You are on page 1of 330

I.

II. III.

Petikan Kata-Kata YAB DATO SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK Perdana Menteri Malaysia Petikan Kata-Kata YB DATO SERI UTAMA DR.RAIS YATIM Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Prakata DATO FUAD TAN SRI HASSAN Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

1 2 3

DASAR-DASAR NEGARA 1. WAWASAN 2020 2. GAGASAN 1MALAYSIA 3. RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (RMK-10) 4. PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) 5. BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA 6. BAJET 2012 : DASAR TRANSFORMASI MENSEJATHERA RAKYAT 7. NKRA MENGURANGKAN KADAR JENAYAH 8. NKRA MEMBANTERAS AMALAN RASUAH 9. PELAN PENDIDIKAN MALAYSIA 10. BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 11. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PRINSIP KEADILAN DI MALAYSIA 12. USAHA KERAJAAN MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN 13. KEBAJIKAN RAKYAT 14. KEBAJIKAN MASYARAKAT INDIA 15. MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH 16. KEDUDUKAN MALAYSIA DI RANTAU ASIA PASIFIK 17. SENARAI 20 INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA 2012 18. PERATUSAN TENAGA PROFESIONAL IKUT KAUM 19. PERATUSAN PEMILIKAN EKUITI MENGIKUT KAUM 20. PERATUSAN PEMILIKAN PREMIS PERNIAGAAN IKUT KAUM 21. AGENDA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA 22. KEJAYAAN MALAYSIA

4 8 16 24 28 36 48 56 66 70 74 78 82 86 96 100 104 106 108 110 112 116

ISU-ISU NASIONAL 23. PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) 24. PUSAT FIDLOT NASIONAL (PFN) 25. SYARIKAT PERLOMBONGAN NADIR BUMI (M) SDN BHD (LYNAS) 26. FELDA 27. TEOH BENG HOCK (TBH) 28. UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS 2012) 29. SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) 30. KRISIS EKONOMI DUNIA 2012 31. BERSIH 3.0 ITU KOTOR 32. DURIAN RUNTUH UNTUK FELDA 33. SOAL JAWAB QAZAF 34. PEROLEHAN KAPAL SELAM SCORPENE 35. TUNTUTAN DONG ZONG 36. INTERNATIONAL CRISIS GROUP (ICG) DAN HUBUNGAN ZIONIS 37. DISEBALIK BUKU JINGGA 38. TUNTUTAN HASIL PETROLEUM NEGERI KELANTAN 39. AIR KURANG BERSIH DI KELANTAN 40. LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN 41. PENDATANG ASING TANPA IZIN DI SABAH DAN WILAYAH LABUAN 42. BORNEONISASI DI SABAH 43. TANAH ADAT DI SABAH 44. TUDUHAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA KAJIAN 45. KAJIAN BELIA NEGARA

120 130 136 144 156 168 178 186 190 202 210 222 230 238 244 252 264 268 276 282 288 294 296

PETIKAN KATA-KATA PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat tnah dan menghasut api kebencian. - Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

01

PETIKAN KATA-KATA MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Bagi memenangi hati masyarakat, tidak perlu segala tnah dan tohmahan kerana hujah yang dibawa perlu berlandaskan kebenaran serta membawa pembaharuan yang menyeluruh. - Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

02

PRAKATA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Buku Panduan Penjelasan Isu Semasa ini disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sebagai panduan dan sumber maklumat untuk memberikan gambaran berhubung isu-isu semasa. Hal ini seterusnya dapat membantu rakyat memahami keadaan sebenar permasalahan yang dibangkitkan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab yang cuba memanipulasi fakta dan menyelewengkan kebenaran, agar rakyat terpengaruh sekaligus menanam perasaan negatif terhadap Kerajaan. Dalam hal ini, peranan Panel Pemikir JASA yang menjadi pencerna minda dan idea sangat dihargai dan perlu diberikan nilai serta salutasi yang tinggi. Panel Pemikir membantu mencerahkan isu selain melahirkan buku ini sebagai wadah yang mampu menjawab segala kegusaran di minda rakyat. Umum maklum, masyarakat kini semakin terdedah dengan pelbagai maklumat yang disalurkan melalui media sosial seperti facebook, Blog, Twitter, You Tube dan sebagainya. Justeru, idea yang tercurah dalam buku ini diharap dapat membantu rakyat untuk melihat dengan jelas kebenaran yang ada disebalik pelbagai isu yang timbul. Dalam era ledakan teknologi maklumat, informasi bergerak pantas dan persepsi terhadap sesuatu isu boleh terbentuk serta merta tanpa verikasi yang jelas. Penghasilan buku ini dilihat sebagai satu panduan yang berguna supaya setiap isu yang timbul dapat diperhalusi dengan mendalam dan terperinci. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha menyediakan buku ini. Semoga buku ini dimanfaatkan sepenuhnya demi mencapai matlamat memimpin dan memacu pendapat rakyat kearah pemikiran yang seimbang. 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Memimpin Pendapat Rakyat Dato Fuad Tan Sri Hassan Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

03

WAWASAN 2020

04

WAWASAN 2020 1. Apakah intipati Wawasan 2020 ? Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu yang terdiri daripada satu Bangsa Malaysia. Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas dalam aspek psikologi, serta selamat dan maju. Merangsang dan memajukan masyarakat yang berdemokrasi dan matang. Mewujudkan masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertoleransi. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif. 05 Mewujudkan masyarakat penyayang. Memastikan ekonomi masyarakat yang seimbang, di mana pengagihan kekayaan negara adalah adil dan saksama. Mewujudkan masyarakat yang berjaya dengan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan bingkas sepenuhnya. Tinggal 8 tahun sahaja lagi untuk Malaysia mencapai status maju. Terpenting pada 2020 nanti, semua bangsa terutama Melayu/Bumiputera perlu maju seperti bukan Bumiputera.

WAWASAN 2020 2. Bolehkah Wawasan 2020 dicapai seperti dijadualkan? Wawasan ini adalah cetusan idea para pemimpin terdahulu di bawah peneraju utamanya Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Februari 1991. Fokus utama ialah menjadikan negara kita berstatus maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri menjelang 2020. Di bawah kepemimpinan Perdana Menteri YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Gagasan 1Malaysia diletakkan sebagai pemacu ke arah pencapaian wawasan ini. Kerajaan perlu memastikan pembangunan KDNK pada tahap sekurang-kurangnya 6% secara terus menerus untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. Bagi memastikan KDNK meningkat, kerajaan mengumumkan GTP dan ETP sebagai memacu pembangunan ekonomi. Daripada segi pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan dalam negeri (DDI) bagi tempoh Januari Oktober 2011, nisbahnya ialah 48.4% (FDI) : 51.6% (DDI).. Angka ini bagaimanapun berubah kepada hampir 50:50. Peningkatan FDI jelas menunjukkan kerajaan mampu menjayakan Wawasan 2020.

06

GAGASAN 1MALAYSIA

08

GAGASAN 1MALAYSIA 1. Apa itu Gagasan 1Malaysia? Ia adalah satu harapan dan iltizam YAB Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak untuk melahirkan satu masyarakat bangsa Malaysia yang berpandukan cogan kata Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Harapan ini boleh direalisasikan melalui program transformasi dalam bidang ekonomi dan politik (NKRA, GTP, ETP). Gagasan ini, yang berteraskan beberapa nilai-nilai penting, mampu memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 2. Apakah tujuannya? 1Malaysia bertujuan: o Menyambung hasrat dan dasar pemimpin terdahulu. o Ia berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. o Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. o Berteraskan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

09

GAGASAN 1MALAYSIA 3. Adakah Gagasan 1Malaysia satu dasar baru Kerajaan? Gagasan 1Malaysia: o Bukan gagasan yang mendukung atau memajukan satu dasar baru. o Ia adalah satu gagasan pelengkap atau kesinambungan kepada pendekatan oleh pemimpin terdahulu. o Diterapkan untuk terus mengukuhkan perpaduan, kestabilan, keamanan dan kesejahteraan. o Bertujuan untuk terus meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara supaya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Matlamat Gagasan 1Malaysia: o Melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia. 10 o Terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. o Harus menganggap diri mereka sebagai satu keluarga besar. o Mencapai perpaduan tulen antara berbilang kaum. 4. Apakah intipati utama yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia? Gagasan 1Malaysia menekankan: o Sikap sedia menerima kelainan atau kepelbagaian sebagai satu realiti hidup rakyat Malaysia. Rakyat berbilang keturunan dan etnik di Malaysia perlu menerima keunikan kaum yang lain.

GAGASAN 1MALAYSIA Mengutamakan kesetiaan kepada negara, yang mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. o Bersedia hidup bersama dalam keadaan saling menghormati nilai dan kepercayaan kaum lain. 5. Apakah nilai-nilai utama yang dianjurkan oleh Gagasan 1Malaysia? Ia menganjurkan: o Kelahiran sebuah negara bangsa yang mementingkan sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat. Rakyat perlu memahami dan menghayati nilai-nilai aspirasi Gagasan 1Malaysia, o Budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. 11

o Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah rakyat jati Malaysia. o Rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia sebagai negara ibunda mereka. o Malaysia adalah negara kita bersama. o Semua kaum atau masyarakat boleh hidup secara aman dan sentosa. 6. Apakah Gagasan 1Malaysia akan melenyapkan hak istimewa kaum bumiputera (Melayu) dan lebih mementingkan kepentingan rakyat bukan Melayu? Tidak benar, berdasarkan fakta-fakta berikut: o Gagasan 1 Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. o Program pembangunan disediakan untuk semua kaum berdasarkan

GAGASAN 1MALAYSIA bahasa rakyat Malaysia boleh digunakan peruntukan-peruntukan sedia ada dalam secara bebas. Perlembagaan Persekutuan. o Perkara 153 yang memberi hak istimewa o Semua kaum dan etnik akan mendapat kepada orang Melayu dalam program pembelaan dan bantuan. yang disediakan oleh sektor awam dan o Berteraskan semangat kontrak sosial hak-hak yang sah bagi kaum bukan yang dipraktikkan sejak negara mencapai Melayu serta kedaulatan Raja-Raja Melayu kemerdekaan. dan hak kerakyatan kepada kaum bukan o Berpegang kepada peruntukanbumiputra masih terus menjadi tonggak peruntukan penting yang termaktub dan teras Gagasan 1Malaysia. dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 4 (1) yang mengiktiraf 7. Apakah Gagasan 1Malaysia akan Perlembagaan Persekutuan sebagai lenyapkan identiti pelbagai kaum di undang-undang tertinggi negara, Perkara Malaysia? 3 (1) yang memartabatkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, Tidak, malah ia akan: manakala warga bukan Islam boleh o Melahirkan generasi rakyat 1Malaysia. mengamalkan agama masing-masing dengan bebas dan aman. o Perkara 152 yang memperakui bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan lain-lain 12

GAGASAN 1MALAYSIA o 1Malaysia adalah satu proses ke arah penerimaan kepelbagaian budaya, agama dan cara hidup masyarakat majmuk di negara kita. Sebaliknya, Gagasan 1Malaysia: o Menghargai dan menghormati identiti dan keunikan kaum dan etnik masing-masing, selaras dengan kerangka persetujuan yang telah dicapai dan dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pelopor-pelopor kemerdekaan tanah air dan kemudiannya dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah, Gagasan 1Malaysia: o Memajukan konsep bahawa keunikan dan kelainan yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan aset yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia. 13 o Ia adalah unik dan boleh membantu usaha meningkatkan Malaysia ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. 8. Apakah benar dakwaan bahawa istilah satu dalam Gagasan 1Malaysia ditakrifkan sebagai satu usaha menghapuskan ciri-ciri pelbagai kaum dan etnik di Malaysia? Gagasan 1Malaysia melalui 7 NKRA menerapkan prinsip: o Keadilan untuk semua kaum. o Membela nasib dan kepentingan semua kaum. o Tiada kaum atau kumpulan masyarakat dipinggirkan.

GAGASAN 1MALAYSIA Hakikatnya, Gagasan 1Malaysia menegaskan: o Bahawa tidak ada siapapun rakyat Malaysia yang patut menganggap diri mereka sebagai rakyat kelas 2. o Tiada rakyat Malaysia dipinggirkan dalam arus pembangunan perdana negara. o Setiap kaum akan dibantu oleh kerajaan. 9. Apakah benar dakwaan Gagasan 1Malaysia sama dengan konsep Malaysian Malaysia yang dilaungkan oleh DAP pada tahun 60-an? Tidak benar, kerana asas-asas berikut : o Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh PAP dari Singapura yang kemudiannya diterima pakai oleh DAP bertujuan melenyapkan hak istimewa yang diperuntukkan kepada 14 kaum bumiputra dalam Perlembagaan Persekutuan. o Konsep Malaysian Malaysia juga bertentangan dengan semangat kontrak sosial. o Gagasan 1Malaysia lebih ke arah menterjemahkan semangat keadilan sosial kepada rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama dan budaya. 10. Bagaimanakah matlamat Gagasan 1Malaysia boleh dicapai? Gagasan ini menganjurkan agar kita menganggap pelbagai bangsa sebagai kawan dan bukan lawan, kepelbagaian adalah kekuatan, semua kaum adalah aset dan bukan liabiliti.

GAGASAN 1MALAYSIA Gagasan 1Malaysia mempunyai tiga teras : o Perpaduan (Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Keadilan Sosial). o Penerapan empat Nilai Murni (rendah hati, hormat-menghormati, berbudi bahasa, dan bersederhana). o Lapan Nilai Aspirasi (Budaya Berprestasi Tinggi, Budaya Ketepatan, Budaya Ilmu, Integriti, Ketabahan, Kesetiaan, Kebijaksanaan dan Budaya Inovasi) sebagai aset dan bukan liabiliti.

15

RANCANGAN MALAYSIA KE 10 (RMK10)

16

RANCANGAN MALAYSIA KE 10 (RMK10) 1. Apakah yang difahamkan dengan RMK10? RMK10 adalah jambatan ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi. RMK10 boleh diibaratkan seperti membina sebuah rumah. Bumbungnya adalah gagasan induk iaitu Gagasan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dindingnya adalah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bersandarkan model ekonomi baru iaitu di lipat gandakan pendapatan . Lantainya yang sedang dibina, adalah RMK10 dan seterusnya RMK 11. Maka, tangga untuk menaiki rumah 1Malaysia ini adalah dasar-dasar keadilan sosial dan budaya pencapaian tinggi. 17 Melalui RMK10, pendapatan per kapita melonjak kepada RM38,845.00 menjelang tahun 2015. Malaysia perlu berani berfikir dari luar kotak. Kita tidak boleh memenjarakan pemikiran. Kita tidak boleh terperangkap dengan himpunan peristiwa serta pelbagai saat suka duka sehingga boleh menyebabkan berlakunya paralisis daripada segi tindakan yang dirancang dan ingin dilaksanakan.

RANCANGAN MALAYSIA KE 10 (RMK10) 2. Apakah tumpuan RMK10 ? RMK10 memberi fokus kepada aktiviti ekonomi: o Bagi meningkatkan pendapatan per kapita rakyat yang tinggi (RM49,000 pada tahun 2020 daripada RM23,000 sekarang). o Bagi merealisasikan wawasan sebagai negara maju. 3. Apakah pendekatan dalam melaksanakan RMK10 ? Terdapat 10 idea utama yang digariskan dalam pelaksanaan RMK10 iaitu : Ekonomi dipacu oleh faktor dalam negeri dan persekitaran luar negara. Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa. Transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan. Menjayakan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi. Memupuk, menarik dan mengekal modal insan cemerlang. Memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif. Menghargai khazanah alam sekitar. 18

RANCANGAN MALAYSIA KE 10 (RMK10) Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing. 4. Bagaimanakah RMK10 boleh menangani masalah rakyat? RMK10 adalah untuk semua rakyat tanpa kira bangsa, agama dan budaya. Ia akan dinikmati oleh semua lapisan rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kesulitan yang dihadapi oleh rakyat didapati melalui maklum balas dan tinjauan mesra. 5. Adakah RMK10 memberi tumpuan kepada membasmi kemiskinan? Memastikan setiap rakyat menikmati kemakmuran hasil pembangunan negara. 19 Pendekatan ini akan menjamin keadilan sosial kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan dan tiada sesiapa yang akan dipinggirkan. Kerajaan akan terus mengambil langkahlangkah perlu bagi memastikan masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat. 6. Bagaimana dengan kedudukan golongan terpinggir? Golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia akan diberi tumpuan.

RANCANGAN MALAYSIA KE 10 (RMK10) Kerajaan akan membela mereka yang kurang bernasib baik ini untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan. Kerajaan sedang mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli dan bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti pertanian secara bersepadu. Tumpuan akan diberi untuk memperbaiki kualiti hidup pekerja ladang. Penduduk yang tinggal di kampung Cina juga akan diberi bantuan. Kini, terdapat 280 000 isi rumah yang tinggal di kawasan Kampung Baru Cina. 7. Bagaimanakah RMK10 boleh membangunkan modal insan bertaraf dunia? Kerajaan akan salur peruntukan besar untuk membangunkan modal insan. Kerajaan akan mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem pendidikan dan latihan, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Kerajaan akan pastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai tahap yang sewajarnya.

20

RANCANGAN MALAYSIA KE 10 (RMK10) Kerajaan akan menubuhkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) untuk membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Keperluan guru Bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan juga akan dipertimbangkan. Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan di tingkat daripada 28% kepada 60%. Program pensiswazahan guru akan dipergiatkan. Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda. 8. Bagaimanakah matlamat RMK10 boleh dicapai? Cara untuk mencapai matlamat RMK10 adalah berdasarkan kepada beberapa pendekatan iaitu: Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Program Transformasi Kerajaan GTP. Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bersandarkan kepada Model Baru Ekonomi. Dua Rancangan Pembangunan 5 tahun iaitu RMK10.

21

RANCANGAN MALAYSIA KE 10 (RMK10) Membudayakan kreativiti dan inovasi. Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan. Nilai untuk wang atau value for money. Nilai integriti. 9. Berapakah peruntukan RMK-10? Sebanyak RM230 bilion diperuntukkan untuk melaksanakan RMK-10. Peruntukan ini melibatkan 55% untuk projek ekonomi, 30% untuk program sosial, 10% untuk memperkukuhkan keamanan dan keselamatan dan 5% untuk menampung kos pentadbiran. 22 10. Contoh-contoh peruntukan projek/ program adalah seperti berikut: RM150 juta digunakan untuk melatih 20,000 pelajar yang tercicir. RM80 juta untuk pekerja yang kehilangan pekerjaan tanpa pampasan. RM500 juta untuk tujuan pinjaman kepada pekerja dan mereka yang sudah tamat pelajaran untuk menjalani latihan dan peningkatan kemahiran. Jalur lebar diperluaskan sehingga 75% menjelang 2015. RM2.7 bilion untuk membina jalanraya dan landasan kereta api ke pelabuhan dan lapangan terbang. Kemudahan bekalan elektrik dilaksanakan di hampir 100% kawasan luar bandar di Semenanjung dan 99% di Sabah dan Sarawak.

RANCANGAN MALAYSIA KE 10 (RMK10) Air bersih disalurkan kepada hampir 99% penduduk luar bandar di Semenanjung, 98% di Sabah dan 95% di Sarawak. RM6.37 juta untuk membina 197 klinik baru bagi penggal baru RMK10.

23

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP)

24

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) 1. Apakah itu Program Transformasi? Program Transformasi adalah satu daya usaha Kerajaan agar lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan bagi memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat maju dan berpendapatan tinggi. 2. Bolehkah matlamat program ini dicapai? Kerajaan bersikap positif dan yakin bahawa Program Transformasi dapat dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada 7 bidang Keberhasilan Utama (NKRA) yang memberi keutamaan kepada rakyat iaitu :o Mengurangkan kadar jenayah. o Memerangi rasuah. o Akses pendidikan berkualiti. o Tingkat pendapatan rakyat miskin. o Tingkat prasarana luar bandar. 25 o Meningkat kualiti pengangkutan awam. o Memerangi kos kehidupan. Untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum berteraskan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 1Malaysia adalah pelengkap Wawasan 2020 untuk membawa Malaysia kepada status negara maju. 3. Bagaimana Program Transformasi dilaksanakan? Program ini dilaksanakan melalui inisiatifinisiatif seperti Model Baru Ekonomi, RMK10, BAJET 2011, 2012, ETP, GTP, NKRA untuk memacu Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) Model Baru Ekonomi adalah bertujuan : o Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi. o Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. o Mewujudkan ekonomi domestik yang kompetitif. o Mengukuhkan sektor awam. o Melaksanakan tindakan armatif yang telus dan mesra pasaran. o Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan. o Meningkatkan sumber pertumbuhan. o Memastikan pertumbuhan yang mapan. 4. Apakah hasil yang rakyat nikmati daripada Program Transformasi ini? Kerajaan telah berjaya menjalankan lebih daripada 131 projek permulaan (EPP) dalam 26 bidang pertanian, perkhidmatan, perniagaan, pendidikan, elektronik, kewangan, kesihatan, minyak gas dan tenaga, minyak sawit, komunikasi dan infrastruktur, pelancongan dan pemborongan serta peruncitan. Hasil pelaksanaan program ini banyak membantu meningkatkan kualiti hidup semua golongan masyarakat termasuk peningkatan pendapatan seisi keluarga. Penunjuk-penunjuk hasil yang ditunjukkan dalam NKRA dengan jelas membuktikan matlamat transformasi tercapai. Pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk mencetuskan transformasi telah berjaya seperti yang dijangkakan termasuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada generasi muda yang telah tamat pengajian di universiti.

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP)

27

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)

28

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) 1. Apa yang dimaksudkan BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)? Bidang yang telah dikenalpasti dan ditetapkan untuk diberikan tumpuan dan keutamaan dalam agenda perancangan dan perlaksanaan pembangunan kerajaan. 2. Apakah matlamat BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)? Menyediakan dan meningkatkan suasana kehidupan yang berkualiti, sejahtera, aman dan harmoni serta meletakkan Negara di atas landasan menuju Negara berpendapatan tinggi. 3. Apakah bidang-bidang yang ditetapkan di bawah NKRA? Menangani kos sara hidup rakyat. Mengurangkan kadar jenayah. Akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Prasarana luar bandar dan pedalaman diperkasakan. Menambah baik pengangkutan awam bandar. Taraf hidup rakyat berpendapatan rendah ditingkatkan. Memerangi rasuah. 29

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) 4. Berikan huraian ringkas Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)? Menangani kos sara kehidupan rakyat. o Selaras dengan matlamat 1 Malaysia Rakyat didahulukan, kerajaan merangka pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani masalah kos sara hidup yang meningkat. Langkah jangka pendek bersifat `oneoff melalui Bajet 2012: o Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). o Bantuan RM100 untuk 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah, baucer RM200 untuk 1.3 juta pelajar IPTA, IPTS, Matrikulasi dan Tingkatan 6. Semua ini melibatkan peruntukan RM3 bilion. Langkah jangka sederhana: o Kedai Rakyat 1 Malaysia. o Klinik 1 Malaysia. o Menu Rakyat 1 Malaysia. o Kenaikan tol dibekukan untuk 5 tahun di Lebuhraya Plus dan Lebuh Raya Pantai Timur. o Penghapusan tol di beberapa lebuh raya di Lembah Klang. Langkah jangka panjang: o Mewujudkan skim perumahan 1Malaysia PR1MA. o Perumahan untuk nelayan. RM300 juta peruntukan disediakan.

30

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) Meneruskan dasar pemberian subsidi terpilih. RM33.2 bilion disediakan. o Bahan makanan beras, gula, tepung gandum dan minyak masak. o Hasil produk petroleum, disel dan gas memasak. o Subsidi bil elektrik RM20.00, memberi manafaat 1 juta isi rumah. o Kenaikan gaji 7% hingga 13% untuk 1.4 juta kakitangan awam. o Pengumuman gaji minima untuk kakitangan sektor swasta telah dibuat pada bulan Mei. Mengurangkan kadar jenayah. o Kadar jenayah jalanan dikurangkan sebanyak 20% pada 2010. o Kadar jenayah jalanan telah dikurangkan sebanyak 39% pada awal 2012. o Kadar jenayah keseluruhan dikurangkan 11% pada 2009. o Wujudkan kerjasama antara tentera dan polis. o Rondaan bersama antara polis, tentera dan Rela di bawah penyeliaan PDRM.

31

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) Akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan o Sistem pendidikan rendah dan menengah percuma mulai 2012. o Peruntukan yang besar untuk pendidikan. o Semua kanak-kanak mahir membaca dan menulis ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012. o Menjelang 2012 80% kanak-kanak mendapat akses pendidikan pra-sekolah berbanding 67% pada tahun 2010. Prasarana luar bandar dan pedalaman diperkasakan. o Kemudahan jalan, air bersih dan elektrik khususnya di Sabah dan Sarawak akan ditingkatkan. o 1,000 km jalan raya luar bandar telah dibina dalam tempoh 2 tahun. o Sejak 3 tahun yang lalu 27,000 isi rumah 32 mendapat bekalan elektrik, 70,000 lagi mendapat bekalan air bersih. o Sabah bekalan air bersih meningkat 8% melibatkan 150,000 penduduk. o Sarawak bekalan air bersih meningkat 5.3% melibatkan 100,000 penduduk. o Semenanjung bekalan air meningkat 3.6% melibatkan 250,000 penduduk. o Bekalan elektrik di Sabah meningkat 6.8%, Sarawak 6.2% memberi manafaat 230,000 penduduk di kedua-dua buah negeri. o Sebanyak 50,000 rumah golongan miskin dan miskin tegar akan dibina atau dibaik pulih menjelang 2012. o Program Transformasi Luar Bandar dengan pembinaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC). o Mewujudkan laluan kerjaya guru yang lebih baik dengan mengadakan sistem naik pangkat secara `time-based.

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) Menambah baik pengangkutan awam bandar. o 25% penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam menjelang 2012 berbanding 16% sebelumnya. o Menjelang 2012 kerajaan menambahkan gerabak LRT 2 koc kepada 35 buah gerabak LRT 4 koc akan beroperasi untuk laluan Ampang Jaya dan Kelana Jaya. Akan memberi manafaat kepada lebih 500,000 pengguna pada waktu puncak. o KTM menambah koc-koc baru yang telah mula diperoleh secara berperingkat dan telah mula beroperasi yang memberi manafaat kepada 100,000 pengguna setiap hari. o KTM sedang dalam proses mempersiapkan projek laluan berkembar 33 Ipoh-Padang Besar. o Memperkenalkan Bas Ekspresway Transit (BET) memberi manafaat lebih 370,000 pengguna setiap hari. Taraf hidup rakyat berpendapatan rendah ditingkatkan. o Semua bantuan kebajikan dibayar tepat pada 1 haribulan setiap bulan. o Program 1Azam dengan peruntukan RM500 juta memberi manafaat kepada 47,000 isi rumah, o Program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia atau KARISMA dengan peruntukan RM1.4 bilion setahun memberi manafaat kepada 500,000 penerima seluruh Negara. o Bilangan usahawan wanita ditambah dari 717 kepada 4,000 menjelang 2012 melalui AIM.

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) Memerangi rasuah. o Perolehan dibuat melalui tender terbuka atau terhad. o Usaha untuk meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transperancy International diberi tumpuan. o Sehingga akhir 2011 seramai 900 orang telah disabitkan dengan kesalahan rasuah. o Menubuhkan mahkamah khas untuk mempercepat perbicaraan kes-kes rasuah. o Badan penguatkuasaan SPRM ditingkatkan dan diperkuatkan.

34

BAJET 2012 DASAR TRANSFORMASI MENSEJAHTERAKAN RAKYAT

36

BAJET 2012 : DASAR TRANSFORMASI MENSEJAHTERAKAN RAKYAT 1. Apakah kelebihan Bajet 2012? Bajet sejahtera: o Memacu masa depan gemilang di bawah Dasar Transformasi Nasional. o Lebih pemurah berbanding bajet-bajet lepas. o Banyak imbuhan diberi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah. o Ia memberi faedah kepada segenap lapisan rakyat. o Tiada rakyat terpinggir. Meneruskan tradisi membela rakyat o Cukup realistik. o Merangsang pertumbuhan ekonomi. Tiada kenaikan sebarang cukai malah terdapat cukai yang dihapuskan. 37 Kumpulan sasaran bajet ini ialah kumpulan berpendapatan rendah. 2. Berapakah jumlah peruntukan Bajet 2012? RM232.8 bilion. 3. Apa rakyat dapat daripada Bajet 2012? Bajet 2012 : Kerajaan telah menepati janji: a. BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) RM500 untuk setiap isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan. Manfaatkan 3.8 juta penerima dan 5.2 juta isi rumah.

BAJET 2012 : DASAR TRANSFORMASI MENSEJAHTERAKAN RAKYAT RM2.6 bilion peruntukan disediakan. b. Skim Penyelarasan Harga RM200 juta disediakan untuk kos pengangkutan barangan keperluan luar bandar. Membabitkan 485 kawasan di Sarawak dan 460 di Sabah. Memastikan harga barangan keperluan rendah dan bekalan konsisten. c. Bantuan Pendidikan Pemansuhan bayaran tambahan di sekolah: o RM24.50 sekolah rendah. o RM33.50 sekolah menengah. 38 o Melibatkan peruntukan kerajaan RM150 juta. o Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar. o Darjah 1darjah 6 di sekolah rendah o tingkatan 1tingkatan 5 di sekolah menengah. o 5.3 juta pelajar mendapat faedah. o RM530 juta peruntukan disediakan. Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia: o Di IPTA dan IPTS. o Pelajar di kelas Matrikulasi. o Pelajar di Tingkatan 6. o 1.3 pelajar mendapat faedah. o RM230 juta peruntukan disediakan.

BAJET 2012 : DASAR TRANSFORMASI MENSEJAHTERAKAN RAKYAT d. Klinik Rakyat 1Malaysia 75 klinik telah dibuka di seluruh negara. RM10 juta disediakan. Bayaran perkhidmatan hanya RM1.00. Dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. e. Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM) 27 buah telah dibuka setakat ini 58 buah lagi akan dibuka menjelang hujung tahun ini menjadikannya 85 buah di seluruh Malaysia. Peruntukan sehingga RM1.4 bilion disediakan, meliputi bayaran. Untuk warga emas miskin RM300 sebulan. Bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan hingga had maksima RM450 sebulan. f. Program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia (KARISMA) Bantuan RM100 RM450 sebulan bagi setiap penerima. 500,000 rakyat kurang bernasib baik menerima manfaat. 250 produk 1Malaysia telah dijual di semua outlet KR1M.

39

BAJET 2012 : DASAR TRANSFORMASI MENSEJAHTERAKAN RAKYAT Elaun untuk OKU antara RM150 hingga RM300 sebulan serta balu anggota tentera dan polis. g. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia yang memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Unit saham bernilai RM500 juta disediakan. Memberi manfaat kepada 100,00 isi rumah, berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Kemudahan pinjaman RM5,000 daripada institusi yang dilantik. 40 i. ANJUNG SINGGAH (Rumah Tumpangan Untuk Kumpulan Miskin Bandar/ Gelandangan) Menyediakan perlindungan sementara dan makan minum. Jaminan pulangan dividen bulanan RM134.00 Bayaran bulanan hanya RM84.00. h. PROGRAM TUKAR (Transformasi Kedai Runcit) 411 kedai telah melaksanakan program ini sepanjang 2011. Setiap pengusaha diberi antara RM20,000 RM60,000.

BAJET 2012 : DASAR TRANSFORMASI MENSEJAHTERAKAN RAKYAT Menyediakan kaunseling dan rujukan pekerjaan. Sudah beroperasi di Kuala Lumpur dan Kuching. k. Memantapkan Perkhidmatan Awam Akan dikembangkan ke bandar-bandar lain di Johor Bahru dan Pulau Pinang. Memberi khidmat kebajikan kepada hampir 300 gelandangan di Kuala Lumpur. j. Menu Rakyat 1Malaysia Sarapan pagi dengan kos RM2.00. Melibatkan peruntukan sebanyak RM6 bilion. Makan tengah hari dengan kos RM4.00. 1,314 kedai telah dibuka di seluruh negara. Terdapat 3,000 kedai menjelang hujung 41 Menambah baik skim perkhidmatan berdasarkan time-base (pendidikan) kenaikan pangkat guru ke gred 48 SSM (tahun ke 20). Menambah baik struktur gaji penjawat awam Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2012. Kenaikan gaji antara 7% hingga 13%. Kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. tahun ini. 76 kafeteria di pusat pengajian tinggi.

BAJET 2012 : DASAR TRANSFORMASI MENSEJAHTERAKAN RAKYAT Melanjutkan umur persaraan wajib penjawat m. Program Perumahan Rakyat (Skim Rumah Pertamaku) awam daripada 58 kepada 60 tahun. Bantuan yuran pengajian untuk penjawat awam Ijazah Sarjana Muda (20,000 tempat), Ijazah Sarjana (5,000 tempat) dan PhD (500 tempat). l. Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) 42,000 rumah dibina di 20 kawasan strategik di Lembah Klang dan Seremban. Terbuka untuk pembeli rumah pertama. Berpendapatan kurang RM6,000 sebulan. Keluasan rumah antara 600 1,400 kaki persegi. 42 Skim Rumah Pertamaku meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220,000.00 kepada RM400,000.00 bagi pembiayaan bersama suami isteri. Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang. n. Program Perumahan Rakyat RM443 juta untuk membina 15,000 rumah PPR o 8,000 unit untuk disewakan. o 7,000 unit untuk dijual.

BAJET 2012 : DASAR TRANSFORMASI MENSEJAHTERAKAN RAKYAT RM200 juta untuk program Perumahan Mesra Rakyat oleh SPNB. o 10,000 rumah berharga RM65,000 dijual pada harga RM45,000 (subsidi RM20,000 sebuah). o Membiayai mereka yang memohon membina rumah di atas tanah milik mereka sendiri. RM40 juta untuk program Pemulihan Rumah Terbengkalai. RM300 juta untuk Tabung Khas Perumahan Nelayan. o. Program Transformasi Luar Bandar Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai Pusat Integrasi Perkhidmatan dan diperluaskan ke Perak, 43 Kelantan dan negeri-negeri yang lain. Memperbanyakkan program Ladang Kontrak bagi memastikan bekalan produk makanan mencukupi. Perkhidmatan Bas Luar Bandar kemudahan pembiayaan kepada pengusaha bas. p. Pesara Kerajaan & Bekas Pegawai Kontrak Pesara kerajaan: o Menikmati pelarasan pencen. o Bayaran khas RM500 kepada pesara kerajaan. o Menikmati kenaikan tahunan sebanyak 2% untuk tempoh 5 tahun mulai 2013 tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

BAJET 2012 : DASAR TRANSFORMASI MENSEJAHTERAKAN RAKYAT Bayaran khas RM3,000 kepada bekas pegawai kontrak JASA dan KEMAS. Bayaran khas RM3,000 kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat. q. Meredakan Inasi dan Mengimarahkan Kehidupan Rakyat Subsidi bayaran bil elekrtik RM20.00 untuk penggunaan elektrik di rumah tidak melebihi RM20.00 sebulan. RM150 juta peruntukan disediakan. 1 juta penduduk mendapat manfaat. 44 Jadual kerja fleksi Pegawai Perubatan Siswazah & pemberian Elaun Khas (RM600 sebulan). r. Pendaftaran Awal Haji Membenarkan pendaftaran awal menunaikan haji melalui kaedah penghadangan (RM1,300) Akaun 2 pencarum KWSP. s. Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti Membina dan menaik taraf hospital, 81 Klinik Kesihatan dan 50 Klinik 1Malaysia. Menambah baik blok bersalin Hospital Putrajaya dan menaiktaraf peralatan Hospital Kuala Lumpur serta membina blok tambahan bagi rawatan pesakit luar.

BAJET 2012 : DASAR TRANSFORMASI MENSEJAHTERAKAN RAKYAT t. Menghargai Peranan dan Memartabatkan u. Peruntukan Amanah Ikhtiar Malaysia Wanita RM2.1 bilion disediakan untuk pembiayaan pinjaman mikro kredit terutama untuk wanita. Menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita RM100 juta untuk usahawan India. kembali ke pasaran pekerjaan. Peruntukan RM10 juta disediakan. Membina Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur. RM50 juta untuk menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus). Hospital khusus untuk wanita & kanak kanak dibiayai oleh kerajaan dan swasta dengan kos RM700 juta. 45 RM100 juta untuk usahawan Cina. v. Peruntukan Tabung Ekonomi Usahawan Niaga (TEKUN) Peruntukan RM300 juta untuk membantu usahawan kecil.

BAJET 2012 : DASAR TRANSFORMASI MENSEJAHTERAKAN RAKYAT w. Belia Penggerak Masa Depan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang futsal tambahan di seluruh negara. RM50 juta untuk membina 30 padang tiruan atau articial turf yang dilengkapi lampu limpah. RM84 juta peruntukan untuk program mengasah bakat atlet muda di peringkat antarabangsa. Program Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia): o Latihan dan kemahiran belia yang tidak meneruskan pengajian. o RM200 juta disediakan untuk melatih belia di IKM, ILP, Kolej Komuniti, Pusat Giat Mara. RM320 juta untuk program: o Latihan kemahiran kepimpinan dan keusahawanan. o Sumbangan kepada MBM, MBN & MBD.

Penubuhan MyCreative Venture Capital: x. Meringankan Beban Pemilik Teksi Bajet dan Kereta Sewa Persendirian o Bertanggungjawab menggalakkan penglibatan golongan muda dalam industri kreatif. Pengecualian 100% duti eksais dan cukai o Peruntukan RM200 juta disediakan. jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan. 46

BAJET 2012 : DASAR TRANSFORMASI MENSEJAHTERAKAN RAKYAT Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik. Memansuhkan cukai jualan ke atas teksi bajet persendirian. Pemberian subsidi pada kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baharu buatan tempatan. Pemberian bantuan untuk menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7 10 tahun / RM1,000 lebih 10 tahun).

47

MENGURANGKAN KADAR JENAYAH

48

NKRA - MENGURANGKAN KADAR JENAYAH 1. Adakah benar kadar jenayah di seluruh negara telah berkurangan? KPI NKRA indeks kadar jenayah 2010 dan 2011 disasarkan pengurangan 5%. Kadar jenayah jalanan turun 20% pada 2010 dan turun 40% pada 2011. Kerajaan telah berjaya mencapai KPI tersebut sekali gus mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara. Indeks penurunan kadar jenayah adalah seperti berikut:

49

NKRA - MENGURANGKAN KADAR JENAYAH Statistik menunjukkan: Kadar Indeks Jenayah telah turun 24.5% sejak NKRA diperkenalkan (dari jumlah 176,124 kes pada tahun 2009 kepada 132,925 kes pada tahun 2011). Kadar jenayah Jalanan pula turun 40.6% ( dari jumlah 32,728 kes pada tahun 2009 kepada 19,456 kes pada 2011). Pencapaian ini adalah melebihi sasaran yang ditetapkan. Keseluruhan Indeks Jenayah telah dikurangkan 10% secara amnya. Jenayah jalanan telah berkurangan kepada 40.1% sejak NKRA tersebut dilaksanakan. 2. Apakah penilaian institusi antarabangsa terhadap kadar jenayah di negara ini? Menurut World Justice Projects (WJP) Rule of Law Index 2011: Malaysia diletakkan sebagai salah sebuah negara yang paling selamat di dunia. Malaysia di tangga yang teratas sekali di kalangan 19 buah negara yang berpendapatan pertengahan atas (bersama dengan negara Perancis dan Belgium). Malaysia di tangga ke- 12, malah mendahului Amerika Syarikat di tangga ke 13 dan United Kingdom (UK) di tangga ke 14 dalam kelompok negara-negara maju.

50

NKRA - MENGURANGKAN KADAR JENAYAH Manakala menurut Global Peace Index (GPI) 2011: Malaysia sebagai sebuah negara yang paling selamat di South East Asia. Malaysia di tangga ke 4 paling selamat di kalangan negara-negara Asia-Pacic Region. Malaysia mencapai status negara selamat yang ke -19 di dunia. 3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah dalam masa 3 tahun kebelakangan ini? Kesemua 753 Balai Polis diberikan ranking buat pertama kalinya berdasarkan prestasi dan perkhidmatan yang disediakan. 51 14,222 pegawai dan 7,402 anggota polis yang bertugas sebagai anggota sokongan di pejabat, ditugaskan semula untuk menjalankan tugas rondaan. Pasukan Gerakan Am (PGA) ditugaskan semula dengan sokongan tentera dan RELA. Lebih 14,000 anggota polis bersama-sama dengan 3,000 anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), ditugaskan semula (redeployed) di 50 kawasan hot spots. Rondaan oleh agensi-agensi penguatkuasaan keselamatan awam termasuk skim rondaan sukarela (SRS) di kawasan tumpuan telah berjaya mengurangkan kadar jenayah.

NKRA - MENGURANGKAN KADAR JENAYAH 5,538 anggota dilantik sebagai PVR ( 3931 RELA dan 1607 Ahli JPAM). Skim Rondaan Sukarela (SRS) telah meliputi 4902 anggota Rukun Tetangga. 2,412 Skim Rondaan Suka Rela dilaksanakan di seluruh negara yang dianggotai oleh 112,300 ahli. Sebanyak 496 unit kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di seluruh negara bagi membantu mengurangkan kadar jenayah. 445,684 orang awam mendaftar sebagai Rakan Cop di seluruh negara sebagai mata dan telinga pihak polis. 4. Adakah Kerajaan berjaya dalam usaha mengurangkan jenayah? Kadar jenayah telah menurun 10 % pada keseluruhannya. Kadar jenayah jalanan merangkumi ragut dan rompakan tanpa senjata turun 41% sejak 2009 sehingga Oktober 2011. Menerusi inisiatif NKRA Kurangkan Kadar Jenayah. Persekitaran kita menjadi lebih selamat. Masyarakat Bandar dan Luar Bandar merasa lebih selamat untuk keluar bersiar-siar.

52

NKRA - MENGURANGKAN KADAR JENAYAH Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan NKRA membantu meningkatkan kepuasan rakyat terhadap institusi polis dalam mengurus keselamatan awam di Malaysia. Laporan yang dikeluarkan oleh badan-badan antarabangsa: o Telah meningkat keyakinan pelabur asing untuk melabur.
Pengurangan Lebih

39.7% 27,000
dalam Jenayah Jalanan anggota keselamatan ditempatkan

11.1% 82
Pengurangan dalam Jenayah Indeks

balai polis Selangor kini lebih berorientasikan pelanggan

151

perbandaran tempatan kini lebih selamat

151

perbandaran tempatan kini lebih selamat

27,000
anggota keselamatan ditempatkan

Lebih

53

NKRA - MENGURANGKAN KADAR JENAYAH

54

MEMBANTERAS AMALAN RASUAH

56

NKRA - MEMBANTERAS AMALAN RASUAH 1. Apakah benar rasuah berleluasa di Malaysia? Dakwaan ini ternyata tidak berasas sama sekali. Dakwaan oleh media sosial mengenai rasuah dibuat berasaskan laporan oleh agensi luar negara. 2. Apakah langkah-langkah Kerajaan dalam membanteras rasuah di Malaysia? Kerajaan komited mewujudkan pentadbiran Kerajaan yang bersih. Mewujudkan KPI NKRA Mencegah Rasuah daripada 4.5 pada 2009 kepada 4.9 menjelang 2012. 57 Menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari 2009. Menggubal Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Akta Biro Siasatan Negara 1973. Akta Badan Pencegah Rasuah 1982. Akta Pencegahan Rasuah 1997. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008. Menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM). Sejumlah 14 buah Mahkamah Khas Rasuah telah ditubuhkan dan 249 kes rasuah telah dibicarakan.

NKRA - MEMBANTERAS AMALAN RASUAH Ahli Jemaah Menteri diwajibkan untuk mengisytiharkan harta kepada SPRM. Mengadakan kempen di seluruh negara mengenai pencegahan rasuah. 3. Apakah itu Indeks Persepsi Rasuah (CPI)? Istilah Indeks Persepsi Rasuah (CPI) iaitu petunjuk persepsi terhadap kadar rasuah dalam sesebuah negara. Persepsi pula merupakan satu tanggapan responden kajian yang terlibat dalam kajian CPI dan bukan merupakan persepsi rakyat terhadap statistik kadar kes rasuah dalam sesebuah negara. Sebahagian besar negara yang dijalankan kajian CPI, hampir 50% daripada 183 negara, mendapat mata kurang daripada 5. Indeks CPI Malaysia yang dikeluarkan oleh Transparency International dan Transparency Malaysia (TI-M), sebuah badan NGO bagi tahun 2011 adalah 4.3. Mata CPI yang diperoleh oleh Malaysia bagi tahun 2011 adalah kurang 0.1 mata berbanding dengan skor CPI yang diperoleh bagi tahun 2010 (4.4).

58

NKRA - MEMBANTERAS AMALAN RASUAH Namun, Malaysia berada dalam tangga ketiga terbaik di kalangan negara-negara ASEAN. 4. Adakah benar bahawa skor CPI Malaysia merudum pada tahun 2010 dan 2011? Walaupun skor CPI Malaysia dilihat merosot 0.1 antara tahun 2010 dan 2011, skor ini tidak menunjukkan usaha yang dijalankan oleh Kerajaan tidak berjaya membanteras rasuah. Penurunan skor ini lebih disebabkan dipengaruhi oleh laporan media yang membesar-besarkan dakwaan pembangkang. Beberapa kes besar masih dalam siasatan dan dakwaan di mahkamah dan mengambil 59 masa untuk diselesaikan. Skor CPI Malaysia adalah termasuk negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. 5. Apakah ada ukuran untuk menunjukkan persepsi rakyat terhadap amalan rasuah selain daripada CPI? Corruption Barometer (CB). Corruption Barometer Malaysia bagi tahun 2011 adalah 45%. Ini bermakna 45% rakyat Malaysia berpuas hati dengan tindakan Kerajaan memerangi rasuah. Malaysia memperoleh mata 2.99 untuk keberkesanan Agensi Penguatkuasaan Kerajaan di mana mata 1 menunjukkan tiada

NKRA - MEMBANTERAS AMALAN RASUAH rasuah dan 5 pula menunjukkan rasuah. Laporan Asean Business Outlook tahun 2011 menunjukkan hanya 35% pelabur tidak puas hati terhadap tindakan Kerajaan memerangi rasuah berbanding 63 % pada tahun 2010. Ini jelas membuktikan usahausaha Kerajaan memerangi rasuah telah mendatangkan kejayaan memberangsangkan dalam masa 3 tahun yang lepas. 6. Apakah kejayaan utama yang dicapai oleh Kerajaan di bawah pentadbiran YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak dalam membanteras rasuah? Kesungguhan Kerajaan melaksanakan beberapa inisiatif NKRA telah berjaya 60 mengurangkan persepsi dan kepercayaan rakyat terhadap kesungguhan Kerajaan membanteras amalan rasuah di kalangan sektor awam. Inisiatif-inisiatif Kerajaan yang sedang dilaksanakan dijangka akan meningkatkan skor CPI kepada 4.9 menjelang tahun 2012 seperti disasarkan dalam NKRA. Warga pelabur dan rakyat didapati berpuas hati dengan tindakan Kerajaan mengurangkan amalan rasuah di kalangan penjawat awam. Pelabur asing merasa selesa dengan usaha Kerajaan membanteras rasuah oleh kerajaan malah FDI telah meningkat kepada 33.2 bilion pada tahun 2011.

NKRA - MEMBANTERAS AMALAN RASUAH Perlindungan kepada pelabur di Malaysia juga adalah yang ke 4 terbaik di dunia. Dakwaan bahawa negara ini tidak selamat untuk pelabur oleh sesetengah pihak adalah tidak benar dan merupakan spekulasi sahaja.
INDEKS KEPUASAN PELABUR TERHADAP PERLINDUNGAN MELABUR
(Indeks 0-10)

Kajian menunjukkan 50% rakyat berpuas hati dengan langkah-langkah Kerajaan membanteras rasuah dan berjaya mengurangkan amalan rasuah di kalangan penjawat awam. 7. Apakah SPRM hanya menyiasat pesalah rasuah yang terdiri daripada orang/ penjawat awam berpangkat rendah/tidak berpengaruh politik/atau ikan bilis? SPRM menyiasat dan mendakwa penjawat awam daripada pelbagai lapisan, daripada pangkat rendah sehingga berpangkat tinggi, termasuk Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Pengarah, anggota polis yang berpangkat tinggi, ahli politik, termasuk Exco, bekas Menteri malah individu yang bertaraf Tun.

61

NKRA - MEMBANTERAS AMALAN RASUAH 8. Apakah Kerajaan akan mengambil tindakan yang lebih tegas dan terbuka untuk membanteras gejala rasuah di Malaysia? Kerajaan amat komited dalam usaha membanteras rasuah di Malaysia. Malah Membanteras Rasuah dimasukkan sebagai salah satu NKRA dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP). Usaha membanteras rasuah adalah tanggungjawab semua termasuklah Kerajaan, parti pembangkang, badan-badan bukan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat awam. Menurut Pengarah Dasar & Penyelidikan TI, Robin Hodess, Dua pertiga negaranegara yang dikaji indeks persepsi didapati memperoleh CPI 5.00 mata. 62
TAHUN 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 CPI 7.6 7.7 7.5 7.6 7.3 7.2 7.3 7.5 7.1 7.8

Sesungguhnya rasuah boleh dibanteras dengan berkesan melalui penerapan nilai nilai integriti di kalangan penjawat awam, ahli politik dan rakyat. Pengalaman daripada negara-negara maju dan berpendapatan tinggi telah membuktikan bahawa peningkatan pendapatan negara dan rakyat boleh membantu mengurangkan gejala rasuah di negara masing-masing.

NKRA - MEMBANTERAS AMALAN RASUAH Sehubungan ini, usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dijangka akan membantu Kerajaan membanteras gejala rasuah di Malaysia. 9. Apakah lagi kejayaan dasar Kerajaan membanteras rasuah sejak 2009? Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan untuk meningkatkan Akauntabiliti, Ketelusan dan Keberkesanan peranan SPRM: o Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (ANTI CORRUPTION ADVISORY BOARD). o Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (THE SPECIAL COMMITTEE ON CORRUPTION). o Jawatankuasa Aduan (THE COMPLAINTS COMMITTEE). 63 o Panel Penilaian Operasi (THE OPERATIONS REVIEW PANEL). o Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (CORRUPTION CONSULTATION AND PREVENTION PANEL). Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (PEMUDAH) ditubuhkan dan agensi ini telah berusaha untuk mempermudahkan pelbagai proses dan prosedur dengan agensi-agensi Kerajaan agar ruang untuk rasuah di kalangan penjawat awam dapat dielakkan. Pengenalan Penggubalan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Malaysia telah berjaya menggalakkan pemberi maklumat untuk tampil ke hadapan bagi mengemukakan laporan tindakan salah laku dengan memberikan perlindungan terhadap

NKRA - MEMBANTERAS AMALAN RASUAH identiti mereka selain juga kekebalan daripada liabiliti jenayah atau sivil dan perlindungan terhadap sebarang bentuk tindakan memudaratkan yang diambil terhadap mereka. Pangkalan data dalam talian MACC Namakan-dan-Malukan (http://www.sprm. gov.my) diwujudkan dan mengandungi nama, gambar, nombor kad pengenalan, serta butir-butir kes pesalah-pesalah yang telah disabitkan dengan salah laku rasuah di mana 743 pesalah telah disenaraikan mengatasi sasaran 84 pesalah pada akhir tahun lepas. Laman sesawang My Procurement pertama dilancarkan mencerminkan komitmen Kerajaan dengan berjaya menyenaraikan lebih 5,157 kontrak Kerajaan dan tender 64 yang diiklankan atau diberikan, tarikh dan nilai kontrak selain juga pemenang tender. Peningkatan hampir sekali ganda peratusan orang ramai yang berpendapat bahawa usaha Kerajaan memerangi rasuah adalah berkesan berbanding 28% pada tahun 2009 kepada 48% pada tahun 2010 dan 60% pada tahun 2011. Kerenah birokrasi diperbaiki sejak 3 tahun kebelakangan ini kerana beberapa perubahan dan menambah baik peraturan dan prosedur dilaksanakan. Pendaftaran hartanah dilakukan dalam tempoh 2 hari.

NKRA - MEMBANTERAS AMALAN RASUAH MyID diperkenalkan supaya rakyat Malaysia dapat berurusan dengan pelbagai agensi Kerajaan dengan mudah, cepat dan selesa. Sebanyak 1,277 perkhidmatan online disediakan antaranya adalah perkhidmatan pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan pembayaran saman.

syarikat menandatangani CIP* pada tahun 2011

64

pertama
seumpamanya bagi penjawat awam

yang

agensi utama bersatu memerangi rasuah

*Indeks Persepsi Rasuah

65

PELAN PENDIDIKAN MALAYSIA

66

PELAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1. Adakah Pelan Pendidikan Malaysia mencapai matlamatnya? Pembangunan bidang pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan modal insan yang berdaya saing. Pendidikan adalah the greatest equalizer iaitu penyamarataan terhebat. Anak orang miskin boleh setara dengan anak orang berada jika diberi pendidikan yang sempurna. Pelan Induk Pendidikan telah dilaksanakan kerajaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Pelan Pendidikan Tinggi Negara (PTPN). Pelan-pelan ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran, kreatif, berinovasi dan mempunyai jati diri dalam menghadapi cabaran globalisasi. Di samping itu, Malaysia juga menjadi hub pendidikan serantau.

67

PELAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2. Apakah NKRA Pendidikan? Fokus Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan ialah untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan seperti perincian berikut: o Prasekolah : meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur ( 4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem Pendidikan Kebangsaan. o Literasi dan Numerasi :setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti tiga tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. o Sekolah berprestasi tinggi mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti 68 tersendiri. Sekolah-sekolah ini berupaya melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi. o Tawaran baru kepada pemimpin sekolah: memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah. o Setiap tahun kerajaan memperuntukkan sekitar 20% daripada bajet negara kepada sektor pendidikan bagi memastikan rakyat mendapat pendidikan yang berkualiti.

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

70

10

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 1. Apa itu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)? Satu komitmen kerajaan untuk membantu meringankan beban tanggungan rakyat. Usaha kerajaan yang sejajar dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Dilaksanakan tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Satu bukti bahawa slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan bukan sebagai omong kosong. 2. Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan dan berapa ramaikah rakyat yang mendapat faedah daripada program ini? Melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion. Memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah. 80% daripada jumlah keseluruhan isi rumah di negara ini menikmatinya. 3. Siapakah yang layak menerima bantuan ini? Seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah, memperoleh pendapatan kasar isi rumah kurang RM3,000. 71

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) Merangkumi individu berkahwin. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan. Bujang yang mempunyai tanggungan. Warga emas berusia lebih 60 tahun yang hidup sebatang kara. Anak berkahwin yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 ke bawah, tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa, dikira sebagai satu isi rumah berlainan, layak menerima bantuan ini. 4. Berapakah jumlah borang yang telah diedarkan? Sehingga 10 Januari 2012, 4,123,713 borang BR1M sudah diterima dari seluruh negara. Sebanyak 3,102,054 permohonan sudah diluluskan. 5. Permohonan yang gagal membuat rayuan? Ya boleh, dengan mengisi borang yang disediakan oleh LHDN. BR1M dapat meringankan beban kos sara hidup.

72

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PRINSIP KEADILAN DI MALAYSIA

74

11

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - PRINSIP KEADILAN DI MALAYSIA 1. Adakah Perlembagaan Persekutuan masih relevan? Perlembagaan Persekutuan yang dirangka pada 1948 masih relevan berpandukan kepada faktor-faktor yang tersebut di bawah ini : o Perlembagaan Persekutuan adalah Undang-undang Tubuh Negara Malaysia yang wajib dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia sejak 1957. o Asas penggubalannya ialah perpaduan, kesaksamaan dan penjagaan hak rakyat pelbagai kaum. o Semua undang-undang dan akta yang digubal di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri selepas 1957 mesti menepati semangat Perlembagaan Persekutuan. 75 2. Apakah yang termaktub dalam perlembagaan ini? Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 Bahagian dan 183 Fasal (Perkara). Isi kandungannya merangkumi fasal-fasal yang berkaitan dengan Negeri, Agama dan Undang-Undang Persekutuan, Kebebasan Asasi, Peruntukan Kewangan, Perkhidmatan Awam, Kewarganegaraan, Hubungan Persekutuan dan Negeri-Negeri, Kehakiman, Persekutuan, Negeri-Negeri, Pilihan raya dan Kuasa Menentang Subversif.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - PRINSIP KEADILAN DI MALAYSIA 3. Apakah hak rakyat dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan? Terdapat lima fasal (Perkara) utama dalam perlembagaan yang mempertahankan hak semua rakyat tanpa mengira kaum. Fasal 3 (Kedudukan Agama Islam). Perkara 3 (1) yang memartabatkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, manakala warga bukan Islam boleh mengamalkan agama masing-masing dengan aman dan bebas. Fasal 14 (Taraf Warga Negara). Fasal 152 (Bahasa Melayu). Perkara 152 yang memperakui bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan lain-lain bahasa rakyat Malaysia boleh belajar dengan bebas. 76 Fasal 153 (Hak Istimewa orang Melayu/ Bumiputera). Perkara 153 yang memberi hak keistimewaan kepada kaum Melayu dalam program yang terdapat dalam sektor awam dan hak-hak yang sah bagi kaum bukan Melayu serta kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hak kerakyatan kepada kaum bukan bumiputera. Fasal 181 (Kedaulatan Raja-raja Melayu). Hak kedaulatan dan kuasa raja-raja dan kuasa pembesar-pembesar pemerintah negeri sembilan dalam wilayah mereka masing-masing yang telah ada dan dinikmati hingga sekarang tetap tidak tersentuh. Jika apa-apa perbicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap raja bagi sesuatu negeri atas sifat dirinya sendiri.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - PRINSIP KEADILAN DI MALAYSIA 4. Apakah peruntukan-peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan yang (1957) dilihat menghalang kebebasan rakyat? Secara umumnya peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan kepada rakyat. Secara dasarnya peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan ini berlandaskan ciri-ciri Deklarasi Hak Asasi Manusia (Declaration of Human Rights) 1948. Perlembagaan Persekutuan mengandungi fasal khusus mengenai hak untuk bersuara, berhimpun tetapi perlu mematuhi syaratsyarat yang ditetapkan pihak berwajib. 77 Kerajaan sentiasa mengkaji peruntukanperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, bersesuaian dengan peredaran masa dan aspirasi rakyat supaya demokrasi berparlimen terpelihara dan transformasi politik terlaksana.

USAHA KERAJAAN MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN

78

12

USAHA KERAJAAN MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN 1. Apakah tindakan kerajaan untuk menangani kenaikan harga barang? pasaran terbuka yang boleh membebankan rakyat sebagai pengguna.

2. Berapa banyakkah kerajaan berbelanja Kerajaan telah mengumumkan Program Rasionalisasi Subsidi sebagai langkah untuk untuk memberi subsidi? menangani kenaikan harga barang seperti Penerusan dasar memberi subsidi dan petrol, diesel, petroleum, gas cecair asli bayaran insentif melibatkan RM33.2 billion. (LPG) dan gula pada Julai 2010. Subsidi adalah bantuan kewangan yang diberi kepada sektor ekonomi dan perniagaan. Bayaran subsidi diberi oleh kerajaan terus kepada pengeluar atau pengedar perkhidmatan atau barangan. Tujuan subsidi ialah untuk mengelakkan kemerosotan industri atau untuk mengelakkan kenaikan harga barang oleh 79 Subsidi bahan makanan berjumlah RM2.3 bilion. Subsidi produk petroleum berjumlah RM17 bilion.

USAHA KERAJAAN MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN


Barang Beras Tempatan Super Gula Minyak Masak Tepung Gandum Petroleum RON95 Diesel Gas Memasak 14kg (tong) Harga Asal 2.40 2.50 4.75 1.90 2.75 2.66 48.02 Harga Pengguna 1.80 2.30 2.50 1.35 1.90 1.80 26.60 Subsidi 0.60 0.20 2.25 0.55 0.85 0.86 21.42 25 8 47 29 31 32 45 %

Contohnya, pemberian subsidi pendidikan seperti yuran pengajian di universiti dan kolej serta subsidi untuk barangan seperti petrol, gula dan makanan asasi rakyat. Sejumlah besar wang negara diperuntukkan untuk bayaran subsidi, misalnya pada 2009, kerajaan telah menanggung RM33.2 bilion.

3. Apakah jenis subsidi yang diberi? Kerajaan BN masih terus melaksanakan pemberian subsidi kepada sejumlah besar perkhidmatan dan barangan yang menjadi keperluan rakyat.

80

USAHA KERAJAAN MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN 4. Benarkah subsidi membantu rakyat? Dengan kemajuan dan pembangunan yang dicapai setelah lebih 50 tahun merdeka, sudah sampai masanya struktur ekonomi dan sosial negara dikaji semula. Pada tahun 1970-an , hampir separuh isi rumah berada di bawah garis kemiskinan dan memerlukan subsidi. Tetapi, kini keadaan sudah berubah di mana kadar kemiskinan semasa adalah pada kadar 3.6% dan oleh itu, sepatutnya kerajaan tidak lagi menanggung subsidi.

81

KEBAJIKAN RAKYAT

82

13

KEBAJIKAN RAKYAT 1. Bagaimanakah kebajikan rakyat ditingkatkan? Kerajaan sekarang adalah kerajaan yang berkebajikan dan bertanggungjawab. Usaha kerajaan untuk memberi kebajikan kepada rakyat bermula sejak sebelum Merdeka lagi apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan pada 1946 bagi menangani isu-isu kebajikan di Malaysia. RM30 bilion di peruntukkan setiap tahun untuk subsidi secara langsung bagi mengurangkan kos sara hidup. 2. Benarkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) mampu mengurus masalah kemiskinan? Pada 1970, Kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat, di samping merapatkan jurang ekonomi antara kaum. Hasil pelaksanaan DEB, kerajaan berjaya menjaga kebajikan rakyat yang dapat dilihat melalui kejayaan DEB mengurangkan kadar kemiskinan seperti yang dinyatakan oleh Malaysian Institute of Economic Research (MIER) pada Oktober 2005 seperti di bawah:

83

KEBAJIKAN RAKYAT 3. Apakah dasar-dasar yang digubal untuk menjaga kebajikan rakyat? Bagi meneruskan tradisi menjaga kebajikan rakyat ini, kerajaan memperkenalkan beberapa dasar yang kesemuanya bertujuan menjaga kebajikan mereka iaitu: o Dasar Kebajikan Masyarakat Negara (1990). o Dasar Warga Tua Negara ( 1995). o Dasar Sosial Negara (2003). o Dasar Orang Kurang Upaya (2007). o Dasar Kanak-Kanak Negara (2008). o Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara (2008). 4. Bagaimana rakyat merasai kesan daripada dasar kebajikan? Komitmen kerajaan bagi memberi kebajikan kepada rakyat kian terserlah apabila kebajikan kepada mereka bukan hanya disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Keluarga dan Wanita, tetapi juga melalui agensi-agensi lain seperti: o Kementerian Pelajaran Malaysia. o Kementerian Sumber Manusia. o Kementerian Kesihatan Malaysia. o Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. o Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. o Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

84

KEBAJIKAN RAKYAT Kebajikan yang dilakukan melalui agensiagensi ini adalah dalam bentuk berikut: o Pemberian subsidi. o Penyediaan infrastruktur kawasan luar bandar. o Kemudahan perubatan. o Kemudahan pendidikan. o Pembangunan usahawan dan lain-lain. Komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat semenjak Merdeka pada 1957, berterusan sehingga kini. Ini dapat dilihat melalui dasar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan ke paras paling rendah. Ini dilakukan melalui 12 spektrum berikut :o Pendidikan dan latihan. o Kesihatan. 85 o Kemudahan asas. o Kewangan dan kebendaan. o Advokasi. o Kemudahan awam. o Penempatan pekerjaan. o Skim Mikro Kredit. o Penstrukturan semula subsidi. o Transisi dan integrasi. o Kemudahan perumahan.

KEBAJIKAN MASYARAKAT INDIA

86

14

KEBAJIKAN MASYARAKAT INDIA 1. Berapa ramaikah kaum India yang akan ditambah sebagai penjawat awam? Kerajaan telah bersetuju menaikan kadar pengambilan kaum India sebagai anggota sektor awam daripada 4.1% kepada 7.4% pada masa hadapan. 2. Berapa ramaikah pegawai kanan India yang memegang jawatan tinggi dalam Perkhidmatan Luar Negeri? Enam orang anggota Perkhidmatan Awam daripada kalangan pegawai India dilantik sebagai Duta Malaysia di luar negara. 3. Berapakah peruntukan yang diluluskan untuk kerja-kerja membaiki kemudahan di sekolah Tamil? Sejumlah RM1,060 juta telah disediakan untuk membina dan membaik pulih sekolah rendah diseluruh negara hingga 2011. Bagi 2012, Kerajaan meluluskan RM100 juta bagi kerja-kerja menyediakan kemudahan peralatan dan penyenggaraan sekolah Tamil di seluruh negara. Peruntukan sejumlah RM130 juta disediakan untuk membangun dan memajukan sekolah Tamil diseluruh negara.

87

KEBAJIKAN MASYARAKAT INDIA Peruntukan RM70 juta disediakan setiap tahun bagi tujuan membaik pulih Sekolah Bantuan Modal selama dua tahun (20112012). Sekolah Bantuan Modal ialah sekolah Tamil yang terdapat di ladang-ladang. Bantuan RM2,000 sebulan untuk bayaran bil air dan elektrik bagi Sekolah Bantuan Modal. Enam buah Sekolah Rendah Tamil mendapat bantuan kewangan sebanyak RM5 juta di bawah skim Program Kommuniti Kerajaan menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM302.8 juta untuk membina bangunan baru, bangunan tambahan dan menaik taraf/mengubah suai 432 sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil bantuan penuh dan bantuan modal. 88 Seramai 389 pelajar India ditawarkan biasiswa JPA pada 2010 dan 245 pelajar pada 2011. Seramai 150 pelajar India menerima tawaran Geran Pendidikan 1MDB. Seramai 326 pelajar India pada tahun 2010/2011 dan seramai 580 pelajar India pada tahun 2011/2012 mendapat tawaran matrikulasi. Seramai 1,000 pelajar dijangka ditawarkan tempat matrikulasi pada masa akan datang. Kerajaan meluluskan peruntukan untuk membaik pulih SRJK(T) dan menambuah bilik darjah SRJK(T) Puchong dengan kos RM14 juta.

KEBAJIKAN MASYARAKAT INDIA Kerajaan meluluskan peruntukan untuk menambah empat blok bangunan bagi SRJK (T) Simpang Lima. Kerajaan telah meluluskan pembinaan enam buah lagi SRJK(T) seperti berikut o Taman Sentosa, Kelang, Selangor. o Taman PJS1, Petaling Jaya, Selangor. o Bandar Mahkota, Cheras, Selangor. o Taman Keladi, Sg.Patani, Kedah. o Ladang Hee Wood, Sg. Siput, Perak. o Bandar Sri Alam, Masai, Johor. o Paya Besar, Lunas, Kedah (telah diluluskan sebelum ini). o Sungai Salak, Siliau Negeri Sembilan (telah diluluskan sebelum ini). o Ini bermakna, di Malaysia terdapat 530 buah sekolah Tamil. Kerajaan meluluskan pemindahan 15 SRJK(T) yang mempunyai jumlah pelajar kurang daripada 10 pelajar ke kawasan yang majoriti masyarakat India. Peruntukan RM10 juta diluluskan bagi Pusat tuisyen Sri Murugan yang membantu membimbing pelajar India menghadapi peperiksaan SPM/STPM. Yayasan 1Malaysia menyalurkan bantuan pendidikan RM15,000.00 setiap seorang kepada 50 pelajar India cemerlang.

89

KEBAJIKAN MASYARAKAT INDIA 4. Adakah kerajaan menyediakan peruntukan kepada pelajar miskin yang tinggal jauh dari sekolah? Peruntukan RM70 juta disediakan untuk membina Asrama 1Malaysia bagi pelajar miskin daripada semua kaum, termasuk pelajar India. 5. Apakah langkah kerajaan untuk menangani masalah pelajar dari ladang dan pinggir bandar yang tercicir atau gagal dalam peperiksaan? Kerajaan menyediakan peruntukan RM150 juta untuk melatih 20,000 berkenaan dalam bidang kemahiran, termasuk untuk kaum India. 6. Berapakah jumlah pelajar India yang ditawarkan biasiswa JPA? 316 pelajar India daripada 1011 yang menghadiri temuduga biasiswa JPA telah ditawarkan biasiswa berkenaan. Bilangan penerima biasiswa untuk pelajarpelajar SPM yang lulus dengan cemerlang dinaikkan daripada 120 pelajar kepada 316 pelajar bagi tahun 2010. Sejumlah 1810 pelajar memohon biasiswa JPA daripada Kerajaan Persekutuan. Ini termasuk 126 pelajar bagi meneruskan pendidikan dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi, undang-undang dan kejuruteraan.

90

KEBAJIKAN MASYARAKAT INDIA 8. Apakah langkah kerajaan untuk 7. Berapakah peruntukan yang disediakan untuk memberi latihan kemahiran kepada membantu kontraktor keturunan India? belia India? Kerajaan bersetuju meningkatkan dan Peruntukan RM200 juta disediakan bagi memastikan 10% kontrak dalam sektor kerajaan ditawarkan kepada kontraktor tujuan ini. India. Peruntukan RM20 juta disalurkan kepada 9. Apakah usaha Permodahlan Nasional Kementerian Sumber Manusia untuk Berhad membantu masyarakat melatih golongan belia India dalam bidang keturunan India? perindustrian. Peluang latihan kemahiran myskill disediakan untuk 6,000 belia India melalui Kementerian Sumber Manusia. PNB telah memperuntukkan sejumlah saham bernilai RM499.50 juta kepada kaum India dibawah Skim Amanah Saham Malaysia. Jumlah ini hampir 15% daripada jumlah saham yang ditawarkan oleh PNB di bawah Skim Amanah Saham Malaysia.

91

KEBAJIKAN MASYARAKAT INDIA 10. Apakah bantuan yang diberi Kerajaan untuk penganut Hindu? Kerajaan memberi peruntukan RM3.2 juta untuk membaik pulih tempat ibadat (kuil) Hindu di seluruh negara. RM10 juta untuk projek menyediakan kemudahan pengangkutan railcar di Batu Caves. Kerajaan pusat juga memberi peruntukan RM100,000 untuk membaik pulih kuil Hindu di Ladang Kerilla, Tanah Merah, Kelantan. Kuil ini dibina pada 1932. Geran permulaan bernilai RM2 juta diluluskan pada 7 Februari 2011 untuk membina Pusat Kebudayaan India di Batu Caves. 92 Peruntukan RM1 juta diluluskan untuk membina kuil Hindu di Kampong Jawa yang menjadi isu besar pada tahun 2008. Kelulusan peruntukan RM1 juta untuk membina kuil Hindu di Jalan Air Terjun, Pulau Pinang. 11. Apakah usaha dan langkah Kerajaan untuk membantu peniaga kecil India? Peruntukan sejumlah RM20 juta disediakan bagi membantu peniaga kecil India (Program Tekun) dalam Budget 2010. Peruntukan ini telah ditambah kepada RM100 juta dalam Bajet 2012.

KEBAJIKAN MASYARAKAT INDIA Peruntukan geran RM2 juta juga disediakan bagi Persatuan Peniaga-Peniaga India Malaysia. Seramai 3,664 usahawan muda India mendapat pinjaman Tekun pada tahun 2011. Peruntukan RM35 juta untuk program Tekun Nasional yang menyediakan pinjaman kepada peniaga kecil belia India. Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM) telah menyediakan peruntukan untuk membantu usahawan kecil wanita termasuk wanita India. Peruntukan sebanyak RM500 juta disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia kepada peniaga kecil. 93 12. Adakah kerajaan menyediakan peruntukan untuk meningkatkan kemudahan infrasturuktur di ladang? Kerajaan menyediakan peruntukan RM109 juta untuk perluasan kemudahan asas air paip di 182 buah ladang di seluruh negara. Kerajaan juga setuju membentuk JKKK di ladang dan kawasan ramai penduduk India untuk memelihara kepentingan mereka.

KEBAJIKAN MASYARAKAT INDIA 13. Apa kemudahan yang disediakan untuk membantu pekerja ladang memiliki rumah? Kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman perumahan RM50 juta melalui Bank Simpanan Nasional. Pinjaman RM60,000 disediakan untuk setiap peminjam dengan kadar faedah 4%. 14. Apakah antara usaha kerajaan untuk meningkatkan penghargaan terhadap warisan masyarakat India? Menjadikan kawasan Brickfields sebagai kawasan Little-India bagi memartabatkan warisan kaum India di Malaysia dan langkah ini yang mendapat penghargaan tinggi daripada Perdana Menteri India. 94 15. Berapakah peruntukan yang disumbangkan kerajaan kepada persatuan kaum India? RM230,000.00 disediakan untuk pertubuhan Hindu Youth Malaysia (NGO) melalui Kementerian Sumber Manusia. RM3 juta kepada Persatuan Telugu Malaysia. RM500,000 disediakan untuk pertubuhan Pure Life Society. RM20,000 untuk pembangunan Persatuan Malaysia Dravida Kalagham. Peruntukan geran RM450,000 disediakan kepada Persatuan Hindu Sangam untuk membantu pembangunan agama Hindu.

KEBAJIKAN MASYARAKAT INDIA 16. Berapa ramaikah orang India mendapat faedah daripada program Mydaftar? Melalui program Mydaftar, 14,882 permohonan untuk memperoleh dokumen sijil kelahiran, kad pengenalan dan lain-lain masalah dokumen telah diselesaikan. Lebih daripada 5,000 pemohon diluluskan sijil kerakyatan. 17. Berapa ramaikah pelajar India mengikuti latihan di institusi perguruan? Calon kaum India yang ditawarkan kursus di institusi pengajian guru telah meningkat mulai tahun 2010. Contoh: bagi Kursus Perguruan Lepasan SPM - 407 orang kepada 720 orang, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (Kursus Dalam Cuti) - 191 orang kepada 400 orang dan Kursus 95 Diploma Pengurusan Malaysia - 97 orang kepada 200 orang.

MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH

96

15

MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH 1. Apakah usaha Perdana Menteri untuk menambah baik kehidupan rakyat berpendapatan rendah? Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sejajar dengan matlamat Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat: o Hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara. o Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan status mereka dan telah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. o Lebih 14,000 adalah KIR di Sabah dan Sarawak. 97 2. Apakah usaha kerajaan untuk membela nasib rakyat berpendapatan rendah? Kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta merasai denyut nadi rakyat. Tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Kerajaan mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat, tetapi tiba pada masa yang tepat. Bermula Januari 2010, semua bantuan kebajikan untuk rakyat dibayar pada hari pertama setiap bulan.

MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH 3. Apakah sumbangan wanita dalam pembangunan negara? Sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara adalah penting kerana: o Mereka membentuk separuh daripada jumlah penduduk Malaysia. o Kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai usahawan wanita. o Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti. o Kerajaan berhasrat menambah jumlah usahawan wanita kepada 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

98

MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH

Kehidupan

63,147 110%
isi rumah miskin bertambah baik

Hingga kini

daripada 1,000 usahawan wanita telah dilatih

12,578
orang miskin diberi peluang untuk hidup berdikari

99

KEDUDUKAN MALAYSIA DI RANTAU ASIA PASIFIK

100

16

KEDUDUKAN MALAYSIA DI RANTAU ASIA PASIFIK 1 . Adakah Malaysia negara paling selamat? Kajian Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 mendapati: o Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia. o Malaysia adalah negara paling aman di Asia Tenggara dan ke-4 di Asia Pasik selepas New Zealand, Jepun dan Australia. Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007. Malaysia adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011. Malaysia juga mengambil alih kedudukan Singapura yang tersenarai sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara pada 2010. Kini, republik itu menduduki tempat kedua di Asia Tenggara dan ke-24 keseluruhan, diikuti Vietnam (ke-30 keseluruhan), Laos (ke-32 keseluruhan), Indonesia (ke-68 keseluruhan), Thailand (ke-107 keseluruhan), Myanmar (ke-133 keseluruhan) dan Filipina (ke-136 keseluruhan).

101

KEDUDUKAN MALAYSIA DI RANTAU ASIA PASIFIK Peningkatan tahap keamanan Malaysia dicerminkan oleh peningkatan kestabilan politik dan hubungannya yang lebih baik dengan negara jiran, terutama Singapura dan China. Di kalangan negara Islam pula, Malaysia menduduki tempat kedua selepas Qatar apabila negara itu diletakkan di tangga ke-12 dan negara paling selamat di Timur Tengah.

102

SENARAI 20 INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA 2012

104

17

SENARAI 20 INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA 2012

Daripada 20 orang terkaya di Malaysia orang Melayu hanya tiga orang (15%) manakala Cina 16 orang (80%) dan India seorang (5%). 105

PERATUSAN TENAGA PROFESIONAL MENGIKUT KAUM

106

18

PERATUSAN TENAGA PROFESIONAL MENGIKUT KAUM Sehingga tahun 2008 bilangan profesional Bumiputera ialah seramai 68,776 orang iaitu 42.5% atau 0.33% daripada bilangan penduduk Bumiputera di negara ini. Bilangan profesional kaum Cina pula seramai 60,768 orang iaitu 45.5% atau 0.96% daripada populasi penduduk kaum Cina di Malaysia. Bilangan profesional kaum India adalah seramai 12,224 orang iaitu 9.2% atau 0.64% berbanding bilangan penduduk kaum India.
PROFESIONAL BUMIPUTERA
Akauntan Profesional Sub-Jumlah Arkitek Profesional Sub-Jumlah Doktor Doktor Gigi Doktor Haiwan Jurutera Profesional Sub-Jumlah Juru Ukur Profesional Sub-Jumlah Peguam JUMLAH KESELURUHAN
Sumber : Unit Perancangan Ekonomi 1970 BIL. % DARI JUMLAH BIL. 2008 % DARI JUMLAH

40.0 0 40.0 12.0 12.0 79.0 20.0 8.0 66.0 0 66.0 0 0 0 0 225

6.8% 0.0% 4.3%

5,031 1,234 6,265 766 619 1,385 10,405 1,662 660 19,735 3,701 23,436 1,270 1,194 2,464 5,029 51,306

65.1% 6.9% 26.1% 37.0% 52.9% 49.4% 42.7% 62.2% 15.8% 59.6% 51.1% 39.3%

3.7% 3.1% 40.0% 7.3% 0.0% 0.0% 0.0% 0.0%

Bilangan profesional daripada kaum lain pula seramai 8,701 orang iaitu 2.8% atau 1.11% daripada populasi mereka di negara ini. Termasuk dalam data profesional ialah doktor, peguam, jurutera, akauntan dan arkitek. 107

PERATUSAN PEMILIKAN EKUITI MENGIKUT KAUM

108

19

PERATUSAN PEMILIKAN EKUITI MENGIKUT KAUM Pada 2008, jumlah pemilikan ekuiti ialah seperti berikut: o Bumiputera sebanyak 21.9%. o Bukan Bumiputera ialah sebanyak 36.7%. o Warga asing pula ialah sebanyak 37.9%. o Nominee sebanyak ialah 3.5%. Sehingga 2008, data menunjukkan sasaran ekuiti Bumiputera belum mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 30% (DEB). Usaha perlu terus dibuat untuk memastikan kedudukan ini tercapai (jumlah penduduk Bumiputera ialah 67%). Walau bagaimanapun, kedudukan ekuiti Bumiputera bolehlah dianggap baik berbanding pada tahun 1970 di mana Bumiputera hanya memegang 2.4% sahaja. Jumlah peningkatan dari tahun 1970-2008 ialah sebanyak 19.5%. 109

PERATUSAN PEMILIKAN PREMIS PERNIAGAAN BERDASARKAN KAUM

110

20

PERATUSAN PEMILIKAN PREMIS PERNIAGAAN BERDASARKAN KAUM Sehingga 2007, pemilikan bangunan oleh Bumiputera berada pada kadar 15% sahaja iaitu pemilikan bangunan (15.7%), kompleks perniagaan (29.2%), premis perindustrian (3.5%) dan hotel (20.8%). Pemilikan terbesar ialah oleh kaum Cina iaitu 76.1% di mana mereka memiliki bangunan (75.7%) , kompleks perniagaan (61.9%), premis perindustrian (87.2%) dan hotel (54.0%). Kaum India pula memiliki 3.8% daripada keseluruhan premis perniagaan iaitu bangunan (4.3%), kompleks perniagaan (2.9%), premis perindustrian (1.5%) dan hotel (2.7%). Kaum-kaum lain pula memiliki 5.1% keseluruhan bangunan. 111 Walaupun penduduk negara yang teramai ialah Bumiputera, namun pemilikan harta di kalangan Bumiputera masih rendah berbanding orang bukan Bumiputera terutama kaum Cina.

AGENDA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA

112

21

AGENDA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA 1. Apakah strategi kerajaan untuk membangunkan bumiputera? Kerajaan mempunyai beberapa inisiatif untuk membangunkan agenda bumiputera seperti berikut :o Pemilikan ekuiti oleh bumiputera melalui individu-individu, Kepentingan Institusi Bumiputera seperti Lembaga Tabung Haji (LUTH), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Permodalan Nasional Berhad (PUMB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). o Mempertimbangkan pemilikan hartanah Bumiputera seperti Kampung Baru. o Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan bumiputera. 113 o Membangunkan guna tenaga profesional bumiputera. o Penubuhan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) untuk merancang dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera. 2. Bagaimana pula agenda ini dapat memperkasakan agenda pembangunan bumiputera? Agenda pembangunan bumiputera terus diberi penekanan selaras dengan konsep pertumbuhan dan pengagihan

AGENDA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA 3. Apakah peranan TERAJU di bawah Memandangkan persekitaran ekonomi global dan domestik yang mencabar, tibalah MTAB? masanya untuk dilaksanakan transformasi di dalam agenda pembangunan bumiputera TERAJU dikehendaki mengenal pasti 1,100 bagi mewujudkan penyertaan syarikat syarikat bumiputera untuk dibangunkan sebagai syarikat besar berkelas dunia. bumiputera yang berdaya saing dan berdaya Setakat ini lebih daripada 80 syarikat maju. bumiputera telah dikenal pasti untuk dimasukkan ke dalam Program Perumahan Pendekatan baru ini berasaskan kepada Kecil dan Sederhana Bumiputera Kecil prinsip-prinsip iaitu mesra pasaran, berprestasi tinggi. berdasarkan keperluan, merit dan ketelusan. Wujudnya unit peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di bawah MTAB. Syarikat yang dipilih akan menjadi Kumpulan 1 untuk dibentuk sebagai syarikat berdaya saing dalam tempoh 5 tahun sejajar dengan keperluan MTAB. Syarikat-syarikat ini dikehendaki terlibat dalam pelbagai sektor, namun keutamaan diberikan kepada syarikat yang terbabit dalam 12 sektor NKEA.

114

AGENDA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA 4. Apakah kedudukan ekuiti bumiputera pada masa ini? Pada 23 April 2012, YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Adbul Razak mengumumkan peningkatan pemilikan ekuiti bumiputera kepada 23.09% bernilai RM 161.7 bilion pada 2010 berbanding dengan tahun 2008 pada 21.9% bernilai RM 127.4 bilion. Peningkatan ekuiti adalah berdasarkan pelaksanaan program untuk memperkasakan agenda bumiputera sebagai agenda utama negara yang dilaksanakan Kerajaan.

115

KEJAYAAN MALAYSIA

116

22

KEJAYAAN MALAYSIA 1. Kenapakah rakyat Malaysia harus berasa bertuah? Bertuah dilahirkan di negara yang mempunyai kepelbagaian kaum. Rakyat Malaysia terdidik dengan nilai-nilai murni iaitu penerimaan dengan menghormati perbezaan kebudayaan kaum masing-masing. Negara ini unik kerana dengan adanya pelbagai kaum, kita dilimpahkan kepelbagaian budaya daripada segi perayaan, pemakanan, bahasa dan pemakaian. Persefahaman menjadi asas untuk mengekalkan keharmonian, keamanan dan ketenteraman di negara ini. 117 Rakyat Malaysia pada masa ini lebih bijak menilai sesuatu perkara dengan mendahulukan perpaduan negara. 2. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada krisis Negara-negara di Asia Barat? Pengalaman krisis politik di negara Arab seperti Mesir, Tunisia, Syria dan Libya: o Perpecahan hanya akan menimbulkan kemusnahan, kerosakan harta benda awam, pembunuhan dan pertumpahan darah yang mengakibatkan kesengsaraan. o Ia membawa kepada keruntuhan ekonomi dan kemakmuran. o Pelabur asing akan menarik diri daripada industri negara. o Mereka terjebak dalam permainan kuasakuasa besar dan politik antarabangsa.

KEJAYAAN MALAYSIA o Apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak sama sekali boleh dijadikan contoh. 3. Bagaimanakah pandangan dunia terhadap Malaysia? Mengikut kajian Global Peace Index 2011 oleh Institut Ekonomi dan Keamanan Antarabangsa yang berpusat di Sydney, Australia menunjukkan: o Malaysia menduduki tempat ke-19 daripada 153 negara yang mampu mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Menurut laporan kajian penyelidikan Strategia International: o Kuala Lumpur menjadi destinasi utama pelabur dari Timur Tengah untuk melabur. 118 Laporan kajian Doing Business 2012 menempatkan Malaysia: o Pada kedudukan ke-18 dan mengekalkan status sebagai negara terunggul di dunia bagi mengumpul kredit, keempat di dunia bagi langkah untuk melindungi pelabur. o Dalam kajian terbaru oleh Crescent Rating, Malaysia berada di tempat pertama sebagai destinasi Organisasi Konferensi Islam (OKI) untuk kategori Halal Friendly dalam kelompok 10 buah negara iaitu Mesir, Turki, Indonesia, Emiriyah Arab Bersatu, Maghribi, Tunisia, Jordan, Brunei dan Qatar.

KEJAYAAN MALAYSIA o Dengan pelbagai penghormatan dan pengiktirafan antarabangsa yang diberi kepada Malaysia, rakyat semakin yakin bahawa dasar mendahulukan kebajikan rakyat dan keharmonian negara sebenarnya adalah satu transformasi ke arah kecemerlangan negara bangsa, sejajar dengan maklamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

119

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

120

23

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) 1. Bilakah PTPTN ditubuhkan? Ditubuhkan pada 1 Julai 1997 di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997. Mula beroperasi pada 1 November 1997. 2. Apakah fungsi PTPTN? Mengurus pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik pinjaman. Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi. Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis. 121 4. Siapakah yang layak mendapat pinjaman PTPTN? Warganegara Malaysia. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon. Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PTPTN. 3. Apakah objektif PTPTN? Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan untuk pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tiada pelajar yang gagal memasuki IPT kerana masalah kewangan.

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) 5. Apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh PTPTN? PTPTN menyediakan pinjaman untuk yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup berdasarkan kelayakan pemohon. 6. Berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disediakan oleh kerajaan kepada PTPTN? Sejak dilancarkan pada 1997 hingga 31 Disember 2011, sebanyak RM42.96 bilion telah diluluskan. Pada 2011, sebanyak RM5.51 bilion telah diluluskan kepada pelajar. Untuk tahun 2012-2013 kerajaan memperuntukkan RM6 bilion kepada PTPTN.
KELULUSAN PINJAMAN/ PEMBIAYAAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2011 TAHUN 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 KESELURUHAN BILANGAN PINJAMAN/ PEMBIAYAAN 11,956 19,698 88,291 88,372 109,017 103,935 114,257 120,212 144,318 149,471 160,564 156,853 193,179 238,722 227,209 1,926,054 AMAUN KESELURUHAN (RM'JUTA) 219.0 398.5 1,802.5 1,757.0 2,118.2 1,960.3 1,853.1 2,267.2 2,763.0 3,221.7 3,897.5 4,035.8 5,109.5 6,039.5 5,518.26 42,961.03

122

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) 7. Benarkah dakwaan bahawa jumlah RM42.96 bilion ini termasuk bayaran faedah pinjaman? Tidak. Jumlah ini adalah jumlah pinjaman pokok yang diluluskan oleh PTPTN. 8. Berapakah ramaikah pelajar yang telah mendapat kemudahan pinjaman PTPTN? Sejak ditubuhkan sehingga 31 Disember 2011, seramai 1,926,054 orang pelajar telah mendapat pinjaman daripada PTPTN. Pada 2011 sahaja, 227,209 pelajar menerima pinjaman PTPTN ini. 9. Berapa ramaikah pelajar yang telah membuat pembayaran balik kepada PTPTN dan berapakah jumlah bayaran balik yang diterima PTPTN? Sehingga 31 Disember 2011, sebanyak RM2.96 bilion atau 54.61% peminjam telah membuat bayaran balik berbanding bayaran balik sebenar yang perlu dibayar berjumlah RM5.41 bilion (setelah ditolak penangguhan). Seramai 742,924 pelajar atau 83.72% daripada 887,376 pelajar/peminjam telah mula membuat bayaran balik. 144,000 peminjam gagal membuat bayaran balik sebagaimana yang diarahkan.

123

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)


TAHUN 2008 2009 2010 2011 KESELURUHAN BILANGAN 21 1,740 4,733 15,345 21,839 AMAUN (RM) 334,891.00 32,397,508.00 46,544,867.09 84,697,367.50 163,974,633.59

Bagaimanapun, mulai 1 Januari 2012 PTPTN telah menguatkuasakan semula syarat simpanan wajib dalam SSPN untuk melayakkan pelajar memohon pinjaman pendidikan PTPTN. Syarat wajib ini dilaksanakan bagi menanam budaya menabung dalam kalangan pelajar untuk mengelakkan kebergantungan kepada pembiayaan pendidikan. 11. Wajarkah skim PTPTN dimansuh dan digantikan dengan bentuk biasiswa? Pada 18 April 2001, Kabinet memberi kelulusan kepada PTPTN untuk mengubah status pinjaman kepada biasiswa kepada pelajar-pelajar yang memperoleh kelulusan Kelas Pertama.

10. Adakah mereka yang hendak meminjam diwajibkan mempunyai simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)? Pada 1 Januari 2008, setiap pelajar perlu mempunyai akaun SSPN sebelum layak memohon pinjaman PTPTN dengan simpanan serendah RM20.00. Syarat ini telah dimansuhkan pada 18 Mei 2008.

124

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) 12. Kenapakah dasar ubah pinjaman Kelulusan ini diberi kepada semua pelajar tanpa mengira kaum dan kedudukan kepada biasiswa PTPTN ditangguhkan pada 2005 ? kewangan, sama ada pelajar daripada keluarga berada atau miskin, yang menuntut di IPTA atau IPTS. Pada 1 Julai 2005, dasar ini telah diberhentikan berikutan masalah kewangan Bagaimanapun, bagi pelajar IPTS, mereka yang dialami PTPTN. disyaratkan mengikuti kursus yang Bagaimanapun, semua pelajar yang mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada diluluskan pinjaman sebelum 1 Julai 2005 Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). masih layak memohon untuk mendapat pengecualian bayaran balik. Rasional kepada keputusan ini ialah pelajar cemerlang wajar diberi pengiktirafan oleh kerajaan. 13. Bilakah dasar ubah pinjaman kepada biasiswa dilaksanakan semula ? Kelulusan ini berkuatkuasa mulai Pada 23 Oktober 2009, ketika tahun 2003. membentangkan Bajet 2010, Perdana Menteri mengumumkan pinjaman pendidikan PTPTN ditukar kepada biasiswa 125

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) bagi pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya dilaksanakan semula mulai 2010. Mulai 1 Januari 2010 PTPTN melaksanakan semula dasar mengubah pinjaman kepada biasiswa untuk pelajar yang layak. Pelaksanaan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan mencerminkan pengiktirafan terhadap pelajar cemerlang. 14. Berapa ramaikah pelajar yang diluluskan untuk mengubah pinjaman kepada biasiswa sejak dasar ini diperkenalkan? Sehingga 31 Disember 2011, 11,764 pelajar telah diluluskan pengecualian bayaran balik 126 pinjaman pendidikan kerana mendapat ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya. Pengecualian ini melibatkan pelupusan pinjaman pendidikan PTPTN berjumlah RM339.07 juta. 15. Adakah pinjaman PTPTN bercanggah dengan syariah kerana mengandungi unsur riba? PTPTN melaksanakan pembiayaan berdasarkan kaedah Islam dikenali sebagai Kaedah Ujrah atau upah 1% setahun mulai 1 Jun 2008. Kaedah ini menggantikan kaedah sebelumnya yang mengenakan bayaran kos pentadbiran 3% hingga 5% setahun.

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) Kaedah baru ini adalah selaras dengan Syariah sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008. Pembiayaan pendidikan mengikut Kaedah Ujrah dilaksanakan bagi semua peminjam PTPTN (yang sedia ada dan baru) tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. 17. Ramaikah peminjam yang telah disenarai hitam dan berapakah jumlah pinjaman yang terlibat? Seramai 132,801 peminjam telah disenarai hitamkan dengan kerjasama Jabatan Imigresen. Jumlah pinjaman terlibat ialah RM2.11 bilion.

18. Berapakah jumlah peminjam yang di 16. Pelajar berhujah supaya kerajaan senarai hitam yang telah membuat menghapuskan pinjaman PTPTN kerana bayaran balik pinjaman dan berapakah pendidikan adalah tanggungjawab jumlah pinjaman yang terlibat? kerajaan untuk diberi percuma? Seramai 21,839 peminjam telah membuat bayaran balik. Buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan pinjaman PTPTN. Jumlah pinjaman yang telah dibayar balik ialah RM163.97 juta. 127

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) 19. Apakah yang menyebabkan peminjam gagal membayar balik pinjaman? Peminjam masih meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Peminjam masih menganggur. Peminjam sudah bekerja tetapi memperoleh pendapatan kecil yang tidak setimpal dengan kelulusan. Sikap peminjam yang tidak endah untuk membuat bayaran balik. 20. Apakah faedah wujudnya PTPTN? PTPTN membuka peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS. 128 Menerapkan nilai-nilai murni dan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar. Ibu bapa tidak lagi dibebankan dengan masalah kewangan termasuk hutang untuk menanggung perbelanjaan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran. Menggalakkan pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat ijazah dengan keputusan terbaik. Bayaran balik kepada PTPTN boleh digunakan untuk membiayai pelajar-pelajar akan datang.

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

129

PUSAT FIDLOT NASIONAL (PFN)

130

24

PUSAT FIDLOT NASIONAL (PFN) 1. Kenapa projek ini penting kepada negara? Meningkatkan pengeluaran daging negara, sejajar dengan Dasar Pengeluaran Daging Lembu Negara. Meningkatkan populasi ternakan lembu daging sebanyak 60,000 ekor menjelang akhir 2015. Menampung 40% keperluan daging lembu negara pada 2015. Selaras dengan matlamat Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu mewujud dan mengukuh syarikat penaung dalam ternakan lembu dlot dan pelaburan luar negara dalam industri ternakan. 2. Apakah pendirian kerajaan berkaitan industri daging? Kerajaan bersetuju membangunkan sebuah kawasan di Gemas, Negeri Sembilan bagi mengusahakan projek yang dikenali sebagai Ladang Beef Valley untuk dijadikan kawasan penternakan lembu dlot komersial dan bersepadu. 3. Apakah badan yang terlibat untuk menjayakan projek ini? National Feedlot Center (Pusat Fidlot Nasional)/(PFN), adalah program di bawah kawal selia Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pelaksana.

131

PUSAT FIDLOT NASIONAL (PFN) Menteri Besar Negeri Sembilan Incorporated 5. Kenapa PFN menjadi isu perbincangan (MBNSI) sebagai pihak yang menyediakan rakyat? kawasan projek seluas 1,500 ekar atau Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 607 hektar secara pajakan 30 tahun. 2010 yang menyentuh Perbadanan Fidlot Nasional (PFN) telah disalah tafsir oleh 4. Syarikat manakah yang dilantik menjadi pihak tertentu. syarikat peneraju dan apakah peranannya dalam menjayakan projek ini? Sebenarnya Ketua Audit Negara membuat audit dan laporan bukan terhadap NFCorp, National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. syarikat yang didaftarkan di bawah (NFCorp). Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ia bertanggungjawab sebagai integrator 6. Bagaimanakah pemilihan syarikat bagi (penyelaras) Pusat Fidlot Nasional. menjalankan program ini dilakukan? Bertanggungjawab menaungi usahawan Kerajaan telah menjemput syarikat yang dlot secara ladang kontrak di kawasan mempunyai kelayakan dan minat untuk ladang yang sama atau sekitarnya dengan menjayakan program ini. membekalkan input utama seperti makanan ternakan dan anak lembu (feeder). 132

PUSAT FIDLOT NASIONAL (PFN) Enam (6) syarikat telah membentangkan kertas cadangan projek kepada Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN. Dua (2) syarikat telah dipilih iaitu Agro Science Industries dan Lamberts namun Lamberts telah menarik diri kerana masalah mendapatkan dana. 7. Kenapakah NFCorp dipilih? NFCorp Sdn.Bhd. dipilih berdasarkan cadangan yang dikemukakannya mampu memenuhi kehendak dan matlamat Pusat Fidlot Nasional. 8. Adakah Dato Seri Shahrizat Abd Jalil terlibat dalam projek ini? Beliau tidak terlibat dalam membuat keputusan atau sebarang perkara berhubung projek ini. Beliau dikaitkan hanya kerana suami beliau Dato Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail adalah Pengerusi Eksekutif NFCorp Sdn. Bhd. dan anak-anak beliau bekerja dalam NFCorp Sdn. Bhd. 9. Adakah NFCorp diberi geran atau pinjaman oleh Kerajaan? Kementerian Kewangan telah meluluskan pinjaman mudah (soft loan) sebanyak RM250 juta bagi tujuan membiayai kos pembangunan dan operasi Pusat Fidlot Nasional (PFN).

133

PUSAT FIDLOT NASIONAL (PFN) Pinjaman ini perlu dibayar balik seperti ditetapkan dalam Perjanjian Pinjaman dalam tempoh 30 tahun. Perjanjian ditandatangani pada 2007 dan pinjaman mula dibayar pada 2008. Sehingga 31 Julai 2011 sebanyak RM181.9 juta pinjaman telah dikeluarkan. 10. Benarkah projek ini gagal dilaksanakan oleh NFCorp? Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak menyatakan projek ini gagal. Jumlah lembu yang dibawa ke ladang Pusat Fidlot Nasional (PFN) ialah 8,897 ekor bagi tempoh 2008 2010 melepasi sasaran 8,000 ekor. 134 Daripada jumlah tersebut, 5,742 telah disembelih sehingga November 2010. 11. Benarkah Kerajaan tidak memantau kemajuan projek tersebut? Tidak benar. Kerajaan mempunyai mekanisme yang ketat bagi memantau pelaksanaan projek iaitu melalui Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pusat Fidlot Nasional (PFN). 12. Apakah kejayaan NFCorp setakat ini? Dalam tempoh tiga tahun, merintis jalan dan membina infrastuktur operasi untuk Pusat Fidlot Nasional (PFN) dan miniabattoir (rumah penyembelihan) bertaraf antarabangsa.

PUSAT FIDLOT NASIONAL (PFN) Membina rantaian bekalan dari ladang ke meja makan (From farm to fork) iaitu membina operasi dlot, rumah sembelih, sistem logistik dan penghantaran serta membina pasaran produk PFN. Persediaan membantu pengusaha luar bandar yang menyertai Program Pembangunan Usahawan. Membina francais restoran Meatworks bagi strategi memasuki pasaran dalam dan luar negara. 13. Apakah tindakan kerajaan berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan? Siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Aset NFCorp dibekukan sementara siasatan dijalankan. Perlantikan firma perunding perakaunan bagi mengaudit akaun syarikat. Pendakwaan di mahkamah terhadap Pengerusi Ekskutif NFCorp.

135

SYARIKAT PERLOMBONGAN NADIR BUMI (M) SDN BHD (LYNAS)

136

25

Syarikat Perlombongan Nadir Bumi Lynas (M) Sdn. Bhd. (Lynas) 1. Apakah kilang Lynas dan siapa pemiliknya? 2. Apakah itu nadir bumi? Istilah nadir bumi merujuk kepada sejenis galian atau bijih yang terbentuk semula jadi yang biasanya ditemui di dalam kerak bumi dan sukar dikeluarkan.

Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas), sebuah syarikat milik Australia, telah memohon kelulusan Kerajaan Malaysia untuk membina sebuah kilang di Gebeng, Kuantan Pahang 3. Apakah produk yang dihasilkan oleh untuk memproses bijih nadir bumi kilang Lynas? (rare earth) yang diimport dari Mount Weld, Australia Barat. Ia digunakan dalam peralatan moden seperti Flat Screen TV, TV LED, komputer, telefon Lynas dikendalikan dan diuruskan bimbit, panel solar untuk bekalan elektrik, sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan kincir angin, komponen elektronik untuk dibantu oleh lima orang penasihat pakar pengeluaran kereta hybrid, bateri kereta, nadir bumi dari China dan India. turbin angin, auto catalytic converter dan Kilang LYNAS adalah kilang kimia dan aditif dalam diesel. BUKAN KILANG NUKLEAR seperti Chernobyl (Rusia), Bhopal (India) dan Fukushima (Jepun). 137

Syarikat Perlombongan Nadir Bumi Lynas (M) Sdn. Bhd. (Lynas) 4. Apakah isu kontroversi yang dikaitkan dengan Lynas? Ia mempunyai kaitan dengan isu kesihatan dan keselamatan orang awam. Bijih nadir bumi yang diproses di kilang LYNAS mengandungi sejumlah kecil sahaja radioaktif yang terbit secara semula jadi. Terdapat dakwaan bahawa bahan radioaktif di dalam bijih dan produk yang dihasilkan oleh kilang LYNAS boleh mendatangkan kemudaratan dan kerosakan terhadap alam sekitar. 5. Benarkah kilang LYNAS mengeluarkan bahan radioaktif berbahaya? Perlu ditegaskan radioaktif ada di manamana disekeliling kita yang berpunca daripada proses semula jadi, tetapi tidak 138 mendatangkan kesan kepada orang awam. Terdapat tiga jenis bahan sisa iaitu Gypsum Sintetik (FGD), Gypsum Magnesium (NUF) yang kaya dengan magnesium, dan Fosfogypsum Besi (WLP). Gypsum Sintetik (FGD) dan Gypsum Magnesium (NUF) adalah bahan sisa bukan radioaktif dan program untuk menjadikannya sebagai bahan komersil kini peringkat akhir. Fosfogypsum Besi (WLP) mengandungi kadar radioaktif pada tahap 0.165%. Kadar yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa bagi mengukur sesuatu bahan bukan radioaktif ialah 0.05%.

Syarikat Perlombongan Nadir Bumi Lynas (M) Sdn. Bhd. (Lynas) Lynas telah mengenal pasti kaedah bagi menstabil dan menurunkan paras radioaktif di dalam Fosfogypsum Besi (WLP) dari 0.165% ke paras 0.03% iaitu lebih rendah daripada paras yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa. Dengan penurunan tersebut, sisa Fosfogypsum Besi (WLP) yang diuruskan oleh Lynas dikategorikan sebagai BAHAN BUKAN RADIOAKTIF DAN BUKAN TOKSIK. Setelah distabilkan, Fosfogypsum Besi (WLP) boleh digunakan sebagai bahan asas penting dalam pembinaan jalan raya dan tempat meletak kereta. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk tujuan komersil dan memberi faedah kepada negara. 6. Siapakah yang meluluskan lesen bagi kilang Lynas ? Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (DOE) Malaysia yang bertanggungjawab menentukan piawaian keselamatan di Lynas dianggotai oleh anggota-anggota yang memiliki kepakaran dalam bidang yang berkaitan nuklear. Kewibawaan mereka mengesahkan bahawa tahap keselamatan di Lynas adalah terjamin / tidak perlu diragukan. Laporan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kepada Kerajaan Malaysia pada 30 Jun 2011 menyatakan bahawa undang-undang dan peraturan di Malaysia berhubung keselamatan radiasi adalah komprehensif dan mematuhi piawaian IAEA.

139

Syarikat Perlombongan Nadir Bumi Lynas (M) Sdn. Bhd. (Lynas) 7. Adakah kilang kimia seperti Lynas terdapat di negara lain? Kilang memproses nadir bumi terdapat di China, Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, India dan negara-negara Scandinavia. Kilang yang sama sedang dirancang untuk dibina di Afrika Selatan dan Vietnam. Ketika ini, China merupakan negara yang menguasai pasaran nadir bumi di dunia dengan memenuhi hampir 97 peratus permintaan dunia. 8. Apakah kemungkinan kilang Lynas akan meletup dan menyebarkan radioaktif? Kilang Lynas bukanlah loji atau reaktor nuklear yang mengeluarkan sisa buangan radioaktif seperti Loji Nuklear Chernobyl 140 di Ukraine yang meletup pada 26 April 1986 dan Fukushima Daiichi di Jepun yang meletup pada 11 Mac 2011 akibat dilanda Tsunami besar. Justeru, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang tentang risiko tersebut kerana jika berlaku bencana di luar jangkaan, kilang Lynas tidak akan meletup. 9. Bagaimana bahan sisa kilang Lynas diuruskan? Sisa bahan kilang LYNAS akan diuruskan dengan selamat berteraskan piawaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Atom Malaysia dan Tenaga Atom Antarabangsa berasaskan piawaian dan spesikasi berikut: o Reka bentuk dan pembinaan tempat penyimpanan dalam kawasan kilangnya

Syarikat Perlombongan Nadir Bumi Lynas (M) Sdn. Bhd. (Lynas) telah diluluskan oleh AELB pada Mac 2010. o Bahagian dalaman set tempat penyimpanan adalah dilindungi oleh dua lapisan yang tidak dapat ditembusi air. o Penilaian oleh Agensi Nuklear Malaysia mengesahkan bahawa tiada kemungkinan kebocoran atau pencemaran air bawah tanah boleh berlaku. o Sebagai perlindungan tambahan, sel tempat penyimpanan akan dilengkapi dengan sistem pengesanan kebocoran. o Kaedah pengawasan geoteknikal akan digunakan bagi memastikan kestabilan bahagian dalaman sel tempat penyimpanan. o Air hujan dari sel tempat penyimpanan akan dibendung, di kitar semula dan dirawat. o Pembendungan air hujan direka bentuk berdasarkan senario hujan paling lebat yang telah berlaku dalam tempoh 100 tahun. o Walaupun Kerajaan berpuas hati Lynas tidak menghasilkan bahan buangan radioaktif, tetapi sebagai langkah tambahan yang disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA, Lynas hendaklah menyediakan kemudahan pelupusan tetap (PDF) di tempat yang jauh daripada penempatan awam. YAB Perdana Menteri sendiri amat prihatin tentang perkara ini.

141

Syarikat Perlombongan Nadir Bumi Lynas (M) Sdn. Bhd. (Lynas) 10. Kenapa kilang Lynas didirikan di Malaysia bukan di Australia? o Keperluan undang-undang yang jelas di mana ia amat penting dalam membuat keputusan untuk melabur.

Lynas tidak datang ke Malaysia untuk 11. Apakah sumbangan kilang Lynas mengelak peraturan ketat di Australia. kepada ekonomi Malaysia? Keperluan undang-undang di Malaysia adalah setanding dengan atau lebih ketat Projek Lynas dijangka membantu daripada undang-undang di Australia. Lynas pertumbuhan ekonomi negara dan menjana melabur di Malaysia kerana: pelbagai perniagaan dan industri kecil o Iklim pelaburan yang kondusif dan di Malaysia yang membuka peluang berdaya saing. pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat o Mempunyai sumber yang optimum, negara ini agar rakyat Malaysia dapat termasuk infrastruktur yang diperlukan peluang pekerjaan dan perniagaan bagi untuk menyokong operasi kilang. meningkatkan pendapatan mereka. o Gebeng, khususnya mempunyai kemudahan pelaburan yang diperlukan, Projek kilang Lynas dijangka membawa kemudahan sokongan yang boleh masuk ke Malaysia Pelaburan langsung dipercayai, pekerja yang kompeten asing (FDI) berjumlah RM2 bilion. daripada segi teknikal dan kemudahan utiliti yang berdaya saing. 142

Syarikat Perlombongan Nadir Bumi Lynas (M) Sdn. Bhd. (Lynas) Kos operasi kilang Lynas adalah RM350 juta setahun. Pelantikan 350 orang tenaga mahir. Industri sokongan akan menjana 2,700 peluang pekerjaan. Memberi kontrak bernilai RM1.2 bilion kepada kontraktor tempatan. Kos berjumlah RM600 juta akan dibelanjakan setiap tahun untuk operasi kilang. Hasil yang akan dapat dikutip oleh Malaysia daripada projek Lynas adalah bernilai RM8 bilion.

143

FELDA

144

26

FELDA 1. Bilakah Felda ditubuhkan dan apakah matlamatnya? Felda ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Undang-Undang Kemajuan Tanah 1956. Ia bertujuan mengatasi masalah kemiskinan penduduk khususnya penduduk di luar bandar. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok GSA 1960) dan apakah matlamatnya? Satu akta yang yang diwujudkan bagi membolehkan pembukaan tanah dan penempatan penduduk dilaksanakan secara teratur dan terkawal. 145 Menyeragamkan dasar pembukaan tanah. Mewujudkan satu penempatan baru secara teratur dan terancang dengan menyediakan kemudahan ekonomi melalui pembangunan tanah dan penempatan semula. Membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan penduduk kampung tradisional. Menggalakkan perindustrian berasaskan pertanian. 3. Apakah kepentingan mengadakan Akta Tanah (GSA) 1960? Membolehkan Felda membuka rancangan tanah secara besar-besaran.

FELDA Membolehkan perpindahan penduduk di antara negeri sebagai peneroka. Untuk menjaga kepentingan penduduk yang tinggal di kawasan Felda, termasuk memastikan pegangan tanah kekal. 4. Apakah perbezaan antara Felda dan Ladang Felda? Felda menguruskan Ladang Peneroka dan Ladang Felda. Ladang Peneroka adalah ladang yang dikhususkan untuk diusahakan oleh peneroka di mana semua hasil yang dikeluarkan dikembalikan kepada peneroka. Felda bertanggungjawab untuk menguruskan hak milik tanah peneroka 146 dengan Kerajaan-kerajaan Negeri. Ladang Felda adalah milik Felda di mana premium telah dibayar kepada Kerajaan Negeri dan cukai tanah dibayar sebagaimana ladang swasta. Nilai premium yang dibayar oleh Felda kepada Kerajaan Negeri adalah sama seperti yang dibayar oleh ladang swasta, bahkan di beberapa tempat, ladang Felda membayar premium yang lebih tinggi daripada ladang swasta. 5. Adakah ladang Felda tertakluk kepada Akta Tanah (GSA) 1960? Tidak. Tanah-tanah yang diberi hak milik kepada Ladang Felda tidak tertakluk kepada Akta Tanah (GSA) 1960.

FELDA 6. Ke manakah keuntungan ladang Felda diagihkan? Untuk menampung kos pengurusan dan pembangunan Felda. Untuk diagihkan kepada peneroka melalui dividen KPF. Dikembalikan kepada peneroka dan generasi baru Felda melalui pelbagai bentuk insentif dan program sosioekonomi. 7. Apa itu Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH)? FGVH ditubuhkan pada 2007 sebagai sebuah syarikat pelaburan dan bergiat sebagai anak syarikat milik Felda Holdings Berhad. 147 8. Apakah tujuan utama penubuhan FGVH? Untuk membangunkan kekuatan dan meningkatkan penglibatan langsung dalam perniagaan berkaitan dengan perladangan, minyak dan lemak, oleokimia, logistik dan pelbagai kegiatan perkhidmatan seperti kejuruteraan, teknologi maklumat dan perkhidmatan kawalan keselamatan di peringkat antarabangsa. FGVH bertanggungjawab menguruskan aktiviti perniagaan berkaitan Felda termasuk mengurus ladang kelapa sawit milik Felda Holding, di samping menyokong kegiatan perladangan milik 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

FELDA 9. Siapakah yang mencadangkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia? Cadangan penyenaraian ini diumumkan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012 di Parlimen Oktober 2011. FGVH telah ditukar taraf menjadi syarikat berhad selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia. 10. Apa itu Felda Holdings Berhad? Ditubuhkan di bawah Akta Ordinan Tanah 1956 tetapi diperbadankan pada 6 September 1995 untuk menjadi syarikat pegangan awam pada 3 Oktober 2003. 148 Felda Holdings Berhad adalah sebuah syarikat pegangan Felda yang ditubuhkan untuk menguruskan aktiviti perladangan minyak kelapa sawit, aktiviti hiliran minyak kelapa sawit, perkilangan dan perkhidmatan. Menguruskan lebih 880,000 hektar tanah perladangan termasuk 479,765 hektar tanah milik peneroka. Felda Holdings juga menyediakan perkhidmatan teknikal dan perkhidmatan sokongan untuk semua perusahaan agrikultur kumpulan Felda. Ketika ini memiliki modal lebih RM5 bilion dengan modal berbayar RM220 juta.

FELDA Mencatat keuntungan sebanyak 1.5 bilion pada 31 Disember 2009, dengan lebihan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM804.3 juta dan mempunyai petugas 19,000 serta 46,795 tenaga buruh di 300 buah ladang. Memiliki dan mengurus 300 ladang, 70 kilang kelapa sawit, tujuh kilang penapis minyak sawit, empat kilang penghancur isi rong sawit, 13 kilang getah, kilang-kilang pembuatan, kilang pemasangan logistik dan pukal di seluruh negara dan beberapa lokasi di luar negara. Felda Holdings Bhd. pada ketika ini menguruskan 56 buah syarikat, 47 daripadanya aktif sementara 10 tidak aktif. Daripada 60 syarikat, 37 adalah anak syarikat (15 langsung dan 18 tidak 149 langsung), 16 syarikat sekutu, dua syarikat usahasama dan lima syarikat pelaburan. Felda Holdings Bhd. aktif memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal kepada kumpulan Felda, termasuk membangunkan dan menguruskan sebahagian besar kawasan perladangannya dan mengusahakan aktiviti hiliran berasaskan kelapa sawit. Felda Holdings memiliki sebuah pejabat pemasaran di London dan ini menjadikannya peneraju industri sawit di peringkat antarabangsa dengan menyumbang 8% pengeluaran minyak sawit dunia. Memiliki kepentingan perniagaan di Amerika Syarikat, China, Australia, Afrika Selatan, Turki dan negara-negara Asia Barat.

FELDA 11. Siapakah yang memiliki ekuiti dalam Felda Holdings Berhad? KPF memiliki 51% saham, 49% oleh Felda melalui FGVH dan satu saham emas dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan. 12. Ke manakah keuntungan Felda Holdings Berhad disalurkan? Bayaran pinjaman untuk usahawan peneroka. Bayaran khairat kematian. Pelbagai projek infrastruktur. Pembangunan kesejahteraan warga peneroka.

Untuk bayaran gaji petugas dan pengurusan 13. Apakah sebenarnya program Felda. pembangunan warga peneroka? Bayaran insentif hari raya. Bayaran pinjaman perumahan peneroka dan generasi kedua. Bayaran insentif tuisyen. 150 Program ini melibatkan penyediaan: o Pusat Dalam Komuniti. o Pusat Literasi Keluarga. o Pusat Permata. o Asrama Semai Bakti. o Skim Tuisyen Felda. o Insentif Pendidikan. o Pinjaman pelajaran tinggi.

FELDA 14. Benarkah Felda menubuhkan MRSM Felda (MRSMF)? MRSMF telah ditubuhkan pada 2007 di Trolak dengan kos RM123 juta. Mampu menempatkan 1,050 pelajar. 15. Apa itu Koperasi Permodalan Felda (KPF)? KPF Ditubuhkan pada 1 Julai 1980 dengan tujuan untuk memberi peluang secara adil kepada warga Felda untuk turut memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat Felda melalui KPF. KPF adalah sebuah badan pelaburan peneroka yang menjalankan kegiatan pelaburan dan kewangan. 151 KPF menguasai 51% ekuiti dalam Felda Holdings Bhd dan pemilikan dalam 15 buah syarikat kumpulan Felda. Peneroka turut menikmati keuntungan yang diperoleh Felda Holdings melalui KPF. Sejak KPF ditubuhkan, warga peneroka menerima purata bayaran dividen dan bonus sebanyak 14.2%. 16. Siapakah yang menjadi ahli KPF? Peneroka, keluarga peneroka dan pegawai serta kakitangan Felda yang kesemuanya berjumlah 224,000 orang, ahli termasuk 112,635 orang yang merupakan peneroka.

FELDA 17. Apakah kepentingan KPF dalam FGVH? 18. Bagaimanakah kedudukan KPF sekiranya ia bersetuju menyertai Sebagai pemegang ekuiti terbesar iaitu penyenaraian FGVH? sebanyak 51% dalam Felda Holdings. KPF akan menjadi antara peneraju FGVH Penyertaan KPF dalam FGVH penting sekiranya bersetuju menyertai FGVH kerana ia akan melonjakkan nilai KPF dalam penyenaraian KPF di Bursa Saham daripada RM3bilion kepada RM21bilion. Malaysia. Ia akan memiliki 35% ekuiti dalam Ini akan memberi keuntungan besar FGVH. kepada peneroka, khususnya yang menjadi ahli KPF. Pemegang ekuiti yang lain termasuk PNB, Tabung Haji dan KWSP. Penyertaan KPF juga akan meletakkan FGVH berada dalam kumpulan saham Sementara itu pihak asing akan mewah di Bursa Malaysia. berpeluang memiliki 5% ekuiti FGVH yang diperuntukkan untuk pihak swasta dan asing.

152

FELDA 19. Apakah perbezaan antara Felda dan Felda Holdings Berhad? Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang ditubuhkan pada 1956, adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diberi tanggungjawab membangunkan dan memajukan bidang pertanian negara ini sebagai salah satu cara untuk membasmi kemiskinan luar bandar. Felda Holdings ialah sebuah syarikat pegangan yang ditubuhkan untuk menguruskan industri perladangan minyak sawit dan aktiviti hiliran minyak sawit, perkilangan dan perkhidmatan. Kumpulan Syarikat Felda Holdings menguruskan aset dan melaksanakan aktiviti perniagaan Felda. 49% ekuiti Felda Holdings dimiliki oleh Felda, 51% oleh KPF, sementara Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan memiliki 1 Saham Emas. 20. Apakah faedah yang akan diterima oleh peneroka sekiranya FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia? Sebagai ahli KPF, peneroka secara tidak langsung akan menjadi pemegang ekuiti utama dalam sebuah syarikat perladangan terbesar yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

153

FELDA Peneroka akan memperoleh keuntungan yang lebih besar melalui pulangan dividen setiap tahun. Peneroka boleh berbangga kerana membantu menjulangkan ekonomi negara melalui komoditi minyak sawit. 21. Adakah kemungkinan FGVH boleh diambil alih syarikat asing melalui aktiviti di Bursa Malaysia? Ini tidak mungkin berlaku kerana ekuiti asing dalam FGVH telah dihadkan 5% saham sahaja dalam FGVH. 22. Berapakah keluasan ladang kelapa sawit yang diuruskan oleh FGVH? Jumlah keseluruhan ladang kelapa sawit yang diuruskan oleh FGVH Sdn. Bhd. ialah 880,000 hektar, termasuk yang dimiliki peneroka.

154

FELDA 23. Benarkah dakwaan FGVH mengalami kerugian? FGVH telah mencatat keuntungan daripada operasi luar negara sebanyak RM 569 juta sejak ditubuhkan pada 2009. Mencatatkan keuntungan sebelum cukai pada 2009 daripada perniagaan luar negara sebanyak RM203 juta. Meningkat 80% kepada RM366 juta pada 2010. Prospek kewangan 2011 sedang diaudit. Bagaimanapun FGVH yakin melepasi pencapaian 2010 berdasarkan pengukuhan harga komoditi dunia ketika ini.

155

TEOH BENG HOCK (TBH)

156

27

TEOH BENG HOCK (TBH) 1. Siapakah Teoh Beng Hock? Teoh Beng Hock, 30, adalah Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hia Wah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor. Teoh adalah saksi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan Negeri Selangor. Teoh ditemui mati di Tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009, Khamis, 1.30 tengah hari. 3. Adakah dia membunuh diri? Hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mendapati Teoh tidak dibunuh tetapi kerana beliau berasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat agresif dan berlarutan, disokong dengan perwatakannya yang lemah, telah mendorongnya membunuh diri. 4. Siapakah yang menganggotai Suruhanjaya Siasatan Diraja itu dan apakah tugas mereka? Kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berasaskan Perlembagaan Persekutuan. Ahli-ahlinya dilantik oleh SPB Yang di Pertuan Agong. 157

2. Betulkah Teoh Beng Hock dibunuh? Tidak.

TEOH BENG HOCK (TBH) Suruhanjaya itu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai SPRM bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses siasatan terhadap mendiang Teoh Beng Hock. Kes ini disaksikan dengan adil. Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong, telah dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya itu. 5. Berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya itu, siapakah yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock? Suruhanjaya Siasatan Diraja mendapati tiga (3) pegawai penyiasat SPRM yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar serta didapati melanggar 158 prosedur penyiasatan. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada. 6. Apakah tindakan Kerajaan terhadap hasil keputusan suruhanjaya itu? Tiga pegawai penyiasat yang terlibat telah digantung kerja, sementara penyiasatan diteruskan. Laporan siasatan ini akan diteliti oleh sebuah Jawatankuasa Aduan di SPRM.

TEOH BENG HOCK (TBH) 7. Adakah kematian Teoh Beng Hock disebabkan oleh kecuaian kerajaan seperti yang didakwa oleh pembangkang? Tidak sama sekali. Kerajaan memandang berat isu ini kerana kematian yang berlaku di kawasan bangunan awam adalah perkara yang serius. Isu ini telah dipolitikkan dengan serta-merta oleh parti pembangkang khususnya DAP yang cuba menjadikannya isu perkauman. Kerajaan telah menubuhkan Mahkamah Koroner (Inkues) untuk mengenal pasti punca kematian Teoh dengan meneliti semua bukti dan saksi, termasuk yang melibatkan pakar forensik terkemuka. 159 Keputusan Mahkamah Koroner secara Open Verdict menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat dan mereka mendesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk mencari kebenaran. YAB Perdana Menteri bertindak pantas mengisytiharkan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuh untuk membuat siasatan berdasarkan Terms of Reference (TOR) yang telah ditetapkan. Jika Kerajaan terlibat dalam kematian Teoh, ia tidak perlu mengambil langkah-langkah tersebut. Malangnya, perkara ini terus dipolitikkan hingga apa jua hasil siasatan, tidak diterima.

TEOH BENG HOCK (TBH) 8. Benarkah kematian Teoh Beng Hock ada unsur perkauman? Isu ini sengaja ditimbulkan oleh pembangkang untuk mengelirukan rakyat yang tidak mengetahui perkara sebenar. Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Kastam Selangor ditemui mati terjatuh di bangunan SPRM pada 6 April 2011 di Kuala Lumpur, tetapi isu ini tidak pula dipolitikkan oleh pihak tertentu. Maka jelaslah bahawa kematian Teoh telah sengaja diperbesarkan oleh pihak tertentu untuk meraih sokongan orang ramai dan digambarkan seolah-olah satu konspirasi terhadap kaum Cina. 9. Benarkah kematian Teoh Beng Hock ada unsur-unsur politik? Pelbagai dakwaan dilemparkan oleh pihak tertentu yang kononnya membela kematian Teoh Beng Hock. Mereka menjadikan kematian itu sebagai modal politik untuk memesongkan minda rakyat supaya membenci Kerajaan. 10. Apakah punca awal sehingga kejadian ini berlaku? Kejadian ini berpunca daripada aduan yang dibuat tentang Ean Yong Hia Wah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram. Beliau disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan Negeri Selangor.

160

TEOH BENG HOCK (TBH) 11. Siapakah yang memanaskan isu ini? Speaker DUN Selangor (Teng Chang Khim) mengeluarkan kenyataan yang mahukan SPRM bertanggungjawab kerana Teoh mati semasa disiasat badan itu. 12. Apakah reaksi rakyat? Insiden kematian Teoh dijadikan isu politik oleh pihak tertentu. Pembangkang mengkritik SPRM sebagai satu institusi Kerajaan yang memihak kepada BN, kurang cekap dan kurang ketelusan dalam menyiasat kes ini. Mereka mendakwa SPRM bersikap memilih dalam penyiasatan dan tangkapan kes rasuah. Pembangkang memutarbelitkan fakta supaya rakyat percaya kononnya SPRM 161 terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock. 13. Apakah reaksi Kerajaan ? Kerajaan di bawah pentadbiran YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak memberi jaminan bahawa SPRM akan mengambil langkah yang penuh bertanggungjawab dan komitted bagi menegakkan keadilan dalam kes ini. Inkues ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Penyiasatan bagi menyiasat kematian Teoh dan memastikan penglibatannya dalam membantu SPRM menumpaskan jenayah rasuah dan salah guna kuasa tidak disia-siakan.

TEOH BENG HOCK (TBH) Suruhanjaya Siasatan Diraja turut diwujudkan bagi mempastikan kesahihan prosedur-prosedur siasatan. 14. Apakah rumusan yang dibuat oleh pakar bedah berhubung kes itu? Mengikut laporan pertama oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant Naresh, kematian Teoh berpunca daripada impak jatuh dari tempat yang tinggi, dan menolak bahawa terdapat sebarang kecederaan berpunca daripada serangan zikal semasa mendiang berada di bawah pengawasan SPRM seperti yang didakwa pembangkang. Laporan kedua juga menolak dakwaan Dr. Pornthip Rojanasunand bahawa Teoh telah dicekik sehingga mati. 162 Dr Shahidan Md Nor, pakar bedah siasat Hospital Sungai Buluh, tidak langsung menjumpai sebarang tanda Asphyxia atau sebarang tanda kesesakan nafas pada mayat mendiang. 15. Apakah keputusan Inkues dan respons seterusnya? Keputusan akhir prosiding inkues memutuskan Teoh tidak dibunuh, bukan bunuh diri dan tiada penglibatan pihak ketiga. Keluarga mendiang telah memfailkan permohonan bagi menyemak semula keputusan inkues.

TEOH BENG HOCK (TBH) Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi semakan terhadap keputusan terbuka oleh Mahkamah Koroner dalam inkues kematian Teoh Beng Hock. 16. Apakah yang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja? Suruhanjaya Siasatan Diraja yang di tubuhkan oleh Kerajaan diberi kuasa oleh perundangan untuk menyiasat prosedurprosedur siasatan SPRM. 17. Siapakah yang terlibat dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja itu? Suruhanjaya Siasatan Diraja ini ditauliahkan perlantikannya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 163 26 Januari 2011 ( Rabu) dan telah mempersembahkan laporannya kepada baginda pada 22 Jun 2011. Siasatan dan penyediaan laporan siasatan ini telah berjalan selama hampir lima bulan dan suruhanjaya telah memanggil seramai 70 orang saksi yang terdiri daripada pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pakar-pakar forensik dari dalam dan luar negara, ahli keluarga, majikan serta rakanrakan mendiang dalam memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan adil. Oleh kerana Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan adalah mengikut Akta tertentu bagi menjalankan tugas- tugasnya yang tertentu, maka orang ramai tidak perlu ragu terhadap kewibawaan SPRM.

TEOH BENG HOCK (TBH) 18. Apakah terma dan hasil siasatannya? Suruhanjaya ini telah di amanahkan menjalankan siasatan ke atas dua terma iaitu, yang pertama, menyiasat sama ada berlakunya apa-apa perbuatan yang tidak wajar semasa pemeriksaan dijalankan ke atas mendiang Teoh Beng Hock dan mengemukakan syor mengenai tindakan yang perlu diambil. Suruhanjaya itu mengusulkan supaya SPRM meneliti dan mengambil tindakan penambahbaikan dalam aspek-aspek berikut: o kelayakan dan latihan pegawai o infrastruktur dan kemudahan asas pejabat; dan o mengkaji semula prosedur-prosedur sedia ada supaya ia lebih mantap dan berkesan. 164 19. Bagaimana dengan terma kedua dan hasil siasatannya? Hasil siasatan mendapati bahawa Teoh Beng Hock bukan dibunuh tetapi beliau yang merasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat agresif dan berlarutan, disokong dengan perwatakan beliau yang lemah, telah mendorongnya membunuh diri. Bagaimanapun, Suruhanjaya itu mendapati bahawa pegawai-pegawai SPRM tidak mempunyai niat dan sebab untuk membunuh Teoh Beng Hock, sebaliknya bertujuan agar mendiang membuat pengakuan sebagai bukti yang dia boleh menjadi saksi bagi kes penyelewengan penggunaan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri yang berleluasa di Selangor yang dikuasai oleh Pakatan Pembangkang.

TEOH BENG HOCK (TBH) 20. Apa pula testimoni Prof. Paul Mullen? Fakta ini telah disokong oleh testimoni pakar Prof. Paul Mullen yang telah di ambil berkhidmat oleh Majlis Peguam Malaysia. Prof. Mullen mengatakan Teoh Beng Hock benar-benar membunuh diri berdasarkan perwatakannya yang telah bertukar daripada kumpulan berisiko rendah bagi pembunuhan diri kepada kumpulan berisiko tinggi setelah melalui sesi soal siasat agresif dan berlarutan. Oleh itu, Teoh Beng Hock bukan dibunuh oleh orang lain. 21. Apakah tindakan susulan yang diambil berhubung keputusan Suruhanjaya? SPRM akan meneliti dan mengambil tindakan penambahbaikan sebagaimana disyorkan oleh Suruhanjaya berkenaan. Semua pihak diminta tidak mempolitik dan memutarbelitkan fakta yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya itu. Semua pihak diminta menghormati dan menerima hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja demi menghormati keluarga Teoh Beng Hock. Memaklumkan kepada orang ramai bahawa keputusan Suruhanjaya Siasatan Diraja itu dicapai secara sebulat suara. 165

TEOH BENG HOCK (TBH) Suruhanjaya berkenaan mengiktiraf kepentingan SPRM sebagai agensi yang berwibawa dalam menangani rasuah serta salah guna kuasa dan mempunyai keyakinan bahawa SPRM menjadi agensi penguat kuasa yang disegani dan boleh diteladani oleh pihak lain. Menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan keutuhan perundangan negara terus dipelihara, usaha membanteras dan memerangi rasuah di semua peringkat dilaksanakan secara tegas serta telus dan kerajaan penuh yakin dan percaya dengan kewibawaan dan integriti SPRM dalam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini.

166

UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS 2012)

168

28

UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS 2012) 1. Apakah yang terkandung dalam inisiatif transformasi politik kerajaan? Pemindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Pemindaan Akta Universiti dan Kolej YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Program Transformasi Politik (PTP) pada Universiti. 16 September 2011 yang melibatkan PENGGUBALAN, PINDAAN dan PEMANSUHAN 2. Apakah prinsip-prinsip program transformasi politik? malah pembatalan undang-undang utama seperti berikut: Kerajaan berhasrat mewujudkan sebuah Tiga Perisytiharaan Darurat. negara di mana prinsip-prinsip hak asasi manusia dijunjung, sambil kepentingan Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). individu dan komuniti diimbangi. Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri. Penggubalan Akta Perhimpunan Aman. Prinsip-prinsip yang menjadi fokus dalam transformasi politik adalah seperti: Kebebasan individu untuk berhimpun secara aman.

169

UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS 2012) Peluang menyatakan pendapat secara terbuka, Hak dan kebebasan bersulam dengan tanggungjawab Atau Freedom With Responsibility. 3. Apa itu ISA? Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperkenalkan pada 1960 apabila peryistiharaan Darurat tamat pada tahun 1960 sebagai langkah menyediakan negara dengan perundangan yang perlu bagi mempertahankan perkara-perkara yang menjadi asas kepada perpaduan dan pentadbiran kerajaan secara adil seperti berikut: Sistem Raja Berperlembagaan, 170 Demokrasi Berparlimen, Keluhuran Perlembagaan, dan Kedaulatan Undang-Undang. 4. Adakah kerajaan memansuhkan ISA kerana desakan? Tidak. Kerajaan membuat keputusan untuk mansuhkan ISA kerana prihatin terhadap aspirasi rakyat. Pemansuhan ISA diisytiharkan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak di Auditorium RTM pada 15 September 2011 sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke 54 dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2011.

UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS 2012) Pengumuman memansuhkan ISA dibuat dengan ikhlas serta berpegang kepada Gagasan 1Malaysia RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN. Kerajaan sentiasa menyedari dan memahami kehendak rakyat, bertepatan dengan hasratnya mempertahankan hak asasi seorang individu. Peranan ISA telah tiba penghujungnya walaupun ia telah berperanan melindungi cara hidup demokratik di Malaysia tercinta ini. 5. Apakah ciri-ciri baru yang diperkenalkan dalam undang undang yang menggantikan ISA? Kerajaan memerlukan undang-undang yang mampu menangani cabaran anti demokratik pasca komunisme yang lebih kompleks dan canggih pada masa hadapan. Oleh itu, kerajaan membentangkan Undangundang Kesalahan Keselamatan (Langkahlangkah Khas) 2012 di Parlimen pada 10 April 2012 untuk menggantikan ISA.

171

UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS 2012) 6. Apakah perkara-perkara penting yang terkandung dalam Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkahlangkah Khas) 2012? Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 diperkenalkan selaras dengan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 149 (1) memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi menangani ancaman yang dilakukan oleh sesuatu kumpulan seperti berikut: (a) Menyebabkan kekerasan yang dirancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan kekerasan itu. (b) Membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Yang di Pertuan Agong 172 atau mana-mana kerajaan dalam Persekutuan. (c) Mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk. (d) Mengubah dengan apa-apa cara lain daripada cara yang sah, apa-apa jua yang tertubuh menurut undang-undang. (e) Mendatangkan mudarat kepada penyelenggaran atau perjalanan apaapa bekalan atau perkhidmatan kepada orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai dalam Persekutuan. (f) Mendatangkan mudarat kepada ketenteramaan awam atau keselamatan Persekutan atau mana-mana bahagianya.

UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS 2012) 7. Betulkah Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 bertentangan dengan kebebasan seseorang individu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Tidak. Undang-undang Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 tidak bercanggah dengan kebebasan individu yang terkandung dalam Perkara 5,9,10 dan 13. Undang-undang ini memantapkan perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kebebasan seseorang individu: Perkara 5- Kebebasan diri. Perkara 9- Kebebasan bergerak. Perkara 10-Kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Perkara 13- Hak terhadap harta. 8. Apakah perkara yang disifatkan menjadi ancaman kepada keselamatan menurut undang-undang baru ini? Undang-undang ini mensifatkan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen sebagai: o Satu aktiviti yang dilakukan oleh seorang atau kumpulan orang. o Dengan tujuan untuk menggulingkan atau melemahkan demokrasi berparlimen. o Dengan cara yang ganas dan tidak berlandaskan Perlembagaan.

173

UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS 2012) 9. Apakah kebaikan undang-undang baru ini? Undang-undang baru ini : Menghargai kebebasan seorang individu, Mengehadkan kuasa eksekutif dan memantapkan kuasa rakyat. Tujuh kebebasan yang terjamin dalam undang-undang baru ini adalah seperti berikut: i. Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politiknya. ii. Kuasa Menteri Dalam Negeri untuk menahan tanpa perbicaraan mana-mana individu dimansuhkan. 174 iii. Polis diberi kuasa menahan seseorang tidak melebihi 28 hari untuk maksud penyiasatan lanjut. iv. Orang yang ditangkap bebas untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan. v. Orang yang dilepaskan tidak akan ditahan semula atas siasatan kesalahan yang sama vi. Polis dikehendaki memberitahu dengan segera waris kadim orang yang ditangkap dan ditahan. vii. Kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa secara pentadbiran yang dianggotai oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti Presiden Majlis Peguam dan SUHAKAM untuk menyemak dan mengesyor penambahbaikan kepada Akta ini.

UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS 2012) 10. Bagaimana pula dengan pengurusan undang-undang baru ini? Selain itu, beberapa prosedur pentadbiran juga diperkenalkan dalam undang-undang baru ini iaitu: i. Polis mempunyai kuasa khas untuk menangkap dan menahan mana-mana orang yang polis mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu terlibat dengan kesalahan keselamatan. ii. Orang yang ditahan untuk tujuan penyiasatan hanya boleh ditahan untuk tempoh 24 jam. iii. Mahkamah diberi kuasa penuh untuk membuat semakan kehakiman. iv. Peraturan menahan seorang di bawah undang-undang ini bagi tempoh 28 hari disemak semula setiap lima tahun. 175 v. Orang yang ditahan diberi peluang untuk melantik peguam bagi membelanya tidak lewat daripada 48 jam (right to attorney). vi. Polis hendaklah menghantar kertas siasatan kepada pendakwa raya agar pendakwa raya membuat keputusan sama ada tertuduh didakwa dimahkamah atau membebaskannya. vii. Undang-undang ini memberi peruntukkan untuk membicara kes kesalahan keselamatan di Mahkamah Tinggi. viii. Mahkamah khas diwujudkan secara pentadbiran untuk mendengar kes-kes keselamatan di bawah undang-undang ini.

UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS 2012) 12. Negara manakah yang masih 11. Apakah yang dikategorikan sebagai kesalahan utama dalam undang-undang menggunakan undang-undang sedemikian? ini? Undang-undang ini mengkategorikan empat kesalahan sebagai kesalahan keselamatan utama seperti berikut: 1. Menyebabkan keganasan terancang terhadap orang awam atau harta. 2. Membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong. 3. Memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan. 4. Melakukan perubahan selain dengan cara yang sah. Kepimpinan kerajaan Malaysia pada dewasa ini berani dan komited dalam memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat dalam memansuhkan ISA Kebanyakan negara yang dianggap sebagai peneraju dan pelindung demokrasi berparlimen masih menguatkuasakan undang-undang seperti ISA di Negara masing-masing untuk mempastikan keselamatan negara mereka terjamin. Sebagai contoh:
Amerika Syarikat Australia Singapura United kingdom - Patriot Act 2001 dan Homeland Security Act 2002 - Terrorism Act 2005 - ISA - Terrorism Act 2000

176

UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS 2012)


Sri Lanka Ghana Brunei - Prevention Of Terrorism Act 1982 - Preventive Detention Act 1958 - ISA

Seseorang yang disyaki menjadi ancaman dan mudaratkan keselamatan negara tidak boleh ditahan lebih daripada 28 hari. Ini berbeza dengan kuasa tahanan bagi tempoh dua tahun di bawah ISA. Seseorang yang ditahan dalam kes keselamatan dalam negeri boleh merujuk kepada mahkamah untuk mendapatkan keadilan. Dengan pemansuhan ISA, kerajaan kepimpinan YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak telah menepati janji beliau kepada rakyat.

13. Apakah undang-undang ini berbeza dengan ISA seperti didakwa oleh sesetengah pihak? Peraturan-peraturan yang terkandung dalam ISA dimansuhkan sama sekali . Undang-undang baru ini dilihat lebih memartabatkan kebebasan dan hak asasi seseorang individu seperti yang dihasratkan oleh rakyat Malaysia. Kuasa menahan seseorang untuk menjamin keselamatan tidak lagi terletak pada kuasa seorang menteri tetapi dipinda kepada kuasa polis. 177

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

178

29

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) 1. Benarkah SPR sengaja mengubah sempadan kawasan Pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen untuk meramaikan pengundi bagi membolehkan BN menang pada PRU 13? Tidak benar, dakwaan itu fitnah terhadap SPR. Urusan perubahan persempadanan kawasan pilihan raya hanya boleh dilakukan apabila tiba masanya mengikut perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. SPR hanya mengambil tindakan membetulkan lokaliti pemilih yang telah tersalah letak semasa proses penetapan kedudukan lokaliti sebelum 2004, yang dilakukan secara manual ketika itu. 179 Apabila Sistem Geografi Pemilih digunakan pada 2004, SPR telah mengesan 19,342 pemilih yang telah tersalah letak lokaliti mereka, dan SPR telah mengambil tindakan memasukan nama pemilih di tempat sepatutnya mereka didaftarkan. Tindakan ini tidak mengubah sama sekali sempadan kawasan pilihanraya. SPR telah mengambil langkah memaklumkan pembetulan ini kepada pemimpin politik untuk diuar-uarkan kepada pengundi masing-masing.

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) 2. Benarkan SPR telah memindahkan kawasan mengundi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim secara tidak sah? Tidak benar. SPR hanya mengambil tindakan meletakan semula beliau di lokaliti yang sebenarnya iaitu di lokaliti Perumahan Universiti, Parlimen Lembah Pantai dan bukan di lokaliti Jalan 16/2 DUN N.34 Bukit Gasing/Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan. 3. Benarkah masih wujud 42,051 pengundi yang meragukan dalam daftar pemilih? Mengikut undang-undang, SPR tidak boleh memotong mana-mana nama dalam daftar pemilih tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara. SPR telah membuat semakan dan pengesahan dengan JPN terhadap 12.5 juta pemilih. Dari jumlah tersebut, 42,051 didapati tidak sahih dan meragukan statusnya. Tidak sahih bermaksud maklumat mereka ada di dalam pendaftaran JPN tetapi tidak kemaskini dan ini menyebabkan JPN tidak dapat menghubungi mereka dan mereka juga tidak menghubungi mana-mana JPN untuk mengemaskini status masing-masing. 4. Apakah langkah yang diambil SPR untuk mengatasi masalah pengundi yang dianggap meragukan ini? SPR telah mempamerkan nama mereka selama tiga bulan bagi membolehkan mereka mengesahkan status masing-masing kepada JPN atau SPR.

180

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) 5. Betulkah dakwaan SPR telah mendaftar SPR telah mengedarkan senarai nama mereka kepada ibu pejabat semua parti politik warga asing yang telah mendapat taraf warganegara sebagai pemilih? untuk membantu mengesan mereka dan memaklumkan kedudukan mereka kepada SPR. Tidak benar. Hanya warganegara sahaja yang layak menjadi pemilih. Semua Sehingga Mac 2012 JPN telah memaklumkan permohonan untuk menjadi pemilih akan diproses mengikut tatacara pemerosesan 1,248 dari jumlah 42,051 telah hadir yang ditetapkan oleh undang-undang. ke JPN bagi mengesahkan status mereka. Ini bermakna 40,803 masih dalam senarai meragukan. 6. Betulkah masih terdapat ramai pemilih berusia lebih 100 tahun dalam daftar Ini bermakna 40,803 masih tidak boleh pemilih? dikeluarkan daripada senarai pemilih dan Tidak mustahil masih terdapat pemilih yang masih perlu dikekalkan. berusia lebih 100 tahun dalam daftar pemilih.

181

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) Pemotongan nama daripada daftar pemilih hanya boleh dilakukan oleh SPR atas dua faktor: i. Meninggal dunia mengikut pengesahan rekod JPN, ii. Hilang kelayakan sebagai pengundi berdasarkan pengesahan oleh jabatan berkenaan, Pemotongan nama tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya hanya berdasarkan andaian seseorang telah meninggal dunia. 7. Daftar pemilih tidak bersih sebab terdapat ramai pemilih didaftarkan di alamat sama? Tanggapan ini berpunca daripada pihak MIMOS yang telah tersalah tafsir mengenai istilah lokaliti yang digunakan oleh SPR, seolah - olah sebagai alamat tempat tinggal. Sedangkah di sesebuah lokaliti terdapat banyak alamat yang didaftarkan sebagai tempat tinggal pemilih. 8. Kenapa berlaku peningkatan mendadak jumlah di beberapa kawasan yang diwakili calon pembangkang? Adanya promosi agresif yang dilakukan oleh pelbagai pihak, termasuk SPR melalui pelbagai saluran media cetak dan elektronik. 182

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) Adanya promosi yang dilakukan oleh NGO serta parti-parti politik. Adanya peningkatan kesedaran untuk mengundi dalam pilihan raya di dalam kalangan generasi muda. Peningkatan ini tidak perlu dipertikaikan sebab sehingga Jun 2011, masih terdapat 3.7 juta warganegara yang layak, tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih. 9. Benarkah SPR sengaja menambah ramai petugas yang akan mengundi secara pos pada PRU 13 nanti? Sub peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 memperuntukan bahawa mana-mana pegawai pilihan raya boleh memohon untuk mengundi secara pos. 183 Amalan SPR melantik petugas daripada kalangan mereka yang datang dari kawasan di mana mereka mendaftar sebagai pemilih. Tidak semua petugas SPR akan mengundi secara pos. 10. SPR gagal memastikan akses media yang saksama kepada semua pihak? Kuasa mengawal media semasa pilihan raya tidak terletak di bawah bidang kuasa SPR. SPR tidak diperuntukan kuasa untuk mengawal media supaya menyediakan akses yang saksama kepada semua pihak yang bertanding.

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) SPR akan berbincang dengan media swasta untuk mendapatkan kerjasama dalam mewujudkan akses yang saksama kepada semua calon yang bertanding. 11. Isu isteri anggota tentera mendaftar sebagai pengundi pos. Peraturan 3(1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan isteri atau suami anggota tentera berhak mengundi secara pos. Dalam PRU 13, SPR akan memperkenalkan kaedah Sistem Pengundian Awal untuk mereka. Mereka yang terlibat dengan operasi boleh memohon untuk mengundi secara pos. 184 12. Isu isteri anggota polis mendaftar sebagai pengundi pos. Peraturan 3(1)(c) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) layak mengundi secara pos. Dalam PRU 13, SPR akan memperkenalkan kaedah Sistem Pengundian Awal untuk mereka. Mereka yang terlibat dengan operasi boleh memohon untuk mengundi secara pos.

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) 13. Benarkah wujud pengundi hantu? Tidak pernah sesiapa yang dapat membuktikan wujudnya pengundi hantu, samada di dalam atau di luar mahkamah. Dakwaan ini tidak pernah terbukti atau ditimbulkan dalam mana-mana petisyen pilihanraya yang difailkan di mahkamah selepas pilihan raya. 14. Apakah sebenarnya yang didakwa sebagai pengundi hantu itu? Pengundi yang berdaftar sudah tidak lagi bermastautin di tempatnya mula mendaftar sebagai pemilih disebabkan pelbagai faktor, tetapi pulang untuk mengundi ketika pilihanraya. Pemilih berkenaan adalah seorang pengundi yang sah di sisi undang-undang. SPR tidak boleh mengeluarkan atau memindahkan nama pemilih berkenaan selagi dia tidak hilang kelayakan sebagai pemilih atau selagi tidak ada permohonan untuk berpindah kawasan mengundi daripada pemilih itu sendiri.

185

KRISIS EKONOMI DUNIA 2012

186

30

KRISIS EKONOMI DUNIA 2012 1. Adakah kemungkinan akan berlaku krisis ekonomi 2012 dan apakah puncanya? Ya, ada kemungkinan berulang krisis ekonomi dunia 2008/2009 pada 2012 berikutan: o Perkembangan tidak sihat yang berlaku dalam sistem ekonomi di Eropah dan beberapa negara Barat serta krisis Asia Barat ketika ini. 2. Adakah Malaysia akan menerima kesannya? Ya, sedikit sebanyak Malaysia akan menerima kesannya kerana Malaysia terlibat dengan perdagangan dengan negaranegara Barat walaupun tidak sesirius yang dihadapi oleh negara-negara barat. 187 3. Adakah negara telah mengambil langkah untuk menghadapi kesan krisis ekonomi ini dan kenapa? Ya, kerajaan telah mengambil langkahlangkah sewajarnya bertujuan mempertahankan dan mengukuhkan ekonomi, khususnya pelaburan asing dan domestik kerana kesan kejatuhan ekonomi dunia 2008 dan 2009 telah menjejaskan usaha membina ekonomi negara dan menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.

KRISIS EKONOMI DUNIA 2012 4. Apakah antara langkah yang diambil? Mengukuh dan meningkatkan eksport produk berasaskan teknologi, pembuatan dan perkhidmatan. Mengukuh dan mengeksploitasi sepenuhnya kedudukan negara sebagai hub pengeluaran produk makanan halal yang mempunyai potensi dan pasaran besar di seluruh dunia. Menarik dan mengukuhkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Dalam Negeri (DDI) dari Januari hingga Oktober 2011, nisbahnya adalah 48.4 (FDI):51.6 (DDI). Angka ini bagaimanapun berubah menjadi hampir 50:50. Usaha kerajaan menambahbaik iklim pelaburan dalam negara supaya menjadi semakin menarik : o Pelabur tempatan melabur dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E), pembuatan, besi, petroleum dan petrokimia . o Pelabur asing dalam bidang automotif dan alat ganti, besi, fabrikasi, E&E serta petroleum dan petrokimia.

188

KRISIS EKONOMI DUNIA 2012 Malaysia berada di tempat ke-21 tahun ini berbanding 26 tahun lepas daripada segi tarikan dan daya saing dalam menyediakan kemudahan pelaburan yang kondusif. Buktinya: o Sarawak mendahului penerimaan pelaburan (FDI dan DDI) dari Januari hingga Oktober 2011 berjumlah RM7.3 bilion, diikuti Selangor (RM6.8 bilion); o Johor (RM6.7 bilion); o Pulau Pinang (RM5.7 bilion); o Negeri Sembilan (RM3.5 bilion). o Pahang (RM2.9 bilion); o Terengganu (RM1.4 bilion); o Perak (RM966 juta); o Kedah (RM765 juta); o Sabah (RM720 juta); o Kuala Lumpur (RM299 juta); o Kelantan (RM129 juta) dan o Perlis (RM23 juta). 189

BERSIH 3.0 ITU KOTOR

190

31

BERSIH 3.0 ITU KOTOR 1. Apa itu BERSIH 3.0 dan siapakah mereka? Perhimpunan BERSIH 3.0 adalah rentetan dari: o Perhimpunan haram BERSIH (2007) dan o Perhimpunan haram BERSIH 2.0 (2011). o Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28hb April 2012 (Sabtu). BERSIH adalah satu kumpulan: o Yang mewakili satu golongan tertentu yang terdiri daripada gabungan beberapa NGO dan aktivis. o Sebahagiannya mendukung ideologi parti pembangkang. o Dipengaruhi oleh prinsip-prinsip politik Barat. BERSIH mendakwa: o Rakyat bebas berhimpun secara aman berdasarkan Perkara 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan : semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata. 2. Siapakah penggerak utama perhimpunan ini? Dato S. Ambiga Sreevanasan dan Datuk A.Samad Said. Sokongan kuat juga datang dari pemimpinpemimpin pembangkang termasuklah Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Mohd. Sabu, Tian Chua, Chua Jui Meng, Nurul Izzah, Azmin Ali, Karpal Singh, Nizar Jamaluddin, Teresa Kok dan Tony Phua.

191

BERSIH 3.0 ITU KOTOR 3. Berapakah jumlah yang terlibat dan siapakah mereka? Berdasarkan kiraan dari udara mengikut kaedah persentimeter oleh Agensi Bernama, lebih kurang 23,000 terlibat dari pelbagai kaum. Sebahagiannya dari negeri-negeri pembangkang Pantai Timur, utara dan Lembah Klang, bukan 300,000 seperti didakwa oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Penglibatan kaum Cina amat ketara (45%) berbanding Bersih 2.0, orang Melayu 50% dan India 5%. 70% terlibat adalah golongan muda (bawah 40 tahun) termasuk mahasiswa yang mewakili NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 192 Orang Melayu menjadi barisan hadapan perhimpunan dan mencetuskan provokasi ke atas pihak berkuasa. 70% memakai pakaian baju kuning yang memaparkan BERSIH 3.0 PERHIMPUNAN AMAN DUDUK DAN BANTAH. 10% memakai baju hijau yang bertulis Stop Lynas Save Malaysia. 4. Apakah tuntutan BERSIH 3.0? BERSIH cuba mewujudkan persepsi PRU di Malaysia ini penuh dengan penipuan.

BERSIH 3.0 ITU KOTOR BERSIH membuat tuntutan 8 perkara utama :o BERSIHkan senarai pengundi. o MEREFORMASIKAN undi pos. o GUNAkan dakwat kekal. o AKSES media bebas dan adil. o MASA kempen selama 21 hari. o KUKUHKAN institusi awam. o HENTIKAN rasuah. o HENTIKAN politik kotor. 5. Benarkah dakwaan PRU penuh penipuan? Pilihan raya Umum Malaysia telah dikendalikan sejak merdeka dengan penuh ketelusan dan juga berasaskan peruntukan Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Ketelusan ini terbukti kerana pada pilihan raya umum 2008, DAP, PAS dan PKR menguasai kerajaan Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, dan Kelantan. 6. Adakah tuntutan BERSIH 3.0 untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dilayani? DBKL telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang perserta perhimpunan menggunakan Dataran Merdeka. Ambiga selaku bekas Presiden Majlis Peguam amat memahami peraturan mahkamah. Beliau berjanji tidak akan membenarkan peserta perhimpunan memasuki Dataran Merdeka.

193

BERSIH 3.0 ITU KOTOR Kerajaan melalui Akta Perhimpunan Aman 2012 telah membenarkan perhimpunan ini diadakan. DBKL telah menolak permohonan BERSIH 3.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka. Sebelum ini permohonan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk mengadakan perhimpunan Anti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) serta seks bebas kepada DBKL di Dataran Merdeka telah ditolak. Pada 23 April 2012, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah mencadangkan lokasi alternatif untuk perhimpunan ini diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur tetapi Bersih 3.0 menolak cadangan ini. 7. Apakah motif BERSIH membawa pemerhati dari luar negara? Beberapa pemerhati luar negara telah menyertai perhimpunan BERSIH 3.0. Seorang ahli Senate Bebas Australia, bernama Nicholas Xenophon adalah rakan baik Anwar Ibrahim. Beliau dikenali sebagai seorang yang menyokong perkahwinan sejenis. Beliau adalah seorang Ahli Parlimen yang sentiasa menimbulkan isu-isu kontroversi kerana menjuarai perkahwinan sejenis.

194

BERSIH 3.0 ITU KOTOR 8. Bagaimanakah huru hara tercetus dalam perhimpunan BERSIH 3.0? Pada sebelah pagi, 28 April 2012 peserta Bersih 3.0 berkumpul di perkarangan stesen LRT Masjid Jamek, KL, di Pasar Seni, di sekitar KLCC, Stesen KL Sentral, jalan Brickelds, Jalan Tun Perak, Masjid Negara, Jalan Hang Lekiu. Pada tengah hari, peserta-peserta perhimpunan ini bergerak menuju ke Dataran Merdeka dan berkumpul di hadapan stesen LRT Masjid Jamek. Sebelum ke Dataran Merdeka, berlaku ucapan mengapi-apikan peserta. Ucapan Anwar Ibrahim telah menaikkan rasa marah kepada pihak berwajib dan memulakan huru-hara disasarkan kepada anggota polis yang bertugas. Azmin Ali dilaporkan menerima isyarat dari Anwar Ibrahim untuk menyerbu masuk ke kawasan Dataran Merdeka. Rakaman video menunjukkan anggota Unit Amal Pas yang memakai kemeja-T merah merempuh sekatan polis. Untuk mengawal keadaan polis terpaksa bertindak selepas dirempuh peserta yang bertindak agresif dan melanggar perintah mahkamah dengan memasuki Dataran Merdeka.

195

BERSIH 3.0 ITU KOTOR 9. Adakah benar perhimpunan ini dikuasai dan dimanipulasi oleh pakatan pembangkang? Beberapa ahli politik pembangkang telah hadir termasuklah Lim Kit Siang, Chua Jui Meng, Datuk Seri Hadi Awang, Mohd Sabu, Tian Chua, Karpal Singh, Datuk Seri Niza Jamaluddin, Teresa Kok dan Tony Pua, Datin Seri Dr. Wan Azizah, Nurul Izzah, Anwar Ibrahim, Azmin Ali. Mereka bukan sahaja menghadiri perhimpunan tetapi memberi ucapan mengapi-apikan emosi peserta dan menghasut supaya merempuh masuk ke Dataran Merdeka. 10. Siapakah yang sebenarnya memulakan keadaan huru hara ini? Anwar memberi isyarat kepada Azmin Ali sebelum menyebut masuk Dataran Merdeka menyebabkan para peserta kemudiannya dilihat merempuh masuk ke Dataran Merdeka. Anwar turut mempertahankan tindakan merempuh polis di Dataran Merdeka kerana menganggap ia tanda kebebasan dan kemerdekaan Negara.

196

BERSIH 3.0 ITU KOTOR 11. Adakah benar dakwaan yang mengatakan pihak polis mencetuskan provokasi ? TIDAK, Video rakaman menunjukkan polis tidak menghalang peserta perhimpunan berhimpun dari pukul 6 pagi. Dakwaan provokasi polis ini telah sentiasa dimainkan oleh pihak pembangkang dalam apa jua bentuk perhimpunan haram dengan tujuan untuk memburukan imej dan institusi polis. Bagaimanapun, tindakan mula diambil selepas peserta merempuh sekatan kira-kira pukul 3 petang. Tindakan keganasan peserta-peserta telah menyebabkan 11 anggota polis telah mengalami kecederaan seperti berikut :o Lans Koperal Mohd Fairuz Zulkifli. o Koperal Abu Bakar Abdul Rahman. o Konstabel Azizi Mohd Noh. o Lans Kpperal Mohd Nasir Abu Mansor. o Lans Koperal Datu Mohd Johar Mohd Shariman. o Konstabel Mohd Nor Firdaus Abu Bakar. o Konstabel Mohd Kamil Parimin. o Konstabel Zaman Ali. o Sarjan Shuib Jamaluddin. o Lans Koperal Tuan Ruzi Tuan Seng. o Lans Koperal Amirul Nawri.

197

BERSIH 3.0 ITU KOTOR 12. Benarkah peserta-peserta BERSIH 3.0 berhimpun secara sukarela tanpa dibayar? Peserta yang berhimpun rata-rata telah dibayar. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengaku telah memberi duit poket. Ia bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti-parti pembangkang termasuk PAS miskin dan terpaksa mengutip derma daripada pengikut. Peserta juga mengaku dibayar untuk menghadiri perhimpunan dengan memperoleh sagu hati RM100 sehari serta di tanggung penginapan di hotel bajet dan makan minum selama tiga hari. 198 13. Benarkah dakwaan bahawa BERISH 3.0 ini tidak berjaya? Ambiga mengatakan bahawa BERSIH 3.0 akan mendapat sambutan seramai 300 ribu orang bagaimana pun hanya sekitar 25,000 orang sahaja hadir. Laporan dari media asing seperti BBC, Aljazeera dan Reuter melaporkan hanya sekitar 25,000 orang. Ini menunjukkan bahawa sokongan terhadap perhimpunan sangat merosot.

BERSIH 3.0 ITU KOTOR Penganjur gagal menunaikan janji dan jaminan bahawa perhimpunan ini adalah bersifat aman dan tenteram apabila peserta merempuh masuk ke Dataran Merdeka mulai 3 petang dan keadaan menjadi huru hara. 14. Apakah kesan dari perhimpunan BERSIH 3.0 ? Warga peniaga di sekitar Dataran Merdeka menghadapi kesusahan dan juga kerugian besar yang menjejas pendapatan mereka pada hari itu. Tindakan ganas ini juga menyusahkan pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia pada waktu itu.

Penganjur pada awalnya berjanji untuk membawa isu 8 tuntutan pilihan raya sahaja. Tetapi mereka memanaskan keadaan 15. Apakah sebenarnya motif BERSIH 3.0? dengan membawa isu-isu lain termasuk Lynas, PTPTN, NFC, MRT di Jalan Sultan dan Rasuah. BERSIH 3.0 adalah satu muslihat parti pembangkang untuk menjejaskan imej SPR sekali gus pentadbiran kerajaan kepimpinan Dato Sri Najib Tun Razak menjelang PRU 13. Kelapan-lapan dakwaan itu adalah bersifat politik dan tidak berkaitan dengan usaha menambah baik pengurusan pilihanraya di Malaysia. 199

BERSIH 3.0 ITU KOTOR 16. Apakah tindakan susulan berkaitan kejadian rusuhan semasa perhimpunan BERSIH 3.0? Kejadian rusuhan berlaku ketika perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Pihak polis telah mendedahkan 129 individu yang disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan ini. Mereka diberi masa tertentu untuk menyerah diri di mana-mana balai polis untuk memberi keterangan. Polis juga sudah membuka 22 kertas siasatan membabitkan laporan salah laku berhubung tindakan polis yang didakwa melakukan kekasaran ke atas orang awam. 200 Anwar Ibrahim, Azmin Ali serta Badrul Hisham Shaharin (ketua PKR Cabang Rembau) didakwa di Mahkamah Seksyen Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 22 Mei 2012 berhubung penglibatan mereka dalam perhimpunan bersih 3.0. Kerajaan memfailkan saman terhadap 10 penganjur perhimpunan bersih 3.0, termasuk pengerusinya Datuk S. Amiga untuk menuntut gantirugi khas RM120, 000 atas dakwaan gagal mengawal perhimpunan bersih 3.0 pada 28 April 2012.

BERSIH 3.0 ITU KOTOR 17. Apakah matlamat panel penasihat bebas? Kerajaan, pada 9 Mei 2012, mengumumkan pembentukan Panel Penasihat Bebas untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian 28 April 2012. Panel ini memberi ruang kepada semua pihak mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas dan bahan bukti berkaitan kejadian berkenaaan. Panel Penasihat Bebas ini dianggotai oleh ahli-ahli berikut :o Tun Haniff Omar Pengerusi - Bekas Ketua Polis Negara. o Tan Sri Steve Sim Bekas Ketua Hakim Borneo. 201 o Datuk Husamuddin Yaacob Ketua Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf. o En.Liew Peng Chuan Penasihat UndangUndang Kumpulan Akhbar Sin Chew. o Datuk Medan Abdullah Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas. o Prof.Dr.Ruszmi Ismail Pakar Psikologi, UKM. Kerajaan berharap hasil siasatan panel itu dapat mendedahkan perkara sebenar secara menyeluruh di sebalik pelbagai hujah dan dakwaan oleh banyak pihak.

DURIAN RUNTUH FELDA

202

32

DURIAN RUNTUH FELDA 1. Apa itu durian runtuh? Durian runtuh ialah bonus dijanjikan oleh kerajaan kepada peneroka semasa ucapan Bajet 2012 pada bulan Oktober 2011. Durian runtuh berjumlah RM 1,689 bilion itu untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Perdana Menteri telah mengistiharkan bayaran bonus ini pada 8 Mei 2012 yang mengandungi : o Bayaran RM15,000.00 kepada peneroka dalam tiga fasa. o Bayaran bonus dua setengah bulan gaji kepada pegawai dan kakitangan Felda. 203 Pemberian durian runtuh itu dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM 5,000 kepada generasi kedua FELDA. Pembayaran akan dibuat secara tunai dan fasa kedua akan dibuat sebaik saja selesai pembayaran fasa pertama manakala pemberian kepada kakitangan FELDA juga akan dibuat dalam masa terdekat. Mengumumkan tiga lagi insentif yang disifatkan sebagai durian gugur seperti berikut: 1. Menubuhkan Tabung Amanah. 2. Menawarkan Borang Biru (Blue Form) untuk memiliki saham FGVH kepada peneroka.

DURIAN RUNTUH FELDA 3. Tambahan bantuan untuk dana Yayasan FELDA bagi membantu program baik pulih kampung lama dan tradisional di kawasan FELDA Tabung Amanah ditubuhkan khusus untuk bagi membolehkan peneroka memiliki kepentingan langsung dalam FGVH. Tabung Amanah akan diberikan 20% ekuiti dalam FGVH. Ini bermakna peneroka akan menerima dividen dari keuntungan FGVH yang akan disalurkan melalui Tabung Amanah ini. 2. Siapa yang manfaatinya? Kerajaan memperuntukkan dana RM 1.689 bilion untuk diagihkan secara tunai kepada 112,635 keluarga peneroka yang akan dibayar dalam tiga fasa 204 Fasa Pertama : RM5,000 kepada setiap ketua keluarga peneroka. Pengagihan akan dilaksanakan serta merta yang dijangka selesai dalam tempoh 3 minggu. Fasa Kedua : RM 5,000 kepada setiap isteri peneroka sebagai mengiktiraf peranan mereka. Pembayaran dibuat selepas selesai pembayaran fasa pertama. Fasa Ketiga : RM5,000 agihan kepada generasi kedua Felda dilaksanakan sebaik penyenaraian FGVH selesai. Kira-kira 20,000 pegawai dan kakitangan Kumpulan FELDA akan menerima bonus tambahan dua setengah bulan gaji tahun ini

DURIAN RUNTUH FELDA Kerajaan juga menawarkan Borang Merah Jambu (pink form) kepada peneroka yang ingin menambah pemilikan saham dalam FGVH. RM 5,000 bantuan dana Yayasan FELDA bagi membantu program baik pulih kampung lama dan tradisional sekitar tanah rancangan FELDA. Manfaat sampingan akan diteruskan untuk peneroka termasuklah :o Bonus produktiviti. o Imbuhan duit raya. o Pinjaman tanpa faedah perumahan. o Latihan kemahiran, pembangunan usahawan di kalangan peneroka berjalan seperti biasa. 3. Adakah peneroka-peneroka setuju dengan durian runtuh ini? Mereka sebenarnya bersetuju dengan durian runtuh yang diisytiharkan oleh YAB Perdana Menteri. Mereka menghargai pemberian ini kerana ini adalah hasil jerih payah mereka mengendalikan tanah FELDA masingmasing. Kerajaan telah melayani warga FELDA seperti anak emas sehingga ada pihak yang cemburu kerana memang terlalu banyak yang diberikan kepada peneroka sejak ia diwujudkan.

205

DURIAN RUNTUH FELDA Ganjaran seperti ini akan dapat meningkatkan prestasi FELDA dari segi keuntungan dengan sokongan padu warga peneroka yang telah diperkenalkan dengan teknik baru dan pengurusan yang produktif. 4. Daripada mana sumber wang ini diperoleh? FELDA diuruskan oleh kakitangan yang professional yang membolehkan Felda memperolehi keuntungan besar setiap tahun. Dari keuntungan terkumpul inilah Felda mampu memberikan durian runtuh kepada peneroka dan kakitangan Felda. Penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia akan meningkatkan nilai saham FGVH, yang memberikan keuntungan kepada FELDA. Felda melalui Felda Holding, memiliki kepentingan di dalam FGVH. 206 Saham FGVH dijangka akan menjadi saham utama (blue chip), terutamanya apabila Felda diketengahkan di pasaran antara bangsa. Dengan penyenaraiannya, Felda akan berupaya mendapatkan modal dari pasaran dan tidak lagi perlu bergantung pada kerajaan untuk sumber kewangannya. FGVH bakal dikategorikan dalam sektor perladangan yang merupakan saham berdaya tahan dan stabil dalam apa juga situasi ekonomi dunia.

DURIAN RUNTUH FELDA 5. Apakah ganjaran akan diteruskan pada masa akan datang? Pada tahun depan 2013 FELDA jangka meraih keuntungan sebanyak RM1.5 bilion. Berdasarkan kepada keuntungan RM1.5 bilion FGVH setiap peneroka akan menerima dividen lebih RM1,300, kalau untung lebih, peneroka akan dapat lebih. Dividen ini diberikan berdasarkan ekuiti 20% saham FGVH yang diperuntukan kepada Tabung Amanah. Setiap peneroka akan menerima Borang Biru (Blue Form) untuk mendapatkan saham FGVH dan adalah diharap bahawa peneroka tidak akan menjual saham mereka. 207 Penyenaraian FGVH di bursa saham akan memastikan pendapatan peneroka tidak merosot. Industri sawit adalah antara penyumbang utama ekonomi Malaysia berdasarkan prestasi eksport produk berasaskan komoditi tahun lalu. Industri sawit menyumbang RM 83.4 bilion iaitu 59.1% daripada keseluruhan pendapatan eksport komoditi sebanyak RM 141.2 bilion. Penyenaraian anak syarikatnya, iaitu FGVH Bhd, di Bursa Malaysia adalah satu kejayaan bagi industri sawit tempatan dalam menjana kekayaan negara serta masyarakat FELDA sendiri.

DURIAN RUNTUH FELDA Penyenaraian juga adalah releven untuk FELDA kekal kompetitif di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sebagai contoh, Jepun, Korea, Taiwan dan Hong Kong, adalah empat negara yang tidak memiliki banyak sumber asli, tetapi mampu meraih kejayaan daripada pasaran global apabila dapat melahirkan ramai usahawan berjaya. Ganjaran yang diberi ini bukan hanya dilihat sebagai wang ringgit, tetapi pendorong untuk generasi muda FELDA supaya sentiasa sabar, bersatu dan memberi kepercayaan kepada kerajaan. 6. Benarkah dakwaan bahawa FELDA akan bankrap? Tidak benar. FELDA adalah projek tanah rancangan paling berjaya di dunia. FELDA mempunyai syarikat Felda Holdings Berhad yang di tubuh untuk menguruskan perkara berikut :o Aktiviti perladangan minyak kelapa sawit, 880 ribu hektar tanah perladangan termasuk 479, 765 hektar tanah milik peneroka. o Memiliki modal lebih RM 5 bilion dengan modal berbayar RM 220 juta. o Berjumlah RM 1.5 bilion pada Disember 2009 dengan kelebihan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 804.3 juta.

208

DURIAN RUNTUH FELDA o Memiliki dan mengurus 300 ladang, 70 kilang kelapa sawit, 7 kilang penapis minyak sawit. o Mengurus 56 buah syarikat, 47 daripadanya adalah aktif. o Memiliki sebuah pejabat pemasaran di London untuk mengendalikan pemasaran di peringkat antarabangsa. o Memiliki kepentingan perniagaan di Amerika Syarikat, China, Australia, Afrika Selatan, Turkey dan di Asia Barat. FELDA mempunyai rekod menjaga serta memelihara kebajikan keluarga peneroka di Semenanjung dan Sabah secara aman dan harmoni. Semua projek melalui pelbagai proses ketat dan bukan dilaksanakan sewenangwenangnya. 209 Malah beberapa peneroka yang membuat saman terhadap FELDA baru-baru ini juga akan menikmati pemberian durian runtuh. Penyenaraian FGVH adalah satu dasar penting Kerajaan dalam usaha mentransformasikan FELDA sebagai jenama Konglomerat Dunia.

SOAL JAWAB QAZAF

210

33

SOAL JAWAB QAZAF 1. Apakah pengertian qazaf? Para ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan qazaf seperti berikut: i. Menurut Mazhab Syae, Maliki, Hambali dan pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah, iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad, qazaf ialah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat. ii. Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah menuduh seseorang melakukan zina sahaja. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukuman qazaf. Hukumannya ialah tazir. 2. Adakah seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, boleh dikenakan hukuman qazaf? Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, tidak boleh dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa empat orang saksi. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan ke atas perogol atau peliwat, bukannya pengadu. 3. Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan rogol atau liwat, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, adakah akan dikenakan hukuman qazaf ? Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan, tetapi tidak dapat membawa empat orang saksi, hendaklah dilihat : 211

SOAL JAWAB QAZAF i. Jika dia tidak dapat membawa sebarang bukti yang berwibawa yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, dia akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti. Firman Allah, Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik. ii. Jika dia dapat membawa bukti yang menunjukkan berlakunya kejadian rogol atau liwat, dia dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf meskipun gagal mengemukakan empat saksi. 212 Kesimpulan : Keterangan di atas bermakna, mangsa rogol atau liwat tidak tertakluk kepada kemestian membawa empat saksi-seperti yang ditegaskan oleh ayat 4 surah an-Nur- ketika membuat aduan rogol atau liwat secara paksa. Mangsa sebaliknya boleh membuat laporan bahawa seseorang telah merogol atau meliwatnya secara paksa dengan membawa bukti-bukti lain yang berwibawa, yang mengesahkan laporan dan dakwaannya. Dalam keadaan ini, mangsa rogol atau liwat secara paksa tidak dikenakan hukuman qazaf, meskipun telah mendakwa seseorang melakukan jenayah rogol atau liwat ke atasnya tanpa mengemukakan empat saksi.

SOAL JAWAB QAZAF 4. Adakah ini bermakna seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, tanpa membawa empat orang saksi, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf ? Ya. Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf walau pun gagal membawa empat orang saksi. Berdasarkan keterangan ulama, boleh disimpulkan, setiap aduan rogol atau liwat perlu melalui proses berikut : i. Pihak berkuasa perlu mengumpul buktibukti yang berwibawa yang menunjukkan mangsa betul-betul dirogol atau diliwat secara paksa. ii. Apabila terdapat bukti yang menunjukkan pengadu memang dirogol atau diiwat secara paksa, pengadu akan dibebaskan 213 tanpa dikenakan sebarang hukuman. Beliau menyatakan :

Terjemahan : Para ulama telah berijmak bahawa perogol [dikenakan] keatasnya [hukuman] hudud jika terdapat bukti yang mensabitkan [hukuman] hudud [ke atasnya] atau dia mengakuinya. Jika tidak ada [bukti yang boleh mensabitkan hukuman hudud], maka [dikenakan] ke atasnya (tertuduh) hukuman dan tiada sebarang hukuman ke

SOAL JAWAB QAZAF atasnya (iaitu mangsa rogol yang mengadu 5. Apakah bukti yang boleh digunakan bagi menunjukkan berlakunya jenayah rogol dirogol) apabila terbukti bahawa dia atau liwat? (tertuduh) memaksa dan mendesaknya (pengadu) [melakukan zina tanpa Seperti yang disebutkan oleh sesetengah kerelaannya]. [Wujudnya paksaan melakukan ulama zaman silam, bukti tersebut seperti: zina] itu diketahui dengan [adanya i. Mangsa datang melapor kes rogol atau kedengaran] tempikan [mangsa], [suaranya] liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam meminta pertolongan dan jeritannya, serta keadaan kemaluannya berdarah jika dia [diketahui wujudnya paksaan melakukan seorang gadis; zina apabila dikenal pasti] dia seorang gadis, ii. Mangsa didengari berteriak meminta yang boleh diketahui melalui darahnya dan tolong; atau seumpamanya yang boleh menerangkan iii. Tertuduh dilihat membawa masuk keadaannya [bahawa dia dipaksa] Kami mangsa ke dalam rumahnya (tertuduh) tidak mengetahui [wujudnya] sebarang khilaf secara paksa. di kalangan ulama bahawa [wanita] yang Pada zaman sekarang, kajian saintik boleh dipaksa [melakukan zina] tiada [sebarang digunakan sebagai bukti kes rogol atau hukuman] hudud [dikenakan] ke-atasnya liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, apabila terbukti [wujudnya] paksaan [keatas] rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan nya dengan [bukti-bukti seperti yang] kami sebagainya. sebutkan dan [yang] seumpamanya. 214

SOAL JAWAB QAZAF 6. Apakah dalil yang menunjukkan bahawa mangsa rogol atau liwat, tidak dikenakan hukuman qazaf bila menuduh seseorang merogol atau meliwatnya tanpa mengemukakan empat saksi, tetapi dengan membawa bukti seperti yang telah dinyatakan? Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w, kias dan keterangan ulama. Dalil Pertama : Hadis Nabi s.a.w, Pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, seorang wanita yang dirogol seorang lelaki secara bersendirian, mendakwa lelaki berkenaan merogolnya tanpa mengemukakan empat saksi. Setelah suspek ditangkap, wanita tersebut mengesahkan bahawa suspek tersebut adalah perogolnya. Namun, apabila 215 Nabi s.a.w memerintahkan supaya lelaki tersebut direjam, seorang lelaki yang lain bangun membuat pengakuan bahawa beliaulah yang sebenarnya merogol wanita berkenaan. Hukuman akhirnya dijatuhkan ke atas lelaki yang mengaku merogol, sementara suspek serta wanita yang menjadi mangsa rogol dibebaskan. o Dalam peristiwa ini, Nabi s.a.w tidak menjatuhkan hukuman qazaf ke atas wanita tadi, meskipun beliau telah mendakwa seseorang merogolnya tanpa mengemukakan empat saksi. o Hadis yang diriwayatkan oleh Al-qamah bin Wail al-Kindi daripada ayahnya itu seperti berikut :

SOAL JAWAB QAZAF tersebut, lalu beliau berkata, sesungguhnya lelaki itu telah melakukan ke atas ku [perkara] demikian [yakni merogolnya]. Kemudian wanita itu bertemu pula sekumpulan orangorang Muhajirin lantas berkata,sesungguhnya lelaki itu telah melakukan ke atasku [perkara] demikian [yakni merogolnya]. Lalu mereka terus beredar dan menangkap lelaki yang disangka oleh wanita itu bahawa dia yang telah memperkosanya, lantas mereka membawanya kepada wanita itu seraya dia berkata,ya, dialah orangnya [yang telah merogolku]. Mereka terus membawa lelaki tadi kepada Rasulullah s.a.w. Tatkala Baginda s.a.w memerintahkan supaya lelaki itu direjam, bangun seorang lelaki yang [sebenarnya] telah merogol wanita itu sambil berkata ,wahai Rasulullah, akulah orangnya [yang merogol wanita itu]. Lantas Baginda s.a.w bersabda kepada wanita itu, pergilah, sesungguhnya Allah telah

Terjemahan : Sesungguhnya [terdapat] seorang wanita telah keluar [dari rumahnya] pada zaman Nabi s.a.w [kerana] mahu [mengerjakan] solat [di masjid]. Lalu seorang lelaki menemuinya [di tengah jalan] lalu menindih dan merogolnya serta melempiaskan hajat [nafsu] nya. Lantas wanita tersebut bertempik lalu perogolnya melarikan diri. [Selepas itu] seorang lelaki menemui wanita 216

SOAL JAWAB QAZAF mengampunkanmu. Baginda [seterusnya] berkata kepada lelaki [yang didakwa oleh wanita itu sebagai orang yang merogolnya] dengan kata-kata yang baik. Seterusnya Baginda s.a.w bersabda kepada lelaki yang [mengaku] merogolnya rejamlah dia sambil bersabda, sesungguhnya dia telah bertaubat [kepada Allah] dengan taubat yang jika seluruh penduduk Madinah bertaubat seperti itu, nescaya diterima [Allah] daripada mereka [taubat itu]. o Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata [hadis] ini hasan gharib sahih (Sunan Tirmizi, jil.6, hlm.35). o Menurut al-Albani, hadis ini adalah hadis sahih dalam kategori Hassan kecuali sabda Baginda s.a.w yang berbunyi rejamlah dia. o Menurut al-Albani, berdasarkan pendapat 217 yang kuat, lelaki yang mengaku merogol itu tidak direjam (Lihat Al-Jami al-Sahih Sunan al-Tirmizi, jil.4, hlm.56). Ringkasnya, hadis ini adalah hadis yang sahih. Dalil Kedua : Kias o Kes rogol sama dengan kes lian iaitu seorang suami menuduh isterinya berzina. Dalam kes lian, si suami boleh menuduh isterinya berzina, tanpa dikenakan hukuman qazaf meskipun tuduhan dilakukan tanpa disokong empat orang saksi. o Dalam keadaan ini, si suami dibebaskan daripada hukuman qazaf kerana beliau terpaksa melakukan lian bagi menjaga nasab keturunannya. o Dalam kes rogol, mangsa rogol juga terpaksa menceritakan kejadian rogol bagi

SOAL JAWAB QAZAF mengelakkannya dikenakan hukuman zina disebabkan kehamilan luar nikah. o Oleh kerana seseorang yang menuduh isterinya berzina, tanpa membawa empat saksi tidak dikenakan hukuman qazaf, kerana terpaksa berbuat demikian bagi menjaga nasab keturunannya, maka demikian juga mangsa rogol yang mendakwa seseorang merogolnya tanpa mengemukakan empat saksi, juga tidak dikenakan hukuman qazaf, kerana terpaksa berbuat demikian bagi mengelakkannya disabitkan dengan kesalahan zina disebabkan kehamilan luar nikah. Dalil Ketiga : Keterangan ulama o Antara ulama yang menyatakan dengan jelas bahawa mangsa rogol yang mengadu dirogol dengan membawa bukti 218 lain selain empat saksi, tidak dikenakan hukuman qazaf, ialah Imam al-Baji. Beliau berkata :

Terjemahan : Jika kedua-dua orang [saksi] tidak melihatnya (iaitu wanita yang mendakwa dirogol) dipaksa [melakukan persetubuhan] dan [tidak juga menyatakan] kemungkinan dia dipaksa [melakukan persetubuhan], tetapi dia datang [kepada pihak berkuasa] sambil berpaut padanya (iaitu pada tertuduh) dalam keadaannya berdarah jika dia [seorang] gadis, atau [datang sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan] tidak berdarah jika dia seorang janda..

SOAL JAWAB QAZAF maka dalam kitab Ibn al-Mawz [yang memetik] daripada Abdul Malik dan [ulama-ulama] selainnya, [dinyatakan bahawa] dia tidak dikenakan [hukuman] hudud disebabkan tuduhannya ke atasnya (iaitu tertuduh). Kesimpulan : o Hadis Nabi s.a.w, kias dan kenyataan ulama yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa dalam kes rogol, mangsa mempunyai hak didengari aduannya, walaupun tidak membawa empat orang saksi. o Dalam kes rogol yang kebiasaannya berlaku secara tersembunyi, aduan mangsa diambil kira dan mangsa dibebaskan daripada hukuman qazaf, jika terbukti bahawa kejadian rogol benarbenar berlaku melalui pembuktian yang telah dinyatakan. 219 o Anggapan banyak pihak bahawa seseorang yang mendakwa dirogol atau diliwat secara paksa oleh individu yang lain, tanpa mengemukakan empat saksi, terus dianggap telah melakukan kesalahan qazaf, adalah anggapan yang silap seperti yang dapat dilihat melalui hadis Nabi s.a.w, kias dan keterangan ulama yang dinyatakan.

SOAL JAWAB QAZAF 7. Jika mangsa rogol atau liwat tidak mampu mendatangkan empat orang saksi, tetapi dapat membawa bukti-bukti seperti yang dinyatakan, bagaimana dengan tertuduh? tertuduh seperti hukuman denda, penjara, sebat, buang daerah dan sebagainya. Hukuman tazir wajib dikenakan ke atas setiap individu yang melakukan maksiat yang tidak ditentukan hukumannya oleh syarak .

Jika mangsa dapat mengemukakan bukti8. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, bukti yang menunjukkan dia dirogol atau mahkamah manakah yang mempunyai diliwat, tertuduh dikenakan hukuman seperti kuasa membicarakan kes rogol atau berikut : liwat? i. Membayar wang dalam jumlah yang sama dengan mas kahwin semasa kepada Menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan mangsa. Hukuman ini dikenakan dengan Persekutuan, kes yang tidak melibatkan dua syarat, iaitu terdapat saksi yang Undang-undang Keluarga Islam, dan kes melihat tanda-tanda berlakunya jenayah tersebut berada di bawah kawasan Wilayah rogol atau liwat dan mangsa bersumpah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya bahawa dia telah dirogol . dan Labuan, mahkamah yang berhak ii. Hakim boleh mengenakan hukuman membicarakannya ialah mahkamah sivil atau taziriaitu hukuman yang diserahkan jenayah, bukannya Mahkamah Syariah. kepada budi bicara hakim-ke atas 220

SOAL JAWAB QAZAF 9. Mengikut Undang-Undang Syariah di Malaysia, adakah mangsa yang mengadu dirogol atau diliwat, akan dikenakan hukuman qazaf apabila gagal membawa empat orang saksi? Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf hanya dikenakan ke atas seseorang yang tidak terlibat dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat. Ini bermakna, akta ini tidak merangkumi mangsa atau orang yang melakukan zina atau liwat itu sendiri, yang mendakwa perogol merogolnya, atau menyatakan pasangannya melakukan zina dengannya.

221

PEROLEHAN KAPAL SELAM SCORPENE

222

34

PEROLEHAN KAPAL SELAM SCORPENE 1. Kenapakah perolehan Scorpene dijadikan isu? Pembangkang menimbulkan isu komisyen dalam perolehan Scorpene semata-mata untuk mengelirukan rakyat malah menjejaskan imej YAB Perdana Menteri. Usaha SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang cuba mengheret Dato Sri Mohd. Najib ke Mahkamah Perancis adalah suatu usaha `pementasan untuk memalukan Perdana Menteri Malaysia di tempat antarabangsa bagi maksud PRU ke 13. Malahan Akuan Bersumpah P. Balasubramaniam (Penyiasat Persendirian) pada 1 Julai 2008 yang cuba mengaitkan Altantuya dengan Dato Sri Najib mengenai tuntutan wang komisyen telah ditarik balik. 223 2. Kenapa kita memerlukan kapal selam? Sebahagian daripada transformasi dan permodenan angkatan tentera laut negara bersesuaian dengan keperluan semasa. Kapal selam dianggap sangat strategik untuk melindungi kedaulatan negara daripada sebarang ancaman, di samping untuk mengimbangi sistem pertahanan laut negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia yang telah lebih awal memiliki kapal selam masing-masing. Untuk memperkukuh tahap kemampuan negara dari segi kawalan di perairan negara yang bersempadan dengan negaranegara Asean seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Vietnam.

PEROLEHAN KAPAL SELAM SCORPENE 4. Adakah wujud unsur-unsur tidak telus di Untuk melindungi kepentingan ekonomi dalam perolehan kapal selam Scorpene? negara seperti kawalan keselamatan Industri Petroleam Negara, melindungi paip-paip Pembelian kapal selam Scorpene ini gas, paip minyak dan talian komunikasi di dilakukan mengikut prosedur yang telah dasar laut serta kapal-kapal dagang yang ditetapkan oleh Kerajaan dan diluluskan oleh melalui perairan negara. Kementerian Kewangan. 3. Siapakah yang membangkitkan Kerajaan tidak pernah menyembunyikan `Scorpene sebagai isu di Malaysia? kotrak perolehan kapal selam Scorpene. Pada Disember 2009 pembangkang menggunakan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) melantik seorang peguam Perancis Joseph Breham mengemukakan saman pemula di mahkamah Perancis ke atas syarikat pembuat Scorpene iaitu DCNS kerana mengesyaki kononnya wujud amalan rasuah dalam urusan perolehan Scorpene. 224

PEROLEHAN KAPAL SELAM SCORPENE 5. Berapakah nilai keseluruhan perolehan kapal selam Scorpene dan kenapa SUARAM mendakwa wujudnya bayaran `komisyen kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd? Kontrek keseluruhan Scorpene bernilai EURO1.084 bilion, ditandatangani pada 5 Jun 2002 dengan jelas menyatakan: o EURO 969.15 juta atau RM4.85 bilion dibayar kepada syarikat DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua buah kapal selam Scorpene, pakej Intergrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam TLDM. o EURO 114.96 juta dibayar kepada Perimekar Sdn.Bhd. secara berperingkat selama 6 tahun sebagai kos Perkhidmatan Koordinasi dan Sokongan kepada 225 Pasukan Projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Peranchis. Dalam kontrak menjelaskan Perimekar Sdn. Bhd. bertanggung jawab menyediakan perkhidmatan berikut: o Menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol bagi tempoh selama 6 tahun. o Menyediakan Pejabat Urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggaraan pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh selama 6 tahun.

PEROLEHAN KAPAL SELAM SCORPENE Hakikatnya bayaran EURO 114.96 juta o Membayar elaun harian dan elaun krew bukanlah bayaran komisyen tetapi bayaran EURO 50 sehari setiap seorang untuk untuk perkhidmatan yang disediakan oleh tempoh 3 tahun pertama dan EURO 60 Perimekar Sdn.Bhd. Bayaran ini adalah sehari untuk tempoh 3 tahun kedua. telus, nyata dan wajar. o Membiayai kos penerbangan pergi balik setiap krew kapal selam untuk balik 6. SUARAM mendakwa kerajaan tidak bercuti setiap empat bulan sekali. memberikan penjelasan sebagaimana o Bertanggung jawab memastikan yang dituntut oleh mereka? pernyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang Pembelian kapal selam Scorpene adalah berpotensi untuk menyertai program offset. berkaitan dengan soal strategi keselamatan o Membatu kontraktor utama berhubung dan rahsia negara yang tidak boleh prosedur kerajaan dalam perlaksanaan didedahkan kepada mana-mana pihak. kontrak. o Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan. Semua negara di dunia menyembunyikan o Menyediakan laporan koordinasi dan lainfakta berkaitan dengan strategi keselamatan kerana ia boleh meletakkan negara kepada lain yang berkaitan perolehan ini. bahaya sekiranya didedahkan kepada pihak lain. 226

PEROLEHAN KAPAL SELAM SCORPENE 7. Apakah tindakan-tindakan yang boleh dianggap `provokasi SUARAM untuk memanaskan isu ini di kalangan masyarakat? SUARAM `menyerang Mindef dengan fakta palsu mengenai Scorpene dalam buku yang ditulis oleh Dr. Kua Kia Soong berjudul `Questioning Arms Spending in Malaysia. Dr. Kua Kia Soong adalah ahli DAP. Buku ini dilancarkan di Ibu Negara pada 11 Disember 2010 dan dilancarkan sekali lagi pada 14 Disember 2010 di London. Menghasilkan buku di dalam negara seterusnya melancarkannya sekali lagi di luar negara menggambarkan adanya unsurunsur berniat jahat terhadap Kerajaan dan kepimpinan negara. 227 SUARAM telah menjemput seorang peguam dari Perancis William Bourdon untuk menyampaikan ceramah dalam majlis penerangan di Pulau Pinang pada 21 Julai 2011 berkaitan dengan perkembangan terbaru dalam siasatan isu Scorpene. 22 Julai 2011, Imigresen telah menahan peguam Perancis William Bourdon di KLIA sebaik tiba dari Pulau Pinang atas dakwaan menyalahgunakan pas lawatan sosial. SUARAM akan mengadakan majlis pada bulan Jun 2012 untuk mengutip derma bagi membiayai kos pengurusan kes Scorpene di mahkamah Perancis.

PEROLEHAN KAPAL SELAM SCORPENE 8. Apakah komen Menteri Pertahanan mengenai isu Scorpene? Beliau sedia ke mahkamah bagi menjawab segala dakwaan SUARAM. SUARAM bebas melantik peguam untuk mencabar kerajaan di mahkamah. Kementerian akan mengambil tindakan undang-undang yang memanipulasi fakta yang kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian scorpene. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pertahanan sedang meneliti fakta-fakta dalam buku tulisan Dr. Kua Kia Soong. Isu pembelian scorpene tidak perlu dibawa kepada SPRM kerana pembelian scorpene dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

228

TUNTUTAN DONG ZONG

230

35

TUNTUTAN DONG ZONG 1. Siapa itu Dong Jiao Zong? Dong Jiao Zong adalah satu istilah yang merujuk kepada dua pertubuhan Cina utama yang memperjuangkan pendidikan Cina di Malaysia iaitu Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong). 2. Apakah masalah yang dibangkitkan oleh Dong Zong? Pada masa ini, terdapat 1,294 buah SJKC di seluruh Negara termasuklah, sekolah SJKC baru dibina. Buat masa ini sekolah-sekolah SJKC sedang juga dalam pembinaan di kawasan padat penduduk kaun Cina. 231 Kerajaan mempunyai perancangan untuk membina sekolah-sekolah ini termasuklah di Puchong, Serdang, Kuala Lumpur dan Negeri Johor. Dari jumlah 1,294 sekolah, sebanyak 455 adalah sekolah kurang murid (kurang 150 murid). Dong Zong membangkitkan isu kekurangan guru di SJKC dan tindakan Kementerian Pelajaran menghantar guru yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Cina untuk mengajar di SJKC. Dong Zong turut serta mengkritik polisi pendidikan negara yang didakwa tidak adil terhadap sekolah pelbagai aliran.

TUNTUTAN DONG ZONG 3. Benarkah Kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di SJKC? Tidak benar. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha untuk melatih guru-guru SJKC. Pada tahun 2009 terdapat kekurangan guru seramai 4,991, pada tahun berikutnya jumlah ini telah dikurangkan kepada 3,043 dan pada tahun 2011 jumlahnya menurun kepada 2,720 akhirnya pada tahun 2012 kekurangan guru di SJKC adalah hanya seramai 1,874. Daripada jumlah ini, KPM telah melantik sejumlah 1,482 guru interim untuk mengisi kekosongan tersebut dan baki 392 orang boleh dicadangkan calon guru interim oleh Guru Besar SJKC untuk dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri. 232 4. Benarkah tuduhan bahawa kerajaan tidak membantu SJKC di negara ini? Tidak benar. Kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.8 bilion setiap tahun untuk membayar gaji guru-guru dan operasi mengurus di SJKC seluruh negara. Dalam bajet 2012, Perdana Menteri YAB Dato Sri Najib telah memperuntukkan tambahan RM100 juta khas untuk penyelenggaraan SJKC dan pembinaan SJKC baru.

TUNTUTAN DONG ZONG 5. Apakah tuntutan Dong Zong pada perhimpunan 25 Mac 2012 di padang New Era College, Kajang? Dong Zong telah mengemukakan 4 tuntutan pada perhimpunan tersebut: Mengeluarkan serta merta guru-guru yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Cina dari SJKC. Mengadakan kursus khas untuk melatih guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina dan telah mengajar subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di SJKC lebih dari 3 tahun supaya mereka layak untuk mengajar ketiga-tiga bahasa. Memulihkan sistem latihan guru Bahasa Cina yang menggunakan medium Bahasa Cina dan menubuhkan kumpulan Bahasa Cina dalam maktab perguruan serta mengadakan struktur latihan guru SJKC yang lebih sistematik untuk memenuhi permintaan. Mengkaji semula Akta Pendidikan Negara untuk memastikan polisi pendidikan adalah bersifat plurality, supaya semua sekolah pelbagai aliran mendapat layanan yang adil dan menjamin kewujudan dan pembangunan sekolah jenis kebangsaan.

233

TUNTUTAN DONG ZONG 6. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran dalam menyelesaikan masalah kekurangan guru di SJKC? Kementerian Pelajaran telah menggariskan 8 tindakan untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di SJKC pada 21 Mac 2012: Kekurangan guru interim seramai 392 akan dicadangkan terus oleh Guru Besar SJKC dan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Ini bagi memenuhi kekosongan yang sedia ada. Lebih kurang 100 orang guru kaunseling yang tidak faham bahasa Cina akan dikeluarkan serta-merta dari SJKC dan digantikan dengan guru berpengalaman yang dilantik oleh guru besar sehingga mendapat guru yang bersesuaian. 234 Peringkat pertama iaitu dari darjah satu hingga tiga, guru yang mengajar subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris perlulah guru yang mempunyai kelayakan Bahasa Cina dan peringkat kedua iaitu dari darjah empat hingga enam akan diajar oleh guru khusus dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di SJKC Kurang Murid perlulah diajar oleh guru yang berkelayakan Bahasa Cina. Lebih kurang 20 orang guru subjek sivik yang tidak faham bahasa Cina akan dikeluarkan dari SJKC.

TUNTUTAN DONG ZONG Guru lepasan Bahasa Cina yang mengajar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris lebih dari 5 tahun akan diberi latihan khas supaya mereka mendapat kelulusan tambahan untuk mengajar subjek tersebut. Menambah pensyarah Bahasa Cina di Maktab Perguruan supaya lebih ramai guru Bahasa Cina boleh dilatih untuk memenuhi permintaan di SJKC. Seramai 98 orang lepasan Diploma Pendidikan yang mempunyai kelayakan Bahasa Cina akan dihantar ke SJKC. 7. Selain itu, apakah langkah jangka panjang yang diambil oleh Kerajaan bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di SJKC? Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Mesyuarat Meja Bulat yang dipengerusikan oleh YB Datuk Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran dan menjemput 5 pertubuhan utama yang dilihat sebagai Stake Holder untuk membincangkan cadangan penyelesaian masalah tersebut. Mereka yang dijemput ialah: Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), C. Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), 235

TUNTUTAN DONG ZONG Kesatuan Guru Besar SJKC Malaysia, dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK/NUTP). 8. Kenapa Dong Zong menarik diri dari Mesyuarat Meja Bulat? Pada 5 Mei 2012, Dong Zong telah menarik diri dari Mesyuarat Meja Bulat dengan alasan bahawa mesyuarat tersebut hanya membincangkan isu-isu teknikal dan bukannya polisi. Selepas menarik diri, Dong Zong kini sedang mengadakan 14 ceramah di seluruh negara untuk menjelaskan pendirian mereka dan mendesak kerajaan supaya mengubah polisi kerajaan terhadap sekolah pelbagai aliran. 236 9. Apakah reaksi Kementerian Pelajaran terhadap tindakan Dong Zong? Kementerian Pelajaran meminta Dong Zong supaya kembali ke meja perbincangan tetapi pada masa yang sama akan terus berbincang dengan 4 pertubuhan utama yang masih setuju untuk meneruskan Mesyuarat Meja Bulat bersama kementerian. Tindakan Dong Zong juga mendapat kritikan dari pelbagai pihak dan ramai yang menyeru mereka untuk kembali ke meja perbincangan kerana tindakan mereka itu dilihat lebih kepada mainan politik daripada berusaha untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di SJKC.

INTERNATIONAL CRISIS GROUP (ICG) DAN HUBUNGAN ZIONIS

238

36

INTERNATIONAL CRISIS GROUP (ICG) DAN HUBUNGAN ZIONIS 1. Apakah punca krisis kewangan yang melanda Malaysia pada 1997? Pakar ekonomi, John Perkins dalam bukunya `Confession of an Economic Hitman, mendakwa pakar spekulasi mata wang seperti George Soros bertanggung jawab menjatuhkan ekonomi sesebuah negara demi membuka laluan kepada IMF bagi menghulur bantuan rangsangan kewangan atas syarat dan faedah yang tinggi kepada negara yang meminjam. IMF itu didakwa mempunyai tujuan tertentu, terutama demi mengawal sumber asli dan mempengaruhi dasar luar negara Asia Tenggara terutama terhadap pelabur luar. Walaupun negara-negara yang menerima bantuan ransangan IMF seperti Thailand 239 dan Indonesia dilihat memulihkan ekonomi mereka, tetapi pengangguran dan kes bankrupsi terus meningkat sehingga pentadbiran negara terjejas dan dibebani hutang IMF. 2. Apakah peranan ICG di arena antarabangsa? International Crisis Group (ICG) merupakan sebuah badan yang ditubuhkan oleh bekas Timbalan Pengerusi Bank Dunia Mark Malloch Brown yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Soros Fund Management, dan Open Society Institute milik George Soros.

INTERNATIONAL CRISIS GROUP (ICG) DAN HUBUNGAN ZIONIS Selain menyumbang dana kewangan melalui badan Open Society Institute kepada ICG George Soros juga merupakan Ahli Majlis Eksekutif badan itu. ICG yang mendapat bantuan negara-negara barat dilihat memainkan peranan penting di peringkat antara bangsa bagi membantu menangani konflik dan krisis di arena global. 3. Siapakah dari Malaysia yang terlibat dalam ICG? Mengikut Laporan Maxim News selain Bekas Menteri Luar Israel, Shlomo Ben Ami dan ahli Senate Amerika Syarikat Nancy Kassenbaum Baker, Anwar Ibrahim merupakan antara Ahli Majlis Eksekutif ICG yang dilantik pada 29 Jun 2006. 240 Selain itu juga Kerajaan Amerika Syarikat mempunyai perwakilan tersendiri dalam ICG, yang diwakili oleh bekas Setiausaha Dalam Negeri Amerika Syarikat, Morton Abramowitz, Kenneth Adelman Pengerusi Kawalan Senjata Api Amerika dan New Brzezinsk bekas Penasihat Pertahanan Negara Presiden Amerika Syarikat yang bertanggungjawab terhadap peperangan menentang terrorisme di Afghanistan dan Iraq. Sebahagian besar dalam ICG adalah berbangsa Yahudi.

INTERNATIONAL CRISIS GROUP (ICG) DAN HUBUNGAN ZIONIS 4. Benarkah ICG mendapat bantuan kewangan daripada badan-badan Yahudi? Mengikut laporan daripada laman web ICG sendiri, badan-badan berikut merupakan antara badan Yahudi yang didakwa membiayai aktiviti ICG iaitu: o Sarlo Foundation of the Jewish Community Endowment Fund, o Ford Foundation, o Carnegie Corporation of New York, o United States Institute of Peace, 5. Siapakah yang menasihati Malaysia menerima bantuan kewangan dari IMF? Walau pun Malaysia mengetahui impak negatif bantuan IMF seperti yang dialami oleh Negara-negara Asia Tenggara yang lain, Anwar Ibrahim selaku bekas Menteri Kewangan menyokong dan menyarankan Malaysia patut menerima bantuan kewangan daripada IMF. Anwar Ibrahim berpendapat bahawa sejajar dengan konsep Free Market Economy ( Dasar Ekonomi Bebas) pakar-pakar spekulator tidak harus disekat dan perlu diberi kebebasan penuh. George Soros mengkritik tindakan Kerajaan Malaysia dan membela Anwar Ibrahim semasa didakwa atas salah guna kuasa. 241

INTERNATIONAL CRISIS GROUP (ICG) DAN HUBUNGAN ZIONIS 6. Benarkan dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mendapat sokongan kewangan dari George Soros bagi menghadapi kempen Piliharaya? Kenyataan ini disokong sendiri oleh Raja Petra Kamarudin. Dalam artikelnya yang ditulis pada 12 Febuari 2010 dalam lawan web MalaysiaToday bertajuk Anuar Shaari, dan George Soros, penulis kontroversi itu mendakwa I then called back the US and told my contact that the four people who were there are legitimate. I also gave him the names of the four people and my US contact conrmed that I was right. It is important that I conrm that these four are authorised to act on behalf of the 242 Free Anwar Campaign, my US contact informed me. Then he asked me another question. Is it true that the opposition is very short of money and that if they had a few million Ringgit then the opposition has a better chance of winning the next general election? That is true, I replied. Okay, my US contact told me. Then we will help arrange something for them. Ten or twenty million Ringgit is no problem for us. We can handle that. I found out later from a very senior party leader that the money came from George Soros (see more here: http:// www.georgesoros.com/). The four in fact personally met Soros in his ofce.

INTERNATIONAL CRISIS GROUP (ICG) DAN HUBUNGAN ZIONIS And I was even told who had arranged for the meeting and the subsequent funding. Mengikut kenyataan Raja Petra, Anwar Ibrahim didakwa mendapat sokongan kewangan yang besar bagi kempen pilihanraya beliau daripada rakan karibnya di ICG yang juga merupakan individu yang bertanggungjawab menjatuhkah ekonomi rantau asia tenggara. 7. Apakah pendirian George Soros terhadap Islam? George Soros yang dikenali dengan sikapnya yang pro aliran Sekular didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Kerajaan Israel yang umumnya menentang pergerakan Islam.

243

DISEBALIK BUKU JINGGA

244

37

DISEBALIK BUKU JINGGA 1. Apa itu Buku Jingga? Buku yang yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat mengenai bajet kerajaan pembangkang sekiranya mereka berjaya mencapai cita-cita mereka menawan Putrajaya dalam PRU13. Sebagai usaha Pakatan Rakyat untuk menyaingi Plan Transformasi Kerajaan BN (GTP). 2. Apa yang membezakan GTP dengan Buku Jingga? Kerajaan BN meletakkan sektor swasta sebagai Pemacu kepada ekonomi negara (Private sector driven - dimana 92% daripada pelaburan dan perbelanjaan Model Ekonom Baru akan datang daripada sektor swasta). 245 Buku Jingga pula meletakkan kerajaan Pakatan Rakyat sendiri sebagai pemacu ekonomi yang bermaksud kerajaan Pakatan Rakyat akan berbelanja besar melalui wang Petronas dan pengurangan perbelanjaan pembangunan serta harapan perbelanjaan yang tidak realistik. 3. Apa sebenarnya kandungan Buku Jingga.? Ada dua aspek diutarakan di dalam Buku Jingga iaitu: 10 janji yang akan dilaksanakan dalam masa 100 hari PKR menjadi Kerajaan Persekutuan. 39 janji dibawah tajuk Dasar Bersama atau Common Policy.

DISEBALIK BUKU JINGGA 4. Apakah janji-janji yang cuba ditaburkan di dalam Buku Jingga? Penghapusan tol lebuh raya. Pemberian RM500 kepada guru-guru. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma. Meningkatkan pendapatan isi rumah minima RM4,000 sebulan. Penghapusan subsidi RM19 billion kepada IPP (Independent Power Producer Penjana Tenaga Bebas). Royalti minyak 20% kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan. 246 Membatalkan Felda Plantation dan memberikan kepada generasi kedua felda. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah. Mereformasikan institusi SPR, SPRM, PDRM, Pejabat Peguam Negara. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air kepada kerajaan.

DISEBALIK BUKU JINGGA 5. Apakah implikasinya dan jumlah keperluan kewangan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji-janji tersebut? i. Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya: Melibatkan kos minima sebanyak antara RM50 billion-RM100 bilion. o Kerajaan perlu mengambil alih pengurusan 19 syarikat konsesi lebuh raya dan kos ini mungkin akan meningkat mengikut nilai semasa. ii. Janji untuk meningkatkan pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan: Kos kepada kerajaan sebanyak RM93.9 bilion setahun. 247 o Pendapatan isi rumah mesti berkembang pada kadar 21.7% setahun. o Berdasarkan 3.8 juta jumlah penduduk negara yang pendapatan isi rumah berjumlah RM4,000 ke bawah, Kerajaan terpaksa menambah wang tunai sebanyak RM2,045 sebulan kepada setiap isirumah. o Ini akan melibatkan peruntukan RM93.9 bilion setahun. o RM279 bilion diperlukan untuk tempoh 3 tahun. o RM465 bilion diperlukan untuk tempoh 5 tahun. iii. Pemberian RM500 kepada guru-guru: Kos kepada kerajaan sebanyak RM2.4 billion setahun hanya untuk 400,00 orang guru yang sedang berkhidmat.

DISEBALIK BUKU JINGGA Sekiranya janji ini dilaksanakan 1.2 juta anggota perkhidmatan awam yang lain akan menuntut faedah yang sama bermakna tambahan RM7.2 bilion peruntukan diperlukan. iv. Perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat Dianggarkan akan memerlukan kos kepada kerajaan RM1.2 billion v. Royalti 20% kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan. Sebanyak RM2.5 billion setahun diperlukan. 6. Apa akan terjadi kepada bajet kerajaan? Kerajaan akan mengalami bajet defisit yang sangat teruk sebagai tambahan desit RM39 bilion yang sedia ada. Hutang kerajaan akan meningkat mendadak.

248

DISEBALIK BUKU JINGGA 7. Apakah implikasi kepada kewangan kerajaan dengan desit tersebut? Malaysia akan muflis (hutang GDP 100%) pada tahun kedua tempoh pemerintahan Pakatan Rakyat memerintah. Berdasarkan janji Pakatan Rakyat, Malaysia akan berhutang sebanyak RM617 bilion untuk tahun pertama, RM783.5 bilion pada tahun kedua dan seterusnya negara terhutang hingga RM1,328.5 bilion pada tahun kelima. Pada tahun kedua, bajet defisit akan melebihi 10% GDP dan bebanan rakyat akan melebih 100% GDP. (sumber Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi). 249 8. Apakah kesimpulan yang dapat diperkatakan tentang buku jingga? Buku Jingga adalah satu percubaan pembangkang menabur janji janji kosong yang boleh mengakibatkan Malaysia akan bankrap dalam masa dua tahun. Buku Jingga adalah gagasan yang sama sekali tidak realistik dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Tidak menyatakan dengan jelas bagaimana pendapatan negara diperolehi bagi merealisasikan cita-cita mereka. Buku Jingga disediakan tanpa penyelidikan yang terperindi.

DISEBALIK BUKU JINGGA Tidak komprehensif dari pelbagai sudut ekonomi, sosial, budaya dan iklim global. Dibuat tanpa mengambil kira kemampuan kewangan negara. Buku Jingga banyak menekankan soal pengagihan kewangan tanpa memberikan cadangan kukuh dan tepat bagaimana untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan negara.

250

TUNTUTAN HASIL PETROLEUM NEGERI KELANTAN

252

38

TUNTUTAN HASIL PETROLEUM NEGERI KELANTAN 1. Bagaimana isu tuntutan hasil petroleum Kerajaan Negeri Kelantan ini timbul? Pada 9 Mei 1975, menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah telah menandatangani satu Surat cara Peletakhakkan (Vesting Deed/Instrument) yang dibuat menurut peruntukkan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144). Menerusi surat cara berkenaan, Kerajaan Negeri Kelantan telah meletak hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang tidak boleh batal (irrevocable) kepada Petronas berhubung eksplorasi (pencarian), eksploitasi, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai (onshore) atau di luar pantai (offshore) Malaysia. 253 Sebagai balasan kepada peletakhakkan, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang tidak boleh batal (irrevocable) kepada Petronas itu, pada tarikh yang sama, kedua-dua pihak telah menandatangani satu perjanjian (Perjanjian 1975) mengenai pembayaran sebagaimana yang disyaratkan di bawah Seksyen 4 Akta 144. Perjanjian Perjanjian ini menyatakan Petronas hendaklah membuat bayaran tahunan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dalam bentuk tunai yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Negeri Kelantan.

TUNTUTAN HASIL PETROLEUM NEGERI KELANTAN Tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan Walaupun hasil petroleum didapati dan diperoleh di luar pantai (offshore) Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat bahawa ia layak menuntut dan mendapat pembayaran 5 % sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perjanjian 1975. Tuntutan yang dibuat adalah seperti yang berikut: i) RM2 billion bagi keluaran di kawasan tuntutan bertindih Malaysia-Thailand. ii) RM9.7 billion bagi kawasan di sempadan perairan Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu. 2. Apakah kelayakan Negeri Kelantan untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam Perjanjian 1975? Terlebih dahulu perlu difahami kuasa Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan berhubung sempadan negeri dan negara dalam konteks negara persekutuan seperti Malaysia dan hak mencari gali petroleum menerusi undangundang tempatan dan antarabangsa. Undang-undang tempatan dan antarabangsa yang terlibat adalah : (a) Kanun Tanah Negara 1965. (b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu No.7/1967). (c) Akta Pelantar Benua 1966 [1966]. (d) Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95].

254

TUNTUTAN HASIL PETROLEUM NEGERI KELANTAN (e) Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144]. (f) Akta Zon Eksklusif Ekonomi 1984 [Akta 311]. (g) Perlembagaan Persekutuan. (h) United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982. (i) Convention on the Territorial Sea and Contiguous Zone 1958. (j) Convention on the Continental Shelf 1958. Sungguhpun Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) mendenisikan tanah negeri sebagai semua tanah di dalam negeri sama ada daratan atau dasar laut berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri tetapi terbatas setakat sempadan daratan dan perairan wilayahnya sendiri sahaja. KTN mengguna pakai denisi perairan wilayah (territorial waters) yang sama sebagaimana 255 didenisikan oleh Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu No.7/1967). (Rujukan) Definisi Tanah : Land includes(a) That surface of the earth and all substances forming that surface; (b) The earth below the surface and all substances therein; (c) All vegetation and other natural products, whether or not requiring the periodical application of labour to their production, and whether on or below the surface; (d) All things attched to the earth or permanently fastened to anyhthing attached to the earth, wheater on or below the surface; and (e) Land covered by water

TUNTUTAN HASIL PETROLEUM NEGERI KELANTAN Denisi Tanah Negeri: state land means all land in the State (including so much of the bed of any river, and of the foreshore and the bed of the sea, as is witihin the territories of the State or the limits of territorial waters) other than (a) alienated land; (b) reserved land; (c) mining land; (d) any land which, under the provisions of any law relating to forest (whether passed before or after the commencement of this Act) is for the time being reserved forests. Definisi Perairan Wilayah (territorial waters) : territorial waters has the meaning assigned to it in subsection 4(2) of the Emergency (Essential Powers) Ordinance, 256 No. 7/1969[P.U.(A) 307A/69]. Dalam konteks perairan wilayah, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu No.7/1967) dengan jelas menyatakan ukuran sempadan untuk negeri iaitu tidak lebih daripada 3 batu nautika yang diukur daripada tikas air surut (low water marks) [di bawah kuasa Kerajaan Negeri] dan ukuran sempadan untuk negara adalah 12 batu nautika yang diukur daripada garis pangkal (baselines) [di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan]. (Rujukan) Definisi Perairan Wilayah (territorial waters) di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu no.7/1967)

TUNTUTAN HASIL PETROLEUM NEGERI KELANTAN Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan Untuk Negara : mengenai perairan wilayah yang terdapatnya Subseksyen 3(1) di dalamnya hendaklah ditafsirkan sebagai Kelebaran perairan wilayah Malaysia suatu sebutan mengenai bahagian laut hendaklah dua belas batu nautika dan bersempadan dengan pantai negeri tersebut kelebaran hendaklah kecuali di Selat Melaka, tidak lebih daripada tiga batu nautika yang Laut Sulu dan Laut Celebes diukur menurut diukur daripada tikas air surut. Artikel-artikel 3,4,5,6,7,8,9,10,11,12 dan 13 [P.U.[A] 468/1969] Geneva Convention the Territorial Sea dan Contiguous Zon e (1958), yang Artikel-Artikel Ukuran-ukuran bagi sempadan perairan tersebut sepertimana yang dinyatakan dalam jadual. wilayah ini diterima pakai oleh negara menerusi Convention On The Territorial [P.U(A) 468/1969] Sea and Contiguous Zone 1958 dan Convention On The Continental Shelf Untuk Negeri : 1958 yang kemudiannya di atasi oleh Subseksyen 4(2) United Nations Convention on the Law Bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966 of the Sea (UNLOS) 1982 [Akta 83], Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95], Kanun Tanah Negara 1965 dan mana-mana undang-undang bertulis mengenai tanah yang berkuatkuasa di 257

TUNTUTAN HASIL PETROLEUM NEGERI KELANTAN (Rujukan) : Article 3 UNCLOS Breadth of the territorial sea Every State has the right to establish the breath of its territorial sea up to a limit not exceeding 12 nautical miles, measured from baselines determined in accordance with this Convention. Sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, UNCLOS 1982 dan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], semua hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli (termasuk petroleum) di pelantar benua (continental shelf) adalah terletak hak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri. Tiada 258 apa-apa keterangan yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan ada menyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada mana-mana Kerajaan Negeri sama ada menerusi manamana undang-undang atau perjanjian. Hak tersebut sentiasa berada di tangan Kerajaan Persekutuan dari dahulu sampai sekarang. Kerajaan persekutuan hanya mnyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada petronas menerusi akta kemajuan petroleum 1974 (akta 144) di mana petronas telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerjakerjaberkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum di pelantar benua yang berada di dalam kedaulatan wilayah Malaysia.

TUNTUTAN HASIL PETROLEUM NEGERI KELANTAN Begitu juga dengan kerajaan negeri Kelantan telah menyerahkan sepenuhnya haknya (tanpa boleh batal (irrevocable) kepada petronas untuk menjalankan kerjakerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum sama ada di daratan atau laut dalam kawasan perairan wilayahnya menerusi suratcara peletakhakkan yang dibuat menurutperuntukan subseksyen 2(2) akta kemajuan petroleum 1974 (akta 144) pada 9 mei 1975. Oleh itu adalah jelas negeri Kelantan tidak layak mendapatkan bayaran tunaidi bawah perjanjian 1975 bagi mana-mana medan atau telaga minyakyang di jumpai oleh petronas yang tidak berada dalam sempadan tanah negeri atau perairan wilayahnya sendiri iaitu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas (paras) air surut.

3. Apakah istilah yang disebut dalam Akta kemajuan petroleum 1974 mengenai Dalam isu tuntutan kerajaan negeri Kelantan pembayaran hasil minyak dan gas? ini, keterangan menunjukkan bahawa Istilah yang diguna pakai bagi maksud kedudukan medan/telaga minyak yang pembayaran tersebut adalah bayaran terlibat iaitu pm 301 dan pm 302 berada tunai dan tiada di mana bahagian sama di kawasan yang melebihi dari 100 batu ada di dalam Akta 144 atau Perjanjian 1975 nautika dari tikas air surut negeri Kelantan. mendenisikan atau merujuk perkataan bayaran tunai sebagai royalti. 259

TUNTUTAN HASIL PETROLEUM NEGERI KELANTAN 4. Adakah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu) 1969 akan terhapus apabila Akta Kemajuan Petroleum 1974 dikuatkuasakan? Tidak. Akta kemajuan petroleum 1974 adalah berkenaan pemberian seluruh hak pemunyaan eksklusif di atas petroleum dan hak, kuasa dan pemunyaan eksklusif untuk mencarigali, mengeksploit dan memperoleh petroleum sama ada di dalam (onshore) atau di luar pantai (offshore) Malaysia kepada PETRONAS. Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu) 1969 terutama sekali ordinan No.7 dan No.11, 1969 masih terpakai kerana ia memperuntukkan kedudukan had perairan wilayah negeri. Peruntukan ini amat penting dalam konteks mengenai hak negeri-negeri di perairan Malaysia. 260 5. Kenapa kedudukan Sabah dan Sarawak berbeza dengan negeri-negeri Semenanjung dalam isu pembayaran royalti? Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta perundangan-perundangan yang member hak ke atas kawasan pelantar benua. Hak kedua-dua negeri ke atas kawasan pelantar benua termaktub di dalam North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954 dan Sarawak (Alteration of Boundaries) order in council 1954].

TUNTUTAN HASIL PETROLEUM NEGERI KELANTAN Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang di iktiraf semasa menertai Malaysia pada tahun 1963. Sebagaiman yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, perkiraan bayaran kepada sabah dan Sarawak mengambil kira duti import,duti eksport petroleum kepada sabah dan Sarawak serta hasil perlombongan galian semulajadi. Ini adalah jaminan kelayakan yang di terima oleh negeri sabah dan Sarawak, yang tidak ada di negeri-negeri semananjung. 6. Mengapakah Kerajaan Persekutuan menawarkan Wang Ehsan kepada negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM20 juta dan bagaimanakah ia disalurkan? Kerajaan persekutuan menawarkan jumlah tersebut atas dasar ihsan dan budi bicara bagi tujuan membantu rakyat negeri Kelantan walaupun petroleum yang dihasilkan dari telaga gas pm 301 itu berada di luar perairan wilayah Negeri Kelantan. Wang ihsan berkenaan akan disalurkan menerusi jabatan pembangunan persekutuan Negeri Kelantan (JPP) dalam bentuk projek pembangunan dan program pembasmian kemiskinan yang akan di laksanakan secara telus oleh Kerajaan Persekutuan.

261

TUNTUTAN HASIL PETROLEUM NEGERI KELANTAN 7. Apakah kenyataan YB Tengku Razaleigh Hamzah (bekas Pengerusi Petronas) bahawa royalti patut dibayar kepada negeri Kelantan dari hasil petroleum yang diperoleh dari luar perairan negeri tersebur serta mempertikaikan pemberian Wang Ehsan adalah berasas? Kenyataan ini tidak berasas sama sekali dan menyimpang dari lunas fakta dan undangundang serta mengelirukan. Sepatutnya, YB menerangkan fakta sebenar bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai hak mutlak ke atas hasil petroleum yang diperoleh dari luar kawasan perairan wilayah Negeri Kelantan dan dengan budi bicara Kerajaan Persekutuan, sebahagian daripada hasil tersebut turut dapat dinikmati oleh rakyat walaupun di sisi perundangan dan kontrak negeri Kelantan tidak layak dan/atau berhak kepadanya. 262 8. Apakah cadangan pindaan yang diusulkan oleh Ketua Pembangkang dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144)? Ketua pembangkang (dato seri anwar Ibrahim) pada 30 November 2009 telah mengemukakan cadangan agar peruntukan seksyen 10 Akta Kemajuan Petroleum 1974 dipinda dengan memotong tanda noktah pada penghujung seksyen tersebut dan memasukkan perkataan-perkataan yang berikut:

TUNTUTAN HASIL PETROLEUM NEGERI KELANTAN ..dan kawasan di luar pantai bermaksud sebahagian kawasan di tengah laut terbuka di luar pesisir pantai yang berada di dalam had zon ekonomi eksklusif bagi persekutuan dan di ukur menurut undang-undang yang diterima pakai oleh persekutuan pada masa berkaitan. Berdasarkan cadangan pindaannya, nyatalah ketua pembangkang menyedari bahawa kerajaan negeri Kelantan dan negeri-negeri lain tidak mempunyai hak ke atas hasil petroleum yang dijumpai dan diperolehi di luar 3 batu nautika perairan wilayah negeri-negeri. 9. Apakah jalan penyelesaian untuk merungkai kemelut ini? Pihak-pihak terbabit boleh rujuk ke mahkamah sebagaimana yang pernah dibuat menerusi kes tuntutan kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2001.

263

AIR KURANG BERSIH DI KELANTAN

264

39

AIR KURANG BERSIH DI KELANTAN 1. Siapakah yang mengurus bekalan air di Kelantan? Bekalan air di Kelantan diuruskan oleh syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). Setakat ini hanya 55.7% daripada 4.54 juta penduduk Kelantan menerima air terawat. 2. Selain daripada mendapat bekalan air terawat AKSB, dari sumber manakah rakyat negeri Kelantan mendapat bekalan air? Kira-kira 45% rakyat Kelantan bergantung kepada bekalan air perigi, telaga tiub dan sungai. Walau bagaimanapun bekalan air daripada sumber-sumber ini semakin susut akibat : o Pencerobohan terhadap alam sekitar seperti aktiviti mengorek pasir secara haram. o Pelupusan sampah secara tidak teratur. o Pembuangan sisa industri. 3. Bagaimanakah tahap kebersihan dan kualiti air di Kelantan? Data Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai status bekalan air bersih di seluruh negara menunjukkan bahawa: o Kelantan menduduki tempat paling bawah dan dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang bersih.

265

AIR KURANG BERSIH DI KELANTAN Hasil uji kaji Kementerian Kesihatan bagi tempoh 2008-2010 mendapati: o Air di Kelantan mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum. o Boleh memudaratkan kesihatan seperti penyakit kanser, komplikasi hati, jantung dan gangguan saraf (menggeletar seperti penyakit parkinson). 4. Apakah punca yang menyebabkan air di Kelantan kurang bersih? Pencemaran sungai yang serius dan tidak terkawal. Loji air sedia ada tidak mampu merawat air mentah yang mengalami pencemaran yang teruk. Kegagalan pengurusan air di Kelantan seperti saluran paip yang kecil dan tidak mampu menampung tekanan tinggi. 5. Adakah Kerajaan Pusat menzalimi rakyat Kelantan? Tidak benar. Kelantan menerima peruntukan bekalan air luar bandar di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. KKLW memperuntukkan RM6.5 juta, peruntukan tertinggi berbanding negerinegeri lain.

266

AIR KURANG BERSIH DI KELANTAN Pada 2011, Kerajaan Pusat membelanjakan RM213 juta untuk membangunkan loji dan menguruskan bekalan air bersih untuk rakyat Kelantan. Apabila loji air ini telah siap dilaksanakan, Kerajaan Pusat akan memberikannya secara percuma kepada Kerajaan PAS Kelantan. 6. Bagaimanakah Kerajaan PAS Kelantan memanfaatkan peruntukan besar yang diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah bekalan air? Siasatan Audit melaporkan bahawa peruntukan besar tersebut tidak dimanfaatkan dengan sewajarnya untuk memperbaiki sistem pembekalan air terawat dan bersih. Rakyat Kelantan selama dua dekad terpaksa menggunakan air kurang bersih untuk kegunaan harian.

267

LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN

268

40

LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Ladang Rakyat? Ladang Rakyat adalah satu projek yang diusahakan oleh Kerajaan PAS Negeri Kelantan di bawah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat yang ditubuhkan pada 26 Januari 2006. Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat adalah diurus tadbir oleh Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Matlamatnya ialah untuk mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Kelantan melalui sektor perladangan. 2. Siapakah yang layak menjadi peserta Ladang Rakyat? Rakyat Kelantan yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM530.00 sebulan Mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar Pemohon adalah terdiri daripada mereka yang tidak menerima lain-lain bantuan samada daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. 3. Bagaimanakah proses pemilihan calon peserta? Pencalonan rakyat miskin dilakukan oleh Penghulu lantikan Kerajaan Negeri dan dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan 269

LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN Negeri (PAS) / Penyelia Dewan Undangan Negeri (PAS) bagi kawasan yang dimenangi BN. 4. Bolehkah peserta ini digugurkan selepas menyertai program? Peserta boleh digugurkan dengan dua (2) sebab seperti berikut : i. Telah terkeluar dari garis kemiskinan dan akan diganti dengan peserta lain. ii. Sekiranya peserta gagal menghadiri aktiviti-aktiviti peneguhan jati diri anjuran Perbadanan Ladang Rakyat sebanyak tiga (3) kali. 5. Apakah peserta Ladang Rakyat menikmati faedah daripada program ini? Setakat Julai 2006, jumlah peserta Ladang Rakyat adalah seramai 4,332 orang. Walaupun peserta diberikan dividen berjumlah RM200 sebulan, mereka tidak melepasi tahap miskin tegar kerana jumlah besar terakhir masih diparas RM 730. Ini bermakna bahawa program Ladang Rakyat tidak dapat melonjakkan pendapatan peserta sekali gus gagal dalam mencapai matlamat penubuhannya.

270

LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN 6. Adakah benar peserta tidak terlibat secara langsung dalam mengusahakan tanah tersebut ? Benar. Tanah-tanah kerajaan yang diambil untuk tujuan Ladang Rakyat adalah diusahakan oleh syarikat-syarikat persendirian, bukan sebagaimana yang dilakukan oleh FELDA di mana peserta mengusahakan tanah mereka sendiri dengan bantuan Kerajaan. 7. Adakah pengurusan tanah Ladang Rakyat diperiksa oleh Audit Negara? Ya. Audit Negara pada tahun 2008 pernah mempersoalkan mengapa Kerajaan Kelantan hanya mendapat balik pulangan dari aspek royalti dan premium tanah sahaja, manakala pihak syarikat mengaut keuntungan yang 271 besar daripada program ini. Ini jelas menunjukkan bahawa program ini menyimpang daripada matlamat asal. 8. Adakah benar dakwaan yang menyatakan Ladang Rakyat ini digunakan untuk kepentingan parti? Adalah didakwa sebanyak 39 syarikat di bawah telah mendapat konsesi balak di Hulu Kelantan seluas 47,927 hektar seperti berikut yang bernilai dalam lingkungan RM 923 juta. Syarikat yang terlibat ialah : 1. Alan-Asra Agroutures Sdn. Bhd (607 Hektar) 2. Alifya Forestry Sdn. Bhd. (404.6 Hektar) 3. Ash-Har Travel & Tours Sdn. Bhd (404.6 Hektar)

LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN 4. Binaan Budi Sawmill Sdn. Bhd (404.6 Hektar) 5. Bahtera Resources Sdn. Bhd (607 Hektar) 6. Bukti Liang Sdn. Bhd (607 hektar) 7. Cosmos Option Sdn. Bhd (404 hektar) 8. Desa Industry Sdn. Bhd (404.6 hektar) 9. Embun Ria Sdn. Bhd (607 hektar) 10. Euromawar Sdn .Bhd (600 hektar) 11. Excel Sdn. Bhd (404 Hektar) 12. Focal Technology Sdn. Bhd (500 hektar) 13. Gentie Country Sdn. Bhd (607 hektar) 14. ICM Food Ans Beverage (400 hektar) 15. Masco Engeneering and Contruction Sdn. Bhd (607 hektar) 16. Indah Ehsan Holding Sdn. Bhd (607 hektar) 17. Inxion Construction Sdn. Bhd (607 hektar) 18. Jejaka Makmur Sdn. Bhd (328 hektar) 19. Kesan Progresif Sdn. Bhd (607 hektar) 272 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. Keysem Sdn. Bhd (404.6 hektar) Khazanah Muara Sdn. Bhd (607 hektar) Malaysia- Beijing Holding Sdn. Bhd (404.6 hektar) Narsco Holding Sdn. Bhd (607 hektar) Nostalgia Makmur Sdn. Bhd (607 hektar) Orkid Bina Sdn. Bhd (404.6 hektar) PKINK (809.3 hektar) Pusat Pembangunan PONDOK Berhad (445.15 hektar) Rohbtar Sdn. Bhd (607 hektar) Sindiyah Sdn. Bhd (607 hektar) SKKPJ (Tanah Merah) Development Sdn. Bhd (607 hektar) Success Target Sdn. Bhd (202 hektar) Sumber Wira Sdn. Bhd (202 hektar) Telda Corporation Sdn. Bhd (486 hektar) Timber Master Smallholder Sdn. Bhd (404.7 hektar) V.O.G.U.E Wood Sdn. Bhd (404.7 hektar)

LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN 36. 37. 38. 39. Vitrex Timber Industri Sdn. Bhd (404.7 hektar) Yakin Kota Bharu (8,093 hektar) Yayasan Islam Kelantan (YIK) (6,130 hektar) Yunaland Dev Sdn. Bhd (600 hektar). 5. Ladang Rakyat PosPasek, Gua Musang (10,704 ekar) 6. Ladang Rakyat Limau Kasturi, Gua Musang (3,271 ekar) 7. Ladang Rakyat Pos Pulat, Gua Musang (3,818 ekar) 8. Ladang Rakyat Pos Dakoh, Gua Musang (852 ekar) 9. Ladang Rakyat Pos Belatim, Gua Musang (1,410 ekar) 10. Ladang Rakyat Tuel, Gua Musang (4,978 ekar) 11. Ladang Rakyat Pos Dakoh dan Pos Belatim, Gua Musang (7,000 ekar ) 12. Ladang Rakyat Pos Humid, Gua Musang (1,087 ekar) 13. Ladang Rakyat PosRelai, Gua Musang (954 ekar) 14. Ladang Rakyat Sokor, Tanah Merah (1,965 ekar)

9. Berapakah jumlah keluasan tanah Kerajaan yang diambil bagi tujuan Ladang Rakyat? Jumlah keseluruhan sebanyak 63,422 ekar tanah yang melibatkan kawasan seperti berikut : 1. Ladang Rakyat Lubok Bongor, Jeli (8,043 ekar) 2. Ladang Rakyat Kuala Balah, Jeli (3,859 ekar) 3. Ladang Rakyat Kandek, Kuala Krai (5,591 ekar) 4. Ladang Rakyat Renok, Gua Musang (7,252 ekar) 273

LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN 10. Apakah kelebihan FELDA berbanding dengan Ladang Rakyat?

274

LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN 11. Apakah benar program Ladang Rakyat menimbulkan kegelisahan di kalangan peserta-peserta? Ya. Pelbagai rungutan dikemukakan oleh rakyat Kelantan antaranya adalah seperti berikut :o Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan merampas tanah rakyat. o Rakyat di Kampung Serian sanggup keluar beramai-ramai untuk mempertahankan tanah mereka. Ini didakwa berlaku di Kampung Miak dan Kuala Malligai. o Tiada sebarang pampasan diberikan, janji untuk membayar pampasan tidak ditunaikan dengan alasan iaitu selagi tidak mendapat geran, selagi itulah tanah tersebut tidak menjadi hak milik mereka. 275 o Pemilihan peserta ladang rakyat dibuat semata-mata untuk kepentingan politik dan mereka yang melakukan kerja-kerja parti serta menghadiri ceramah parti. o Program ladang rakyat ini juga tidak memberikan pemilikan tanah kepada peserta. o Masyarakat orang asli menghadapi nasib yang sama kerana tanah mereka diambil oleh kerajaan. o Hanya sebahagian kecil ladang rakyat telah mengeluarkan hasil dan selebihnya masih diusahakan. o Syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan perbadanan ini telah mendapat keuntungan besar daripada hasil pembalakan.

PENDATANG ASING TANPA IZIN DI SABAH DAN WILAYAH LABUAN

276

41

PENDATANG ASING TANPA IZIN DI SABAH DAN WILAYAH LABUAN 1. Siapakah yang ditakrifkan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)? Seksyen 55E(7), Akta Imigresen, 1959/63 mentakrifkan Pendatang Tanpa Izin sebagai mana-mana orang, selain daripada warganegara yang menyalahi Seksyen 5, 6, 8, 9 dan Akta Imigresen, 1959/63 atau Peraturan-peraturan Imigresen, 1963. Secara umum, PATI ialah: o Mereka yang masuk melalui pintu masuk yang tidak sah. o Mereka yang masuk melalui pintu masuk yang sah tetapi telah tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan. o Mereka yang masuk tanpa menggunakan dokumen yang sah. o Kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibu-bapa yang asalnya PATI dan 277 sebilangannya memiliki Pas Kerja Sementara yang telah pulang ke negara asal. 2. PATI di Sabah berasal daripada mana? Filipina. Indonesia. Lain-lain negara seperti India, Pakistan, Vietnam dan China. 3. Apakah faktor-faktor kemasukan PATI ke Sabah? Faktor penolak: Wujudnya keadaan yang tidak stabil di selatan Filipina dan kehidupan rakyat yang sukar dan masalah kemiskinan. Begitu juga di Indonesia di mana kadar

PENDATANG ASING TANPA IZIN DI SABAH DAN WILAYAH LABUAN penganggurannya amat tinggi. Faktor penarik: Wujudnya banyak peluang pekerjaan di Sabah, terutama di kawasan perladangan yang memerlukan tenaga pekerja asing. 4. Di manakah tumpuan PATI? Kawasan bandar (Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau). Kawasan luar bandar. Kawasan perladangan. 5. Berapa ramaikah PATI yang ada di Sabah? Tiada statistik yang tepat jumlah PATI 278 Kehadiran mereka dipolitikkan (didakwa mereka dijadikan Pengundi Hantu). di Sabah kerana kemasukan mereka sebahagian besar melalui laut yang mana perairan di Sabah yang luas dan panjang menyukarkan pemantauan oleh pihak berkuasa. 6. Apakah implikasi kedatangan PATI di Sabah? Peningkatan kadar jenayah sosial. Persaingan yang tidak sihat dalam bidang ekonomi dan peluang pekerjaan dengan warganegara Malaysia.

PENDATANG ASING TANPA IZIN DI SABAH DAN WILAYAH LABUAN 7. Apakah tindakan yang di ambil oleh agensi penguat kuasa dalam menangani isu PATI? Agensi penguatkuasaan telah menjalankan beberapa program untuk menangani isu PATI antaranya: 2002 OPS Nyah (Operasi bersepadu diterajui Polis Diraja Malaysia). 2008 Program Pemutihan o 312,837 PATI dipulihkan dengan mendaftarkan diri secara sah oleh kerajaan. 2009 Program Pemutihan o 161,747 PATI telah diputihkan dengan mendaftarkan diri secara sah. 2011 Program 5P (Pendaftaran, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran). o 161,370 PATI telah didaftar di bawah Program 5P. o 5P telah dijalankan sejak 18 Julai 2011 hingga kini.

279

PENDATANG ASING TANPA IZIN DI SABAH DAN WILAYAH LABUAN


2 PERINGKAT:i. (18 Julai 2011 hingga 10 Ogos 2011) ii. (Oktober 2011 hingga November 2011)

PENDAFTARAN

Proses Mendaftar PATI untuk di hantar balik atau dijamin oleh majikan dengan menggunakan Mesin Biometrik.

8. Benarkah dakwaan terdapat PATI yang telah diberi sijil Kewarganegaraan Malaysia? Tidak benar sama sekali. Walau bagaimanapun, warganegara asing yang telah bermastautin dan memenuhi kriteria BOLEH memohon permit masuk untuk tinggal di Sabah. Kriteria untuk memohon permit masuk boleh dirujuk melalui laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia:-

PENGAMPUNAN

Proses pemulangan PATI ke Negara asal tanpa sebarang tindakan dan telah dilaksanakan pada 11 Ogos 2011.

PEMANTAUAN

Tempoh seminggu diberikan selepas 11 Ogos 2011 untuk memastikan data PATI telah dikemas kini.

PENGUATKUASAAN

Tiada tempoh ditetapkan. Setiap agensi penguatkuasaan akan melaksanakan tugas masing-masing terhadap PATI yang tidak mendaftar melalui program 5P. Tiada tempoh ditetapkan. Pihak berkuasa akan melaksanakan penangkapan, pendakwaan dan pengusiran kepada PATI yang tidak mendaftar di bawah program 5P.

PENGUSIRAN

280

PENDATANG ASING TANPA IZIN DI SABAH DAN WILAYAH LABUAN Kategori Permohonan Permit Masuk dibahagikan kepada empat (4) kategori seperti berikut: o Kategori Pelabur High Net Worth Individual o Kategori suami/isteri/anak berumur bawah 6 tahun kepada warganegara o Kategori golongan pakar dan profesional o Kategori sistem mata 9. Apakah usaha kerajaan untuk mengatasi isu PATI di Sabah? Kerajaan bersungguh-sungguh melaksanakan langkah-langkah mengatasi masalah berkaitan PATI di Sabah. Antara langkahnya adalah seperti berikut: o Tindakan penguatkuasaan yang berterusan oleh semua pihak penguat kuasa. 281 o Meningkatkan tindakan undang-undang terhadap majikan yang menggajikan PATI. o Mendidik dan menyedarkan rakyat Malaysia agar tidak melindungi PATI. o Mengadakan pelbagai operasi penangkapan dan pengusiran seperti Ops Tanduk, Operasi Bersepadu, Operasi Nyah, Ops 6P dan Ops 5P. 10. Berapa ramaikah PATI yang telah dihantar pulang ke negara asal mereka? Sejak 1990 hingga Februari 2012, 359,886 PATI di Sabah telah dihantar pulang ke negara asal mereka seperti Filipina dan Indonesia.

BORNEONISASI DI SABAH

282

42

BORNEONISASI DI SABAH 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Borneonisasi ? Borneonisasi adalah satu istilah yang digunakan oleh Pembangkang untuk mewujudkan sentimen Sabah For Sabahan. 2. Adakah Isu Borneonisasi ini masih relevan di Sabah? Selepas Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, istilah Borneonisasi tidak lagi relevan kerana Sabah telah menjadi negerinegeri yang membentuk Malaysia. 3. Benarkah dakwaan pembangkang bahawa Sabah tidak mempunyai hak autonomi dalam menentukan arah tuju dasar negara? Tidak benar kerana dalam konteks Persekutuan setiap kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam menentukan arah tuju dasar negara, wakil semua negeri ada dalam Kabinet Persekutuan dan semua keputusan dibuat secara konsensus. Justeru, tidak timbul lagi soal autonomi.

283

BORNEONISASI DI SABAH 4. Benarkah dakwaan yang mengatakan jawatan-jawatan penting tertinggi di Sabah dimonopoli dan ditentukan oleh pegawai-pegawai Semenanjung? Di peringkat awal penubuhan Malaysia, memang diakui bahawa jawatan-jawatan Persekutuan di Sabah diisi oleh pegawaipegawai dari Semenanjung. Bagaimanapun ini bukan bertujuan untuk memonopoli, tetapi bertujuan untuk melatih pegawai Sabah mengambil alih jawatan penting. Sekarang kebanyakan jawatan tinggi Persekutuan di Sabah diisi oleh anak tempatan. Sehingga Julai 2011, seramai 60 orang anak tempatan Sabah telah dilantik sebagai Ketua Jabatan dan Ketua Badan Berkanun dalam agensi dan jabatan Persekutuan di Sabah. Jumlah keseluruhan jawatan Persekutuan di Sabah ialah 130 dan anak tempatan menyandang 46% daripada jumlah tersebut. Jumlah ini tidak meliputi jawatan penting di Semenanjung yang diketuai oleh anakanak Sabah, termasuk jawatan Menteri dan Timbalan Menteri, Peguam Negara, Speaker Dewan Rakyat, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Naib Canselor Universiti dan Duta Malaysia di Luar Negara.

284

BORNEONISASI DI SABAH 5. Benarkah Perjanjian Penubuhan Malaysia 6. Adakah amalan membaca doa setiap kali majlis rasmi bermula itu mencabuli hak terbatal selepas Singapura menarik diri kebebasan beragama rakyat Sabah? pada 1965? Tidak benar. Singapura disingkirkan daripada Malaysia atas persetujuan Parlimen Malaysia. Tindakan penyingkiran ini disebabkan People Action Party (PAP) Singapura mempersoalkan kesahihan Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan isuisu perkauman yang boleh menimbulkan perbalahan dan kacau bilau antara kaum. Tidak, ini kerana pada 1971, Perlembagaan Negeri telah dipinda dengan memasukan Perkara 5(a) iaitu Agama Islam menjadi agama rasmi bagi Negeri Sabah. Usul ini telah diluluskan oleh Kabinet Negeri yang mendapat sokongan 2/3 majoriti Dewan Undangan Negeri Sabah pada ketika itu. Tindakan ini mencerminkan semangat Perlembagaan Persekutuan. Rentetan daripada pindaan tersebut, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) diwujudkan untuk mentadbir hal ehwal Agama Islam di Sabah.

285

BORNEONISASI DI SABAH 7. Apakah Perkara 20 dan benarkah ia telah diabaikan selepas pembentukan Malaysia? Perkara 20 adalah tuntutan dan syarat rakyat Sabah menyertai Malaysia. Perkara 20 bukanlah dokumen yang boleh dilihat secara berasingan daripada Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana tuntutan 20 perkara itu telah diserapkan ke dalam fasal-fasal Perlembagaan Persekutuan contohnya, status Bumiputera Sabah, hak-hak imigresen, yang memberi kuasa khusus kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dituntut di dalam 20 perkara tersebut. Oleh yang demikian tidak timbul isu kononnya kerajaan Persekutuan mengabaikan isu 20 perkara itu.

286

TANAH ADAT DI SABAH

288

43

TANAH ADAT DI SABAH 1. Apakah yang ditakrifkan sebagai Tanah Adat (Native Customary Rights)? NCR ialah hak istimewa yang diberikan kepada Anak Negeri Sabah yang telah menetap dan mengusahakan tanah Kerajaan untuk tujuan sara hidup selama tiga tahun berturut-turut dan juga tertakluk kepada seksyen 5,6,13-16, 65 dan 88. Section 65. Customary tenure means lawful possession of land by natives either by continuous occupation or cultivation for three or more consecutive years or by title under this Part or under the Poll Tax Ordinance, or Part IV of the Land Ordinance, 1913. 2. Berapa jenis dan seluas manakah Tanah Adat di Sabah? Jenis Tanah Adat dan keluasannya adalah seperti berikut:
Hakmilik Tanah Berdaftar Sehingga 21 Disember 2011
JENIS HAKMILIK Native Title (NT) Field Register (FR) Town Lease (TL) Country Lease (CL) Provisional Lease (PL) JUMLAH BILANGAN 173,496 16,956 19,942 132,207 6,051 348,552 LUAS (HEKTAR) 443,867 43,813 3,207 1,283,569 196,505 1,970,961

289

TANAH ADAT DI SABAH 3. Berapakah jumlah Tanah Adat (NCR) yang telah dimiliki/diluluskan di Sabah sehingga kini? Jumlah Tanah Adat yang diluluskan ditunjukkan oleh rajah di bawah:
FR 5% TL 5% CL 38% PL 9.97% NT 22.5% FR 2.2%

Mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pejabat Pemungut Hasil Tanah (PPHT). Mengadakan Siasatan Tanah (L.E.) melalui laporan lapangan dan pengesahan daripada Ketua Kampung untuk memutuskan tuntutan tersebut.

TL 0.2%

5. Dimanakah taburan Tanah NCR di Sabah & berapa perserta terlibat? Taburan Tanah NCR dan peserta yang terlibat seperti berikut:
KENINGAU Sook Plain (1,065 peserta) Mandalom ( 1,884 peserta) TENOM Mangkalias (437 peserta ) Pengulobon I (116 peserta ) Pengulobon II (41 peserta ) Kabintaluan (601 orang ) SIPITANG Melamam/ Mendolong ( 398 peserta ) NABAWAN/ PENSIANGAN Sepulut 4 (180 peserta ) Sumantalun (264 peserta ) LABUK SUGUT (BELURAN) Lubang Buaya/ Lakang (217 peserta) Talidusan ( 78 peserta) TONGOD Lalampas (1022 peserta ) Etilibon ( 107 peserta ) Mangkawago (86 peserta ) Purutawoi (169 peserta ) Kawayoi / Inarad ( 417 peserta ) TAMBUNAN Widu ( 186 peserta ) KINABATANGAN ( Tanah)/LAHAD D (Pentadbiran) Tambisan Darat ( 392 peserta ) Sg. Nipah (48 peserta ) Pamanhutan (89 peserta ) ATU

NT 50%

PL 2%

CL 65.1%

BILANGAN HAKMILIK

KELUASAN (HEKTAR)

4. Apakah prosedur untuk menuntut tanah NCR ini? Penuntut mestilah seorang Anak Negeri Sabah. 290

TANAH ADAT DI SABAH 6. Mengapakah proses penyiasatan ke atas bidang tanah NCR terlalu lama? Proses penyiasatan mengambil masa yang lama kerana ia memerlukan penuntut memanggil saksi yang ramai dan proses ini mesti melalui proses perundangan di mahkamah. 7. Apakah langkah penyelesaian yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi mangatasi pengeluaran geran tanah? Untuk mempercepatkan proses pemberimilikan tanah syarat NT kepada Anak Negeri Sabah dan menyelesaikan isu NCR, Kerajaan Negeri Sabah, melalui Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, telah mewujudkan kaedah pemberimilikan tanah 291 yang baharu iaitu melalui Pemberimilikan Tanah Terancang Fast Track untuk pengeluaran GERAN KOMUNAL. 8. Apa itu Geran Komunal? Geran Komunal yang telah di bangunkan secara usaha sama antara agensi kerajaan negeri, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan anak negeri Sabah tempatan (peserta/benisiari). 9. Berapa banyakkah Geran Komunal yang telah dikeluarkan dan telah dilaksanakan sehingga kini? Maklumat pengeluaran GK adalah seperti berikut: Geran Komunal di Tongod o Melibatkan satu kawasan seluas 9,120 ekar dengan 1,022 benesiari.

TANAH ADAT DI SABAH Geran komunal di Tenom o Melibatkan empat kawasan seluas 13,453 ekar dengan 1195 benesari. Geran Komunal di Nabawan o Melibatkan dua kawasan seluas 9,000 ekar dengan 444 benesari. 10. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk mengeluarkan lebih banyak Geran Komunal ini bagi mengatasi masalah kelewatan pengeluaran geran, kos pengukuran yang mahal dan pertindihan permohonan? Ya. Kerajaan memang merancang untuk mengeluarkan lebih banyak Geran Komunal pada masa akan datang seperti di Kota Marudu, Pitas, Ranau dan Labuk Sugut. 292 11. Bagaimanakah peserta/benesiari Geran Komunal akan memperoleh faedah/keuntungan? Sekiranya benefisiari bersetuju untuk mengadakan usaha sama dengan pihak pemaju, maka mereka akan mendapat keuntungan daripada segi dividen, peluang pekerjaan dan peluang perniagaan. Sekiranya benefisiari ingin mengusahakan tanah tersebut secara sendiri, maka hasil keuntungan bergantung pada usaha mereka sendiri.

TANAH ADAT DI SABAH 12. Berapa lamakah peserta/benesiari akan terikat dengan geran ini? Kekal. Hanya jika mereka sendiri yang memohon untuk mengeluarkan nama mereka daripada senarai dalam Geran Komunal. 13. Bolehkah Geran Komunal ini dipecahpecahkan/dibahagi-bahagikan kepada individu yang berkenaan? Geran Komunal boleh dipecah bahagi tertakluk kepada kelulusan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur. 14. Bolehkah Geran Komunal ini diwarisi oleh ahli keluarga? Penambahan, penyingkiran dan penggantian 293 benesiari hanya boleh dilakukan melalui siasatan terperinci oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah Daerah berkenaan dan tertakluk kepada kelulusan Pengarah Tanah dan Ukur. 15. Apakah kebaikan Geran Komunal ini? Melindungi kepentingan Anak Negeri Sabah ke atas tanah di kawasan perkampungan mereka. Mengambil kira tuntutan Anak Negeri Sabah ke atas tanah yang dipertikaikan. Memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk luar bandar jika dibangunkan secara usaha sama. Pemberimilikan tanah yang sistematik dan teratur.

TUDUHAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA

294

44

TUDUHAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA Walaupun ini bukanlah nak dikatakan majlis nak mengangkat sumpah secara rasmi atau pun apa. Tapi saya nak nyatakan, Atas nama ALLAH WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI bahawa saya tidak terlibat dan saya tidak mengenali perempuan Moggolia yang dituduh sewenang-wenangnya oleh pihak yang tertentu. Biarlah ALLAH menjadi saksi kepada apa yang saya katakan di dalam Masjid Guar Perahu ini, saya tidak mahulah orang kata ini satu sumpah rasmi. Ini bukan sumpah rasmi tapi ini urusan saya dengan ALLAH SWT. Saya pernah cakap ini sebab saya tahu bahawa saya berdiri atas prinsip yang benar, jadi saya tak mahu kata pihak orang lain. Orang lain nak sumpah 295 tak sumpah itu kita masing-masinglah buat kesimpulan. Tapi kalau dia cuba nak ejek, provok saya, saya kata saya tak khuatir, saya tetap berdiri di atas landasan yang saya tahu adalah yang benar. Mudah-mudahan ALLAH SWT akan menentukan segalagalanya. Terima kasih Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Lafaz sumpah Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di depan jemaah Masjid Guar Perahu, Pulau Pinang pada 22 Ogos 2008

KAJIAN BELIA NEGARA

296

45

KAJIAN BELIA NEGARA 1. LATARBELAKANG Himpunan Jutaan Belia sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012 menyaksikan 500 acara dalam 38 segmen, 1000 persembahan dan 24 pentas disepanjang 6 kilometer menjadikan HBN antara 10 Karnival terbesar di dunia. HBN mula diadakan pada tahun 2010 dan pada 2012 merupakan yang ke tiga dimana konsep penganjuranya secara besarbesaran di Putrajaya. Temanya Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini. Sasaran belia yang hadir ke perhimpunan tersebut ialah 2 juta daripada 11.9 juta belia di Malaysia atau 41.5% daripada keseluruhan penduduknya. Sasaran pada tahun ini adalah sekali ganda dari tahun lepas. Pelbagai aktiviti dan acara yang mempamerkan budaya, kesenian, sukan, rekreasi, kerohanian, keusahawanan dan banyak lagi sebagai menifestasi kepada minat, tenaga dan kreativiti daripada belia.

297

KAJIAN BELIA NEGARA METODOLOGI KAJIAN Temu bual bersemuka dan edaran soal selik kajian oleh anggota Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) SAMPEL KAJIAN Sample bagi kajian ini sebanyak 32,850 orang dalam kalangan warga negara Malaysia berumur 15 hingga 40 tahun yang merupakan golongan belia. Pemilihan sample di lakukan secara rawak di lokasi perhimpunan Jutaan Belia (Putrajaya). PUNGUTAN DATA Pungutan data bagi kajian ini dijalankan pada 23 hingga 27 Mei 2012. SKOP KAJIAN Warga Negara Malaysia dalam kalangan belia berumur 15 hingga 40 tahun yang menyertai Perhimpunan Jutaan Belia di Putrajaya.

298

KAJIAN BELIA NEGARA PROFIL RESPONDEN KAJIAN

299

KAJIAN BELIA NEGARA PROFIL RESPONDEN - MENGIKUT JANTINA 52.0% responden adalah lelaki manakala 47.9% adalah responden wanita.

300

KAJIAN BELIA NEGARA PROFIL RESPONDEN - MENGIKUT KAWASAN 68.7% daripada responden dari kawasan bandar, manakala 30.5% dari kawasan luar bandar.

301

KAJIAN BELIA NEGARA PROFIL RESPONDEN - MENGIKUT KAUM Majoriti responden merupakan kaum Melayu (77.4%). Diikuti kaum Cina (10.5%).

302

KAJIAN BELIA NEGARA PROFIL RESPONDEN - MENGIKUT KUMPULAN UMUR 38.4% responden yang hadir adalah berumur 15 hingga 20 tahun.

303

KAJIAN BELIA NEGARA PROFIL RESPONDEN - MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN 42.2% responden mendapat pendidikan di tahap SPM/MCE/SPVM. Disusuli dengan responden berpendidikan STPM/Diploma (28.7%).
16000 14000 12000 10000 8000 6000 4000 2000 0 155 (0.5%) 498 (1.5%) 2797 (8.5%) 13872 (42.2%) 9415 (28.7%) 5423 (16.5%) 490 (1.5%) 200 (0.6%)

304

KAJIAN BELIA NEGARA PROFIL RESPONDEN - MENGIKUT JENIS PEKERJAAN Pelajar merupakan golongan yang tertinggi hadir ke Program Himpunan Jutaan Belia 2012 (46.7%).

305

KAJIAN BELIA NEGARA PROFIL RESPONDEN - MENGIKUT SEKTOR MAJIKAN 52.4% responden tidak mempunyai majikan memandangkan mereka terdiri daripada golongan pelajar, suri rumah dan penganggur.

306

KAJIAN BELIA NEGARA RUMUSAN 1 - PENILAIAN GOLONGAN BELIA TERHADAP KERAJAAN 52.4% responden tidak mempunyai majikan memandangkan mereka terdiri daripada golongan pelajar, suri rumah dan penganggur.

307

KAJIAN BELIA NEGARA RUMUSAN 2 - PENILAIAN GOLONGAN BELIA TERHADAP PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 Tahap persetujuan golongan belia terhadap Perhimpunan Bersih 3.0 adalah rendah iaitu bagi kenyataan 1 dan 2. tetapi bagi kenyataan 3-7 ianya melebihi tahap sederhana.

308

KAJIAN BELIA NEGARA RUMUSAN 3 - PERNAH MENGHADIRI PERHIMPUNAN BELIA PADA TAHUN 2011 39.9% daripada responden pernah menghadiri Perhimpunan Belia pada tahun 2011, manakala bakinya 58.3% tidak pernah.

309

KAJIAN BELIA NEGARA RUMUSAN 4 - FAEDAH YANG DIPEROLEH DARI PERHIMPUNAN BELIA 2012 SECARA KESELURUHAN 19.5% daripada responden mengatakan faedah yang mereka peroleh daripada perhimpunan belia ialah mendapat ilmu pengetahuan, 18.1% menambah perhubungan/ kenalan manakala hiburan dan melibatkan diri dengan aktiviti masing masing 17.7 % dan bertemu pemimpin 14.3%

310

KAJIAN BELIA NEGARA RUMUSAN 4 (A) - FAEDAH YANG DIPEROLEH DARI PERHIMPUNAN BELIA 2012 SECARA KESELURUHAN

25000 20000 15000 10000 5000 0

21065

19522 15435

19112

19134

11985

1729

311

KAJIAN BELIA NEGARA RUMUSAN 5 - TAHAP PERSETUJUAN BELIA MENGENAI PERHIMPUNAN BELIA MENCERMINKAN SOKONGAN GENERASI MUDA TERHADAP KERAJAAN BN Tahap persetujuan belia mengenai perhimpunan belia mencerminkan sokongan generasi muda terhadap kerajaan BN melebihi tahap sederhana dengan skor purata 3.70 ( 74.0%) daripada 5

312

KAJIAN BELIA NEGARA RUMUSAN 5 (A) - TAHAP PERSETUJUAN BELIA MENGENAI PERHIMPUNAN BELIA MENCERMINKAN SOKONGAN GENERASI MUDA TERHADAP KERAJAAN BN MENGIKUT KAUM Tahap persetujuan golongan belia mengenai perhimpunan belia mencerminkan sokongan generasi muda terhadap kerajaan BN melebihi tahap sederhana dengan skor purata 3..38 3.91 ( 67.6% - 78.2%)

313

KAJIAN BELIA NEGARA RUMUSAN 6 - PERSETUJUAN BELIA MENGENAI DASAR DAN PROGRAM TRANSFORMASI YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN Penilaian yang diberikan oleh golongan belia terhadap program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan melebihi tahap sederhana dengan skor purata 3.79 daripada 5 atau 75.8%.

314

KAJIAN BELIA NEGARA RUMUSAN 7 - PEMILIHAN PEMIMPIN YANG BEKERJA UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT DIKALANGAN BELIA Dato Seri Najib Tun Abdul Razak adalah pemimpin yang paling tinggi mendapat tempat di kalangan belia berbanding dengan pemimpin lain (36.8%)

315

KAJIAN BELIA NEGARA RUMUSAN 7 (A) - PEMILIHAN PEMIMPIN YANG BEKERJA UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT DIKALANGAN BELIA MENGIKUT KAUM

316

KAJIAN BELIA NEGARA RUMUSAN 7 (B) - PEMILIHAN PEMIMPIN YANG BEKERJA UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT DIKALANGAN BELIA MENGIKUT KUMPULAN UMUR

317

KAJIAN BELIA NEGARA RUMUSAN 7 (C) - PEMILIHAN PEMIMPIN YANG BEKERJA UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT DIKALANGAN BELIA KAWASAN

318

KAJIAN BELIA NEGARA RUMUSAN 7 (D) - PEMILIHAN PEMIMPIN YANG BEKERJA UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT DIKALANGAN BELIA MENGIKUT JANTINA

319

KAJIAN BELIA NEGARA RUMUSAN 8 - CADANGAN SUPAYA KERAJAAN DAPAT MEMBANGUNKAN MASA DEPAN GENERASI MUDA

320

Penolak Tuntutan Maklumat yang terkandung dalam buku ini tidak semestinya mewakili pendapat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

You might also like