GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH

Kementerian Kesihatan Malaysia Oktober 2011 KANDUNGAN

4 8. 7.5 Cara pemberian Langkah-langkah keselamatan 4 6 6 7 9. 3.1 7.2 8. 5.3 Penerimaan bekalan daripada pembekal Cara penyimpanan Kebenaran pemberian multivitamin dan mineral oleh ibu bapa atau penjaga 8. Pengurusan dan Penyelarasan Rumusan . 2.1 8. 10. Kriteria kelayakan Kriteria pengecualian 1 1 1 2 2 2 2 3 3 3 3 3 4 4 Kaedah Pelaksanaan 8. Pendahuluan Rasional Keperluan vitamin Strategi Objektif Program Liputan Program Kumpulan Sasar 7. 4. 6.Muka surat Tujuan 1.2 8.

12. Rujukan Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Pembentukan Garis Panduan Pelaksanaan Program Vitamin 1Malaysia di Sekolah Rendah Lampiran : Lampiran 1 – Buku Laporan Program Vitamin 1Malaysia Lampiran 2 – Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral Lampiran 3 – Spesifikasi Tablet Multivitamin dan Mineral Lampiran 4 – Report on Suspected Adverse Drug Reactions 12 13 14 19 8 9 .Muka surat 11. 13.

2005 serta Surat Pekeliling Kewangan Bil. Pendahuluan Y. Garis panduan ini hendaklah juga dibaca bersama Buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah. al. 2000.000) kanak-kanak berumur 7-12 tahun yang terbantut dan 10% (283. pada 15 Oktober 2010. 2004). 2006). Foo et.GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH TUJUAN Tujuan garis panduan ini ialah untuk menggariskan kaedah pemberian multivitamin dan mineral di sekolah rendah dan akan digunakan oleh pentadbir/ guru sekolah dalam melaksanakan Program Vitamin 1Malaysia kepada murid sekolah. Kajian juga menunjukkan 20% kanak-kanak bawah 6 tahun dan 20% remaja 12-19 tahun mengalami anemia atau kekurangan zat besi (MOH. • .. 15% (495. kelaparan atau kurang pengambilan makanan yang seimbang cenderung kepada pencapaian akademik dan fungsi kognitif serta kehadiran ke sekolah yang rendah (Taras H. pada tahun 2006. menghadapi anemia (kurang zat besi). Di Malaysia. 7 Tahun 2010 Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan.. 2.A. telah mengumumkan rancangan pemberian vitamin kepada semua murid sekolah rendah dalam kalangan yang berpendapatan rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia.000) kanak-kanak pula mempunyai berat badan susut (wasted) (NHMS III.B Perdana Menteri Malaysia. 2005). Ini bagi membantu mereka meningkatkan tumbesaran serta taraf pemakanan dan seterusnya kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Rasional • Kanak-kanak yang terbantut (stunted).. dalam pembentangan Belanjawan 2011. Keputusan tersebut jelas memaparkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan modal insan yang cemerlang menjelang 2020. rujukan KP(BKEW)(PK)1587/A4(26) bertarikh 15 Julai 2010. 1. Kementerian Pelajaran Malaysia.

kalsium. bagi mereka yang sukar mendapat makanan seimbang secara tetap setiap hari disebabkan oleh faktor seperti pendapatan keluarga yang rendah. 5. Lazimnya. 6. ia menambah nilai program tersebut dan tidak membebankan pihak sekolah. pengambilan suplemen multivitamin dan mineral dapat membantu meningkatkan pengambilan dan seterusnya taraf pemakanan mereka. dalam sehari. 4. 9-15 mg zat besi dan 5. Dari segi pelaksanaan. Walau bagaimanapun. Oleh yang demikian. Strategi Pendekatan yang digunakan ialah pemberian multivitamin dan mineral dalam bentuk tablet yang boleh dikunyah.8-9 mg zink. 700-1000 mg kalsium. Mengikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005. 2005). Selain itu. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal. Strategi ini dapat mengatasi masalah kekurangan vitamin dan mineral dalam kalangan murid dari keluarga berpendapatan rendah. 3. Liputan Program Semua murid yang memenuhi kriteria pemilihan dari Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia. kanak-kanak mendapat cukup vitamin melalui pengambilan makanan yang seimbang. suplemen vitamin dan mineral juga diperlukan oleh kanak-kanak yang cerewet atau memilih makanan ( picky eaters).• Kekurangan vitamin dan mineral yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak kurang zat makanan yang dilaporkan ialah kekurangan vitamin A. sedang sakit atau baru pulih dari sakit. zat besi dan zink. program ini diintegrasikan ke dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah. kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun memerlukan 500-600 ug vitamin A (Retinol Equivalent). pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Keperluan Vitamin Kanak-kanak memerlukan vitamin dan mineral bagi mencapai pertumbuhan dan pembesaran yang optima. . Objektif Program Untuk memberi multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah terutama daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki taraf pemakanan. (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia.

7. Murid yang sedang diberi vitamin dan mineral di rumah secara rutin. atas sebab masuk sekolah). Memastikan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dalam keadaan baik dan dalam tempoh sah guna semasa penerimaan.2 Kriteria pengecualian Terdapat tiga kriteria di mana murid tidak boleh diberi multivitamin dan mineral. Murid yang disahkan menghidapi penyakit talasemia oleh doktor dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala. kuantiti dan nombor batch menggunakan Buku Laporan Program Vitamin 1Malaysia (Lampiran 1).7. 8. Kementerian Kesihatan Malaysia. iaitu: i. iii. iii. Murid yang sedang menerima rawatan yang diberi multivitamin di klinik/ hospital. Kumpulan Sasar 7. ii.1 Penerimaan bekalan daripada pembekal i. Kaedah Pelaksanaan 8. . Menyimpan rekod penerimaan dan agihan multivitamin dan mineral yang mengandungi maklumat tarikh pembekalan.1 Kriteria kelayakan Murid yang layak menerima multivitamin dan mineral ialah murid warganegara Malaysia dari darjah 1 hingga darjah 6 yang bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang menerima RMT (termasuk kanak-kanak yang telah dihentikan daripada Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan. Mengesahkan penerimaan bekalan melalui Sijil Akuan Penerimaan (SAP). ii.

maka murid berkenaan TIDAK BOLEH diberi multivitamin dan mineral di sekolah.3 Kebenaran pemberian multivitamin dan mineral oleh ibu bapa atau penjaga Sebelum pemberian multivitamin dan mineral dilaksanakan. Jika ibu bapa/penjaga menjawab “YA” pada soalan 1. 2 atau 3 di bahagian “Sejarah Perubatan” pada Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral. sebelum multivitamin dan mineral diberi kepada murid. ii.4 Cara Pemberian i. mengedarkan Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral (Lampiran 2) kepada ibu bapa atau penjaga murid. 8. memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangan bahagian memberi kebenaran.8. . pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah: i. ii. iii. memastikan semua borang dikembalikan dan semua soalan telah dijawab.2 Cara penyimpanan i. setiap murid mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masingmasing. 8. Menyedia dan memastikan tempat penyimpanan sentiasa dalam keadaan bersih dan kering pada suhu kurang daripada 30°C atau mengikut arahan pengeluar. Oleh itu. Memastikan tempat penyimpanan berkunci untuk mengelakkan kecurian. Kekerapan Pemberian vitamin di sekolah dengan kekerapan 1 biji untuk 3 kali seminggu.

iii. Pemberian Tablet multivitamin dan mineral tidak boleh diambil semasa perut kosong.gov. Penyeliaan yang rapi perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada murid membuang atau mengambil lebih daripada sukatan yang ditetapkan serta mengelakkan kejadian tercekik. pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah mengagihkan tablet tersebut kepada murid yang layak. mual. 3 kali seminggu bersama dengan hidangan Rancangan Makanan Tambahan atau sejurus selepas waktu rehat di mana murid telah makan sarapan. . susah bernafas. bengkak muka. Oleh yang demikian. Dapatkan pengesahan daripada Pegawai Perubatan sama ada pengambilan multivitamin boleh diteruskan.ii. iv. sakit perut. Jika murid mengalami kesan sampingan seperti di atas. Kesan sampingan ringan seperti muntah. Kesan sampingan pengambilan vitamin Multivitamin dan mineral adalah selamat apabila diambil pada dos yang ditetapkan dan tidak menyebabkan kesan sampingan serius. bibir. Pihak pentadbir/ guru sekolah mesti sentiasa ada bersama semasa murid memakan tablet multivitamin dan mineral untuk memastikan tablet dikunyah dan ditelan oleh setiap murid. Pihak klinik hendaklah melaporkan kesan sampingan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menggunakan borang Report on Suspected Adverse Drug Reactions (Lampiran 4) atau secara online di URL http://portal. hentikan pemberian multivitamin serta merta dan pihak pentadbir/guru sekolah hendaklah membawa murid ke klinik kesihatan/ hospital untuk rawatan.my dan kemudian klik pada menu MADRAC (Adverse Drug Reactions).bpfk. sembelit dan kesan alahan termasuk kulit gatal. Dos (Bilangan tablet) Bilangan tablet untuk setiap murid adalah mengikut jadual yang disediakan oleh pembekal seperti di dalam spesifikasi (Lampiran 3). Ia adalah berdasarkan kandungan vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan harian mereka. lidah atau kerongkong mungkin berlaku dalam sebilangan kecil murid. pening.

Membaca label bungkusan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dan mengikut semua arahan yang dinyatakan pada label. Di antara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah: Cara pengambilan hendaklah mengikut arahan yang tercatat pada label.5 Langkah-langkah keselamatan Sebagai langkah keselamatan. - iii. . memastikan murid yang dikecualikan daripada menerima tablet multivitamin dan mineral (rujuk para 7. pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah: i. menyelaras dan memantau melalui unit/ pegawai atau jawatankuasa yang ditetapkan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Jangan beri lebih daripada dos yang ditetapkan. Rumusan Program pemberian multivitamin dan mineral dijangka dapat meningkatkan taraf pemakanan murid sekolah rendah yang disasarkan dan membantu meningkatkan tumbesaran agar dapat mencapai potensi akademik mereka. tugas pengurusan dan penyelarasan adalah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.8. Peranan pihak sekolah untuk membantu mengurus. retak atau terdapat kesan dibuka atau koyak.2) TIDAK DIBERI tablet berkenaan. Buat masa ini. Pengurusan dan Penyelarasan Rancangan pemberian multivitamin dan mineral ini diintegrasikan ke dalam RMT. Semua multivitamin dalam kotak yang telah dibuka perlu dihabiskan dahulu sebelum yang baru dibuka. Memeriksa bahawa bungkusan primer dan sekunder tidak pecah. Pastikan bekalan tidak melebihi tarikh luput. 9. 10. ii.

No. Nutritional Status of Children Below Six Years in Malaysia. Asia Pacific J Clin Nutr 2004. Panduan Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah. National Coordinating Committee on Food and Nutrition. Journal of School Health.6. (2004). 2002.Rujukan Brown KH et al. Malaysia. American Journal of Clinical Nutrition. Effect of supplemental zinc on the growth and serum zinc concentrations of prepubertal children: a meta-analysis of randomized controlled trials. Ministry of Health Malaysia. Ministry of Health Malaysia. Iron status and dietary iron intake of adolescents from a rural community in Sabah.. Rujukan KP(BKEW)(PK)1587/A-4(26) bertarikh 15 Julai 2010. Unpublished data. National Health and Morbidity Survey III (2006). 7 Tahun 2010 Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah Rendah. (2000). . 75:1062–1071. (2005) Nutrition and student performance in school . Codex Alimentarius Guidelines For Vitamin And Mineral Food Supplements CAC/GL 55-2005.75. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Vol. Surat Pekeliling Kewangan Bil.13 (1):48-55. August 2005. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. Taras H. 2005. Foo et. al. (2002).

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PEMBENTUKAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Puan Rokiah Don Pengarah Bahagian Pemakanan Puan Fatimah Salim Timbalan Pengarah Bahagian Pemakanan Puan Zaiton Hj Daud Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemakanan Puan Shamsuriati Awang Kechik Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pemakanan Puan Fatimah Zurina Mohamad Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemakanan Encik Mohamad Soffian Mohamad Rasid Penolong Pengarah Bahagian Pemakanan Puan Rusnah Adon Penyelia Jururawat Bahagian Pemakanan Dr. Nik Rubiah Rashid Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga .

Fuziah Zain Ketua Jabatan Perubatan Pediatrik Jabatan Perubatan Pediatrik Hospital Putrajaya KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Tuan Hj Zafrullah Shamsuddin Ketua Unit Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Encik Ismail Abdul Aziz Timbalan Setiausaha Bahagian (D) Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset Puan Noor Azani Abdul Aziz Penolong Setiausaha (PP) 4 Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset Encik Ahmad Afifi Hussain Penolong Setiausaha Bahagian Kewangan Encik Mohd Nurhazwan Rostam Penolong Setiausaha Bahagian Kewangan Encik Mohd Adyirwan Arshad Pegawai Eksekutif (BT) 1 Bahagian Kewangan .Puan Tan Phaik Sim Penyelia Jururawat Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Puan Anis Talib Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Puan Salasiah Abdullah Penolong Pengarah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Dr.

Razalee Sedek Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan .UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Dr.

B. 3. 4. : _____________________________________________________________ : _____________________________________________________________ : _____________________________________________________________ : _____________________________________________________________ : _____________________________________________________________ TELEFON : ______________________________ TELEFON : ______________________________ TELEFON : ______________________________ TELEFON : ______________________________ BIL.Lampiran 1 LAPORAN PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA (PV1M) BULAN _______________ TAHUN _______________ NEGERI PPG/PPD/ZON SEKOLAH PEMBEKAL TEMPAT SIMPANAN A. PENERIMA PV1M : ____________________ PENERIMAAN KUANTITI DI TERIMA BIL TARIKH TERIMA BEKALAN TARIKH LUPUT JUMLAH (KOTAK PENGHANTARAN) KIRAAN DALAM KOTAK VITAMIN STRIP VITAMIN NO. LAPORAN TABLET VITAMIN YANG ROSAK KEROSAKAN TARIKH JUMLAH GANTIAN TARIKH JUMLAH ULASAN PELAPOR TANDA TANGAN . 2. BIL. HARI AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT AGIHAN (kuantiti ialah jumlah tablet) MINGGU 1 TARIKH KUANTITI TARIKH AGIHAN DAN KUANTITI MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 TARIKH KUANTITI TARIKH KUANTITI TARIKH KUANTITI MINGGU 5 TARIKH KUANTITI JUMLAH AGIHAN SEBULAN (KOTAK) KOMEN/ ULASAN JUMLAH C. 3. SAP NAMA PENERIMA (PEGAWAI YANG MENERIMA BEKALAN) TANDA TANGAN 1. 1. 2.

Sekiranya terdapat kemusykilan. Tidak Adakah anak anda sedang mengambil apa-apa vitamin lain di rumah? Ya Tidak 3. Ianya diberi secara percuma kepada anak/ anak jagaan tuan/ puan di sekolah. Telefon Rumah: No. Nama ibu bapa/penjaga: No. Sila kembalikan borang kepada pihak sekolah.Lampiran 2 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG KEBENARAN PEMBERIAN MULTIVITAMIN DAN MINERAL Objektif Pemberian multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf pemakanan dan tumbesaran. Multivitamin dan mineral diberi pada setiap hari persekolahan bersama dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Adakah anak/ anak jagaan tuan/ puan mempunyai penyakit talasemia yang disahkan oleh pegawai perubatan dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala? Ya 2. Adakah anak anda sedang menerima rawatan vitamin di klinik/ hospital? Ya Tidak Kebenaran menerima multivitamin dan mineral (sila lengkapkan SATU kotak sahaja). Saya Bersetuju membenarkan anak/ anak jagaan saya menerima multivitamin dan mineral. Maklumat Murid Nama Murid: Alamat Rumah: Tahun: Nama Sekolah: Sejarah Perubatan 1. Nama ibu bapa/penjaga: No. Telefon Bimbit: Tandatangan: Tarikh: Terima kasih atas kerjasama tuan/ puan melengkapkan borang ini. Telefon Bimbit: Tandatangan: Tarikh: Saya Tidak Bersetuju anak/ anak jagaan saya menerima multivitamin dan mineral. Telefon Rumah: No. sila hubungi pihak pentadbir/ guru sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut. .

Sebagai panduan. Mematuhi sukatan nutrien bagi multivitamin dan mineral dengan zat besi bagi kanak-kanak 7-12 tahun pada dos biasa sebagai tambahan pemakanan (dietary supplement) dan bukan dos terapeutik. Standard Produk hendaklah memenuhi kesemua kriteria berikut: i. Nicotinamide (B3) 1.3 3. Vitamin E 1. Jenis Tablet boleh dikunyah (chewable) berperisa buah-buahan (pelbagai rasa). .14 5.0 8. Zink 0. Vitamin D 15 7. Pendaftaran Produk (salinan Sijil Pendaftaran Produk wajib disertakan).4 9. Kementerian Kesihatan Malaysia Bil Jenis vitamin dan mineral Unit IU mg mg mg mg IU IU mg mg Berkuasa ii.8 6.9 Lain-lain vitamin dan mineral yang diluluskan oleh Pihak Kawalan Dadah. 2. Riboflavin (B2) 0. Kandungan minima setiap vitamin dan mineral bagi sukatan pengambilan sehari hendaklah mengandungi 15% saranan pengambilan kanak-kanak 7-12 tahun yang ditetapkan oleh FAO/WHO (Codex Alimentarius Guidelines For Vitamin And Mineral Food Supplements CAC/GL 55-2005 ). berikut adalah kandungan yang dicadangkan: Kandungan minima bagi dos sehari kanak-kanak 7-12 tahun 1. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia serta mempunyai No. Tiamina (B1) 0.8 2. Vitamin A 249.14 4. Zat besi 1. Vitamin C 5.Lampiran 3 SPESIFIKASI TABLET MULTIVITAMIN DAN MINERAL 1.

Tempat serahan Kekerapan pembekalan Jadual dos (bilangan tablet sekali makan) mengikut umur murid hendaklah disediakan oleh pembekal berdasarkan kandungan vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan harian mereka. Halal – kemukakan sijil HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Label tersebut hendaklah dicetak dan bukan tampalan. v.iii. a. iv. 4. Mengguna bahan pewarna. 3. jika berkaitan. Pembungkusan Menepati syarat-syarat berikut: i. Mengisytiharkan kandungan produk mengandungi bahan-bahan daripada sumber porcine atau bovine. ii. sekiranya ada. Syarat-syarat serahan produk: Tarikh luput : Sekurang-kurangnya 18 bulan dari tarikh penyerahan : Semua sekolah yang terlibat : Setiap 3 bulan b. Pelabelan pada pembungkusan botol dan kotak mesti menepati keperluan PBKD dan produk dilabelkan ‘Program Vitamin 1Malaysia’ dan NOT FOR SALE. d. Vitamin hendaklah dibungkus dalam botol yang legap sepenuhnya (tidak telus cahaya). Setiap bekas mengandungi 60 biji tablet. c. . perisa dan pemanis yang dibenarkan .

Berada pada suhu kurang daripada 30oC atau mengikut arahan daripada pengeluar.5. . Pemunggahan bekalan multivitamin dan mineral hendaklah dijalankan dengan cermat. Tidak mengangkut bahan lain yang boleh mencemar tablet multivitamin dan mineral serta kenderaan. Mempunyai sistem pengudaraan yang cukup. iii. vii. Kenderaan yang mengangkut hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut: i. ii. vi. Semua kelengkapan dalam kenderaan pengangkutan hendaklah bersih. Tidak mencampur adukkan batch bekalan multivitamin dan mineral yang berlainan. Menyediakan perlindungan yang berkesan daripada sinaran matahari dan pencemaran termasuk habuk dan asap. Pengangkutan dan pengedaran hendaklah mengikut nombor batch. v. Pengangkutan dan Pengedaran Tablet multivitamin dan mineral hendaklah dilindungi daripada pencemaran atau pun kerosakan semasa pengangkutan dan pengedaran. iv. berkeadaan baik dan boleh dibersihkan.

Lampiran 3a Cadangan Pembungkusan Program Vitamin 1Malaysia pada setiap petak tablet No batch Program Vitamin 1Malaysia Nama Produk dicetak Program Vitamin 1Malaysia (ayat sama besar dengan nama produk) • 1 Nama dan kekuatan bahan aktif. 1.. pada atas atau bawah kotak • Arahan penyimpanan • Jauhi daripada kanak-kanak • Kuantiti Nama Produk . RDA • Pengawet (jika ada) • Alkohol (jika ada) • Indikasi • Dos/ arahan penggunaan • Akuan fungsi (jika ada) • Amaran (jika ada) • Arahan penyimpanan • Jauhi daripada kanak-kanak • Nama dan alamat pemegang pendaftaran • Nama dan alamat pengilang • Sumber haiwan (jika ada) • Saiz pembungkusan • Bentuk dos • 2Nombor batch • Tarikh pembuatan • Tarikh Luput MAL…………………… ……. Bagi nama dan kekuatan bahan aktif memadai dinyatakan ‘multivitamin dan mineral’ 2. batch. tarikh pembuatan dan tarikh luput boleh dinyatakan pada label. No.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful