You are on page 1of 9

Pernyataan Normatif Moral dan Pernyataan Deskriptif Moral Pernyataan Normatif Moral dan Pernyataan Deskriptif Moral

PENGENALAN Sebagai seorang pelajar yang mula memahami aspek asas etika dan jenis nilai moral adalah penting untuk memahami pernyataan normatif dan pernyataan deskriptif ini dengan lebih mudah dan secara langsung. Etika dan moral biasanya dilihat sebagai sama dalam konteks Malaysia yang bermaksud cara berkelakuan. Oleh kerana etika berasal daripada perkataan Greek dan moral berasal daripada perkataan Latin, latar belakang kedua-dua tempat dan masa perlu difahami. Semasa falsafah Greek berkembang, tidak ada banyak fakta tentang agama dan kebanyakan agama belum lahir pada masa itu. Maka, etika biasanya dikaitkan dengan pemikiran rasional, logikal dan sebagainya. Pada zaman Pemerintahan Roman, konsep moral sudah mula dipengaruhi oleh keagamaan dan kerohanian. Di Malaysia kedua-dua konsep ini juga dipengaruhi oleh agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan pelbagai agama lain yang dipraktikkan oleh masyarakat bukan Islam sejak turun-temurun lagi. PERNYATAAN NORMATIF Normatif mempunyai maksud spesifik berdasarkan bidang disiplin yang berbeza. Oleh kerana Pendidikan Moral boleh dianalisis dari perspektif falsafah dan perspektif psikologi, pernyataan normatif akan diterangkan dalam konteks tersebut. Ini adalah untuk memudahkan pemahaman pelajar tentang satu konsep yang kompleks dan mengelakkannya menjadi lebih kabur sekiranya dicampuraduk dalam pelbagai bidang disiplin. Secara umum, normatif merujuk kepada standard atau model yang ideal. Dalam keadaan di Malaysia, normatif merujuk kepada standard berdasarkan masyarakat yang pluralistik. Grassian,V.(1981) mengatakan bahawa percubaan untuk memberikan jawapan yang koheren atau logik, sistematik, dan wajar kepada persoalan-persoalan moral dipanggil etika normatif. Ini bererti etika moral tertumpu kepada kenyataan normatif yang mempunyai implikasi kepada perlakuan manusia. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa penyataan normatif adalah satu pertimbangan nilai baik atau buruk, salah atau betul, diterima atau ditolak. Sebagai contoh, Pengguguran ialah perbuatan yang tidak bermoral ialah pernyataan normatif.

Etika normatif berbeza daripada kajian falsafah tentang moral, iaitu etikameta yang mengandungi sesuatu penyataan terhadap erti dan logik bahasa moral (Grassian,V.1981). Penyataan normatif biasanya adalah dalam bentuk pertimbangan nilai. Mengikut Frankena,W.K. (1973), ada pelbagai jenis pertimbangan moral atau etika. Pertimbangan moral itu boleh dibahagikan kepada pertimbangan khas dan am. Mengikut beliau, dalam sesetengah pertimbangan moral, kita boleh mengatakan sesuatu tindakan atau jenis tindakan adalah secara moral baik atau buruk, betul atau salah, wajib atau tidak wajib,perlu atau tidak perlu dilakukan. Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan kewajiban moral atau pertimbangan deontik. Kita dapat membincangkan perkara yang bukan tindakan atau jenis tindakan, tentang seseorang insan, motif, tujuan, dan sifat (trait) kelakuan atau peribadinya. Begitu juga kita boleh mengatakan bahawa mereka adalah secara moralnya baik, buruk, mulia, jahat, bertanggungjawab, boleh dipersalahkan, bersifat wali, keji, dan sebagainya. Penilaian ini dipanggil pertimbangan nilai moral atau pertimbangan aretaik. Rajah di bawah telah meringkaskan penjelasan tentang kedua-dua pernyataan normatif ini. PERNYATAAN NORMATIF DALAM BIDANG FALSAFAH Dalam bidang falsafah, pernyataan normatif menentukan bagaimana sesuatu perkara atau situasi sepatutnya berada atau berfungsi, bagaimana untuk menilai sesuatu, yang mana baik dan yang mana tidak, perlakuan yang mana betul dan perlakuan yang mana tidak betul.

PERNYATAAN NORMATIF : Pertimbangan Deontik dan Pertimbangan Aretaik Sebagai contoh, pernyataan Orang ramai tidak patut membeli dan menjual saham dengan cara dan niat untuk berjudi ialah pertimbanan deontik, kerana niat berjudi ini adalah sesuatu perkara dan perbuatan yang tidak boleh diterma di sisi undang-undang atau agama. Sebagai seorang insan yang bermoral, orang ramai dinasihati supaya tidak membeli dan menjual saham dengan cara dan niat untuk

berjudi. Kita menggunakan perkataan dinasihati, kerana perbuatan jual dan beli saham tidak salah di sisi undang-undang dan agama, tetapi caranya (umpamanya, dengan cara contra) dan niatnya (semata-mata hendak mendapat untung dengan cepat) secara moralnya tidak boleh diterima. Oleh yang demikian, menjadi kewajipan kita untuk tidak melibatkan diri dalam perbuatan berjudi ini. Satu contoh pernyataan normatif dengan pertimbangan aretaik ialah Pelabur yang bijak tidak pernah berjudi dalam jual-beli saham. Pernyataan ini sebenarnya menilai atau membicarakan tentang personality pelabur yang bijak dan dikaitkan dengan cara dia melabur di pasaran saham, iaitu tidak berjudi ketika melibatkan diri dalam kegiatan jual-beli saham. Kita boleh membuat andaian bahawa mungkin pelabur ini hanya melabur di kaunter-kaunter saham yang mempunyai asas yang kukuh dan mungkin dia berasa lebih selamat dan lebih beruntung sekiranya dia berbuat demikian. Perbuatan ini dianggap sebagai bijak dan bukan berbentuk perjudian. Pernyataan pertimbangan aretaik ini tidak menyentuh kewajipan seseorang sebaliknya hanya menilai dari sifat kemoralan, iaitu sifat bijak (tidak berjudi) yang ada pada seorang pelabur. Walau bagaimanapun, pernyataan normatif bukan sentiasa dikaitkan dengan pertimbangan nilai moral. Pretimbangan nilai dalam domain bukan moral ini adalah menilai perkara-perkara yang lain daripada yang disebutkan tadi. Ia adalah berkaitan dengan kereta, lukisan, pengalaman, bentuk kerajaan, dan sebagainya. Kita boleh mengatakan ia baik atau buruk (contohnya, ini sebuah novel yang menarik.), perlu atau tidak perlukan ( contohnya, Kita perlu belajar melalui kaedah pembelajaran yang betul.), dan lain-lain. Kita tidak bermaksud mengatakannya secara moral sama ada baik atau buruk, perlu atau tidak perlu dan sebaganya. Ini bermaksud ia adalah bebas daripada nilai moral. Contoh-contoh Pernyataan Normatif 1. Pernyataan Normatif dengan Pertimbangan Moral Khas Am Pertimbangan (a) Saya tidak suka mencaci (a) Kita perlu menunaikan kewajipan orang. perjajian kita. moral (b) Anda perlu menjadi (b) Semua pemimpin (Pertimbangan seorang guru yang dictator pandai menipu deontik atau berdedikasi. rakyat. obligasi) (c) Semua manusia memerlukan hak (c) Apa yang dilakukan oleh kebebasan. Alu adalah salah. (d) Rasuah adalah salah di (d) Awak tidak patut memaksa sisi undang-undang. anak awak berkerja sehingaa larut malam.

Pertimbangan (a) Bapa saya penghulu (a) Orang yang baik tidak nilai moral kampung yang baik hati. menipu atau mencuri. (Pertimbangan (b) Dia sentiasa aretaik) bertanggungjawab terhadap tugasnya. (c) Anda patut didenda (b) Benevolence adalah sesuatu yang mulia. (c) Jealousy is an ignoble motive. (d) Orang yang dapat memaafkan kecuaian ini adalah seorang wali.

(d) Motif Ali adalah baik.

2.Pernyataan Normatif dengan Pertimbangan Bukan Moral Khas Am Pertimbangan (a) Anda perlu membeli kasut (a) Untuk membuat sebuah kewajipan bukan baru. meja, kita menggunakan moral paku, bukannya pita (b) Anda hanya perlu membeli scotch. (Pertimbangan tiket untuk konsert ini. deontik atau (b) Kaedah yan baik adalah obligasi bukan (c) Dia sepatutnya tidur lebih dengan menghantar moral) tentera ke medan awal. perang. (d) Lisa perlu makan di kantin (c) Untuk menjawab dengan sekolah setiap hari. betul, calon perlu membaca soalan dengan teliti. (d) Semua penghuni asrama perlu menjaga keselamatan diri. (a) Keseronokan itu adalah baik dalam dirinya.

Pertimbangan (a) Kereta itu elok. nilai bukan moral (b) Kehidupannya tidak bahagia. (b) Demokrasi adalah (Pertimbangan bentuk kerajaan yang aretaik bukan (c) Saya tidak memberus gigi terbaik. moral) dengan cara yang betul. (c) Demonstrasi aman dibenarkan di (d) Kamarul mencuba kebanyakan Negara mempertahankan hujahnya dengan

perdebatan itu.

barat. (d) Makanan manis tidak baik untuk kesihatan badan kita.

Selain pernyataan normatif dengan pertimbangan moral dan bukan moral yang baru dibincangkan, kita juga boleh mengenal pasti pernyataan normatif yang mempunyai sesuatu kesan langsung atau implikasi terhadap tingkah laku manusia. Contohnya, Isteri tidak boleh berahsia dengan suami, oleh itu, isteri mesti memberitahukan semua hal yang berkaitan dengan dirinya kepada suaminya. Kita juga ada pernyataan normatif yang berbentuk arahan dan perintah, iaitu mengarahkan atau memerintahkan seseorang individu atau semua orang supaya mematuhi sesuatu peraturan atau undang-undang. Contohnya, ibu bapa mesti dihormati. PERBEZAAN ANTARA PERNYATAAN NORMATIF MORAL DENGAN PERNYATAAN NORMATIF BUKAN MORAL Pernyataan normatif dalam bidang selain daripada bidang falsafah berbeza dengan pernyataan normatif dalam bidang falsafah. Itu yang membeza dan mewujudkan konsep pernyataan normatif moral dengan pernyataan normatif bukan moral. Namum begitu, dalam karya Barat dan karya falsafah Greek, pernyataan normatif merujuk kepada pernyataan normatif moral. Contoh: Pernyataan Pernyataan Normatif Bukan Moral Pernyataan Normatif Ayat Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya yang bersopan santun dan bertata susila.

Bagi memudahkan pemahaman pelajar, pernyataan normatif yang disebut mulai sekarang merujuk kepada pernyataan normatif dari perspektif falsafah iaitu merujuk kepada pernyataan normatif moral.

PERNYATAAN DESKRIPTIF Pernyataan bukan normatif disebut pernyataan deskriptif dan tidak berkaitan dengan pertimbangan nilai-nilai moral. Contohnya, Di Malaysia, rombakan cabinet adalah di bawah kuasa Perdana Menteri, ialah satu pernyataan deskriptif yang neutral dalam nilai, dan ia hanya menjelaskan satu fakta yang logik mengikut keadaan di Malaysia tanpa apa-apa pertimbangan nilai. Pernyataan deskriptif ini berbentuk fakta yang tidak melibatkan sebarang pertimbangan nilai atau kewajipan. Oleh itu, bukanlah pernyataan normatif. PERBEZAAN ANTARA PERNYATAAN NORMATIF DENGAN PERNYATAAN DESKRIPTIF Setelah memahami maksud normatif, mudah untuk membezakan dengan pernyataan deskriptif. Pernyataan deskriptif menerangkan sesuatu benda, watak atau keadaan. Contoh:

Pernyataan Pernyataan Deskriptif Pernyataan Normatif

Ayat Pendidikan Moral ialah mata pelajaran wajib bagi pelajar bukan beragama Islam. Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang membantu pelajar mengenali moral masyarakat Malaysia dan mengamalkan moral tersebut dalam kehidupan seharian

PERNYATAAN NORMATIF DAN KEHIDUPAN BERMASYARAKAT Pernyataan normatif dan norma masyarakat merupakan sebahagian daripada kehidupan kita di Malaysia. Terdapat beberapa cara pemikiran tentang status pernyataan normatif dan rasionalnya. Dari aspek tradisi, tokoh falsafah Greek seperti Aristotle berpendapat bahawa cara merasionalkan sesuatu pemikiran atau tingkah laku adalah dengan berbincang secara rasional. Pemikir moden seperti Habermas mecadangkan komunikasi aktif dapat menentukan kebenaran sesuatu pernyataan normatif. Kedua-dua pemikir ini walaupun hidup pada zaman berbeza tetapi menyentuh satu cara pemikiran yang menggunakan akal fikiran dan kerasionalan dalam kehidupan bermasyarakat. Tetapi perlu difahami bahawa kerasionalan ini bergantung kepada situasi dan norma dalam masyarakat tersebut.

KEPENTINGAN PERNYATAAN NORMATIF Apakah kegunaan Pernyataan normatif dalam Pendidikan Moral? Pernyataan normatif adalah akar umbi untuk menentukan matlamat dalam mengurus dan merancang pemikiran, kepercayaan, perasaan, dan perlakuan dalam kehidupan. Pernyataan normatif merupakan asas kepada diskusi etika dan politik yang mengambil tempat dalam kehidupan harian.

BAGAIMANA PERNYATAAN NORMATIF DAN PERNYATAAN DESKRIPTIF DIAPLIKASIKAN DALAM PERGAULAN SOSIAL

Situasi ini merupakan pernyataan normatif. Pergaulan antara dua orang di dalam gambar telah memaparkan nilai kesabaran. Watak A merupakan seorang yang mempunyai EQ yang rendah, tidak dapat mengawal perasaan sendiri, bertindak mengikut perasaannya.Sebaliknya, Watak B pula mempunyai kesabaran yang tinggi, dia cuba untuk menasihati dan menghalang Watak A supaya tidak bertindak secara terburu-buru. Watak B mengatakan bahawa segala perbuatan yang salah di sisi undang-undang akan diambil tindakan oleh undang-undang. Hal ini telah menunjukkan satu teladan yang baik dan boleh dicontohi oleh masyarakat. PERBEZAAN PERNYATAAN NORMATIF MENGIKUT BUDAYA MESYARAKAT Cara bagaimana seseorang individu atau sesuatu masyarakat menentukan jenis amalan yang bermoral, mengikut standard normatif mereka berbeza mengikut budaya, agama dan kepercayaan masing-masing. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat kita di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai amalan agama, kepercayaan, dan kebudayaan. Pernyataan normatif menyuarakan penakulan sesuatu situasi sama ada sesuai atau tidak. Contoh, bandaraya akan lebih aman sekiranya tidak ada kes ragut. Tidak ada cara untuk menyatakan pernyataan ini tidak benar, dalam keadaan di mana banyak berlaku kes ragut, seseorang tidak boleh menafikan pernyataan di atas.

Situasi yang ditunjukkan juga merupakan satu pernyataan normatif. Kedua-dua watak berbual-bual dan bersetuju bahawa Negara kita adalah kaya dengan moral dan etika. Mereka berasa bangga kerana walaupun Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dengan agama dan kebudayaan yang kepelbagaian, tetapi perpaduan masih dapat diwujudkan dengan adanya nilai moral yang kukuh. Ia berkaitan dengan moral dan etika yang diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia telah berjaya mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni. Hal ini telah mencapai hasrat Satu Malaysia.

Posted by Tree Builder

You might also like