You are on page 1of 4

Definisi Kreativiti Kamus dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan.

Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Mengikut Viktor Lowengfeld (1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak. Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui. Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru. Irving Taylor (1959) pula membuat analisis ke atas seratus definisi kreativiti dan mengklasifikasikannya kepada lima peringkat iaitu: 1. Peringkat ekspresif 2. Peringkat produktif 3. Peringkat inventif 4. Peringkat inovatif 5. Peringkat emergentif Boleh diringkaskan secara umum bahawa kreativiti ialah kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan antara maklumat idea baru dan kemahiran.

PROSES KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN Proses Kreatif menurut David Cambell urutannya sebagai berikut: 1. Penyediaan (preparation) : Minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau diteroka. Kriteria dibina untuk mengenal pasti penyelesaian yang boleh diterima. Peringkat ini melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar, mendrafkan soalan dan idea-idea awal. Penyediaan meletakkan dasar, mempelajari latar belakang masalah, selok belok dan problematikanya. Meskipun tidak semua ahli kreatif, namun kebanyakan pencipta adalah ahli. Terobosan gemilang dalam suatu bidang hampir selalu dihasilkan oleh orang-orang yang sudah lama berkecimpung dan lama berpikir dalam bidang itu. Persiapan untuk kreativitas itu kebanyakan dilakukan atas dasar minat. Kesuksesan orang -orang besar tercapai dan bertahan, bukan oleh loncatan yang tiba-tiba, tetapi dengan usaha keras. 2. Inkubasi (incubation) :

Individu menangguhkan proses kreativiti buat seketika dan melakukan perkaraperkara lain terlebih dahulu.

Idea dibiarkan mengeram dalam minda.

Inkubasi mengambil waktu untuk meninggalkan perkara, istirahat, waktu santai. Sebuah busur tak dapat direntang terus-menerus untuk jangka panjang tanpa bahaya patah. Maka kita perlu melarikan diri dari perkara yang sedang kita selesaikan, masalah yang hendak kita pecahkan. Inkubasi merupakan saat di mana sedikit demi sedikit kita bebaskan dari kerutinan berpikir, kebiasaan bekerja, kelaziman pemakai cara. 3. Iluminasi : Idea-idea yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan sedar. Mereka tiba-tiba mendapat idea bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah. Pada peringkat ini individu melalui proses mengenal pasti karakter

Iluminasi mendapatkan idea gagasan, pemecahan, penyelesaian, cara kerja, jawaban baru Bagian paling nikmat dalam penciptaan, tahap AHA! Ketika segalanya jelas, hubungan kaitan perkara gambling, dan penerangan untuk pemecahan masalah, jawaban baru tiba-

tiba tampak laksana kilat. Reaksi keberhasilan itu biasanya tidak hanya teras di batin, tetapi juga diungkapkan keluar secara fisik. 4. Verifikasi/ Produksi : Ini merupakan peringkat terakhir. Pada peringkat ini idea tersebut telah disahkan, dihuraikan dan diaplikasikan. Aktiviti atau demonstrasi akan dijalankan untuk melibatkan apa yang terdapat pada peringkat iluminasi sesuai atau tidak dengan keperluan atau kriteria yang terdapat pada peringkat persediaan. Salah satu teori tradisional yang sampai sekarang banyak dikutip ialah teori Wallas yang dikemukakan tahun 1926 dalam bukunya The art of Thought (Piirto,1992), yang mengatakan bahwa proses kreatif meliputi empat tahap yaitu:

(1) persiapan, (2) inkubasi, (3) iluminasi, (4) verifikasi.

Pada tahap pertama, seseorang mempersiapkan diri untuk memecahkan masalah dengan belajar berpikir, mencari jawaban, bertanya kepada orang, dan sebagainya. Pada tahap kedua, kegiatan mencari dan menghimpun data/ informasi tidak dilanjutkan. Tahap inkubasi ialah tahap di mana individu seakan-akan melepaskan diri sementara dari masalah tersebut, dalam arti bahwa ia tidak memikirkan masalahnya secara sadar, tetapi mengeramnya dalam alam pra sadar. Tahap iluminasi ialah tahap timbulnya insght atauaha Erlebnis, saat timbulnya inspirasi atau gagasan baru, beserta proses-proses psikologis yang mengawali dan mengikuti munculnya inspirasi atau gagasan baru. Tahap verifikasi atau tahap evaluasi ialah tahap dimana ide atau kreasi baru tersebut harus diuji terhadap realitas. Di sini diperlukan pemikiran kritis dan konvergen. Dengan perkataan lain, proses divergen (pemikiran kreatif) harus diikuti oleh proses konvergensi (pemikiran kritis).

KEPENTINGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN 1) Boleh meningkatkan pemikiran kreatif dan tahap pengetahuan artistik pelajar sekaligus memperkembangkan potensi peribadi pelajar kerana ia memberi pengalaman melihat imej daripada sumber-sumber lain dan ini dapat mencetuskan idea kepada hasil selanjutnya. 2) Membentuk motivasi dan kesedaran kendiri pelajar kerana melaluinya mereka akan lebih mengenali dan memahami tentang kebolehan dan kelemahan diri sendiri. 3) Bijak dalam membentuk hubungan sosial kerana ia merangsang situasi yang membenarkan pelajar bercakap, berfikir & bekerja secara bebas serta menggalakkan pelajar untuk menerangkan secara verbal tentang imej atau perkara yang dihasilkan. 4) Menggalakkan pelajar hadir ke kelas kerana guru sentiasa memberi ruang kepada keseronokan dalam proses PnP. 5) Boleh meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam subjek atau mata pelajaran yang lain kerana pengetahuan artistik boleh dikaitkan dengan subjek-subjek lain di sekolah. 6) Dapat menggambarkan perkembangan idea atau pemikiran pelajar dalam usaha menterjemah kepada bentuk-bentuk visual, contohnya melalui lakaran/lukisan ataupun portfolio yang dihasilkan, sekaligus mendorong pelajar menjelaskan tentang idea mereka. 7) Dapat menyediakan suasana yang menguji, mencabar & merangsang sehingga pelajar dapat berfikir di luar kotak pemikiran. 8) Dapat menanamkan keyakinan dalam diri pelajar berasaskan keupayaan-keupayaan yang ada melalui pengalaman melihat dan meluahkan sesuatu secara visual tentang apa yang difikirkan dan membuat penjelasan sama ada membuat apresiasi atau kritikan terhadap sesuatu idea. 9) Dapat mengelakkan kebosanan pelajar kerana ia melibatkan imej-imej visual yang dapat menarik perhatian dan lebih berkesan daripada penjelasan menggunakan ayat dan perkataan. 10) Dapat membina makna berdasarkan bahan-bahan yang dilihat, dirasai dan dipelajari oleh pelajar terutamanya dalam penghasilan idea mereka sendiri.

You might also like