You are on page 1of 2

1.

Definisi Stor

Stor boleh didefinisikan sebagai tempat bagi melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok.

Stor dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:-

(a)

Stor Pusat Stor yang menyedia, mengurus dan membekal barang-barang kepada pelanggan melalui rangkaian stor peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan unit. Antara contoh Stor Pusat ialah Stor Material Spesifik (SMS) PDRM dan Depoh Bekalan Pusat Kementerian Pertahanan.

(b)

Stor Utama Stor yang menyedia, mengurus dan membekal barang-barang untuk keperluan pelanggan-pelanggan peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan agensi. Antara contoh Stor Utama ialah Stor Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hospital dan Stor Utama Bekalan Pejabat bagi Kementerian/Jabatan.

(c)

Stor Unit Stor yang menyimpan dan membekal barang-barang untuk keperluan jangka pendek atau guna terus bagi tujuan operasi dan penyelenggaraan kepada pelanggan akhir. Antara contoh Stor Unit ialah stor pejabat, cawangan,bahagian, bengkel, wad, makmal, dapur, dispensari, domestik, sekolah dan unit-unit kecil lain seumpamanya. (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009)

Di sekolah stor yang ada boleh dikategorikan sebagai stor unit yang mana barangbarang digunakan dalam jangka masa pendek atau barang luak, selain daripada ada juga barangbarang atau peralatan yang digunakan terus contohnya seperti alat-alat bantuan

mengajar. Peralatan pejabat biasanya disimpan dalam ruang atau bilik yang dikhaskan, dimana

terdapat almari atau kabinet bagi menyimpannya. Alat bantuan mengajar pula biasanya disimpan di pusat sumber, makmal sains, bengkel atau bilik-bilik khas.

You might also like