Fungsi Bahasa Melayu

You might also like

You are on page 1of 7

1.

0 FUNGSI BAHASA MELAYU

BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa merupakan tunggak jati diri bangsa. Bak kata pepatah hilang bahasa lenyap bangsa. Pepatah ini menggambarkan bahawa bahasa itu penting bagi sesuatu bangsa. Sehubungan dengan itu, setiap Negara perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu bahasa kebangsaan untuk menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Bahasa kebangsaan melambangkan identiti negara, lambang penyatuan dan desakan semangat kebangsaan. Semasa penjajahan British dahulu, bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pendidikan dan pentadbiran Negara. Hal ini kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk memilih satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan.

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut. Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya, bahasa Melayu di Malaysia, bahasa Inggeris di United Kingdom, bahasa Perancis di Perancis, bahasa Jepun di Jepun, dan bahasa Jerman di Jerman. Lazimnya, terutama di negara yang baru memperoleh kemerdekaan daripada penjajah, hakikat ini, yakni status dan kedudukan bahasa kebangsaan, termaktub dalam Perlembangaan negara berkenaan.

Rasional bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan adalah disebabkan tiga faktor. Faktor pertama ialah bangsa Melayu merupakan golongan majoriti yang menduduki Malaysia. Jadi, bahasa Melayu yang merupakan bahasa komunikasi antara masyarakat Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan. Faktor seterusnya ialah bahasa Melayu dipilih kerana faktor sejarah. Pada masa dahulu bahasa Melayu merupakan bahasa lingua-franca dan bahasa pentadbiran pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya . Oleh itu, sejarah ini menunjukkan kegemilangan bahasa Melayu yang mendorong kepada pemilihannya sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa pentadbiran kerana bahasa Melayu bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh

luar.Selain itu, bahasa Melayu tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem bahasa yang mudah dipelajari.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dibuktikan melalui kewujudan perenggan 152 Perlembagaan Malaysia seperti berikut:. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah digunakan dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasabahasa asing; (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan Di samping itu juga, Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa

Kebangsaan terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah atau di institusi-institusi pengajian. Usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu ini telah dijalankan dengan lebih giat melalui pelbagai aktiviti seperti minggu dan bulan bahasa, perjuangan politik bahasa, dan melengkapkan bahasa serta buku-buku ilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu. BAHASA RASMI

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi bagi negara Malaysia. Bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, perundangan dan kehakiman. Bahasa melayu juga dijadikan alat untuk tujuan tertentu. Pada 1969 bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa rasmi menggantikan bahasa Inggeris. Bahasa rasmi bagi sesebuah negara boleh terdiri lebih daripada satu bahasa. Contoh negara Singapura yang mempunyai empat bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Manderin dan bahasa Tamil.

Bahasa Melayu, dan bukan bahasa lain, digunakan sebagai bahasa rasmi kerana beberapa sebab, Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, maka layaklah Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi termaktub dalam undang-undang iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam acara rasmi. Peruntukan ini sebenarnya memperkukuh ketetapan dalam Perkara 152 (1). Butiran (6) Perkara 152 pula menyebutkan bahawa maksud rasmi ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. Walaupun kedudukan bahasa Melayu sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan juga dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia, namun disebabkan ketidaktekalan dan ketidaktegasan dalam pelaksanaannya, kita masih membicarakan usaha pemerkasaan bahasa ini selepas hampir 50 tahun mencapai kemerdekaan.

BAHASA PERPADUAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan. Penyataan ini bererti bahasa Melayu adalah agen penyatuan masyarakat. Bahasa Melayu juga menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan di kalangan masyarakat menerusi fungsinya sebagai bahasa perpaduan. Selain itu, asas kebudayaan dan bahasa kebangsaan mewujudkan bangsa Malaysia. Contoh negara lain ialah Cina menggunakan bahasa CIna, Manchuria dan Monggolia, British menggunakan bahasa Inggeris, Scottish, Wales dan Irish, Amerika Syarikat menggunakan berpuluh-puluh bahasa di bawa pendatang dan Indonesia menggunakan 300 bahasa serumpun. Pada tahun 1988, Mathiot dan Garvin menyatakan fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah fungsi penyatuan.

BAHASA ILMU

Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu. Bahasa ilmu adalah bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan moden sehingga ke peringkat tinggi. Selain itu, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa akademik, lengkap dengan laras-laras bahasa dan mampu memperkatakan pelbagai bidang keilmuan. Di samping itu, bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang abstrak dan kompleks.

Ciri-ciri keintelektualan

bahasa bahasa

ilmu yang

terbahagi bermaksud

kepada

dua

bahagian. sesuatu

Pertama, itu

keupayaan

bahasa

menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Keintelektualan bahasa boleh dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata (kosa kata) dan struktur kata. Contohnya perbendaharaan kata lebih banyak dan khusus, struktur kata yang kompleks dan asing bermakna senang menerima unsur baru, dan akhir sekali ialah pengimbuhan lebih kompleks dan ada imbuhan asing yang sudah

mempengaruhi pembentukan kata bahasa Melayu.

Ciri yang terakhir ialah kesempurnaan bahasa. Hal ini dicapai melalui kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya. Kestabilan merujuk kepada kepatuhan terhadap peraturan-peraturan sedia ada pada aspek system ejaan, pengimbuhan, terhadap sebutan baku dan ayat. Kelenturan berlaku adalah dalam

kesesuaiannya

pemnaharuan-pembaharuan

yang

masyarakat bahasa, boleh menyesuaikan diri dengan perubahaan masa dan selera penuturnya tanpa mengorbankan sifat-sifat aslinya. Kepelbagaian pula merujuk kepada gaya penyampaian yang berbagai. Keberkesanan bermaksud keupayaan menjelaskan maksud dengan tepat dan berkesan. Akhirnya, keindahan iaitu penggunaan bahasa yang sedap didengar, bertenaga dan menarik.

Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah

melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam bahasa Melayu. Ratusan tesis dan disertai pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam bahasa Melayu, dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam bahasa Melayu. Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Tidak syak lagi bahawa bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Dalam konteks ini juga, kita telah melahirkan ribuan pelajar, pensyarah, dan penyelidik yang fasih berbahasa Melayu, yang dapat mengungkap ilmu yang tinggitinggi dalam bahasa Melayu, di samping petah pula berbahasa Inggeris. Kita turut melahirkan siswazah yang menerima pendidikan melalui bahasa Melayu, yang telah memasuki dunia pekerjaan dan memegang pelbagai jenis jawatan, daripada guru dan pentadbir kepada eksekutif, usahawan, peguam dan ahli politik. Bahkan, begitu berjaya sistem pendidikan kita dari segi penguasaan bahasa Melayu sehingga jika kita mendengar seseorang bercakap tanpa melihat mukanya, kita tidak dapat memastikan asal-usul keturunannya. Kadangkala penguasaan bahasa Melayu pelajar bukan Melayu lebih baik daripada pelajar Melayu sendiri, yang dipengaruhi oleh ciri dialek dan bahasa basahan.

Oleh sebab itu, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu. Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya. Itulah sebabnya bahasa Inggeris diperkenalkan sebagai mata pelajaran sejak tahun satu sekolah rendah. Seseorang pelajar yang telah mengikuti sekolah rendah dan sekolah menengah melalui sistem pendidikan kebangsaan dijangka telah menerima pendidikan bahasa Inggeris selama 11 tahun dan sepatutnya telah menguasai bahasa tersebut dengan baik.

Tetapi, jika seseorang ketua mekanik, misalnya, ingin menyampaikan ilmu membaiki jentera kepada pekerja di bengkelnya, ilmu itu tidak mungkin disampaikan dalam bahasa Inggeris, melainkan dalam bahasa yang lazimnya digunakan dalam

perhubungan sehari-hari. Demikian juga, seseorang pegawai pertanian, yang ingin menyampaikan taklimat tentang sistem perairan yang terkini yang baru dipelajarinya melalui kursus yang dianjurkan oleh PBB di Manila, yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris, akan tetap menggunakan bahasa Melayu dalam taklimat itu kerana pendengarnya, yang merupakan petani biasa, lebih selesa berbahasa Melayu. Sesungguhnya, itulah bahasa yang paling sesuai untuk digunakan dalam konteks ini.

Dalam konteks ini juga, kita mengandaikan bahawa pegawai pertanian yang berkelulusan ijazah itu dapat mengikuti kursus dalam bahasa Inggeris di Manila dan menggunakan bahasa itu dalam perbincangan dengan penyelidik atau golongan intelek. Untuk menyampaikan taklimat kepada petani, kita mengandaikan bahawa dia mempunyai senarai istilah yang relevan.

Jelaslah bahawa bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. Namun, kejayaan bahasa Melayu dalam tugas ini amat bergantung pada kesediaan pengamal bahasa Melayu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu. Jika rasa megah terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak ada dan jika semua pihak lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris, lama-kelamaan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berkurangan. Tetapi, kerana orang Melayu memang optimistik sifatnya, berdasarkan kejayaan bahasa Melayu dalam 30 tahun yang lalu, potensi yang ada bagi bahasa Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.

Contoh bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Kini Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah ke peringkat universiti. Penggunakan bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum. Dengan itu, sistem pendidikan nasional dapat dicapai.

BAHASA KOMUNIKASI

Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi yang juga dikenali sebagai bahasa perhubungan. Tujuannya adalah melahirkan perasaan, menjana pemikiran dan menjelaskan sesuatu yang tersirat dalam bentuk pertuturan. Selain itu, penggunaan pelbagai laras bahasa mengikut situasi dan konteks (formal dan tidak formal) mengukuhkan penyataan sebelumnya bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi.

Seterusnya, bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini. Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa, bukan golongan elit yang, oleh sebab sifat dwibahasa mereka, lebih selesa menggunakan bahasa campuran (Melayu-Inggeris).

Selain golongan ini, dalam perbualan sehari-hari, perhubungan antara rakyat pelbagai kaum dan antara orang Melayu biasanya dijalankan dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itu, tidak mungkin Pak Abu di kampung berbahasa Inggeris dengan isterinya, atau dengan jirannya yang sama-sama turun ke ladang, atau dengan Ah Chong penjual ikan, atau Kandasamy penjual putu mayam. Demikian juga, ahli politik Melayu yang berkempen dalam pilihan raya akan tetap menggunakan bahasa Melayu, walaupun dia fasih berbahasa Inggeris.

Dengan kata lain, pada abad ke-21, bahasa Melayu kekal sebagai bahasa perhubungan masyarakat biasa, yang jauh lebih besar jumlahnya berbanding dengan jumlah masyarakat yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa campuran Inggeris-Melayu dalam perhubungan harian. Akhbar dan majalah dalam bahasa Melayu akan tetap laris. Siaran radio dan televisyen tetap ada dalam bahasa Melayu walaupun siaran dalam bahasa Inggeris dapat juga bertahan.

You might also like