ishak bin Sin (2004). Apakah Yang Tertulis Dalam Khazanah Tulisan Ilmiah Tentang Tret, Tingkahlaku dan Tindakan Yang Diperlakukan Untuk Menjadi Seorang Pengetua Yang Berkesan? Jurnal Pengurusan Kepimpinan Pendidikan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Ishak bin Sin (2006). Memperkasakan Kepimpinan Sekolah: Teori Manakah Yang Perlu Digunapakai Oleh Pengetua. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 13. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

James, L. R.,Joyce, W. dan Slocum, J. W.(1988). Comment: Organizations Do Not Recognize. Academy of Management Review, 13.

Leithwood, K., Tomlinson, D., dan Genge, M. (1997). Transformational School Leadership. Dalam Leithwood, K. et al. (ed.). International Handbook of Educational Leadership and Administration. Netherlands: Kluwer Academic Publishers, 785840.

22

Jui-Chen Chen & Silverthorne, S. (2005). Leadership Effectiveness, Leadership Style and Employee Readiness. Leadership & Organization Development Journal. 26 (4). 280288 Krejcie, R.V. & D.W. Morgan (1970). Determining Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement 30 : 607-610. Law Huong Mei (2004). Hubungan Gaya Komunikasi Pengetua dengan Kepuasan Kerja Guru. Jurnal Pendidikan 29 . Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 69-70, 184. Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. 7th. ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 156-183

Mohd Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn Bhd. Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

Mohd. Majid Konting (2004) Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mortimore, P (1995). Key Characteristics of Effective Schools. Seminar Sekolah Efektif. Anjuran Kementerian Pendidikan pada 13-14 Julai 1995 di Institut Aminudin Baki. Noran Fauziah Yaakub & Sharifah Mohd. Nor (1990). Kepuasan Kerja Guru di Dua Jenis Sekolah. Jurnal Psikologi Malaysia bil.6. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Otazo, Karen L. (2007). The Truth About Being A Leader. New Jersey: FT Press Pearson Education Inc Razali Othman. (1990). Satu Kajian Mengenai Iklim Sekolah Menengah di Daerah Temerloh. Universiti Malaya : Tesis Sarjana tidak diterbitkan. Reeves, D. B. (2004). Assessing Educational Leaders. Thousand Oaks,CA: Corwin

23

Press. 87-90.

Rinke, W. J. (2004), Tips for Effective Leadership: Do Not Have Goals and Objectives. Retrieved September 10, 2008 dari http://www.leadervalues.com/Content/detail.asp? ContentDetailID=306

Salkind, N.J. (2000). Exploring Research. 4th. ed. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. 109, 132-133

Sargent, J. C. (1977). Organization Climate Of High School. Research Monograph. Minneaollis: Education Reaserch and Development Council, University of Minnesota.

Weber, G (1971). Inner-city Children Can Be Taught to Read: For Successful Schools. Washington, D.C.: Council for Basic Education

Wiersma, W. (1995). Research Method In Education: An Introduction. Masssachusetts: Simon and Schuster Company. Yukl, G., Gordon, A. and Taber, T (2002). A Hierachical Taxonomy of Leadership Behavior: Integrating a Half Century of Behavior Research. Journal of Leadership and Organizational Studies.1 .9. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989). Pentadbiran Pendidikan. Siri Pendidikan Fajar Bakti. Serdang: Fajar Bakti. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Sharifah Md. Nor. (1993). A Survey of Job Satisfaction of Commerce and Entrepreneurship Teachers in Malaysia. Jurnal Pendidikan 18. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zhu, W., May, D. R. and Avolio, B. J.(2004). The Impact of Ethical Leadership Behaviour on Employee Outcomes: The Roles of Psychological Empowerment and Authenticity. Journal of Leadership and Organizational Studies. 1. 11.

24

sila semak dan betulkan apa yang dah saya siapkan dari awal. ada perkaraperkara yang tak berapa puas hati. rujukan banyak yang belum ada, yg ada pun blm delete, tak sihat sangat. malam tadi siap pukul 1.30. trtsjb@yahoo.com.my; kepimpinan karismatik

25

You might also like