You are on page 1of 3

Ruj. Kami: KP.S(TT)0163/23 Jld.

2/(13) Tarikh: Zulhijjah 1427 Disember 2006 Semua Ketua Jabatan/Bahagian Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Semua Pengarah Institusi Perguruan Semua Pegawai Pendidikan Daerah/Gabungan/Bahagian

Y.Bhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BIL. 2 TAHUN 2006 PENAHANAN KERJA DI BAWAH PERATURAN 43 DAN 44, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

TUJUAN 1. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Ketua Jabatan mengenai tatacara pelaksanaan perintah penahanan kerja di bawah Peraturan 43 dan 44, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. LATAR BELAKANG 2. Sejak kebelakangan ini kes-kes salahlaku jenayah seperti kes pencabulan, rogol dan penderaan dikalangan warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semakin meningkat. Sebilangan daripada kes tersebut telah dilaporkan kepada polis untuk diambil tindakan undang-undang sementara terdapat juga kes yang tidak dilaporkan tetapi diselesaikan secara pentadbiran dengan menukarkan pegawai yang terlibat ke tempat atau sekolah lain. Tindakan ketua jabatan mendiamkan perkara ini dan menyelesaikan secara pentadbiran adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana ianya akan menjejaskan kewibawaan KPM dan profesyen perguruan. Namun begitu, dalam sesetengah kes, tindakan menukarkan pegawai ke tempat lain oleh sesetengah ketua jabatan adalah sebagai langkah interim sementara menunggu tindakan undang-undang akan diambil dan bagi mengelakkan daripada pegawai terlibat mengganggu saksi dalam proses siasatan yang akan atau sedang berjalan. 1

Tindakan ini memberi tanggapan yang negatif dikalangan pihak awam seolaholah KPM cuba memindahkan masalah ketempat lain dan menutup kes. 3. Sekiranya ketua jabatan memahami peraturan sebenar yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993, tindakan menukarkan pegawai secara pentadbiran dalam tempoh interim ini boleh dielakkan dengan mengeluarkan satu perintah tahan kerja untuk tujuan siasatan dibawah Peraturan 43 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993 bagi menghalang pegawai daripada datang bertugas dan mengganggu penyiasatan.

TATACARA PELAKSANAAN PERINTAH TAHAN KERJA 4. Peraturan 43(1) memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk menahan pegawai dari datang bertugas selama dua bulan dari tarikh Perintah Tahan Kerja berkuatkuasa dan pegawai berhak dibayar emolumen penuh sepanjang penahanan kerjanya. Dalam tempoh dua bulan tahan kerja berkuatkuasa siasatan secara pentadbiran hendaklah dikendalikan sehingga selesai. Namun sekiranya siasatan masih belum selesai dalam tempoh dua bulan, secara automatiknya perintah tahan kerja di bawah Peraturan 43(1) terhenti dan pegawai perlu diarah hadir bertugas semula. Peraturan ini terpakai samada kes pegawai dilaporkan kepada pihak polis atau sebaliknya tertakluk kepada situasi samada kehadiran pegawai mencemar imej dan kredibiliti KPM serta mengancam keharmonian sekolah atau pejabat. 5. Sekiranya perintah tahan kerja dibawah Peraturan 43 (1) telah dikeluarkan dan dalam masa yang sama kes pegawai telah dilaporkan kepada pihak polis serta pegawai berkenaan telah dihadapkan pertuduhan oleh pihak mahkamah maka satu perintah tahan kerja yang baru dibawah Peraturan 44 (1) (a) hendaklah dikeluarkan serta-merta oleh Lembaga Tatatertib (LTT) yang berkenaan. Perintah ini juga memberi kuasa bagi menghalang pegawai daripada terus datang bertugas sehinggalah kes pegawai pegawai tamat dibicarakan di mahkamah. Sebaik sahaja perintah tahan kerja yang baru ini berkuatkasa pegawai hanya layak mendapat tidak kurang daripada 50% emolumen bulanannya. Adalah menjadi tanggungjawab ketua jabatan untuk mengambil tindakan memperakukan tahan kerja dibawah Peraturan 44(1)(a) terhadap pegawai ke LTT yang berkenaan sebaik sahaja mendapat semua maklumat dari pendaftar mahkamah. Dokumen yang diperlukan bersama perakuan ialah:i. ii. iii. kenyataan perkhidmatan pegawai; surat pertuduhan mahkamah; dan laporan polis.

PERAKUAN PERINTAH TAHAN KERJA 6. Kementerian ingin menasihatkan supaya perakuan perintah tahan kerja samada dibawah Peraturan 43(1) atau 44(1)(a) hendaklah dikemukakan dalam tempoh 48 jam dari kejadian berlaku. Kedua-dua jenis perintah tahan kerja ini jika diambil tindakan secara teratur akan dapat menyelesaikan masalah ketua jabatan memindahkan pegawai ke tempat atau sekolah lain dalam tempoh siasatan atau prosiding mahkamah berjalan. 7. Kerjasama semua Ketua Jabatan amat diperlukan supaya memandang serius perkara ini dengan mengambil tindakan sewajarnya. Bersamasama ini disertakan format perakuan Perintah Tahan Kerja di bawah Peraturan 43 dan 44 seperti dilampiran A dan B serta carta aliran prosedur tahan kerja dilampiran C sebagai panduan. TARIKH KUAT KUASA 8. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(DATUK Dr. ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG) Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Disember 2006 s.k.: KPPA KPPM Semua TKSU, KPM Semua TKPPM TKPP (Jabatan Pendidikan Teknikal) TKPP (Jabatan Sekolah) TKPP (Jabatan Pelajaran Swasta) TKPP (Jabatan Pendidikan Khas) TKPP (JAPIM) SUSK YB Menteri SUSK YB Timbalam Menteri SUSK YB Setiausaha Parlimen

You might also like