You are on page 1of 1

LAPORAN PAMERAN MATEMATIK

Satu pameran matematik yang melibatkan semua guru pelatih dari unit
PISMP Matematik Sem 4 dan Sem 6 telah diadakan selama tiga hari, iaitu bermula
dari 1 Julai hingga 3 Julai 2013. Pameran ini bertempat di laluan susur gajah Dewan
Ungku Omar. Setiap unit terbahagi kepada dua gerai dan kesemuanya terdiri
daripada 6 gerai.
Setiap gerai telah dihiasi dengan bahan hiasan yang menarik dan berwarna-
warni serta disesuaikan mengikut tema yang dipilih. Pelbagai bahan-bahan
matematik telah dipamerkan oleh setiap gerai mengikut tema masing-masing.
Antaranya ialah bahan geometri, origami, bahan resos dalam matematik, pop-up dan
sebagainya.
Pelbagai aktiviti yang menarik juga dianjurkan oleh gerai masing-masing.
Contohnya ialah aktiviti cabutan bertuah, teka bilangan batu, puzzle, membuka
ikatan tali, menghasilkan bentuk menggunakan kertas dan sebagainya. Pelbagai
hadiah yang menarik seperti gula-gula, anak patung dan penanda buku telah
disediakan bagi para pengunjung dan para pemenang.
Semua guru pelatih dan para pensyarah telah dialu-alukan untuk melawat ke
pameran ini. Manakala murid SK IPG KDRI juga telah dijemput untuk melawat ke
pameran matematik ini dengan diiringi oleh guru masing-masing. Akhir sekali,
penilaian telah dijalankan pada hari yang ketiga. Semua penjaga gerai menunjukkan
usaha bagi mempersembahkan bahan yang dipamerkan kepada penilai.

You might also like