You are on page 1of 3

2

Bahagian A [50 markah] Jawab semua soalan. 1 (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Terangkan perbezaan antara usahawan dengan peniaga Huraikan teori model keusahawanan mengikut bidang ekonomi yang telah dikemukakan oleh Israel Kirzner. Jelaskan bagaimana idea perniagaan dapat dijana melalui kumpulan fokus. Jelaskan elemen yang perlu dinyatakan di dalam rumusan eksekutif bagi penyediaan sesuatu rancangan perniagaan. Jelaskan bagaimana perniagaan antarabangsa membantu perniagaan di dalam negara meluaskan pasaran dan melaksanakan pemindahan teknologi. Dengan memberikan satu contoh, jelaskan konsep dunia tanpa sempadan. Huraikan cabaran dalam aspek ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah syarikat multinational. Jelaskan lima galakan perniagaan antarabangsa dengan wujudnya Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Dengan memberikan satu contoh, jelaskan maksud dilema etika. Sejak akhir-akhir ini, bencana alam sering melanda di serata dunia. Bagaimanakah warga korporat dapat melaksanakan tanggungjawab sosial dalam membantu mangsa bencana tersebut? [6] [4] [6] [6] [4] [4] [5] [5] [4] [6]

STPM 946/3

[Lihat sebelah

3
Bahagian B [50 markah] 2. (a) 7-Eleven ialah sebuah francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian kedai serbaneka antarabangsa yang juga, sejak Mac 2007, menjadi rangkaian kedai terbesar dalam semua kategori setelah mengatasi McDonalds dengan 1,000 cawangan. Kedai-kedainya terletak di 18 buah negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan dan Thailand. 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd, kini menawarkan program francais kepada usahawan tempatan yang berminat menjadi rakan kongsi rangkaian kedai serbaneka 24 jam terbesar dunia, 7-Eleven yang kini memiliki kira-kira 36,000 cawangan di 16 negara. Pengarah Eksekutifnya, Ng Su Onn, berkata syarikatnya merancang membuka 2,000 cawangan 7-Eleven di seluruh negara dalam tempoh lima tahun dengan sasaran 50 peratus daripadanya dikendalikan francaisi. Mengenai program francais 7-Eleven, syarikat tidak mengenakan bayaran royalti, sumbangan pemasaran dan pengiklanan serta bayaran perkhidmatan seperti kebanyakan francaisor lain. Ini bagi tidak membebankan francaisi dengan kos tetap yang tinggi seperti pelaburan untuk memiliki bangunan dan peralatan. 7-Eleven akan berkongsi keuntungan kasar dengan francaisi, pada nisbah 50:50 bagi kos penyelenggaraan dan bil elektrik. Daripada perkongsian keuntungan kasar itu, 7-Eleven akan bertanggungjawab terhadap perbelanjaan seperti lesen hartanah, peralatan, insurans am, royalti, audit inventori dan perkhidmatan barangan. Program francais 7-Eleven adalah berdasarkan model sokongan yang menyeluruh. Untuk menjadi francaisi 7-Eleven, bakal francaisi perlu melabur RM250,000, yang mana RM100,000 adalah untuk yuran permulaan yang digunakan bagi sistem dan penjenamaan, latihan. Daripada jumlah pelaburan itu juga, sebanyak RM100,000 untuk yuran pelesenan bagi menjalankan operasi perniagaan selama 10 tahun di mana perjanjian francais adalah untuk selama lima tahun dengan kontrak secara automatik diperbaharui selama lima tahun lagi dan pelaburan selebihnya sebanyak RM50,000 pula akan digunakan sebagai deposit sekuriti bagi stok barangan. 7-Eleven Malaysia menyediakan semua keperluan termasuk latihan, rancangan pemasaran, pembekalan dan peralatan. Ini bagi membolehkan mereka menumpukan kepada operasi perniagaan dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan. Bakal francaisi juga akan menjalani latihan antara enam hingga lapan minggu yang mana syarikat turut menyediakan bantuan perunding bagi membincangkan pelbagai isu dan peluang meningkatkan perniagaan dengan francaisi selama dua jam dalam seminggu. 7-Eleven Malaysia turut menjalinkan kerjasama dengan AmBank untuk menyediakan pinjaman sehingga RM200,000 kepada francaisi. Syarikat itu juga, sedang memuktamadkan perbincangan dengan OCBC Bank untuk menyediakan kemudahan yang sama. Program francais 7-Eleven itu dibuka kepada mereka yang berusia antara 25 hingga 60 tahun dengan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia juga dibuka kepada pemilik kedai yang mahu menukarkan perniagaan mereka kepada kedai 7-Eleven. Francaisi akan ditawarkan dengan kedai 7-Eleven sedia ada untuk menjalankan operasi selain latihan bagi memastikan mereka berjaya dalam perniagaan. Daripada pengalaman 7-Eleven global, francaisi kebiasaannya mampu meraih keuntungan jualan antara 30 hingga 50 peratus selepas beroperasi dua hingga tiga tahun. [Diubahsuai dari artikel Peluang Perniagaan Francais 7-Eleven di www.usahwan.com] Berdasarkan artikel di atas; i. Jelaskan faktor kejayaan perniagaan 7-Eleven sebagai rangkaian kedai serbaneka 24 jam terbesar dunia. [6] [Lihat sebelah

STPM 946/3

4
ii. Huraikan syarat dan kelayakan bagi bakal usahawan untuk mengikuti program francais 7-Eleven. [12] iii. Terangkan bantuan dan sokongan yang akan disediakan oleh 7-Eleven sebagai francaisor kepada bakal francaisi yang mengikuti program francais 7-Eleven. [8] (b) Seorang usahawan bercadang membuka sebuah kafe siber di sebuah kawasan perumahan yang baru dibuka. Beliau telah meminta bantuan anda untuk menyediakan rancangan perniagaan bagi perniagaan itu. Bagi membantu usahawan tersebut, anda telah membuat tinjauan mengenai aspek pemasaran perniagaan kafe siber. Sediakan rancangan perniagaan mengenai aspek pemasaran perniagaan tersebut. [24]

STPM 946/3

[Lihat sebelah

You might also like