You are on page 1of 3

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di tengah-
tengah bandaraya Kuala Lumpur di mana ianya merupakan mercu tanda yang paling
penting bagi Malaysia. Ianya yang telah dibina oleh pihak British, yang mengadap ke
arah Dataran Merdeka telah mengadaptasi seni bina Moorish dan telah siap dibina pada
1897, menjadi pejabat beberapa jabatan penting semasa pentadbiran British. Bangunan
ini berhadapan dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan telah diwartakan
oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah bangunan bersejarah yang
semestinya perlu dipelihara.

Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new
Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat),
di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam
pada tahun 1974. Asalnya hanya disebut sebagai Bangunan sebelum ditukar kepada
nama Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak 1857 - 1898.

Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang di dirikan di Kuala


Lumpur pada akhir abad ke 19 malah berupa kejayaan program Bangunan Tersergam
(Massive Building programme), di bawah pengendaliaan Maxwell/Spooner sebagai
perancang dan akitek Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu. Kos binaan
setelah siap April 1897 berjumlah $152,824 (anggaran awal $152,000) memakan masa
pembinaan selama 2 tahun 7 bulan selepas perletakan batu asas yang di lakukan oleh
H.E. Sir Charles B.H. Mitchell K.C.M.G (Gabenor Negeri negeri Selat) pada 6hb
Oktober 1894. Antara faktor menarik disebalik sejarah pembinaan Bangunan Awam
Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Negeri Melayu
Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi
membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul
kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan
semua Jabatan pentadbiran Negeri Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu
Bangunan pentadbiran berpusat: menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik
mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan
(Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works
Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan
Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).

Pemilihan stail senibina Islam Moorish atau Mahometan Style pengaruh bangunan
awam di India menjadi pilihan kepada struktur senibina Bangunan Sultan Abdul Samad.
Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand
proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan
bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri the Raj style
mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini.

Bangunan dua tingkat ini mempunyai keunikan struktur yang menonjol berupa Menara
Jam setinggi 41.5m di tengah tengah binaan berbentuk huruf penampilan identiti dan
mercu tanda tersendiri. Ia juga merupakan Bangunan awam pertama yang berdiri megah
di tapak berbentuk segi tiga terletak di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan
Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan
Sungai Klang serta menghadap (Clarke St), Jalan Mahkamah Tinggi.

Sebagai Bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 1894 1897, hasil
senibinanya pula lengkap dengan ciri ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor
seperti: stail, ragam hias dan pemilihan unsur unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk
separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret
yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Kesemua elemen elemen tersebut
menambah nilai estetika yang hebat dan kemudian menjadi contoh ikutan dan penentu
aliran kecenderungan dalam pembinaan bangunan awam (civic building).

Antara pegawai pegawai yang bertanggungjawab terdiri dari Arthur Charles Alfred
Norman selaku Akitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner selaku Jurutera Negeri dan
Pengarah PWD, R.A.J. Bidwell dan A.B. Hubback yang menyediakan pelan, dan
lukisan, sehingga membolehkan Bangunan ini di rasmikan oleh Sir Frank Swettenham
K.C.M.G. (Residen Jeneral) pada 4hb. April 1897.Di sinilah tempat di mana bendera
Union Jack telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan Jalur Gemilang dikibarkan.
Peristiwa ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat
yang merdeka.

Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas kawasan seluas 10200 meter persegi dan
tingginya ialah 57 meter. Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam setinggi 40
meter yang masih berfungsi sehingga sekarang.

Bangunan ini pernah dilanda banjir pada tahun 1971 apabila hujan lebat berlaku di
seluruh negara. Jumlah hujan yang lebat itu ditambah pula dengan sistem saliran yang
tidak begitu memuaskan di sekitar Kuala Lumpur pada waktu itu. Pengubahsuaian pada
tahun 1978 mengambil masa enam tahun, menelan belanja sebanyak RM 17.2 juta
ringgit.
Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah ketika itu.
Bangunan ini dirasmikan pada tahun 1896.

Bangunan ini menjadi saksi perarakan kemerdekaan Malaysia setiap tahun pada tarikh
31 Ogos 1957.

You might also like