You are on page 1of 5

Undang-undang Permainan

Undang-undang piawai atau standard yang diguna pakai dalam setiap permainan yang dianjurkan oleh badan sukan yang menganggotai badan induk persatuan sukan antarabangsa. Contoh: Federation International de Football (FIFA) telah menetapkan undang-undang bola sepak. Oleh itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menganggotai FIFA kena ikut peraturan FIFA.

Undang-undang Permainan
Penggubal : Lembaga teknikal bagi setiap persatuan-persatuan sukan antarabangsa. Faktor-faktor pembentukan: a. Keselamatan b. Keadilan c. Keseronokan d. Etika pertandingan

Undang-undang Permainan
Biasanya undang-undang ini diterbitkan dalam bentuk buku. Contoh: Undang-undang permainan hoki terkandung dalam The Rules of The Game Of Hockey, guide for players and umpires yang di keluarkan oleh Lembaga Perundangan Persekutuan Hoki Antarabangsa. Penguatkuasa undang-undang permainan ialah pegawai pertandingan yang akan diiktiraf sebagai pegawai yang bertauliah setelah mereka lulus peperiksaan kepengadilan atau kepegawaian yang dianjurkan oleh persatuan sukan antarabngsa atau badan gabungannya.

Tujuan Undang-undang Permainan


Menjadi bahan rujukan semua pihak sekiranya berlaku masalah teknikal dalam sesuatu pertandingan.

Memastikan pertandingan dijalankan mengikut standard yang telah ditetapkan di mana-mana sahaja.

Menjadikan rujukan utama kepada pegawai yang menguatkuasakan undang-undang permainan.

Memastikan pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan selamat serta mencapai objektif.

Mengawal peraturan teknikal pertandingan ketika permainan dijalankan.

Perkara Berkaitan Dengan Undang-undang Permainan


1. Cara menentukan gol atau mata 2. Ukuran padang atau gelanggang 3. Bola 4. Alat permainan 5. Pegawai kejohanan 6. Kesalahan-kesalahan 7. Jangka masa pertandingan 8. Permulaan 9. Denda yang dikenakan 10. Kawasan permainan 11. Bilangan pemain

You might also like