You are on page 1of 11

KEJOHANANSEPAKTAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA KANGSAR BAWAH 15 DAN 18 TAHUN (MSSDKK)

2013
DOKUMENTASI DAN JADUAL PERTANDINGAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA KANGSAR BAWAH 15 DAN 18 TAHUN (MSSDKK) 2013

Disediakan Oleh : AJK Teknikal dan Pertandingan Sepaktakraw MSSD Kuala Kangsar

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BAWAH 15 / 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA KANGSAR PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR 2013 BORANG PENYERTAAN (Diserah kepada Urusetia bersama Yuran Pendaftaran) PEGAWAI 1. Nama Sekolah 2. 3. 4. Nama Pengurus Nama Jurulatih Nama Pengadil

SENARAI NAMA PEMAIN Bil. Nama Pemain 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

No Kad Pengenalan

Tarikh Lahir

No Jersi

Tandatangan Pengurus Pasukan

Tanda tangan Pengetua dan Cop Sekolah

KEJOHANANSEPAKTAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA KANGSAR BAWAH 12 TAHUN (MSSDKK) 2013 SENARAI PENGADIL PERTANDINGAN
Bil
1

Nama Pengadil
Ahmad Khusaini Fikri b. Hassan (PTPS Sepaktakraw SM) Abdul Wahab b. Mohd Arshad (PTPS Sepaktakraw SR) Mohd Hawari b. Tazeli

Alamat
SMK Simpang Beluru, 33600 Enggor, Perak. SK Seroli, 31100 Sg Siput (U), Perak. Sk Chenein, 31110 Sg Siput (U), Perak. SMK Bukit Merchu, 33000 Kuala Kangsar, Perak. SK Kati, 33020 K.Kangsar ,Perak. SK Tun Dr Ismail, 33700 Pdg Rengas, Perak. SMK Tun Perak 33700 Padang Rengas, Perak. SMK Clifford 33000 Kuala Kangsar, Perak. SK Tun Dr Ismail, 33700 Pdg Rengas, Perak. SK Tun Dr Ismail, 33700 Pdg Rengas ,Perak. SMK Raja Perempuan Kelsom 33000 Kuala Kangsar, Perak. SK Cheh 33020 Kuala Kangsar, Perak.

Saripuddin Jaafar

Khairul b. Abdul Kadir

Mohd Ibrahim b. Ngah Shahib

7.

Ahmad Rashidi b. Abdul Rashid

8.

Mohd Kamel Faizul b. Mohd Amin

Anuar b. Tak

10

Mohd Syukri b. Daud

11

Zainal b. Sahar

12

Zainurin b. Zulkifli

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA KANGSAR BAWAH 15 DAN 18 TAHUN (MSSDKK) 2013

PERATURAN DAN PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA KANGSAR BAWAH 15 DAN 18 TAHUN (MSSDKK) 2013 1. Nama pertandingan : Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Sepaktakraw Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Kangsar bawah 15 dan 18 tahun (MSSDKK) 2013.

2. Acara dipertandingkan : Acara yang dipertandingkan ialah Berpasukan Antara Sekolah Bawah 15 dan 18 tahun.

3. Pengurusan : 3.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh MSSD Kuala Kangsar. 3.2 Urusan pengelolaan pertandingan dikelolakan oleh SMK Simpang Beluru, selaku pengerusi pengelola pertandingan dengan kerjasama AJK Teknikal dan Pertandingan Sepaktakraw MSSD Kuala Kangsar.

4. Peraturan : 4.1 Selain daripada peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang ISTAF , MSSM dan MSSPK yang dikuatkuasakan pada masa ini. Pengelola berhak meminda mana-mana peraturan-peraturan yang dianggap perlu. 4.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan akan diputuskan oleh jawatankuasa pengelola dan keputusan adalah muktamad.

5. Penyertaan / pendaftaran : 5.1 Setiap sekolah yang menyertai kejohanan ini hanya boleh mendaftarkan seramai 12 orang pemain sahaja bagi satu pasukan. 5.2 Setiap pasukan terdiri daripada 12 orang pemain iaitu 9 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan. 5.3 Hanya pemain yang didaftarkan di sesebuah sekolah boleh mewakili sekolah tersebut menyertai pertandingan ini dan jika sesebuah sekolah ingin mengambil pemain sekolah lain untuk mewakili sekolahnya, kebenaran perlu dipohon kepada sekolah pemain yang akan diambil.

5.4 Pertukaran pemain yang didaftarkan boleh dibuat semasa taklimat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sebelum pertandingan bermula. Selepas itu tiada lagi pertukaran pemain boleh dibuat. 5.5 Semua pendaftaran nama-nama pemain dilakukan dengan menggunakan format borang pendaftaran yang disediakan oleh jawatankuasa pengelola.

6. Kelayakan pemain : 6.1 Penentuan umur 15 atau 18 tahun pemain diambil kira pada 01 Januari 2013. 6.2 Semua pemain dikehendaki membawa salinan kad pengenalan yang disahkan oleh pengetua.

7. Sistem pertandingan dan sistem mata : 7.1 Peringkat pusingan awal akan dijalankan secara liga dalam kumpulan dengan menggunakan sistem kiraan terkini iaitu 15 mata bagi setiap set dengan 3 servis bergilir-gilir antara regu bertanding. 7.2 Tempat pertama dan ke dua dalam kumpulan akan masuk pusingan ke dua yang akan dijalankan secara kalah singkir. 7.3 Dalam pusingan awal, pasukan menang akan diberikan 2 mata, kalah 0 mata. 7.4 Sekiranya pasukan mendapat mata yang sama, pemecah seri akan ditentukan melalui pengiraan regu menang, jika seri set menang, jika seri juga akan dikira pungutan mata yang diperolehi oleh pasukan menang dan keputusan terakhir ialah siapa mengalahkan siapa apabila pungutan mata juga mendapat mata seri.

8. Tempoh pertandingan : 8.1 Pertandingan akan dijalankan selama _____ hari sahaja. 8.2 Semua regu yang dijadualkan bermain mestilah berada 15 minit sebelum masa perlawanan. 8.3 Sebelum bermain senarai barisan pemain hendaklah diserahkan oleh pengurus kepada AJK pertandingan atau pengadil rasmi. 8.4 Pasukan yang terlewat 10 minit daripada masa yang dijadualkan tanpa memberi alasan yang munasabah akan dianggap memberi kemenangan kepada pihak lawan dengan kedudukan 3 0

9. Bola pertandingan : 9.1 Bola takraw yang diguna pakai dalam pertandingan ini ialah Bola Takraw berjenama Gajah Emas 411 (B15) dan 511 (B18). 9.2 Setiap sekolah mengambil bahagian diminta menyumbang sebiji bola perlawanan yang akan digunakan ketika pertandingan dan diserah kepada AJK Teknikal dan Pertandinagn untuk kegunaan latihan pasukan MSSD Kuala Kangsar. 10. Pengadil, pembantu pengadil dan penjaga garisan : 10.1 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil dari sekolah-sekolah yang bertanding. 10.2 Penjaga garisan terdiri daripada pemain simpanan pasukan bermain atau seorang wakil daripada pasukan tersebut. 10.3 Perlawanan akhir sahaja akan diadili oleh pengadil, pembantu pengadil dan penjaga garisan daripada penganjur. 10.4 Segala keputusan pengadil adalah muktamad.

11. Penggantungan : 11.1 Mana-mana pemain atau pegawai yang dikeluarkan dari gelanggang oleh pengadil (kad merah) atau menerima 2 kad kuning maka secara automatik akan digantung 1 perlawanan berikutnya sehingga jawatankuasa tatatertib membuat keputusan. 11.2 Pemain yang menerima kad merah boleh dibuat pertukaran sekiranya pertukaran bagi regu yang berkenaan belum lagi dibuat, jika pertukaran telah dibuat regu itu akan dikira kalah.

12. Bantahan / rayuan : 12.1 Semua bantahan / rayuan hendaklah dikemukakan oleh pengurus pasukan sahaja secara bertulis dalam borang khas yang disediakan kepada juri rayuan tidak lewat 30 minit selepas perlawanan tamat. 12.2 Setiap bantahan / rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM300.00 (Ringgit- Malaysia : Dua Ratus) sahaja sebagai wang cagaran. 12.3 Wang cagaran akan lupus dan menjadi milik jawatankuasa pengelola jika bantahan / rayuan didapati tidak wajar atau ditolak.

13. Juri Rayuan : 13.1 Juri rayuan terdiri daripada : 13.1.1 13.1.2 13.1.3 13.1.4 13.1.5 Pengerusi Jawatankuasa pengelola atau wakil Pengerusi jawatankuasa pertandingan Pengerusi jawatankuasa teknik Pengerusi jawatankuasa pengadil 3 pengurus pasukan berkecuali

13.2 Juri rayuan akan bersidang dalam masa 30 minit setelah menerima bantahan / rayuan yang dibuat oleh regu terlibat dan menyampaikan keputusan kepada jawatankuasa untuk diumumkan.

14. Jawatankuasa tatatertib 14.1 Jawatankuasa tatatertib terdiri daripada : 14.1.1 14.1.2 14.1 3 14.1.4 14.1.5 Jawatankuasa pengelola atau wakil Jawatankuasa pengelola Pengerusi jawatankuasa teknik Pengerusi jawatankuasa pengadil Setiausaha jawatankuasa pengelola

14.2 Jawatankuasa ini akan bersidang dalam masa 30 minit setelah menerima laporan daripada pengadil atau pegawai pertandingan.

15. Jawatankuasa Pemilihan Pemain :

15.1 Pemain-pemain terbaik yang mewakili pasukan yang menyertai pertandingan ini akan dipilih oleh JK Pemilihan melalui syor-syor pihak sekolah sendiri dan JK Pemilihan Pemain itu sendiri. 15.2 Jawatankuasa pemilihan pemain terdiri daripada : 15.2.1 Jurulatih-jurulatih regu bertanding yang dilantik oleh PTPS menganggotai panel pemilihan pemain. 15.2.2 Jurulatih yang dilantik melatih pasukan MSSD Kuala Kangsar. 15.2.3 Sekolah Pengerusi Pengelola kejohanan. 15.2.4 PTPS adalah penasihat kepada jawatankuasa pemilihan pemain.

16. Perkara perlu penjelasan : 16.1 Semua pegawai dan pemain yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini dikehendaki melakukan dengan penuh semangat kesukanan dan secara sukarela. 16.2 Pihak penganjur tidak akan bertangungjawab segala kehilangan harta benda pegawai atau pemain sepanjang pertandingan ini. 16.3 Pakaian pemain hendaklah seragam dan bernombor di bahagian belakang dan hadapan jersi dan sentiasa masuk ke dalam. 16.4 Ketua regu dikehendaki memakai Arm Band di lengan kirinya. Hanya ketua regu dibenarkan membuat sebarang pertanyaan kepada pengadil semasa permainan. 16.5 Undian untuk menentukan kumpulan akan dibuat semasa mesyuarat jawatankuasa teknik berlangsung.

17. Am : Sebarang perkara berbangkit dan tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh jawatankuasa pengelola kejohanan dan semua keputusan adalah muktamad.

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MSSD KUALA KANGSAR BAWAH 15 TAHUN 2013 SENARAI SEKOLAH BERTANDING
BIL.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

NAMA SEKOLAH
SMK SIMPANG BELURU SMK SULTAN TAJUL ARIFFIN SMK BUKITMERCHU SMK TOK MUDA ABDUL AZIZ MAAHAD TAHFIZ DARUL RIDZUAN SMK MUHIBAH SABK NURUL FADZLIAH SMK TEMENGGONG, KATI SMK TUN PERAK KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR MADRASAH IDRISIAH SMK CLIFFORD SABK MAAHAD AL-MIZAN SMK RLKT LASAH SMK METHODIST SMK RAJA MUDA MUSA SMK SAYONG JUMLAH

JUMLAH

KUMPULAN
D A A A A B B B B C C C C D D D D

17

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MSSD KUALA KANGSAR BAWAH 18 TAHUN 2013 SENARAI SEKOLAH BERTANDING
BIL.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

NAMA SEKOLAH
SMK SIMPANG BELURU SMK CLIFFORD SMK TUN PERAK SMK SMK METHODIST SMK RLKT LASAH MADRASAH IDRISIAH SMK TAJUL ARIFFIN SMK TOK MUDA ABDUL AZIZ SMK RAJA MUDA MUSA SMK MUHIBAH SMK SAYONG SMK BUKIT MERCHU KOLEJ VOKASIONAL KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SMK TEMENGGONG SABK MAAHAD AL-MIZAN JUMLAH

JUMLAH

CATATAN
C A A A A B B B B C C C D D D D

16

You might also like