You are on page 1of 18

GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Nama No. Matrik

Bulan dan Tahun APRIL 2020 Pusat


Pendaftaran

TUGASAN GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Tarikh Akhir Pertemuan III Tarikh


Serahan Penerimaan

Nama
Pensyarah

No. Soalan Markah Asas Markah Diperoleh

20
Sila kepilkan helaian ini pada muka
hadapan tugasan anda

PENGENALAN

Perkhidmatan awam di Malaysia ditafsirkan di Bahagian X Perlembagaan


Persekutuan, bermula dari Perkara 132 sehingga Perkara 148, beserta
1
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

proviso-proviso yang telah dimansuhkan; Perkara 146A, 146B dan


146C.Perkara 132(1) mentafsirkan perkhidmatan-perkhidmatan awam terdiri
daripada

 angkatan tentera
 perkhidmatan kehakiman
 perkhidmatan am Persekutuan
 pasukan polis
 perkhidmatan kereta api
 perkhidmatan awam bersama
 perkhidmatan awam setiap negeri
 perkhidmatan pendidikan

Proviso di dalam Perlembagaan Persekutuan yang melindungi individu


penjawat awam adalah Perkara 135, 136 dan Perkara 147, manakala Perkara
142 sehingga 144 dan Perkara 146 merupakan provisi umum berkaitan
suruhanjaya-suruhanjaya, keanggotaannya, fungsi-fungsi dan laporan-
laporan. Empat isu utama berkenaan perkhidmatan awam akandibincangkan
di dalam konteks Malaysia, antaranya adalah

1. memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan


Agong;
2. penjawat awam dibuang kerja atau diturunkan pangkat;
3. penguatkuasa pemecatan; dan
4. prinsip keadilan semulajadi.
Pelbagai definisi mengenai dasar awam telah dikemukakan oleh para
sarjana. Anderson (2000:1) menjelaskan dasar awam daripada segi
2
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

pelaksanaan dan perkembangannya berkaitan dengan pengetahuan tentang


tingkah laku politik dan tindakan kerajaan. Dua aspek penting dalam
penjelasan Anderson mengenai dasar awam iaitu; (i) tingkah laku politik dan
(ii) tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan atau pemimpin.
Oleh itu, dasar awam (politik) secara saintifiknya ialah membentuk
pemahaman asas dalam mengkaji proses pembuatan dasar sebagai proses
politik yang mempunyai matlamat yang betul atau baik dan sebaliknya
(Malike Brahim, 2002:90).
Robert Eyeston (1971:18) pula mentakrifkan dasar awam sebagai
hubungan di antara unit-unit kerajaan dengan persekitarannya. Oleh sebab
itu, dasar awam memang secara jelasnya merangkumi segala aspek dalam
kehidupan individu dan masyarakat. Manakala, Thomas R. Dye (1992:1)
menjelaskan dasar awam sebagai “apa sahaja pilihan kerajaan untuk berbuat
sesuatu atau tidak mahu melakukannya”. Justeru itu, apa sahaja tindakan
dan keputusan yang dibuat oleh pembuat dasar (pemimpin) seperti di
Malaysia merupakan dasar. Begitu juga jika kerajaan membuat keputusan
untuk tidak berbuat apa-apa berhubung sesuatu misalnya tidak mahu campur
tangan dalam hal ehwal politik negara jiran atau membuat sesuatu yang
menyentuhi sensitiviti sesuatu kaum seperti agama, budaya, nilai dan adat
resam.
Berdasarkan definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa
perkhidmatan awam adalah sebuah organisasi atau agensi yang terlibat
dengan kerajaan pemerintah sesebuah negara. Organisasi atau agensi-agensi
kerajaan sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada
dari dalam mahupun luar persekitaran tugasan atau perkhidmatan mereka.

3
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Oleh yang demikian, ancaman ini boleh menjejaskan prestasi, produktiviti


serta masa hadapan sesebuah organisasi.
Dewasa ini, rata-rata ancaman ke atas organisasi berpunca daripada
individu-individu dalam organisasi itu sendiri. Hal ini seterusnya turut
melibatkan ahli-ahli lain yang akan merosakkan identiti organisasi kerajaan.
Lazimnya, ancaman ini mempunyai hubung kait yang rapat dengan isu etika
dan integriti. Pengabaian kedua-dua prinsip ini boleh membuka peluang
untuk berlakunya penyelewengan, rasuah, salah laku dan salah guna kuasa
dalam sesebuah organisasi (Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, 2013).
Dalam konteks pekerjaan atau perkhidmatan, integriti merangkumi
sifat-sifat menyeluruh seseorang individu atau sesebuah organisasi
berdasarkan nilai-nilai murni sejagat termasuk aspek akauntabiliti
(Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit,
2013).
Justeru, untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang,
negara kita seharusnya bijak mengurus organisasi atau agensi sedia ada
dengan mempunyai masyarakat beretika dan kakitangan yang amanah serta
berintegriti. Selain itu, kakitangan organisasi perlu mempunyai prinsip lebih
tegas, kuat dan amanah dalam mengatasi pelbagai kelemahan, kekurangan
diri serta menjaga nama organisasi. Cabaran besar yang perlu ditangani
dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti dalam sesebuah
organisasi. Budaya etika dan integriti adalah selaras dengan cabaran
keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang
kukuh dengan ciri-ciri moral dan etika serta para warganya mempunyai nilai
keagamaan dan kerohanian yang utuh berteraskan budi pekerti yang luhur.
(Megat,A & Abd Halim,A.,2016)

4
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

TEORI DAN KONSEP BERKAITAN HALA TUJU


PERKHIDMATAN AWAM

MISI
Menjadi agensi peneraju yang berwibawa, dinamik dan profesional dalam
pelantikan dan urus tadbir perkhidmatan penjawat awam.

VISI
Melantik penjawat awam yang berkualiti dan berintegriti serta menguruskan
hal ehwal perkhidmatan secara cekap dan berkesan ke arah negara yang
progresif dan maju.

NILAI-NILAI BERSAMA

i. Profesional dan Berintegriti

Bertindak secara adil dan saksama, penuh komitmen, terancang, berkhidmat


dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah, sentiasa berusaha untuk
kecemerlangan organisasi dengan memanfaatkan kompetensi dan kepakaran
dalam merangka, menggubal dasar dan program ke arah perkhidmatan awam
yang berprestij tinggi.
ii. Responsif dan Terbuka

5
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Peka dan memahami perubahan persekitaran, prihatin, bersikap toleransi dan


terbuka kepada kehendak pelanggan, fleksible dan bersedia untuk berubah
serta bertindak secara cepat dan tepat dalam mencari penyelesaian terbaik.

iii. Kerja Berpasukan

Bekerjasama memupuk sikap saling percaya dan hormat-menghormati serta


menggembleng tenaga, pengetahuan dan pengalaman melalui semangat
kerja berpasukan yang tinggi demi mencapai visi, misi dan objektif
organisasi.

RESPONSIF DAN
TERBUKA

KERJA
BERPASUKAN
NILAI – NILAI
BERSAMA

PROFESIONAL DAN
BERINTEGRITI

6
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

STRUKTUR DAN ELEMEN DI DALAM PERLHIDMATAN AWAM


Kuasa Melantik Pegawai Awam

1. Kuasa untuk melantik seseorang pegawai dalam perkhidmatan awam


Persekutuan dan penentuan syarat-syarat perkhidmatan mereka adalah
terletak di bawah bidang kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, manakala bagi perkhidmatan awam sesuatu negeri adalah Raja atau
Yang di-Pertua Negeri. Pada masa ini, urusan

pengambilan pegawai awam di peringkat Persekutuan dilaksanakan oleh


Pihak Berkuasa Melantik (PBM) berikut:

Peruntukan
PBM Bidang Kuasa
Perlembagaan
Majlis Perkara 137 Pengambilan
Angkatan Tentera Angkatan Tentera Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Perkara 138 Pengambilan pegawai perkhidmatan


Kehakiman kehakiman dan perundangan
dan Perundangan

Suruhanjaya Perkhidmatan Perkara 139 Pengambilan pegawai


Awam perkhidmatan
awam am Persekutuan

Suruhanjaya Pasukan Perkara 140 Pengambilan Polis DiRaja

7
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Polis Malaysia
Suruhanjaya Perkhidmatan Perkara 141A Pengambilan pegawai
Pelajaran perkhidmatan pelajaran

Manakala, peraturan-peraturan mengenai pelantikan, pengesahan dalam


perkhidmatan, kenaikan pangkat, saraan, tatatertib dan hal-hal berkaitan
dengan persaraan bagi pegawai awam Persekutuan terletak di bawah fungsi
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Tertakluk kepada
penerimaan, peraturan- peraturan tersebut diterima pakai oleh perkhidmatan-
perkhidmatan lain.

2. Bagi perkhidmatan awam negeri, pelantikan dibuat oleh suruhanjaya


perkhidmatan Negeri masing-masing kecuali Perlis, Pulau Pinang, Melaka
dan Negeri Sembilan yang pelantikan pegawainya dibuat oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia. Manakala, bagi perkhidmatan di
peringkat pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan, pelantikan
dibuat oleh PBM masing-masing.

Jentera Pentadbiran Awam

1. Perkhidmatan awam merangkumi jentera pentadbiran di peringkat


Persekutuan dan Negeri. Di peringkat Persekutuan, jentera pentadbiran
terdiri daripada kementerian dan jabatan serta pihak berkuasa berkanun yang
dibahagikan kepada status sebagai agensi pusat, agensi teras dan agensi
pelaksana mengikut skop fungsi dan tanggungjawab yang ditetapkan.
Manakala, di peringkat negeri, jentera pentadbiran terdiri daripada Pejabat

8
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Setiausaha Kerajaan, jabatan-jabatan, pihak berkuasa berkanun dan pihak


berkuasa tempatan.

1.1. Agensi Pusat

Agensi pusat merupakan agensi di peringkat Persekutuan yang


bertanggungjawab menggubal dasar kewangan dan ekonomi negara serta
pengurusan sumber manusia sektor awam. Selain itu, agensi ini
bertanggungjawab untuk memantau dan mengawal selia pelaksanaan dasar-
dasar awam yang berkaitan. Agensi pusat tersebut adalah:

(i) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Ditubuhkan pada 22 Ogos 1934, JPA berperanan dalam pengurusan dan


pembangunan sumber manusia sektor awam meliputi menggubal dasar
pembangunan organisasi dan perkhidmatan; kerjaya dan latihan; saraan dan
perhubungan pekerja- majikan; pengurusan maklumat sumber manusia;
perkhidmatan kaunseling dan pengurusan faedah persaraan.

(ii) Perbendaharaan Malaysia

Ditubuhkan pada tahun 1957, Perbendaharaan Malaysia berperanan


mengurus Kumpulan Wang Yang Disatukan serta menyelia, mengawal dan
menentukan semua perkara yang berhubung dengan kewangan negara.Selain

9
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

bertanggungjawab menguruskandana awam, Perbendaharaan Malaysia


berperanan dalam mewujudkan infrastruktur kewangan serta ekonomi
yangcekap dan berkesanbagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara
mapan dan seimbang. Perbendaharaan Malaysia juga berperanan merancang
dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan negara, antaranya
menggubal dan melaksanakan dasar fiskal kewangan dan ekonomi;
menyediakan belanjawan tahunan negara; mendapatkan pinjaman bagi pihak
kerajaan dan memberi pinjaman kepada agensi-agensi kerajaan dan sektor
swasta serta memantau pengurusan kewangan dan perolehan agensi
kerajaan.

(iii) Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Ditubuhkan pada tahun 1961, EPU berperanan merancang ekonomi dan


pembangunan sosial negara. Cabaran bagi EPU adalah memastikan aspirasi
negara dapat dicapai menjelang 2020 melalui usaha meningkatkan ekonomi
dalam rantaian nilai lebih tinggi; meningkatkan keupayaan pengetahuan
dan inovasi negara serta 'minda kelas pertama'; menangani masalah
ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif; meningkatkan
tahap dan kemapanan kualiti hidup dan memperkukuhkan lagi keupayaan
institusi pelaksanaan negara.

(iv) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan


Malaysia (MAMPU)

Ditubuhkan pada 25 Mei 1977, MAMPU berperanan sebagai agen


perubahan atau pembaharuan dalam aspek pentadbiran dan pengurusan
10
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

kerajaan. Matlamat MAMPU adalah meningkatkan lagi kualiti, kecekapan


dan keberkesanan sistem pentadbiran awam dan penyampaian perkhidmatan
awam kepada stakeholders dan pelanggan.
(v) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Peranan penyelarasan dan pelaksanaan bermula pada tahun 1969 melalui
Pejabat Kemajuan Negeri (PKN) yang diletakkan dibawah Kementerian
pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB). Hasil daripada idea
Perdana Menteri Malaysia Ke-2, ICU ditubuhkan pada tahun 1971, dan
fungsinya dari semasa ke semasa diperluaskan khususnya dalam urusan
pemantauan dan pelaksanaan projek-projek awam. ICU kini berada di bawah
Jabatan Perdana Menteri.

PERKHIDMATAN AWAM TONGGAK KEMAKMURAN BERSAMA

Sektor perkhidmatan awam adalah majikan dan penyumbang terbesar


kepada perbelanjaan di kebanyakan negara. Di samping berperanan sebagai
penggubal dasar ekonomi negara, sektor perkhidmatan awam turut
bertanggungjawab dalam menetapkan hala tuju bagi keseluruhan ekonomi
dengan kerjasama sektor swasta.
Berdasarkan pengalaman melebihi tempoh 60 tahun selepas merdeka,
sektor perkhidmatan awam Malaysia mempunyai rekod sejarah dan prestasi
yang baik, dinilai melalui peranannya dalam pembangunan negara.
Dalam melaksanakan penanda aras menggunakan petunjuk tadbir urus
antarabangsa seperti Worldwide Governance Indicators dari Bank Dunia,
kami mendapati pencapaian Malaysia adalah setanding atau lebih tinggi
berbanding negara lain di Asia Timur yang setara dengannya.

11
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Justeru, ada negara membangun mengkaji sektor perkhidmatan awam


Malaysia oleh kerana keinginan mereka untuk mencapai tahap pembangunan
yang sama.
Perkara ini adalah disebabkan Malaysia mempunyai ramai penjawat
awam berwibawa, berkebolehan dan mempunyai kepakaran untuk
dikongsikan bersama dengan negara membangun lain, terutama di bawah
Kerjasama Selatan-Selatan melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia
(MTCP).
Sekiranya Malaysia berhasrat mencapai status sebuah negara
berpendapatan tinggi dan maju dalam jangka masa terdekat, maka ia sudah
tidak sesuai untuk membuat perbandingan penanda aras kecekapan sektor
perkhidmatan awam dengan negara membangun lain.
Pada masa sama, Malaysia juga memerlukan sektor perkhidmatan awam
berkepakaran dan berkemahiran serta canggih, setanding dengan negara
maju demi memberikan penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik
kepada rakyat.
Oleh yang demikian, persoalan semasa tidak lagi tertumpu kepada isu
definisi dan jumlah penjawat awam, tetapi ia perlu berganjak kepada isu
mutu perkhidmatan penjawat awam sedia ada, serta sama ada jumlah
emolumen ditanggung kerajaan dapat ditampung untuk jangka masa
panjang.
Kini adalah masa sesuai dan tepat bagi Malaysia meningkatkan penanda aras
kecekapannya agar setanding negara maju.
Dalam hal ini, dengan membuat perbandingan dengan negara maju
dan berpendapatan tinggi dari Organisasi Kerjasama dan Pembangunan

12
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Ekonomi (OECD), ia dipercayai dapat meningkatkan piawaian penyampaian


dan tadbir urus perkhidmatan awam Malaysia.
Dengan pembandingan baharu ini, kami mendapati wujud jurang
perbezaan ketara di antara Malaysia dengan negara OECD. Namun, jurang
ini tidak seharusnya mematahkan semangat penjawat awam, bahkan
sebaliknya mereka harus lebih bertenaga dalam memburu ganjaran yang
bakal diraih hasil daripada penambahbaikan sektor perkhidmatan awam.
Wujud hubung kait yang jelas antara mutu institusi awam dengan
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, penekanan khusus perlu
diberikan kepada warga penjawat awam, dasar serta rangka kerja institusi
dan perundangan yang menyumbang kepada keutuhan sesebuah institusi
perkhidmatan awam.
Dalam hal ini, kerajaan memberi keutamaan kepada unsur tadbir urus
dan integriti sektor awam sebagai tonggak utama dalam kajian separuh
penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020). Perkara ini amat disambut
baik, namun kerap kali isu pelaksanaan masih menjadi tanda tanya.
Oleh yang demikian, kerajaan perlu menghasilkan pelan tindakan
khusus bagi memastikan penambahbaikan itu dapat membuahkan hasil
diidamkan.
Dalam laporan Malaysia Economic Monitor: Re-energising the Public
Service yang diterbitkan Bank Dunia pada 1 Julai, tumpuan diberikan
kepada tiga aspek utama yang mampu meningkatkan kedudukan Malaysia
agar setaraf dengan negara OECD.
Pertama, sistem pengurusan sumber manusia harus diperkasakan agar
lebih telus, luas dan berdasarkan kelayakan. Prinsip yang perlu diguna pakai
ialah kesesuaian kelayakan pegawai dengan skop tugas jawatan. Tahap

13
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

integriti terbaik, cerminan nilai murni mewakili rakyat Malaysia dan


kepelbagaian negara serta ketelusan dalam proses pengambilan penjawat
awam menjadi antara isu dibangkitkan.
Kedua, meningkatkan ketelusan dalam operasi kerajaan, perkongsian
maklumat serta pembabitan rakyat mampu mencetuskan suasana yang lebih
terbuka.Matlamat ini dapat dicapai melalui pembaharuan rangka kerja
institusi dan perundangan sektor awam, agar ia dapat memupuk budaya
keterbukaan di samping meningkatkan perkongsian maklumat dan kerjasama
di antara agensi ataupun jabatan kerajaan. Pada dasarnya, pembaharuan yang
dituntut ini memerlukan kombinasi penambahbaikan dari segi teknikal,
kewangan dan sikap serta sokongan padu dan komitmen daripada pihak
atasan.
Ketiga, Malaysia perlu lebih peka terhadap megatrend global
berkaitan kemajuan teknologi digital dan automasi, kerana didapati kedua-
duanya memberi kesan ketara terhadap penyampaian perkhidmatan awam
kepada rakyat. Justeru, kerajaan perlu bersedia untuk menangani dan
mengurus cabaran baharu berpunca daripada perubahan ini.
Selain itu, pengurusan impak perubahan itu kepada penjawat awam
adalah penting bagi mengimbangi antara kemahiran yang sudah tidak lagi
relevan dan bertindih dengan kemahiran terkini yang
diperlukan.Pelaksanaan ini akan memberi kesan terhadap proses
pengambilan penjawat awam pada masa hadapan serta latihan dan
pengagihan semula kakitangan sektor awam.
Hakikatnya, untuk mencapai taraf negara maju dan berpendapatan tinggi
bukan suatu perkara mudah. Ia memerlukan penyepaduan semua peranan
dan aliran kerja.

14
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Bagi mencapai wawasan ini, ia perlu bermula dengan perubahan


minda. Iltizam yang tinggi daripada pengurusan atasan dan kepemimpinan
tertinggi adalah kunci kepada perubahan di sektor perkhidmatan awam.Ia
akan membina kepercayaan terhadap sektor perkhidmatan awam yang lebih
bersih, telus dan diyakini untuk menyambut sebuah era kemakmuran
bersama bagi keseluruhan rakyat Malaysia.

KELEMAHAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM AKIBAT


SISTEM PENGURUSAN BERDASARKAN ADUAN
Pengurusan berdasarkan aduan (Management by Complaints) adalah
rekaan bijak untuk memindah tanggungjawab penguatkuasaan undang-
undang kepada orang awam dengan meminta mereka membuat laporan
rasmi agar badan-badan penguatkuasa boleh memulakan sesuatu siasatan.
Sehubungan itu, dengan ketiadaan aduan awam, tidak ada sebarang isu yang
perlu diberi perhatian atau diambil tindakan.
Jadi tidak hairanlah apabila kita mendengar agensi-agensi
penguatkuasa, ketika memberikan maklum balas kepada orang awam yang
mempersoalkan kenapa tiada siasatan dijalankan ke atas laporan kes jenayah
dan perlanggaran yang dilakukan oleh pihak media, tanpa segan silu ia
menjawab “tiada laporan diterima”.
Alasan ini memberikan tanggapan kepada orang awam bahawa
penguatkuasaan undang-undang begitu cekap memandangkan tidak ada
sebarang aduan diterima mengenai pelbagai perkara. Ia merupakan satu
sistem yang memperhebatkan KPI jabatan/agensi terbabit dan memastikan
perangkaan perlanggaran undang-undang seberapa samar yang boleh.

15
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Sistem penguatkuasaan undang-undang yang direka semula secara


keseluruhan menimbulkan banyak kelemahan. Tidak salah untuk
menyatakan bahawa “pengurusan berdasarkan aduan” dan “pegurusan tanpa
tindakan” adalah dua perkara yang sama! Misalnya, sejak beberapa dekad
yang lalu, laporan oleh Ketua Audit Negara dipenuhi dengan kes-kes harga
berlebihan yang dibayar untuk pembelian barangan dan perkhidmatan yang
diperoleh oleh jabatan dan agensi kerajaan. Baik pihak polis mahupun
SPRM tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menyiasat dan mengambil
tindakan sesudah menerima kes-kes yang dilaporkan  itu kerana tiada
sebarang “laporan rasmi” dibuat. Inilah apa yang dikatakan oleh Perdana
Menteri sebagai rasuah secara menyeluruh dalam perkhidmatan awam.
Isu pencemaran alam sekitar yang terbaru dan paling teruk ialah kes
Sungai Kim Kim di Johor yang menjejaskan lebih 6,000 penduduk, adalah
ekoran sistem “Pengurusan Berdasarkan Aduan.”
Sebaik sahaja tercetusnya insiden ini, pegawai-pegawai penguatkuasa
Jabatan Alam Sekitar yang sama, iaitu yang tidak nampak sebarang masalah
di bawah seliaan mereka sebelum bencana itu berlaku telah turun padang
dan kemudiannya mendapati banyak perkara yang tidak kena. Malah mereka
juga berjaya menjejaki pesalah yang bertanggungjawab terhadap kejadian
itu.
“Pengurusan Berdasarkan Aduan” dilaksanakan oleh kerajaan untuk
memastikan statistik ketidakpatuhan undang-undang berada serendah yang
mungkin bagi mewujudkan persepsi “kecekapan” sistem penguatkuasaan
undang-undangnya. Justeru, kita tidak dapat mengharapkan sebarang
tindakan akan diambil terhadap pegawai-pegawai penguatkuasa yang lalai
mejalankan tugas mereka.

16
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Ini hanya menambahkan beban kertaskerja dan mewujudkan


tanggapan terbaik mengenai “kecekapan”. Kita sepatutnya kembali kepada
sistem di mana ketua-ketua jabatan di setiap peringkat
dipertanggungjawabkan terhadap sebarang tindakan dan pengabaian tugas
yang berlaku di bawah seliaan mereka.

17
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perkhidmatan_awam_di_Malaysia

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/07/584654/perkhidmatan-awam-
tonggak-kemakmuran-bersama

http://www.pengguna.org.my/index.php/panduan/1314-kelemahan-dalam-perkhidmatan-
awam-akibat-sistem-pengurusan-berdasarkan-aduan

18

You might also like