You are on page 1of 13

MODEL PENGAJARAN IMAM 4 MAZHAB

1. Mazhab Imam Hanafi Latar belakang Mazhab ini didirikan oleh An-Numan bin Thabit bin Zuta bin Mahan at-Taymi atau lebih dikenali sebagai Abu Hanifah. Beliau berketurunan Persia dan lahir di Kufah, Iraq pada tahun 80 H / 699 M. Beliau hidup di masa 100 tahun pertama setelah kewafatan Rasulullah s.a.w iaitu dalam dua zaman, Zaman Umayyah dan Zaman Abbasiyyah. Ahli Sejarawan mengatakan beliau merupakan sebahagian daripada pengikut Tabiin. Kembara pengajian beliau bermula di Kota Kufah. Beliau mula mempelajari Ilmu Kalam di sana sehingga beliau mahir di dalam ilmu tersebut,lalu beliau mengarang sebuah kitab yang berkaitan dengan Ilmu Kalam yang bertajuk Fiqh Al-Akbar. Kemudiannya, beliau telah beralih kepada pengajian Ilmu Feqah, dan beliau telah berguru dengan As-Syeikh Himaad Bin Abi Sulaiman, yang mana dia pula mempelajari Ilmu Feqah dari As-Syeikh Ibrahim An-Nakhaie. Beliau wafat pada 148 H / 767 M di Baghdad, Iraq.

Metodologi pengajaran I. Perniagaan Beliau merupakan insan yang wara orangnya serta orang yang berada kerana beliau dahulunya merupakan seorang peniaga kain di Kota Kufah sebelum beliau menceburkan diri beliau di dalam lapangan ilmu ini. Dan dari hasil kegiatan perniagaan beliau serta pengetahuan beliau tentang ilmu perniagaan dan juga dengan pengajian beliau di dalam Ilmu Tauhid telah memberikan banyak faedah kepada beliau. Sepanjang penceburan beliau di dalam aktiviti perniagaan, beliau telah mendapat banyak pengetahuan tentang muamalat di dalam perniagaan secara praktikal, ini kerana terjadinya saling jual beli antara beliau dengan manusia lainnya di pasar. Disebabkan interaksi secara realistik dan praktikal tersebut, telah memberikan beliau kebolehan yang luas dalam berhukum secara rayi dan manthiq, dan juga berkebolehan mempraktikkan secara amali di dalam hukum-hakam Syariah Islamiah pada berbagai jenis kejadian yang dihadapi oleh manusia di dalam kehidupan mereka. Disebabkan itulah, beliau dianggap antara ahli

feqah yang membuka luas pintu penggunaan rayi dan juga beliau merupakan Imam di Madrasah Ar-Rayi di zamannya. II. Penulisan Kembara pengajian beliau bermula di Kota Kufah, di sana beliau telah mula belajar Ilmu Kalam sehingga beliau mahir dalam ilmu tersebut. Hasilnya, beliau telah mengarang sebuah kitab yang

bertajuk Fiqh Al-Akbar. Kemudianya, beliau beralih kepada pengajian Ilmu Feqh, dan beliau telah berguru dengan As-Syeikh Himaad Bin Abi Sulaiman. Pengetahuan Imam Abu Hanifah di dalam bidang feqh telah sampai ke peringkat yang tidak termampu dicapai oleh para fuqaha lain yang sezaman dengan beliau pada ketika itu,yang mana Imam Syafie telah berkata tentang beliau : (Para fuqaha dalam bidang feqh bergantung kepada Imam Abu Hanifah) dan beliau merupakan insan yang wara orangnya serta orang yang berada ,kerana beliau dahulunya merupakan seorang peniaga kain di Kota Kufah,sebelum beliau menceburkan diri beliau di dalam lapangan ilmu ini. III. Mujahadah Beliau menggunakan kaedah ini kepada anak didiknya yang dewasa. Beliau tidak membenarkan mereka bertaklid sahaja sebaliknya mendidik mereka bebas berfikir untuk memecahkan persoalan-persoalan dan dibenarkan membantah pendapat beliau yang dianggap bertentangan dengan wahyu Allah dan hadis Nabi yang disertai dengan akal yang bersih dari segala bentuk pengaruh sebagaimana kata-kata beliau: tidak halal bagi seseorang yang akan memberi fatwa dengan perkataanku selama ia belum mengerti dari mana perkataan itu. IV. Penyelesaian masalah Kaedah ini lebih kerap digunakan ketika beliau berhadapan dengan golongan pembesar, ketua-ketua jabatan dan orang yang datang menemui beliau yang membawa permasalahan untuk diselesaikan. Beliau menggunakan ijtihad bagi menyelesaikan masalah-masalah baru yang tidak ditemui hukum atau keputusan berdasarkan al-Quran dan hadis. V. Contoh teladan yang baik

Kaedah ini merupakan satu kaedah secara tidak langsung yang diguna pakai semasa beliau menyampaikan ajaran di mana beliau banyak menunjukkan contoh, sikap, tindakan serta tutur kata yang baik yang dapat dilihat dan dicontohi oleh murid-muridnya. Contohnya, beliau telah menunjukkan satu ajaran melalui sikapnya yang tidak menyukai atau tidak bekerjasama dalam hal rasuah, ganjaran kebendaan dan sebagainya. Pada suatu masa Khalifah al-Mansur telah berselisih faham dengan isterinya, kemudian mereka datang mengadu kepada Imam Abu Hanifah. Kebenaran akhirnya berpihak kepada si isteri, lantas Khalifah alMansur menghantar hadiah kepada beliau tetapi ditolak dan berkata: sampaikan salamku kepada mereka berdua dan katakan kepada mereka bahawa aku berjuang kerana Allah. Aku mengikut apa yang diredhai oleh Allah, aku tidak sekali-kali berniat hendak berdamping diri kepada sesiapa dan aku tidak berharap kepada sesiapapun dalam hal agama.

VI.

Nasihat Beliau juga turut menggunakan kaedah memberikan ajaran dalam bentuk nasihat secara tidak langsung kepad murid-muridnya sama ada dalam soal berkaitan keagamaan, kekeluargaan, pergaulan dan sebagainya. Sebagai contoh, beliau pernah memberikan nasihat kepada beberapa orang muridnya seperti Abu Yusuf Yaacob bin Ibrahim, al-Qadhi dan rakan-rakan. Nasihat tersebut dianggap luar biasa kerana beliau telah membawa satu perlembagaan yang aneh tentang cara berbudi bahasa terhadap golongan pemerintah dan orang awam. Beliau menunjukkan kepada murid-muridnya cara untuk mendapat taufik dan kejayaan dalam bidang ilmu pengetahuan dan pengajaran.

VII.

Syarahan atau ceramah Beliau telah menggunakan kaedah ini kepada orang ramai yang datang dari dalam dan luar kota Kufah yang dilakukan di sebuah masjid di Kufah setiap hari dalam menyampaikan ajarannya. Disebabkan bilangan muridnya semakin bertambah, beliau telah menjadikan masjid Kufah sebagai pusat pengajiannya.

VIII.

Tamrin atau latihan

Cara yang dilakukan melalui kaedah ini ialah guru menyediakan beberapa masalah atau persoalan untuk diselesaikan oleh anak muridnya. Kebiasaannya, tiga soalan akan diberikan dalam sehari dan ia perlu diselesaikan oleh murid, diingatkan serta dipelajari. Setelah muridnya mendapat pengajaran dan kefahaman yang jelas tentang masalah tersebut, barulah beliau beralih kepada permasalahan yang baru.

2. Mazhab Imam Maliki Latar belakang Imam Malik bin Anas lahir di Madinah iaitu sebuah kota tempat tumbuhnya Islam dan berkumpulnya generasi yang telah dididik oleh para sahabat Rasulullah s.a.w pada tahun 93H/711M. Datuknya adalah seorang perawi dan penghafal hadith yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi adalah seorang tokoh hadith kota Madinah pada ketika itu dan dengan beliaulah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya hadith. Abu Suhail Nafi ialah seorang tabiin yang sempat menghafal hadith daripada Abdullah ibn Umar, Aisyah binti Abu Bakar, Ummu Salamah, Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri r.a. Selain Nafi, Imam Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Jaafar as-Shadiq, cucu kepada al-Hassan, cucu kepada Rasulullah s.a.w. Imam Malik juga duduk belajar di Masjid Nabawi, Madinah dan berguru dengan Muhammad Yahya al-Ansari, Abu Hazim Salmah ad-Dinar, Yahya bin Saad dan Hishambin Urwah. Mereka ini semua ialah anak murid kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. Suasana kehidupan Imam Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan para tabiin amatlah menguntungkannya. Faktor inilah antara sebab kenapa Imam Malik bin Anas tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya. Imam Malik bin Anas kemudiannya mengambil alih peranan sebagai tokoh agama di Masjid Nabawi, Madinah. Ajarannya telah berjaya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak sebagai Mufti Kota Madinah pada ketika itu. Imam Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan hadith-hadith Rasulullah s.a.w di dalam kitabnya al-Muwattha. Kitabnya ini menjadi hafalan dan rujukan orang ramai sehinggakan ia pernah dikatakan oleh Imam as-Syafie sebagai: Tidak wujud sebuah buku di bumi yang paling hampir kepada alQuran melainkan kitab Imam Malik ini.

Antara tokoh besar yang duduk belajar bersama Imam Malik ialah Imam Abu Hanifah dari Kufah, Iraq. Selain itu diriwayatkan juga bahawa sebanyak 1,300 tokoh-tokoh lain yang duduk bersama menuntut ilmu bersama Imam Malik di Masjid Nabawi. Antaranya termasuklah Muhammad bin Idris, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam as-Syafie. Ketinggian ilmu Imam Malik bin Anas pernah diungkap oleh Imam Ahmad bin

Hanbal sebagai: Imam Malik adalah penghulu daripara penghulu ahli ilmu dan beliau pula seorang imam dalam bidang hadith dan fiqh. Siapakah gerangan yang dapat menyerupai Imam Malik? Imam Malik pernah dihukum oleh gabenor Kota Madinah pada tahun 147H/764M kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum talaq yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Abbasid sebagai tidak sah. Kerajaan Abbasid ketika itu telah membuat fatwa sendiri bahawa semua penduduk perlu taat kepada pemimpin dan barangsiapa yang enggan akan terjatuh talaq ke atas isterinya. Memandangkan rakyat yang lebih taatkan ulama daripada pemimpin, pemerintah Abbasid telah memaksa Imam Malik untuk mengesahkan fatwa mereka. Imam Malik enggan, malah mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa talaq sedemikian tidak sah (tidak jatuh talaqnya). Imam Malik ditangkap dan dipukul oleh gabenor Madinah sehingga tulang bahunya patah dan terkeluar daripada kedudukan asalnya. Kecederaan ini amatlah berat sehinggakan beliau tidak lagi dapat bersolat dengan memegang kedua tangannya di dada, lalu dibiarkan sahaja terkulai di tepi badannya. Imam Malik kemudiannya dibebaskan dari penjara dan beliau terus kembali mengajar di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia pada 11 Rabiul Awwal, tahun 179H/796M, ketika berusia 86 tahun. Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah Abdarrahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M). Metodologi pengajaran I. Syarahan Kaedah ini merupakan kaedah yang paling kerap digunakan oleh Imam Malik dalam menyampaikan pengajarannya. Biasanya, kuliah beliau diadakan di masjid Madinah dan rumah beliau sendiri. Imam Malik mula menyampaikan kuliah atau syarahan

sejak berusia 17 tahun dan beliau tidak mengajar melainkan setelah mendapat pengakuan daripada 70 orang gurunya. II. Penyelesaian masalah Kaedah ini digunakan oleh Imam Malik khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan hukum. Setiap permasalahan yang tidak dapat diselesaikan oleh murid-muridnya akan dirujuk kepada Imam Malik. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, Imam Malik tidak suka kepada masalah andaian atau khayalan yakni masalah rekaan dan tidak atau pernah masalah berlaku, yang beliau hanya berlaku akan dalam

menyelesaikan masyarakat

masalah

yang

benar-benar waqi

sahaja.

Sebelum

menyampaikan jawapan kepada masalah yang dikemukakan, beliau akan berfikir dan mengkaji secara mendalam terlebih dahulu. III. Perbincangan Murid-murid Imam Malik bukan hanya dari kalangan orang kebanyakan, tetapi juga dari kalangan ulama dan golongan pemerintah. Maka, Imam Malik menggunakan kesempatan tersebut untuk berbincang dengan mereka dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dikemukakan oleh murid lain. Contohnya, beliau pernah mengadakan perbincangan dengan khalifah Abbasiyyah, antaranya adalah al-Mansur tentang talak orang yang dipaksa. IV. Pergaulan Beliau menggunakan kaedah ini dengan mendekati para

pemimpin bagi menyampaikan pengajaran. Beliau sering bergaul dengan murid-muridnya di mana beliau pernah menjemput muridnya datang ke rumah. Secara tidak langsung, beliau dapat menerapkan banyak perkara baik sebagai panduan untuk mereka (Dr. Ahmad Shurbasyi, 1978). V. Nasihat Kaedah nasihat adalah kaedah lazim yang digunakan oleh Imam Malik yang diberikan kepada orang ramai, golongan pemerintah dan golongan ulama. Antara nasihat yang masyhur yang pernah diberikan oleh beliau ialah tentang urusan bidaah, taklid, memilih guru dan sumpamanya (Munawwar Khalil, 1985). VI. Bercerita

Kaedah bercerita turut digunakan oleh Imam Malik dalam mendidik manusia. Sebagai contoh, Imam Malik membawa contoh pekerjaan yang baik yang dikerjakan oleh orang terdahulu seperti Sayidina Umar al-Khattab dengan harapan supaya khalifah dapat mengikuti jejak langkah Umar, sebagaimana kata-kata beliau: Sesungguhnya khalifah tidak berpeluang atau mampu mengikuti sepenuhnya, tetapi hendaklah skurang-kurangnya menuju ke satu hala agar rakyat berpuas hati dengan cara itu sekalipun ini tidak sama dengan taraf Khalifah Umar alKhattab (Dr. Ahmad Shurbasyi, 1978).

VII.

Penulisan Terdapat dua bidang penulisan yang digunakan oleh Imam Malik, iaitu penulisan kitab dan surat. Kitab karangan beliau yang masyhur ialah kitab al-Muwatta, kitab pertama yang

menghimpunkan hadis Nabi dan fekah sekali. Kitab ini disusun dalam bab-bab yang berdasarkan tajuk dan masalah yang dibincangkan. Kitab lain ialah kitab al-Mudawwanah. Selain penulisan kitab, beliau juga menulis surat khusus kepada pihak berkuasa. Dalam surat tersebut, banyak pengajaran yang diterapkan oleh beliau. VIII. Ulangan Pengajaran secara tikrar atau ulangan turut digunakan untuk mengukuhkan kefahaman murid-muridnya. Imam Malik meminta penulisnya yang bernama Habib untuk menulis segala kandungan pelajaran yang disampaikan oleh beliau, kemudian membacakan semula pengajaran-pengajaran tersebut kepada orang ramai (Munawwar Khalil, 1985). 3. Mazhab Imam Hambali Latar belakang Imam Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dilahirkan

di Baghdad, Iraq pada tahun 164H/781M. Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia pada umur muda, iaitu 30 tahun. Beliau kemudiannya dibesarkan oleh ibunya, Saifiyah binti Maimunah. Imam Ahmad bin Hanbal menghafal al-Quran sejak kecil dan pada umur 16 tahun, beliau sudah menjadi penghafal hadith yang terkenal. Imam Ahmad bin Hanbal

meneruskan pengajian hadithnya dengan ramai guru dan beliau pada akhir

hayatnya dijangkakan telah menghafal lebih daripada sejuta hadith termasuk barisan perawinya. Pada tahun 189H/805M, Imam Ahmad bin Hanbal berhijrah ke Basrah dan tidak lama kemudian ke Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana, beliau sempat duduk berguru dengan Imam asSyafie. Sebelum itu, guru-gurunya yang masyhur ialah Abu Yusuf, Husain ibn Abi Hazim al-Washithi, Umar ibn Abdullah ibn Khalid, Abdurrahman ibn Mahdi dan Abu Bakar ibn Iyasy. Pada tahun 198H, Imam Ahmad bin Hanbal ke negeri Yaman pula untuk berguru dengan Abdurrazzaq ibn Humam, seorang ahli hadith yang besar ketika itu, terkenal dengan kitabnya yang berjudul al-Musannaf. Dalam perjalanannya ini, Imam Ahmad mula menulis hadith-hadith yang dihafalnya setelah sekian lama. Imam Ahmad bin Hanbal kembali semula ke Baghdad dan mula mengajar. Kehebatannya sebagai seorang ahli hadith dan pakar fiqh menarik perhatian orang ramai dan mereka mula mengerumuninya untuk belajar bersama. Antara anak muridnya yang kemudian berjaya menjadi tokoh hadith terkenal ialah al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Al-Qasim ibn Salam pernah berkata: Ahmad bin Hanbal adalah orang yang paling ahli dalam bidang hukum dan aku tidak melihat ada orang yang lebih mengetahui tentang as-Sunnah selain beliau. Beliau tidak pernah bersenda gurau, selalu berdiam diri, tidak memperkatakan apa-apa selain ilmu. Imam Ahmad bin Hanbal pernah hidup di dalam penjara kerana kekerasannya menentang Mazhab Mutazilah yang diterima oleh pemerintah Abbasid ketika itu. Mereka (pemerintah) memaksa Imam Ahmad

mengesahkan mazhab baru tersebut. Imam Ahmad enggan dan ini menyebabkan beliau dirotan di dalam penjara sehingga tidak sedarkan diri. Akibat ketegasan Imam Ahmad bin Hanbal serta tekanan daripada para orang ramai akhirnya menyebabkan pihak pemerintah Abbasid telah terpaksa membebaskan beliau dari penjara. Imam Ahmad kemudiannya meneruskan pengajarannya kepada orang ramai sehinggalah kematiannya pada tahun 241H/856M, ketika berusia 77 tahun. Imam Ahmad bin Hanbal meninggalkan kepada dunia Islam kitab hadithnya yang terkenal iaitu alMusnad yang mengandungi lebih kurang 30,000 hadith Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a. Dua orang anaknya yang utama meneruskan perjuangan ayah mereka, iaitu Abdullah bin Ahmad dan Shaleh bin Ahmad.

Metodologi pengajaran I. Bercerita

Beliau menggunakan kaedah ini semasa menyampaikan hadis di mana beliau akan menceritakan perawi-perawinya satu persatu sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. Hal ini amat dititik beratkan oleh beliau kerana dalam pengajaran hadis, sifat-sifat perawi dari segi amalan mereka, thiqah, kuat ingatan dan lain-lain lagi akan menentukan kesahihan sesuatu hadis.

II.

Bersyarah Imam Ahmad turut menggunakan teknik syarahan semasa menyampaikan pengajaran kepada murid-muridnya. Hal ini dapat dibuktikan dalam buku Pokok Pegangan Imam-imam Mazhab dalam Membina Hukum, halaman 268 yang menerangkan kaedah pengajaran Imam Ahmad yang dilakukan di masjid. Pengajaran Imam Ahmad di masjid tersebut adalah dalam bentuk kelas terbuka di mana teknik pengajarannya adalah berbentuk syarahan ataupun proses satu hala.

III.

Perbincangan Dalam merumuskan sesuatu pendapat dalam bidang feqah, Imam Ahmad lebih gemar mangadakan perbincangan kerana beliau menyedari bahawa dalam memahami satu ilmu feqah antara satu tempat dengan tempat yang lain amat berbeza, mengikut kesesuaian masa, tempat dan keadaan. Hasilnya, pada masa tersebut, terdapat Fiqh Pasri, Fiqh Kufi, Fiqh Syami dan lain-lain.

IV.

Hafalan dan latih tubi Dalam buku Pokok Pegangan Imam-imam Mazhab dalam Pembinaan Hukum, halaman 269 menyatakan bahawa Imam Ahmad di majlisnya adakala meriwayatkan hadis. Ini membuktikan bahawa teknik hafalan dan latih tubi merupakan satu keperluan dalam metod pengajaran Imam Ahmad dalam meriwayatkan hadis. Hafalan didefinisikan sebagai hafalan secara rasional melibatkan fahaman bermakna tentang prinsip-prinsip yang diperlukan termasuk sepatah demi sepatah, antara cirri-cirinya ialah: Memikirkan Mengulang Menyebut Mengingat

Semua ciri-ciri ini amat penting dalam proses penyampaian hadis di mana latih tubi dilakukan sebagai pengulangan fakta-fakta atau kecekapan dalam bentuk hadis yang dirawikan. 4. Imam Syafie Latar belakang Imam as-Syafie lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris as-Syafie. Beliau mempunyai pertalian darah Quraisy dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Pada umur 10 tahun, ibunya membawanya ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji dan selepas itu beliau menetap di sana untuk menuntut ilmu. Di Makkah, Imam as-Syafie memulakan perguruannya dengan Muslim bin Khalid alZanji, yakni mufti Kota Makkah ketika itu. Kitab ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah al-Muwattha karangan Imam Malik bin Anas, dan Imam as-Syafie dalam usia 15 tahun telah pun menghafal keseluruhan kitab tersebut. Imam as-Syafie kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri, yakni Imam Malik bin Anas. Ketika itu, Imam as-Syafie baru berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik sehinggalah kewafatannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan Imam as-Syafie sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai. Imam as-Syafie mengambil alih sebentar kedudukan Imam Malik bin Anas sebagai guru di Masjid Nabawi di Madinah sehinggalah beliau ditawarkan satu kedudukan jawatan oleh Gabenor Yaman. Jawatan Imam asSyafie di Negeri Yaman tidak lama kerana Imam Syafie telah difitnah sebagai pengikut mazhab Syiah. Selain itu pelbagai konspirasi lain dijatuhkan ke atasnya sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara di Baghdad, yakni pusat pemerintahan Dinasti Abbasid ketika itu. Imam as-Syafie dibawa menghadap kepada Khalifah Harun ar-Rashid dan beliau berjaya

membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan Imam asSyafie membela dirinya dengan pelbagai hujah agama menyebabkan Harun ar-Rashid tertarik kepadanya. Imam as-Syafie dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini, Imam as-Syafie telah berkenalan dengan anak murid Imam Abu Hanifah dan duduk berguru bersama mereka, terutamanya Muhammad bin al-Hasan as-Syaibani. Suasana ini memberikan kelebihan yang penting bagi Imam as-Syafie, iaitu beliau berkesempatan untuk belajar dan membanding antara dua ajaran Islam, yakni ajaran Imam Malik bin Anas dan ajaran Imam Abu Hanifah. Pada tahun 188H/804M, Imam

as-Syafie berhijrah pula ke Mesir. Sebelum itu, beliau singgah sebentar di Makkah dan di sana beliau diberi penghormatan dan dipelawa memberi kelas pengajian agama. Imam as-Syafie kini mula diiktiraf sebagai seorang imam dan beliau banyak meluahkan usaha untuk cuba menutup jurang perbezaan di antara ajaran Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah. Usahanya ini tidak disambut baik oleh para penduduk Makkah kerana kebiasaan mereka adalah kepada ajaran Imam Malik bin Anas. Pada tahun 194H/810M, Imam as-Syafie kembali semula ke Baghdad dan beliau dipelawa untuk memegang jawatan Qadhi bagi Dinasti Abbasid. Beliau menolak dan hanya singgah selama 4 tahun di Baghdad. Imam as-Syafie kemudian kembali ke Mesir dan memusatkan ajarannya di sana pula. Daud bin Ali pernah ditanya akan kelebihan Imam as-Syafie berbanding tokoh-tokoh lain pada ketika itu, maka beliau menjawab: As-Syafie mempunyai beberapa keutamaan, berkumpul padanya apa yang tidak terkumpul pada orang lain. Beliau seorang bangsawan, beliau mempunyai agama dan itiqad yang sebenar, seorang yang sangat murah hati, mengetahui hadith sahih dan hadith dhaif, nasikh, mansukh, menghafal al-Quran dan hadith, perjalanan hidup para Khulafa ar-Rashidin dan amat pandai pula mengarang. Dalam usahanya untuk cuba menutup jurang perbezaan antara ajaran Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah, Imam as-Syafie menghadapi banyak tentangan daripada para pengikut Mazhab Maliki yang amat taksub kepada guru mereka. Pada satu malam, dalam perjalanan balik ke rumah dari kuliah Maghribnya di Mesir, Imam as-Syafie telah diserang dan dipukul orang sehingga menyebabkan kematiannya. Pada ketika itu, Imam as-Syafie juga sedang menghadapi penyakit buasir yang agak serius. Imam as-Syafie meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir ketika berumur 54 tahun. Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul ar-Risalah. Kitab ini adalah yang terawal dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada sesebuah nas al-Quran dan as-Sunnah. Selain itu Imam as-Syafie juga meninggalkan kitab fiqhnya yang termasyhur berjudul al-Umm. Ajaran Imam as-Syafie diteruskan oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Abu Yaaqub al-Buwayti (231H/846M), Rabi bin Sulaiman al-Marali (270H/884M) dan Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani (274H/888M). Kaedah pengajaran

i.

Perbincangan Imam as-Syafie amat menggalakkan murid-muridnya mengadakan perbincangan dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku kerana beliau tidak menggemari sifat taklid buta. Contohnya, alMuzani, seorang alim yang merupakan bekas murid kepada Imam as-Syafie yang terkenal sebagai orang yang menghimpun dan menyusun kitab-kitab Imam as-Syafie akhirnya dikenali juga sebagai Pembela Mazhab Syafie.

ii.

Halaqah Beliau menggunakan kaedah halaqah semasa berada di

Baghdad. Di Baghdad, beliau mengajar di sebuah masjid yang terletak di sebelah barat Baghdad. Sebelum kedatangan beliau, terdapat 20 halaqah di masjid tersebut, namun setelah

kedatangan beliau, halaqah tersebut digabungkan menjadi tiga sahaja dan halaqah yang lain bergabung ke dalam halaqah imam as-Syafie. Pengajaran beliau dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada para ulama, cerdik pandai dan para pegawai kerajaan. iii. Kuliah Semasa menetap di Makkah selama 9 tahun, pemusatan pengajaran Imam as-Syafie ialah di Masjidil Haram di mana beliau telah mengajar dengan duduk di atas kerusi dan dikelilingi oleh murid-muridnya. Saat ini merupakan saat yang paling subur dalam keilmuannya di mana Imam as-Syafie menumpukan pemikiran dalam kuliahnya dan bersama-sama muridnya mencari jalan pengeluaran hukum yang ganjil dan membandingkan antara sumber perundangan yang pelbagai. Di Mesir, beliau juga mengajar di Masjid Amru bin Ash. Kuliahnya bermula setiap hari dari pagi hingga tengah hari (setelah selesai solat Subuh hingga waktu Zohor). Selesai solat Zohor, barulah beliau pulang ke rumah. iv. Imlak Kaedah ini diamalkan sewaktu beliau menyusun kitab al-Umm. Pernah Imam as-Syafie mengimlakkan kepada murid-muridnya, dan sebahagian lagi ditulis oleh beliau sendiri. Kadangkala dirombak semula oleh murid-muridnya tentang apa yang ditulis

oleh beliau, kemudian dibacakan semula kepada beliau apa yang telah dirombak tersebut. v. Usuli Kaedah ini digunakan oleh beliau ketika beliau berada di Baghdad, Iraq semasa kebanyakan para ilmuwan terpengaruh dengan Mazhab Hanafi. Kaedah ini adalah berlandaskan sumber asal rujukan pengajarannya yang terbukti sebagaimana kata-kata al-Karabisi; Kami sebelum ini tidak mengenal (istilah) al-kitab, al-sunnah dan ijmak sehinggalah datangnya as-Syafie, beliaulah yang menerangkan maksud al-kitab, sunnah dan ijmak. vi. Cara membaca Beliau menggunakan kaedah ini dengan membacakan kitab karangannya kepada khalayak ramai. Menurut Ahmad Muhammad Shakir, as-Syafie telah mengarang beberapa buah kitab di mana sebahagiannya beliau menulisnya sendiri dan sebahagian yang lain beliau merencanakannya sahaja kepada para sahabatnya.

You might also like