You are on page 1of 16

BAB 3 : ISU DAN CABARAN SEMASA

CABARAN EKONOMI DUNIA SEMASA.

Faktor yang menjadikan Malaysia berpotensi meningkatkan kadar pertumbuhan ekonominya agar dapat bersaing dengan ekonomi global.

1) Sumber mentah yang banyak.


a) Malaysia mempunyai sumber bahan mentah yang mencukupi. b) Sumber ekonomi yang penting:i. Kelapa sawit ii. Getah iii. Kayu balak iv. Gas asli,cecair dan petroleum. c) Industri asas tani dan industry kecil sederhana dapat diwujudkan. d) Hasil bahan mentah turut dieksport oleh Malaysia ke Negara-Negara Asean

2) Sumber tenaga manusia yang mudah diperoleh:a) Tenaga buruh di Malaysia boleh dikatakan mencukupi.

b) Buruh Asing dan warga tempatan akan bersaing dan merupakan sumber tenaga yang produktif.
c) Hubungan yang baik antara Malaysia dengan negara-negara luar menyebabkan Malaysia mudah mendapat khidmat buruh asing. d) Buruh asing juga sanggup dibayar kadar upah yang rendah, sederhana atau berpatutan.

3)Sistem perbankan dan kewangan yang kukuh.


a) Malaysia mempunyai sistem perbankan dan kewangan yang kukuh dengan nisbah modal berwajaran risiko pada 14.8% b) Rizab antarabangsa negara sehingga tahun 2012 adalah berjumlah RM414.5 billion dan membolehkan Negara

membiayai import tertangguh.


c) Hal ini dapat mewujudkan hubungan antarabangsa yang baik.

4) Hubungan dagangan yang baik di peringkat antarabangsa.


a) Malaysia bernasib baik kerana mempunyai hubungan dagangan yang baik dengan negara China yang merupakan peneraju kebangkitan ekonomi Asia. b) Keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia merupakan satu potensi yang besar.

5) Dasar negara yang bijak.


a) Malaysia mempunyai dasar negara yang bijak dan dihormati oleh negara-negara luar. b) Pada tahun 1980-an, kerajaan telah mengadakan Dasar Pandang Ke Timur untuk menjalinkan hubungan dengan Jepun dan Korea Selatan

6) Pasaran yang baik.


a) Sanbutan pasaran tempatan dan antarabangsa cukup memberangsangkan ekonomi Negara. b) Malaysia amat menyokong penubuhan kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) yang membolehkan Malaysia menembusi pasaran luar negara yang baik. c) Rakyat dalam dan luar negara juga mempunyai pemikiran yang terbuka untuk membeli barangan buatan Malaysia.

d) Sokongan kerajaan kepada rakyat dan sebaliknya merupakan hubungan yang unik dan positif.

Punca-Punca
1) Kelemahan sistem tadbir urus dan kawalan sektor bank pelaburan (investment bank) atau apa yang disebut sebagai shadow banking , khususnya di Amerika Syarikat (AS). a) Hal ini disebabkan oleh sifat tamak haloba (greed) dan kurang berhemah (imprudences) di kalangan pihak pengurusan. b) Akibatnya ekonomi Malaysia dan juga negaranegara lain terjerumus dalam keadaan pertumbuhan negatif pada tahun 2009.

2) Tiga isu utama yang perlu diberi perhatian oleh pengurusan ekonomi negara :a) Pertama, keperluan memantapkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kesan daripada kemerosotan ekonomi global dalam 2009. b) Kedua, usaha memantapkan kedudukan kewangan awam atau public financeyang mengalami defisit sejak 1998. c) Dan ketiga, hasrat untuk merombak beberapa dasar bagi meningkatkan daya saing negara serta membolehkan usaha mencapai model pertumbuhan berasaskan pendapatan (nilai tambah) yang tinggi.

Cabaran Gobalisasi Ekonomi


1) Cabaran utama ialah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. a) Karajaan menetapkan sasaran untuk meningkatkan KDNK perkapita b) Bagi mencapai sasaran ini, KDNK perlu meningkat 6% setahun hingga tahun 2020.

c) Bagi mencapai sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pergantungan kepada pelaburan swasta tidak dapat dielakkan. d) Bagi mencapai pertumbuhan KDNK sebanyak 6% setahun, pelaburan swasta perlu meningkat 12.8% setahun.

2) Keterangkuman (inclusive) yang merupakan matlamat utama Model Ekonomi Baru bagi memupuk semangat kekitaan dan selari dengan prinsip Satu Malaysia.
a) Dasar pertumbuhan dengan keterangkuman akan memberi manfaat pertumbuhan ekonomi kepada semua golongan masyarakat. b) Kerajaan telah melaksanakan dasar dan strategi bagi mengatasi masalah ketidaksaimbangan pendapatan antara bandar dan luar bandar dan juga antara etnik, namun masih terdapat jurang yang luas dari segi kesaksamaan pendapatan keseluruhan.

3) Pengurusan fiskal negara juga merupakan cabaran yang perlu ditangani.


a) Kerajaan Persekutuan terlalu bergantung kepada sumber hasil berasaskan petroleum yang merangkumi kira-kira 40% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan iaitu melalui kutipan cukai pendapatan petroleum, duti eksport petroleum, dividen PETRONAS dan royalti minyak. b) PETRONAS telah membayar dividen sejumlah

RM30 billion kepada Kerajaan Persekutuan selama 3 tahun


berturut-turut (2008-2010). c) Malaysia perlu mempelbagaikan sumber hasil bagi meningkatkan kutipan hasil dan mengurangkan pergantungan kepada petroleum.

4) Pergantungan yang berlebihan kepada tenaga kerja


asing.
a) Syarikat-syarikat yang terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing akan terus selesa dengan kadar upah yang rendah dan tidak perlu memberikan latihan kemahiran bagi meningkatkan kemahiran modal insan kerana pekerjapekerja tersebut hanyalah pekerja kontrak asing.

b) Berikutan itu, produktiviti syarikat menjadi statik dan syarikat


tidak mempunyai daya usaha untuk beralih kepada penggunaan teknologi tinggi atau inovasi dalam pengeluaran.

c) Hal ini menyebabkan Malaysia terus kekal terperangkap sebagai negara berpendapatan sederhana. d) Pertumbuhan ekonomi akan menjadi perlahan jika sesebuah negara gagal membangunkan modal insan dan instiusi bagi menggalakkan pembangunan yang berterusan.

5) Masa depan di AS serta ekonomi Jepun yang nazak memaksa kerajaan untuk menyusun semula harapan ekonomi.
a) Sebagai bersedia untuk suntikan tambahan kerajaan bagi merangsang pelaburan dan perbelanjaan domestik. b) Hal ini menunjukkan bahawa dalam ekonomi dunia yang saling bergantung dan berkait rapat, tidak dapat mengasingkan diri daripada kerugian dan keuntungan. c) Globalisasi juga membawa bersamanya jurang perbezaan dan ketidakseimbangan yang ketara.

ABIRAMY 6AH2

You might also like