You are on page 1of 1

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SECARA PEMBELAJARAN DIGITAL BIL 3/TAHUN 2021

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI P.PINANG DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS P.PINANG

BORANG PELAPORAN PENGURUSAN SLOT PTM SIRI 3

NAMA SLOT SLOT 3: TANGGUNGJAWAB & PERANAN PEGAWAI I


NAMA PENCERAMAH DR AINUDDIN MOHD ISA
KUMPULAN YANG MENGENDALIKAN Group D

LAPORAN SLOT :
Slot 3 : TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Jam : 8.30 ptg – 10.30 ptg
Medium : Google Meet
Tatatertib di perkenalkan untuk memelihara imej perkhidmatan awam, supaya pegawai awam
memahami, menghayati dan membudayakan tatakelakuan sebagai seorang penjawat awam,
menghukum pegawai yang melakukan kesalahan dan pembangunan modal insan minda kelas
pertama melalui perlaksanaan tatatertib yang berkesan.
Penjawat awam secara mutlak di larang melakukan perkara-perkara berikut, melakukan
gangguan seksual, mengambil dadah, memberi atau menerima keraian, menyenggara taraf
hidup melebihi emolument/pendapatan yang sah, menyertai skim cepat kaya, dan terlibat
dalam kegiatan politik.
Penjawat awam boleh melakukan kerja luar dengan kebenaran ketua jabatan tanpa
mengganggu tugas hakiki penjawat awam.
Jenis hukuman tatatertib:
1. Amaran
2. Denda
3. lucut hak emolument
4. Tangguh pergerakan gaji
5. Turun gaji
6. Turun pangkat
7. Buang kerja
Penjawat awam boleh membuat rayuan tatatertib untuk mendapatkan keadilan bagi dirinya.
Rayuan perlu dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib iaitu sama ada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam / Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Rayuan perlu dikemukakan
melalui ketua jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan
Lembaga Tatatertib.

REFLEKSI SLOT :
Pada akhir slot ini, kami dapat mempelajari dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang
tatakelakuan dan tatatertib di dalam perkhidmatan awam. Sebagai seorang penjawat awam kami
perlu mematuhi setiap peruntukan peraturan yang telah ditetapkan. Penjawat awam perlulah
komited dalam manjalankan tugasan dengan bertanggungjawab dan amanah.

Laporan Disediakan oleh :

…………………………………………………..
(Nama : MUHAMAD RAFIUDDIN BIN
MOHD RASHID
No. Tel : 0134253029)

You might also like